You are on page 1of 2

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF NORZILAWATI ZAIDI (770603025786)

SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA PELAKSANAAN PROGRAM KELAS PENDIDIKAN INKLUSIF 1.0 Pengenalan Menurut Shahabuddin Hashim et.al. (2003), pendidikan inklusif berasal daripada Bahasa Inggeris inclusive yang bermaksud termasuk atau merangkumi. Dapatlah dikatakan istilah inklusif membawa maksud mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa. Jamila K.A. Moahamed (2005) berpendapat melalui program pendidikan inklusif, murid-murid pendidikan khas belajar bersama-sama dengan murid normal dalam satu kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa yang sama, dan dibantu oleh guru sumber pendidikan khas. Secara umum, pendidikan inklusif boleh didefinisikan sebagai keadaan murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. 1.1 Tujuan Pendidikan Inklusif

Pendidikan inklusif bertujuan untuk menggalakkan interaksi antara murid khas dengan murid normal di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengira perbezaan individu. 1.2 inklusif iaitu: 1.2.1 Pendidikan inklusif separuh masa. Pendidikan inklusif separuh masa bermaksud suatu bentuk program di mana murid-murid hanya dimasukan ke kelas biasa. Mereka akan mengikuti pembelajaran seperti biasa di kelas itu bagi beberapa mata pelajaran sahaja. Jenis Pendidikan Inklusif Shahabuddin Hashim et. al. (2003) mengemukakan dua jenis pendidikan

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF NORZILAWATI ZAIDI (770603025786)

1.2.2

Pendidikan inklusif sepenuhnya.

Pendidikan inklusif sepenuhnya bermaksud suatu bentuk projek di mana murid dimasukan dan mengikuti proses pembelajaran di kelas biasa. Mereka tidak kembali ke kelas khas. 1.3 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF 1.3.1 Model A Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran. 1.3.2 Model B Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas. 1.3.3 Model C Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas. 1.3.4 Model D Penempatan di sekolah khas (Base School) dan kelas Satellite di sekolah biasa.(Octopus Model). 1.3.5 Model E Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas. 1.3.6 Model F Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

You might also like