P. 1
HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

|Views: 42|Likes:
Published by rahimahrobi74
epic
epic

More info:

Published by: rahimahrobi74 on Jul 22, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/27/2013

pdf

text

original

HBEF3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Abstrak Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di Sek. Keb. Batu 29, Setiu, Terengganu. Istimewanya program ini ialah setiap kelas yang mempunyai murid bermasalah pembelajaran akan disertasi oleh seorang guru pendidikan khas (guru damping) yang akan membantu murid-murid tersebut. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran akan diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan badan pendidikan khas yang lain seperti Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) dan Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang (PKIIC). Jangkaan dapatan daripada pelaksanaan program ini ialah guruguru kelas dan guru mata pelajaran akan dapat menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping dari badan yang lain untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid ini akan mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir. PPI ini akan berkesan jika dirancang dengan rapi oleh pihak sekolah dengan kerjasama dan pemantauan berterusan dari KPM dan dijangka akan dapat diimplimentasikan dengan berkesan dan sistematik. Kata kunci: pendidikan inklusif, murid bermasalah pembelajaran, sekolah rendah

1.0

Pendahuluan

Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik, down syndrome dan lain-lain. Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk member peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

2.0

Pernyataan Masalah

Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, hanya segelintir murid

Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.0 Kepentingan cadangan/ garis panduan Hasil garis panduan ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid-murid berkeperluan khas seperti Jabatan Pendidikan Khas. b. Oleh yang demikian. c. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan khas dengan murid di aliran perdana. e. Selain itu kurangnya penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak mengagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model). Ini kerana masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibubapa untuk memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas. namun implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Batu 29 supaya ia dapat diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut. cadangan/garis panduan yang menyeluruh ini perlu dijalankan dalam pelaksanaan PPI di Sek. Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana. g. Di pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di sekolah pula diharapkan mendapat maklumat bagi menyediakan PPI yang berkesan bukan sahaja kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa menerima murid berkeperluan khas sebagai rakan sekelas. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. f. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan. Keb. KPM.0 Objektif a. kekurangan dan kecacatan.berkeperluan khas mengikuti PPI. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan 4. Pihak yang tersebut perlu memberikan perhatian yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan program yang lebih berkesan bagi murid–murid tersebut. 3. Penyediaan tempat yang sesuai akan . Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian. d. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas . Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri.

2 Inklusif Separa . mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).1 Tinjauan Literatur Definisi Pendidikan Inklusif Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal. (Farell et al.2. pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelaskelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jalil. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan.2. 1995). 1994).2 Program Pendidikan Inklusif (PPI) Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersamasama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa. Yang baru hanyalah istilahnya. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan. Di Malaysia. di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat. Kementerian Pembangunan Wanita.2 Pendidikan Inklusif di Malaysia Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia.2. 5. 5. masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia. program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif.0 5. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam. dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. 5.1 Inklusif Penuh Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).1 Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas.2. Keluarga dan Masyarakat. masalah pendengaran. Dalam erti kata lain.2. 5. kesukaran bertutur.2. 2002). 5.membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI dapat merancang dengan lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. 1997). murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas. Murid yang mempunyai masalah penglihatan. Kementerian Pelajaran Malaysia. 5.

kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990.3 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas Selain Kementerian Pendidikan. bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah. ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa. sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai sejarah yang agak panjang. yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. 5. tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka. Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan. dan . Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations).4 Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI) Pertubuhan Pendidikan. pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.Di Great Britain. sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat. 5. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.  Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975. Selepas tahun tersebut. Peristiwa „Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986‟ telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.  Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun. dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat. persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid.Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:  Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children‟s Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun  Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.

berpakaian dan ke tandas sendiri. tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus. Hyperaktif Cerebral Palsy * Pelajar ini mestilah boleh menguruskan diri seperti makan. 6. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo.ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward.2 Tenaga pengajar Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah:     Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif Merancang dan melaksanakan penilaian. Di Australia dan New Zealand. yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI di kalangan murid-murid berkeperluan khas. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. maka satu garis panduan yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut. perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya. 6. murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran.1       Jenis-jenis pelajar masalah pembelajaran Lemah dalam pelajaran .3  Kemudahan asas untuk pelajar khas Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.0 Strategi Pelaksanaan Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid."Slow Learner" Autistik Down Syndrome Terencat akal ringan. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. . Dedikasi dan komitmen yang tinggi. guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. R. Layanan dan bimbingan yang adil. 2006). 2000).M. tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. 6. 6. Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas.

Keb. Kita dapat meningkatkan murid-murid berkeperluan khas ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang .  Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi. 6.perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling.  Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah. Bilik resos . Kejayaan pelaksanaan program yang bakal dijalankan di sekolah ini adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan.5 Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti tambahan  Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum.  Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah.0 Rumusan Cadangan/garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid berkeperluan khas.    Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah. Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik. Bahan rujukan/peralatan tambahan . Batu 29 adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) supaya ia dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan. 7. 8.0 Syor Pihak pentadbiran Sek.  Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya.4 Pengurusan  Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik  Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar  Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai  Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan  Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat. 6. pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.

Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Schools and Special Need: Issues of Innovation and Inclusion. A. R. (1997). ( 2006 ). A. Primula Beach Resort. Zaleha Tambi Adam. M. USA :Thomson Wadsworth . Farrell. Making Special Education Inclusive. (Ed.Terengganu. ( 2nd Ed ). Kuala Lumpur: Universiti Malaya. (2000). (1995). (2002). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Garguilo. Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Rujukan Kamariah Jalil. Special Education In Contemparary Society. Seaview Hotel Langkawi.penting dan berguna kepada Negara di mana mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti. Abdul Rahim Selamat.). & Ainscow. London:David Fulton Publisher. Dyson.Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. & Millward. Tesis Masters yang tidak diterbitkan.M. P. ( 1994 ). London: SAGE Publications Inc. GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS .

.

Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran perdana.2 Program Pendidikan Inklusif . Mereka boleh mengikuti program ini di sekolah-sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi. tepat dan bersistematik mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepada semua warga pendidik. 4. guru aliran perdana dan guru pendidikan khas. 2. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah harian biasa yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Pembelajaran. guru dan sekolah masing-masing. Memberi kefahaman yang jelas. 3. Mewujudkan persefahaman antara pihak pentadbir.2 3.4 3.1 DEFINISI Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas.0 3.0 PENGENALAN Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran untuk membantu murid-murid bermasalah pendengaran menerima pendidikan dengan selesa dan sesuai dengan kemampuan mereka.0 5. Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunakan dua pendekatan iaitu Program Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi setiap mata pelajaran yang diambil.6 OBJEKTIF Menyebarluaskan maklumat garis panduan peranan guru pendidikan khas (guru pembimbing).0 TUJUAN KERTAS Untuk mendapatkan kelulusan daripada Ahli Majlis Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. pengendalian Program Pendidikan Inklusif dapat diselaras dan diseragamkan diseluruh negara.5 3. 5.0 RASIONAL Dengan adanya garis panduan ini. kepada pihak pentadbir Panduan umum mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif untuk dipatuhi semua pengetua. Pihak sekolah boleh menyesuaikan panduan umum ini mengikut keperluan murid. Sebagai satu garis panduan yang standard digunapakai di seluruh negara.1 3. guru besar dan guru.3 3.1.

2 Inklusif Separa Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). Guru pendidikan khas (guru pembimbing). 5. Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan: “Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan. 5. yang membantu P&P di program pendidikan inklusif adalah juga guru yang mengajar subjek yang sama di PPKI dan mempunyai jumlah waktu mengajar sama dengan guru-guru pendidikan khas yang lain iaitu antara 26 hingga 30 waktu bagi sekolah rendah dan 20 hingga 25 waktu bagi sekolah menengah. pegawai Kementerian Pendidikan dan . mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).5 Jumlah Waktu Guru pendidikan khas (guru pembimbing).3 Guru pendidikan khas (guru pembimbing).2.Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa. 5. adalah Guru Pendidikan Khas yang ditugaskan membantu murid yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif.1 Kesamarataan Pendidikan Garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996. 5.1 Inklusif Penuh Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). 5.2.4 Bilik Resos Bilik Resos merujuk kepada bilik yang disediakan sebagai tempat persediaan pengajaran sebelum dan selepas Program Pendidikan Inklusif.0 ASAS PERTIMBANGAN Keperluan cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi berasaskan kepada beberapa faktor : 6. 6. Ianya juga digunakan sebagai tempat menyimpan peralatan dan bahan tambahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas.

