PEMBENTUKAN KATA

Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa. Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai proses mengolah unsurunsur bahasa tersebut sehingga menjadi pekataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu: (i) bentuk kata tunggal, (ii) bentuk kata terbitan, (iii) bentuk kata majmuk, dan (iv) bentuk kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya. Selalunya kita membicarakan pembentukan satu-satu perkataan itu melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan. Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu. Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata. Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata, dan gabungan awal huruf dan suku kata perkataan atau rangkai kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan tersendiri. Contohnya: cerpen (daripada cerita pendek), Gapena (daripada Gabungan Penulis Nasional), dan kugiran (kumpulan gitar rancak). Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar. Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-imbuhan tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tatacontohnya, membentuk kata nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu –an, -wan, -wati, dan sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalan-awalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran –kan dan –i. Jumlah apitan juga banyak dalam bahasa Melayu, misalnya peN-…-an, ke-…-an, pe-…an, dan peR-…-an yang membentuk kata nama; dan meN-…-kan, beR-..-kan, meN-…-kan, meN-…-i, dan mempeR-…-kan yang membentuk kata kerja. Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, misalnya: kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih.

Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata dasar, contohnya cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan separa bermakna pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandanya pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan, menjadikannya vocal e pepet. Misalnya, laki→lalaki→lelaki. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya menggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, dan berlaku hanya pada kata kerja dan kata adjektif tertentu. Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian belakang kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencari-cari atau bahagian kata dasar, contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai. Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini berlaku sama ada melalui pengulangan vokal, contohnya kuih-muih, tungkus-lumus; melalui pengulangan konsonan misalnya simpang-siur dan mandi-manda. PROSES PEMBENTUKAN KATA Pada umumnya, proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu melibatkan bentukbentuk kata tunggal, terbitan, majmuk dan ganda. KATA TUNGGAL Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian termasuk dalam kumpulan kata tunggal. Kata tunggal terbahagi kepada dua: kata tunggal satu suku kata dan kata tunggal dua suku kata atau lebih. Di samping itu, terdapat juga kata tunggal yang tidak pernah menerima sebarang imbuhan seperti ini, itu, sini, dan sana. Namun begitu, kebanyakan kata tunggal boleh diperluas untuk menjadi bentuk terbitan.

KKKV 7. POLA V + KV V + VK V + KVK VK + KV VK + KVK KV + V KV + VK KV + KVK KV + KVK KVK + KV CON TOH apa ela air aur alas ekor abdi inti embun indah doa ria diam kuih buku guru mulut pukul binti sendi KATA TERBITAN . KVKK 6. 6.(i)Kata tunggal satu suku kata Contoh pola gabungan konsonan-vokal dua kata tunggal bahasa Melayu ialah seperti berikut: NO. 4. 5. POLA 1. 10. KKVK 5. 3. 7. 8. 9. KKKVK ru bah brek bank straw CONTOH ya yu am cat dan draf gred seks teks skru skrip Spring (ii) Kata tunggal dua suku kata NO. KVK 4. 1. VK 3. KV 2. 2.

adjektif sesemanis sesejuk teterendah teringin terterbersih terbesar Kata terbitan berakhiran .memperisteri memperhamba beberupa berasa belbelajar belunjur didibasuh digilap diperdiperoleh dipercepat tertertulis terjebak Kata 3. Kata kerja memenyikat merasa memmembasuh membilang menmendakwa mendaki mengmengajar mengikut mengemengecat mengetam memper. Kata nama pepedagang pelari pelpelajar pempembuat pembuka penpenderma pendatang pengpenggubak pengganti Pengepengelap pengebom jurujururawat juruwang keketua kelipat mahamahasiswa maharaja tatatatacara tatatertib dwidwibahasa dwifungsi 2. kata kerja.Kata terbitan berawalan Awalan dapat hadir dalam kata nama terbitan. AWALAN CONTOH CONTOH 1. dan kata adjektif terbitan seperti: BIL.

-an di-...-an Kata kerja me-.-at .-i CONTOH sultanah jualan muslimat hadirin seniman jutawan naikkan sertai CONTOH ustazah pameran hadirat muslimin budiman karyawan bukakan duduki Kata terbitan berapitan Apitan hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan.. memperhatikan memperlakukan kehausan kepanasan kemelayuan kecinaan 3.-an Kata adjektif ke-.-kan memper-..-an .kan ke-.. Kata kerja . 1.-an CONTOH perasaan pembalakan pengajaran keindahan menaikkan menjadikan bermaafan disampaikan diperlihatkan CONTOH pemalsuan pembekuan pengesahan kelainan memainkan mentafsirkan bersalaman dibukukan diperbahaskan 2... APITAN Kata nama pe-...Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan seperti: BIL.. Kata nama .. AKHIRAN 1.-kan .kan ber-.-ah ..-an pem..-wan 2..-in ...-kan men-... kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti: BlL.-an peng..-kan diper-. Kata terbitan bersisipan .-an ke-.-man ..

. Kata adjektif .-er-.. . dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.. 1. dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap seperti: Contoh 1 Kata dasar 1 air ambil meja ketua tanggung antara Kata dasar 2 mata alih tulis menteri jawab bangsa Contoh 2 Kata dasar 1 antara apa apa apa bagai barang beri bumi dari dari Kata dasar 2 bangsa bila kala lagi mana kali tahu putera hal pada Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan antarabangsa apabila apakala apalagi bagaimana Barangkali Beritahu Bumiputera darihal Daripada Kata majmuk air mata ambil alih meja tulis ketua menteri tanggungjawab antarabangsa . Contoh telepak serabut Contoh telunjuk keruping 2.-in-. Sisipan Kata nama .Sisipan ialah bentuk imbuhan yang menyisipi bahagian tengah kata dasar.-el-.. Bil. . Dalam sistem baku.....-em-. gementar semerbak sinambung KATA MAJMUK Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar.

.. Lihat jadual di bawah. Manakala akhiran. tetapi ia dieja atau ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan. imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir..kan meN.... seperti contoh pada jadual di bawah: Kata Majmuk kuat kuasa kemas kini anak tiri ibu bapa kuat kuasa campur aduk Apitan peN..kan peR.kan ke.. kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan....an meN.an Ejaan Penguatkuasaan Mengemaskinikan Menganaktirikan Keibubapaan Dikuatkuasakan Percampuradukan Untuk awalan... Imbuhan berRmeNpeN-an -kan Kata Majmuk garis pusat ambil alih cari gali daya serap urus niaga Kata Majmuk Terbitan bergaris pusat mengambil alih pencari gali daya serapan urus niagakan .an di.duka hulu jawatan kaki ke kerja mana Mata olah pada Pesuruh setia suka suruhan tanda tanggung warga cita balang kuasa tangan pada sama kala hari raga hal jaya usaha rela jaya tangan jawab negara Dukacita Hulubalang Jawatankuasa Kakitangan Kepada Kerjasama Manakala Matahari Olahraga Padahal Pesuruhjaya Setiausaha Sukarela Suruhanjaya Tandatangan Tanggungjawab Warganegara Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah.

Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama (FN). misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi. mempunyai kata nama sebagai unsur intinya. iaitu frasa. Frasa nama. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. misalnya. Frasa-frasa ini disebut frasa-frasa utama. Dalam buku ini perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa. Frasa sendi nama. malah frasa sendi nama mengandungi dua unsur wajib. frasa kerja (FK). dan perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa adjektif ialah kata adjektif (KA). frasa adjektif (FA). tiap-tiap satu boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi setiap frasanya. sebaliknya. dan frasa adjektif ialah frasa-frasa endosentrik. iaitu klausa dan frasa. Ini dapat dilambangkan seperti berikut: a) FN | KN | Kedai FK | KK | Berjalan FA | KA | Cantik b) c) . Binaan sintaksis bermaksud konstruksi-konstruksi yang dibentuk oleh perkataan-perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituenkonstituen dalam ayat. frasa kerja. Perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa kerja pula ialah kata kerja (KK). kriteria struktur morfem. bukan frasa endosentrik tetapi frasa eksosentrik kerana tidak terdapat satu unsur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya. iaitu kata sendi nama dan frasa nama. klausa dan ayat. dan frasa sendi nama (FS). kriteria sintaksis dan kriteria semantik.PENGGOLONGAN KATA Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan-golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria. Frasa nama. Dengan demikian perkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstituen utama.

kata nama am dan kata ganti nama. merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang.Selain unsur-unsur inti bagi frasa nama. dan frasa adjektif. terdapat juga unsur pilihan. tempat atau benda. dan kata adjektif boleh disebut golongan kata utama kerana inti bagi frasa-frasa utama ayat. Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama khas. kata kerja. iaitu unsur-unsur bukan inti yang mendahului ataupun mengikuti unsure-unsur inti itu. Selain tiga golongan kata utama ini. iaitu kata tugas yang bersifat heterogen. iaitu frasa nama. tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa utama. seperti yang telah diterangkan. golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat. . Contohnya seperti sebuah dan runcit seperti dalam rajah: d) FN | KN | kedai FK | KK | berjalan FA | KA | awal Sebuah e) runcit Sedang f) cepat Masih sangat Kata nama. iaitu: i) ii) iii) iv) kata nama kata kerja kata adjektif kata tugas KATA NAMA Golongan kata nama. frasa kerja dan frasa adjektif. Kesimpulannya. frasa kerja. Selain golongan ini. boleh dikelompokkan ke dalam satu golongan kata secara kolektif.

Gunung Kinabalu Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. roh. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit. Raja Azlan Shah b)bukan manusia . .Nina.kata nama yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. kambing Kata Ganti Nama Kata ganti nama dibahagikan kepada dua iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Contoh: i) kata nama khas hidup a)manusia . Ahmad. Comel ii) kata nama khas tak hidup -Kuala Lumpur.Tompok. kedua dan ketiga. Kata nama khas terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Terdapat hanya dua iaitu itu dan ini.Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Contoh: i) kata nama am abstrak .mimpi. Si Belang. rumah. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti nama pertama.tangan. Proton Saga. i) kata ganti nama tunjuk . Kata ganti nama diri dibahagikan lagi kepada dua iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. sungai. idaman. serapan ii) kata nama am konkrit .

bulat. ku tendang.kata nama yang menjadi pangganti sesuatu benda. merah iii) kata adjektif ukuran . b) kata kerja tak transitif berpelengkap . Dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna: i) kata adjektif sifat/keadaan . nakal. ada. tinggi. tumbang. kamu. melancong. awak. kelabu.putih. ungu. pandai. tebal. perkara atau manusia. patik. a) kata kerja tak trasitif tak berpelengkap . segar.baik. tersenyum. b) kata ganti nama diri orang =pertama-saya. lemah. sibuk. jahat. kami dan kita =kedua-saudara. tegap. kecil. kamu lihat diperisteri. nipis. leper. berbuat. pendek. kau tendang dilihat. kuning. ku makan. terpegun. menjadi. hitam. dalam iv) kata adjektif bentuk . kau peristeri ii) kata kerja tak transitif dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.ii) kata ganti nama diri . kasar. kau ambil ditendang.bangun. mereka dan –nya. engkau. cetek. Kata Kerja Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. hijau. dia. bujur. i) kata kerja transitif pula dibahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.panjang. tinggal. menjerit. beta. beliau. lonjong . tenang. ku ambil. berbantalkan. Kata kerja transitif aktif makan mengambil menendang melihat memperisteri Kata kerja transitif pasif dimakan. kau makan diambil. Terbahagi kepada dua iaitu: a) kata ganti nama diri tanya-menanya hal benda. perkara atau manusia. menangis. biru. aku. saya lihat. cerdik.beransur. dan anda =ketiga-ia. Kata Adjektif Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. berani ii) kata adjektif warna .

aduh iii) kata tanya. nyaris. wangi. bising d) bau. rindu.bila. iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik. berahi ix) kata adjktif jarak .halus. mengapa iv) kata perintah. hampir Kata Tugas Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis iaitu yang terkandung dalamnya golongangolongan kecil yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama.sedap. tolong. ghairah. lewat. lazat. keras kasar. deras. manis. awal vii) kata adjektif cara . mersik.jauh.merdu.sila. asyik.wah. atau. harap .cantik. berapa. Frasa nama Kata bilangan ramai dua beberapa tiap-tiap kebanyakan Frasa adjektif Kata penguat sungguh amat paling kurang Kata adjektif indah bahagia tinggi baik Penjodoh bilangan orang ekor Kata nama penonton askar kucing calon penduduk Kata tugas boleh dikenalpasti sebagai yang berikut: i) kata hubung. tetapi ii) kata seru.v) kata adjektif pancaindera a) rasa. licin.harum. laju. spontan. masam.cepat. dekat.dan. ayu. amboi. nyaring. pahit b) pandang. perlahan viii) kata adjektif perasaan . molek. lembut vi) kata adjektif waktu .segera. hodoh.cinta. buruk c) dengar. saying. hapak e) sentuh.

di.hatta.maka.v) kata pangkal ayat. benar.dua.ialah. lah. bukan x) kata pemeri. syahadan vi) kata bantu. dalam xii) kata pembenar. beribu-ribu. amat. tah. masing-masing xv) kata pembenda. betul xiii) kata bilangan. pernah vii) kata penguat. adalah xi) kata sendi nama.ya.…-nya .akan. pun ix) kata nafi. segala. sudah.juga.sangat. paling viii) kata penegas.tidak. dari.

Kata nama khas hidup manusia-Grzegorzewski Wieslaw (perenggan tiga). Kata terbitan berawalan. tiga. dibatalkan. pertunjukan. dua. 3. lima dan enam). jurucakap. 9. disertai (perenggan satu. Kata tugas. Poland. empat dan lima). . kata bilangan-dua buah kapal terbang (perenggan satu). Pertunjukan Udara Radom (perenggan satu. melakukan. awalan kata kerja-berlanggar. 4. menyiarkan. 5. 7. Kata terbitan berapitan. terdapat banyak pembentukan dan penggolongan kata di dalamnya. Kata nama am hidup manusia-penonton (perenggan lima).Kata nama khas tak hidup-Warsaw. pergerakan. tiga. 8. memberitahu. Kata sendi nama-di. 6. Kata terbitan berakhiran-rakaman (perenggan dua). empat dan lima). dua. 2. Kata adjektif jarak-jauh (perenggan lima). berkuasa. dua dan lima). perlanggaran. dilaporkan (perenggan satu. Antaranya ialah: 1. bersilang. bertembung. awalan kata nama-juruterbang.ANALISIS RENCANA JURUTERBANG MAUT PESAWAT BERTEMBUNG DI UDARA Berdasarkan petikan ini. daripada (perenggan satu.

Azraai Khor Abdullah (perenggan dua dan tiga). penggandaan separa-berhati-hati (perenggan enam). apitan kata nama-keputusan (perenggan tiga). gelaran (perenggan tiga dan tujuh). Kata hubung pancangan keterangan-sebelum. 14. 7. . 5. 13. dua dan lima). Stadium Darul Aman. Kata terbitan berawalan. Kata adjektif terbitan. 3. Alor Star. menurunkan (perenggan satu. Kata adjektif ganda.KEDAH GUNA KELEBIHAN BERMAIN DI TEMPAT SENDIRI Berdasarkan petikan ini. Kata adjektif ganda. awalan kata kerja-memburu (perenggan tujuh). 11. menumpaskan. perlawanan. Mohd. Kata nama khas tak hidup-Kedah. percaturan. Kata ganti tunjuk-ini (perenggan tujuh). memberikan. dua dan lima). Kata nama khas hidup manusia-Datok Othman Aziz. Kata nama am hidup manusia-penyokong (perenggan enam). Piala FA. Kata terbitan berapitan. mengatasi. dua. terdapat banyak pembentukan dan penggolongan kata di dalamnya. selepas (perenggan tiga dan tujuh). 10. Kata sendi nama-di (perenggan satu. Antaranya ialah: 1. dan lima). Terengganu. awalan kata adjektif-terbaik (perenggan dua). 4. 2. 9. Kata ganti nama ketiga-mereka (perenggan tujuh). awalan kata nama-jurulatih. 6. 12. Pengerusi Pembangunan Sukan dan Pelancongan Kedah (perenggan satu. Langkawi. apitan kata kerja-menggunakan. Kata terbitan berapitan. Piala Malaysia. 8. Liga Super. penggandaan penuh-pemain-pemain (perenggan enam). Kata terbitan berawalan.

NORMAH BINTI KAMARODZAN TARIKH HANTAR: 28 SEPTEMBER 2007 . HULU KINTA.INSTITUT PERGURUAN IPOH. PERAK DARUL RIDZUAN NAMA: ROSLIZA BINTI SALLEH KUMPULAN: KPLSPM (BM/PJ/KS) NAMA PENSYARAH: PN. 31150.

hanya Allah yang dapat membalas budi kalian. Semoga ikatan ukhwah antara kita tetap mekar sehingga ke akhir hayat. saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu saya sama ada secara langsung ataupun tidak.PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Bahasa Melayu 2 ini. Kepada pensyarah Pn. Sesungguhnya. Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang anak untuk membalas jasa mereka. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada teman sebilik saya. Insyaallah. -ROSLIZA-G1- . terima kasih diucapkan kerana banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar tentang tugasan dan tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu-jemu membantu saya. Normah. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada insan-insan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. terima kasih. Wassalam. Akhir kata. Sekian. terima kasih kerana banyak membantu dari segi kewangan dan sokongan padu untuk saya terus berusaha dalam bidang profesion perguruan ini. saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengecewakan kedua orang tua saya. Kepada ayah dan ibu di rumah. Noor Fadhilah bt Bakri kerana telah meminjamkan komputer riba untuk saya menyiapkan tugasan ini dan bersama-sama bersengkang mata setiap malam demi memastikan kerja kursus saya ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful