You are on page 1of 15

YONG SHU LAN S.M Tinggi Kota Kinabalu Kota Kinabalu, Sabah. Guru Cemerlang Sejarah.

Beliau banyak menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan teknik menjawab soalan peringkat PMR dan SPM kepada pelajarpelajar di Sabah. Ceramah tentang teknik P&P yang efektif dan berkesan juga dikendalikan khas untuk guru-guru Sejarah di Sabah. Beliau juga seorang penggubal soalan peperiksaan peringkat negeri dan jurulatih utama bagi subjek sejarah peringkat PMR dan SPM. Kajian tindakan yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar turut dihasilkan demi meningkatkan kemahiran P&P bilik darjah.

CARA MUDAH MENGULANGKAJI SEJARAH SPM : PERMAINAN TEKA SILANG KATA Kertas kerja ini bertujuan memperkenalkan kaedah yang mudah untuk membantu guru-guru Sejarah mengajar murid-murid untuk mengulangkaji subjek ini khasnya menguasai teknik menulis jawapan esei dengan betul dan lengkap. Program ini dilaksanakan pada hujung bulan Ogos. Melalui pendekatan ini pelajar diminta membawa buku teks bersama semasa proses P&P dalam kelas. Guru akan tunjukkan cara untuk bermain melalui kaedah ICT (Power Point). Selepas diberikan pendedahan awal, guru akan memberikan topik-topik penting kepada pelajar dan membahagikan pelajar mengikut kumpulan. Pelajar diberikan masa selama seminggu untuk menyiapkan tugasan mereka. Guru berperanan sebagai fasilitator, mengumpulkan serta menyemak hasil kerja pelajar. Pelajar akan membentangkan hasil kerja dan bermain permainan teka silang kata ini bersama-sama melalui kaedah ICT semasa program kecemerlangan yang akan diadakan pada awal bulan September. Hasil kerja pelajar akan dicetak dan diedarkan kepada semua pelajar tingkatan lima sebagai bahan ulangkaji. Keberkesanan teknik ini dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan 1, percubaan 2 dan peperiksaan SPM.

CARA MUDAH MENGULANGKAJI SEJARAH SPM : PERMAINAN TEKA SILANG KATA

OLEH : YONG SHU LAN SEKOLAH MENENGAH TINGGI KOTA KINABALU, SABAH

1.0 Pengenalan

Membangunkan modal insan minda kelas pertama merupakan misi nasional. Usaha Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan subjek sejarah sebagai mata pelajaran teras di peringkat sekolah menengah memang satu langkah yang positif ke arah melahirkan modal insan yang bersemangat patriotik dan berkualiti selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin merealisasikan konsep Satu Malaysia Sesungguhnya, sesetengah pelajar tidak berminat untuk mempelajari subjek ini kerana terlalu banyak fakta yang perlu dihafal. Mereka turut menganggap mempelajari sejarah amat membosankan kerana mempelajari benda atau tokoh yang telah mati. Padahal, menurut E.H. Carr, sejarah terdiri daripada sekumpulan fakta yang telah diteliti dan dipastikan. Melalui kertas kerja ini, saya ingin mengubah pandangan pelajar dan cuba menarik minat pelajar terhadap subjek ini dengan cara permainan teka silang kata. Dengan cara ini, pelajar akan melibatkan diri secara langsung dan bekerjasama antara satu sama lain dalam proses menghasilkan permainan dan jawapan yang diarahkan oleh guru. Hal ini akan membantu mereka untuk menghafal fakta-fakta penting bagi sesuatu topik. Pendapat ini dapat disokong oleh kata-kata Blaise Astra Parker, iaitu I believe that learning is an interactive and collaborative process. Maka, sudah tentulah rungutan pelajar tentang kebosanan menghafal dan mempelajari sejarah sedikit sebanyaknya dapat diatasi.

2.0 Kumpulan Sasaran

Pendekatan yang saya amalkan sesuai untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada hujung tahun. Di peringkat permulaan, sebanyak 80 orang pelajar tingfkatan 5 dipilih dalam kajian ini. Hal

ini kerana mereka telah didedahkan sukatan tingkatan 4 dan 5 selewat-lewatnya pada hujung bulan Julai. Pelajar-pelajar tingkatan lima juga telah menduduki Oleh hal

peperiksaan percubaan satu SPM pada pertengahan bulan Ogos.

yang demikian, markah peperiksaan percubaan satu ini akan diambil kira sebagai markah Pra ujian sementara markah dan keputusan peperiksaan

percubaan dua serta peperiksaan SPM sebenar dianggap sebagai markah Pasca ujian untuk menilai keberkesanan kajian ini.

