You are on page 1of 25

TUGASAN JANUARI 2013 SEMESTER

KOD KURSUS

EIT 311
Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

NAMA KURSUS

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

MUHAMAD IEZWAN ABDUL MALEK

NO. MATRIK

E30203120223

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

KAMARUDDIN B TAHIR

PUSAT PEMBELAJARAN

AeU KUALA LUMPUR

Penggunaan Bahan Bantuan Mengajar di Sekolah: Satu Kajian Kes Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan bahawa pengajaran di sekolahsekolah rendah hendaklah berkonsepkan didik hibur bagi memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai. Tujuan: Merujuk kepada pernyataan di atas, tujuan Tugasan ini ialah untuk meninjau penggunaan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) atau bahan media yang sesuai di Sekolah anda pada masa kini. Kaedah Pengumpulan Data: Gunakan sekolah anda Untuk mengumpul data tentang penggunaan BBM di sekolah anda, dua kaedah digunakan: o Pemerhatian memerhati dan merekod apa yang berlaku di sekolah anda tentang penggunaan BBM o Temubual tanya guru tentang penggunaan BBM - rekod perbualan Gunakan Senarai Semak berikut untuk mengumpul data tentang penggunaan BBM di sekolah anda:

Senarai Semak (checklist): Latar belakang sekolah o Bilangan murid & guru o Bilangan bilik darjah o Kelengkapan bilik komputer Bilangan komputer / komputer riba Keadaan komputer bilangan yang tidak bermasalah Nisbah komputer dan bilangan murid Kemudahan internet bilangan komputer / kelajuan o Bilik sumber Bilik sumber khusus atau BBM disimpan di bilik darjah Jenis BBM yang terdapat Kesesuaian BBM dengan pengajaran Bilangan BBM sama ada mencukupi Keadaan - baru atau usang Jenis BBM yang digunakan oleh guru o Contoh gambar, kad imbasan, model 3-D, boneka, patong, diorama, OHP, projektor LCD, slaid powerpoint, internet, radio, pita rakaman, TV, klip video, klip audio, realia (bahan semulajadi), benda hidup, tumbuh-tumbuhan, animasi, carta, rajah, surat khabar, peta, kad ejaan, kad bergambar dan lain-lain. Guru mata pelajaran yang menggunakan pelbagai jenis BBM Guru mata pelajaran yang paling kurang menggunakan BBM

Tanya: Mengapakah kurang penggunaan BBM? Guru mata pelajaran yang paling kerap menggunakan BBM Tanya: Apakah yang mendorong menggunakan BBM? Tahap kemahiran guru menggunakan BBM seperti komputer Masalah-masalah yang dihadapi guru dalam penggunaan BBM o Tidak mempunyai kemahiran memerlukan latihan o Anggap tidak penting o Tidak cukup masa untuk menggunakan BBM o BBM tidak cukup keadaan tidak baik dan usang Tanya murid sama ada mereka suka penggunaan BBM dalam bilik darjah tanya mengapa?

PENTING: Anda digalakkan mengumpul maklumat-maklumat selain daripada yang disenaraikan di atas.

Format Laporan Pengenalan: - 6 markah [2 halaman] Ceritakan secara ringkas sejarah penggunaan BBM di sekolah Kekterangan ringkas tentang Bahan Bantuan Mengajar (BBM) yang merupakan apa jua bahan sokongan yang digunakan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan pengajaran serta meningkatkan minat murid dan mewujudkan suasana didik hibur. Pentingnya BBM mempengaruhi minat dan tahap kefahaman terutama di kalangan murid lemah. Latar belakang sekolah [JANGAN Sebut nama sekolah dalam laporan anda] Penyampaian Data 22 markah [15 halaman termasuk gambar] Jenis BBM Kekerapan Penggunaan BBM Komputer dan Internet Pandangan Guru tentang Penggunaan BBM Pandangan Murid tentang Penggunaan BBM [Gunakan iPad anda untuk merekod perbualan dengan guru dan mengambil gambar untuk diselitkan dalam penyampaian] Kesimpulan 7 markah [3 halaman] Pandangan anda tentang penggunaan BBM Pandangan anda tentang respons guru masalah yang dihadapi Bolehkah penggunaan BBM dipertingkatkan?

A. PENGENALAN

Bahan

bantu mengajar adalah faktor penting dalam menentukan kejayaan program

pembelajaran, dimana ia menimbulkan ransangan keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan sebuah pembelajaran yang baik dan menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pembelajaran dan pengajaran. Menurut Noraziah Abdul Hamid (1981:2) bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ini bertujuan untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dan pelajar dan sebaliknya pelajar sesama pelajar serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka terhadap sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan ideaidea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan sekalipun BBM pasti tetap ada, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik. David Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima. Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan. Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Masakini, pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa BBM yang baru dan lama perlu digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempat seorang guru.

BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada bukubuku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid (

1981)

membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan

elektronik. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu software dan hardware Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.

Atan Long ( 1982: 174 ) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963) hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi

mengembangkan penghargaan.

sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori: Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya.

Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya.

KEPENTINGAN BBM
Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut: BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri kalangan pelajar Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. di

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:

memberi rangsangan dan minat murid-muird terutamanya murid yang lemah. menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid. murid-

membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh caracara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan

perbendaharaan kata.

ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.

Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat: menjimatkan masa dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid menyeronokkan murid-murid dan ia membantu dalam kaedah pengajaran DIDIK HIBUR

LATAR BELAKANG SEKOLAH


Sekolah yang saya pilih adalah sekolah saya sendiri di mana baru 3 bulan saya ditukarkan ke sini. Terletak di Nilai , Negeri Sembilan yang berhampiran dengan Kuala Lumpur International Airport dan LCCT lebih kurang 12 kilometer sahaja. Merupakan sebuah sekolah yang mempunyai 1875 orang murid yang terdiri sesi pagi dan sesi petang. Manakala bilangan guru yang berkhidmat di dalam sekolah ini seramai 105 guru dan 12 staf sokongan . Sekolah ini mempunyai infrastruktur yang lengkap dari segi kelas 23 buah , bilik-bilik khas, dewan serbaguna, kemudahan prasarana sukan dan sebagainya. Kini sekolah ini sudah berusia 15 tahun sejak 1998 dibina di kawasan tanah rancangan FELDA Labu Johnson ini. Sekolah ini mempunyai bilik Bahan Bantu Mengajar yang menyimpan bahan-bahan bantu mengajar setiap mata pelajaran selaras dengan perkembangan kurikulum oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun tidak semua bahan-bahan ini diletakkan di dalam Bilik BBM ini, kebanyakkan bahan-bahan mengajar ini disimpan di bilik khas masing-masing mengikut ketua panitia yang menetapkannya. Antara bilik-bilik khas yang disediakan ialah Bilik Sains, Bilik Pendidikan Seni, Bilik SALC, Bilik Muzik, Bilik Media, Pusat Sumber dan Bilik Matematik. Sebahagian besar bahan-bahan mengajar di simpan di bilik-bilik yang disediakan. Namun yang demikian BBM yang sedia ada sekarang tidak dikemaskini selaras dengan perkembangan kurikulum baru sekolah iaitu KSSR . Hanya sedikit sahaja bahan yang dikumpul dan masih di dalam proses penambahan alatan bahan bantu mengajar.

Manakala kemudahan makmal komputer turut disediakan namun malangnya 15 buah komputer yang disediakan tidak dapat digunakan. Hanya 5 komputer boleh digunakan di Pusat Sumber sebagai pusat teknologi maklumat untuk kemudahan guru-guru mendapatkan bahan daripada internet. Internet pula adalah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia yang baru 3 bulan dapat digunakan iaitu YESMOE didirikan di antara sekolah rendah dan sekolah menengah. Walaubagaimanapun taliannya tidak menyeluruh hanya boleh di dapati di Pusat Sumber , pejabat dan bilik guru sahaja. Sebagai langkah mengatasi masalah berkenaan bahan-bahan mengajar ini, inisiatif setiap panitia mata pelajaran menjalankan aktiviti seperti pembengkelan bahan-bahan mengajar di adakan setiap tahun. Bermakna guru-guru juga diberi pendedahkan tentang penyediaan BBM mengikut kreativiti masing-masing. Guru juga terdedah dengan teknologi maklumat di manamana mereka berada. Oleh itu tidak menjadi masalah jika mereka mahukan bahan-bahan dari internet kerana di rumah mereka pun ada kemudahan internet peribadi masing-masing. Melalui kajian yang dibuat ini kita akan melihat sejauhmana penggunaan BBM di dalam pembelajaran dan pengajaran serta kekerapan penggunaan di dalam kelas.

