You are on page 1of 12

ILMU PENDIDIKAN

Pengertian Pertumbuhan dan Perkembangan Menurut Tokoh atau Pakar.

Pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu keadaan atau proses yang berlaku

secara berterusan dari permulaan kelahiran sehinggalah peringkat dewasa.Menurut pakar

psikologi perkembangan manusia adalah berlaku dari perubahan jasmani, kognitif, emosi

, sosial dan rohani yang dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran.

Manakala konsep perkembangan pada asalnya adalah merangkumi perubahan

tingkahlaku mental. Menurut Crow (1983) , perkembangan terhasil daripada

pertumbuhan dari segala aspeks manusia. Karl Garrison pula berpendapat bahawa

perkembangan manusia adalah hasil daripada tindakan manusia yang saling berkait

Terdapat juga teori-teori perkembangan lain seperti Teori Perkembangan Kognitif

–Jasmani , daripada Jean Piaget (1896-1980).Beliau berpendapat bahawa perkembangan

kogniif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut

perubahan umur mereka. Beliau membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat

deria motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

Deria motor ialah keadaan di mana kanak-kanak mula menggunakan deria

motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Manakala peringkat

pra operasi pula suatu keadaan kanak-kanak bole menggunakan bahasa serta simbol unuk

menggambarkan sesuau konsep. Selain itu , peringkat operasi konkri pula, beliau

mendapati bahawa egosentrik kanak-kanak mula luput secara beransur ansur dari umur 7
tahun hingga 12 tahun . Peringkat operasi formal (selepas 12 tahun) dan perkembangan

kognitif biasanya mencapai kemuncak di penghujung umur 16 tahun.

Teori Perkembangan Emosi-fizikal pula oleh Sigmund Freud (1856-1939)

menyatakan perkembangan personaliti manusia terdiri daripada 3 bahagian iaitu id, ego

dan superego.Id merupakan bahagian personaliti tak sedar yang berfungsi sebagai stor

penyimpanan untuk keinginan manusia dan didorong oleh tenaga libido yang

memotivasikan tingkah lakunya, , ego pada bayi 6 bulan merupakan personaliti yang

mengandungi pemikiran realistik dan logik yang tersusun ,serta berfungsi mengawal id

supaya keinginannya idak melanggar nilai dan norma masyarakat.Manakala superego

merupakan bahagian personaliti yang bermoral dan berkembangdaripada didikan moral

dan agama.Kesimpulannya superego berfungsi sebagai penghanar maklumat nilai moral

kepada ego unuk berindak dan mengawal id.

Begitu juga, pendapat pendapat lain seperti Teori Kematangan Biologi,

Arnold Gessell (1880-1961) , Teori Perkembangan Ausubel dan teori Perkembangan

Rohani masing masing berpendapat bahawa perkembangan terhasil daripada

pertumbuhan dari segala aspeks manusia.

SOALAN .
Dua definisi atau pengertian pertumbuhan dan perkembangan menurut kumpulan

anda.

Pertumbuhan merupakan perubahan yang berlaku secara berperingkat

semenjak dilahirkan sehinggalah matinya seseorang manusia atau satu kehidupan. Ia

adalah satu proses yang berterusan yang boleh dibahagikan kepada 4 aspek iaitu jasmani

,mental ,emosi dan ssosial. Selain itu pertumbuhan dan perkembangan juga dapat

didefinisikan sebagai suatu yang lahir dari proses perkembangan fizikal, rohani dan

jasmani daripada yang tidak ada kepada sesuatu fizikal yang dapat dilihat dan perubahan

yang berlaku biasanya dapat membezakan daripada yang asal kepada yang baru serta

pertuambahan kemahiran berfikir.