b) i. 6. Peringkat 2 Semua murid pendidikan khas pendengaran yang lulus ini dalam UP1 mengikuti pengajaran dan pembelajaran di PPI bermula pada minggu pertama bulan Februari sehingga ke akhir tahun. Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Untuk tujuan itu. penyediaan prasarana yang lengkap. 6. Usaha ini bertujuan generasi yang holistik dan memenuhi keperluan kerja.” Untuk memenuhi keperluan individu. ii. Cabaran KPM untuk memastikan guru di SBK terdiri daripada mereka yang terlatih dan mengikut opsyen dan mampu membawa kepada kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah-sekolah tersebut. murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa. Prosedur Penempatan Peringkat 1 Semua murid pendidikan khas pendengaran akan memulakan sesi persekolah mengikut pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula pada bulan Januari. Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Falsafah Pendidikan Khas bermatlamat untuk mengembangkan potensi dan kualiti pelajar bekeperluan khas supaya menjadi tanda aras kepada di negara maju. dan murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan ke PPKI . c) i. Ujian Pengesanan 1 akan diadakan bagi tujuan penempatan murid pendidikan khas pendengaran ke PPKI atau Program Pendidikan Inklusif (PPI). Semua murid pendidikan khas pendengaran ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2. Murid pendidikan khas pendengaran akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada minggu pertama bulan Februari di PPKI. program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997. Semua murid pendidikan khas pendengaran ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2.2 Melonjakkan Pendidikan Malaysia ke Tahap Antara Bangsa Hala tuju pendidikan negara memerlukan satu perancangan sistematik untuk menjana kecemerlangan melalui pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan. Masalah kekurangan guru jika tidak diatasi dengan segera boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. . ii.3 Memartabatkan Profesion Keguruan Isu kekurangan guru di sekolah bantuan kerajaan sering dibincangkan oleh pelbagai pihak. ii.a) b) pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.1. iii. Senarai pendek murid pendidikan khas pendengaran yang lulus dalam UP1 akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. 7. iii. berfungsi dan terkini perlu disediakan oleh KPM ditambah pula nilai sejarah dan tradisi keunikan sekolah boleh menjadi elemen penting untuk melonjakkan kekuatan yand ada pada program pendidkan khas integrasi tersebut. mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”. masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti. Peringkat 3 Murid pendidikan khas pendengaran yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan di PPKI. yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran.1 a) i. sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut.

2 Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang lulus bagi setiap Ujian Pengesanan 2. Mengajar kemahiran bahasa isyarat Bahasa Malaysia Kod Tangan. adalah bergantung kepada mata pelajaran masing-masing bagi sekolah menengah dan sekolah rendah. 7.3 Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing). 7. akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di PPKI.1. Mengenal pasti. Membantu murid bermasalah pendengaran semasa Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan. keutamaan dan tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras. Memberi penekanan. Pembinaan jadual waktu kelas inklusif sebaiknya selaras dengan jadual waktu aliran perdana dan mengikuti keperluan dan kesuaian. boleh dianjalkan mengikut keperluan pembelajaran murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukan. d) Dedikasi dan komitmen yang tinggi. Syarat-syarat ke Program Pendidikan Inklusif a) Tidak melebihi 2 tahun umur kronologi b) Boleh mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran dalam aliran perdana c) Tidak mempunyai pelbagai kecacatan d) Boleh berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya 7.1. . Memastikan semua murid memakai Alat Bantu Dengar.3 Pengurusan a) b) c) Menyelenggara Alat Bantu Dengar berfungsi dengan baik. v. Menjalankan tugas sebagai guru penterjemah dan pemudahcara di Program Pendidikan Inklusif bagi aktiviti amali dan koakademik untuk mata pelajaran dan topik tertentu. Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran untuk tujuan persediaan murid sebelum pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif.iv.2. atau Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Akhir Tahun akan disenaraipendekkan ke Mesyauarat Jawatankuasa untuk tujuan penempatan semula ke PPI. Menjalankan latihan pertuturan bagi murid yang ada sisa pendengaran. f) g) h) i) j) k) l) 7. Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran atau Guru Kanan Panitia untuk tujuan pengukuhan dan pengayaan selepas Program Pendidikan Inklusif. menyelaras dan mengambil tindakan dalam membuat keputusan berkaitan setiap perkembangan semasa dalam Program Pendidikan Inklusif. c) Gunakan BBM yang sesuai. Waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). Murid Bermasalah Pendengaran 7. Ianya mencakupi aspek keperluan kurikulum serta pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid bermasalah pendengaran. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang belum layak ke PPI.1 a) b) c) d) e) Pengajaran dan Pembelajaran Mengajar murid bekeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos sebelum atau selepas masa pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif.2 Guru pendidikan khas (guru pembimbing). Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai. e) Layanan dan bimbingan yang adil. dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif a) Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif b) Merancang dan melaksanakan penilaian.

