You are on page 1of 5

KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Menurut Mok Soon Sang (2004), konsep pendidikan di Malaysia boleh

di tafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah di umumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan itu akan menentukan sumber inspirasi kepada semua usaha rancangan dalam bidang pendidikan serta menentukan arah haluan dan asas pendidikan. Pengumuman Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Menurut Mok Soon Sang (2000), tujuan falsafah pendidikan adalah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkaraperkara yang penting di dalam kehidupan. Falsafah pendidikan merupakan pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Selain itu, falsafah pendidikan ini digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideology negara sebagaimana yang telah disebutkan dalam Laporan Dasar Pendidikan termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Negara ini akan menjadi lampu yang memberi petunjuk dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Menurut Mok Soon Sang, 2004, falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Dengan mengambil kira aspek-aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal dengan rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan. Di samping itu, beberapa faktor yang berkaitan telah dipertimbangkan ketika menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh memberi bimbingan dan panduan yang manfaat kepada segala usaha pendidikan. Di antara beberapa faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas ketika menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara, faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya serta faktor politik yang menentukan idealogi negara dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan. Selain itu, faktor-faktor lain pula adalah faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara, faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri. Faktor terakhir pula adalah faktor sejagat yang berkaitan

dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. 2.1Faktor Agama

Menurut Mok Soon Sang (2004), agama islam adalah agama rasmi bagi negara Malaysia yang telah anda semua sedia maklum. Di samping itu, agama Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya bebas dianuti dan diamalkan selagi tidak melanggar undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya Agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas ketika proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya yang berbunyi, mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pendidikan melalui agama masing-masing sangat penting bagi memastikan nilai-nilai baik dapat dihayati dalam semua aspek kehidupan. Melalui pendidikan ini, masyarakat dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk di dalam membuat keputusan terhadap sesuatu perkara. Bagi yang beragama Islam pula, amalan-amalan penganutnya akan dikira di alam akhirat kelak. Justeru itu, penganut yang beragama Islam haruslah membuat kebaikan dan melaksanakan segala perintah dan suruhan dari Allah dengan seikhlasikhlasnya. 2.2Faktor Sosial

Faktor seterusnya adalah faktor sosial. Seperti yang anda semua sedia maklum, masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Antara kaum-kaum yang terdapat di dalam negara Malaysia ialah kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan pelbagai kaum yang lain. Di setiap negeri di negara Malaysia ini mesti terdapat kaum-kaum yang berbilang tersebut. Ke semua kaum tersebut haruslah mempunyai sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain bagi mewujudkan keharmonian dan kemakmuran di dalam negara. Ini dapat dikuatkan lagi dengan pendapat Mok Soon Sang, 2004, yang menyatakan sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaumyang merupakan kriteria yang paling penting dalam usaha mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah mewujudkan salah satu di antara matlamat pendidikan yang disebutkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi,melahirkan rakyat Malaysiamemberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Selain itu, setiap kaum perlulah berkomunikasi ataupun bersosial dengan kaum yang lain supaya dapat mengeratkan lagi perpaduan di antara kaum. Ini penting agar tidak ada kaum yang berasakan mereka terpinggir dari arus kemajuan negara. Dengan komunikasi dan kerjasama di antara semua kaum akan dapat melahirkan negara yang maju dari segi ekonomi dan pelbagai dari segi budayanya. Sebagai contoh, ketika orang Melayu merayakan perayaan Hari Raya Aidilfitri, kaum-kaum yang lain turut sama memeriahkan sambutan tersebut dan begitulah sebaliknya.

2.3-

Faktor

Politik

Faktor politik juga memainkan peranan dalam pembentukkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Mok Soon Sang (2004) lagi, seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi. Pengaruh politik memainkan penting di dalam penentuan dasar pendidikan negara dalam usaha membentuk idealogi negara. Pengaruh politik penting didalam melahirkan rakyat yang tidak mempunyai hasad dengki di antara satu sama lain. Ini akan mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai. Sehubungan dengan itu, dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas ketika membuat peggubalan tersebut. Matlamat ini di jelaskan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi, melahirkan rakyat Malaysiamemberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Falsafah tersebut sama dengan fakt or sosial. 2.4- Faktor Ekonomi Faktor ekonomi juga memainkan peranan penting di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Faktor ekonomi ini penting agar bajet-bejet yang diperuntukkan untuk pendidikan digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak membazir dengan menjalankan akiviti yang tidak memberi sumbangan apa-apa kepada rakyat dan negara. Menurut pandangan Mok Soon Sang, (2004), dengan meningkatkan daya pengeluaran, rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu memperkembangkan ekonomi Negara. Matlamat ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran dan kesejahteraan negara. Cita-cita untuk memperkembangkan ekonomi negara telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang telah dinyatakan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan ekonomi negara penting agar menjamin kestabilan ekonomi negara supaya tidak akan berlaku lagi insflasi sifar yang telah terjadi beberapa tahun yang lepas. Di samping itu, dengan adanya ekonomi yang stabil, mutu pendidikan negara akan lebih berkembang dengan mempelajari teknologi-teknologi yang lebih canggih. Kemajuan sains dan teknologi pula dituntut oleh negara bagi memastikan pencapaian taraf negara maju. Selain itu, dengan melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang pakar dan berilmu dalam bidang ini akan dapat mempercepatkan lagi proses ke arah tersebut. Oleh itu, peruntukkan ekonomi yang cukup akan memastikan kemajuan di dalam bidang sains dan teknologi berjaya dengan cemerlangnya. 2.5Faktor Individu

Faktor yang seterusnya di dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah faktor individu. Individu yang dimaksudkan ialah pelajar-pelajar dari pelbagai kaum. Dari segi pandangan Mok Soon Sang (2004), melalui proses pendidikan, potensi individu dapat digilap dan dikembangkan. Ini bererti setiap pelajar dari pelbagai kaum mempunyai keistimewaan masing-masing dan ini penting di dalam memajukan negara

pada masa akan datang. Selain itu, potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Dari segi rohani, individu perlu menyedari dan menginsafi amalan yang dilakukan kepada penciptaNya. Individu juga harus memupuk dan membina disiplin diri di samping membentuk budi pekerti dan akhlak yang mulia. Dari aspek emosi pula, individu perlu mempunyai perasaan tenang dan mengawal tingkah laku mereka. Individu juga perlu memiliki semangat kekitaan dan perpaduan dengan semua masyarakat. Selain itu, individu perlu menghargai serta menilai keindahan dan kesenian alam. Individu juga harus memupuk perasaan kasih saying sesama mereka. Dari segi jasmani pula, individu perlu memberi tumpuan kepada perkembangan tubuh badan yang sihat. Individu harus menjaga kesihatan diri dengan cara melakukan riadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Selain itu, individu juga harus mengembangkan bakat dan kemahiran yang mereka ada di samping memanfaatkan tenaga fizikal yang mereka ada. Untuk menjadi insan yang yang seimbang dan harmonis, perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu harus dilaksanakan. Ini bererti setiap individu perlu berani menunjukkan bakat yang mereka ada secara semulajadi. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Individu yang seimbang perlu agar dapat melahirkan generasi yang berguna pada masa akan datang. 2.6Faktor Sejagat

Faktor terakhir dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah faktor sejagat. Faktor sejagat merupakan kerjasama di antara negara Malaysia dengan negara-negara antarabangsa. Kerjasama yang dilakukan adalah banyak seperti kerjasama di dalam industri, di dalam bidang pendidikan dan sebagainya. Menurut pandangan Mok Soon Sang, (2004), penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Falsafah Pendidikan Kebangsaan terpengaruh dengan idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa. Contohnya UNESCO telah merancangkan program pendemokrasian pendidikan, pensarjagawatan pendidikan, dan pendidikan seumur hidup dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi,Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan. Dengan pernyataan tersebut, jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup. Kerjasama di antara Malaysia dengan negara-negara antarabangsa di wujudkan agar perkembangan, kemajuan serta pembangunan Negara dilaksanakan. Di awal pembentukkan Malaysia, ianya telah memainkan peranan pada arena antarabanga dalam usaha menjamin keamanan, keadilan, dan kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat. Generasi-genarasi yang akan datang akan terus memikul usaha kerjasama sejagat ini. Selain itu, program pendidikan negara hendaklah merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. Di samping itu, program ini juga adalah untuk melahirkan masyarakat yang berketrampilan dan berakhlak mulia. Selain itu, program ini bukan sahaja berupaya berkhidmat dan memberi sumbangan kepada negara, tetapi berupaya

memberi sumbangan ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa. Kerjasama sejagat ini sangat penting supaya negara Malaysia tidak ketinggalan di dalam arus pemodenan dunia. Oleh itu, adalah penting bagi negara kita melakukan hubungan sejagat dengan negara-negara antarabangsa yang lain demi kepentingan bersama.

You might also like