No Aspek Pertumbuhan Perkembangan


1 Jasmani Pertumbuhan fizikal yang dapat dilihat Kemahiran menggunakan
seperi pertumbuhan saiz, berat, gigi, perumbuhan fizikal dan
organ deria dan anggota badan anggota badan contohnya
dari tidak boleh berjalan
sehinggalah akan mula
bergerak dari peringkat
meniarap , merangkak
sehingga berjalan boleh
berjalan.
2 Mental Pertumbuhan mental sesorang bermula Mempunyai kemahiran
dari bayi sehingga dewasa dan akan memikir, mengingat,
bertambah tahap pemikiran mengikut menaakul dan
peringkat serta keupayaan berfikir menganalisis.Contoh
perkembangan kanak
kanak mereka akan cuba
mengenali siapa ibu
merekadan orang yang
sentiasa mendampingi
mereka. Oleh itu mereka
akan lebih menyukai dan
menghampiri orang yang
seniasa bersama mereka.
Dari segi pemakanan
mereka telah pandai
memilih mana yang sedap
dan tak sedap .
Bagi manusia dewasa pula
lebih suka memikirkan
sesuatu yang boleh
mendatangkan keuntungan
pada diri sendiri ataunpun
masyarakat.Contohnya
penggunaan teknologi
kompuer dihasilkan
daripada perkembangan
pemikiran manusia untuk
mempercepatkan dan
pekerjaan, memudahkan
pekerjaan dan menjimakan
masa.
3 Emosi Perasaan gembira,ditunjukkan melalui Kemahiran mengawal
ekspresi wajah seperti gembira, sedih , perasaan jika diikut
menangis takut, menggigil dan perkembangan kanak –
sebagainya kanak semasa kecil ,
mereka hanya menangis
sekiranya sakit
laparmenganuk dan
sebagainya, tetapi ketika
melalui proses
perkembangan mereka
yang sudah pandai
bercakap, meminta
makanan jika lapar, dan
menangis jika sakit.
Manakala perkembangan
pada peringkat dewasa
pula manusia mempunyai
kemahiran mengawal
perasaan dan menetukan
sesuatu dalam satu situasi.
4 Sosial Meluaskan perhubungan , komunikasi Kemahiran mendisiplinkan
dan pergaulan dengan orang lain. dan menyesuaikan diri
dalam pergaulan dengan
orang lain.
Terdapat beberapa prinsip pertumbuhan dan perkembangan antaranya

ialah pertumbuhan yang berlaku adalah dari 2 arah iaitu dari atas kebawah dan dari

tengah ke tepi. Pertumbuhan struktur badan juga mendahului kemahiran fungsi nya.

Maksudnya di sini ialah bayi yang baru dilahirkan mempunyai kaki ,tangan dan anggota

badan yang lengkap, tetapi pada masa ini mereka masih bayi dan tidak tahu

menggunakan anugerah yang diberi.Apabila berlaku pertumbuhan dan perkembangan

tahap kemahiran berfikir mereka akan tahu dan boleh menggunakan strukur badan dan

mengetahui fungsinya .Contohnya, tangan digunakan untuk makan, kaki untuk

berjalan.Inilah yang dikatakan .

Pertumbuhan secara menyeluruh mendahului secara khusus. Corak

pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada

setiap individu. Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap , tetapi perkembangan berlaku

secara berterusan hingga akhir hayat. Pertumbuhan dan perkembangan saling

berinteraksi . Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan

rohani emosi dan sosial.

Terdapat beberapa ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh

ditentukan mengikut peringkat berikut:

- Peringkat pralahir (dalam kandungan )

- Peringkat bayi (0 - 2 tahun)

- Peringkat awal kanak-kanak ( 2 - 6 tahun)

- Peringkatan akhir kanak-kanak (6 - 12 tahun )

- Peringkat awal remaja (12 – 15 tahun)

- Peringkat akhir remaja (15 - 21 tahun)


- Peringkat dewasa (21 – 60 tahun)

- Peringkat tua (60 tahun ke atas)

Seterusnya perkembangan mental juga bermula daripada konkrit kepada abstrak.

Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.Inilah satu

keadaan yang boleh dikatakan satu prtumbuhan dan perkembangan.

TANGGUNG JAWAB DAN PERANAN GURU


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang

penting sebagai agen penantara ilmu. Antaranya, proses menerapkan nilai-nilai islam,

guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh para

pelajar. Guru seharusnya mempelbagaikan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dalam

semua mata pelajaran yang diajar. Semua ini untuk memperkukuhkan moral dan

pegangan para pelajar, serta menghalang pertumbuhan fahaman eteistik, materialistik

sekularisme.

