P. 1
morfologi

morfologi

|Views: 39|Likes:
Published by Mohd Deen
gvp
gvp

More info:

Published by: Mohd Deen on Jul 27, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/12/2013

pdf

text

original

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

MODUL
MORFOLOGI

BMM3109
NAMA:___________________________ AMBILAN:_______________________ KURSUS:_________________________

1

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 1
SINOPSIS

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • • • Konsep Morfologi Bentuk kata Bahasa Melayu Golongan kata Bahasa Melayu

Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis

2

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri.

Perubahan Struktur Kata Perubahan Golongan Kata Contoh : Maksud Perubahan tupai – tupai-tupai Kata

Contoh :
beri – pemberian

MORFOLOGI

Contoh :
cari – pencarian

Rajah 1.1 : Huraian tentang morfologi mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju. Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

3

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1.menjelaskan konsep Imbuhan. 2.menjelaskan jenis-jenis Imbuhan. 3.menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK

IMBUHAN

Konsep Imbuhan

Jenis-Jenis Imbuhan

Konsep Pembentukan Kata

Rajah 1.2 Kerangka Tajuk

4

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1. 5 . proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.1 Definisi Imbuhan Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan? Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan. akhiran. kata iaitu kata kerja. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Dalam kebanyakan bahasa. sisipan. akhiran. morfem kosong dan bentuk fleksi. menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu 1. apitan. apitan. dan kata adjektif. iaitu awalan. Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Terdapat empat jenis imbuhan. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan konsep Imbuhan. bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan-imbuhan ini. Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan. dan sisipan.

2. 1.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Raminah Hj.2 Jenis-Jenis Imbuhan Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. 6 . 1. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhanimbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu. sisipan dan apitan.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat jenis iaitu awalan. imbuhan mestilah dirangkaikan dengan perkataan. Di dalam pemakaiannya. akhiran.

pe-. mem-. dan lain-lain. Misalnya ter-. 7 . men-. se-.1.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Awalan • Kata Nama • Kata Kerja • Kata Adjektif • Kata Nama • Kata Kerja Akhiran Apitan Bentuk-Bentuk Imbuhan Sisipan • Kata Nama • Kata Adjektif • Kata Nama • Kata Kerja • Kata Adjektif Tidak Wujud dalam BM Morfem kosong Fleksi Tidak Wujud dalam BM Rajah 1. ber-.3 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan 1. ke-.dalam ber+jalan dan di. di-.2. per-.1 Awalan Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya.dalam di+ambil. meng-. Misalnya ber. me-. meny.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.2.1.2 Akhiran Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya – kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i. 1.2.1.3 Apitan Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i, 1.2.1.4 Sisipan Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling dan –em-, dalam g+em+uruh. 1.2.1.5 Morfem Kosong Tidak Wujud dalam bahasa Melayu. 1.2.1.5 Fleksi Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

8

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.2.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah : 1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran.

Awalan maha tata pra swa tuna eka dwi tri panca Maharaja Tatabahasa Prakata swadaya tunabusana ekabahasa dwitahunan tribulan pancaindera man man wan wan wati wati nita nita

Akhiran seniman budiman angkawan jelitawan olahragawati seniwati karyanita biduanita

1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi

9

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak

kedatangan Islam ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Namun demikian, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.

Awalan biBiadap Bilazim binormal -wi -i -iah -in -at -ah

Akhiran duniawi abadi lahiriah hadirin munafikin hadirat munafikat qariah solehah

1.2.2.3 Imbuhan Yunani – Latin - Inggeris Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.

Awalan proantipoliautoprobarat antikerajaan poliklinik autograf -isme -isme -ik -ik 10

Akhiran sosialisme nasionalisme prolifik saintifik

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

subsupraheteroheksahidrohomohiperkilomakroinfrainter-

subbidang supranasional heterograf heksagon hidrolisis homogen hiperbola kilometer makrolinguistik intrajabatan intervokal

-si -si -al -al -is -is

sensasi revolusi praktikal klinikal potensi praktis

11

dan kata ganda.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Rajah 1. tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan. iaitu kata tunggal.5 : Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan 12 . penggandaan dan akronim Proses Pembentukan Kata Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaan Akronim Rajah 1. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan. kata majmuk.3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata.4 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan 1. kata terbitan.

yang menghasilkan kata terbitan... misalnya ber. ke.. Pengarang pula dapat menerima apitan ke-. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua.. Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar. apitan.-an -er-emKata dasar bawa kuat nasional dekat isytihar ikut sihat lari gigi gilang Kata terbitan pembawa memperkuat nasionalisme dekati pengisytiharan mengikuti kesihatan berlarian gerigi gemilang Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap...+ mudi ( kemudi ).+ tapa ( bertapa ).. dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-.1 Proses Pengimbuhan Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan... Imbuhan (Awalan) PemMemper-isme -i Peng-. akhiran. Daripada kata dasar karang. dan sisipan.. Terdapat empat jenis imbuhan.-an. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.+ tawa ( ketawa ) dan ke. misalnya.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1. dan kata adjektif.. menerbitkan kepengarangan.-an Men-.3.-an Ber-.. Berikut ialah beberapa contoh lain : 13 . Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar..-i Ke-. Imbuhan-imbuhan ini... apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja. iaitu awalan.

Contohnya : urus niaga . Cara pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk.2 PROSES PEMAJMUKAN Kata Dasar libat lanjur balik sambung Imbuhan terlibat terlanjur terbalik sinambung Kata Terbitan keterlibatan keterlanjuran menterbalikkan kesinambungan Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.1.3. maksudnya.3. ejaannya menjadi bercantum. Contohnya : 14 .mencari gali reka bentuk .2.3. Sebagai contoh.1.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.1 Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran. tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas.direka bentuk daya serap .daya serapan 1.3. dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas. 1.1Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain.2 Apabila kata majmuk menerima apitan. Tidak dapat diselitkan apaapa unsur antara dua kata dasar ini.berurus niaga cari gali . ejaannya tetap terpisah. kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri. iaitu : 1.2.2.

terdapat tiga jenis penggandaan. Contohnya : setiausaha jawatankuasa tanggungjawab setiausaha-setiausaha jawatankuasa-jawatankuasa tanggungjawabtanggungjawab 1. 2. separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU lipat ganda surat khabar urus niaga ibu bapa 1. Penggandaan berentak.2.3. Contohnya : rumah sakit guru besar Raja Muda Timbalan Naib Canselor rumah-rumah sakit guru-guru besar Raja-raja Muda Timbalan-timbalan Naib Canselor melipatgandakan persuratkhabaran diurusniagakan keibubapaan Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap.1 Penggandaan Kata Majmuk Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan.3. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.3 PROSES PENGGANDAAN Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar. Dalam hal ini. sama ada secara penuh. Dengan kata lain. Penggandaan separa. Penggandaan penuh. 15 . 1. penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan. dan 3. iaitu .

Terdapat dua jenis penggandaan penuh. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar.3. iaitu : • pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.3.2 Penggandaan separa Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata pelari • pelari-pelari perbualan • perbualan-perbualan kekasih • kekasih-kekasih kejadian • kejadian-kejadian dasar sahaja.3.3. Contohnya : 1. Contohnya : Sekolah makan besar baju • • • • • sekolah-sekolah makan-makan besar-besar baju-baju Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.1 Penggandaan penuh Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. iaitu : • Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami 16 .

