KAITAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1.1 PENGENALAN 1.1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan “ Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.( Roselan Baki,2003). Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan. (http//:www. myais.fsktm.um.edu.my).

1.2 KAITAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

http://suaramarhaenis.blogspot.com/2009/03/kaitan-matlamat-danobjektif-sukatan.html

membaca. Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib. dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur. membaca. peribahasa. ( Abdullah Hasan.com/2009/03/kaitan-matlamat-danobjektif-sukatan. mengandungi perincian. sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara iaitu usaha yang berterusan ke http://suaramarhaenis. guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). senarai kemahiran berbahasa. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah. dan menulis. selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian. dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan. 1. Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan. dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid (Roselan Baki. menulis.html . Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. tatabahasa.dan Falsafah Pendidikan Negara. penjodoh bilangan.2003).blogspot. Madya Dr. seperti kata pepatah Melayu.2003). melentur buluh biarlah dari rebungnya.1996).1 MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. mingguan. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini. tatabahasa. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur). dan harian di dalam bilik darjah (Prof. contoh-contoh peribahasa. bahasa perpaduan dan bahasa ilmu. penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Pada peringkat ini.2. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Nuraini Yusoff. dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Oleh itu. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula.

ϖ Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan. ϖ Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi. ϖ Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai.2 OBJEKTIF Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan Negara. ϖ Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul. 1. memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari. berketerampilan dan berakhlak mulia. adalah terlebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. ϖ Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu.2.com/2009/03/kaitan-matlamat-danobjektif-sukatan. dan ϖ Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.html . murid-murid dapat: ϖ Mendengar. kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang di ajar di sekolah rendah di Malaysia. http://suaramarhaenis.blogspot.arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mata bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Jika ia mempunyai kaitan. Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai ‘roh’ dan semangat Falsafah Pendidikan Negara. ϖ Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul. ϖ Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila. setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Menurut kandungan Sukatan Pelajaran. ϖ Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan. ϖ Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan.

Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa.3. http://suaramarhaenis. 1. Melalui proses ini.com/2009/03/kaitan-matlamat-danobjektif-sukatan. bakat.3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DAN KAITANNYA DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut kaitan antara Fasafah Pendidikan Negara dengan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. kad-kad kerja. 1. pengayaan.2003). penilaian. 1. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains. dan minat. unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. keupayaan. Kemahiran. Sejarah. dan lain-lain.html . Matematik.3 PENGAYAAN Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan. guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid (Roselan Baki. berinteraksi dan berfikir.1 PENGGABUNGJALINAN Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1. dan pemulihan. beberapa kemahiran dapat dukuasai serentak.3. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan muridmurid berkomunikasi. terlebih dahulu ingin saya jelaskan apakah bentuk-bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran.kemahiran boleh digabungjalinkan. Murid ini hendaklah diberikan bahan-bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan. Namun demikian. penyerapan. dan bahan-bahan aktivit boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan.blogspot. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.2 PENYERAPAN Dalam pengajaran Bahasa Melayu.3. permainan.

Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampat. saya dapati KBSR akan mampu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara.blogspot. rohani. Dengan merujuk kepada definisi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR ).4 PEMULIHAN Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang telah ditetapkan lebih sukar. carta.1996). penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini. Oleh itu. dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. selain mengetahui tahap pencapaian. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid.com/2009/03/kaitan-matlamat-danobjektif-sukatan.3. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad. Ini kerana pada peringkat permulaanlah segalanya bermula. alat permainan.html .1. Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. menulis dan mengira.5 PENILAIAN Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai saluran Pendidikan pada peringkat awal. bahan maujud. segala proses Pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hasan. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. 1. KBSR sememangnya menggalas tugas yang amat berat. Falsafah Pendidikan Negara yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek. emosi dan http://suaramarhaenis. apakah kita dapat menghuraikan apakah terdapat perkaitan antara sukatan pelajaran dengan Falsafah Pendidikan Negara?.3. Oleh itu. Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa Pendidikan itu suatu proses yang berterusan. Dengan cara yang sedemikian. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. matlamat serta ciri-ciri KBSR itu sendiri. sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Setelah melihat objektif dan matlamat sukatan pelajaran Bahasa Melayu secara jelas seperti diatas. KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca. KBSR akan memastikan Pendidikan yang diberikan kepada pelajar memuaskan dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi. KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.

bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa Sanskerta. dalam seminggu hari persekolahan akan terdapat 2 masa untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.jasmani akan tercapai. 2.com/2009/03/kaitan-matlamat-danobjektif-sukatan. Secara tidak langsung hasil kretiviti pelajar akan terus digilap dan dihargai. pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan. KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem penddidikan pada peringkat awal. termasuk bunyi.grafem atau huruf. Grafem. Selain itu. Bagaimanapun. Sehubungan dengan itu. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan. Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru.blogspot. Oleh itu. Keperluan kepada sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke. maka lahirlah generasi yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai bidang. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran.20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Ianya menjadi lebih penting apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah atau sekolah dasar.1 SEJARAH EJAAN RUMI BAHASA MELAYU Perkembangan dalam sistem ejaan adalah sebahagian daripada perkembangan dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda.bunyi dalam bahasa Melayu.19 membuktikan wujudnya ketidakseragaman dalam http://suaramarhaenis. Oleh itu.html . unsur Falsafah Pendidikan Negara ingin melahirkan rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam dan lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu.huruf yang berbagai.orang Inggeris dalam abad ke.tulisan oleh orang. KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.bagai yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi.0 FUNGSI PENGAJARAN SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2. Seterusnya. Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisan.

ejaan (Roselan Baki. dan (iii) Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato’ Muda Linggi (1924). Institusi. Pakatan Belajar. Hashim (1923). Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru Perempuan di Melaka pada tahun 1900.2003).blogspot. Ianya berbeza sedikit daripada ejaan Za’ba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. (http//:www.( Raja Masittah Raja Ariffin. Selain daripada sistem ejaan Za’ba. dalam zaman pendudukan Jepun tahun 1942. Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru tahun 1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Za’ba" yang juga dihasilkan daripada SITC. terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apa-apa.sekolah pada masa itu.com/2009/03/kaitan-matlamat-danobjektif-sukatan. dengan judul "Petua.html .com/equip-bernama/images/nota_ejaan.T. Wilkinson.pdf). yang dikarang oleh Za’ba. 1997). Ejaan Wilkinson digunakan di semua sekolah umum.1945. terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". dan (iii) Daftar Ejan Melayu (JawiRumi) (1949).bernama. Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku seiring dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan itu.institusi inilah yang menjadi pengasas perancangan penggunaan bahasa Melayu baku yang kemudiannya diperkembang oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak tahun 1922. Nazir Sekolah. Winstedt dan Ibrahim Dato’ Muda Linggi (1921). perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan apabila kerajaan Negeri. termasuk http://suaramarhaenis. Angkatan Sasterawan ’50 kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka. Infolib. Dussek dan Mohd. Selain daripada itu.petua Ejaan Rumi". Sistem ejaan yang dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan. (ii) Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O. atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem. Pada tahun 1902.( Ismail bin Dahaman.O. Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidikdi SITC. 1996). Di antaranya ialah : (i) Kitab Loghat Melayu susunan R. (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941).negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.Mengajar Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor telah memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam masyarakat.sistem yang ada.J. Sistem Ejaan Rumi Za’ba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926).

