P. 1
Dsp Sejarah Ting 2

Dsp Sejarah Ting 2

|Views: 20|Likes:

More info:

Published by: Sherryn Original Perfume on Jul 22, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/17/2013

pdf

text

original

Draf

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TINGKATAN STANDARD PRESTASI 2
MATEMATIK TAHUN 1

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012

masyarakat dan negara.FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. bertanggungjawab. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. emosi dan jasmani. berakhlak mulia. rohani." DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 2 . berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. emosi.PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. intelek dan sosial. Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani. rohani. DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 3 .

dan lain-lain. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan. ujian amali dan lain-lain . laporan. Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu. artifak. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. ujian secara lisan. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai. Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.TAFSIRAN o o o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. Evidens : Murid Instrumen o Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. o o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis. foto. DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 4 . grafik. demonstrasi.

Faham dan Boleh Buat Tahu. Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu. Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu. Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 5 .KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND 1 2 3 4 5 6 STANDARD Tahu Tahu dan Faham Tahu.

iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.TAFSIRAN BAND BAND 1 PERNYATAAN BAND TAHU TAFSIRAN Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas. mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif. FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI 4 5 6 TAHU. FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab. dengan mengikut prosedur atau secara sistematik. 2 TAHU DAN FAHAM 3 TAHU. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 6 . FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU. serta tekal dan bersikap positif.

kemerdekaan dan pembangunan negara dan mempertahankan maruah bangsa. pembangunan dan kemajuan negara. OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni. OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan. OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan. para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan. OM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat antarabangsa. OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 7 . OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa. merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional. ekonomi dan sosial.MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. OM 9 Menganalisis. OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid: OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat serta mampu berdikari. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan.

mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah. Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme . Memahami fakta sejarah. kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.BAND 1 2 3 PERNYATAAN STANDARD Mengetahui fakta sejarah. Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme. kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme. 4 5 6 DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 8 . Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia.

BAND 1 TAHU PERNYATAAN STANDARD B1 Mengetahui fakta sejarah. kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme DESKRIPTOR B1D1 Mengetahui kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik British untuk menjajah EVIDENS Bab 1 B1D1E1 Menyatakan wilayah yang dikuasai oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) B1D1E2 Melorek lokasi Negeri-Negeri Selat dalam peta Tanah Melayu B1D1E3 Menyenaraikan pemimpin Kedah dan Johor yang berusaha mempertahankan kedaulatan negeri (UP) Bab 2 B1D1E4 Menamakan Negeri-Negeri Melayu yang mengalami ketidakstabilan politik B1D1E5 Melorek lokasi Negeri-Negeri Melayu yang dikuasai British dalam peta Tanah Melayu Bab 3 B1D1E6 Menyenaraikan kuasa besar yang berusaha untuk bertapak di Asia Tenggara pada awal kurun ke-20 B1D1E7 Melorek lokasi Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor dalam peta Tanah Melayu B1D1E8 DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 9 .

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS Menyenaraikan pemimpin Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor yang mempertahankan kedaulatan negeri (UP) Bab 4 B1D1E9 Melorek kawasan Sarawak pada tahun 1841 dalam peta B1D1E10 Menyenaraikan kekayaan hasil bumi Sarawak (UP) Bab 5 B1D1E11 Melorek kawasan Sabah pada tahun 1877 dalam peta B1D1E12 Menyenaraikan kekayaan hasil bumi Sabah (UP) Bab 6 B1D1E13 Memerihalkan pertanian dagangan B1D1E14 Menyenaraikan kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu (UP) B1D1E15 Melorek kawasan tanaman getah dan perlombongan bijih timah pada kurun ke-20 dalam peta Tanah Melayu B1D2 DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 Bab 7 B1D2E1 10 .

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR Mengetahui tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajahan British EVIDENS Menyenaraikan pemimpin setempat yang berjuang untuk kedaulatan bangsa B1D2E2 Melabel lokasi kebangkitan pemimpin setempat menentang British dalam peta Malaysia B1D2E3 Menyenaraikan ciri patriotik pemimpin setempat yang menentang British (UP) Bab 8 B1D2E4 Menyatakan maksud semangat kebangsaan B1D2E5 Melabel lokasi gerakan kebangsaan di negara luar yang mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di negara kita dalam peta dunia B1D2E6 Menyenarai tokoh nasionalis di negara kita sebelum Perang Dunia Ke-2 (UP) 2 TAHU DAN FAHAM B2 Memahami fakta sejarah. kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme B2D1 Memahami kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik British untuk menjajah Bab 1 B2D1E1 Menjelaskan faktor pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura B2D1E2 DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 11 .

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS Menjelaskan pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Negeri-Negeri Selat secara kronologi B2D1E3 Menjelaskan tindakan pemimpin Kedah untuk mempertahankan kedaulatan negeri (UP) Bab 2 B2D1E4 Menjelaskan faktor campur tangan British di NegeriNegeri Melayu B2D1E5 Menjelaskan keadaan di Negeri-Negeri Melayu yang menyebabkan campur tangan British Bab 3 B2D1E6 Menjelaskan tindakan British untuk menguasai Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor secara kronologi Bab 4 B2D1E7 Menjelaskan tindakan James Brooke untuk menguasai Sarawak Bab 5 B2D1E8 Menjelaskan usaha syarikat asing untuk bertapak di Sabah Bab 6 B2D1E9 DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 12 .

