PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

PENGENALAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

1

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

PENGENALAN
Linguistik merupakan sebuah bidang ilmu yang masih belum difahami sepenuhnya oleh ramai pelajar bahasa dan orang kebanyakkan. Mereka berpendapat bahawa ilmu linguistik itu ialah ilmu mempelajari bahasa. Oleh sebab itu sarjana linguistik ialah seorang yang pandai bertutur banyak bahasa. Bidang ilmu linguistik mengkaji banyak perkara mengenai bahasa, dan mengajar dan belajar bahasa adalah sebahagian daripadanya. Matapelajaran penghantar linguistik adalah matapelajaran wajib yang harus diambil oleh semua guru pelatih yang mengambil subjek major Bahasa Melayu semester empat di Insititut Pendidikan Guru seluruh Malaysia.

Tugasan ini telah diperjelaskan oleh pensyarah pembimbing mengenai apa yang perlu dilakukan. Perkara yang perlu diberi perhatian terhadap Kerja kursus ini ialah pelajar haruslah menghuraikan aspek-aspek dalam bidang-bidang linguistik, sifat bahasa, sejarah perkembangan ilmu linguistik, struktur linguistik, faktor luaran, variasi bahasa, peraturan paradigmatik, stilistik dan bahasa Melayu saintifik. Selain itu tugasan ini juga mengharuskan pelajar menjelaskan tiga bidang ilmu linguistik iaitu psikolinguistik, sosiolinguistik, dan linguistik antropologikal.

Selain itu, pelajar juga dikehendaki mendapatkan maklumat dan membuat analisis tentang zaman perkembangan ilmu linguistik serta membanding bezakan antara mana-mana dua zaman perkembangan tersebut. Antara bidang–bidang yang terdapat dalam bidang linguistik ialah linguistik am, linguistik gunaan, sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual. linguistik

Hasil tugasan ini hendaklah disediakan dalam bentuk CD dengan menggunakan aplikasi power point. Selain itu, „hard copy‟ juga haruslah dihantar bersama dengan CD. Tugasan ini sedikit sebanyak membolehkan guru pelatih memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu linguistik bahasa Melayu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

2

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

BIDANG – BIDANG LINGUISTIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

3

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

BIDANG – BIDANG LINGUISTIK
 Linguistik Am Linguistik Am merupakan ilmu linguistik yang mengkaji teori – teori dan kaedah – kaedah menganalisis bahasa iaitu dari segi fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Fonetik ialah bidang kajian tentang bunyi-bunyi bahasa manusia. Fonologi ialah bidang kajian ilmu linguistik yang mengkaji bunyi bahasa menurut fungsinya. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji

struktur,bentuk dan penggolongan kata. Sintaksis ialah bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat .Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji perihal makna. Antara kaedah mengajar bahasa ialah kedah terus dan kaedah pandang sebut.  Linguistik Gunaan ( linguistik terapan)

Linguistik gunaan ialah bidang linguistik yang mengkaji tentang diskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan untuk mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Ini menghasilkan kaedah – kaedah mengajarkan bahasa dan bahan – bahan mengajarkan bahasa.

Beberapa definisi linguistik terapan ialah penggunaan temuan ahli bahasa oleh guru bahasa. Kumpulan istilah untuk penerapan keahlian dalam linguistik yang dikaitkan dengan bidang praktis. Pemanfaatan pengetahuan tentang alamiah bahasa yang dihasilkan oleh penyelidik bahasa, dan menggunakan bahasa sebagai komponen inti. Ahli linguistik terapan ialah pengguna teori bukan pencipta teori. Kesimpulannya, penerapan linguistik dalam bidang yang bersifat praktis. Linguistik terapan bukan teori, tetapi penerapan teori. Tugas praktis dengan jalan pemusatan perhatian pada bahasa. Ahli linguistik terapan ialah pengguna teori yang dihasilkan oleh ahli bahasa.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107

4

kadang selama berabad-abad lamanya.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  Linguistik Sejarah Linguistik sejarah ialah bidang linguistik yang mengkaji cara bahasa berubah dengan berlalunya masa. kadang . dan leksikon. Linguistik am teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 5 . sintaksis.  Linguistik Perbandingan Linguistik perbandingan ialah satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. sistem-sistem morfologi.Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandingan yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi. bidang-bidang linguistik kontekstual mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.Linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang di dokumenkan itu. Mengkaji perubahan dan perkembangan bahasa itu dalam suatu jangka masa.Linguistik sejarah mempunyai sejarah yang kaya (kajian linguistik berkembang daripada linguistik sejarah) dan asas teori yang kuat untuk mengkaji perubahan bahasa.  Linguistik Kontekstual Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplindisiplin akademik yang lain.

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 6 .

 Peringkat Awal ZAMAN INDIA ZAMAN YUNANI ZAMAN PERTENGAHAN ZAMAN ROMAWI ZAMAN PEMBAHARUAN  ZAMAN INDIA Zaman india merupakan piagam acoka dianggap dokumen bertulis yang tertua. Salah sebuah kitab Veda yang terkenal ialah Rigveda. Panini telah menghasilkan karya yang berjudul ASTADYAYI yang mengandung 400 pelajaran mengikut gaya komentar Veda yang dinamakan SUTRA. peringkat perkembangan. dan diolah dalam rumus bahasa yang dinamakan Sanskrit melalui penyerapan tatacara empiris. Abjad ini terdiri daripada 46 huruf.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK Sejarah perkembangan ilmu linguistik terbahagi kepada tiga peringkat. Bahasa Sanskrit digunakan untuk mengucapkan doa dalam buku Veda. iaitu peringkat awa. Abjad Brahmin telah digunakan sejak abad ke-5 SM. Pemelajaran bahasa untuk tujuan ritual. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 7 . dan peringkat permodenan. tetapi untuk mendapat hikmah dalam buku Veda. Bunyi bahasa dipelajari dengan sungguh-sungguh bukan untuk mengetahui hakikat bahasa.

Mereka INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 8 . dan dapat menerangkan kejadian alam berasaskan kajian etimologi. regular dan logik.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  ZAMAN YUNANI Ahli falsafah Yunani mula meneliti bahasa sejak 500 SM. Plato dalam dialognya CRYSTALUS mempersoalkan perihal hubungan lambang dengan acuannya. iaitu hubungan antara lambang dengan acuan bersifat konvensional. Logos terbahagi dua. Golongan anomalis atau konvensenis yang disebut THESEI pula mengatakan bahawa bahasa bukan natural. Bahasa merupakan sesuatu yang melambangkan tamadun tinggi. Contoh yang diberi ialah bunyi [ r ] menunjukkan gerak. Bagi Plato.Puak Stoik kemudiannya beranggapan bahawa bahasa mencerminkan benda yang sesuai dengan kudratnya. bersifat semula jadi. iaitu onoma (kata nama) dan Rhema (kata kerja). Ini telah menimbulkan persoalan:     Mengapa bahasa manusia tidak sama? Bagaimana wujudnya bahasa? Bagaimanakah hubungan antara kata dengan benda/perkara yang dilambangkan? Mengapakah sesuatu itu dinamakan itu dan dinamakan ini? Golongan analogis dan naturalis yang disebut PHUSEI mengatakan bahawa bahasa berada di luar pengaruh manusia. manakala bunyi [ l ] menunjukkan kehalusan dan kelancaran. rhema (kata kerja) dan Syndesmoi (kata hubung). iaitu onoma (kata nama). tidak seragam dengan pelbagai kelainan. Bahasa dianggap suci dan wujud semula jadi. sama ada bersifat tabii atau kesepakatan. iaitu ciptaan Tuhan. di samping memperkenalkan konsep neutral. wujud secara konvensyen. ayat ialah logos yang berupa rentetan kata yang mempunyai idea yang tuntas.Aristotle juga mengakui wujudnya sistem kala. walaupun Socrates pernah mengatakan bahawa lambang perlu sesuai dengan acuannya. Plato juga mengatakan bahawa kesimbolikan bunyi memang wujud. Aristotle telah memisahkan kata kepada tiga jenis. iaitu benda dengan nama benda.

prothesis (kata depan). metosche (partikel). syndesmoi (kata hubung). dan arthron (kata sandang). Syair ini menjadi buku pegangan orang Yunani Kuno. iaitu nomen (kata nama). antonymia (kata ganti). iaitu onoma (kata nama). Antaranya ialah syair suci Homeros yang berjudul Iliad and Odyssey.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU membahagikan kata kepada empat. epirrhema (kata keterangan). arthron (kata sandang). Semua kajian berasaskan teks kuno. dan syndesmoi (kata hubung). verbum (kata kerja). INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 9 . Kemudian kaum Alexandrian memperluaskan kelas kata kepada lapan. rhema (kata kerja).

iaitu:    Senainon: tanda dan simbol Semainomenon atau lekton: makna Pragma atau tungchanon: hal luaran. Kumpulan Stoik membedakan tiga aspek primer bahasa. Terrentius Varro dianggap ahli tatabahasa Romawi yang paling tulen dalam bahasa Latin. praepositio. verbum. Selain fonologi. Tatabahasa Latin telah dicipta mengikut model Yunani. iaitu nomen. Pengaruh bahasa Yunani telah dibawa oleh Crates dari Mallos. Bentuk fleksi dan terbitan mempengaruhi bunyi dan makna. pengkodifikasian pemikiran. wujud tatabahasa yang agak lengkap oleh cendekiawan Romawi. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 10 . motif dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan. beliau telah merumuskan:    Bahasa itu seragam secara semula jadi. adverbiu. Priscia dan Donatus. M. aspek yang turut dikaji ialah morfologi dan sintaksis. Terrentius Varro. Ini bermakna. kelas kata telah ditambah. interjectio dan conjunctio. Karyanya ini dianggap baku hinggi kini. dan dianggap sebagai kajian tatabahasa Romawi yang representatif. yang kemudiannya diperkembang oleh ahli tatabahasa Romawi yang terkenal seperti Appplonius Discollus. Priscia melalui karyanya Institutiones Grammatikae telah membahagikan kelas kata kepada lapan. situasi. pronomen. daripada lapan menjadi sembilan. iaitu tambahan numeralia (kata bilangan). iaitu De Lingua Latina. participium. M. Tatabahasa ini merupakan pengubahsuaian daripada karya Yunani. Kebudayaan Hellenisme yang berasaskan ajaran Stoik juga berkembang. sintaksis dan etimologi. Melalui bukunya yang terkenal. Pada zaman Romawi. Penggunaan kategori morfologi.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  ZAMAN ROMAWI Pada Zaman Romawi.

