You are on page 1of 2

TAJUK 4

Media & Bahan (2 jam + 4 jam)

Tajuk ini menjelaskan kepelbagaian bahan dan media 2D dan 3D serta bagaimana menghasilkan dan menggunakannya dalam P&P. HASIL PEMBELAJARAN

a) Mengenalpasti contoh-contoh media dan bahan yang digunakan dalam P&P b) Menghurai kesesuaian penggunaan media dan bahan dalam P&P c) Menggunakan bahan 2D dan 3D dalam P&P Subtajuk : x Bahan 3D dan 2D x Objek maujud/realia dalam pengalaman sebenar. x Bahan Bercetak

BAHAN 3D DAN 2D RENUNGAN Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan di dalam memilih media pengajaran? Bagaimanakah bahan 2D dan 3D berkesan sebagai bahan bantu mengajar? Nyatakan contoh-contoh penggunaan bahan 2D dan bahan 3D yang bersesuaian bagi sesuatu tajuk. Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata. Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah: Gambar, Grafik, Carta, Peta, Graf, Poster, Kad Imbasan, Kad Gambar Bahan-bahan 2D mungkin memerlukan cara untuk memaparkannya biasanya menggunakan papan paparan. Antara papan paparan yang boleh digunakan ialah papan hitam, papan putih, papan pelabagai guna, papan magnetik, dan flip charts.

23

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini.

Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain termasuklah Realia, Model, Diorama, Akuarium , Boneka, Mobile', dan Topeng .

FIKIR-FIKIR Pilih satu topik sesuatu matapelajaran dan buat perancangan apakah bahan-bahan 2D atau 3D yang bersesuai dapat dibina untuk topik tersebut. Buat semakan semula (review) sama ada bahan-bahan yang ingin dibina itu sememangnya bersesuaian dengan topik matapelajaran itu.

Dalam Rancangan Pengajaran Harian perlu ada beberapa kemahiran. Nyatakan kemahiran tersebut. Media pengajaran yang bagaimanakah perlu diambilkira untuk kemahiran tersebut REFLEKSI Melalui pengalaman mengajar anda, apakah aspek-aspek yang harus diberi perhatian dalam pemilihan media supaya pembelajaran boleh berlaku dengan berkesan. Cuba buat renungan kembali tentang perkara ini dan simpankan refleksi anda dalam portfolio anda. Ingat: Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam portfolio anda.

24

You might also like