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS Menjelaskan ciri ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan B2D1E10 Menjelaskan perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu B2D1E11 Menjelaskan unsur patriotisme yang mesti diamalkan hasil daripada kekayaan khazanah negara kita (UP) B2D2 Memahami tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajahan British Bab 7 B2D2E1 Menjelaskan sebab kebangkitan pemimpin setempat menentang British B2D2E2 Menjelaskan peristiwa perjuangan pemimpin setempat menentang British B2D2E3 Menjelaskan iktibar daripada perjuangan pemimpin setempat menentang British (UP) Bab 8 B2D2E4 Menjelaskan faktor yang menyemarakkan kesedaran kebangsaan di negara kita 3 B3 B3D1 Bab 1 B3D1E1 DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 13 .

BAND TAHU. Singapura dan Melaka B3D1E2 Melakar dan melorek peta pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda di Kepulauan Melayu pada tahun 1824 Bab 2 B3D1E3 Menerangkan peranan Residen dan kesan pelaksanaan Sistem Residen di Negeri-Negeri Melayu B3D1E4 Melakar dan melorek peta Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Bab 3 B3D1E5 Melakar dan melorek peta Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor Bab 4 B3D1E6 Menerangkan perubahan ekonomi dan sosial semasa pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak B3D1E7 Melakar dan melorek peta wilayah Sarawak yang dikuasai oleh keluarga Brooke Bab 5 B3D1E8 DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 14 . FAHAM DAN BOLEH BUAT PERNYATAAN STANDARD Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme DESKRIPTOR Menerangkan kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik British untuk menjajah EVIDENS Menerangkan cara Syarikat Hindia Timur Inggeris bertapak di Pulau Pinang.

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS Menerangkan perubahan ekonomi dan sosial di Sabah semasa pentadbiran Syarikat Borneo Utara British Bab 6 B3D1E9 Menerangkan perubahan sosial di Tanah Melayu kesan daripada perkembangan ekonomi semasa pentadbiran British Bab 7 B3D2E1 Menerangkan kesan perjuangan pemimpin setempat menentang British B3D2E2 Membuat garis masa perjuangan pemimpin setempat menentang British Bab 8 B3D2E3 Menerangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran kebangsaan di negara kita B3D2E4 Mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP) B3D2 Menerangkan tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajahan British 4 B4 B4D1 Bab 1 B4D1E1 DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 15 .

FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB PERNYATAAN STANDARD Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme DESKRIPTOR Menganalisis kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik British untuk menjajah EVIDENS Membandingkan cara Syarikat Hindia Timur Inggeris mengambil Pulau Pinang. Singapura dan Melaka Bab 2 B4D1E2 Menganalisis campur tangan British di NegeriNegeri Melayu daripada aspek sebab. pemimpin dan kesan B4D1E3 Menganalisis penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896 daripada aspek faktor dan kesan Bab 3 B4D1E4 Menganalisis kewibawaan pemimpin di NegeriNegeri Melayu Utara dan Johor dalam mempertahankan kedaulatan negeri daripada aspek tindakan dan kesan (UP) Bab 4 B4D1E5 Menganalisis tindakan keluarga Brooke memantapkan pentadbiran untuk menguasai Sarawak Bab 5 B4D1E6 Menganalisis tindakan Syarikat Borneo Utara British memantapkan pentadbiran untuk menguasai Sabah Bab 6 B4D1E7 DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 16 .BAND TAHU.

mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah B5D1 Boleh menghubungkait perkembangan sejarah negara dengan sejarah dunia serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah Bab 4 B5D1E3 DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 17 . FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI B5 Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia. matlamat. lokasi. bentuk dan kesan perjuangan B4D2E3 Selalu mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP) Bab 1 B5D1E1 Menilai keistimewaan Negeri-Negeri Selat yang menarik campur tangan Syarikat Hindia Timur Inggeris Bab 2 B5D1E2 Menilai tindakan pemimpin Negeri-Negeri Melayu menghadapi peluasan kuasa British 5 TAHU.BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS Membandingkan sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu B4D2 Menganalisis tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajahan British Bab 7 B4D2E1 Mengelaskan perjuangan pemimpin setempat menentang British mengikut tokoh. sebab dan cara berjuang Bab 8 B4D2E2 Mengelaskan perjuangan pertubuhan dalam gerakan kesedaran kebangsaan berdasarkan pemimpin.

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS Menilai perubahan pentadbiran. ekonomi dan sosial semasa pentadbiran Brooke terhadap penduduk tempatan di Sarawak (UP) Bab 5 B5D1E4 Menilai perubahan pentadbiran. ekonomi dan sosial Syarikat Borneo Utara British (SBUB) terhadap penduduk tempatan di Sabah (UP) Bab 6 B5D1E5 Menilai perubahan ekonomi dan sosial terhadap penduduk tempatan semasa pentadbiran British di Tanah Melayu (UP) Bab 7 B5D1E6 Menilai keberkesanan perjuangan pemimpin tempatan dalam mempertahankan kedaulatan negeri daripada ancaman kuasa luar Bab 8 B5D1E7 Menilai keberkesanan cara perjuangan kesedaran kebangsaan di negara kita pada awal kurun ke-20 B5D1E8 Mengambil iktibar daripada kegigihan perjuangan nasionalis mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara B5D1E9 DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 18 .

FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI B6 Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia B6D1 Menjana idea untuk kesejahteraan negara dan menjadi warganegara yang patriotik serta warga dunia yang bertanggungjawab B6D1E1 Menjana idea secara rasional untuk kemajuan dan kemakmuran negara serta dunia (UP) B6D1E2 Menjadi contoh dalam pengamalan unsur patriotisme (UP):  Berbangga sebagai rakyat Malaysia  Bersemangat setia negara  Bersemangat kekitaan  Berdisiplin  Berusaha dan produktif Nota : UP Unsur Patriotisme DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 19 .BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS Sentiasa mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP) 6 TAHU.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->