You are on page 1of 9

Demi melahirkan atlet gimnas yang berpotensi untuk menang di sukan Olimpik, ianya menuntut usaha dan kerjasama

daripada semua pihak bagi mencapai matlamat tersebut. Kemudahan atau infrastruktur sukan, misalnya pembinaan stadium gimnasium harus dipertingkatkan serta ditambahbaik agar atlet gimnas boleh menggunakan kemudahan tersebut dengan selesa serta sesuai untuk mengembangkan kemahiran mereka. Di samping itu, jurulatih yang terlatih dan berkemahiran dalam gimnas juga amat diperlukan untuk membimbing atlet agar dapat menggilap bakat mereka dalam bidang gimnas. Untuk tujuan tersebut, pengambilan jurulatih yang berpengalaman terutamanya dari negara luar berupaya untuk menyuntik teknik baru kepada atlet negara kita. Pada masa yang sama, jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka bagi merangka sistem latihan yang baik kepada atlet dan seterusnya membantu dalam meningkatkan kualiti diri atlet serta mutu sukan negara. Selain itu, kerajaan boleh menganjurkan acara-acara sukan bertaraf antarabangsa di negara kita secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan oleh para atlet gimnas amat penting dalam usaha memantapkan persembahan mereka serta menyesuaikan diri dalam pertandingan yang sebenar. Persaingan yang hebat dalam pertandingan juga menjadikan atlet negara lebih fokus dan menyedari kelemahan diri serta mampu meningkatkan kualiti diri mereka sejajar dengan pengalaman yang diperoleh. Maka, semakin bertambahlah mutu atlet negara kita. Tambahan lagi, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi menyokong program-program pembangunan sukan di negara kita. Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Dengan adanya sokongan program pembangunan tersebut, maka para atlet boleh menumpukan perhatian sepenuhnya dalam latihan sukan dan seterusnya melakar kemenangan dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

Forum 6
Saya setuju dengan pendapat cikgu. Sedikit tambahan maklumat daripada saya. Negara kita Malaysia tidak ketinggalan dalam melahirkan lebih ramai atlet gimnas yang berpotensi bukan sahaja menang dan berjaya mengharumkan nama Negara bukan sahaja di dalam negara bahkan juga di peringkat antarabangsa. Namun begitu, perkembangan gimnastik di negara kita mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada lagi kejayaan yang diraih seperti pada awal tahun 50-an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini telah menimbulkan rungutan daripada pelbagai pihak dan membimbangkan . Kita dapat nampak betapa berusaha media massa negara kita yang asyik mencari dan mencuba pelbagai teori dan langkah untuk menangani masalah sukan di negara ini tanpa hasil jua. Pada pendapat saya, terdapat pelbagai tindakan drastik yang boleh dilakukan oleh semua pihak dalam menangani masalah ini iaitu,
Menyediakan tenaga pengajar yang pakar dan berprofesional dalam bidang gimnastik supaya dapat melatih atlet negara kita dengan kemahiran dan teknik-teknik yang lebih berpotensi dan tinggi. Selain itu, Malaysia juga boleh mengambil tenaga pengajar yang pakar dari negara yang sememangnya mempunyai kepakaran dalam gimnastik seperti Negara New Zealand dan China. Untuk menambahbaik kemahiran tenaga pengajar Negara kita, kerajaan Negara kita juga boleh menghantar tenaga pengajar Malaysia ini ke luar negara untuk mendapat latihan yang lebih terperinci supaya dapat melatih atlet kita dengan berkesan. Kemudahan peralatan bagi sekolah gimnastik cukup dan canggih supaya tidak ketinggalan dengan peralatan yang digunakan di sekolah luar negara juga amat penting. Kita perlulah memastikan sekolah gimnas mempunya i kelengkapan peralatan yang lengka p. Dengan itu, atlet gimnas di sekolah memudahkan mereka untuk berlatih dan mengasah bakat mereka. Kemudahan yang lengkap dan canggih membolehkan atlet gimnas Negara kita mendapat suasana latihan yang lebih selesa dan sempurna.

Oleh itu, Malaysia juga perlu memulakan kembali pembangunan sukan ini dari akar umbi seperti di negara China. Kita perlu menghantar sepasukan pegawai yang pakar di negara ini bagi mengambil ilmu yang dipraktikkan di sana dan juga melantik jurulatih yang bagus dan berkelayakan bagi melatih bakat2 muda di negara ini. Begitu juga dengan peranan Agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain yang berkaitan dengan sukan juga turut perlu mempromosikan sukan ini. Kementerian Belia dan Sukan contohnya satu badan yang mampu membawa dan mempromosikan sukan ini. Begitu juga dengan Kesatuan Gimnastik Malaysia, perlu mengorak langkah dari lebih awal lagi dalam meningkatkan kembali sukan ini di mata masyarakat. Mungkin dengan penubuhan akademi gimnastik di setiap negeri sedikit sebanyak dapat meningkatkan kembali martabat sukan ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kejayaan sesebuah negara dalam bidang sukan yang tertentu memerlukan program pembangunan sukan yang meliputi kesemua aspek terutamanya dari segi pengcungkilan bakat serta sokongan dari pelbagai pihak terutamanya negara itu sendiri.

Dalam konteks negara kita untuk berusaha melahirkan atlet gimnastik artistik yang hebat, pertamanya kita boleh jadikan beberapa buah negara yang berjaya dalam bidang gimnastik ini sebagai contoh teladan sematamata bertujuan membantu Malaysia melahirkan gimnas yang berpotensi untuk menang di peringkat Sukan Olimpik. Bagi negara Malaysia, untuk melahirkan atlet gimnas yang berpotensi menang di sukan-sukan besar seperti Olimpik mungkin nampak sukar melainkan kita perlu mempunyai pelbagai kemudahan tempat, kepakaran dan kewangan yang besar. Sekiranya kemudahan tempat yang baik dan setanding, para atlet kita akan dapat menguasai setiap kemahiran pergerakan yang baik setaraf tempat kemudahan di Negara luar. Seterusnya, negara kita sendiri boleh mengadakan perlawanan persahabatan dengan menjemput atlet-atlet dari luar negara bagi mendapatkan pendedahan. Tambahan pula, Malaysia perlu menyediakan latihan seterusnya mempunyai jurulatih di mana kepakarannya bertaraf dunia seperti jurulatih dari China, Russia dan Romania di samping mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi mengenai sukan gimnastik. Seterusnya, atlet gimnas yang berpotensi ini perlu diberi pendedahan pertandingan di luar negara dan bersaing dengan atlet-atlet negara luar yang handal dan mahir dalam sukan gimnastik. Selain itu, Malaysia perlu menyediakan kewangan yang cukup untuk membangunkan pusat latihan yang canggih setanding negara-negara maju dalam sukan gimnastik serta banyak mengadakan pertandingan atau program yang baik dalam negara untuk mengesan bakat baru dalam bidang gimnastik. Semoga dengan adanya semua kemudahan seperti ini Malaysia mampu melahirkan atlet gimnas yang bukan sahaja berbakat malahan berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini.

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, Gimnastik ialah pergerakan, latihan fizikal dan senaman yang meningkatkan kekuatan otot. Hasrat negara Malaysia untuk melahirkan atlet gimnas yang berpotensi untuk menang di sukan olimpik boleh tercapai sekiranya semua pihak berganding bahu, ini terbukti dengan pencapaian atlet Malaysia dalam acara badminton dan terjun air. Untuk melahirkan atlet gimnas berprestasi tinggi, badan-badan sukan perlu mencungkil dan menggilap bakat muda sejak awal kanak-kanak lagi. Anak-anak yang berbakat ini hendaklah ditempatkan di sekolah-sekolah sukan di seluruh negara. Perkembangan bakat mereka dipantau dan mereka perlu didedahkan dengan perlawanan di peringkat antarabangsa, bak kata pepatah melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Selain itu, pertandingan atau kejohanan gimrama atau gimnastik misalnya adalah satu platform

