You are on page 1of 7

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU SARJANA MUDA SEKOLAH RENDAH (ELEKTIF SAINS)

TAJUK: MISKONSEPSI TAJUK FIZIK JIRIM DAN JISIM

PENGENALAN

Sebagaimana yang diketahui, tajuk dalam matapelajaran sains fizik agak sukar dikuasai oleh murid. Terdapat topik tertentu yang murid tidak memahami konsepnya atau berlakunya miskonsepsi. Faktor utama yang menjadi kegagalan mereka adalah kurang minat mereka terhadap subjek ini dan mereka tidak memahami konsep dalam tajuk-tajuk tersebut. Mereka lebih suka menghafal tanpa mereka fahami apa yang mereka hafal, sebab itulah apabila soalan peperiksaan dikeluarkan (soalan yang agak sukar) mereka sukar untuk mencari jawapan yang sebenar kerana mereka hanya menghafal tetapi tidak cuba untuk memahami. Untuk itu, kami telah memilih satu topik khas dari sukatan pelajaran Tahun 4 sebagai topik kajian untuk kerja kursus miskonsepsi ini. Topik tersebut adalah Ukuran Jisim dalam unit pengukuran, manakala temanya Menyiasat Alam Fizikal. Tajuk ini secara umumnya menerangkan tentang pengukuran berat dan alatan yang digunakan untuk mengukur berat. Namun sering kali terdapat salah tanggapan murid berkenaan berat dan jirim objek. Murid sering beranggapan bahawa berat atau jisim adalah sama dengan kuantiti jirim. Murid kebiasaannya akan keliru apabila ditanyakan soalan apakah jisim dan jirim. Kebanyakkan murid mengalami miskonsepsi ini adalah kerana mereka tidak pernah menjalankan eksperimen berkaitan jisim dan jirim. Selain itu mereka juga tidak didedahkan dengan pelbagai gambarajah atau aktiviti yang menunjukkan perbezaan keadaan jisim dan jirim. Semasa pengajaran dijalankan, kebiasaannya guru hanya menggunakan teknik teori saja tanpa amali atau dalam erti kata lain chalk and talk di mana murid hanya membuat bayangan mengikut apa yang di ucap atau ditulis oleh guru di papan putih di hadapan kelas. Murid juga tidak diberi peluang untuk menjalankan eksperimen yang berkaitan dengan tajuk tersebut mungkin disebabkan kekurangan alatan di makmal atau guru tidak tahu bagaimana untuk menjalankan eksperimen berkaitan tajuk tersebut. Oleh sebab itu murid-murid merasa bosan dan tidak berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang topik yang diajar oleh guru dan merasakan topik itu tidak penting dan tidak menarik minat mereka. Bagi menjalankan pengajaran sub-topik ini lebih berkesan, kami mencadangkan beberapa kaedah atau strategi pelaksanaan. Kaedah yang paling sesuai dan berkesan digunakan dalam mengajar topik ini ialah kaedah eksperimen. Melalui kaedah ini, murid dapat membuat hipotesis atau ramalan awal sebelum eksperimen dijalankan. Selain itu, murid juga terdedah dengan kemahiran proses sains dimana mereka dapat mengenalpasti dan

mengawal pembolehubah yang terlibat. Oleh yang demikian, proses pembelajaran dan pengajaran berlaku dalam keadaan yang lebih menyeronokkan kerana murid berpeluang untuk mencari dan menjalankan aktiviti itu sendiri. Selain itu, dalam era globalisasi ini, penggunaan komputer sudah terlalu sinonim dengan dunia pendidikan. Maka, sesuailah kiranya pengajaran topik ini dijalankan menggunakan komputer. Guru boleh menggunakan bahan yang dibekalkan oleh pihak kerajaan dalam bentuk CD ROM ataupun kepada guru yang berkesempatan boleh mencari atau mendapatkan video yang berkaitan di dalam internet. Melalui kaedah pengajaran ini, murid akan lebih memberi perhatian dan meningkatkan pemahaman mereka kerana dapat melihat gambaran dengan konsep yang lebih jelas.. Kecenderungan murid member tumpuan dan perhatian terhadap pembelajaran yang menggunakan multimedia ini lebih tinggi berbanding sesi pengajaran chalk and talk yang sering dijalankan di kelas.

Contoh rancangan pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi membantu dan memperbetulkan salah konsep murid berkaitan tajuk jirim.

