You are on page 1of 6

Hadis Mushkil Maksud Bau Mulut Orang Berpuasa Dan Hukum Menggosok Gigi

Muhammad Hanief bin Awang Yahaya www.darulkautsar.net


Daripada Abu Hurayrah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa. Sesungguhnya ia untuk-Ku dan Aku membalasnya. Puasa itu perisai. Apabila hari seseorang itu berpuasa maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata tidak senonoh dan janganlah dia menengking. Sekiranya ada orang yang memakinya atau mahu bertengkar dengannya maka hendaklah dia memberitahu bahawa saya sedang berpuasa. Demi yang nyawa Muhammad di Tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, apabila berbuka dia gembira dan apabila bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan puasanya. (al-Bukhari: 1904, Muslim: 1151) Dari beberapa sudut, dalam hadis ini terdapat beberapa kemushkilan mana tentang mana bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari kasturi. Pertama, kerana pada zahirnya menunjukkan keserupaan Allah s.w.t dengan makhluk dari segi merasai keharuman kerana ia sifat makhluk sedang Allah maha suci dari bersifat demikian. Kedua, apakah Allah lebih menyukai sesuatu yang berbau busuk daripada yang berbau harum. Ketiga, apakah maksud hadis ini dipakai dengan mana zahir atau perlu dita`wilkan kepada pengertian yang bersesuaian. Oleh sebab itu, ulama berbeza pendapat tentang mananya dan jawapan kepada kemushkilan ini. Antara jawapan yang diberikan ulama ialah:

Pertama, nisbah sifat merasai harum kepada Allah dipakai dengan mananya yang zahir iaitu merasai harum dengan layak dengan Zat dan ketinggian Allah s.w.t. seperti Sifat-sifat Allah s.w.t. yang lain. Ia tidak serupa dan sebanding dengan sifat-sifat makhluk. Sifat reda, suka dan benci dinisbahkan juga kepada Allah s.w.t. kerana Dia sendiri yang mensabitkan bagi diri-Nya sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Kedua, ini merupakan bahasan pinjaman dan kiasan yang menunjukkan kepada kehampiran dan lebih disukai iaitu lebih dekat kepada-Nya berbanding dekatnya kamu dengan kasturi. Ketiga, Allah s.w.t memberi balasan kepada orang yang berpuasa di akhirat sehingga bau mulutnya lebih harum dari bau kasturi. Ini seperti hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan tentang orang yang terluka di jalan Allah.

Daripada Abu Hurayrah daripada Nabi s.a.w, sabdanya: Setiap luka yang dialami oleh seorang muslim di jalan Allah akan tetap berada dalam keadaannya pada hari Qiamat nanti seperti mana ketika ditikam. Darahnya tersembur-sembur keluar. Warnanya tetap warna darah, tetapi baunya bau kasturi. (al-Bukhari, no: 237) Dari segi nisbah, kedudukan puasa lebih besar daripada jihad kerana puasa salah satu rukun Islam. Oleh itu kesan yang timbul dari puasa itu lebih besar pahalanya berbanding dari yang lain. Keempat, maksud bau mulut orang berpuasa itu lebih harum ialah pahala yang diperolehi oleh seseorang kerana berpuasa itu lebih besar berbanding dengan pahala yang diperolehi kerana memakai kasturi terutamanya ia sangat dituntut supaya memakai wangian dalam majlis keramaian dan perayaan. Pendapat ini dipersetujui oleh al-Dawudi, Ibn al-Arabi dan al-Nawawi. Kelima, terdapat pengguguran kalimah malaikat dalam hadis ini iaitu maksud lebih harum di sisi Allah ialah di sisi malaikat Allah. Mereka lebih merasai harum orang berpuasa lebih dari keharuman kasturi. Ini merupakan pendapat al-Qurtubi.

Keenam, hadis ini menyebutkan kelebihan bau mulut kesan dari puasa tetapi maksud sebenar ialah puasa itu sendiri. Ini bererti kesungguhan dan keikhlasan kamu berpuasa yang menyebabkan bau mulut kerana kosongnya perut itu lebih disukai Allah s.w.t. dari bau kasturi. Ketujuh, maksudnya ialah menegah seseorang itu dari merasa jejek untuk bercakap dengan orang yang berpuasa dengan sebab bau mulutnya. Kelapan, maksud lebih harum itu ialah di akhirat nanti. Pendapat ini bersandarkan kepada hadis


