You are on page 1of 22

1.

PENGENALAN Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merupakan kanak-kanak yang berhadapan

dengan kebatasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup dengan masyarakat disebabkan had fizikal dan mentalnya. Kanak-kanak ini juga sememangnya mempunyai pelbagai tingkah laku yang pelbagai dan semestinya memerlukan beberapa kaedah yang berkesan bagi mengurus tingkah laku yang tidak diingini. Menurut G. Miltenberger (2001) tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan, cara untuk bertindak dan bagaimana tindakbalas seseorang terhadap persekitaran. Dalam erti kata yang lain, tingkah laku boleh didefinisikan sebagai apa yang seseorang perkatakan atau ucapkan. Keadaan ini boleh diukur dalam satu dimensi atau pun lebih. Berlakunya sesuatu tingkah laku adalah disebabkan oleh peristiwa dan pengaruh persekitaran. Keadaan tingkah laku juga mungkin overt atau covert. Umumnya, tingkah laku mencabar terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku mencabar dalaman dan tingkah laku mencabar luaran. Tingkah laku mencabar dalaman ini biasanya datang daripada dalaman. Tingkah laku ini biasanya tidak ditunjukkan sepenuhnya di hadapan individu sebaliknya bergantung kepada kesesuaian ianya untuk dilakukan.(Berdine). Selain itu pengurusan yang sistematik dan terancang perlulah dilakukan untuk mewujudkan tingkah laku yang diingini oleh kanak-kanak ini.Tidak seperti kanak-kanak yang normal, tingkah laku kanak-kanak bekeperluan khas memerlukan pengurusan tingkah laku yang baik. Oleh itu pengurusan tingkah laku penting dalam mewujudkan tingkah laku yang diingini dan mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini. Pengurusan tingkah laku dikenali sebagai satu bidang psikologi yang menekankan kepada menganalisis dan mengubahsuai tingkah laku manusia. Analisis merujuk kepada mengenalpasti hubungan persekitaran dengan sesuatu tingkah laku. Mengubahsuai pula merujuk kepada membina dan mengimplementasikan prosedur intervensi behavioral untuk membantu seseorang individu membantu mengubah tingkah laku mereka.

Pengurusan

ini

juga

adalah

merupakan

sesuatu

proses

pengajaran

dan

pembelajaran yang diaplikasikan dalam pembelajaran akedemik mahupun sosial. Hal ini bermakna tanpa perubahan tingkah laku , pembelajaran tidak akan berlaku. Dalam hal pembelajaran , perubahan tingkah laku ini menjadi kayu ukur bagi menentukan samaada individu telah mempelajari sesuatu yang baru atau pun tidak. Dalam pengurusan tingkah laku aspek utama yang dititikberatkan adalah mengukur sasaran tingkah laku yang ingin perubahan. Pengukuran sasaran tingkah laku ini juga dikenali sebagai penaksiran tingkah laku. Bagi menaksir tingkah laku ini, penaksiran hendaklah dilakukan dengan cara secara langsung mahupun tidak langsung. Untuk tujuan pemerhatian sasaran tingkah laku, pemerhati hendaklah merancang jenis perekodan data yang sesuai. Apa yang penting pemerhati mesti mempunyai definisi sasaran tingkah laku yang tepat supaya kejadian tingkah laku itu dapat dibezakan daripada yang lain.

2.0

JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN) UTAMA KES YANG DIPERHATIKAN 1) Disleksia Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:

Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik

Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan. Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanakkanak.

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu : Disleksia visual (penglihatan)

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik Disleksia auditori (pendengaran)

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori Disleksia visual-auditori

Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio .Punca Disleksia Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah; Keturunan atau genetic Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalahmasalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

Biologi

Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan

perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanakkanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum Kematangan

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Disleksia Di antara beberapa ciri-ciri penghidap disleksia adalah seperti berikut : 1. Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan kanakkanak. 2. Kebiasaannya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan tangan yang buruk. 3. Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri pada sesuatu perkataan. 4. Sering mengalami kekeliruan dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu seperti p dianggap q dan huruf b dianggap d. 5. Kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding perempuan. 6. Kekerapan penghidap disleksia selalu terjadi di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan, kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala. 7. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak meningkat dewasa. 8. Perhatian dan tumpuan senang terganggu dan gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja sehingga selesai.

9. Cenderung menjadi seseorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain. Disleksia hanya boleh dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit dengan pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia biasanya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.

