P. 1
TANAMAN SAYURAN

TANAMAN SAYURAN

|Views: 94|Likes:
Published by Thilaa Vathi
hvgvgvg
hvgvgvg

More info:

Published by: Thilaa Vathi on Jul 24, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/28/2013

pdf

text

original

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN 2 PISMP RBT 2 AMBILAN JANUARI 2010

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN
(TANAMAN SAYURAN)
NAMA : EVA MAY GEMINA EDMOND GOYONG MOHD ADIZAN SHAH B. ABD KHANIS MOHD REZAQ FARIZ B. KHAIRULANUR KUMPULAN/UNIT PENSYARAH : 2 PISMP RBT 2 : PUAN ROSMARINA AHMAD KHARIRI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN 2 PISMP RBT 2 AMBILAN JANUARI 2010 RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN (TANAMAN SAYURAN) NAMA NO. MATRIK NO. IC KUMPULAN/UNIT PENSYARAH : EVA MAY GEMINA : 7908 : 900505-12-5516 : 2 PISMP RBT 2 : PUAN ROSMARINA AHMAD KHARIRI .

Sayuran sangat penting kepada manusia kerana ianya membekalkan vitamin. garam mineral. ubi keledek. kobis dan kangkung Kacang botor/kelisa. Jadual Jenis Sayur-Sayuran Bil 1 2 3 3 Jenis sayuran Daun Kekacang Buah Akar / Umbisi Contoh Bayam. kacang tanah dan kacang panjang Bendi. protein. cili. lobak merah. ubi sengkuang. karbohidrat dan lemak.PENANAMAN SAYUR-SAYURAN Pengenalan Sayur-sayuran sering ditanam di kawasan rumah atau secara komersial. Jenis Sayur-sayuran Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut bahagianbahagian makanan. Berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran. timun. . lobak putih. i. Sayuran yang ditanam sendiri lebih selamat dimakan berbanding dengan sayuran yang ditanam secara komersial kerana bebas daripada racun. terung. kacang buncis. keladi Pemilihan Tapak Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya termasuklah. tomato Halia. petola. kundur. sawi putih. sawi bunga.

Teres digunakan jika tanah bercerun. Oleh iitu pemuliharaan tanah perlu untuk kesuburan tanah.0 Penyediaan tapak Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Mempunyai kemudahan infrastruktur. 1. v. Berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan mencuci sebelum pasaran dilakukan. Kesuburan tanah adalah satu konsep umum dan ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan. Keadaan tanah berasid – tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. mangan. iv. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum. vi. . ferum.ii. zink. Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut: Kandungan nutrien yang rendah – kawasan tropika sering mengalami kadar proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi. Tanah asid sulfat kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksidan aluminium. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan penyakit. vii. ferum dan mangan. Berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan kecurian. Kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk mendapatkan air dan nutrient. iii. molibdenum dan boron. Mempunyai tanah yang rata supaya mudah pengurusan.

membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai. kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu berasid. Tanah ini menjadi lekit apabila basah dan berketul bila kering. 2. iii.0 Penyediaan batas Kawasan pertanian yang dipilih perlu disediakan untuk tujuan penanaman sayursayuran seperti : i. ii. Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm atau batas tunggal berketinggian 20 – 25 cm.3 hingga 5. Membuang rumpai dan batu batan.8. menyimpan nutrient.Tanah berlempung – mengandungi tanah liat yang tinggi. Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak. Tanah berpasir – tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris mengalami saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan tanaman. Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah. Abunya boleh digunakan sebagai baja.Tanah ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan dan kurang daya penahan air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah. . mempunyai saliran yang baik. v. Rumput yang kering pula boleh digunakan sebagai sungkupan. Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah. iv. Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi.

Mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat:. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit. iii.0 Sungkupan Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong. Mengurangkan suhu tanah: – suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna. 4. Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk. vi.3.tumbesaran akar adalah sukar dan hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat. ii. Bertindak sebagai baja organan apabila ia reput.0 Pemilihan biji benih . v. iv. pelepah dan kompos.air yang dipelihara akan didapati oleh anak benih dan hidupan tanah. Mengelakkan tumbesaran rumpai Mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih atau anak benih. Menjaga tanah supaya sentiasa lembab: . i. daun.

Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi. Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan. Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran • • Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit. • • • Labelkan biji benih supaya mudah dikenali.Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi menjamin kadar percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan yang tinggi.0 Penyemaian biji benih. iv. Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu. Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan perosak. ii. Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan 5. Ciri-ciri biji benih yang baik • • • Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat. Terdapat tiga cara penyemaian: Semaian terus biji benih besar i. Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan menjadi tinggi. Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya. • Tidak rosak atau cacat. iii. Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di patuhi : Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan Tanam sebiji atau dua biji selubang .

Menyemai cara semai tabur Teknik menyemai secara semai tabur adalah seperti berikut. lakukan penjarangan. tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis. i.v. iv. Semaian terus biji benih kecil Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun. ii. semaian biji benih halus di dalam kotak semaian Kebaikan menyemai di dalam kotak semaian semaian i. Beri perlindungan (sungkupan) dan air. Ini memastikan hasil yang bertambah. ii. Selepas percambahan. iii. ii. i. jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu. iii. Selepas bercambah. iv. Pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari batas semaian. penjagaan anak benih lebih mudah anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap.buat alur yang cetek dengan jarak tertentu Tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah. Kaedah alur . cili tomato. beri perlindungan (sungkupan) dan air. . terus dan lainlain boleh menggunakan dua cara: Semaian terus ke batas tetap. anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran yang sama.

