You are on page 1of 6

Konsep Morfologi

Morf Morf ialah unsur yang mewakili morfem yang bersangkutan dan mempunyai bentuk fonologi yang berlainan. Morf ini diberi satu lambang bagi mewakili morfem yang bersangkutan itu. Misalnya meNyang melambangkan me-, men-, mem-, meng-, menge- dan menye-.

Alomorf

Alomorf ialah bentuk yang berlainan daripada satu morfem yang sama akibat daripada pengaruh bunyi awal kata dasar yang menerima imbuhan awalan. Misalnya alomorf penye- digunakan sebelum huruf s pada awalan kata dasar seperti semak menjadi menyemak dan alomorf pem- pula hadir pada kata dasar yang bermula dengan huruf p, b, f dan v.

Arkifonem

Arkifonem ialah fonem yang ditandakan dengan huruf besar bagi mewakili unsur yang berubah-ubah dalam morfem yang sama akibat daripada pengaruh huruf pangkal pada kata dasar berdasarkan lingkungannya. Huruf besar digunakan bagi mewakili arkifonem. Misalnya kata jual dan baca yang menerima morfem {meN-} menjadi menjual dan membaca. N ini ialah arkifonem yang mewakili fonemfonem tersebut.

Morfofonem

Morfofonem ini terjadi apabila morfem mengalami perubahan morfofonemik akibat daripada pengaruh huruf awal pada kata dasar yang menerima morfem terikat berbentuk imbuhan berdasarkan lingkungannya. Perubahan morfofonemik ini berlaku dengan mengubah arkifonem dalam morfem dan arkifonem ini adalah ciri morfofonem.

Morfem bebas

Morfem bebas ialah morfem yang boleh berdiri sendiri dan difahami maksudnya tanpa kehadiran morfem lain. Misalnya perkataan murid, jual dan baik yang dapat berdiri sendiri dan difahami maknanya tanpa perlu menerima morfem lain untuk membolehkannya berfungsi sebagai sesuatu kata.

Morfem terikat

Morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh wujud bersendirian tanpa kehadiran morfem lain. Morfem terikat ini terdiri daripada imbuhan dan kata akar. Kata akar seperti tapa, tari dan rama memerlukan unsur dan morfem lain bagi melengkapkan maknanya, contohnya kata akar tapa perlu menerima imbuhan seperti ber- menjadi bertapa bagi menunjukkan perbuatan.PROSES PEMBENTUKAN

KATA PROSES PEMBENTUKAN KATA 1. Kata Tunggal 2. Kata Terbitan 3. Kata Majmuk 4. Kata Ganda Bentuk Kata Tunggal 1. 2. Kata tunggal satu suku kata Kata tunggal dua atau lebih suku kata

Bentuk kata tunggal satu suku kata 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. KV={yu,ru,ya} VK={am} KVK={cat,wang,bah} KKVK={stor,gred,skor} KVKK={teks,bank,zink} KKKV={skru} KKKVK={skrip,spring,straw

Bentuk kata tunggal dua suku kata 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. V + KV = { aku,apa, ubi} V +VK={air,aur,ais} V + KVK={adik,emas,ubat} VK+ KV={undi,impi ,angkan} VK + KVK={ambil,umpan,angkat} KV + V={Dua,doa,tua} KV + VK={jauh,tuah,buah}

8. 9.

KV +KV={jala,pasu,buku} KV +KVK={kapal,telur,sikat}

10. KVK + KV={lampu,binti,tunggu} 11. KVK +KVK={bangsal,bintang,tampung} Bentuk kata tunggal tiga suku kata 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. KV+ V+KV{ccuaca,suara,tuala} KV+V=KVK{biawak,piutang,ziarah} V+KV+V{usia,idea,urea} KV+KV+V={semua,mulia,kaedah} KVK+KV+V={{tempua,mentua,sempua} KV+KV+VK={keruan,seluar,haluan} KVK+KV+VK={mengkuang,mendiang, berlian} V+KV+KV={udara,utama,irama} V+KV+KVK={ijazah,amanah,akidah}

10. VK+KV+KV={asmara,antara,isteri} 11. KV+KV+KV={keliru,budaya,sutera} 12. KVK+KV+KV={menteri,bendera,mentega 13. VK+KV+VK={ilmiah,ikhtiar} 14. V+KV+VK={akaun,elaun,amaun} 15. KV+KV+KVK={belalang,senapang, senangin} 16. KVK+KV+KVK={tempurung,matlamat,cendawan} 17. KV+KVK+KV={belanja,kerengga,keranda 18. KVK+KVK+KV={sempurna} 19. KV+KVK+KVK={kelongsong,belimbing}

Kata tunggal empat suku kata atau lebih

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

KV+KV+VK+KV={keluarga,biduanda} KV+KVK+KV+KV={sederhan,sayembara} KVK+KV+KV+KV+{laksamana,sandiwara} KVK+KV+V=KV={sentiasa} KV+KV+KV+KV={bidadari,serigala} KV+KV+KV+KVK={munasabah,hulubalang} KVK+KV+KV+KVK={sentimeter} KVK+KVK+KV+KV={singgahsana, KV+KV+V+KVK={mesyuarat,nasional}

10. V+KV+KVK+KV+KV={universiti} 11. KVK+KV+KV+KV+KVK={cenderawasih} 12. KV+KV+KV+KV+KV+KV=maharajalela

Kata Akronim -Tergolong dalam kata tunggal -Akronim boleh ditulis dalam 3 cara. 1. Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata Contoh: ABIM-Angkatan Belia Islam Malaysia IKIM-Institut Kemahiran Islam Malaysia ADUN- Ahli Dewan Undangan Negeri 2.Gabungan suku kata dengan huruf awal/gabungan suku kata dengan suku kata Contoh:

Mara-Majlis Amanah Rakyat Perkim-Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Bernama-Berita Nasional Malaysia 3.Gabungan suku kata dengan suku kata (ditulis dengan huruf kecil kesemuanya) Contoh: tabika- taman bimbingan Kanak-kanak kugiran-Kumpulan gitar rancak cerpen-cerita pendek

You might also like