2) Sindrom Down Sindrom down ialah kelainan kromosom yang disebabkan oleh ciri-ciri fizikal yang boleh dikenalpasti dan biasanya disebabkan perkembangan fizikal dan intelektual yang berkembang secara perlahan. Kromosom pula ialah adalah serat-serat khusus yang terdapat dalam setiap sel di dalam badan manusia di mana tedapat bahanbahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Kes sindrom down yang paling kerap terjadi adalah disebabkan oleh pertambahan kromosom 21 iaitu sebanyak 3 kromosom 21 yang menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak 47. Bayi yang normal hanya mempunyai 2 kromosam 21 iaitu menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak 46.

Jenis-Jenis Sindrom Down 1. Trisomi 21 Trisomi 21 berlaku disebabkan oleh keadaan kegagalan meiosis. Disebabkan kegagalan ini, gamete (sel sperma atau telur) dihasilkan dengan pertambahan salinan kromosom 21.kegagalan ini telah menghasilkan gamete yang mempunyai 24 kromosom. Apabila bergabung dengan gamete normal daripada pasangannya maka embrio kini mempunyai 47 kromosom iaitu lebih satu kromosom berbanding kromosom yang normal iaitu 46. Trisomi 21 ini merupakan penyumbang terbesar kepada kes sindrom down iaitu sebanyak 94% dengan 88% daripadanya disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa.

2. Mosaicism Trisomi 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan dan kesemua sel dalam badan terjejas. Walaubagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal dan sesetengah sel mengandungi trimosi 21 maka ia dikenali sebagai sindrom down jenis Mosaicism. Disini sebahagian sel-sel berpecah dan mempunyai bilangan kromosom yang sempurna iaitu (46 kromosom) dan sebahagian lagi sel-sel mempunyai bilangan yang tidak sempurna (47 kromosom). Sel-sel yang sempurna dan yang tidak terus berlipat ganda dan keadaan bercampuran lalu tejadinya mosaic. Hal ini boleh berlaku di mana keadaan (nondisjunction) pada awal pembahagian sel pada embrio normal mendorong kepada pecahan sel dengan trisomi 21 atau embrio sindrom down melalui (nondisjunction) dan sesetengah sel pada embrio kembali kepada aturan kromosom normal.Jenis sindrom down ini melibatkan 4% daripada kes yang berlaku.

3. Translokasi Robertsonian Sindrom down jenis Translokasi Robertsonian merupakan jenis yang paling kurang menyumbang kepada kes sindrom down. Ianya hanya melibatkan 2% daripada kes sindrom down yang berlaku.Sindrom down jenis ini boleh diturunkan oleh ibu atau bapa. Translokasi robertsonian disebabkan oleh sebahagian kromosom 21 terpecah dan bahagian yang ketinggalan pula terlekat kepada pasangan kromosom yang lain dan biasanya pada kromosom 14. Pada kebiasanya 2 daripada 2 daripada kes ini, ibu bapa bukanlah pembawa dan berkemungkinan mereka untuk melahirkan seorang lagi anak yang mempunyai sindrom down tidaklah besar daripada ibu bapa.

Punca-Punca Sindrom Down Faktor Genetik Kanak-kanak sindrom down mempunyai bilangan kromoson 47 berbanding 46 kromosom pada sel yang normal. Pertambahan kromosom ini disebabkan oleh proses pembentukan sel yang tidak berlaku dengan sempurna sehingga

menyebabkan berlakunya terlebih sel. Dianggarkan 95% daripada kes sindrom down adalah disebabkan masalah ini. Terdapat 3 jenis sindrom down yang disebabkan oleh faktor genetik iaitu Trisomi 21, Mosaicism dan Translokasi Robertsonian. Faktor keturunan juga turut menyumbang kepada kes sindrom down. Jika terdapat sejarah kes-kes sindrom down pada pihak keluarga sebelah ibu dan bapa maka risiko untuk mendapatkan anak sindrom down adalah lebih tinggi. Faktor Persekitaran

1) Ibu mengandung yang berumur 35 tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak yang mengalami sindrom down. Faktor ini disebabkan masalah kelewatan mendirikan rumah tangga yang berlaku di dunia dan tidak berkecuali kepada Negara kita sendiri. 2) Ibu yang terdedah kepada kepada radiasi (sinar x) khususnya di tempat kerja juga mempunyai risiko yang tinggi mendapat anak sindrom down. 3) Pengambilan dadah juga dapat mengundang kepada kes sindrom down.

