You are on page 1of 11

KERTAS KERJA: PERTANDINGAN MEWARNA TARIKH: 16 Julai 2013 ANJURAN: GURU PELATIH IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

DENGAN KERJASAMA: SEKOLAH KEBANGSAAN BATU EMPAT TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAAN BATU EMPAT 08300 GURUN, KEDAH.

TUGASAN INTERNSHIP GURU PELATIH PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI 2010 1.0 PENDAHULUAN Pertandingan mewarna merupakan permulaan bagi murid-murid mengenali erti persaingan secara positif melalui pertandingan yang dipertandingkan berdasarkan kepada tahap kebolehan mereka dalam mewarna lukisan yang disediakan. Pertandingan ini lebih kepada keseronokan kepada murid Tahap 1 (Tahun 2 dan Tahun 3) dalam menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Melalui pertandingan ini, secara tidak langsung dapat mencari bakat baru dikalangan murid-murid Tahap 1 dari SK Batu Empat untuk pertandingan mewarna kelak. Dengan pelaksanaan pertandingan mewarna ini, murid-murid diberi peluang untuk memahami realiti dan suasana menyertai pertandingan secara positif. Selain itu juga, guru-guru pelatih juga di beri pendedahan tentang realiti sebenar sebuah institusi sekolah dari segi pengurusan, kepimpinan, iklim dan budaya sekolah serta insfrastruktur persekolahan. 2.0 RASIONAL Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya di kalangan guru-guru sekolah ini untuk melahirkan murid-murid yang berkualiti di samping mempunyai pengalaman awal menyertai pertandingan seperti ini. Secara kesimpulan, pertandingan mewarna ini secara tidak langsung bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid mengenai persaingan yang sihat secara tidak langsung dapat mengasah bakat yang mereka ada untuk di ketengahkan.

3.0

OBJEKTIF Di akhir program, diharapkan murid-murid dapat : 3.1 3.2 3.3 3.4 Meningkatkan kefahaman dan memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai beberapa aspek berkaitan pertandingan. Menimbulkan dan memupuk bakat murid-murid yang belum di ketengahkan lagi. Dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan kemahiran yang ada. Mewujudkan suasana harmoni dalam perhubungan antara murid-murid dan guru.

4.0

CARTA ORGANISASI AJK INDUK Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Ketua Panitia DSV Setiausaha N. setiausaha Bendahari : Pn. Che Noraini Binti Morad ( Guru Besar SK Batu Empat ) : En. Khalil Anuar Bin Mohd Rejab ( GPK Kurikulum SK Batu Empat) : Pn. Nor Hashimah Binti Ahmad ( GPK HEM SK Batu Empat) : Tn. Hj. Syed Mohamad Sabry Bin Syed Osman ( GPK Kokurikulum SK Batu Empat) : Pn. Norhanani Binti Abdul Hamid : Cik Ainun Nasibah Binti Johar ( Guru Pelatih IPG Kampus Sultan Abdul Halim ) : Cik Nor Hazirah Binti Haron ( Guru Pelatih IPG Kampus Sultan Abdul Halim ) : Pn. Maslina bt Osman AJK PROGRAM

Dokumentasi/Laporan Cenderamata

: En Mohd Kamalludin b. Husin : Pn. Munauwaroh bt Samad : Pn. Suhaily bt Shaharbudin : Tahun 2 - Pn. Rizana bt Mustaffa : Tahun 3 - Pn. Maslina bt. Osman : Tahap 1- Pn. Maslina bt. Osman : Tahap 2 - Pn. Naimah bt. Hashim

Hakim

AJK Penyediaan Bahan/ Poster Pertandingan

5.0

BUTIRAN PROGRAM TENTATIF PROGRAM

14 Julai - 17 Julai 17 Julai 18 Julai -

Pertandingan Mewarna bagi Tahap 1 (Masa Dunia Seni Visual) Hakim Memilih pemenang

- Penyampaian Hadiah

5.1

(a) Tarikh 14 Julai- 18 Julai 2013 (b) Hari Ahad hingga Khamis (c) Bilangan Hari Lima hari (d) Tempat Kelas Tahun 2 dan Tahun 3

6.0 KUMPULAN SASARAN - Semua murid Tahun 2 Dan Tahun 3 SKBE - Guru-guru Dunia Seni Visual RUJUK LAMPIRAN A

7.0

ANGGGARAN PERBELANJAAN ANGGARAN PERBELANJAAN

Pertandingan Mewarna Pertama : RM 6 x 3 orang Kedua : RM 5 x 3 orang Ketiga : RM 4 x 3 orang Saguhati : RM 3 x 21 orang RM 18 RM 15 RM 12 RM 63 RM 7 RM 115

Photostat JUMLAH

SUMBER KEWANGAN *Pembiayaan daripada Panitia Pendidikan Seni Visual SK Batu Empat.

8.0

PENUTUP Melalui program ini, adalah diharapkan agar setiap murid memperoleh input yang maksimum dalam mengambil bahagian menerusi pertandingan yang dipertandingkan . Murid juga diharapkan dapat menerapkan nilai murni disamping bersaing antara satu sama lain secara sihat dengan bimbingan guru. Kami juga berharap dengan pelaksanaan program ini akan dapat dijadikan sebagai medium untuk semua murid mewujudkan budaya saing dari aspek kurikulum antara mereka, bertolak ansur, dan dapat menunjukkan bakat yang terpendam. Semoga usaha murni yang dijayakan bersama ini akan mendatangkan manfaat kepada semua terutama di kalangan murid untuk lebih gigih lagi dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam aspek kurikulum sekolah. Melalui program ini, pihak sekolah dapat melihat kebolehan murid-murid Tahap 1 dengan lebih awal lagi supaya pada masa akan datang, bakat mereka ini boleh di gilap dengan bantuan guru-guru.

Akhir kata, di harap semua pihak yang terlibat dalam program ini dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk melicinkan acara yang akan di pertandingkan pada hari tersebut. Dengan harapan, segala atur cara program yang di rancang dapat berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.....................................................
(CIK AINUN NASIBAH BINTI JOHAR)

.........................................................
(PN. NORHANANI BINTI ABDUL HAMID)

Setiausaha, Pertandingan Mewarna, SK Batu Empat, Gurun, Kedah.

Penyelaras, Pertandingan Mewarna, SK Batu Empat, Gurun, Kedah.

Disahkan oleh,

.................................................... (PN. CHE NORAINI BINTI MORAD) Guru Besar, SK Batu Empat, Gurun, Kedah.

Ulasan ................................................................................................................................................ ................................................................................................................................................ ................................................................................................................................................ ................................................................................................................................................ ................................................................................................................................................ ................................................................................................................................................

Lampiran A SK BATU EMPAT, GURUN, KEDAH SENARAI NAMA MURID MURID TAHUN 2 TAHUN 2013
BIL NAMA MURID NO SURAT BERANAK

SK BATU EMPAT, GURUN, KEDAH SENARAI NAMA MURID MURID TAHUN 3 TAHUN 2013

BIL

NAMA MURID

NO SURAT BERANAK

You might also like