3.3 Penggandaan Berentak 17 . Kata Dasar Berimbuhan tersenyum bercakap setinggi membantu mencuit menari mengejar Imbuhan tersenyum-senyum bercakap-cakap setinggi-tinggi bantu-membantu cuit-mencuit tari-menari kejar-mengejar 1. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU proses pelemahan. dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar. menjadikannya vokal e pepet.3. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut : jari siku sungut pohon laki • jejari sisiku susungut popohon lalaki jejari sesiku sesungut pepohon lelaki pada kata dasar yang berimbuhan.

bunyi yang diulang ialah vokal. penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis. iaitu yang mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contohnya : sayur ramah cerai sayur-mayur ramah-tamah cerai-berai • Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Dalam penggandaan ini. jika ditulis *ipar duai. iaitu : 1 2 3 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Penggandaan Berentak Bebas • Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas Dalam penggandaan ini. Dalam penggandaan berentak. Contohnya : kayu tanah simpang kayu-kayan tanah-tanih simpang-siur Perhatian: Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk 18 . penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu. 1. turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. misalnya. Salah.3.4 KATA AKRONIM Mengikut Tatabahasa Dewan. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya : ABIM UMNO Angkatan Belia Islam Malaysia United Malay National Organisation 1. jika bukan kata nama khas. Contohnya : ABIM Bernama Kugiran .4.3.kumpulan gitar rancak Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu. 1.4. keseluruhannya ditulis dengan huruf besar.pukul rata kugiran . jika kata nama khas.2 Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya.3.kumpulan gitar rancak 1.taman bimbingan kanak-kanak purata . Contohnya : tabika . bergantung pada cara pembentukkannya.4.2 Ditulis bermula dengan huruf besar 19 .3.Angkatan Belia Islam Malaysia .1 Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan.Berita Nasional Malaysia .

Sabran dan Rahim Sham. BACAAN TAMBAHAN Nik Safiah dan rakan-rakan. Oleh itu. Selain itu. Kuala Lumpur : PTS Profesional. proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. (1985). Contohnya : Bernama Intan Proton # Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas. Abdullah Hassan. (2006). Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu. 1. 2. kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. Morfologi Bahasa Melayu. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu . Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. 20 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj. (2006). anda juga dikehendaki mengumpul maklumat tentang Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

1: Kerangka Tajuk 1 GOLONGAN KATA TUNGGAL DAN TERBITAN 21 . Selain itu. tumpuan juga diberi untuk mengenal pasti golongan kata tunggal dan kata terbitan. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Terbitan Mengenal pasti Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk Mengenal pasti Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda Mengenal pasti Golongan Kata Tunggal Mengenal pasti Golongan Kata Terbitan KERANGKA TAJUK-TAJUK BENTUK KATA BENTUK KATA TUNGGAL DAN TERBITAN BENTUK KATA MAJMUK DAN KATA GANDA Rajah 2. kata terbitan. kata majmuk dan kata majmuk.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 2 PERKATAAN DAN BENTUK PERKATAAN BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan kata dan bentuk tunggal.

cahaya. zink. akan. cerpen. mengenal pasti golongan kata tunggal dan mengenal pasti golongan kata terbitan. suka. 2. skru dia.Akronim (Gabungan Huruf Awal) Kata Tunggal . mengenal pasti kata majmuk dan bentuk kata majmuk.1 Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan. wang. kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. sayembara. jauh. cenderamata. tadika. UMNO. meja. golf. cereka Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) Mara (Majlis Amanah Rakyat) Pernas (Perbadanan Nasional) 22 . berita. skrip. isyarat universiti. cam. gembira.Akronim (Gabungan Huruf Awal dan/ Suku Kata .Nama Khas) had. das. rak. teks. asal. dram. almari. Dalam bahasa Melayu. dekat. mahasiswa.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata tunggal. laksana. trak.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2. taska. MAS. bom. sana bahaya. Contohnya : Kata Tunggal Satu Suku Kata Kata Tungga Dua Suku Kata Kata Tunggal Tiga Suku Kata Kata Tunggal Empat Suku Kata dan lebih Kata Tunggal . purata. sini. am. bulat. personifikasi ABIM. ADUN.cas. pemajmukan dan penggandaan. cat. mengenal pasti kata ganda dan bentuk kata ganda. mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata terbitan.Akronim (Gabungan Suku Kata) Kata Tunggal .

-is. Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Nama) Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Kerja) Kata Terbitan Berawalan (Awalan Kata Adjektif) Kata Terbitan Berakhiran (Akhiran Kata Nama) Kata Terbitan Berakhiran (Akhiran Kata Kerja) Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Nama) Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Kerja) Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Adjektif) Kata Terbitan Bersisipan (Sisipan Kata Nama) Kata Terbitan Bersisipan (Sisipan Kata Adjektif) peN-. peN-. makro-. diperter-. telemeN-. ter-.imbuhan itu pula terdiri daripada kata nama. pra-.bel-. se-. tata-. -wati. -em-. per-. -an.. juru. pel-. ko-. memper-. eka-.anti. pel-…-an. akhiran.2 Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan Kata terbitan ialah kata yang terhail daripada proses pengimbuhan iaitu proses mengandingkan imbuhan pada kata dasar. -isme. memper-…-kan. semi-. Contoh bentuk imbuhan adalah seperti di bawah yang merangkumi awalan. dwi-. ber. ke-…-an meN-…-kan. sub-. -em-el-. diper--. -kan. mikro-. kata kerja dan lain-lain. di-. -ah. -in. meN-…. memper-…ke-…-an -el-.. di-…. ke-. te-an. per-. -wan. -in- 23 . -an. -man. di-…kan. maha.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2. pro-. sisipan dan apitan. ber-…-kan. ber-…. -at. diper-…-kan. infra-. -an. -er-. -ita.

tanggungjawab alat-alat tulis. sebahagian) Kata Majmuk Terbitan (Awalan dan Akhiran) Kata Majmuk Terbitan (Apitan) 24 . dikenal pasti. kapalkapal terbang. jawatankuasa. persatuan. matahari. garis pusat. cakera padat. kakitangan. warganegara. lut sinar. tengah hari.3 Kata Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk Kata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan kata dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). Ketua Menteri. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. berat mulut. barisan. kaki bola antarabangsa. Perdana Menteri. Contohnya seperti di bawah. daya serapan mencampuradukkan. sukarela. mengambil alih. Naib Canselor. tandatangan. kaki ayam. terima kasih. guru-guru besar. dicampur aduk. pertubuhan. bumiputera. lebuh raya. para. Kata Majmuk Bebas bandar raya. buah tangan. Duta Besar model linear. pengambilalihan. Persatuan Bekas Perajurit. beritahu. kenal pasti contohcontoh kata terbitan dan senaraikan dalam lajur yang berasingan 2.semua. pengenalpastian. sekumpulan. telefon dail terus anak emas. suruhanjaya. setiausaha. olahraga. kereta lembu. Kata Majmuk Istilah Khusus Kata Majmuk Kiasan/Simpulan Bahasa Kata Majmuk yang Mantap Kata Majmuk Jamak (Gandaan kata pertama) Kata Majmuk Jamak (Penada Jamak .BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN : Dengan merujuk setiap bentuk imbuhan di atas. pesuruhjaya. semua Ketua Setiausaha. banyak. sekumpulan guru penolong kanan. kerjasama.

lauk-pauk.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN : Senaraikan contoh-contoh kesalahan penulisan kata majmuk di kampus anda yang kerap dilakukan oleh pengguna bahasa. Contohnya seperti di bawah. kusut-masai. 2. gunung-ganang 2. kupu-kupu. lelayang. jangan-jangan.4 Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar. Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar atau digandakan secara berima. kalau-kalau. cantik-cantik.lintang-pukang.5 Golongan Kata Tunggal Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan. Dalam bahasa Melayu. tertanya-tanya. elok-elok. simpangperenang. kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. tolong-menolong berlari-lari. pemajmukan dan penggandaan. 25 . Kata Ganda Penuh Kata Ganda Separa Kata Ganda Berentak rama-rama. pulau-pulau lelaki.

