You are on page 1of 33

Memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca.

Apabila murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan, murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya.

3 peringkat dalam proses membaca iaitu: lateral Interpretasi & inferens Penilaian makna

Murid murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat peringkat tersebut. Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya.

Jika murid murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan, ini akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan pelancongan.

Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut:


Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.

Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid mengusai konsep. Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca. Guru perlu mempelbagaikan bentuk atau laras bacaan dalam pengajaran pembelajaran bacaan.

Guru merangsang perbincangan berkaitan tajuk yang dipilih Murid digalakkkan memberikan sumbangan idea untuk membina cerita. Perkataan perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru Murid diminta membina ayat berdasarkan idea yang mereka berikan Setelah selesai, guru membimbing murid memberikan tajuk cerita Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis Setelah cerita selesai guru membaca secara nyaring, murid mendengar Murid menyalin teks yang ditulis oleh guru Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi

Karangan jenis dialog, biasanya melibatkan dua orang atau lebih yang berbual atau berbincang tentang sesuatu perkara. Karangan jenis ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk, dialog atau perbualan, dan wawancara atau temuramah. Sebelum menulis karangan ini anda harus memahami kehendak soalan mencari isi penting dan menentukan jalan ceritanya terlebih dahulu. Dalam karangan dialog, kedua-dua pihak harus saling bertanya atau memberikan jawapan, dan memberikan pendapat. Untuk menulis temuramah pula pihak yang menemuramah akan mengemukakan soalan dan yang ditemuramah akan menjawab

Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami. Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau logik. Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat. Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha. Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran. Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan. Gunakan bahasa yang ringkas dan padat

Memberikan gambaran atau menceritakan semula sesuatu peristiwa atau pengalaman yang telah dialami.

PENDAHULUAN

ISI

PENUTUP

1. 2. 3. 4.

AKTIVITI PRAMENULIS MENULIS PENDAHULUAN MENULIS ISI MENULIS PENUTUP

AKTIVITI PRAMENULIS 1) Memahami tajuk Baca dan fahami kehendak soalan. Lihat urutan gambar dengan teliti dan fahami cerita yang ingin disampaikan. Kumpulkan idea Fikirkan dan catatkan idea-idea.

2)

Latar
Watak

Bila ,di mana ?

Siapa ?

Plot (Masalah)

Apa yang terjadi ?


Mengapa ia terjadi ? Bagaimana perasaan watak/watak-watak?

Peleraian Masalah

Bagaimana masalah itu diatasi ?

Penutup

Apa yang terjadi di akhir cerita? Pengajaran ? Pendapat ?

Latar
Watak

Rumah, sambutan hari lahir

Nenek, Ibu, Ayah, Penulis, Saudara-mara Menyambut hari lahir Nenek.

Plot (Masalah)

Nenek tiba-tiba sesak nafas dan tidak sedarkan diri. Keadaan menjadi kelam-kabut. Semua berasa cemas.

Ayah segera menelefon ambulans.

Peleraian Masalah

Nenek dibawa ke hospital.

Nenek sedarkan diri.

Penutup

Nenek perlu banyak berehat. Bersyukur, berjajni akan menjaga Nenek. Tidak ingin peristiwa itu terjadi lagi.

Latar
Watak

Hari Sabtu, di rumah, ibu bapa tiada di rumah

Penulis,Ibu, Ayah, perompak


Dua orang perompak menyerbu masuk, mengikat tangan dan menyumbat mulut penulis. Perompak menggeledah rumah dan mencuri barang-barang kemas dan peralatan elektrik. Penulis berasa takut, tidak dapat berbuat apa-apa.

Plot (Masalah)

Peleraian Masalah

Ibu dan Ayah pulang dari pasar raya.


Terperanjat melihat penulis dan keadaan rumah.

Ayah segera menelefon polis.

Penutup

Perompak berjaya ditangkap. Penulis berjanji tidak akan membuka pintu sembarangan.

MENULIS PENDAHULUAN Mulakan dengan pengenalan yang dapat menarik perhatian pembaca. TEKNIK-TEKNIK (1) DIALOG Selamat hari lahir, nenek! kataku lalu memeluk tubuh nenek dan mencium pipinya yang sudah berkeriut. (2) KESAN BUNYI Ding!Dong! kedengaran loceng pintu berbunyi tanpa henti. BOOM! Bunyi guruh bak halilintar membelah bumi.