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Sindrom Down Sifat pada kepala, muka dan leher Iras muka hampir sama seperti orang mongol Pangkal hidung kemek Jarak antara mata jauh dan berlebihan. Sifat pada tangan dan lengan jari jemari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke bawah. Tapak tangan biasanya terdapat satu garisan urat yang dinamakan simian crease. Sifat pada kaki Jari-jari kaki agak pendek dan jarak antara ibu kaki dan jari kaki agak jauh terpisah. Tapak kaki biasanya leper. Sifat pada otot biasanya otot lemah menyebabkan mereka menjadi lembik yang mana lewat dalam perkembangan motor kasar. Masalah-masalah kesihatan yang berkaitan: Masalah Jantung Masalah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) Masalah jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan. Patent Ductus Ateriosis (PDA) salur ateriosis yang berkekalan. Masalah usus salur esofagus yang tidak terbuka semasa berumur 1- 2 hari bayi mengalami masalah menelan air liur. Salur usus kecil duodenum tidak terbuka(duodenal atresia) bayi mengalami masalah muntah selepas menyusu dan perut kelihatan buncit sedikit.

Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir(dubur) tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan Hirsprung Disease Masalah perubatan yang lain Hypothyrodism kurang hormon tiroid

Ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher menyebabkan penyakit lumpuh(Atlantoaxial instability) 60-80% bermasalah pendengaran. Sebahagian kecil leukimia

Peringkat Perkembangan 0 -3 bulan perkembangan motor kasar dan rangsangan boleh menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan. Rangsangan boleh dibuat dengan bercakap-cakap dengan bayi dari arah kiri dan kanan. Latihan kawalan kepala boleh dilakukan dengan memangku bayi dalam keadaan separuh duduk dan galakkan bayi menegakkan kepalanya. Manakala perkembangan motor halus dan rangsangan perkembangan dilakukan semasa dilahirkan jari jemari menggenggam dan apabila umur meningkat bayi mula membuka jari-jari dan membawa tangannya ke mulut. Diakhir 3 bulan bayi boleh memegang objek yang diletakkan di dalam tangan sekejap dan kemudian melepaskannya. Sebagai rangsangan kita harus mengusap belakang telapak tangan bayi dengan jari kita Perkembangan pertuturan dan bahasa serta rangsangan Perkembangan - Bayi mula mengeluarkan suara dengan tangisan,bayi berumur 6 minggu ke atas mula mengeluarkan bunyi yang perlahan apabila seseoraoran menegurnya.Bunyi akan bertambah jelas menjelang umur 3 bulan ke atas rangsangan yang mana kita akan bercakap-cakap dan memberi senyuman kepada bayi. Jika bayi tidak menunjukkan tindak balas perlu mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada masalah pendengaran.

3.0

MASALAH-MASALAH SAMPINGAN 1) DISLEKSIA Kebanyakan masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak Disleksia ialah masalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada; i) Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan

pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m w y g j u n m n cepqhnbd

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti: thfv

ii) Membaca

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti: Batu tuba Gula - lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut: pada masa yang sama dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :

Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu Jam jem cat cat iii) Menulis

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik iv) Bercakap dan mendengar

Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

v) Nombor

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut : 358 96

vi) Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut.

Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh. Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

Gambar menunjukkan antara perkataan yang sering diterbalikkan oleh penghidap disleksia.

Penghidap disleksia juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas dan mengalami kesukaran untuk memegang pensel serta tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga, cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik. Terdapat juga di kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur di mana mereka kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak menjalankan atau menyusun sesuatu mengikut abjad. Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol serta suka menterbalikkan nombor yang sama. Mereka juga berpakaian tidak kemas tetapi tidak kotor, pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut sendiri. Mereka turut kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dianggap pemalas dan kelihatan bodoh. Skop penglihatan mereka yang terhad di mana kekeliruan berlaku di antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.