Ia sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia yang menyatakan Islam

adalah agama rasmi negara dan diperkuatkan dengan penggubalan Prinsip Rukun Negara

yang pertama iaitu percaya kepada Tuhan. Dalam Rangka Rancangan Pembangunan

Pendidikan Negeri Selangor ( RRPPS ) 1994-2000, Kertas Sekolah Tanpa Kegagalan,

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan menyatakan bahawa ”Falsafah

Pendidikan Negara dan Reformasi Pendidikan menerusi KBSR dan KBSM boleh

memenuhi pengisian Wawasan 2020 yang diharapkan dapat melahirkan manusia yang

mampu membangunkan diri secara sepadu mengikut acuan Malaysiabagi menentukan

kejayaan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 yang menegaskan keperluan

melahirkan tenaga manusia 70% berlatarbelakangkan pendidikan sains dan teknologi”.


Oleh yang demikian para guru juga perlu berfungsi sebagai mereka yang

berupaya memupuk toleransi dan kerjasama dikalangan pelajar-pelajar disamping

menanamkan budaya ikram dan harmonis. Dalam usaha menuju Wawasan 2020,

sebahagian daripada tugas juga dipikul oleh para guru iaitu guru perlu mempunyai nilai-

nilai agama, bermoral tinggi, bermaruah, pengamal keadilan, kepercayaan kepada diri

sendiri dan mengutamakan kecemerlangan terus dititik beratkan. Hakikatnya, peranan

guru yang sebenarnya telah bermula sejak zaman penjajahan. Kesedaran mengenai

kepentingan kemajuan di kalangan orang Melayu terutamanya dalam bersaing dengan

bangsa asing ditiup oleh golongan reformis agama yang dikenali sebagai Kaum Muda.

Golongan inilah yang mengasaskan madrasah supaya mengajar kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang baru dikalangan murid berbangsa Melayu supaya maju selari dengan

tuntutan ekonomi dan sosial pada zaman itu.

Golongan guru adalah antara mereka yang berperanan besar dalam meniup

semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan daripada British. Namun pada zaman

sekarang guru bukan sahaja menekankan semangat cintakan tanahair dan mengajar murid

semata-mata tetapi memiankan peranan sebagai agen sosialisasi iaitu memberi

pendidikan seta membentuk seseorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Ini

bermakna ia membantu pelajar menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran

dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian. Pada masa kini guru di sekolah

juga memainkan peranan sebagai agen sosialisasi dengan membawa perkembangan

kualiti sosial murid mengikut arus pekembangan masa kini.


Selain itu, guru juga adalah sebagai agen perubahan yang bertujuan yang

membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu

masyarakat. Guru dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan menghasilkan

perubahan keatas kendiri muridnya. Guru yang bersifat dinamik adalah guru yang

sentiasa responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan dari

masa ke semasa. Oleh itu guru perlu mempunyai sifat sedemikian supaya memenuhi

aspirasi dan kehendak individu, masyakat dan negara.

Dengan wujudnya Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988 dan

pengisytiharan Wawasan 2020 pada tahun 1991, cita dan intipati rakyat yang hendak

dibentuk melalui pendidikan juga memerlukan guru yang bertanggungjawab untuk

merealisasikannya iaitu seperti mendidik pelajar supaya menjadi generasi yang berilmu,

berdaya tahan tinggi serta memenuhi kehendak negara.

Selain itu guru juga harus mempunyai tanggungjawab sebagai pendidik dan pakar

rujuk. Guru sebagai seorang pendidik harus menyedari tugas dan amanah yang

diserahkan kepadanya untuk memdidik generasi yang akan datang. Manakala guru

sebagai pakar rujuk adalah guru yang melengkapkan diri bukan sahaja dalam bidang

kurikulum sekolah tetapi juga dalam bidang kerohanian dan emosi manusia serta

pengetahuan am.
Peranan lain yang dimainkan oleh guru juga adalah sebagai mentor iaitu

pembimbing atau penasihat yang arif dan berpengalaman dalam bidang pendidikan.

