You are on page 1of 4

Jenis-Jenis Peribahasa : 1) Simpulan Bahasa Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam

susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi, bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan. Ciri-ciri Simpulan Bahasa a) Terbentuk daripada penggunaan kata nama am - anak buah, anak emas, buah tangan, lipas kudung. b) Terbentuk daripada penggunaan kata kerja - ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang telinga,cakar ayam c) Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif - besar kepala, bodoh sepat,kecil hati, berat hati d) Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas - Abu Jahal,Mat Jenin,Pak Kaduk e) Terbentuk daripada nilai kepercayaan - air pinang, batu buyung, makan bulan

2) Perumpamaan Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama. Contoh perumpamaan : bagai aur dengan tebing,seperti api dalam sekam, bak bulan dipagari bintang. 3) Pepatah Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Sebagai contoh,

diam ubi berisi, diam besi berkarat bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh. 4) Bidalan Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran. Contoh bidalan seperti jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak yang bermaksud semakin kaya semakin sombong. 5) Perbilangan Perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi yang mencerita dan menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau (adat/peraturan). Perbilangan adat ini berasal dan berkembang di daerah Minangkaba dan Palembang yang dikenali sebagai 'Adat Minangkabau'. Di Malaysia, perbilangan adat ini banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, iaitu digunakan dalam Adat Pepatih. Perbilangan adat ini diperturunkan dari mulut ke mulut, dari satu generasi ke satu generasi.Perbilangan adat ini mengalami perubahan dan kesesuaian mengikut keadaan dan zaman, seperti pada kedatangan Islam, perbilangan adat mengalami penyesuaian dengan ajaran Islam seperti yang dibuktikan oleh perbilangan ini : Adat bersendi hukum Hukum bersendi Kitabullah Kuat adat, tak gaduhkan hukum Kuat hukum, tak gaduhkan adat Ikut hukum, muafakat Ikut adat muafakat 6) Kata Hikmat Kata hikmat merujuk kepada kata-kata pujangga, ulama atau orang bijak pandai. Kata hikmat dijadikan pedoman hidp dan percakapan umum.

Bentuknya ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar dan dalam.Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat atau kata pujangga ialah perkataan orang bijak pandai yang mempunyai pengertian yang tinggi. Ini bermaksid ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan peringatan serta dijadikan pedoman hidup, contohnya "bahasa menunjukkan bangsa", "bersatu teguh bercerai roboh", "maju bangsa maju negara" dan sebagainya. Zaaba juga menyebut tentang kategori yang sama sebagai lidah pendeta yang didefinisikan sebagai perkataan yang bijak,pendek,sedap, benar dan berisi. 7. Bahasa Kiasan Bahasa Kiasan ialah ungkapan yang maknanya tidak diketahui daripada makna perkataan itu sendiri atau daripada susunan tatabahasanya. Dengan kata yang lain, maknanya tidak 100% oleh makna kata-kata dalam binaan bahasa kiasan tersebut. Dalam bahasa kiasan, sesuatu perkataan, frasa atau ayat mempunyai maksud yang berlainan dengan makna harfiah kata-kata yang membinanya. Contoh bahasa kiasan yang menyatakan bandingan, antaranya termasuk jari seperti susun sirih, kuncup seperti sulur bakung, manis umpama lautan madu, tinggi macam galah, dan tumit umpama telur dikupas. Bahasa kiasan yang tidak menyebutkan perbandingan ialah abu jahal, mat jenin, ayam tambatan, pelanduk dua serupa dan puteri lilin. Bentuk bahasa kiasan bahasa Melayu dapat digolongkan kepada dua golongan, iaitu kiasan jenis peribahasa dan kiasan jenis bukan peribahasa. Antara kedua-dua jenis bahasa kiasan ini, terdapat perbezaan yang nyata dari segi maksud. Bahasa kiasan jenis peribahasa mempunyai makna khas, iaitu tidak bergantung pada konteksnya. Misalnya makna kaki ayam, anak emas, dan langkah kanan tetap tidak berubah kendatipun dalam konteks apa-apa sekalipun.

Selain itu, bahasa kiasan peribahasa mempunyai makna selapis dan makna dua lapis. Yang bermakna selapis dapat terus difahami apabila kita membacanya. Misalnya biar lambat asal selamat; sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit; dan hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya bermakna selapis kerana tiada makna yang tersirat daripada unsur kata yang menjadi binaan bahasa kiasan tersebut. Sebaliknya, bahasa kiasan dua lapis pula menggunakan gambaran lain bagi membayangkan maknanya. Misalnya ular yang menyusur akar itu tidak akan hilang bisanya; seperti talam dua muka dan bagai bajak wangkang makan diangkat. 8. Tamsil Definisi: kiasan asal yang diperluaskan dengan panjang lebar lagi. Tamsil mengandungi beberapa isi pengajaran, nasihat, teladan serta pemikiran yang bernas. Contohnya: bawa resmi padi, semakin berisi semakin tunduk tua-tua keladi, makin tua makin menjadi ada ubi ada batas, ada budi ada balas

You might also like