ekonomi.com/2009/03/kaitan-matlamat-danobjektif-sukatan.html . ia memperkatakan segala ilmu pengetahuan.2. (Abdullah Hassan.daripada sistem ejaan di Indonesia. bahasa pengantar.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Sejak merdeka.( Ismail bin Dahaman. Keutuhan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan memang jelas kelihatan pada hari ini apabila Bahasa Melayu mampu menyampaikan ilmu dengan berkesan. Ini memungkinkan Bahasa Melayu dapat menjalankan pelbagai tugas dan fungsi sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan. untuk menyampaikan pendidikan rendah. Bahasa Melayu mengalami proses pemodenan daripada segi pengistilahan.com/equip-bernama/images/nota_ejaan. Bahasa Melayu seharusnya di http://suaramarhaenis. Antara fungsi pengajaran sistem ejaan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran ialah: 2. (http//:www. 2. 1996). bahasa rasmi. majalah dan buku.1989). Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Ejaan Bebas digunakan dengan agak meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar. dan bahasa ilmu. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip-prinsip linguistik.bernama. pengekodan. Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. 1996). Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya.blogspot. dengan terlaksananya Dasar Pendidikan Kebangsaan pada Abdul Rahman Yaakub sebagai Menteri Pendidikan. kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu. Sebagai bahasa pengantar di sekolahsekolah. Ejaan Rumi Baharu tidak syak lagi merupakan wahana yang cukup mudah dan cekap bagi penulisan Rumi bahasa Melayu di rantau ini untuk beberapa dasawarsa yang akan datang. dan penyeragaman.pdf). Infolib. kesederhanaan. Bahasa Melayu telah digunakan sepenuhnya.( Ismail bin Dahaman. Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik.1 Bahasa Ilmu Sistem ejaan Bahasa Melayu yang disusun akan membentuk satu bentuk dan rantaian bahasa yang boleh digunakan didalam pendidikan. menengah dan tinggi.

ginekologi dan sebagainya.blogspot. kejuruteraan. undang-undang. kimia. Dalam bidang kejuruteraan pula. o. pelbagai istilah telah diwujudkan dalam sistem ejaan Bahasa Melayu. Antaranya ialah dalam bidang anatomi.2 Alat Penulisan Fungsi pengajaran sistem ejaan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membentuk murid-murid memahami dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat penulisan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (Raja Masittah Raja Ariffin. sistem ejaan Bahasa Melayu membentuk satu sistem atau struktur tatabahasa yang jitu dan dengan kepelbagaian bentuk tatabahasa yang dibuat. elektrik.2. oi (iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal (iv) Huruf konsonan gabungan: gh. ng.2. 1997). sy Sistem ejaan ini bertindak dan berfungsi sebagai asas kepada pemahaman tatabahasa kepada murid-murid. dan sebagainya. au. e. sastera dan sebagainya. 2. biokimia. 2. fisiologi. Contoh sistem ejaan seperti: (i) Huruf vokal: a.html . ny. kh. mekanikal. nilai kefahaman pelajar terhadap kesantunan berbahasa dan ditambah lagi dengan aktiviti pengayaan yang dibuat oleh guru dapat memahirkan murid menulis dengan baik dan teratur dan jika sistem ejaan ini digunakan sepenuhnya. Dalam bidang perubatan misalnya. kejuruteraan teknologi maklumat.2. mikrobiologi. u (ii) Huruf diftong: ai.com/2009/03/kaitan-matlamat-danobjektif-sukatan. terhasil berbagai-bagai istilah dalam Bahasa Melayu melalui sistem ejaan dalam bidang kejuruteraan awam. 1997). maka tidak hairanlah jika sistem ejaan ini akan mampu berfungsi sebagai alat penulisan yang baik dan berkesan.perkembangkan dan di sesuaikan dengan kehendak-kehendak baru.3 Pemahaman Tatabahasa Didalam penyelarasan dan perlaksanaan ejaan sistem rumi. kedoktoran. Melalui sistem ejaan. i.4 Sebagai Unsur Gaya Dalam Penulisan Gaya bermaksud bahawa ada sesuatu unsur atau gabungan unsur-unsur tertentu yang http://suaramarhaenis. 2. Sistem ejaan dalam Bahasa Melayu digunakan untuk menyampaikan pengetahuan moden dalam berbagai-bagai bidang seperti sains dan teknologi. dapat memberi lebih kefahaman tatabahasa kepada pelajar (Raja Masittah Raja Ariffin.