(3) PEMERIAN (DERIA) Sudah sejam aku mengulangkaji Matematik. Mataku semakin kabur melihat nombor-nombor yang banyak. Cuaca panas merimaskan. Sesekali terasa juga angin meniup dari tingkap yang terbuka. (4) SOALAN Mengapa ibu belum pulang lagi? bisik hatiku. Pernahkah kamu berasa cemas? Saya pernah. Ceritanya bermula begini (5) IMBAS KEMBALI (BERMULA DENGAN PENUTUP) Aku menyesal. Menyesal kerana tidak menurut nasihat ibu. Kalau aku mendengar nasihatnya, sudah pasti peristiwa buruk itu tidak akan berlaku. Tanggal 12 Disember, hari itulah nenekku dimasukkan ke hospital akibat kelalaianku.

MENULIS ISI (1) Gunakan kata-kata adjektif untuk menerangkan tentang watak dalam cerita.
Farid membuka pintu. Dia ternampak dua orang pemuda yang berpakaian kemas di luar rumahnya. Salah seorang daripada mereka berambut keperangperangan dan berkaca mata hitam. Seorang lagi berambut hitam dan wajahnya yang bujur sireh kelihatan cengkung sedikit. Di tangannya ada sebuah bungkusan besar yang dibalut dengan kertas balut yang berwarna biru. Mereka berdua tersenyum melihat wajah Farid.

(2) Pastikan karangan kamu menceritakan semula peristiwa yang telah dialami. Gambarkan peristiwa dalam cerita kamu dengan jelas. Ikat tangannya! perintah pemuda yang berkaca mata hitam itu. Suaranya amat garau. Badanku ditarik lalu aku dipaksa duduk di kerusi makan di dapur. Tanganku ditarik ke belakang. Pemuda yang berambut hitam itu pula segera mencapai seutas tali dari dalam bungkusan itu lalu mengikat tangan dan badanku dengan kuat.Aku tidak dapat bergerak langsung!

(3) Setiap isi haruslah berkait antara satu sama lain dan harus relevan. Badanku ditarik lalu aku dipaksa duduk di kerusi makan di dapur. Tanganku ditarik ke belakang.

(4) Yang pentingnya isi harus dapat diterima oleh akal;logikal.


(5) Jangan ulangi isi yang sama.

Gunakan ayat-ayat mudah dan juga ayat-ayat yang kompleks dengan seimbang. - Farid diam membatu. - Kalau aku mendengar nasihatnya, sudah pasti peristiwa buruk itu tidak akan berlaku. Gunakan simpulan bahasa, peribahasa atau perbandingan semacam yang sesuai. - Adam amat berbesar hari dengan pertolongan yang dihulurkan oleh rakannya itu. - Memang betul kata gurunya, genggam bara api biar sampai menjadi arang. Segala usahanya selama ini membuahkan hasil. - Amir berasa amat takut. Wajahnya yang tadi riang menjadi pucat macam mayat.

Gunakan frasa-frasa yang menarik - Suria muda memancarkan sinarnya. - Mentari tinggi di kepala. - Langit cerah secera-cerahnya pada pagi itu. Tidak ada tanda hujan akan turun.
Gunakan kosa kata yang tepat - menggendong beg sekolah - beg sekolahnya disandang di bahu - mengulum senyuman - peristiwa itu masih segar di ingatan

Menulis Penutup Pengakhiran cerita perlu menghuraikan konflik/masalah dalam cerita. Boleh mengakhiri cerita dengan; (1) happy ending penutup yang menggembirakan Sejak hari itu, Naqib dan Kamal menjadi sahabat yang akrab. Tidak mungkin mereka berdua dapat melupakan pengalaman itu. Saya telah mendapat pujian daripada pihak polis kerana keberanian saya. Sebenarnya saya tidak mengharapkan sebarang balasan kerana keikhlasan adalah sesuatu yang sungguh mulia.

(2) surprise ending penutup yang mengejutkan Ibu! Ayah! Aku menjerit sekuat-kuatnya. Ibu dan ayahku terkejut melihat keadaanku yang berpeluh-peluh. Mereka hanya mampu tercengang-cengang tatkala mendengar pengalamanku itu.
(3) Penutup yang berakhir dengan tragedi Sayangnya, kata-kata Harun terkabul. Kawan karibku telah pergi buat selamalamanya. Yang tinggal hanya secebis nota dan kenangan manis bersamanya.

(4) Penutup yang menggambarkan penyesalan Aku benar-benar menyesal dan bertekad tidak akan buat lagi. Aku berdoa agar diberi peluang untuk memulakan lembaran baru dalam hidupku. Aku sesal dan bersedih. Aku telah memalukan kedua-dua orang tuaku ayng telah banyak berjasa. Aku berjanji dan berazam akan berusaha untuk menjadi budak yang baik dan rajin berusaha.

You might also like