yang bagus selain wujudnya sekolah-sekolah sukan yang sedia ada bagi menggilap bakat. Program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengiburkan cabaran negara pada pringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara(MSN) dan institut Sukan Negara(ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritik seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi dan sebagainya. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti memungkinkan mutu sukan terus merosot dan kekurangan para atlet yang berpotensi. Di samping itu, jurulatih luar yang berkaliber hendaklah diambil bagi melatih pasukan gimnas kebangsaan. Bimbingan jurulatih yang baik dapat membantu atlet-atlet gimnas menambahbaik kemahiran mereka dalam sukan gimnastik. Sebagai contoh, Terengganu yang menggunakan khidmat jurulatih dari China, Yan Gang optimis untuk meraih pingat emas pertama mereka dalam acara gimnastik pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang. Selain daripada itu, infrastruktur moden harus dibangunkan seperti pembinaan stadium seperti Stadium Bukit Jalil, pembinaan velodram dan aparatus yang moden. Persepsi ibu bapa terhadap sukan perlulah berubah. Ini kerana ramai ibu bapa masih anggap sukan tidak penting berbanding dengan akademik. Mereka sentiasa menggangap bahawa sukan tidak dapat menjamin masa depan anak mereka. Biasanya hanya sebahagian kecil yang berjaya dalam bidang sukan. Kementerian haruslah berusaha berubah persepsi ini dan memberi keyakinan dan sokongan kepada ibu bapa bahawa sukan akan menawarkan masa depan yang cerah untuk anak-anak mereka. Dan akhir sekali, pendedahan kepada pertandingan besar dengan tujuan memperbaiki rekod diri sendiri baik di peringkat kebangsaan atau apa juga rekod yang mereka miliki sebelum ini. Sesiapa yang berjaya meraih pingat, akan mendapat imbuhan. Itu yang telah dilaksanakan oleh negara kita. Sehubungan itu, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak termasuk jurulatih, pengurus pasukan, atlet gimnas dan para penyokong akan dapat memartabatkan sukan gimnastik pasukan negara di persada antarabangsa pada suatu hari nanti. Sekian, terima kasih

Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Seperti acara sukan yang lain, sukan ini juga dilakukan secara individu ataupun berpasukan. Pendidikan gimnas memberi tumpuan kepada pembelajaran individu yang unik dari segi gaya pergerakan, pembelajaran dan juga perkembangan pelajar.

Untuk melahirkan gimnas yang berpotensi, negara Malaysia perlu mengambil inisiatif dengan menghantar gimnas ke luar negara untuk mendapat latihan bagi mendalami teknik, kaedah dan strategi yang sewajarnya. Latihan gimnastik di usia muda memang senang dibentuk berbanding di usia remaja. Seawal 10 tahun lagi, para gimnas perlu dihantar menjalani latihan ke luar negara contohnya di China untuk digilap ke skuad negara satu hari nanti. Latihan gimnastik di China memang terlalu ekstream berbanding di Malaysia. Selain itu Negara juga perlu mengimport jurulatih dari luar negara untuk mengadakan program intensif atau kursus kejurulatihan di Malaysia untuk melatih jurulatih-jurulatih tempatan. Latihan-latihan untuk gimnas dalam setiap sesi perlu teratur dan berjadual, sebagai pengesan dalam peningkatan tahap latihan dan kemampuan prestasi atlet gimnastik untuk memastikan program latihan berjalan teratur dan berkualiti.

Foeum 7

Sukan gimnastik dirujuk sebagai the mother of all sports. Ini adalah kerana penglibatan dalam sukan ini akan menghasilkan kekuatan fizikal, fleksibiliti, ketangkasan, koordinasi dan imbangan. Pergerakan gimnastik terdiri daripada bergerakan berlari, berjalan, berlompat dan pergerakan yang kompleks seperti hambur tangan, putar roda, salto hadapan dan belakang ( maklumat dari modul). Pada pandangan saya, sukan gimnastik ini memerlukan peserta membuat persembahan di hadapan para penonton. Sukan gimnastik ini agak popular di luar negara tetapi kurang mendapat sambutan hangat di Malaysia. Ini kerana sukan ini memerlukan daya ketahanan fizikal dan kemahiran yang cukup tinggi ketika membuat persembahan. Tambahan pula, latihan yang lebih diperlukan berbanding sukan jenis lain untuk memantapkan ketahanan fizikal dan kemahiran diri. Oleh demikian, bagi orang yang tidak mempunyai daya ketahanan dan keyakinan yang tinggi memang tidak dapat mengambil bahagian dalam sukan gimnastik ini. Walaubagaimanapun, di Malaysia gimnastik merupakan sukan pilihan yang wajib dipelajari oleh semua pelajar di sekolah yang dikenali sebagai gimnastik pendidikan dan diajar melalui Penddidikan Jasmani. Gimnastik pendidikan merupakan cabang pendidikan pergerakan yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan menjadi asas kepada gimnastik artistik. Di sekolah saya, biasanya guru Pendidikan Jasmani melaksanakan aktiviti gimnastik pada waktu PJ sahaja. Guru PJ akan mengajar pelajar aktiviti gimnastik melalui pendidikan pergerakan yang asas berdasarkan rancangan pengajaran yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, saya sebagai guru PJ tahun 4, saya menjalankan aktiviti gimnastik seperti imbangan,

maka aktiviti imbangan yang pelajar laksanakan adalah i. membuat imbangan dengan sebelah kaki ii. Melakukan aktiviti mengimbang skala di atas bangku iii. Mengimbang dihujung kaki dan bergerak di atas bangku. Jadi, melalui gimnastik pendidikan yang diterap dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani, pelajar akan didedahkan kepada pelbagai bentuk pergerakan, menguasai kemahiran pergerakan yang berkaitan dengan tubuh badan, ruang, beban, masa dan aliran serta member kebebasan kepada pelajar dalam mengolah kreativiti bagi menghasilkan ciptaan pergerakan yang mempunya nilai estetik yang tersendiri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukan gimnastik adalah merupakan sukan yang memerlukan kekuatan fizikal, fleksibiliti, kuasa,ketangkasan, koordinasi, imbangan dan koordinasi tubuh badan yang baik. Kese mua komponen yang disebutkan di atas adalah amat penting bagi seorang gimnas untuk berjaya dalam sukan gimnastik. Aktiviti gimnastik ini di ambil berat oleh pihak Kementerian Pelajaran dengan memasukkan kemahiran ini di dalam kurikulum pendidikan Jasmani. Di dalam transformasi pendidikan KSSR , guru-guru pendidikan Jasmani telah diberi pendedahan mengenai kemahiran gimnastik dengan mengikuti kursus KSSR yang dianjurkan oleh pihak KPM. Namun begitu tidak semua guru pendidikan Jasmani terlibat sebaliknya hanya seorang wakil sahaja yang perlu menghadiri kursus tersebut. Hal ini menyebabkan keberkesanan untuk guru guru pendidikan jasmani menerapkan aktiviti gimnastik di kalangan murid-murid di sekolah adalah tidak begitu dititik beratkan. Sebaliknya mereka hanya mengajar perkara yang asas sahaja. Kita sedia maklum bahawa pergerakan-pergerakan yang terdapat dalam gimnastik adalah sukar dan memerlukan latihan untuk memahirkan diri dan tahap keselamatan juga perlu dititikberatkan supaya dapat mengelakkan risiko kecederaan. Kemahiran yang disampaikan hanya secara ringkas. Guru-guru juga tidak dapat melakukan demonstrasi sepenuhnya. Tambahan pula, sebahagian para pendidik yang mengajar pendidikan Jasmani bukanlah opsyen mereka sebaliknya mereka mengajar untuk memenuhkan jadual waktu mengajar. Hal ini memberi persepsi yang negatif terhadap subjek pendidikan jasmani sehinggalah pendidikan jasmani tidak diajar dengan betul sebagaimana yang dibincangkan dalam teori menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ini tidak mencapai objektifnya. Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, Bagi menyokong Dasar 1M 1S yang kini amat menggalakkan murid-murid menceburi dalam aktivitvi sukan, maka Gimnastik Untuk Semua adalah paling sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah. Ia merupakan persembahan pergerakan badan dengan iringan rentak muzik yang melibatkan ramai murid yang melakukan rangkaian elemen-elemen gimnastik iaitu mendarat, statik, gerak edar, hambur, putaran dan hayunan. Tambahan pula, persembahan Gimnastik Untuk Semua amat sesuai dipersembahkan beramairamai sama ada di padang, pentas dan di ruang dewan sempena majlis temasya sukan olahraga sekolah, Hari Guru, Hari Anugerah Kokurikulum dan lain-lain.