2) SINDROM DOWN Masalah Organ Bagi Sindrom Down

i) Masalah Jantung

Kanak-kanak keperluan khas sindrom down mengalami pelbagai masalah kesihatan terutamanya masalah yang berkaitan dengan organ dalaman seperti jantung dan usus. Masalah jantung yang dihadapi ialah jantung berlubang. Masalah jantung berlubang ini ada beberapa jenis iaitu Ventricular Septec Defect (VSD) iaitu ada lubang yang kecil di antara jantung kiri dan kanan. Selain itu, jenis jantung berlubang yang lain adalah Aptrial Septal Defect ( ASD) dimana ada lubang di antara atria kiri dan kanan. Masalah jantung ini akan menyebabkan darah tidak dapat mengalir mengikut arahnya kerana darah di bahagian kiri dapat memasuki di bahagian kanan jantung. Ini memberi kesan yang sakit kepada jantung kanak- kanak tersebut. Selain itu, masalah yang di hadapi berkaitan jantung ialah saluran ateriosis berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA) dan juga masalah jantung berlubang kebiruan (cynotic spell) iaitu turut menyebabkan kanakkanak sindrom down itu sukar untuk bernafas. Masalah ini perlu dirawat melalui perubatan atau pembedahan.

ii) Masalah Usus

Masalah usus yang dihidapi ialah kanak - kanak sindrom down biasanya di kesan semasa bayi lagi. Di antaranya ialah saluran esofogus yang tidak terbuka (atresia), biasanya dikesan semasa 1 hingga 2 hari di mana bayi mengalami kesukaran untuk menelan air liurnya atau dikesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub menyedut air perut semasa baru lahir. Saluran usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyepitan yang dinamakan Hirshprung Disease keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Kebiasaannya, bayi akan mengalami masalah ini pada hari kedua atau seterusnya selepas kelahiran di mana perutnya akan membuncit dan susah untuk membuang air besar. Selain itu, kanak-kanak ini berkemungkinan menghadapi masalah tiada lubang dubur.

iii) Masalah Hipotairoidism dan Kanser

Masalah Hipotairoidism juga boleh berlaku terhadap kanak-kanak sindrom down iaitu kanak kanak kekurangan hormon tairod. Kebarangkalian ia mungkin berlaku dalam 10% dari kanakkanak sindrom down. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan di tulang-tulang kecil bahagian leher yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (Atlantoaxial Instability). Sebahagian mereka juga mempunyai risiko kanser sel darah putih iaitu leukemia. iv) Masalah Perkembangan Pelajaran

Setiap kanak-kanak sindrom down mempunyai perkembangan yang amat perlahan. Oleh itu, ini menyumbangkan kanak-kanak itu lambat dari pelbagai aspek.

Terutama dari aspek pembelajaran. Secara keseluruhannya, kanak-kanak sindrom down mengalami kerencatan akal dan kelewatan perkembangan. Bagi kanak-kanak ini mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual ( IQ) yang tidak melebihi 70. Ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan lebih baik. Pada peringkat awal pembesaran, mereka mengalami masalah kelewatan dalam semua aspek

perkembangan iaitu lambat bercakap, berjalan dan lambat dalam perkembangan motor halus dan kasar. Contohnya mereka ini lambat dalam berlari berbanding kanak-kanak biasa. Selain itu, keupayaan motor halus mereka seperti menulis, melukis dan lain-lain juga amat lambat berkembang. Namun perkembangan motor halus dan kasar akan berkembang mengikut tahap umur dan persekitaran mereka. Pekembangan kognitif pula, kanak kanak sindrom down kurang mempunyai kemahiran dalam menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaalukan,

pembentukan konsep serta ingatan. Ini disebabkan perkembangan mereka tidak sama dengan kanak-kanak biasa atau normal. Namun perkembangan sosial mereka amat menggalakkan kerana kanak-kanak keperluan khas ini sangat periang. Hal ini menjadikan mereka amat digemari oleh ahli keluarga mereka.

4.0

PAKAR-PAKAR YANG TERLIBAT TERHADAP KANAK-KANAK KEPRLUAN KHAS

1) Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja

Global Developmental Delay merujuk kepada masalah kanak-kanak yang yang mempunyai perkembangan akal, minda dan tumbesaran tubuh yang tidak serupa atau setimpal dengan kanak kanak lain yang seusia dengan mereka. Kanak-kanak berkenaan mungkin mempunyai sifat fizikal seperti budak lain, tetapi memiliki minda dan akal seperti kanak-kanak yang lebih muda. Misalnya, kanak-kanak terbabit berusia lapan tahun, tetapi minda dan akal mereka seperti anak berumur tiga tahun. Keadaan ini mungkin disebabkan pelbagai masalah terutama ketika berada dalam kandungan seperti kekurangan darah dan bersalin pramatang, masalah genetik atau chromosomal atau penyakit pada ibu.

