P. 1
KONSTRUKTIVISME

KONSTRUKTIVISME

4.0

|Views: 8,096|Likes:
Published by KaromiRahman

More info:

Categories:Types, Research
Published by: KaromiRahman on May 18, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/12/2013

pdf

text

original

ILMU PENDIDIKAN

KONSTRUKTIVISME

1.

KONSEP

Idea asal konstruktivisme berasal daripada teori Perkembangan Kognitif Piaget dan teori Zon Perkembangan Prokimal (ZPD) Vygotsky (1896-1934). Oleh yang demikian, konstruktivisme boleh didefinisikan sebagai pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. (Mok Song Sang, 2008)

Ini bermakna murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Terdapat beberapa andaian yang dibuat oleh Von Glaserfeld. “Pertama adalah, ilmu pengetahuan dibentuk oleh individu yang mengambil inisiatif sendiri. Kedua, tujuan membentuk ilmu adalah mengubahsuai diri dalam alam sekitarnya. Terakhir adalah, proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu.” (Mok Song Sang, 2008)

1

KAJIAN SOSIAL

ILMU PENDIDIKAN

2.

CIRI – CIRI KAEDAH PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME

Kaedah pengajaran konstruktivisme mempunyai beberapa ciri-ciri. Pertama adalah, murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. Murid bebas membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sedia ada demi mencapai kefahaman tentang sesuatu konsep. Murid juga berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. Ini bermakna, murid menggunakan pemikiran yang sama berdasarkan membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sendiri untuk menyelesaikan sesuatu perselisihan pandangan.

Kedua adalah, murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan sebaya. Pengalaman yang sama atau hampir sama membuatkan murid menghargai sebarang pendapat rakan-rakan lain. Justeru, untuk mencapai keberkesanan pembelajaran, murid merancang strategi, berfikir dan akhirnya menilai aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan.

Ketiga adalah, berpusatkan murid. Guru cuma berperanan sebagai pembimbing supaya murid dapat mencari makna, terutamanya dalam merancang, mengarah dan menilai pemikirannya. Selain itu juga, kaedah pengajaran ini bersifat “hands-on dan minds-on”.

Keempat adalah, pentingkan dan aplikasikan kemahiran saintifik dan berfikir. Murid diajar mengenai perkembangan operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran

2

KAJIAN SOSIAL

ILMU PENDIDIKAN

serta proses kognitif (proses metakognitif). Oleh yang demikian, tindakan rasionalisasi amat dititik beratkan dalam setiap pemikiran murid.

Ciri-ciri yang kelima pula adalah, renungan kembali proses pembelajaran yang telah dilaksanakan. Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru yang menerangkan teori. Guru hanya sebagai pembimbing yang membawa kepada proses pemikiran dan aktiviti yang dijalankan.

Keenam adalah, hubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. Perkara terpenting dalam kaedah pengajaran konstruktivisme adalah, murid mesti menghubungkaitkan pengalamannya dengan maklumat baru yang diterimanya.

Seterusnya, murid akan mengaplikasikan idea yang baru dibina dalam kehidupan seharian.

Ciri-ciri yang selanjutnya adalah, prihatin kepada keperluan kebolehan dan minat guru. Ini bermakna, kaedah pengajaran ini mengutamakan keupayaan guru dalam penyampaian ilmu dan minatnya supaya murid dapat mengaplikasikan teori berdasarkan pengalaman masing-masing. Lagipun pentafsiran murid terhadap apa yang diajar guru, berlainan antara satu sama lain.

Ciri-ciri yang terakhir adalah, murid selalunya bekerja secara kumpulan. Guru akan membuat aktiviti berkumpulan agar murid dapat melontarkan pandangan masing bersama-sama rakan-rakan sebaya mereka. Setiap persoalan dalam kumpulan akan

3

KAJIAN SOSIAL

ILMU PENDIDIKAN

diselesaikan berdasarkan pengalaman sendiri dan dibimbing melalui maklumat yang baru disampaikan oleh guru. Selain daripada itu, ia akan mengwujudkan kerjasama dan perasaan muhibbah. (Mok Song Sang, 2008)

3.