3.0 Kaedah Pelaksanaan

Kaedah pelaksanaannya adalah berdasarkan jadual kerja berikut:

3.1 Taklimat awal guru kepada pelajar berkenaan tugasan

Taklimat awal guru kepada pelajar berkenaan tugasan disampaikan selewatlewatnya seminggu sebelum cuti sekolah penggal kedua.

Untuk menjayakan program ini, guru Sejarah perlu membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil iaitu 2 orang dalam satu kumpulan. Tajuk atau topik tertentu juga perlu diberikan kepada setiap kumpulan dengan cara mencatatkan tajuk dalam senarai nama kelas pelajar. Pelajar-pelajar yang terlibat juga perlu dimaklumkan supaya membaca dan membuat kumpulan perbincangan untuk menghasilkan kertas kerja dan menghasilkan permainan dalam bentuk Power Point semasa cuti sekolah. Guru juga memberikan sampel permainan dalam bentuk cakera padat (CD) kepada pelajar untuk membantu pelajar menghasilkan kertas kerja dengan lebih cepat iaitu hanya mengubah isi kandungan slide power point berdasarkan rangka yang diberi. Pendekatan yang disarankan dalam kertas kerja ini banyak memanfaatkan masa cuti sekolah pelajar. Cuti sekolah selama satu minggu pasti membolehkan pelajar menghasilkan permainan teka silang kata yang menarik. Topik yang ditetapkan untuk setiap pelajar akan membantu mereka benar-benar memahami isi kandungannya. Memang tidak wujud halangan dari segi masa atau kerja rumah yang banyak seperti yang dialami mereka pada hari-hari persekolahan biasa.

Selepas cuti semester kedua, guru mengumpul dan menyemak hasil kertas kerja pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Pada bulan September, Program kecemerlangan Sejarah SPM akan dijalankan. Dalam program ini, masa 2 jam diperuntukkan untuk bermain permainan ini dan menguji keberkesanan teknik ini di samping memberikan peluang kepada para pelajar untuk membentangkan hasil kerja mereka. Hasil kerja yang cemerlang dan menarik akan diutamakan dalam proses pembentangan ini. Sementara hasil kerja bagi kumpulan lain akan dicetak dan diedarkan kepada semua pelajar yang terlibat. Selain itu, hasil kerja ini turut diedarkan untuk pelajar kelas lemah dan menggalakkan guru-guru yang mengajar kelas-kelas lemah ini agar menggunakan kaedah ICTPower Point atau dicetak dalam kertas edaran untuk mengulangkaji bersama-sama pelajar semasa proses P&P. 3.2 Peraturan Permainan

Pelajar yang bermaian permainan ini perlu memahirkan diri dari segi penguasaan kata kunci bagi setiap fakta atau isi penting. Berdasarkan pendapat Blaise Astra Parker, beliau mengatakan bahawa I engage critical thinking and active learning is through relying on classroom discussion to draw out key points Jelaslah bahawa penguasaan kata kunci memang penting untuk membantu dan memudahkan pelajar menghafal serta menghurai sesuatu fakta. 3.3 Cara-cara bermain

Langkah 1 : Pelajar diminta mencari kata kunci berdasarkan soalan yang dikemukakan di atas petak teka silang kata. Kertas edaran juga diberikan kepada pelajar agar mereka boleh menandakan jawapan dalam ruangan yang disediakan. Pelajar akan mencari jawapan berpandukan buku teks sejarah tingkatan 4 dan 5. ( Sila rujuk slide power point 1 pada lampiran 1)

Langkah 2 : Guru membincangkan jawapan teka silang kata yang diperoleh pelajar dalam slide power point 1 dan seterusnya ( Sila rujuk slide power point 2 pada lampiran 1) menayangkan slide ke-2

Langkah 3 : Setelah mendapat dan mengenalpasti jawapan bagi setiap kata kunci, setiap pelajar diminta menghuraikan fakta atau isi berdasarkan kata kunci tersebut. ( Sila rujuk slide power point 3 pada lampiran 2)