Menurut Pensyarah Kanan dan Perunding Psikiatri Kanak-Kanak, Remaja dan Dewasa, Universiti Malaya, Dr Subash Pillay, berkata bahawa kanak-kanak berkenaan mungkin akan mempunyai masalah pembelajaran, penggunaan duit, kekurangan pengetahuan am dan masalah mengenali perkara yang betul atau salah. Malah, mereka juga mungkin tidak memahami secara mendalam mengenai tahap kesihatan diri sendiri dan tidak boleh berdikari. Menurutnya, kebiasaannya mereka memerlukan bantuan dari pelbagai segi terutama terapi kerja dan pertuturan. Beliau juga turut mengatakan bahawa ibu bapa perlu memahami kanak-kanak seperti keperluan khas ini yang mana tidak suka melakukan sesuatu di luar bidang kemampuan mereka. Justeru, ketegasan dalam mendidik mereka penting kerana sekiranya berlembut, kanak-kanak itu akan mengambil mudah mengenai sesuatu perkara. Di samping itu, kebanyakan ibu bapa takut mendapatkan rawatan pakar psikiatri kerana bimbang pandangan masyarakat. Ini menyebabkan kebanyakan daripada mereka lebih terarah mendapatkan rawatan secara tradisional,

bagaimanapun ia hanya akan melambatkan proses rawatan kanak-kanak berkenaan. Bagaimanapun menurutnya, penting untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal supaya pakar terbabit boleh mengenali masalah dihadapi serta memberikan rawatan sewajarnya. Masalah berkenaan tidak mempunyai rawatan tertentu yang mujarab, namun rawatan awal mungkin dapat mengubah masa depan kanak-kanak berkenaan.

Fungsi Utama:

Meniliai dan mendiagnosa (pesakit luar dan pesakit dalam) sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua yang mempunyai gangguan psikiatrik.

Merawat dan mengurus gangguan psikiatrik kepada pesakit luar dan pesakit dalam Memulih pesakit yang kronik di Pusat Jagaan Harian. Memantau pesakit psikiatrik dalam komuniti melalui Perkhidmatan Kesihatan Mental Komuniti.

Perkhidmatan Yang Disediakan:


Psikiatri Dewasa Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja. Psikiatri Geriatrik Perkhidmatan Kesihatan Mental Komuniti. Pusat Penjagaan Harian dan Pemulihan.

2) Pakar Pediatrik Misi jabatan Pediatrik adalah untuk memberikan perkhidmatan dan rawatan yang cemerlang serta menyeluruh kepada bayi-bayi dan kanak-kanak dalam rawatan kami. Jabatan ini mengutamakan perawatan yang cekap,bermutu tinggi dan berkesan dengan sumber yang sedia ada. KLINIK-KLINIK Pesakit Dalam :

Wad Pediatrik dan Jagaan Khas Bayi (SCN)

Pesakit Luar :

Klinik Pakar Pediatrik termasuk Klinik HIV Klinik kanak-kanak keperluan khas Klinik ekokardiografi Klinik nefrologi Klinik diabetes dan

Klinik rawatan paliatif dan Bereavement Counselling

Statistik global menunjukkan secara purata setiap satu daripada 800 bayi dilahirkan dengan masalah genetik Sindrom Down. Di Malaysia, kebarangkalian masalah genetik ini adalah satu dalam 950 kelahiran. Contoh Kes 1, Pakar pediatrik memberitahu ibu bahawa anak yang baru dilahirkannya mempunyai masalah genetik Sindrom Down dan nasihatkannya menyiapkan diri secara psikologi untuk menghadapi cabaran yang dijangka mengiringi anak istimewa ini. Cabaran besar baginya bermula kerana anaknya bernama Azfar mempunyai tiga kecacatan atau anomali jantung selain masalah pernafasan disebabkan paru-paru yang lemah. Jantung anak tidak berfungsi secara normal. Anak itu juga mudah dapat jangkitan pada paru-paru yang mengganggu pernafasannya. Kemudian anak itu dibedah oleh pakar di Institut Jantung Negara (IJN) pada umur tiga bulan dalam satu pembedahan yang mengambil masa lapan jam. Selepas pembedahan itu, ibu dan anak kecilnya terpaksa tinggal di hospital hampir dua tahun kerana anak itu menghadapi pelbagai masalah dan komplikasi akibat daripada masalah genetik. Jadi bagi mengelak kejadian seperti itu, ibu bapa harus membuat rawatan terhadap anak-anak mereka yang mengalami masalah kesihatan dari sejak kecil lagi supaya penyakit tersebut dapat diubati dengan segera dan pihak perubatan dapat mengenalpasti penyakit yang dialami oleh seseorang kanak-kanak.

5.0

PELAN TINDAKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MURID KEPERLUAN KHAS

Tajuk

Sikap Bersih dari Segi Fizikal dan Mental

Objektif

Membolehkan murid menjaga kebersihan diri, rumah, sekolah dan persekitaran

Kandungan

Amalan menjaga kebersihan dari aspek fizikal dan mental

AKTIVITI

BAHAN BANTU MENGAJAR / CATATAN

Kebersihan

dan

kesihatan

diri

meningkatkan ketrampilan murid

-menerangkan

perlunya

menjaga -Tayangan VCD/CD Interaktif

kebersihan anggota badan

-menunjukkan

cara-cara

menjaga -kad gambar bersiri

kebersihan anggota badan -peralatan/bahan penjagaan kebersihan diri -latihan amali kebersihan anggota badan -kad gambar ruang-ruang di dalam rumah -menerangkan kebersihan perlunya menjaga di pakaian, kebersihan

rumah( bilik tidur, bilik air, ruang tamu dan persekitaran rumah)

-menunjukkan kebersihan rumah

cara-cara

menjaga -peralatan penjagaan kebersihan rumah

-latihan

amali

menjaga

kebersihan

sekolaj, bilik darjah atau stesen P&P, tandas, kantin dan kawasan sekolah -peralatan/bahan penjagaan kebersihan -menunjukkan cara-cara penjagaan sekolah

kebersihan sekolah

-mewarnakan gambar alatan kebersihan diri

-memadankan perkataan

gambar

dengan

-kad gambar bilik darjah dan kawasan -memadankan gambar dengan ayat sekolah

-melawat ke tempat sekolah

-kad perkataan / kad gambar / kad ayat / lembaran kerja

Tajuk

Sikap Berterima Kasih dan Menghargai

Objektif

Membolehkan murid mengamalkan sikap berterima kasih dan menghargai dalam kehidupan

Kandungan

Sikap berterima kasih dan menghargai dalam kehidupan seharian

AKTIVITI Sikap berterima kasih

BAHAN BANTU MENGAJAR / CATATAN

mengharmonikan kehidupan -kad imbasan terima kasih -latih tubi sebut ungkapan terima -hadiah kasih -carta bergambar

-melakonkan

suasana

yang

bertemakan ungkapan terima kasih

-menyatakan mengamalkan

faedah-faedah sikap berterima

kasih. Contoh: orang yang berbudi bahasa akan dihormati oleh orang lain -kad gambar bersiri -menyesuaikan gambar dengan ayat -kad ayat mudah yang diberikan -kad ucapan

-membuat latihan menulis perkataan terima kasih secara menyambung titik / warnakan perkataan

-membuat kad ucapan seperti Hari Guru, Hari Raya, Hari Ibu dan Hari Perayaan -senikata lagu: Terima kasih -menyanyikan lagu bertemakan Terima kasih cikgu (2x) Terima kasih cikgu Ana, Terima kasih cikgu. sikap berterima kasih (irama lagu Selamat Hari Jadi)

- membuat buku skrap

-majalah / surat khabar

6.0

PENUTUP Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian

yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi. Pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal. Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004). Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak. Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna.

BIBLIOGRAFI

British Psychological Society (BPS). (1999). Dyslexia, literacy and psychological assessment: Report by a Working Party of the Division of Educational and Child Psychology. Leicester: BPS. Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Buku Panduan Pendidikan Moral Pendidikan Khas Bermaslah Pembelajaran Sekolah Rendan & Menengah. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Jamila K.A Mohamed. (2008). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program

Pendidikan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Khas Hammond, L & Hughes, P. (1990). When bright kids fail: how to help children overcome specific learning difficulties. Australia: Simon and Schuster. Walter J. Coville, Timothy W.Costello and Fabian L.Rouke. (1994). Abnormal Psychology Mental illness Types, Causes, and Treatment. New York: Barnes & Noble, INC. Lee Lay Wah, Manisah Mohd Ali dan Norani Salleh. (2008). Pembinaan dan Pengesahan Ujian Membaca Perkataan dan Ujian Mengeja untuk Tujuan Mengenalpasti Disleksia: Satu Kajian Rintis. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. 23: ms 151-162. Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd. Nor. (2005). Simptom Disleksia Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Pendidikan. 30: ms 3-19. Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias. (2011). Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-kanak Disleksia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia. 1: ms 28-38.

You might also like