hendaklah membimbing murid khas mengikut matapelajaran tertentu. melaksanakan senarai tugas serta mengguna Garisan Panduan Program Pendidikan Inklusif di Program Pendidikan Khas Integrasi secara optimum. c) Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi. 7. (f) Jadual Waktu Pendidikan Khas mestilah disesuai dan diselaraskan dengan perjalanan Jadual waktu aliran perdana mengikut keperluan. pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pendengaran. Ia juga dapat mengembangkan potensi murid pendidikan khas bermasalah pendengaran ke arah kecemerlangan pendidikan khas. menumpukan segala tenaga. (e) Guru pendidikan khas (guru pembimbing). yang dilantik adalah terdiri daripada personalia terlatih dalam bidang Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran.0 RUMUSAN Cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini perlu diperkenalkan dalam latihan perguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk membolehkan guru-guru memahami dan mengenalpasti bidang tugas masingmasing. 8. 7. e) Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat. Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.4 Kelas Bimbingan Dan Aktiviti-aktiviti tambahan a) b) Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum. (d) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). e) Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah yang berkaitan dengan murid bermasalah pendengaran. Keutamaan mestilah diberi kepada matapelajaran-matapelajaran teras.5 Peranan Pengetua/Guru Besar Pengetua/Guru Besar perlu menitikberatkan menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dikelolakan dengan sempurna.d) Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan. (g) Membuat pemantauan Program Pendidikan Inklusif.0 SYOR Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi 9. . (a) Mempengerusi Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif sekolah (b) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). (c) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). d) Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah. kemahiran dan kepakarannya ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.KUCHING.2-BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF 2. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas.1-SEJARAH INKLUSIF Sebelum abad ke -19 .PPKI SMK Demak Baru menyimpan hasrat dalam membantu sistem pendidikan bagi murid-murid kurang upaya bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada masyarakat dan negara.10.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. 2..KUCHING.Thomas H.2. PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU.0-PROGRAM INKLUSIF 2.Pada tahun 1975 “The Education of All Handicapped Act” telah dibaca di Kongress Amerika.Gallandet (1781-1851)& Louis Braille(18091852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran.dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.Awal abad ke -19.PPKI SMK Demak Baru ditubuhkan pada 2004.Golongan pendidik dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini.Muncul pendidikan segregated.0 PENUTUP Ahli mesyuarat adalah dimaklumkan akan konsep Program Pendidikan Inklusif di sekolah sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi. Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Saban tahun tranformasi sama ada dari segi kurikulum.0-PENDAHULUAN “Ilmu adalah keajaiban yang mampu merubah manusia” dan guru sebagai pendidik adalah bertanggungjawab dan harus bijak mencanai “permainan minda”dalam mendidik murid-murid berkeperluan khas membentuk mereka menjadi manusia. PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU.Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa -Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa .kokurikulum dan sahsiah sentiasa dilakukan demi memastikan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas di sekolah ini seiring dengan kehendak dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua murid mendapat pendidikan yang sama . 1. 2.Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