5. YAB Datuk Seri Dr.1 Penggolongan Kata: Kata Nama Kata Nama Am (Konkrit) Kata Nama Am (Abstrak) Kata Nama Khas (Hidup . itu apa. Comel. Proton Perdana V6. keadaan kemahuan. Si Belang. daku. ia. dia. saya Kata Ganti Nama (Diri Kedua) anda. idaman. masjid mimpi. mana. Jin. tuan hamba Kata Ganti Nama (Diri Ketiga) baginda. Rafeah.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2. situ LATIHAN : Dengan merujuk akhbar. kamu. sini. tuanku. kami. Sudirman Sang Kancil. Tompok. Alya Nabila. beta. Allahyarham Tun Abdul Razak. 26 . beliau. dikau. seluar.Manusia) Kata Nama Khas (Hidup . hamba. Proton Waja. mereka Kata Ganti Nama (Tunjuk) Kata Ganti Nama (Tanya) Kata Ganti Nama (Tempat) ini. kalian. Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Mahathir. kelompokkan kata ganti mengikut jenisnya. kucing. Vanda Diana (orkid) Jibrail. engkau. patik. berapa sana. siapa. Kementah Kata Ganti Nama (Diri Pertama) aku. kehendak. awak. perasaan.Bukan Manusia) Kata Nama Khas (Tak Hidup) baju.

5. ingin 27 .3 Penggolongan Kata: Kata Adjektif Kata Adjektif Sifat/Keadaan Kata Adjektif Warna Kata Adjektif Ukuran Kata Adjektif Bentuk Kata Adjektif Pancaindera Kata Adjektif Waktu Kata Adjektif Cara Kata Adjektif Perasaan berani. dipererat. cinta. basah. ghairah. kelompokkan jenis-jenis kata kerja mengikut kumpulannya. datang. buruk. tebal bukur. nipis. cerdas. didiami. mersik. laju. mendiami. kecil. digunakan. halus Baru.5. lama. terduduk. bulat. deras. tersenyum. hapak. beransur. bundar. menguning.2 Golongan Kata Terbitan Penggolongan Kata: Kata Kerja Kata Kerja Transitif (Aktif) Kata Kerja Transitif (Pasif) Kata Kerja Tak Transitif (Tak Berpelengkap) Kata Kerja Tak Transitif (Berpelengkap) membeli. putih. menggunakan. perlahan benci. diabaikan. cerdik. merdu.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2. disiram bangun. 2. mempererat. membesar. bising. lazat. gopoh hitam. spontan. segera cepat. leper ayu. mengabaikan. dalam. manis. kerkibaran. menyiram dibeli. biru cetek. berbantalkan LATIHAN : Dengan merujuk keratan akhbar. merah. tinggal.

aduh bagaimana.4.5.4 Penggolongan Kata: Kata Tugas Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat. tetapi. kata tugas dapat dikelompokkan kepada : kata penyambung ayat. yang bahawa. lalu. baik predikat frasa nama. sambil. ya. Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat. hatta. prafrasa dan kata pascakata 2.5. 2. Maka. benar. amboi. siapa. klausa dan ayat.5. harap. jangan. betul.4.2 Kata Praklausa Kata Praklausa Kata Seru Kata Tanya Kata Perintah Kata Pembenar Kata Pangkal Ayat wah. semoga. serta. kata praklausa.5.3 Prafrasa 28 . Kata tugas mempunyai tugas-tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa. bila. syahadan 2. alkisah. kemudian. tolong. atau.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN : Dengan merujuk keratan akhbar. kelompokkan jenis-jenis kata adjektif mengikut jenisnya.4. berapa sila. malahan. usah. frasa kerja ataupun frasa adjektif.1 Kata Penyambung Ayat Kata Penyambung Ayat Kata Hubung Gabungan Kata Hubung Pancangan Relatif Kata Hubung Pancangan Komplemen dan. jemput. untuk 2.

banyak. garisi fungsi ‘nya’ sebagai kata pascakata.5. lah. adalah di. dari. bukan ialah. pernah. Dengan merujuk keratan akhbar. hendak. pun tidak. situ. BACAAN TAMBAHAN 29 . -nya -nya LATIHAN : 1. kah. tah. kelima atas. sedang. sangat. ke. belum amat. mahu.4. pada beberapa. ramai.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Kata Prafrasa Kata Bantu Kata Penguat Kata Penegas Kata Nafi Kata Pemeri Kata Sendi Nama Kata Bilangan Kata Arah 2. dalam.dua. tiga. dalam yang. masih.4 Kata Pascakata Kata Pascakata Kata Pembenda Kata Penekan akan. paling juga.

Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Nik Safiah dan rakan-rakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj. TAJUK 3 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu • Kata Tunggal • Kata Terbitan 30 . (2006). Sabran dan Rahim Sham. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Abdullah Hassan. (2006). Kuala Lumpur : PTS Profesional. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd. Morfologi Bahasa Melayu. (1985).

0 KANDUNGAN ISI 31 . HASIL PEMBELAJARAN i. Mengenalpasti definisi Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu. ii. KERANGKA TAJUK-TAJUK PROSES PEMBENTUKAN KATA DEFINISI DAN JENIS KATA KATA TUNGGAL KATA TERBITAN Rajah 3.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan proses pembentukan kata bahasa Melayu yang menumpukan kepada kata tunggal dan kata terbitan.1: Kerangka Tajuk 3 3. Mengenalpasti jenis-jenis Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu.

Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Satu Suku Kata KV VK KVK 32 . 3. Tahukah anda.1. Tiga Suku Kata. Dua Suku Kata. dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan.1 Jenis-Jenis Kata Tunggal Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata. 2004).BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. jenis-jenis dan huraian Kata Tunggal dan Kata Terbitan bahasa Melayu. apa yang dimaksudkan akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata. Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar.1 Definisi Kata Tunggal Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan. 3. iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Empat Suku Kata dan Akronim. 1996).