Keris Mas. Di dalam pengertian yang lebih luas. Teknologi Maklumat ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. 3. rohani. sehingga kita dapat mengenal gaya Shahnon Ahmad. Sidek Abd Hamid 1993).html . Bidang ilmu ini adalah antara bidang ilmu yang paling pesat berkembang dan takrifan serta skopnya sentiasa disesuaikan seiring dengan perkembangan bidang ilmunya. dan lain-lain.0 BINCANGKAN KEPENTINGAN KELAS BESTARI SERTA PENGAPLIKASIAN ICT DI SEKOLAH 3. masyarakat mestilah tegas dalam menentukan kedudukan Bahasa Melayu dan http://suaramarhaenis. ilmu yang disampaikan perlu juga sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara. Dalam usaha untuk membina insan seperti yang dihasratkan. Usman Awang.com/2009/03/kaitan-matlamat-danobjektif-sukatan.memberi kualiti terhadap bahasa semasa di dalam pertuturan ataupun tulisan.blogspot. Ada unsurunsur seperti kesederhanaan di dalam penggunaan bahasa yang membawa keindividulan bahasa. Adalah disedari umum akan dominasi Bahasa Inggeris dalam internet yang menjadi pencetus teknologi dan ilmu pengetahuan pelbagai bidang yang diinginkan oleh masyarakat dunia. emosi dan jasmani.1 PENDAHULUAN Program pendidikan di negara ini. Bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk. Bidang teknologi maklumat digunakan sebagai satu sumber utama di dalam di dalam pengaplikasian Sekolah Bestari yang menjadi salah satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000 (Md. Kemalawati. Misalnya. generasi muda akan mempunyai peluang untuk menghalusi Bahasa Melayu ke dalam jiwa mereka melalui kegiatan dan aktiviti bercorak Bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maya yang diasaskan oleh kemudahan internet. Bahasa bukan sastera lebih banyak mempunyai unsur ini sekiranya diteliti (Abdullah Hassan 1987). khususnya bagi peringkat sekolah digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggambarkan bahawa pembangunan insan itu perlulah seimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek. gaya akan mencakupi unsur-unsur yang membezakan seseorang penutur atau penulis daripada yang lain. Dalam hal ini. Institusi pendidikan adalah medium penting untuk mengukuhkan lagi nilai dan keperluan Bahasa Melayu di kalangan generasi muda bangsa Melayu melalui sistem pendidikan yang mengambil kira penyerapan dan penyebatian kemajuan dan perkembangan ICT. atau tulisan tersebut (Abdullah Hassan 1987). Unsur-unsur yang digunakannya itu akan bersifat individu kesannya. tuturan.

grafik. Kewujudan multimedia dalam persekitaran pendidikan telah menunjukkan suatu perkembangan baru yang diharapkan mampu membantu dunia pendidikan menjadi lebih berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. 3. imej. Multimedia membolehkan interaktiviti dengan pengguna. Perkara ini dapat dilihat dalam kegiatan bercorak pendidikan seperti persidangan teknologi maklumat di mana tahap penggunaan Bahasa Melayu amat sedikit dan kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.1996) komputer dapat menumbuhkan inspirasi dan meningkatkan minat. Terdapat beberapa keistimewaan PBK ialah : Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan diantara rangsangan dengan jawapan. Bahkan kalau boleh untuk menarik minat para pelajar untuk melakukan proses penyatupaduan (Zuraini Abdullah 1993). Ini disebabkan oleh sebilangan anggota masyarakat berasa lebih selesa dan lebih maju jika menggunakan medium Bahasa Inggeris. Multimedia mampu merangkumi pelbagai media: teks. suara. Sementelahan. Kelebihan multimedia berbanding dengan media-media lain adalah jelas. http://suaramarhaenis. dan animasi dalam satu persekitaran digital. Bahkan menurut Dublin (1984. malah ia boleh wujud di sekolah di kawasan pedalaman sekalipun jika guru yang mengajar itu bijak menggunakan alatan ICT yang betul dan menggunakannya dengan berkesan sebagai alat pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Jika bahasa asing yang dipelajari memerlukan makmal dan program khusus dalam menguasainya maka tidak perlu diketepikan juga kepentingan penyediaan prasarana dan program yang sedemikian rupa kepada Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. di mana Kelas Bestari tidak semestinya wujud di Sekolah Bestari.peranan bahasa yang dipelajari dalam sistem pendidikan mereka. PBK sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dengan melibatkan pelajar secara aktif. Penggunaan Bahasa Melayu dalam kegiatan teknologi maklumat masih belum mencapai tahap yang memuaskan.blogspot. Pendek kata matlamat PBK ialah untuk mengajar. Multimedia boleh digunakan sebagai media pendidikan yang berkesan.html .2 KEPENTINGAN KELAS BESTARI SERTA PENGAPLIKASIAN ICT DI SEKOLAH Kelas Bestari mempunyai konsep yang berlainan daripada Sekolah Bestari. Mengajar bermakna menyampaikan pengajaran dengan menggunakan program komputer.com/2009/03/kaitan-matlamat-danobjektif-sukatan. Kelas Bestari mungkin wujud jika seseorang guru itu melakukan proses pengajaran berbantukan komputer (PBK). penggunaan Bahasa Melayu dalam kegiatan teknologi maklumat dianggap tidak bertaraf antarabangsa kerana penggunaan Bahasa Inggeris dianggap mempunyai nilai ekonomi dan sosial yang lebih tinggi berbanding dengan Bahasa Melayu.