2. Sikap sesetengah guru biasa yang merasakan terbeban dengan adanya pelajar khas dalam kelas.komunikasi dan pencapaian akademik. Model D.4-KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF 1. 3.3-MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF 1. 8. Pelajar normal turut terasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka. 5.-Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas. 2. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkahlaku. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.mereka diberi peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah. 2.Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas “Satellite” di sekolah biasa . Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat. 7. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru. -Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku. 2. Berlakunya penglabelan 4. -Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal. -Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. PPKI SMK . Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing . 2.1-LATAR BELAKANG Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran di SMK Demak Baru bermula sejak tahun 2011. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas. 6.2-Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi) -Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. 3. 2.Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua . Pelajar khas mendapat kurang perhatian dan tumpuan. 4. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu melonjakkan mutu pencapaian pelajar khas. -Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik. 9. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas 3. 3. Guru sukar memberikan tumpuan. 5. 4.Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan atau kecacatan mereka. 6. Sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan. Pelajar khas yang terlibat menunjukkan kebosanan dan letih semasa belajar kerana penat menghadiri pengajaran dan pembelajaran yang banyak. -Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman. -Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa. 6. 2.2.5-KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF 1.0-PENDIDIKAN INKLUSIF DI PPKI SMK DEMAK BARU 3.(Octopus Model) 5.yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan murid-murid berkeperluan khas. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

Seramai 2 orang pelajar di Tingkatan 2. nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.(Mohd Siraj Awang.murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana. Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran tertentu yang sama dengan pelajar normal. 3. 3. kekurangan dan kecacatan.2-MATLAMAT Antara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah: 1. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan „Khas‟ ini tanpa mengira perbezaan. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan murid di aliran perdana. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahirankemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role model ). Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah.Demak Baru menjadi salah sebuah program yang sentiasa menyokong demi memastikankan jurang pendidikan antara murid perdana dan pendidikan khas dapat dirapatkan. Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. 3. akhlak. 6. 4 orang di Tingkatan 3 dan 6 orang pelajar di Tingkatan 4. 7. jasmani. 4. rohani. 3. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran. emosi. 2. Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya yang dibina. Kini seramai 12 orang pelajar berkeperluan khas telah diinklusifkan di kelas aliran perdana. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .3-OBJEKTIF 1. 3.Selain telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca. Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. 5. pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.menulis dan mengira.dilaksanakan kepada pelajar yang berkeupayaan di sekolah ini adalah berbentuk sepenuh masa dan separa masa. 5.berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata . bakat. )1996. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan „Khas„ sekelas mereka. 4.4-KUMPULAN SASARAN Murid-murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan yang mampu dan berupaya dalam akademik sahaja yang diinklusifkan dalam kelas aliran perdana. 2.

3. • Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Paling utama juga murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas tersebut. • Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan. Mengumpul .7-STRATEGI PERLAKSANAAN Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini. • Rekod prestasi murid. • Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif. 3.menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti Program Inklusif. • Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif.6-FAIL PROGRAM INKLUSIF Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. . 5.5-JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF Pengerusi : En Rambil Hj Hasbi (Pengetua) Naib Pengerusi : En Jamal Shukuri Bolhassan (GPK PK) Setiausaha : Pn Dayang Hasimah Bt Awang Madian (SU Kurikulum) AJK : Pn Norzita Mohamed (SU HEM/Guru Sejarah) : Cik Ruhana Bt Bujang (SU KK/Guru Bahasa Melayu) : En Jamaluddin Juni (PPM) : Cik Nillip (PPM) : Pn Chong Fui Fon (Guru Geografi) : Pn Kamariah Kunggi Bt Abdullah (Guru Bahasa Inggeris) : En Badrulisham Ameran (Guru Matematik) : En Mohd Safwan Alias (Guru Sains) : En Badrol Hisham Majid (Ustaz) 3. 3.pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif . Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas dan PPM . Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat. 3.1-Sebelum Program 1. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.7.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa. Fail ini mengandungi dokumendokumen seperti : • Jawatankuasa Program Inklusif. 2. • Biodata murid yang diinklusifkan. 6. • Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif. 4.

