You are on page 1of 7

17/02/2012

Hasil Pembelajaran Pengenalan Kepada Konsep Asas (Pendidikan) Moral


ELM3101 (Minggu 9) PISMP Thn 2 Sem 3 Sains Insan Bermoral (3 Jam)
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 1

1. Menjelaskan konsep asas moral dan konsep asas nilai. 2. Menganalisis teori-teori etika dan mengaplikasikannya dalam profesion perguruan. 3. Membezakan teori-teori perkembangan moral dan menghubungkaitkan teori perkembangan moral dengan pembentukan insan bermoral. 4. Menghayati dan mengamalkan nilai murni agama dalam kehidupan harian.

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

Objektif
1. Mengkaji konsep dan proses utama daripada perspektif penyelesaian masalah dengan menggunakan pelbagai situasi (6.2) 2. Menjelaskan konsep insan bermoral. (1.1) 3. Menghubungkaitkan dimensi dan prinsipprinsip moral dengan profil insan bermoral. (8.4)
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 3

Ulangkaji
Terangkan Teori Keperibadian Moral secara ringkas. Apakah maksud jalan tengah mengikut Aristotle dalam Teori Keperibadian Moral?

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

Tajuk 1 (12 Jam)


Insan Bermoral ( 3 jam)
Dimensi moral individu
Penaakulan Moral Emosi Moral Tingkah laku Moral Altruisme Keadilan Autonomi

Pembuka kata
Tajuk ini bertujuan memberikan kefahaman kepada pelajar tentang komponen dimensi moral yang terdiri daripada penaakulan, emosi dan tingkah laku moral. Ketiga-tiga dimensi ini melihatkan potensi pemikiran, penghayatan, dan amalan moral. Ini penting kepada individu untuk menampilkan ciri-ciri insan bermoral yang berpegang kepada prinsip-prinsip asas moral (altruisme, keadilan, autonomi/ kebebasan, menghormati setiap ahli masyarakt).
5 17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 6

Prinsip-prinsip asas kemoralan

Profil insan bermoral

Ciri-ciri insan bermoral Peranan guru dalam pembentukan insan bermoral


Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

17/02/2012

17/02/2012

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat i. menghubungkait komponen dimensi moral. ii. membincangkan sifat-sifat individu bermoral dan mengaplikasikannya dalam menangani masalah dalam kehidupan seharian.

Dimensi Moral
Seorang insan yang berakhlak mulia yang sempurna mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral, iaitu
Penaakulan/Pemikiran Moral Perasaan Moral Tindakan Moral

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

Penaakulan Moral
Pemikiran Moral yang merupakan penaakulan dan pertimbangan secara rasional dan bebas. Ini bermaksud seserong individu yang mempunyai pemikiran moral dapat memikirakan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan.
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 9

Emosi Moral
Perasaan Moral merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati. Perasaan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yang bermoral.

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

10

Tindakan Moral
Tindakan Moral merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya. Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorang bertindak secara bermoral.
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 11

Fikirkan!
Apakah kepentingan ketiga-tiga dimensi ini dalam membentuk seorang insan yang mulia?

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

12

17/02/2012

Model Insan Moral

Model Insan Moral


Model Insan Moral menekankan perwatakan yang positif harus terdiri daripada tiga dimensi moral, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Ketiga-tiga dimensi ini adalah perlu untuk membolehkan seseorang individu mencapai tahap kematangan moral.

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

13

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

14

Model Insan Moral


Dari sudut dimensi pemikiran moral, seseorang yang berupaya menaakul secara bermoral akan membuat pertimbangan dengan menggunapakai nilai-nilai moral seperti rasional, kreatif, adil dan sebagainya. Dengan adanya pemikiran moral, dia tidak akan bertindak membuta-tuli.
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 15

Model Insan Moral


Dimensi perasaan moral membolehkan seseorang melahirkan perasaan negatif seperti malu, bimbang atau bersalah sekiranya dia dalam keadaan yang tidak patut. Manakala dia akan berasa bersimpati, empati dan bertimbang rasa sekiranya keadaan itu memerlukan bantuannya.
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 16

Model Insan Moral


Perkembangan moral yang meliputi ketigatiga dimensi ini akan menyubur dan merangsang lagi kesedaran hati nurani yang menyebabkan individu berkenaan berasa gembira membuat apa yang patut dan betul. Sebaliknya, kesedaran hati nurani ini akan menyebabkan individu berasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak bermoral.
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 17

Fikirkanlah!
Pemikiran moral dan perasaan morali perlu ditunjuk melalui tindakan moral seseorang supaya ketiga-tiga dimensi ini adalah konsisten. Apa akan terjadi sekiranya seseorang itu boleh membuat pemikiran moral dan emosi moral tetapi tidak dilaksanakan dalam tindakan?
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 18

17/02/2012

Sifat-sifat Individu yang Bermoral


Sifat-sifat moral seseorang individu boleh dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran kejiwaaannya. Terdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana masing-masing mempunyai fahaman yang tersendiri. Walau bagaimanapun, tiga prinsip utama telah dikemukakan sebagai panduan menentukan insan bermoral, iaitu: prinsip keadilan, prinsip alturisme dan prinsip autonomi.

Prinsip Keadilan
Masalah ketidakadilan sering diperkatakan oleh ramai orang. Ada yang mengatakan bahawa adil itu bermaksud saksama, seimbang, sama rata, dan sama rasa. Aktiviti: Dalam kumpulan masing-masing, bincang dan rumuskan maksud keadilan.

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

19

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

20

Prinsip Keadilan
Aristotle mengajar bahawa keadilan itu bermaksud fair-minded, tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan (reasonable way). Beliau memperkenalkan Prinsip Keadilan Umum. PKU merupakan keadilan sosial. Dalam prinsip ini, masyarakat diorganisasikan supaya setiap individu berpeluang memberi sumbangan kepada kebajikan umum. Keadilan distributive bermaksud adil dalam agihan kebaikan dan beban antara ahli masyarakat; menunaikan perjanjian antara manusia yang merangkumi peraturan, kejujuran, equity, integriti dan lawfulness.
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 21

Prinsip Keadilan
Prinsip Keadilan mementingkan saksama, seimbang, sama rata dan sama rasa. Namun begitu tidak juga menunjukkan keadilan bila seseorang yang bekerja lebih tetapi masih mendapat layanan yang sama. Bayaran setimpal adalah keadilan bagi mereka dan bukan hanya sama dengan orang lain. Keadilan merupakan satu prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan keuntungan antara individu dan masyarakat. Keadilan juga membawa makna tidak pilih kasih, tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri.

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

22

Prinsip Keadilan
Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan ia berkait rapat dengan Teori Keadilan Sosial. Keadilan merupakan prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan keuntungan antara ahli dalam masyarakat. Keadilan juga bermaksud tidak pilih kasih, tidak tamak untuk kepentingan peribadi.
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 23

Prinsip Alturisme
Prinsip Alturisme adalah perlakuan atau tindakan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk kebaikan orang lain mengatasi kepentingan diri sendiri. Keputusan yang diambil dan tindakan yang dijelmakan bersifat moral dan berkeperimanusiaan. Alturisme melahirkan perasaan kasih sayang, simpati dan empati yang seterusnya menghilangkan rasa pentingkan diri sendiri, kebencian dan tamak. Ia juga bermaksud bahawa seseorang individu itu menjauhi kejahatan dan mementingkan diri sendiri.
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 24

17/02/2012

Prinsip Alturisme
Contoh, seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lain-lain. Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa.
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 25

Prinsip Autonomi
Autonomi berasal daripada kata autos (diri sendiri) dan nomos (undang-undang). Autonomi bermaksud penentuan sendiri tentang peraturan dan kawalan. Berdasarkan pengalaman dan alasan sendiri. Prinsip Autonomi menerangkan konsep pertimbangan bebas dan kebebasan memilih.
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 26

Prinsip Autonomi
Sekiranya pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar adalah tidak boleh dikategorikan sebagai tindakan moral. Ini disebabkan individu yang dipaksa membuat pertimbangan adalah tidak berupaya bertingkah laku secara rasional dan adil. Tingkah laku tersebut hanya mematuhi perintah dan kuasa luar.
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 27

Prinsip Autonomi
Kant mengajar bahawa individu perlu dihormati kerana mereka adalah agen autonomi untuk membuat keputusan dalam mengambil sesuatu tindakan. Sepatutnya prinsip-prinsip yang universal, sejagat boleh dijadikan undang-undang yang rasional pada mana-mana tempat sama ada di peringkat negara, institusi, syarikat, keluarga dan sebagainya.
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 28

Prinsip Autonomi
Contoh,
Seorang guru disiplin mengenakan peraturan terhadap murid-murid atas arahan pihak berkuasa sekolah. Murid sekolah tidak melanggar peraturan sekolah kerana takut dikenakan hukuman. Adakah tindakan guru dan murid itu bermoral mengikut Prinsip Autonomi?

Prinsip Autonomi
Contoh, Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun.

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

29

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

30

17/02/2012

Profil Insan Bermoral


Ciri-ciri insan bermoral. Peranan guru dalam pembentukan insan bermoral.

Profil insan bermoral


Dalam kumpulan masing-masing, kenal pasti sebanyak mungkin ciri-ciri insan bermoral. Bincang dan pilih 6 ciri yang teratas atau terpenting. Terangkan kenapa anda memilih ciri-ciri itu sebagai 6 ciri yang teratas.

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

31

17/02/2012

Copyrights Donatus Justin 2012

32

Profil insan bermoral


Dalam kumpulan yang sama, senaraikan sekurang-kurangnya 10 peranan guru dalam pembentukan insan (murid) bermoral. Huraikan bagaimana seseorang guru dapat melaksanakan 10 peranan yang anda nyatakan di atas.

Rumusan
Sikap manusia mempunyai pertimbangan terhadap perasaan, keperluan dan kepentingan orang lain adalah sama pentingnya dengan perasaan, keperluan dan kepentingan diri sendiri. Manusia berkebolehan membuat keputusan diri sendiri yang rasional, unviersal dan preskriptif. Manusia mempunyai kebolehan bertindak secara terkawal dan tidak keterlaluan.
33 17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 34

17/02/2012

Copyrights Donatus Justin 2012

Rumusan
Individu yang bermoral perlu mengikuti prinsip-prinsip moral, iaitu keadilan, alturisme dan autonomi. Individu moral seharusnya peka dan memahami terhadap keperluan peraturan dalam masyarakat, mempunyai sifat-sifat peribadi mulia, mendokong etika seperti kemurahan hati, kemanusian, kerasionalan dan kesejagatan.
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 35

Aktiviti
Sesungguhnya agama dan budi luhur itu adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Agama adalah seperti jiwa bagi akhlak dan akhlak pula adalah laksana udara kepada jiwa. Sejauhmanakah agama mampu menghalang seseorang daripada membuat perkara yang tidak bermoral?
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 36

17/02/2012

Tutorial
Nyatakan ketiga-tiga dimensi moral yang membentuk insan bermoral. Nyatakan ciri-ciri individu yang bermoral menurut Model Insan Moral. Menjelaskan bagaimana prinsip-prinsip moral boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian.

ISL
Berikut adalah satu siri kombinasi antara tiga dimensi moral. Lengkapkan pengurusan grafik di bawah dengan butiran yang sesuai.
Situasi 1. Kes langgar lari Dimensi Moral Ada penaakulan moral sahaja. Huraian Tahu bersalah tapi tidak bertanggungjawab.

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

37

17/02/2012

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012

38

Kuliah akan datang


Nilai-nilai Agama dan Masyarakat
Nilai agama/kepercayaan (9 jam)
Islam Kristianiti Buddhisme Hinduisme Sikhisme Taoisme Confucianisme Animisme

Pembahagian tugas/kumpulan

Cuti Pertengahan Semester: 10 -18 Mac 2012 PBS : 19-23 Mac 2012
17/02/2012 Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2012 39

You might also like