Jurnal Pendidikan. BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan 1989. Dengan berbekalkan teknologi maklumat. Kuala Lumpur: http://suaramarhaenis. Media ComIL. Murid-murid dapat diajar mencari maklumat dan ilmu pada bila-bila masa dan di mana sahaja. pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih aktif dan berkesan. Kesalahan umum penggunaan Bahasa Melayu. Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu. kita tidak perlu mengajar di sekolah ‘elit’ untuk membolehkan kita mengaplikasikan ICT di sekolah.Pengulangan :Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki lagi ingatan. kita boleh mengaplikasikan Kelas Bestari di sekolah walaupun sekolah itu terletak jauh di pedalaman.Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. yang perlu difahami oleh para guru pada hari ini ialah. Cara ini menjadikan sistem pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan para pelajar. 23.blogspot. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.html . Maklumbalas dan Peneguhan : Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pelajaran serta merta dan boleh memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan ( Zuraini Abdullah 1993). Justeru itu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan 1984. Dalam pengulangan amat diperlukan kebebasan dan kreativiti daripada pelajar. Komputer dalam pendidikan. tetapi dengan berbekalkan komputer riba.com/2009/03/kaitan-matlamat-danobjektif-sukatan. Abdullah Hasan 1996. Bilangan. Guru dapat melakukan kepelbagaian aktiviti dan pendidikan tentang teknologi maklumat dalam pendidikan dapat di beri kepada murid-murid pada peringkat umur seawal yang mungkin dan dapat merapatkan ‘jurang digital’ antara kawasan bandar dan kawasan pedalaman. Ogos 1993. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Abdul Aziz Abdullah 1993. Abdullah Hassan 1987.

Jurnal Komputer Dalam Pendidikan.com/equip-bernama/images/nota_ejaan.staff.edu. Abdullah b. myais. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Oktober 1993. 1997. Oktober 1993. Madya Dr. Roselan Baki 2003.iiu. Datuk Hassan Ahmad. Dewan Bahasa Ogos (hlm 596-604).cn/781/2008/12/22/181s93323.htm http//:www. Nuraini Yusoff. Perkembangan internet dan implikasi terhadap suasana pengajaran sekolah. Prof. Bil 12/1999. malay.doc http//:www.bernama. Media ComIL. Jurnal Pendidikan Guru.pdf http//:www. 1998. Bilangan. Madya Dr. Dalam buku Abdull Sukor Shaari. Sidek Abd Hamid 1993. Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka.my http://suaramarhaenis.com/2009/03/kaitan-matlamat-danobjektif-sukatan. Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia. Md Yatim 1999. Prof. Infolib. 24.my/nota http//:www.sabah. Zuraini Abdullah 1993. www. Raja Masittah Raja Ariffin. Hj. Pahang Darul Makmur: PTS Publications Sdn Bhd. Jurnal Dewan Bahasa September (hlm 624 . Bahagian Pendidikan Guru. Media ComIL. Kuala Lumpur.html . 1996. Dewan Bahasa dan Pustaka.Penerbitan Sarjana.blogspot.fsktm. Jurnal Pendidikan. Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur.my/mascitah/sistemejaan. Penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Nuraini Yusoff 2003. Md.661). 24. Ismail bin Dahaman. Bilangan. http//:www. Kaedah pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.edu.cri.gov. Mohd Isha Awang ‘Bahasa Melayu Komunikasi’. Teknologi Maklumat (IT) dan pendidikan.compserv.um.

blogspot.http://suaramarhaenis.html .com/2009/03/kaitan-matlamat-danobjektif-sukatan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful