You are on page 1of 9

Dasar dan Strategi Pembangunan Desa di Malaysia

1. Pembangunan In Situ
Kerajaan melaksanakan beberapa projek dan program di kawasan pertanian sedia ada secara in situ.

Kerajaan sentiasa mempergiatkan usaha meningkatkan penggunaan bioteknologi dan R&D bagi menghasilkan benih-benih yang boleh mengeluarkan hasil yang tinggi, tahan penyakit dan kemarau, peralatan penanaman dan penuaian mudah serta program pengembangan yang berkesan.

Kerajaan seterusnya memperkenalkan teknik baharu lagi saintifik dalam tanaman padi sawah. Dalam usaha menggalakkan petani menggunakan baja kimia, kerajaan memberi subsidi.

Institut Penyelidikan Getah Malaysia(RRIM) ditubuhkan oleh kerajaan untuk membuat penyelidikan baka getah bermutu tinggi, tahan penyakit dan pengeluaran susu yang banyak.

Bagi mengatasi masalah tanah pertanian terbiar yang luas, dalam RMK -9, kerajaan melancarkan program penyatuan dan pemulihan tanah.

2. Pembangunan Pertanian Bersepadu(IADP)


Dalam usaha meningkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar, kerajaan telah mengambil pendekatan pembangunan pertanian secara bersepadu.
Kerajaan telah mengenal pasti kawasankawasan pedalaman yang kekurangan kemudahan jalan raya.

Kerajaan membina jalan raya dan jambatan menghubungkan kawasan pedalaman dengan kawasan bandar dan pekan berdekatan.
Kemudahan utiliti seperti bekalan elektrik dan air paip juga dibekalkan ke kawasan luar bandar. Kerajaan juga menubuhkan agensi pemasaran, koperasi dan persatuan-persatuan penjaja bagi tujuan membantu petani menentukan harga hasil mereka.

Kerajaan menubuhkan Bank Pertanian bagi memberi pinjaman kepada petani untuk menjalankan projek pertanian. Kerajaan menggalakkan petani menceburi sektor ternakan. Kerajaan telah menjadikan sektor pertanian sebagai jentera pertumbuhan ketiga.

Kerajaan menggalakkan peningkatan penyertaan sektor swasta termasuklah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana), siswazah, usahawan tani dan tenaga kerja mahir bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam sektor pertanian.

3. Pembangunan Wilayah
Kerajaan mengambil berat dan berusaha menambah nilai sektor pertanian. Usaha kerajaan yang telah berhasil:
Pertanian secara berkelompok atau mini estet. Pertanian bersepadu melalui pengelompokan tanah sawah kecil menghasilkan skala pertanian yang ekonomik.

You might also like