Misalnya, guru boleh membimbing sekumpulan murid melaksanakan sesuatu projek,

membimbing murid menjalankan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan dan lain-lain.

Manakala bagi murid-murid yang menghadapi masalah sosioekonomi seperti rasa takut,

kecewa, bosan dan sebagainya guru hendaklah membimbing murid-murid ini supaya

mereka dapat membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran

secara aktif dengan murid-murid yang lain.

Untuk memainkan peranan sebagai mentor kepada murid-muridnya, guru

haruslah mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-muridnya daripada

hal-hal lain. Guru juga perlu bersikap adil kepada setiap orang pelajar tanpa mengira

faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

Guru juga harus menolong murid-murid tanpa meminta bayaran atau hadiah. Malah

seseorang guru yang memberi contoh teladan yang baik kepada murid-muridnya harus

berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.


Matlamat Tamadun Islam

1. Hubungan antara manusia dengan Allah ( Khalid )

Hubungan baik yang dimaksudkan adalah keimanan akidah yang lurus serta teguh

dan pengabdian kepada Allah. Iman akidah serta ibadat tersebut memang mempunyai

hubungan yang erat dalam mpembentukan tamadun sesuatu bangsa dan manusia.

Contohnya masyarakat arab Jahilliyah dan Tamadun Mesir Kuno zaman Firaun

adalah pengajaranya. Walaupun pada zahirnya mereka maju dari sudut material

namun disebabkan mereka tidak beriman dan tidak berpegang pada akidah yang

benar, segala tamadun dan peradaban yang mereka bina hancur kerana kemurkaan

Allah.

Tamadun dan peradaban yang dibina atas konsep iman dan akidah yang benar akan

membawa kejayaan hakiki didunia dan diakhirat. Contohnya sahabat nabi sanggup

berjihad dan berperang melawan kafir Musyirikin dengan gigih serta mengorbankan

seluruh jiwa, tenaga dan harta mereka dengan ikhlas.

2. Hubungan Manusia dengan manusia.

Dalam mebina tamadun, manusia tidak boleh bersendirian. Justeru itu islam

mengariskan peraturan tersebut dengan menghayati segala sifat terpuji seperti tidak

mengumpat, menuduh, mengeji dan mencuri. Kesempurnaan tamadun dan kemajuan

peradaban, kebudayaan tidak akan tercapai tanpa semangat perpaduan, tolong

menolong antara satu sama lain.


Dalam membina tamadun, keselamatan manusia mesti dijaga seperti menceroboh hak

orang lain. Islam mengharamkan penindasan dan pencerobohan keatas hak dan harta

orang lain seperti mencuri, merompak dan merampas. Islam juga mengharamkan

tamadun yang dibina bertujuan membawa kemusnahan seperti pembinaan senjata

nuklear dan kimia untuk membunuh orang lain atau membawa kehancuran bukan

tujuan keselamatan akidah dan bukan atas dasar agama. Dalam hubungan manusia

dengan manusia, Allah mengambil berat tentang zuriat dan keturunan dengan

menekankan perkembangan keturunan yang baik selaras dengan kemajuan, iaitu

melalui perkahwinan dan menharamkan segala perbuatan zina serta pergaulan bebas

antara lelaki dengan perempuan dan memakai pakaian yang mendedahkan aurat dan

menjolok mata.

3. Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar

Dalam membina tamadun, Islam membentuk manusia supaya menjaga hubungan

yang baik dengan makhluk lain, contohnya mengharamkan pembunuhan binatang

yang tidak merosakkan atau membunuh haiwan dengan zalim dan kejam. Hal itu

menyebabkan berlaku kerosakan dan kemurkaan Allah.

Alam sekitar juga mestilah dijaga dengan baik dalam membina kemajuan, seperti

tidak membuang sampah dimerata tempat khasnya buangan daripada kilang-kilang

dan pencemaran udara, sungai dan laut. Sekiranya semua itu tidak dijaga akan

membawa kepada kerosakan dan kehancuran dan merebaknya berbagai penyakit.

You might also like