Hadis yang disebutkan oleh al-Zarqani ini diriwayatkan oleh Abu Shaykh namun sanad-sanadnya tidak kuat. Ini juga termasuk di bawah kaedah balasan dengan jenis amalan. Iaitu disebabkan dia berpuasa maka perutnya kosong maka Allah membalasnya dengan bau yang lebih harum dari kasturi dan terdapat kesesuaian antara balasan dengan amalan. Kesembilan, hadis ini bermaksud sebagai galakan supaya memperbanyak puasa walaupun ia menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Kesepuluh, kata Ibn al-Qayyim, orang yang berpuasa ialah orang yang diam anggotanya dari dosa dan lidah dari dusta dan kata-kata keji manakala perutnya kosong dari makanan dan minuman dan kemaluannya dia dari kelucahan. Jika dia berbicara maka dia tidak mengatakan sesuatu yang menjejaskan puasanya. Jika dia berbuat sesuatu maka perbuatannya tidak merosakkan puasanya. Maka keluarlah ucapannya dengan memberi manfaat dan kebaikan. Begitu juga dengan amalannya. Umpama haruman semerbak yang didapati oleh orang yang duduk dekat penjual kasturi. Demikianlah orang yang berada dekat dengan orang yang berpuasa. Dia akan mendapat manfaat darinya dan selamat dari gangguan, pendustaan, kezaliman. Inilah puasa yang dishariatkan bukan semata-mata menahan dari lapar dan dahaga. (al-Wabil al-Sayyib, hal. 43) Kesebelas, memakai mana hadis ini dengan zahirnya iaitu, bau mulut itu sendiri disukai oleh Allah dan ia patut dikekalkan sebagai kesan ibadat. Oleh sebab itu, mazhab al-Shafii mengatakan makruh menggosok gigi selepas gelincir matahari yang mana waktu itu biasa berlaku perubahan bau mulut dari perut yang kosong. Adapun sebelum gelincir biasanya kerana

kesan makan sahur atau kesan tidur. Dari sinilah berlaku perbezaan pendapat antara Imam alShafii dengan ulama yang lain tentang hukum menggosok gigi bagi orang yang berpuasa. Dalam kitabnya, al-Muwatta`, Imam Malik mengatakan


Imam Malik mengatakan bahawa beliau mendengar ahli ilmu mengatakan tidak makruh gosok gigi pada bulan Ramadan pada mana-mana waktu pada siang hari, sama ada awal atau akhir dan saya tidak mendengar seorang pun ahli ilmu yang mengganggap makruh atau melarangnya. Imam Ahmad mengatakan tidak mengapa bersiwak bagi orang yang berpuasa. Pendapat yang masyhur dalam mazhab al-Shafii ialah makruh menggosok gigi setelah gelincir matahari. Hujah adanya perintah gogok gigi ketika berpuasa secara mutlak Pertama, hadis yang menganjurkan supaya sentiasa menggosok gigi adalah umum dan baginda tidak mengecualikan kepada orang yang berpuasa.

, - , , .
Daripada Abu Hurayrah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: Kalaulah tidak menyusahkan umatku pasti aku memerintahkan mereka supaya menggosok gigi bersama dengan setiap wudu`. (Malik: 115, Ahmad: 7412, al-Nasa`i, no: 7, Ibn Khuzaymah: 140, al-Bukhari secara taliq dalam Kitab al-Sawm Bab Siwak al-Ratb Wa al-Yabis) Kedua, hadis membersihkan mulut dan membawa kepada keredaan Allah.


Daripada A`ishah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: Siwak itu membersihkan mulut mendatang keredaan Tuhan. (al-Nasa`i, no: 5) Ketiga, dari segi, kaedah mafhum al-Mukhalafah jika bau mulut yang busuk itu disukai Allah maka lebih-lebih lagi jika bau mulut itu berbau harum jika dengan menggosok gigi sepanjang puasa. Ibn Daqiq al-Id berkata, sesiapa yang mengatakan makruh bersugi setelah gelincir matahari perlu mengemukakan dalil khusus tentang waktu ini, yang mengkhususkan keumuman perintah supaya bersugi setiap kali sembahyang dan berdalil dengan hadis khuluf, bau mulut orang berpuasa masih boleh dibahaskan lagi (akan ketepatannya) Al-Ayni dalam Umdah al-Qari menyatakan, maksud Rasulullah s.a.w. memuji khuluf itu sebagai larangan kepada orang ramai dari merasa berat untuk bercakap dengan orang yang berpuasa kerana khuluf itu bukan melarang orang-orang berpuasa dari bersugi, kerana Allah s.w.t. Maha Kaya dari sampai kepadanya bau yang wangi. Oleh kita kami menyakini bahawa bukan dimaksudkan supaya mengekalkan bau mulut itu tetapi melarang orang ramai dari merasa tidak senang hati dengannya. (jil.16, hal. 382) Beberapa hadis yang tidak kuat tetapi boleh menjadi sandaran


Daripada Abdullah bin Amir daripada ayahnya katanya, saya melihat Rasulullah s.a.w. kerap benar menggosok gigi sedangkan baginda berpuasa. (al-Tirmidhi: 725) Tetapi hadis ini daif kerana perawi Asim bin Ubaydullah, seorang yang tidak kuat dalam hadis.

Daripada A`ishah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik amalan bagi orang berpuasa ialah menggosok gigi. (Ibn Majah: 1677, tetapi sanadnya ada perawi daif iaitu Mujalid)

Sumber: http://www.darulkautsar.net/4879Hadis_Mushkil_Maksud_Bau_Mulut_Orang_Berpuasa_Dan_Hukum_Menggosok_ Gigi.html

You might also like