B. DAPATAN DATA BAHAN BANTU MENGAJAR


Berikut adalah senarai bahan bantu mengajar dan kekerapan penggunaan bahan yang diperolehi melalui pemerhatian dan rekod penggunaan BBM yang dibuat sekitar sekolah.

Kekerapan Jenis BBM Bilangan digunakan seminggu Gambar Kad Imbasan Model 3 D Boneka Patung Diorama OHP Projektor LCD Slaid Putih 75 keping 10 set 12 set 5 set 2 set 2 set 2 set 2 set 6 set 6 set 1 3 3

Lokasi penyimpanan Bilik BBM Bilik BBM Bilik SALC Bilik Seni Bilik Sains Bilik Media Bilik Media Bilik Media Bilik Kaunseling Bilik Sains & Dewan

Internet

2 wireless

Pejabat & Bilik Guru

Radio Pita rakaman TV

6 set 3 set 5 set

5 5 1

Bilik Muzik Bilik Muzik Bilik Media, Bilik Muzik, Pusat Sumber

Klip Video Klip Audio Realia Benda Hidup Tumbuh-tumbuhan

10 pita 25 kaset 1 set Ada

Bilik Media Bilik Muzik Bilik Media Taman Herba

Animasi Carta Rajah Surat Khabar Peta Kad Ejaan Kad Bergambar CD P&P

55 keping 32 keping Ada 3 set 10 set 15 set Ada

1 1 2 3 3 -

Bilik BBM Bilik BBM Pusat Sumber Bilik BBM Bilik BBM Bilik BBM Bilik Sains, Bilik Matematik, Bilik Muzik

Alatan PJK Alatan Muzik

lengkap lengkap

5 5

Stor PJK Bilik Muzik

Kekerapan Penggunaan BBM


Secara keseluruhan yang dilihat kebanyakkan BBM yang dipakai mengikut keperluan guru dan mata pelajaran tertentu. Berikut adalah matapelajaran yang KERAP menggunakan BBM sebagai alat bantu mengajar oleh guru:

Matematik ( kerap digunakan oleh guru Tahap 1 khasnya murid LINUS ) Sains ( penggunaan di Bilik Sains apabila menjalankan eksperimen atau ujikaji ) Muzik ( penggunaan alatan muzik di Bilik Muzik ) Bahasa Melayu ( digunakan khas murid LINUS dan Tahun 6 ) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ( setiap digunakan untuk PJK aktiviti 1M 1S )

Secara rumusannya , kebanyakkan alat bantu mengajar ini digunakan di dalam kelas-kelas yang mempunyai tahap murid yang lemah terutamanya bagi murid LINUS yang lemah dalam Literasi dan Numerasi. Bahan bantu mengajar adalah sangat penting dalam pembelajaran dan pengajaran mereka. Di mana murid yang lemah memerlukan bantuan bahan untuk membina

konsep pembelajaran mereka bersama dengan guru. Selaras dengan perkembangan sistem kurikulum negara kita, perubahan teknik pengajaran juga dipengaruhi dengan bahan bantuan mengajar yang ada. Tambah lagi teknik DIDIK HIBUR kian diperkatakan , di mana guru dihendaki mengajar dengan aktiviti yang menyeronokkan dan tidak membosankan murid-murid. Oleh itu, pihak sekolah juga sedang berusaha menyediakan dan menyenaraikan bahan bantu mengajar yang baru yang hendak ditempah dari pembekal sekolah memandangkan kurikulum tahun 1 hingga tahun 3 kini sudah berubah iaitu KSSR. Pihak sekolah perlu menyediakan bahanbahan yang menyediakan eviden untuk dinilai oleh murid.

Berikut adalah temubual bersama seorang guru yang kerap menggunakan BBM sebagai alat bantu mengajar ?

Apakah yang mendorong tahap penggunaan BBM di dalam matapelajaran cikgu di dalam kelas?

Sepertimana yang kita ketahui bahawa matapelajaran yang saya ajar selama ini ialah berkenaan dengan murid-murid LINUS. Sebut sahaja murid LINUS kita faham bahawa kebanyakkan murid-murid LINUS adalah murid yang sangat lemah dalam membaca (Literasi) dan mengira (Numerasi). Bagi saya , BBM banyak membantu saya dalam menyampaikan pembelajaran dan pengajaran saya di kelas LINUS ini terutamanya mata pelajaran Bahasa Malaysia yang saya ajar sekarang. Mereka perlukan bahan untuk menyokong pembelajaran dengan konsep yang paling mudah untuk difahami oleh mereka. Kad-kad huruf dan suku kata perkataan adalah salah satu cara bahan yang disediakan dan digunakan bagi membantu muridmurid LINUS tegar ini. Tanpa BBM seperti yang ada di dalam kelas ini kemungkinan besar pencapaian objektif di dalam pembelajaran dan pengajaran tidak akan tercapai. Lebih memburukkan lagi semakin ramai pula murid LINUS akan muncul jika bahan pengajaran tidak digunakan. Oleh sebab itu, penggunaan BBM sangat kerap digunakan selalu di dalam kelas LINUS ini - Puan Aduraini ( Penyelaras LINUS )

Terdapat juga guru matapelajaran kurang menggunakan BBM terutamanya murid-murid Tahap 2 yang merangkumi Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Jauh berbeza dengan guru Tahap 1 yang amat memerlukan BBM sebagai bahan utk membantu di dalam pengajaran. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengurangan penggunaan bahan bantu mengajar ini. Antaranya :

1. Guru lebih menjurus penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan Aktiviti yang telah disediakan dan ia mencukupi untuk murid-murid memahami pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan. 2. Sedia maklum bahawa murid Tahun 6 pembelajaran mereka sudah ke arah persediaan peperiksaan UPSR , guru banyak menumpukan latihan tubi berdasarkan kertas-kertas soalan UPSR tahun tahun terdahulu atau soalan ramalan yang dikongsikan dari sekolahsekolah berdekatan. 3. Murid sudah terdedah lebih awal dengan pembelajaran , guru tidak perlu lagi berusaha menyediakan BBM , sebagai contoh 80% murid sekolah itu sudah mahir menggunakan komputer dan menggunakan perisian yang sedia ada di dalam komputer tersebut.

Berikut adalah temubual yang dibuat kepada salah seorang guru yang mengajar Tahun 6 khasnya matapelajaran Bahasa Malaysia.

Mengapakah kurangnya penggunaan BBM di dalam kelas Tahap 2 ?

Sebenarnya bukan kurang penggunaannya tetapi kita memperbanyakkan bahan-bahan luar dari kebiasaannya kite perolehi daripada sekolah sendiri. Tambahan kami mengubah bahan-bahan yang lebih efisien selaras dengan matlamat sekolah untuk mencapai kecemerlangan UPSR 2013 ini. Apabila murid sudah Tahun 6 bermakna guru-guru Tahun 6 kena lebih bersedia dengan cara-cara menjawab soalan dan tips soalan-soalan yang berpotensi keluar dalam UPSR tahun ini. Mungkin kita lihat apabila murid sudah masuk Tahun 6 , murid tidak didedahkan dengan sukatan pelajaran dan lebih kepada kesediaan mereka dalam menempuh UPSR akan datang. Namun yang demikian kami masih perlukan bahan-bahan seperti soalan ramalan, soalan latih

tubi dari negeri lain ataupun soalan-soalan percubaan sebagai bahan bantu mengajar kami. Ketua Program Kecemerlangan UPSR Sekolah 2013

Sudah sedia maklum bahawa penggunaan komputer di sekolah ini adalah tidak menyeluruh di mana komputer di dalam makmal computer sudah dianggap LUMPUH disebabkan komputerkomputer yang sedia ada tidak dapat diguna dengan baik dan memerlukan komputer-komputer yang baru dan sudah di naiktaraf. Walaubagaimanapun, guru yang memerlukan komputer untuk mencari maklumat boleh mendapatkan computer di Pusat Sumber yang terdapat 5 buah komputer yang masih berfungsi. Tahap penggunaan computer tidaklah begitu menyeluruh memandangkan guru-guru disitu mempunyai komputer peribadi masing-masing. Kebanyakkan mereka ingin mendapatkan maklumat hanya melayari internet di bilik guru sahaja memandangkan terdapat talian internet yang disediakan oleh KPM iaitu YESMOe. Rata-rata yang menggunakan internet adalah guru-guru muda berbanding dengan guru-guru senior yang jarang menggunakan komputer mahupun internet. Antara sebab yang diperolehi melalui kutipan data tentang penggunaan komputer dan internet di sekolah ialah:

1. Tiada masa atas kekangan masa dengan kelas dan aktiviti sekolah 2. Kemudahan komputer yang tidak lengkap seperti printer dan scanner 3. Tiada kemahiran dalam komputer terutamanya golongan guru senior 4. Talian internet tidak stabil 5. Guru biasa menggunakan komputer dan internet di rumah sahaja terutamanya dalam mengisi PBS bagi KSSR. 6. Hanya menggunakan perisian seperti WORDs, POWER POINT dan EXCEL sahaja 7. 80% guru mempunyai laptop peribadi masing-masing dan talian broadband sendiri.

MASALAH PENGGUNAAN BBM Terdapat beberapa permasalahan yang timbul di dalam penggunaan BBM di sekolah di mana saya melihat sendiri sebagai salah satu kelemahan dalam pembelajaran dan pengajaran. Rata-rata guru tidak menggunakan BBM secara sepenuhnya dan menjadikan ianya sebagai amalan tidak dipraktikkan. Antara masalah yang dihadapi oleh guru di dalam penggunaan BBM ini ialah :

1. Tidak mempunyai kemahiran Terdapat segelintir guru tidak tahu menggunakan BBM yang sedia ada terutamanya yang melibatkan pengendalian peralatan komputer dan LCD. Kelemahan ini menyebabkan mereka kurang menggunakan alatan teknologi maklumat ini memandangkan jika mereka mengendalikan juga , separuh masa mengajar mereka akan terbazir untuk proses pemasangan dan pengendalian alatan ini. Rata-rata guru lebih suka menggunakan bahan maujud daripada menggunakan alatan yang berteknologi tinggi.

2. Bersikap acuh tidak acuh Sikap guru yang tidak mengambil inisiatif dalam penyediaan BBM di dalam pembelajaran dan pengajaran. Menganggap BBM ini tidak penting di dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Tidak cukup masa Alasan yang selalu digunakan apabila menjawab pertanyaan kepada seorang guru ialah kesuntukan masa dalam menggunakan BBM. Maksud disini ialah guru tidak bijak dalam menguruskan masa di dalam pembelajaran dan pengajaran yang dirancang.

4. BBM tidak dikemaskini Perubahan kurikulum semasa banyak menyebabkan BBM di dalam bilik BBM agak ketinggalan dan masih menggunakan sukatan KBSR. Hal ini menyebabkan bahan yang sedia ada tidak dipakai dan buruk begitu sahaja serta berhabuk.

RESPON MURID TERHADAP PENGGUNAAN BBM


Rata-rata murid yang ditemui dan berbual secara tidak formal saya dapati bahawa:

SUKA DAN AKTIVITI YANG MENYERONOKKAN Murid-murid menggemari dan meminati sesuatu mata pelajaran itu jika ada bahan yang boleh dirujuk Konsepnya yang amat mudah untuk difahami oleh murid Tidak membosankan malah menyeronokkan Murid dapat melihat sendiri dan merasai sendiri tentang kandungan pelajaran yang dipelajari terutamanya matapelajaran Sains 100% murid suka matapelajaran PJK adalah disebabkan alat permainan yang digunakan malah MUZIK juga antara salah satu matapelajaran yang diminati oleh murid sekolah itu. Ia adalah kerana penggunaan alat muzik yang sepenuhnya membuatkan ramai murid meminati matapelajaran itu. Mereka berharap jika guru kerap menggunakan BBM di dalam pembelajaran dan pengajaran mereka, tidak mustahil mereka meminati matapelajaran tersebut dan memudahkan mereka menerima kandungan pelajaran dengan mudah dan kukuh.

GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR DI SEKOLAH INI.