Ini membuktikan murid Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja.7. Semua mata pelajaran diinklusifkan kecuali matapelajaran Moral. Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.7. 7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran murid khas. Di samping itu. 9. 12. 6. Semua guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama dengan murid lain dan diberikan tugasan yang sama .Hafazan. 8. 10.Tingkatan 2 Perdana dan 3 Perdana .murid-murid ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa.Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah.Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya.Murid khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor. 2. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.Pendidikan Jasmani dan PSV untuk Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Semua murid khas membuat kerja kursus walaupun mereka dikecualikan.buku rujukan .Penulisan Khat dan Jawi. 3. Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas .Program Mentor Mentee 1.laptop untuk pencarian sumber maklumatbagi memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa.hanya mata pelajaran wajib sahaja diinklusifkan.guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka.3. 3.Bagi Tingkatan 4 . Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas PPKI8. Membuat perjumpaan dengan semua murid yang berkenaan. 11. 13. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan yang diperlukan .7. 4. 2. Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid lain.7.Semasa Program 1.Namun demikian.Ini juga menjadi faktor menyumbang kepada kelulusan yang lebih baik.Terdapat juga beberapa orang murid khas yang aktif melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah seperti Pertandingan Bercerita. 5. 3. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar khas yang terlibat dalam membentuk masa depan yang cemerlang.4. (Lampiran K:Jadual Waktu PPKI8) 3. 14.2.Malah terdapat juga yang aktif dalam kokorikulum seperti Pertandingan Bowling sehingga ke peringkat kebangsaan dan mendapat tempat.7.3 Perdana dan 4 Amanah . Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada murid.4-Senarai Mata Pelajaran Yang Diikuti 3. 15. Dari segi sosialisasi dan komunikasi.Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan. 5. 3.Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan.1. mengadakan kelas tambahan.Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan juga sebaliknya. Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling pandai iaitu di kelas 2 Perdana. 4. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid khas semasa di dalam kelas persediaan iaitu di kelas PPKI8.Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal . Guru khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan rujukan seperti keratan akhbar. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua murid aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah.

Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau penjaga.Pencapaian pelajar di bidang kurikulum Mohd Qamarrul Izzat b Mohd Sani telah • Johan Pertandingan Bercerita Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak. Guru pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid.• Bahasa Melayu • Bahasa Inggeris • Sejarah • Geografi • Pengetahuan Agama Islam • Matematik • Sains • KHB/ERT 3.Dalam Pendidikan kita mampu membentuk pelajar ini menguasai ilmu pengetahuan seterusnya mempertingkatkan martabat diri.4.Beliau juga mewakili sekolah dalam Pertandingan Bowling Terbuka yang dianjurkan oleh SMK ST Joseph.3-Tingkatan 4Sains • Bahasa Melayu • Kimia • Biologi • Matematik • Pengetahuan Agama Islam • Bahasa Inggeris • Sejarah 3.5-Selepas Program 1. • Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Hafazan . Penilaian keberkesanan program terhadap murid khas sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat.guru haruslah peka dan sensitif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.bersosialisasi dan berkeyakinan.7.7. 3. 3.Guru. • Tempat Ketiga dalam Pertandingan “Spelling” Terbuka pada Minggu Bahasa peringkat sekolah. 3. 4.Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya.8-PENCAPAIAN 1.7. 4. 2.agama dan masyarakat dan juga mampu untuk ddduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat global di luar sana. 4. 5. Keputusan peperiksaan murid Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas . • Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Khat dan Jawi . Pencapaian pelajar dari segi kokurikulum -Nur Syazwani Bt Marais telah mewakili negeri Sarawak bagi Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Perak. Pencapaian dari segi akademik (Rujuk di Lampiran A dan B) 2.Pelajar berkeperluan khas telah mula berdikari .0 RUMUSAN Kejayaan perlaksanaan program ini di PPKI SMK Demak Baru adalah berdasarkan perancangan yang telah diatur dan dibincangkan.2-Tingkatan 4A • Bahasa Melayu • Bahasa Inggeris • Sejarah • Pengetahuan Agama Islam • Matematik • Sains 3. . Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid.Jabatan Pelajaran Sarawak dan Salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.4.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->