1.3 Kata Tunggal dalam bahasa Melayu 33 .2 3.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU KKVK KKKV KVKK KKKVK Dua Suku Kata V + KV V+KVK VK+KVK KV+KVK KVK+KVK V+VK VK+KV KV+V KV+KV+VK Kata Tunggal Tiga Suku Kata KV+V+KV V+KV+V KV+V+KVK KV+KV+V KVK+KV+V KV+KV+VK KVK+KV+VK dan lain-lain Empat Suku Kata dan Lebih KV+KV+VK+KV KV+KVK+KV+KV KVK+KV+KV+KV KVK+KV+V+KV dan lain-lain Akronim Mara Kugiran ABIM Bernama Tabika Gapena Rajah 3.

1 Kata Tunggal Satu Suku Kata Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad. ru. iii. Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing.1. pola gabungan kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut : 1.1. ii. ya Contohnya : am 34 . VK Contohnya : yu. kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis (rujuk Rajah 1. iaitu dipercayai kira-kira 500.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurangkurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh: i.5): i.1.1 Kata Tunggal Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa.3. di mana? ke Kuala Lumpur dari Terengganu 3. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri Contoh: i. iii. Berdasarakan rajah 1 di atas. ii. Kamu. KV 2.3. terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Sudah? Ini? ii.

skaf. ini. binti. VK + KVK Contohnya : ambil. golf. V + KV Contohnya : aku. 7. KVK + KV Contohnya : lampu. cap 4. straw 3. bin. bah. KKKV Contohnya : skru. KKVK Contohnya : staf.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut : 1. umpan 6. aib.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3. tin. senda 11. 3.1. draf. telur dan hiris 10. liar. V + VK Contohnya : ais. KVK Contohnya : cat. VK + KV Contohnya : undi. 6. sunting # Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. blok.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata 35 . KV + KV Contohnya : jala. ulat 4. iri 2. asli. KV + KVK Contohnya : jarum.3. teko 9. zink. KVKK Contohnya : bank. V + KVK Contohnya : izin. aur. apa. alat. kuih 8. KV + VK Contohnya : jauh. KKKVK Contohnya : Skrip. bau. ria 7.1.1. Iblis. air 3. KV + V Contohnya : dia. acah. unta 5. jemput. krim. dan. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku kata. KVK + KVK Contohnya : sandar. pasu.1. lap. brek 5.3. gred.

KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing. KV + KV + KVK Contohnya : teratak. KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna 19. barua 5. KV + V + KV Contohnya : cuaca.1. sembilan 17. ibarat 10. KV + KV + KV Contohnya : seteru. KVK + KV + VK Contohnya : sekian. isteri. mentua. seluar 6. tualang 3. soldadu 13. elaun 14. haluan 7. ilahi. hikayat 16. mesteri. kelompok 3. KVK + KV + KV Contohnya : menteri. KV + KV + VK Contohnya : tempua. belukar. Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman.3. biola 2. tempias. akaun. 1. VK + KV + KV Contohnya : almari. biasa. V + KV + KV Contohnya : utara. KV + KVK + KV Contohnya : belanja. V + KV + VK Contohnya : ideal. Teruna 12. idea. umpama 11. V + KV + VK Contohnya : mendiang. Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. V + KV + V Contohnya : usia. tetapi pola suku katanya agak banyak. KV + KV + V Contohnya : mulia. KV + V + KVK Contohnya : siuman. iaitu 19. VK + KV + VK Contohnya : ilmiah. amaran. manfaat 8.4 Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata. Antaranya seperti berikut : 36 . cendawan. V + KV + KVK Contohnya : ijazah.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil. akliah 15.1. terumbu keranda 18. urea 4. KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat. asasi 9. budaya.

KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga.1 Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu.1.Berita Nasional Malaysia Kugiran . KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara. jika kata nama 37 . KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan 12.3. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari.5 Kata Akronim Mengikut Tatabahasa Dewan.5. bergantung pada cara pembentukkannya.1. keseluruhannya ditulis dengan huruf besar. singgahsana 9. bijaksana 3.3. maharajalela 3.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1. selesema 6. a.1. Contohnya : ABIM .1. sanubari. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. nasional 10. turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat. biduanda 2. KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter 8. KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari.kumpulan gitar rancak 3. KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya . KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa 5. kelemumur 7. V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti 11. sandiwara 4. Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana.Angkatan Belia Islam Malaysia Bernama .

proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu 3.2 Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan. jika bukan kata nama khas. kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU khas. Oleh itu. 38 .kumpulan gitar rancak c. Contohnya : tabika .taman bimbingan kanak-kanak purata . Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya. iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.pukul rata kugiran . Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas. Contohnya : Bernama Intan Proton # Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara Perusahaan Otomobil Nasional Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Contohnya : ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia b.

3.. misalnya ke-. iaitu: 1..an dalam keindahan dan di-. awalan kata nama 2.dalam berjalan dan di.2. iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar... misalnya –el. misalnya ber. awalan...BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. sisipan.dalam diambil.1.. 3. sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata terbitan dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak. yang hadir sebelum kata dasar. membentuk kata nama.imbuhan ini dihuraikan di bawah ini. Dalam bahasa melayu. akhiran. 39 . misalnya – kan dalam jalankan dan -i dalam ikuti. Imbuhan.dalam sinambung.1 Awalan Kata Nama Awalan kata nama ialah awalan yang. Awalan kata kerja 3. yang hadir sesudah kata dasar. iaitu : 1. apabila bergabung dengan kata dasar. yang hadir di celahan kata dasar. yang hadir secara mengepit kata dasar.. Terdapat empat jenis imbuhan .2.-i dalam diikuti. Awalan kata adjektif 3. 4. 2.1 Imbuhan awalan Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan.dalam telunjuk dan -in. apitan.

1. pewangi. ekahala dwibahasa. prasangka subbidang. suprakategori ekabahasa. peguam ketua.2 Awalan Kata Kerja Awalan kata kerja ialah yang.2. juruterbang mahasiswa.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Contohnya : peN= Awalan pepempenpengpengePerkataan pelukis. penjual pengguna. pencari. tatanama prasejarah. tatanegara. pengetin. dwifungsi. pertapa pesara. suprasistem. apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata kerja. ekasuku. prakata. mahaguru. pengukur pengebom. kelepek jurubahasa. pengecat perasap. pembeli. pengayuh. jurujual. 40 . dwibudaya perpekejurumahatataprasubsupraekadwi- 3. pekedai. kehendak. subsistem. pemberi pendatang. perbara. penyanyi pembalut. subkategori suprakelas. maharaja tatabahasa.

diperbesar.2.5 Akhiran Kata Nama Akhiran kata nama ialah akhiran yang. apabila bergabung dengan kata dasar. memberi.4 Imbuhan Akhiran Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran. diperoleh 3. sehalus. dan 2.2. sejernih 3. menari. mentadbir mengaji.1. memperoleh berkata. akhiran kata nama.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Contohnya : Awalan meN= mememmenmengmengePerkataan melukis. iaitu : Awalan ter sePerkataan terpandai. menghasut mengebom. menduga. bersetuju. akhiran kata kerja 3. berbangga terkata. terdapat hanya dua awalan adjektif . terpanjang seputih. memperbesar.2.1. tersenyum diatur. mengetin. merasa membeli. termerah. membentuk kata adjektif . iaitu : 1. terasa. mengecat memperberterdidiper- memperisteri.3 Awalan Kata Adjektif Awalan kata adjektif ialah awalan yang. membentuk kata nama. dibeli.1. membalut mendaki. disuruh diperisteri. apabila bergabung dengan kata dasar. 41 . mengasuh.

iaitu –kan dan –i . membentuk kata kerja. 42 .2. apitan kata nama 2. iaitu : 1. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja. apabila bergabung dengan kata dasar.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Contohnya : Akhiran -an -wan -man -wati -isme --in -at -ah Perkataan ajaran. Perkataan lahirkan.1. ambilkan. seniman seniwati. sertai 3. bacaan ilmuwan.1. apitan kata adjektif. sultanah 3.2.7 Imbuhan Apitan Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan. hulurkan ikuti.8 Apitan Kata Nama Apitan kata nama ialah apitan yang. muslimin hadirat. apitan kata kerja 3. usahawan budiman. muslimat ustazah.1. jalani. peragawati nasionalisme. akan membentuk kata nama. komunisme hadirin. sosialisme. budayawan. Contohnya : Akhiran -kan -i 3. apabila bergabung dengan kata dasar.6 Akhiran Kata Kerja Akhiran kata kerja ialah.2. silaan.

.-an perkataan memajukan. didorongkan..... beratapan ditaburkan.-i mem-.-i me-. didekati.. kelurusan 3. memperingati kehujanan.-an Perkataan pelaksanaan.kan me-. mewarnai mendahului.. mengepinkan beralaskan... mengesyorkan. pemfitnahan pendakian.2... penyuluhan pembukaan... membentuk kata kerja.. berjudulkan bertaburan...-an pe-.kan men-.9 Apitan Kata Kerja Apitan kata kerja ialah apitan yang....-i men-.......... mengawasi....-an pem-.1.... memfatwakan.-an: pe-.-kan meng-.ka n ber-. memperlihatkan... pengkhayalan pengesahan. membelakangi..... bergantungan.-kan memper-....-an penge-. membasahi menghendaki....BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Contohnya : Apitan peN-.. petempatan perjumpaan.. kepanasan..-i meng-.. pentauliahan penguduran....-kan meN-. menjauhi membanjiri...... mengkhianati dianugerahi... mensyaratkan menggulingkan.. pesisiran.kan menge-.-an per-.-i memper-. apabila bergabungan dengan kata dasar. melakukan. digulingkan melalui....-kan mem-.. dianuti diperdengarkan.. pencucian. menanyakan membezakan... mentakrifkan..-i ke-.-an pen-..-kan diper-. persamaan.. penggandaan....... pengeboman... mengelakkan. diperlihatkan.. Contohnya: Apitan meN-. berbekalkan..-i di-...... kebijakan.-an peng-..-an ke-. memberikan mendirikan..-an di-. pemburuan... perusuhan. perlumbaan kecantikan..-kan ber-... mengkhususkan mengehadkan.-i diper-.. kecurian 43 . pengekodan pendalaman. diperbahaskan diperingati memperdengarkan. mencucuri...... menyedari.

apabila digabungkan dengan kata dasar..2. kemuncup 3. sisipan kata nama..2.1.-an Perkataan kemelayuan keinggerisan kearaban 3.1.. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif .. 44 . Maksudnya. apabial hadir di celahan kata dasar.-an ke-. kelemumur seruling... iaitu ke-. Terdapat dua sisipan yang masih wujud. iaitu: 1. membentuk kata adjektif. Contohnya : sisipan -el-er-emperkataan telunjuk. membentuk kata adjektif.1. membentuk kata nama. dan 2..13 Sisipan Kata Adjektif Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang. apabila hadir di celahan kata dasar.12 Sisipan Kata Nama Sisipan kata nama ialah sisipan yang.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3. kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Contohnya : Apitan ke-..an..2.1...-an ke-..11 Imbuhan Sisipan Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara membentuk perkataan. tidak ada perkataan baharu yang dibentuk dengan sisipan... Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan dan tidak dapat hadir dala m perkataan-perkataan lain.2.. keruping kemuning. telapak.10 Apitan Kata Adjektif Apitan kata adjektif ialah apitan yang. sisipan kata adjektif. 3..

berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata tunggal mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. AKTIVITI Secara berkumpulan. gemuruh. gelembung serabut.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Contohnya : Sisipan -el-er-em-inPerkataan selerak. sementara sinambung AKTIVITI Secara berkumpulan. berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata terbitan mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. gerodak gemilang. LATIHAN 45 .

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Al (1996). (2006). Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Nik Safiah et. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Tatabahasa Dewan. TAJUK 4 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu • Kata Majmuk • Kata Ganda 46 . Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Nyatakan jenis kata Tunggal untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) ghairah (vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat (ii) cabar (iii) masyhur (iv) dekad (v) pulau 2. (1980). Raminah Sabran dan Rahim Syam.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Beri satu contoh perkataan untuk keempat-empat jenis kata terbitan yang telah anda pelajari. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia .Bhd. (1985). Abdullah Hassan.

1: Kerangka Tajuk 4 4. jenis-jenis Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu. jenis dan perinciannya. HASIL PEMBELAJARAN (i) Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam bahasa Melayu.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. (ii) Menghuraikan jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa Melayu. Setiap kata majmuk dan kata ganda pula dihuraikan kepada definisi. Perbincangan juga turut 47 .BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda yang terdapat dalam Bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK Proses Pembentukan kata Definisi dan Jenis-jenis kata Kata Majmuk Kata Ganda Rajah 4.

kata majmuk dapat digolongkan kepada tiga kategori. misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu ). yang boleh menerima dan (pinggan mangkuk ). Antara rumah batu. jumlah kata majmuk adalah besar. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit. (Tatabahasa Dewan. iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. ii. terima kasih. dan telefon dail terus. Berdasarkan jenisnya. iii. 4. Contoh kata majmuk : kerusi malas. biru laut. 1996).sebuah frasa. 4.1 Kata Majmuk yang Terdiri daripada Rangkaian Kata Bebas Contohnya : bandar hijau hijau daun terima kasih 48 bom tangan kuning langsat campuk aduk . dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Kata Majmuk Rangkaian bebas Kata Majmuk Pengimbuhan Kata Majmuk Penggandaan 4.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU ditumpukan kepada perincian jenis-jenis kata majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu.2.2 Jenis-Jenis Kata Majmuk Dalam bahasa Melayu. yang sebahagiannya besar terdiri daripada kata nama. Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa.1 Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna. iaitu : i. Ini berbeza dengan rumah besar. yang boleh menerima yang (rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk.

2. contohnya : Duta Besar Setiausaha Politik Profesor Madya 4.2 Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khusus Contohnya : deria rasa telefon dail terus segi tiga pita suara medan sinaran segi empat panjang Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Perpustakaan Timbalan Naib Canselor 4. Namun. Perkataan-perkataan sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja sebagai satu perkataann.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU guru besar segi empat panjang dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran. iaitu Simpulan Bahasa Contohnya : kaki ayam rabun ayam panjang tangan pilih kasih anak emas tumbuk rusuk 4.2.3. walaupun bentuk kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. iaitu : antarabangsa sukarela jawatankuasa tanggungjawab olahraga setiausaha bumiputera tandatangan kerjasama pesuruhjaya beritahu suruhanjaya kakitangan warganegara matahari 49 . misalnya kertas kerja dan urus setia.1 Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah.3 Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan.2.

dukalara Contohnya : daripada. kekecuali berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan benntuk yang telah mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur. Kata Nama Kata Adjektif Kata Sendi Nama Kata Hubung Kata Tanya Contohnya : peribadi. 3. Naib-naib Canselor. Contohnya : Warganegara-warganegara. Antaranya : 1. 5. hulubalang Contohnya : sukacita. pada kebiasaannya melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. barangkali Contohnya : bagaimana 4. setiausaha- 50 . gambar-gambar rajah. walhal. Menteri-menteri besar. kepada Contohnya : manakala. Guru-guru Besar Namun. setiausaha 4. terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan perkataan.3.2. 4.3. 2.3 Pengimbuhan Kata Majmuk tandatangan-tandatangan.2 Penggandaan Kata Majmuk Dalam penggandaan kata majmuk.2. Contohnya : Alat-alat tulis.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Selain itu.

kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar. Terdapat dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan.kata ganda penuh. kata ganda separa. iaitu : a. 2. Contohnya : campur aduk ambil alih daya serap menjadi menjadi menjadi bercampur aduk mengambil alih daya serapan b. iaitu : 1. 1996). 51 . Kata ganda penuh boleh terdiri daripada : 1.1 Kata Ganda Penuh Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Contohnya : campur aduk ambil alih satu padu menjadi menjadi menjadi mencampuradukan pengambilalihan menyatupadukan 4. dan 3.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan. Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran sahaja dan dieja terpisah.3.3 Kata Ganda Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar (Tatabahasa Dewan. Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis. Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya bercantum. kata ganda berentak 4.

kata ganda penuh yang terdiri daripada kata berimbuhan. Pengganda separa jenis ini berlaku hanya pada golongan kata kerja dan kata adjektif. kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan. tetapi yang penggandaan berlaku hanya pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. Contohnya : Di Bahagian Belakang Kata Dasar Di bahagian Hadapan Kata Dasar berlari-lari cinta-mencintai mencari-cari bantu-membantu sepandai-pandai kejar-mengejar 52 . Contohnya : pelajar-pelajar ajaran-ajaran kementerian-kementerian 4. Contohnya : Laki-laki Siku-siku Jari-jari menjadi menjadi menjadi lalaki sisiku jajari lalangit menjadi menjadi menjadi menjadi lelaki sesiku jejari lelangit Langit-langit menjadi 2.3.2 Kata Ganda Separa Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Contohnya : rumah-rumah buku-buku masjid-masjid 2. kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang penggulangannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet. Kata ganda separa boleh terdiri daripada : 1. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar atau dibahagian hadapan.

kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan vokal. kata ganda berentak melalui pengulangan konsonan Contohnya . Contohnya : Sayur-mayur Calar-balar Saki-baki 2. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu. kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu : 1.4 Kata Ganda Berentak Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. kata ganda berentak bebas. Contohnya : kusut-masai ipar-duai rempah-ratus lintang-pukang AKTIVITI 53 .3. mundar-mandir tanah-tanih kayu-kayan 3.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 4. tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi. iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak bunyi.

e. e. nyatakan kata terbitan tersebut. Nyatakan jenis kata majmuk tersebut. a. b. b. teliti kata majmuk dan kata terbitan vokal dalam Bahasa Melayu.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Secara berpasangan. 2. d. d. Kemudian. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis kata majmuk dan kata terbitan tersebut. Teliti kata majmuk dalam Bahasa Melayu berdasarkan contoh di beri. Gunung-ganang Lintang pukang Lelabi Pokok-pokok Anak beranak BAHAN BACAAN 54 . Simpang siur Mengadu domba Penyahtaksaan Melatih tubi Pengambilalihan Teliti kata terbitan dalam bahasa Melayu berdasarkan contoh diberi. LATIHAN 1. c. Kemudian. c. a.

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 55 . Nik Safiah Karim et.al. Abdullah Hassan. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia . (2006). Raminah Sabran dan Rahim Syam. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. TAJUK 5 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Abdullah Hassan.Bhd. (1980). Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. (2006). (1985). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan.

Oleh itu. klausa dan frasa.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU • • • • Konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). anda seharusnya dapat: 1. 1996) yang menggolongkan perkataan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa. frasa kerja (FK). Walaupun demikian. kriteria struktur fonologi atau bunyi. menjelaskan konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum. 2. Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu. perbincangan dalam topik ini menjurus kepada Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et. Binaan sintaksis merujuk kepada konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat. menghuraikan konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa 56 . manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. Sehubungan itu. iaitu klausa dan frasa. Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu. kriteria struktur morfem. Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa boleh digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria misalnya. iaitu frasa nama (FN). kriteria sintaksis dan kriteria semantik?. perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap konstruksi sintaksis. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. iaitu ayat. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. iaitu frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. klausa dan ayat.al.

3. 4. KERANGKA TAJUK-TAJUK Golongan Kata Bahasa Melayu Konsep golongan kata Bahasa Melayu Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu 5. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Melayu. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa yang berbeza. ahli-ahli 57 . (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun.1 Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu Walaupun Nik Safiah Karim et.0 KANDUNGAN ISI Anda perlu mengetahui bahawa. Seterusnya. mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu. perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu.al. 5.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing (Ali Mahmood et.al.1: Golongan Kata Menurut Marsden (1812) b. Golongan Kata Menurut Asmah (1968): 58 .2: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927) c. 2010) seperti berikut: a. Golongan Kata Menurut Marsden (1812): Rajah 5. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927) Rajah 5.

4: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996) 5. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996): Rajah 5.3: Golongan Kata Menurut Asmah (1968) d.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Bahasa Melayu 59 .BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Rajah 5.

kata nama am dan kata ganti nama seperti rajah di bawah. 5.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu. iaitu perincian kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja.2. kata adjektif dan kata tugas.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama 60 . Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik. perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu 5. namun perbincangan dalam topik 5 dan topik 6 hanya menjurus kepada empat golongan perkataan.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang golongan kata Bahasa Melayu.3. Sehubungan itu. iaitu kata nama khas. kata kerja. tempat atau benda. Rajah 5. iaitu kata nama.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Nama 5.1 Ciri-Ciri Golongan Kata Nama Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang.

jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata nama khas. Rajah 5. a. Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda. haiwan. iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. bahasa. iaitu kata nama khas. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang. pangkat.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Seperti yang telah dibincangkan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua.1). Kata nama am boleh dibahagikan kepada 61 . Nama khas hidup dibahagikan kepada dua. bangsa.(1996) menyatakan. Nik Safiah Karim et al. undang-undang. benda. kata nama am dan kata ganti nama (Rajah 2. Kata Nama Khas Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan. perbadanan (institusi). iaitu manusia dan bukan manusia.6: Kata nama khas b. kata nama am dan kata ganti nama. perkara atau konsep yang umum sifatnya. dan seumpamanya.

kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. 62 . iaitu kata ganti nama diri orang pertama. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil. iaitu (i) hidup atau tidak hidup.al (1996). Kata Ganti Nama Menurut Nik Safiah et. iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga. Seterusnya.7: Kata Nama Am c. (ii) manusia atau bukan manusia. (iii) Institusi atau bukan institusi. iaitu (i) Kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua. dan (ii) kata ganti nama tunjuk.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya. (iv) konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak berbilang seperti berikut: Rajah 5.

al. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan.8: Kata Ganti Nama 5.3.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.2006) seperti berikut: 63 . Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik Safiah Karim et. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut: Rajah 5. iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU kedua dan ketiga.

3. ii) Pengarang itu menulis buku.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU KATA KERJA KATA KERJA TRANSITIF KATA KERJA TAK TRANSITIF AKTIF PASIF BERPELENGKAP TAK BERPELENGKAP Rajah 5. kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-. memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat. Dalam ayat transitif ini. me-…i. 64 .3 Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja 5. Contoh: i) Samad membacakan ayahnya surat. iaitu (i) kata kerja aktif transitif. (ii) kata kerja aktif tak transitif dan (iii) kata kerja pasif. memper-…kan. (a) Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan.

(b) Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. kedinginan. Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam. 65 . Contoh : i) ii) iii) iv) v) vi) Pegawai itu berkereta ke pejabat. dan bersendirian. duduk. terjatuh. bertulis dan sebagainya. iaitu (i) (ii) Kata kerja pasif berawalan ber. berlipat.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU iii) Aminah sedang mencuci pakaian. iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur. Anak Pak Mat menangis di dalam bilik. Terdapat tiga jenis kata kerja pasif.seperti terangkat. Padi sedang menguning.seperti berasah. tercapai dan sebagainya. berkereta. Kata kerja pasif berawalan ter. Gadis itu tersenyum. ber-…an dan ter seperti perkataan menangis. (iii) Kata kerja pasif ke …. (c) Kata kerja pasif Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif. jatuh. Pemuda itu sedang berbual. datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhanimbuhan : me-.. terbunuh. kehujanan dan sebagainya.an seperti kecurian. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur. ber-.

kata nama khas dan kata ganti nama berdasarkan senarai perkataan yang berikut: Tugu Negara Cangkul Sepet Siti Meja Sedih Kamu Dia Cantik Hospital Mereka Kuala Lumpur Komputer Tun Ali 2. ii. kenal pasti kata nama am. Kenal pasti jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam petikan tersebut.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU AKTIVITI 1.Bina ayat yang tepat berdasarkan kata kerja tersebut. pilih satu petikan akhbar yang sesuai dan jalankan aktiviti berikut: i. LATIHAN 66 .Secara berpasangan. Secara berkumpulan (tiga hingga empat orang).

perbadanan dan sebagainya serta dieja dengan huruf beasr. Kuala Lumpur: 67 . Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Isi tempat kosong di bawah ini dengan jawapan yang tepat tentang golongan kata nama dan kata kerja. iv. ii. _______ialah kata yang merujuk khusus kepada nama orang. Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia. v. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). nama______ nama _____dan nama_______. Kata nama khas dibahagikan kepada dua. (2006). haiwan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Abdullah Hassan. iii. iaitu kata kerja ________dan kata kerja ____ ____________.al. Kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan. iaitu nama khas ________dan nama khas_______ ___________. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia . Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. i. Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kata nama ialah kata yang digunakan untuk nama_______. Ali Mahmood et. benda. Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan _____ ______. (1980) . Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan ____________ vi.

al. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Raminah Hj. Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu :Kuala Lumpur:Open University Malaysia Nik Safiah Karim et.Sabran dan Rahim Syam.al (1996. (2010). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan:Penerbit Fajar Bakti.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Ali Mahmood et. 68 . Tatabahasa Dewan. 2006). (1985).

Oleh itu. pendepan. atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung. klausa. penentu. kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. penguat. pemeri dan tugas-tugas lain. pembantu. pembenar. penegas. Sehubungan itu. anda seharusnya dapat: 1. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. penafi.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 6 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • • • Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu. Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu Untuk pengetahuan anda. kata adjektif boleh disertai oleh kata keterangan amat. Kata tugas pula hadir dalam ayat. penerang. mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu 69 . menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu. 3. sungguh dan sangat. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu. 2. Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu. kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU KERANGKA TAJUK-TAJUK Golongan Kata Bahasa Melayu Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu 6.0 KANDUNGAN ISI Untuk pengetahuan anda. 70 .al (1996. seperti yang dikemukakan khususnya berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim et. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut: Ahmad sangat pandai bermain muzik. 2006) dan ahli-ahli bahasa yang lain. 6. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu.1 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif Tahukah anda bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif?. Frasa adjektif pula boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Perbincangan selanjutnya pula ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu.

seperti contoh berikut: kuat keras bijak Contoh ayat: pintar lemah cergas nakal sihat jahat i. Dia lemah dalam matematik 71 . (v) kata adjektif waktu. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat. agak. Budak nakal selalu kena marah ii. masih lebat lagi. iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan. benar. dan (ix) kata adjektif pancaindera Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan.al. sungguh. sudah lama sungguh. (viii) kata adjektif perasaan. (ii) kata adjektif warna.2 Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif Anda tentu telah mengetahui bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali.al. (vii) kata adjektif cara. apitan. Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. (iii) kata adjektif ukuran. Buah cempedak itu enak sekali. paling. (2006) kata adjektif terbahagi kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis. (iv) kata adjektif bentuk. atau sisipan (Ali Mahmood et. (vi) kata adjektif jarak. 6. sangat.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Pemuda itu baik sungguh. 2007) Menurut Nik Safiah Karim et. sekali. sama ada imbuhan awalan.

gemuk kurus rendah panjang pendek kecil Buku tebal itu sudah saya baca. seperti contoh yang berikut: tebal nipis tinggi Contoh ayat: i. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi. ii. iv. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat. Dia memiliki mata berwarna biru. Anak Pak Kamar bijak sekali. Anaknya masih kecil lagi. Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna. iv. ii.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU iii. iii. Baju kesukaan saya berwarna kuning. v. Pokok itu semakin hari semakin tinggi. v. seperti contoh berikut: jingga putih Contoh ayat: i. Badannya semakin kurus. Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran. iv. iii. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih. perang biru hitam kelabu Adik suka pakai baju hijau. seperti contoh berikut: 72 . Kereta merah itu kepunyaan abang. Peserta itu berdiri dengan cergas. Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk. v.

iii. bulat leper buncit bujur bundar tajam Jalan lurus mudah dilalui. ii. Pinggan leper itu untuk pinggan makan. Kenangan silam sukar dilupakan. iii. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut: nyaris hampir Contoh ayat: i. v. Universiti itu dekat dengan lebuhraya. ii. 73 . iv. seperti contoh yang berikut: kerap jarang baharu Contoh ayat: i. Mukanya bujur sirih. Dia berada di kampus sehari suntuk. dekat jauh Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU lurus bengkok lonjong Contoh ayat: i. v. iv. ii. awal lewat dahulu sering silam lampau Kedatangannya lewat hari ini. Matanya tajam memandang ke hadapan Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa. Bentuk buah kelapa itu lonjong. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.