Langkah 4 : Pelajar diminta menghasilkan esei yang lengkap dalam kertas kajang berdasarkan jawapan dalam slide power point ke-3. Contoh esei yang lengkap :

Antara usaha yang dijalankan oleh pemimpin politik untuk melahirkan Pakatan Murni ialah melalui cadangan pembukaan UMNO kepada rakyat bukan Melayu. UMNO juga sanggup berunding dengan kaum lain untuk kepentingan masa depan negara. Selain itu, pemimpin politik turut menganjurkan penubuhan Parti Perikatan. Kerakyatan Negeri 1951 juga diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Bagaimanapun,syaratnya ialah ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu. Langkah ini merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan menjadi asas kemerdekaan.

3.3 Perbincangan kandungan pelajaran tingkatan 4 dan 5 khasnya topik-topik penting bersama pelajar

Sebelum peperiksaan percubaan kedua berlangsung, guru boleh meluangkan dua waktu pengajaran (80 minit) untuk berbincang dengan pelajar tentang topiktopik penting SPM berdasarkan edaran analisis soalan tahun-tahun lepas yang dihasilkan oelh guru . Perbincangan ini secara tidak langsung menguji pemahaman dan penguasaan pelajar tentang isi kandungan pelajaran. Guru boleh menguji penguasaan pelajar hanya dengan cara lisan sahaja. Guru boleh juga melukis peta minda yang ringkas di papan putih dan meminta pelajar keluar untuk melengkapkannya. Perbincangan sedemikian turut membantu pelajar

mengingat kembali fakta yang telah dibaca dan memberi mereka keyakinan untuk menghadapi peperiksaan. bimbingan daripada guru Secara tidak langsung, pelajar mendapat menjadikan proses pengajaran dan

bahkan

pembelajaran lebih mudah.

Di samping itu, proses mengulangkaji subjek ini

dalam kalangan pelajar juga akan menjadi lebih seronok dan lebih bermakna. Selain itu, pengetahuan sedia ada pada diri pelajar akan memudahkan guru

mendapat maklum balas bagi soalan-soalan yang ditujukan kepada pelajar dan membolehkan proses perbincangan menjadi lebih lancar.

3.5 Melatih pelajar menjawab soalan berbentuk struktur dan esei semasa menghadapi peperiksaan

Setelah semua topik penting telah dihasilkan dalam bentuk permainan, dan proses perbincangan selesai, tugas guru sejarah selanjutnya ialah melatih pelajar menjawab soalan struktur dan esei berorientasikan peperiksaan.

Tugasan ini nescaya lebih mudah sebab pelajar sudah menguasai teknik mengulangkaji dan menghurai esei bahkan telah menduduki peperiksaan percubaan dua di peringkat sekolah. Selepas teknik mengulangkaji ini

didedahkan kepada pelajar, tugas guru yang seterusnya hanya perlu mengajar teknik menjawab soalan dan memahami kehendak soalan berorientasikan peperiksaan. Guru akan memberikan soalan esei penting yang diramal kepada pelajar. Setelah perbincangan diadakan selama lebih kurang 10 minit, pelajar diarahkan untuk menulis esei yang lengkap dalam kertas kajang. Jumlah masa yang diperuntukkan adalah sebanyak 25 minit. Setelah masa tamat, guru mengumpul tugasan pelajar untuk menyemak jawapan yang ditulis oleh mereka. Contoh jawapan pelajar yang cemerlang akan dilekat pada papan penyataan selama seminggu dan akan diberikan markah bonus iaitu sebanyak 2 markah untuk ditambah dalam markah peperiksaan penggal sebagai galakan kepada pelajar. Cara ini dilakukan secara berulang iaitu seminggu sekali sehingg peperik saan SPM berlangsung.