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Mata Pelajaran : SAINS Kelas Tempat TAJUK OBJEKTIF : : 5 ARIF : MAKMAL SAINS : JIRIM

Tarikh Bil. Pelajar Masa

: 17 DISEMBER : 30 ORANG : 10:30-11:30 PAGI

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat: i. ii. iii. Menyebut perbezaan antara jisim dan jirim. Membuat perbandingan antara jisim dan jirim. Menyebut faktor yang mempengaruhi perbezaan antara jirim dan jisim.

PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid telah mengetahui tentang berat. ALAT/BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM) Video, alat penimbang mampatan, akuarium berisi air(bergantung pada saiz alat penimbang), bongkah kayu, bola sepak, buah kelapa tua, batu bata, 2 botol plastik (sama saiz dan boleh dimasukkan guli) dan guli . PENGURUSAN KELAS Memastikan kerusi, meja dalam keadaan teratur. LANGKAH KESELAMATAN Memastikan alatan yang digunakan tidak membahayakan murid. PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI Berani mencuba, memberi tumpuan, bekerjasama

Masa 2 minit

Isi pelajaran Pengenalan/Pra Pengajaran: Salam dan bertanya khabar. Bacaan doa.

Hasil Pembelajaran Murid menjawab salam dan menyatakan khabar. Murid membaca doa.

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran Guru memberi salam bertanya khabar dan meminta murid membaca doa.

Catatan

Kesediaan belajar

3 minit

Set Induksi: Murid menjawab Guru mencetus idea murid soalan secara dengan bertanyakan lisan. soalan. Contoh soalan guru. 1.Apakah perbezaan antara Jirim dan jisim? 2. Apakah nama alat ini? 3. Dimana alat ini biasa digunakan dan apa kegunaanya? Guru menyatakan tajuk pelajaran. Murid menjawab soalan guru. -Guru meminta beberapa orang murid menjawab soalan yang diajukan. -Guru menunjukkan alat penimbang dan bertanyakan soalan. ABBM Alat penimbang KPS: Membanding beza

10 minit

Penyampaian isi pelajaran -Menyebut perbezaan antara jisim dan jirim. -Guru memanggil dua orang murid yang berlainan Contoh soalan guru. -Jisim ialah berat saiz.Guru sesuatu benda atau membuat 1.Murid manakah yang objek. timbangan berat lebih berat? murid tersebut. - Jirim pula ialah -Guru 2. Murid manakah yang kandungan bahan menunjukkan 2 lebih besar kandungan/ sesuatau benda botol yang sama kuantiti jirimnya? atau objek. saiz. 1 botol dibiarkan kosong dan 1 botol diisi dengan guli. Guru menunjukkan Murid dapat membezakan: ABBM: -Alat penimbang -dua murid yang berlainan saiz. -1 botol kosong dan 1 botol berisi guli

berat awal botol berisi guli(mewakili jirim) dan kemudian mengeluarkan sebahagian guli tersebut. Guru membuat timbangan sekali lagi. - Guru bersoaljawab berdasarkan aktiviti tersebut serta memberi penerangan.

30 minit

Penstrukturan -Membuat pemerhatian perbezaan dan perbandingan antara jisim dan jirim. Murid dapat: -Membezakan antara jisim dan jirim. -Menyebut faktor yang mempengaruhi perubahan jisim. -Guru meminta murid membuat timbangan beberapa objek yang telah disediakan oleh guru. -murid merekodkan hasil ukuran timbangan tersebut. -Guru meletakkan alat penimbang didalam akuarium berisi air dan murid sekali lagi membuat timbangan objek tersebut. - murid merekod hasil ukuran timbangan tersebut. ABBM: -Alat penimbang -akuarium berisi air - Bongkah kayu - Buah kelapa - Bola -Batu bata

Contoh soalan guru selepas aktiviti dijalankan: -Adakah terdapat perbezaan timbangan objek tersebum sebelum dan selepas dimasukkan kedalam akuarium berisi air?

-Guru dan murid membuat perbincangan dan bersoaljawab berdasarkan aktiviti yang dijalankan. 10 minit Aplikasi idea Murid dapat : Membandingkan perbezaan antara jisim dan jirim -Guru menunjukkan tayangan video ABBM: angkasawan yang -Video berjalan di permukaan bulan. -Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran. 5 minit Penutup: Mengulang semula isi pembelajaran hari ini. Murid dapat menyatakan bahawa: i. Perbezaan antara jisim dan jirim. ii. Menyebut faktor yang mempengaruhi perubahan jisim dan jirim. -Guru menyoal berkaitan isi pelajaran hari ini. -Guru meminta murid membuat kesimpulan. -Murid membuat latihan dalam buku kerja. Aktiviti pengayaan: Buku aktiviti Akses kendiri.

Memberi tugasan untuk kerja rumah.

You might also like