KELEBIHAN KAEDAH PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME

Antara kelebihan-kelebihan kaedah pengajaran konstruktivisme, pertama adalah, guru merupakan penolong, pemudahcara & perancang. Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar adalah peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Libatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas.

Kedua, terapkan nilai koperatif & kolaboratif dalam diri murid. Murid diminta bekerjasama dalam kumpulan memberikan hipotesis mereka sendiri (boleh menentukan miskonsepsi). Kaedah ini boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Ketiga, tidak menggunakan kaedah atau teknik tradisi seperti, syarahan, menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina dalam minda bukannya yang wujud dalam luar minda mereka. Aktiviti yang

4

KAJIAN SOSIAL

ILMU PENDIDIKAN

dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai, membuatkan murid mudah faham dan berasa seronok.

Keempat, penguasaan teknik lisan dan bukan lisan. Guru hanya membentangkan teori dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Manakala aktiviti dalam kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid. Ini bermakna, guru dan murid ada menggunakan kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.

4.

KELEMAHAN KAEDAH PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME turut mempunyai

Selain daripada kelebihan, kaedah pengajaran konstruktivisme

kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah, menjadi penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru.

Kelemahan seterusnya adalah, ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri. Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan diajar oleh guru. Masalah ini, kadang kala menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru sedar bahawa idea-idea sedia perlu

diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik oleh murid. Perkara inilah yang kadang-kadang tidak difahami oleh murid. Tambahan

5

KAJIAN SOSIAL

ILMU PENDIDIKAN

pula, murid terpaksa mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sebelum mereka memahaminya. (Mok Song Sang, 2006)

5.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kaedah pengajaran konstruktivisme adalah cara terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid lebih mudah memahami subjek pengajaran kerana mempunyai pengalaman sendiri. Manakala yang bagi tiada pengalaman pula, mereka boleh berkongsi bersama rakan-rakan sebaya dan menghubung kaitkan dengan pengalaman yang hampir serupa.

Cadangan penambahbaikan yang difikirkan perlu dalam kaedah pengajaran konstruktivisme ini adalah, meningkatkan lagi peranan guru apabila aktiviti dalam kelas diadakan. Teknik pembahagian kumpulan murid-murid dalam kelas mestilah berpandukan kepada guru, supaya kumpulan menjadi teratur dan aktiviti dapat dijalankan dengan cepat.

Seterusnya, guru-guru mesti memberi pengukuhan dan peneguhan kepada muridmurid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di adakan. Penjelasan yang ringkas dan tepat berserta pujian akan menambahkan minat untuk belajar di kalangan murid-murid.

Secara keseluruhannya, kaedah pengajaran konstruktivisme ini amat sesuai dijalankan di dalam kelas. Proses penambahbaikan sepatutnya diperbaiki dari masa ke semasa.

6

KAJIAN SOSIAL

ILMU PENDIDIKAN

6.

KESIMPULAN

Teori konstruktivisme amat menekankan kepada ilmu yang dibina oleh murid. Ia bermula daripada persekitaran. Pengetahuan sedia ada murid akan memberi kesan yang samada positif atau negatif.

Model- model dalam teori konstruktivisme merangkumi, proses keseronokan proses pengajaran dan pembelajaran dengan aktiviti serta alat bantu mengajar yang pelbagai (excite), penerokaan cara mendekati konsep (explore), penerangan tentang konsep yang ingin diajar (explain), penyambungan atau tokok tambah (extend), menukar kefahaman sedia ada dengan idea yang baru dipelajari (exchange) dan penilaian sama ada konsep yang difahami oleh murid adalah konsep yang ingin diajar (examine).

Kesimpulannya di sini, pembinaan struktur ilmu tidak berlaku secara tidak sengaja. Ia mesti mempunyai perancangan dan penyediaan aktiviti yang sesuai dan yang berpatutan.

7

KAJIAN SOSIAL

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->