Kini, aktiviti gimnastik telah dijalankan menerusi mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau aktiviti ko-kurikulum. Dalam kelas Pendidikan Jasmani, guru PJ berperanan mengajar murid-murid untuk melakukan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan seperti reben, gelung rotan dan sebagainya. Aktiviti gimnastik telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti ko-kurikulum di kebanyakan sekolah. Oleh itu banyak sekolah telah menubuhkan kelab gimnastik. Murid-murid akan terdedah dengan pengetahuan dan kemahiran gimnastik. Akan tetapi, dilihat daripada situasi di sekolah saya, gimnastik tidak terlalu ditekan atau dititikberatkan. Ini adalah kerana kebanyakan guru yang mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah saya bukanlah dari kalangan guru yang beropsyen Pendidikan Jasmani. Tanpa pengetahuan dalam bidang gimnastik, mereka tidak dapat memberi tunjuk ajar yang betul kepada murid-murid. Mereka hanya mengajar teori dalam kelas untuk mendedahkan murid-murid kepada pengetahuan kognitif dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan bertulis sahaja. Selain itu, sekolah saya juga mengalami masalah kemudahan infrastruktur untuk menjalankan aktiviti gimnastik. Ruang-ruang yang agak luas memainkan peranan penting dalam menjalankan aktiviti gimnastik. Kekangan yang dihadapi oleh sekolah saya ialah murid-murid tiada tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti gimnastik. Masalah kekurangan peralatan yang bersesuaian untuk melatih murid-murid juga nerupakan masalah di sekolah saya. Boleh dikatakan alatan gimanstik seperti tilam gimnastik, palang , tali, reben, bola gimnastik, tempat melombol dan sebagainya tidak terdapat dalam stor sukan. Jika terdapat aktiviti pergerakan kreatif atau gimnastik, guruguru hanya menumpukan kepada pergerakan yang tidak menggunakan alatan gimnastik. Guru lazimnya hanya menggunakan muzik bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pergerakan kreatif. Akhir kata, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan aktiviti ko-kurikulum gimnastik memainkan peranan yang penting sebagai landasan untuk mencungkil bakat atlet gimnastik dari peringkat sekolah sebelum meneruskan kerjaya mereka dalam bidang sukan. Oleh itu guru besar dan guru-guru memainkan peranan penting bagi menjadikan mata pelajaran ini sebagai subjek yang popular. Dengan ini, barulah perkembangan dalam gimnastik dapat mencapai ke arah yang lebih cemerlang. Sekian, terima kasih.

Perkembangan gimrama di Malaysia adalah bermula diperingkat sekolah. Latihan gimrama tidak ditawarkan di mana mana tempat pada mulanya. Gimrama telah dimulakan sebagai aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Tetapi aktiviti gimnastik di negara kita tidak dapat dikembangkan ke tahap yang cemerlang di sekolah-sekolah adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu.

Antara masalahnya ialah semasa guru mengajar kemahiran gimnastik.Oleh kerana sekolah saya tidak mempunyai peralatan yang cukup seperti tilam gimnastik, belantan, dan papan lombol dan sebagainya menyebabkan murid-murid tidak dapat mempelajari kemahiran yang menggunakan alatan tersebut.Selain itu, guru-guru PJ di sekolah bukan pakar dalam bidang ini sehinggalah objektif kemahiran yang seharus disampaikan tidak tercapai.Kemahiran yang disampaikan hanya secara ringkas.Guru-guru juga tidak dapat melakukan demonstrasi sepenuhnya.

Gimnastik adalah satu aktiviti yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang dan memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan, kesedaran kinestetik, ketepatan lakuan dan keseimbangan yang tinggi. Melalui aktiviti fizikal, ianya dapat membentuk nilai-nilai personaliti yang sihat yang akan mencorakkan warganegara yang sihat, cergas dan produktif. Ia juga bertujuan memberi peluang kepada para murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyegarkan dan membantu perkembangan pertumbuhan serta kecergasan fizikal kanak-kanak. Kini, gimnastik kian mendapat sambutan yang baik di negara kita. Melalui gimnastik, murid didedahkan kepada pelbagai bentuk pergerakan dan tugasan yang akan mendorong kepada pembelajaran dan perkembangan pelajaran yang lebih baik. Ianya memberi tumpuan kepada pembelajaran individu yang unik dari segi gaya pergerakan dan berdasarkan kepada tema-tema khusus yang akan dapat membantu murid menyedari tentang nilai estetik dan kreativiti, kesedaran tubuh badan dan memahami konsep pergerakan yang lebih. Aktiviti gimnastik dijalankan juga terdapat beberapa kesukaran yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah yang kekurangan peralatan. Antara masalah-masalah yang dihadapi di sekolah saya adalah sekolah saya tidak mempunyai peralatan yang mencukupi menyebabkan murid-murid tidak dapat mempelajari kemahiran yang menggunakan alatan tersebut. Akhir sekalinya, kawasan sekolah saya juga kecil dan terhad untuk

melakukan aktiviti-aktiviti gimnastik di mana aktiviti-aktiviti ini perlu kawasan yang lebih luas untuk meletakkan alatan gimnastik dan untuk aktiviti gimnastik murid.

You might also like