selepas percambahan.0 Menyulam Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara anak pokok. terbantut tumbesaran atau tidak sihat. anak benih ini perlu dibuang dan diganti. diserang perosak.iii. Biasanya anak benih dari batas semaian diubah ke batas tetap. air dan nutrien. 8. Disamping itu untuk menentukan tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi. 7. i. 6. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak penanaman. mati. . Berikut adalah beberapa sistem yang biasa diigunakan dalam penanaman sayuran. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak benih/ pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya. Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok atau memotong batang dengan pisau yang tajam. Mengubah Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain.0 Penjarangan Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu sama lain.0 Penanaman Panaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga untuk memudahkan kerja penjagaan. jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu. Proses ini dinamakan Penyulaman Anak Benih. akan berlaku pembaziran tempat dan akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan meningkat. Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah.

kertas plastik dan jaring. • • • Segarkan anak benih sebelum diubah Lakukan waktu pagi atau petang Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah pecah semasa mengubah. Naungan janganlah terlalu tinggi kerana cahaya matahari yang terik dan air hujan boleh masuk . lalang/rumput yang dipotong. • Dengan menggunakan sudip. Cahaya matahari yang terik mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Buangkan perlindungan sedikit demi sedikit selepas beberapa hari ii. • • • Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar. Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah pelepah kelapa. Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan yang kuat. Naungan dapat mengelakkan timpaan hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak benih. • • Bekalkan perlindungan dan air. cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di sekeliling akar.Teknik mengubah anak benih adalah seperti berikut . Naungan Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih.

0 Penjagaan tanaman sayuran Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut: i. Merumput Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki. Ini akan membolehkannya menerima cahaya matahari untuk membina makanan. iii. Rumpai besar atau terlalu banyak boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. cahaya dan ruang. Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Naungan haruslah sedikit demi sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Untuk tujuan itu kita perlu menggunakan penyiram yang mempunyai lubang siraman yang halus. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah.menerusi tepi naungan. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegahan sel-sel dan juga untuk kesegaran tumbuhan. Jika saiz ladang luas. rumpai boleh dikawal secara kimia. Menyiram Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Merumput adalah untuk mengelakkan persaingan diantara rumpai dengan sayursayuran dalam mendapatkan nutrien. 9. ii. air. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran. . Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat pembiakan perosak dan agen penyakit. Membaja Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk diserap oleh akar pokok. Tajak boleh digunakan untuk membuang rumpai di lorong batas.

Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran . kumbang. Selain itu. Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga. Manakala penyakit pula biasanya di sebabkan oleh kulat dan bakteria. Sayur-sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang. membaja. memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor kerana terkena tanah. Membuat sokongan Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza.0 Mengawal Perosak dan penyakit Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan mutu sayur-sayuran.Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen. ia juga akan memudahkan kerja pengurusan seperti merumput. pianggang. teritip dan bari-bari. siput babi. fosforus dan kalium (NPK). Kalsium. iv. kutu daun. 10. Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja kimia. Ada yang menjalar. Tanda diserang perosak pula ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat. melilit atau mempunyai batang yang lemah. sementara sayur-sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat. magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Di samping itu ia juga boleh membantutkan tumbesarannya. koya. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah ulat beluncas. Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi mendapat hasil yang bermutu tinggi Sayuran yang diserang penyakit selalunya kelihatan melecur ataupun kelihatan daunnya bertompok-tompok kehitaman. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja.

kuning/perang batang/ Kulat atau daun yang dijangkiti akan 11. Sebaliknya jika lewat dipungut. Ini bertujuan untuk mendapat hasil yang segar dan memuaskan.Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia.0 Memungut hasil Hasil sayur-sayuran boleh dipungut mengikut kehendak pengguna. Oleh itu memungut hasil pada masa yang sesuai adalah penting. Sebagai contoh. hasilnya banyak tetapi mutunya rendah kerana mengandungi serat kasar. bintik daun dan layu bakteria. Tompok jatuh. Masa memungut hasil Masa yang sesuai untuk memungut sayur-sayuran adalah pada waktu pagi atau lewat petang. jika sayuran jenis daun dipungut terlalu awal. Panduan Memungkut Hasil Sayuran . hasilnya adalah rendah. Pokok akan layu dan mati Daun yang diserang layu dan mati. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran Penyakit Agen Melecur anak Kulat benih Reput akar Bintik daun Layu bakteria Kulapok Karat daun lengai Kulat bakteria Kulat Bakteria Bakteria Simptom Anak benih layu dan mati atauPokok layu dan mati Daun dengan bintik perang atau hitam Urat daun menjadi hitam.

memotong dengan pisau / sekatur contoh . vii.com/2008/05/panduan-penanaman-sayur. Cara memungut yang betul .blogspot. vi. i. petola. ii. sengkuang dan lain-lain. peria. timun.Sayursayuran Sawi Timun Tempoh mula memungutPanduan Cukup besar tetapi tetapi hasil 4 hingga 6 minggu 4 hingga 6 minggu belum berbunga Buahnya muda warna belum bertukar menjadi kekuningmudah di kuningan Lengai Kacang panjang Sengkuang 6 hingga 8 minggu patahkan tetapi bijinya 20 hingga 24 minggu belum terbunjul keluar Daun mula menjadi kuning dan gugur. tomato dan lain-lain. cili. menggali dengan cangkul/serampang contoh . iv. terung.sayuran jenis akar / umbisi seperti keledek. sayuran jenis akar atau umbisi. kundur.html .sayuran kekacang.html http://yuzamri. memetik contoh . v. keladi.com/kursus_tanaman_sayur. RUJUKAN http://institutskilltech. iii.bendi. labu mencabut contoh .sayuran jenis daun.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->