P. 1
Perguruan Sebagai Satu Profesion

Perguruan Sebagai Satu Profesion

|Views: 58|Likes:
Published by Intan Zuliyati
edu 3108
edu 3108

More info:

Published by: Intan Zuliyati on Jul 27, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/26/2013

pdf

text

original

PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION Konsep perguruan Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan

pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakalaperguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu sepertisekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Pekerjaan yang dianggap professional. Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional ialah: 1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara. 2. Banyak menggunakan keupayaan intelek. Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guru-guru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. 3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya. 4. Mendapat latihan khusus. Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka. 5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja. Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi terhadap kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional. 6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya. Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.

Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya. 8. polis. eksekutif firma-firma. ciri-ciri pekerjaan ini banyak mengandungi ciri-ciri sebuah pekerjaan yang profesional. eksekutif. serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap. malahan juga perlu ada tanggungjawab. Mereka masih terpengaruh dengan keadaan lampau di mana seseorang yang telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru. Mungkin sesetengah orang yang tidak terlibat dalam profesion ini menganggap pekerjaan ini tidak profesional kerana tugas guru hanya mengajar sahaja. Sebab itulah ada di kalangan mereka yang beranggapan sedemikian. Dalam konteks perguruan. Ini kerana ramai di kalangan individu yang terbabit memikirkan bahawa profesion keguruan ini tidak ‘seglamour’ pentadbir. Namun begitu. malah boleh juga melakukan tugas-tugas golongan profesional yang lain. Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah dibuat. hakim. tugas seorang guru bukan hanya mengajar semata-mata. Jika seseorang itu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya. iaitu untuk membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi. doktor perubatan ataupun peguam.7. etika yang dipegang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah “Tatasusila Profesion Keguruan”. . Etika perguruan. sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini. Mereka juga seringkali menganggap kerja ini sebagai ‘pilihan terakhir’ dan ‘terpaksa’. Etika tersebut menjadi garis panduan dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan. Namun. maka jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau profesion yang profesional. Faktor lain yang menyebabkan timbulnya sebab mereka mempertikaikannya ialah mereka menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan biasa yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mengapakah taraf professional dalam bidang perguruan sering dipertikaikan? Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan bukanlah suatu pekerjaan yang profesional. Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion yang lain. kerani dan sebagainya. barulah mereka sedar bahawa seorang guru bukan hanya perlu mengajar. Pada pandangan saya. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut. contohnya menjadi doktor. jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan profesional. Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk. Mengapakah sesetengah masyarakat tidak memandang pekerjaan guru sebagai profesional sedangkan mereka tidak tahu tugas guru sebenarnya? Pendek kata. Seseorang yang melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan hukuman sewajarnya. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana. Berdasarkan pengalaman anda sila beri pandangan peribadi anda adakah jawatan guru layak dianggap sebagai jawatan profesional? Berikan alasan untuk memperkukuhkan jawapan anda. Wujudnya guru pengganti semasa seorang guru cuti bersalin juga adalah satu sebab yang mendorong mereka mengatakan bahawa pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan yang profesional. akauntan. akauntan. jurutera. tujuannya adalah sama. tetapi perlu juga melakukan banyak tugas lain yang bukannya senang untuk dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman.

Perlu diingat. guru juga menjadi bahan rujukan rakan setugas dan ibu bapa. Ungkapan tersebut akan menjelaskan hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan. Ia memerlukan pusingan yang berterusan mencipta. . Guru harus memahami dan menghayati tugasnya sebagai guru yang menghendaki agar kita bertanggungjawab terhadap tugas-tugas lain selain daripada mengajar. Sebagai seorang pendidik. Berdasarkan kepada pandangan di atas. kita haruslah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang dinamik. pembelajaran sepanjang hayat dapat disimpulkan kepada proses seperti berikut: Proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada masa sekarang. mematuhi tatasusila dan sedia menerima segala perubahan. Oleh itu. Oleh itu. Selain menjadi sumber maklumat kepada para pelajar. jika seseorang itu memahami dan mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam etika perguruan maka dia telahpun menghayati tatasusila tersebut. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan. Peningkatan taraf profesionalisme pula bermakna menaikkan atau meningkatkan martabat profesion keguruan khususnya di negara kita. “Belajar sepanjang hayat”. Martabat yang tinggi akan menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi. kita cuba memahami makna penghayatan tatasusila. membawa makna: Kita harus sentiasa belajar sepanjang hidup kita dan yang paling penting sekali ialah pembelajaran mestilah melahirkan tindakan pro-kehidupan. kreatif dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental. ia adalah proses sepanjang hayat. setiap guru harus menerima dan menambahkan ilmunya melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan kepada para pelajar.Hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan. diri kita sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat akan menjadikan ilmu seseorang guru itu sentiasa dinamik. mahupun pada masa akan datang. Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat. inovatif. dissemination dan memahami erti perkongsian ilmu. kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah. sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan. tidak juga secara formal dan latihan. mempunyai nilai dan berkualiti tinggi. pusat latihan vokasional. Oleh itu. Sifat-sifat diri seperti itu yang wujud daripada pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Terlebih dahulu. Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas. Kesediaan tersebut adalah dari segi memahami tanggungjawab sebenar seorang guru. Maksudnya. Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari secara bentuk yang biasa. Guru juga perlu mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat agar sentiasa mempertingkatkan mutu kehidupan dan dapat membentuk individu yang berfikiran rasional. Penghayatan tatasusila bermakna seseorang pendidik memahami dan mematuhi etika perguruan atau tatasusila yang telah ditetapkan oleh organisasi pendidikan. atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di sekolah. guru haruslah sentiasa belajar memahami tugas-tugasnya. “Segala sesuatu itu bermula daripada diri kita dulu”. Proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan. Seperti mana sebuah kata-kata yang sering diungkapkan. Pembelajaran sepanjang hayat Konsep pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning bukanlah merupakan satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara.

pengurusan aktiviti berkumpulan. akauntabiliti keguruan membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. 5) Pembelajaran sepanjang hayat • Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik. Kursus-kursus tersebut termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman. • Bagi memperkembangkan kemahiran. Dalam erti kata yang lain. • Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar. 1) Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan • Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. • Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini. • Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan. penggunaan bahan bantu pelajaran. perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian. Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya mempengaruhi cara kerja seseorang guru. • Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin. Langkah yang boleh anda dan guru lakukan untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme perguruan. Akauntabiliti keguruan. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru. sekolah. 4) Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini • Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. tingkah laku.Guru perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat memahami budaya ilmu yang akan diterapkan kepada para pelajar. Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman. 3) Usaha ke arah perkembangan kendiri • Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing. murid-murid dan profesion keguruan. . strategi dan kaedah mengajar. 2) Membuat penyelidikan dan penulisan • Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahankelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru. Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru. bersikap terbuka.

Hubungan akauntabiliti dengan peningkatan profesionalisme keguruan. sekolah. ia perlu dihayati oleh semua guru di negara ini.ieyzartdsyahieyr92. kesedaran terhadap akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. http://www. Oleh itu. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. tingkah laku. Sekiranya seseorang itu mengabaikan akauntabilitinya. setiap guru perlu sedar akan tanggungjawabnya terhadap tugas agar mereka dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi. Pentingnya kesedaran akauntabiliti keguruan dihayati oleh semua guru. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan khususnya di negara kita.my/2012/07/perguruan-sebagai-satuprofesion. maka ia tidak akan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan akan gagal melahirkan insan pelajar yang benar-benar lengkap dari segi ilmu dan peribadi yang baik. Memahami akauntabiliti bererti memahami tanggungjawab sebenar seseorang guru. Hal tersebut akan menjatuhkan martabat profesionalisme keguruan negara kita. murid-murid dan profesion keguruan akan ditingkatkan sekiranya seseorang itu benarbenar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang merangkumi bidang pekerjaan. Pada pendapat saya. Penghayatan akauntabiliti akan meningkatkan profesionalisme keguruan kerana semua guru akan menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh dedikasi.html .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->