You are on page 1of 1

Ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya.

Ayat yang mempunyai lebih daripada satu makna. Dalam situasi ayat yang taksa, pembaca meneka makna ayat tersebut mengikut kefahaman mereka . Namun, ayat itu memberi makna lain jika konteks ayat ditambah. Ayat taksa yang tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar ataupun pembaca. Ayat taksa yang tidak menepati nahu yang tepat membuat pembaca keliru. Ayat taksa tidak jelas dan kabur iaitu dari segi logik ayat. Ayat yang betul dan tepat nahunya tetapi jika tidak dibaca dengan intonasi yang betul akan menimbulkan ketaksaan makna. Ketaksaan yang berlaku pada perkataan akan menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan. Percanggahan makna dalam ayat ekoran penggunaan dua kata yang tidak sama erti dan berlawanan maksud menyebabkan ketaksaan. Contoh jemput hadir. kedatangan diwajibkan. Kesimpulan : Sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan atau ujaran bolehlah didefinisikan sebagai ketaksaan makna. Jenis ketaksaan makna : a) Kekaburan rujukan : contoh belukar - hutan b)ketidakpastian makna : makna yang tidak jelas, contoh; buku adik c) kurang ketentuan pada makna item : contoh ; jiran d) pertentangan pada penentuan makna item : arahan kurang jelas, pertentangan tafsiran Faktor ketaksaan makna : hubungan makna dengan alam ketaksaan leksikel iaitu homomim dan akibat polesemi.

Sesuatu kata mempunyai lebih daripada satu makna dan setiap makna menghasilkan pentafsiran yang berlainan dalam ayat. Contoh; bunga (di taman, anak gadis)

You might also like