4.0 Kebaikan Pendekatan Ini

Pendekatan mengulangkaji dengan cara permainan teka silang

kata ini mampu

membantu pelajar mengulangkaji subjek sejarah dengan lebih seronok dan berkesan. Kaedah ini juga dianggap sebagai kaedah yang berpusatkan pelajar. Pelajar melibatkan diri secara langsung dalam proses menghasilkan permainan dan jawapan atas bimbingan guru. Beban kerja guru juga dapat diringankan kerana secara tidak langsung, pelajar membantu guru menyediakan bahan P&P yang amat bernilai. Bahan ini juga dapat dikongsi bersama dengan pelajar daripada kelas lemah. Guru juga tidak perlu membazirkan masa untuk menggunakan teknik

pengajaran yang berpusatkan guru seperti penerangan dan bercerita yang dianggap amat membosankan. Sebenarnya, amalan sesetengah guru membaca bab demi bab bersama pelajar semasa waktu Sejarah dan meminta pelajar menyalin nota berdasarkan buku teks tanpa memahami maksudnya adalah tidak digalakkan kerana teknik ini mengambil masa yang lama terutamanya apabila musim peperiksaan menjelang. Akhirnya pelajar kurang dilatih menjawab soalan struktur dan esei berorientasikan peperiksaan kerana kesuntukan masa. Memang kita tidak dapat menafikan bahawa cabaran guru Sejarah semakin berat Namun, sekiranya guru kreatif, inovatif dan dapat memikirkan teknik mengajar yang terancang serta efektif, masa pengajaran dapat dioptimumkan dan sebarang cabaran yang dihadapi pasti dapat diatasi dengan lebih mudah.

5.0 Dapatan Kajian

Berikut merupakan keputusan pelajar yang terlibat bagi subjek Sejarah dalam peperiksaan Percubaan peringkat sekolah : Jadual 1 : Analisis kekerapan pencapaian ujian pra dan ujian pasca mengikut gred dan bilangan pelajar Gred Markah Kekerapan bil Kekerapan bil +/Keputu +/pelajar dalam pelajar peperiksaan percubaan (Pra ujian) A+ A AB+ B C+ C D E G 90-100 80-89 75-79 70-74 65-69 60-64 55-59 50-54 45-49 0-44 1 7 6 5 7 8 8 5 5 28 dalam -san SPM 2

%+/-

peperiksaan 1 percubaan

( Pasca ujian ) 4 4 5 10 7 7 4 15 6 18 +3 -3 +1 +4 0 -1 -4 +10 +1 -10 4 9 13 12 13 12 11 3 2 1 0 +5 +8 +2 +6 +5 +7 -12 -4 -17 0 6.25 10 2.5 7.5 6.25 8.75 -15 -5 -21.25

30 A+ A 20 A_ B+ 15 B C+ 10 C D 5 E G 0 Percubaan 1 percubaan 2 SPM

25

Graf 1 : Analisis kekerapan pencapaian ujian pra dan ujian pasca mengikut gred serta bilangan pelajar Berdasarkan jadual 1, analisis kekerapan pencapaian antara ujian pra ( Peperiksaan Percubaan 1 ) dengan ujian pasca ( Peperiksaan Percubaan 2 ) mengikut gred dan bilangan pelajar, didapati hasil keputusan ujian pasca menunjukkan perubahan peningkatan pencapaian pelajar dan bilangan pelajar yang gagal jelas menunjukkan penurunan dari segi bilangan mahupun peratus. Peningkatan yang menonjol dapat

dibuktikan melalui keputusan peperiksaan SPM iaitu peratus kelulusan mencapai 98.75% berbanding dengan uian pra yang hanya mencatat peratus kelulusan sebanyak 65%.

Merujuk jadual 1, didapati secara keseluruhannya kaedah ini dianggap amat berjaya, memangdangkan keputusan peperiksaan SPM 2009 bagi kumpulan sasaran yang sama menunjukkan peningkatan. Pencapaian pelajar yang mendapat lulus penuh daripada gred A hingga E semasa ujian pra adalah seramai 52 ( 65% ) orang pelajar manakala ujian pasca seramai 62 ( 77.5% ) orang pelajar. Peningkatan yang amat ketara terlihat pada gred A hingga D dalam keputusan SPM 2009, iaitu 79 ( 98.75% ) orang pelajar.

6.0 Refleksi Kajian

Berdasarkan dapatan daripada analisis kualitatif dan kuantitatif, kaedah pembelajaran berasaskan permainan teka silang kata dengan bantuan penggunaan komputer riba dan LCD projektor memperlihatkan realiti dalam kalangan pelajar yang amat bermotivasi dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang amat positif ketika sesi P&P dan sesi ulangkaji dalam bilik darjah. Kaedah ini boleh juga digunakan tanpa menggunakan komputer dan LCD. Bergantung pada masa dan kemudahan yang ada pada sekolah. Kaedah ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan idea, minat dan kebolehan masing-masing ketika sesi perbincangan dan pembentanga dijalankan. Peluang ini turut digunakan sepenuhnya oleh semua pelajar untuk menunjukkan kebolehan dan kemampuan kumpulan masing-masing dengan hasil yang terbaik dan menarik minat rakan lain untuk mengikutinya. Kaedah ini boleh juga

digunakan oleh guru semasa proses P&P di dalam bilik darjah dan dijadikan sebagai bahan sokongan P&P ataupun sebagai latihan pengukuhan. Melalui kaedah ini, pelajar mampu melibatkan diri secara langsung dalam proses pembelajaran dan komunikasi pelbagai hala dapat diwujudkan.

7.0 Penutup

Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji mendapati penggunaan kaedah atau teknik permainan teka silang kata ini dalam proses mengulangkaji mahupun P&P dalam bilik darjah berjaya menarik minat pelajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka. Semoga guru-guru Sejarah dapat mengamalkan pendekatan yang saya syorkan dalam kertas kerja ini untuk membolehkan guru-guru mengajarkan mata pelajaran sejarah secara sistematik dan efektif. Guru-guru sejarah perlulah berfikiran positif dan

menganggap proses pengajaran dan pembelajaran sejarah bukan lagi sesuatu yang membosankan malah dianggap begitu mudah. Bah kata peribahasa Melayu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Selamat mencuba.

8.0 Rujukan

1. Ramlah Binti Adam, Shakila Parween Binti Yacob, Abdul Hakim Bin Samuri, Muslimin Bin Fadzil. (2003) Buku Panduan Guru Sejarah Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. ABD. Rahim. Rahim Bin Abd. Rashid, Rosnanaini Binti Sulaiman, Akashah Bin Ismail. ( 2003) Buku Panduan Guru Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Kementerian Pelajaran Malaysia. Manual Kajian Tindakan. Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

4. Blaise Astra Parker (2003). Teaching Philosophy. The University Of Georgia. Retrieved 10 May, 2010 from http://blaze.myweb.uga.edu/pedagogy.html

10

Lampiran 1 Slide Power Point 1

Nyatakan usaha untuk mengadakan pakatan murni?


B W S A N G G U P E T G F H I Y K E P I O T A N J U R E X M C B B N H P G R Y I J K D S A A A Q W G E T U D H I O P L R K M U N B V C F T A W A K E A H L I A N N

Slide Power Point ke-2

Nyatakan usaha untuk mengadakan pakatan murni?

B W S A N G G U P

E T G F H I Y K E

P I O T A N J U R

E X M C B B N H P

G R Y I J K D S A

A A Q W G E T U D

H I O P L R K M U

N B V C F T A W A

K E A H L I A N N

11

Lampiran 2 Slide Power Point ke- 3

TEMA Keahlian
Sanggup Anjur Imigran Perpaduan

HURAIAN
Pembukaan UMNO kepada rakyat bukan melayu. UMNO sanggup berunding dengan kaum lain untuk kepentingan masa depan negara. Menganjurkan penubuhan Parti Perikatan.

Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Bagaimanapun,syaratnya ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu. Jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan menjadi asas kemerdekaan.

12

Lampiran 3

Guru sedang memberikan taklimat kepada pelajar. Lampiran 2

Pelajar sedang berbincang dalam bentuk kumpulan untuk mencari jawapan berdasarkan buku teks.

13

Lampiran 4 : Slide Power Point 4

Contoh Hasil Kerja Pelajar

Nyatakan bentuk penentangan orang Quraisy


K U K U K U J U P E E E L R A S L U T L K U T L E O L U E O E H U T A A A N J A R P A N U N R U E J A N A N A K J P K A S S G N A N T I D R A A U G G N A G R S N

14

Lampiran 5 Slide Power Point 4 dan 6

K U K U K U J U P

E E E L R A S L U

T L K U T L E O L

U E O E H U T A A

A N J A R P A N U

N R U E J A N A N

A K J P K A S S G

N A N T I D R A A

U G G N A G R S N

TEMA
PUJUK PULAU GANGGU KEKERAS AN EJEK

HURAIAN
Memujuk Melakukan pemulauan terhadap Mengganggu Nabi semasa beribadat Menggunakan kekerasan Mengejek ajaran Islam melalui puisi

15

You might also like