Rak Carta

Rak Teacher Courseware di Bilik Sains

Rak dan petisyen yang membahagikan bahan-bahan yang sedia ada

Carta-carta digantung dan disusun kemas

Bilik Media

Makmal Komputer

Bilik Sains

Pusat Sumber

C. KESIMPULAN
Secara kesimpulan yang diperolehi daripada kajian ini, saya dapati penggunaan BBM ini amat penting dalam pembelajaran dan pengajaran. Ia juga merupakan salah satu proses di mana penggerak kepada sesuatu konsep yang hendak diterapkan. Pada pandangan saya sebagai seorang guru, kita kena bijak mengatur bagaimana menyesuaikan BBM dengan isi kandungan matapelajaran yang hendak diajar. Guru juga perlulah kreatif dan inovatif dalam mengatur sebuah pembelajaran dan pengajaran yang baik. Pengalaman mengajar saya selama 11 tahun itu digunakan sepenuhnya. Guru-guru ini bukan sahaja mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga kebolehan dan minat muridnya. Ia cuba melibatkan berbagai pancaindera murid seperti yang disarankan oleh Wayne F. Virag,1976 seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran suasana pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran. Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikan BBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. BBM sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya. Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan. Pandangan saya berkenaan tentang permasalahan guru dalam penggunaan BBM ini ialah setiap benda yang kita ingin lakukan pasti ada masalah yang berlaku. Namun setiap permasalahan itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Bagi saya jika kita ingin murid-murid kita berjaya kenalah berfikir dan mencari ikhtiar bagaimana kita hendak memantapkan lagi pembelajaran dan pengajaran yang kita lakukan setiap hari. Penggunaan BBM adalah salah satunya bagaimana cara untuk memantapkan pengisian kita di dalam strategi pembelajaran dan pengajaran kita terhadap sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, tiada alasan untuk guru menjadikan ia sebagai masalah dalam bidang kita sebagai seorang guru. Penggunaan BBM boleh dipertingkatkan jika gerak usaha guru-guru dalam penyediaan BBM di peringkat sekolah diperkenalkan. Aktiviti seperti membuat bengkel BBM atau

mengadakan pertandingan mereka BBM dengan idea yang kreatif juga boleh memantapkan lagi penggunaan dan penyediaan BBM yang sedia ada. Malah ia mampu melengkapkan lagi koleksi BBM di dalam bilik khas yang disediakan. Pelbagai pendekatan boleh dibuat untuk meningkatkan penggunaan BBM di kalangan guru-guru sekolah. Walaubagaimanapun, guruguru perlulah sentiasa kreatif dan berinovasi di dalam penyediaan BBM yang mampu dijadikan bahan bantu mengajar yang terbaik dan bernilai.

RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd. Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti. John Arul Phillips, (1997 ) , Pengajaran Kemahiran Berfikir, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Snd. Bhd. Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru), Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd. ________________, ( 1986 ) Panduan Latihan Mengajar, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd. ________________, ( 1989 ), Pedagogi 3, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd. ________________, (1994), Pedagogi 4, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd. ________________, ( 1989 ), Pedagogi Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd. Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd. Mok Soon Sang, Lee Shok Mee, ( 1986 ) Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Tahap I, Siri Maktab Perguruan, Kuala Lumpur, Heinemann Malaysia Snd. Bhd. ______________, ( 1995 ), Pendidikan di Malaysia, Siri Pendidikan Perguruan, (Edisi Kelima ), Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd. Mokhtar Affandi Amran, Poh Swee Hiang, ( 1996 ), Sumber Teknologi, Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran 2, Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.

Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain, ( 1980 ) , Kaedah dan Teknik Mengajar Bahasa dengan rujukan khusus kepada pengajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:Penerbit Pustaka Ilmu. Robiah Sidin, Zaiton Sidin, ( 1989 ) Sosiologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sharifah Alawiah Alsagoff, (1987), Sosiologi Pendidikan, Siri Maktab Perguruan, Kuala Lumpur: Heinemann Malaysia Snd. Bhd.

Sheikh Othman bin Sheikh Salim, ( 1989 ), Kamus Dewan ( Edisi Baru ), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Abu Bakar Syed Akil (1994 ), Panduan Mengajar Kemahiran Membaca, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jurnal Pengurusan Pendidikan ( 1996 ), Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia

Medan Pendidikan, ( Jun 1987 ), Buletin Pendidikan Negeri Terengganu, Edaran Sekolah- sekolah Terengganu.

Pakej Pengajaran dan Pembelajaran Teknologi Maklumat, (1999) Diploma Perguruan Malaysia, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Teknologi Pendidikan, Maktab Perguruan Kuala Terengganu.

You might also like