iv. seperti contoh yang berikut: pantas lambat laju Contoh ayat: i. ii. Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan. takut hendak rindu malu geram marah Dia masih marah kepada saya.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU iii. seperti contoh yang berikut: kasih sayang cinta Contoh ayat: i. iii. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya. iii. deras gopoh cermat ligat perlahan cepat Kereta itu dipandu dengan laju. ii. Siapa cepat dia dapat. Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam. Dia cermat apabila berbelanja. Pemuda itu masih malu untuk bersuara 74 . Gasing itu berpusing ligat. v. Mereka amat rindu akan kampung halaman. Arus sungai itu sangat deras. Dia berdiri hampir dengan kereta saya. iv. v. Kanak-kanak itu takut akan kucing.

dengar. iii. bau. ii. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian. Kebanyakan lelaki bersuara garau. Teriakannya nyaring sungguh. iii. ♣ Indera pandang comel cantik i. Saya suka mendengar suaranya yang lembut. ♣ Indera dengar nyaring merdu i. 75 . pandang. Alunan musik itu mersik. iv. Kain yang kesat itu ialah kain lap. hodoh buruk molek segak lembut garau mersik serak kasar kesat licin keras Lantai itu licin kerana baru dicuci.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh. v. Pemuda segak itu guru saya. v. Kulit mukanya sangat halus. ii. Buku itu berkulit keras. iv. dan rasa seperti contoh yang berikut: ♣ Indera sentuh lembik halus i. Suaranya merdu bagai buluh perindu.

Kuih tradisional itu terlalu manis. Rumah buruk itu tidak berpenghuni. Saya tidak suka minum ubat pahit. ♣ Indera rasa manis masin i. ♣ Indera bau wangi busuk i. ii. 6.3 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Tugas 76 . iii. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir. iv. Setiap hari kita minum air tawar. Dia ingin mengahwini pemuda tampan. ii. Bunga ros itu harum baunya. Setiap hari dia memakai minyak wangi. kelat payau masam lazat hanyir hancing harum tengik Kakaknya suka berpakaian cantik.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU ii. iv. iii. iv. Pakaian pengantin itu molek sungguh. Buah limau masam rasanya. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah. iii. v. v. vi. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan. Semua orang suka makanan lazat.

al. berapa. atau. lah. siapa sila. paling juga. tolong. amat. tepi 6. betul. Sehubungan itu.cis apa. klausa. dalam.4 Jenis-Jenis Golongan Kata Tugas Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat. segala. atau sebagai kata pascakata. Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat. fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri. bawah. banyak atas. dari. penguat. dan sebagainya. pernah sangat. syahadan akan. kah. tah. iaitu tidak boleh menjadi unsur inti untuk frasa nama. berfungsi sebagai kata praklausa. daripada ya. Dengan perkataan lain. maka. frasa kerja. Sila rujuk jadual yang berikut untuk huraian tentang jenis-jenis kata tugas (Ali Mahmood et.amboi. kata hubung kata seru kata tanya kata perintah kata pangkal ayat kata bantu kata penguat kata penegas kata nafi kata pemeri kata sendi nama kata pembenar kata bilangan kata arah : : : : : : : : : : : : : : dan. golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi golongan kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama. penegas. penentu. harap hatta. Berikut disenaraikan kelompok kata tugas dan contoh-contoh perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis tertentu. klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. benar dua. bukan ialah. tetapi wah. prafrasa.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan). penerang. pun tidak. pembenar. adalah di. atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat.2010) 77 . penghubung. dan frasa adjektif. sudah.

Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah. • • Komplemen bahawa • • • Keterangan kerana. andai kata. lalu. kemudian • • Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. supaya. atau. meskipun. sambil.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Jenis Kata Tugas (i) Kata Hubung Gabungan Kata Tugas Ayat 1. serta. • Gabungan dan. tetapi. malahan. Mereka beramairamai pergi ke sekolah yang menawarkan kursus komputer. Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya. • (ii) Kata Hubung Pancangan 1. hingga. • Relatif yang • Budaya hidup yang bertoleransi dapat menjamin kesejahteraan. agar. Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. kalau. semoga. jikalau. • 78 Pertandingan badminton akan ditangguhkan . sekiranya. Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. kendatipun. Semua pihak harus menyedari bahawa perkara yang dihadapi adalah amat mencabar.

(iii) kata praklausa. (v) kata adjektif waktu. kata adjektif sifatan atau keadaan. catatkan dua contoh kata adjektif untuk setiap jenis kata adjektif. iaitu (i) kata hubung gabungan. (ii) kata adjektif warna. (viii) kata adjektif perasaan. (ii) kata hubung pancangan. kenal pasti jenis-jenis kata tugas yang berbeza.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU AKTIVITI 1. (vii) kata adjektif cara. dan (ix) kata adjektif pancaindera. Secara berpasangan. (iv) kata prakfrasa dan kata pascakata. 79 . 2. iaitu (i). (vi) kata adjektif jarak. (iv) kata adjektif bentuk. (iii) kata adjektif ukuran. Berdasarkan petikan di bawah.

Dalam ucapan perasmiannya. guru. Tegas beliau. seminar ini diharapkan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Kuala Terengganu.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Masyarakat kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi. Pelestarian bahasa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan. Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Terengganu ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab ke-sopanan dan kesantunan berbahasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat.gov. pendidikan dan di tempat awam.” Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa. beliau menegaskan bahawa “penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Di samping itu. sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa. bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan. Oleh itu. pegawai kerajaan. beliau berharap agar seminar ini dapat menyemarakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan. krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu. dan krisis pembudayaan tentang mutu penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai ranah seperti pentadbiran. apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. media massa.” Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan. Profesor Dr. mengangkat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peserta. penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan. Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof.pdf 80 . bakal pendidik. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun. Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah. “krisis pembudayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk. Sumber: http://www. Haji Awang Sariyan ketika membentangkan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Seminar Kesantunan Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental.dbp.my/klikdbp/klikdbp1apr7. iaitu.

" balasnya.. kau marah?" Aku menggetis donat di dalam piring. Menarik nafas. Kemudian kenal pasti jenis-jenis kata adjektif tersebut. Tapi berkongsi pandangan. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh. "Ya. Dia mengorak senyum. dan tidak. mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Aku mencapai satu paket gula. betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional? Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Kopi yang masih panas kucicip perlahan.. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan. Aku masih diam. "Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan. lalu menyuapkannya ke mulut. Hilwah.. tapi maksud kau. "Hilwah. "Err. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. "Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?". Rasa terhina! BAHAN BACAAN 81 . Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya. Kurang manis. kenal pasti dan gariskan golongan kata adjektif yang terdapat." "Aku bukan mengajak bertekak..BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN Berdasarkan petikan cerpen di bawah. Pandangannya menuntut jawapan." Aku menjawab acuh tidak acuh.

Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia. 2006). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.al. Tatabahasa Dewan.BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Abdullah Hassan. Ali Mahmood et.Nik Safiah Karim et.al. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur: 82 . Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu :Kuala Lumpur:Open University Malaysia Nik Safiah Karim et. (2010). Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti. Tatabahasa Dewan. 2006).al (1996. (1980) .al (1996. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia . Ali Mahmood et. Rencana Linguistik. Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Abdullah Hassan (2008).Bhd. (2007).Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan (2006).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->