iaitu Yunani. bahasa diplomasi dan bahasa ilmu. Bahasa dan budaya klasik dipelajari untuk maksud pedagogi dan kajian ilmiah. Petanda zaman ini ialah sekolastik. waktu petang perdebatan. Cendekiawan zaman ini mengagungkan humanisme. falsafah dan kesusasteraan.Ciri utama zaman ini ialah sistem pendidikan Latin. Latin dan Perbandingan bahasa itu dengan bahasa manca Ibrani. Waktu pagi pengajaran. diskusi orang alim dan golongan aristokrat. Zaman kewujudan semula usaha untuk mempelajari bahasa Yunani dan Romawi untuk maksud memanifestasikan kesenian. Dua hal terpenting zaman ini ialah:   Penguasaan tiga bahasa. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 11 . iaitu cara mempelajari ilmu yang diperoleh di biara. Eropah. Bahasa Latin menjadi syarat untuk menjadi cendekia kerana bahasa itu dianggap sebagai bahasa gereja.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  ZAMAN PERTENGAHAN Tujuan bahasa zaman ini untuk mengenal pasti penyesuaian antara peristiwa bahasa dengan teori bahasa.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 12 . Perbandingan bahasa itu dengan bahasa manca Eropah. Cendekia zaman ini mengagungkan humanisme. Latin dan Ibrani. Laporan tentang bahasa Asia telah diketengahkan oleh pengembang agama Kristian. iaitu Yunani. Penyurihan kekeluargaan bahasa mula mendapat tempat. Empat yang terbesar ialah Yunani. bahasa di India dan bahasa di Nusantara. Antara bahasa yang memainkan peranan penting ialah bahasa Jepun.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  ZAMAN PEMBAHARUAN Zaman kewujudan semula usaha untuk mempelajari bahasa Yunani dan Romawi untuk maksud memanifestasikan kesenian. Jerman. Hasilnya dikatakan bahawa terdapat sebelas bahasa induk di Eropah. bahasa Cina. falsafah dan kesusasteraan. Romawi dan Slavia. Dua hal terpenting zaman ini ialah: > > Penguasaan tiga bahasa. Bahasa dan budaya klasik dipelajari untuk maksud pedagogi dan kajian ilmiah.

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU PERBANDINGAN ANTARA DUA ZAMAN PERKEMBANGAN LINGUISTIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 13 .

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 14 . maka kita boleh memperbaikinya jika ada kekurangan ” – (O. letupan dan sebagainya (fonetik). Membezakan kata nama dan kata kerja serta mengenali bunyi konsonan geseran. kata ganti nama). Ayat ialah „logos‟ yang merupakan rentetan kata yang mempunyai idea yang sempurna. present tense) . 1959) b) Tokoh . Unsur bahasa seperti kata dan makna dikaji pembentukannya samada terbentuk secara semulajadi atau kebiasaan. dan di antara kata kerja transitif dengan tak transitif.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU PERBANDINGAN ANTARA DUA ZAMAN PERKEMBANGAN LINGUISTIK ZAMAN YUNANI a) Sejarah perkembangan Bermula sejak 500 SM. -Aristotle (384 – 322 SM) Memperkenalkan kata hubung dan sistem kala „tense‟ (past tense. kata kerja. tetapi jika ia terbentuk menurut kebiasaan. kata hubung dan artikel (kata nama khas.Jespersen. Mengkaji hubungan benda dengan nama benda samada bersifat tabii atau sepakat. “ Jika bahasa itu terbentuk secara semulajadi maka kita haruslah menerimanya sebagaimana ia terbentuk.Plato (427-437 SM) Karyanya yang bertajuk Crystalus. Memperkenal klasifikasi unsur-unsur fleksi seperti dalam Bahasa Inggeris (go:went:gone). „Logos‟ terbahagi kepada dua iaitu onoma (benda) dan rhema (cerita). Bahasa melambangkan ketinggian tamadun dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian alam. juga memperkenal perbezaan bentuk aktif dan pasif. Pembahagian kata : kata nama. -Kaum Stoik Kaum Stoik membezakan antara bentuk dan makna.

prothesis (kata depan). e) Kelas kata – lapan kelas kata Onoma (kata nama). d) Kekurangan Menganggap bahasa Yunani itu adalah termulia dan semulajadi. f) Karya . rhema (kata kerja). Akibatnya bahasa itu dianggap tetap. epirrhema (kata keterangan).Iliad and Odyssey INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 15 . arthron (kata sandang). tidak boleh berubah dan tidak perlu diperbaiki. metosche (partikel).PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU c) Kelebihan Pelopor sejarah perkembangan kajian ilmu linguistik dan menganggap bahasa ialah lambang ketinggian tamadun dan dikaji untuk menerangkan segala kejadian alam. jadi harus dipatuhi oleh setiap penuturnya jika inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka. antonymia (kata ganti). dan syndesmoi (kata hubung).

Pengaruh sarjana Iskandariah dan kaum Stoik misalnya boleh dilihat dengan jelas dalam karya M. Menghurai sintaksis berdasarkan kepada hubungan satu sama lain antara kata nama dengan kata kerja. kasus. Cara penghuraiannya pernah dikritik sebagai tidak menarik.M. Sarjana Rom meniru model Yunani dari segi pandangan dan andaian terhadap bahasa serta aspek lain yang lebih halus dalam bahasa. Berusaha menggunakan hubungan unsur struktur untuk merujuk kepada binaan kata kerja dan partikel dalam suatu ayat atau kata nama dengan kata kerja. disamping dengan perkataan-perkataan golongan lain dalam hubungannya dengan kata nama dan kata kerja tadi. Mengkaji bentuk fleksi dan bentuk terbitan. tetapi dalam bidang masalah linguistik beliau dianggap ahli tatabahasa palinh tulen dalam kalangan sarjana bahasa Latin.Appolonius Discollus Mengkaji bidang sintaksis berpandukan bahan dalam Techne Grammatike dan penulis terdahulu berkaitan sintaksis selain menambahbaik huraian Thrax. nombor dan sistem kala dikatakan sebagai ciri-ciri yang harus ada dalam semua bahasa di dunia.T. Terdapat persamaan antara bahasa Yunani dan Latin iaitu beberapa kategori seperti golongan perkataan. beliau telah menghurai beberapa kategori tatabahasa tertentu iaitu dari segi cara INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 16 . Juga merupakan ahli tatabahasa tradisional yang benar-benar menyedari hakikat penggolongan perkataan tertentu yang sama dengan menggunakan teknik penggantian . b) Tokoh .T. sebaliknya menyusun tatabahasa Latin berdasarkan tatabahasa Yunani dengan cekap dan baik. Dalam bidang morfologi. Pemikirannya banyak terpengaruh dengan pegangan kaum Stoik.Varro yang mengkaji bahasa Latin.Varro (116-27 SM) Hidup sezaman dengan Thrax.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU ZAMAN ROM a) Sejarah perkembangan Tidak banyak menghasilkan karya asli. Masyarakat Rom banyak terpengaruh dengan sifat pengkajian sarjana Yunani seperti Aristotle . Berpendapat bahawa bahasa hádala seragam.

dan syndesmoi (kata hubung). c) Kelebihan Menggiatkan kajian tatabahasa dalam bahasa Latin dan karya yang dihasilkan menjadi pegangan asas penulisan tatabahasa Latin hingga ke hari ini. metosche (partikel). kriterianya bercampur aduk di antara yang formal dengan yang bersifat semantik. f) Karya . Di dalam bidang fonetik : penjenisan bunyi bahasa dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang dihasilkan manakala bidang morfologi : pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi imbuhan (bagaimanapun kurang memuaskan berbanding kajian oleh Varro). e) Kelas kata . antonymia (kata ganti). d) Kelemahan Hanya menyambung sahaja usaha Yunani sebelumnya seperti mengubahsuai dan membuat pengertian semula khususnya dalam konteks istilah falsafah selain cara penghuraian tokohnya pernah dikritik sebagai tidak menarik (Varro).sembilan kelas kata Onoma (kata nama). rhema (kata kerja).PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU penggunaannya yang tidak langsung didasarkan kepada acuan penghuraian yang telah dilakukan untuk tatabahasa Yunani terdahulu.De Lingua Latina . numeralia (kata bilangan). -Priscian (500 TM) Karyanya yang dinamakan Instituciones Grammaticae.Institutiones Grammatikae INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 17 . prothesis (kata depan). Penghuraian Priscian dikatakan tidak konsisten. Melanjutkan usaha Thrax dan Appolonius. epirrhema (kata keterangan). arthron (kata sandang). Lengkap membincangkan pembentukan kata dan ayat.

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU PSIKOLINGUISTIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 18 .

Aliran kedua ialah rasionalisme. telah mengkaji hubungan antara bahasa dengan pemikiran manusia. Aliran empirisme melakukan kajian terhadap data empiris atau objek yang dapat dicerap dengan cara menganalisis unsur-unsur pembentukannya sehinggalah yang sekecil-kecilnya.  Leonard Bloomfield (1887-1949) pakar linguistik yang berasal dari Amerika berpendapat bahawa peringkat berbahasa bermula daripada pengalaman yang luar biasa. Pertama adalah aliran empirisme yang berhubung erat dengan psikologiasosiasi.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU PSIKOLINGUISTIK  SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU PSIKOLINGUISTIK Pada abad yang silam terdapat dua aliran falsafah yang terus bertentangan dan sangat mempengaruhi perkembangan psikologi dan linguistik.  Von Humboldt (1767-1835) berbangsa Jerman. terutamanya penjelmaan daripada tekanan emosi yangsangat kuat. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 19 . psikologi menerbitkan dasar ilmiah yang padu dalam pengkajian bahasa. Beliau merumuskan bahawa struktur bahasa menentukan struktur pemikiran manusia. iaitu langage (bahasa yang pada umumnya bersifat abstrak) langue (bahasa tertentu yang bersifat abstrak) dan parole (bahasa sebagai pertuturan yang bersifat konkrit). Aliran ini mengkaji akal sebagai satu keseluruhan dan menyatakan bahawa faktor-faktor yang ada dalam akal patut diteliti untuk memahami perilaku manusia. Beliau menerapkan teori psikologi behaviorisme yang dikenalisebagai linguistik struktural atau linguistik taksonomi.  Ferdinand de Saussurre (1858-1913) pakar linguistik berbangsa Swiss memperkenalkan tiga istilah bahasa.  Edward Sapir (1884-1939) yang berasal dari Amerika adalah pakar dalam bidang antropologi dan linguistik. Menurut Sapir.

 Wundt (1832-1920) ahli psikologi Jerman merupakan orang pertama yangmengembangkan teori mentalis bahasa secara sistematik . tetapi merupakan lambang-lambang dalam otak yang menjelmakan pemikiran. Dartstellung pula adalah gambaran pokok bagi masalah yang dikomunikasikan. Kungabe adalah tidakan komunikatif yang diwujudkandalam bentuk verbal. pakar linguistik berbangsa Denmark telah menganalisis bahasa menurut psikologi mentalis yang juga sedikit berbau behaviorisme. Di samping itu. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 20 .  Watson (1878-1958) ahli psikologi behaviorisme berbangsa Amerika. Menurutnya bahasa tidak wujud dalam pengertian satu benda seperti sebuah kereta atau seekor arnab. kemudiannya beliau telah menyamakan perilaku bahasa dengan teori Stimulus – Respons (S-R) yang dikembangkan oleh Pavlov. Appel adalah permintaan yang ditujukan kepada orang lain. seperti makan. Beliau menyatakan bahawa bahasa adalah alat untuk melahirkan fikiran. Beliau menempatkan perilaku atau kegiatan berbahasa sama dengan perilaku atau kegiatan lain.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  Otto Jespersen.  Karl Buchler pakar psikologi Jerman dalam bukunya Sprach Theorie (1934) mengupas bahawa bahasa manusia mempunyai tiga fungsi yang disebut Kungabe (kemudian disebut Ausdruck) Appel (yang disebut Auslosung) dan Dartstellung. Oleh itu. Wundt turut dikenali sebagai pengembang teori performasi bahasa. Namun. persamaan tersebut mengesahkan kata-kata adalah sama dengan benda lain sebagai respon daripada sesuatu stimulus. berjalan dan bekerja.

Namun. Secara etimologi. roh atau sukma. masing-masing boleh berdiri dengan sendiri berdasarkan prosedur dan kaedah yang berlainan. Pada awalnya hubungan antara kedua-dua disiplin disebut psikologi linguistik. Alasannya. Secara umumnya. Katapsyche bererti jiwa. Ada juga yang menyebut psychology of languange. kedua-duanya berperanan melatakkan bahasa sebagai objek yang formal. Oleh sebab itu. iaitu linguistik mikro dan makro. namun secara tradisinya psikologi lazimnya dimaksudkan sebagai satu bidang ilmu yang cuba mempelajari tingkah laku manusia. psikologi lebih membahas atau mengkaji tingkah laku manusia dari segi yang boleh diamati. katapsikologi berasal daripada bahasa Yunani Kunopsyche dan logos. objek kajiannya dibahagikan kepada dua jenis. iaitu: Pertama. Walaupun besar kemungkinan gerak-geri seseorang belum tentu menggambarkan keadaan jiwa sebenarnya. Dalam gambaran luas. Justeru. morfologi sintaksis dan leksikon. linguistik bermaksud ilmu bahasa atau ilmu yang meletakkan bahasa sebagai objek kajian. Bidang linguistik dikelaskan dalam tiga fasa kajian. psikologi secara harfiahnya bererti ilmu jiwa atau ilmu yang objek kajiannya adalah jiwa.Walau bagaimanapun. iaitu dua bidang ilmu yang berbeza. Bahasa merupakan fenomena yan hadir dalam segala aktiviti kehidupan manusia. Kajian lingustik makro pula adalah INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 21 . manakala kata logos bermaksud ilmu. objek kajian setiap ilmu harus dapat dicerap secara mendalam. kita boleh meneliti kewujudan berbagai-bagai cabang linguistik dengan berdasarkan pelbagai kriteria atau pandangan. Kajian linguistik mikro adalah struktur dalaman bahasa yang mencakupi struktur fonologi. jiwa bersifat abstrak sehingga tidak dapat diamati secara empirikal.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  PENGERTIAN PSIKOLINGUISTIK Psikolinguistik terbentuk daripada perkataan psikologi dan linguistik.

sama ada untuk dibandingkan ataupun sebaliknya.sama ada tentang tokoh-tokoh. iaitu linguistik teoritis dan linguistik terapan. Sejarah linguistik pula mengkaji perkembangan ilmu linguistik. Ketiga.Beliau telah merintis jalan ke arah kelahiran disiplin psikolinguistik. Weiss yang berasal dari Amerika merupakan salah seorang tokoh psikologi behaviorisme yang terkemuka. Kedua. 1994). aliran-aliran teori ataupun hasil-hasil kerja(Chaer. terjemahandan penyusunan kamus. Linguistik sejarah mengkaji perkembangan dan perubahan sesuatu bahasa atau sejumlah bahasa. linguistik dapat dibezakan dalam dua Bidang utama. menurut tujuan kajiannya. kewujudannya disebut linguistik sejarah atau sejarah linguistik.Teori yang dikemukakan oleh Wiess:  Bahasa merupakan satu kumpulan respons yang jumlahnya tidak terbatas terhadap sesuatu stimulus. psikologi.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU bahasa dan hubungannya dengan faktor-faktor diluar bahasa seperti sosiologi.Bahasa merupakan stimulus terhadap sesuatu respons atau sesuatu respons terhadap stimulus. Kajian terapan pula difokuskan ke arah penerapan kaedah-kaedah linguistik dalam aktiviti yang praktis. seperti pengajaran bahasa.  Perilaku bahasa adalah alat untuk mengubah dan menampilkan kegiatan seseorang sebagai hasil warisan dan perolehan. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 22 . antropologi dan neurologi. Kajian teoritis hanya ditujukan untuk mencari atau menemukan semua teori linguistik.

v. Morfologi adalah kajian tentang struktur-struktur perkataan. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 23 . iii. iv. Jika sintaksis adalah berkenaan dengan struktur formal ayat. Sintaksis adalah kajian pola-pola yang menetapkan tatacara perkataanperkataan digabungkan untuk membentuk ayat. sains kognitif dan linguistik.Dalam bidang psikolinguistik. iaitu : i. ii.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  SUB BIDANG PSIKOLINGUISTIK Psikolinguistik bersifat antara disiplin dan dikaji oleh orang daripada berbagaibagaibidang. Fonetik dan fonologi adalah kajian tentang bunyi pertuturan. penyelidikan menumpukan perhatian pada cara-cara otak memproses dan memahami bunyi. Pragmatik adalah kajian tentang peranan konteks dalam pentafsiran makna. semantik pula mengolahkan maksud ayat yang sebenar. Semantik adalah kajian yang berkenaan dengan makna perkataan dan ayat. khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait (misalnya jalan dan berjalan) dan pembentukan perkataan dengan berdasarkan peraturanperaturan (contohnya pembentukan kata berimbuhan). Terdapat beberapa subbidang dalam psikolinguistik yang mendasari komponen-komponen bahasa manusia. seperti psikologi.

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU SOSIOLINGUISTIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 24 .

Bukunya Cours de Linguistique Generale (1916) sangat terkenal dan dianggap sebagai buku asas linguistik moden. Dr. Dalam karyanya yang berjudul As tadhayayi. misalnya bahasa Perancis. Schuchardt. bahasa Jerman. J. Edward Sapir.1983:1). dan Leonard Bloomfield yang melakukan beberapa kajian bahasa. tepatnya pada abad 19. misalnya langage. satu buku yang berisi tentang stilistik bahasa. langue dan parole ( Prof.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU SOSIOLINGUISTIK  SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU SOSIOLINGUISTIK Ramai linguis meyakini Panini (500 SM) sebagai pelopor pengkaji sosiolinguistik. Langage bererti bahasa pada umumnya iaitu semua manusia di dunia ini mempunyai bahasa. Hasseling. Pengkajian sosiolinguistik yang mulai mendapat perhatian. budaya. bahasa Indonesia dan bahasa Melayu merupakan bahasa-bahasa atau langue-langue tersediri. Perkembangan kajian sosiolinguistik semakin meluas setelah de Saussure (1857-1913) berpendapat bahawa bahasa adalah sebuah fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat. bahasa Belanda. dan kognisi.W. Tidak lama selepas itu. dan Van Name (1869-1897)untuk pertama kalinya memulakan kajian tentang dialek bahasa pedalaman Eropah dan hubungan bahasa yang menghasilkan bahasa campuran. Ferdinand de Saussure merupakan seorang sarjana bangsa Swiss yang dianggap sebagai pelopor linguistik moden. Langue dianggap bahasa kepunyaan kumpulan atau masyarakat bahasa tertentu.M. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 25 . Langue pula bererti bahasa tertentu kepunyaan satusatu kumpulan penutur tertentu. Oleh sebab itu. Parole bermaksud pertuturan atau bentuk ucapan individu yang kerap disebut sebagai idiolek. Baru beberapa abad kemudian. beberapa istilah yang dipakai oleh de Saussure diterima umum sebagai istilah rasmi. Verhaar. seperti Franz Boas. langkah de Saussure ini mendapat sambutan oleh beberapa sarjana bahasa Amerika Syarikat.

Istilah Sosiolinguistik hanya berkembang sekitar tahun 60-an. bahasa dalam kebudayaan. Sehingga hari ini sosiolinguistik menjadi ilmu yang mantap dan menarik perhatian banyak orang. Tokoh ini sebelumnya melihat kajian linguistik tidak memiliki perhatian terhadap realitai sosial. yang diikuti dengan kemunculan karya-karya besar lain dalam bidang ini. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 26 . Sosiolinguistik pada mulanya diterajui oleh ahli antropologi. Istilah Sosiolinguistik juga pada mulanya dikenali sebagai Linguistik Antropologi. bahasa dalam masyarakat. Setahun berikutnya. Weinreich (1953) menulis Language in Contact.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Istilah sosiolinguistik digunakan pertama sekali oleh seorang guru bernama Harver Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. bahasa dan kebudayaan serta sosiologi bahasa.

namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik. ragam kelompok sosial (seperti bahasa golongan bangsawan. peggolongan. pertembungan antara kelompok.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  DEFINISI UMUM SOSIOLINGUISTIK Sosiolinguistik. dalam ilmu sosiolinguistik. Brunei. termasuklah pernyataan kekecualiannya. Arab dll. termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. perhubungan-perhubungan dan perbezaan- perbezaannya dari segi bahasanya. Maksud istilah masyarakat. rasional. dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur. kosa kata. ragam stailistik (rasmi. Kedah dll. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik.). Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan prosesproses kemasyarakatan. dan rumus-rumus bahasa. intim dansebagainya). empirikal. santai. Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentukbentuk lisan dan tulisan. Inggeris. Ia mencuba memberi pengertian-pengertianumum. Kelantan. kelas tinggi dan rendah). Thai Selatan. Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkandan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. fungsi kelompok. Oleh sebab bahasaINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 27 . Indonesia. mudah untuk mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. sektor-sektor sosial. ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik.). Maksud istilah bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu. yang diberi pemerian secara formal dan abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik). adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil. Singapura. Dengan itu. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem. rational dan empirikal serta bersifat umum. Bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi.ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia.

akan banyak saling berhubungan dalam banyak cara yang teratur. Bagaimana seseorang itu bercakap. Daripada apa yang dicakapkan. Di samping itu. Bagaimana orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan memberi tanda-tandadan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya. Sesungguhnya kita maklum. kita mengetahui bahawa ada orang-orang berbicara secara berbeza kerana datang daripada latar belakang yang berlainan. perilaku bahasa dan perilaku sosial. pekerjaannya. kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya. dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya. walaupun tanpa disedari. serta jenis-jenis pebendaharaan kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan dari daerah mana dan golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang diterimanya. sosiolinguistik juga INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 28 . sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat tentang aspek-aspek ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau dibesarkan. buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat. (Abdullah Hassan. seseorang itu dapat menangkap sikap dan pendiriannya. sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. pendidikannya. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh disiplin sosiolinguistik. lebih-lebih lagi di Malaysia. manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat. 2007). Selanjutnya. Sebagai contoh. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat untuk berhubung. bagaimana ia menyusun frasa dan ayat-ayat tertentu. bahawa memang ada perhubungan-perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. sosiolinguistik juga melibatkan perancangan bahasa. dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya yang diperhatikan itu. Secara umum.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks social dan oleh kerana masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan simbol) interaksi yang diamati. Kamus Dewan edisi keempat (2007). cara ia menyebut perkataan. bunyi-bunyi perkataan. maka kita akan melihatnya sebagai satu bidang yang berasingan. Tetapi oleh sebab bidang perancangan bahasa ini juga menjadi sangat luas. mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam.

Cakupan kedua. Di samping itu. “dato”. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai etnografi pertuturan (the ethnography of speaking). Apabila dipertalikan dengan bahasa maka dapatlah dikatakan bahawa sosiologi bahasa merupakan satu bentuk disiplin gabungan yang mengkaji hubungan antara masyarakat dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat tersebut. Retorika bertujuan untuk menentukan metode meyakinkan yang paling baik untuk kemudian bertuga smenjelaskannya. Perbezaan INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 29 . “abang”. kedua-dua ungkapan ini masih dapat dibezakan berdasarkan dua aspek. sosiolinguistik dan sosiologi bahasa nampaknya bersinonim atau membawa pengertian yang lebih kurang sama. “engkau”. “pak cik”. “puan sri” dan seumpamanya. topik pembicaraan dan seting pembicaraan beberapa cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik termasuklah dialektologi dan sosiolinguistik. “tan sri”. iaitu penekanan dan sifat kajian. Beberapa contoh dapat dilihat dalam misalnya. “anda”. Di pihak lain. sosiolinguistik memiliki kecenderungan untuk mengadaptasi pendekatan sinkronis yang menghubungkan bentuk pilihan penutur bahasa dengan kriteria ekstralinguistik. pilihan-pilihanyang dilakukan oleh penutur. sistem panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat Melayu seperti “aku”. retorika dan sosiolinguistik.“mak cik”. “beta”. Jika ditinjau kita dapati istilah sosiolinguistik itu bermakna disiplin ilmu yang mengkaji sifat dan pertumbuhan masyarakat dan segala aspek kehidupan mereka. serta memerhatikan kelompok sosial dan variabel bahasa yang digunakan. Dari segi definisi juga terdapat pengkaji yang menggunakan ungkapan sosiologi bahasa untuk merujuk kepada sosiolinguistik. “tuan”. “adik”. sosiolinguistik adalah deskripsi dan tujuan yang memuat keahlian-keahlian berbahasa. Pada pihak lain. Dialektologi adalah kajian tentang dialek yang lebih memerhatikan fokus dan cognates daripada kebiasaan verbal yang menggunakan pendekatan diakronis. Jadi. kedua-dua ungkapan. “patik”. pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events). sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU turut mengkaji sistem ganti nama. “encik”. Pertama kajian sosiologi bahasa memberi penekanan kepada masyarakat manakala sosiolinguistik kepada aspek bahasa. “puan”. Walaupun membawa pengertian yang sama.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 30 .PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU lain adalah. sementara sosiolinguistik berfokus pada kajian teks dan lisan yang berhubungan dengan apa sahaja topik dan tujuan. pendidikan. sebaliknya sosiolingustik makro memperhitungkan distribusi perbezaan bahasa dalam masyarakat dan hubungannya dengan faktor usia. pekerjaan dan etnik penutur yang diteliti. sedangkan pendekatan sosiolinguistik makro menekankan pada level interaksi antara kelompok yang lebih besar. jenis kelamin. Sosiolinguistik mikro memperhitungkan karakteristik individu yang membezakannya dengan individu lain. Pendekatan sosiolinguistik mikro menekankan pada individu dalaminteraksinya dalam kelompok kecil dan informal. retorika berfokus pada fungsi persuasif bahasa. Cakupan ketiga pula sosiolinguistik mikro dan makro.

kedua-dua aspek. sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar (setting ). Ketiga. pola hubungan bahasa dengan masyarakat boleh dihuraikan menerusi empat cara.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  DEFINISI SOSIOLINGUISTIK MENGIKUT PENDAPAT TOKOH Pada peringkat awal istilah sosiolinguistik merujuk kepada fungsi dan maksud sosial berbahasa atau hubungan bahasa dengan aspek sosial (atau masyarakat) yang menggunakannya. Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistic sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. struktur sosial mungkin mempengaruhi atau menentukan struktur atau perlakuan linguistik. dua komponen utama yang sering dijadikan bahan kajian sosiolinguistik ialah bahasa dan penutur bahasa berkenaan. Hal ini dikenal pasti menerusi kenyataan Currie (1952). struktur linguistik sebaliknya mungkin mempengaruhi struktur sosial. bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri ( Nik Safiah Karim. Dalam hal ini. Keempat. yakni bahasa dan masyarakat saling mempengaruhi. Menurut Dell Hymes (1966 ). Dalam kata lain. Sosiolinguistik juga merupakan salah satu cabang yang besar dalam kajian ilmu linguistik dan menjadi tumpuan kepada pengkaji-pengkaji ilmu linguistik dalam dan juga luar negara. khususnya unsur yang membentuksistem bahasa. terdapat anggapan bahawa tidak ada hubungan antara struktur linguistik dengan struktur sosial yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya.1981: 4 ). Dalam Kamus Dewan (1994:1533) istilah sosio dianggap sejajar dengan social yang bermaksud perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya. Linguistik pula merupakan disiplin yang mengkaji unsur bahasa. tajuk perbincangan. fungsi sesuatu interaksi. Pertama. Kedua. Dell Hymes juga menitikberatkan kajian sosiolinguitik dari segi penggunaan bahasa dengan rumusan kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam disiplin lain yang berhubungan dengan INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 31 . peserta (participant). Gabungan antara dua perkataan iaitu sosio dan linguistik dapat ditakrifkan sebagai disiplin ilmu yang mengkaji bahasa dan masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut ( Hudson 1998 ).

iaitu interaksi faktor-faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar. jenis kelamin. karakteristik fungsi bahasa. and when. Contohnya. sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. bahasa dalam konteks sosialnya. Sejajar dengan pendapat di atas. sehingga menyebabkan perubahan-perubahan antara ketiganya di dalam masyarakat tuturnya. tingkat ekonomi dan faktor situasi. umur. berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa. Menurut Wolfram dan Fasold. kajian terhadap repetoir individu yang dikaitkan dengan konteks sosial. to whom. penggunaan sebenar bahasa. dan karakteristik pemakaian bahasa yang terjalin dalam interaksi. jenis kajian yang termasuk bawah kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama. pemakaian data dan analisis sosial dalam linguistic. what language. Dengan perkataan lain. dan sebaliknya.iaitu siapa berbicara. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 32 . Selanjutnya. tingkat pendidikan. kepada siapa. Eastman (1975) menyatakan bahawa sosiolinguistik mementingkan kajian interaksi antara mementingkan kajian interaksi antara bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa. dengan bahasa apa. dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah sosial. di mana. hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna. dan mengenaimasalah apa atau dirumuskan secara singkat dengan who speak. Menerusi beliau menerusi kajian sebegini sosiolinguistik berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat. menurut J. ciri-ciri fungsi variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraksi. Secara eksplisit Fishman mendefinisikan sosiolinguistik sebagai pembelajaran tentang karakteristik variasi bahasa. seperti status sosial.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU kehidupan sosial. Fishman mendefinisikan sosiolinguistik dengan sebutan sosiologi bahasa. Kajian bahasa sebagai gejala sosial yang mempengaruhi pemakaian bahasa dengan faktor sosial. Manakala Fishman ( 1968 ) pula mengatakan bahawa sosiolinguistik itu ialah bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa. bila.A.

Nik Safiah (1988) pula menyatakan bahawa kajian sosiolinguistik meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. Nabahan (1993) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa. Rene Appel (dalam Suwito. Abdul Chaer dan Agustina (1995) merumuskan sosiolinguistik sebagai gabungan dari kata sosiologi dan linguistik. khususnya perbezaan-perbezaa (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan (sosial). Menurut Nababan lagi (1993) secara lebih khusus pernyataan di atas dapat dianggap menggunakan tiga kajian. dan kajian terhadap fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU kajian kepelbagaian bahasa dan dwibahasaan komuniti bahasa. Gabungan kedua-duanya mewujudkan ilmu sosiolinguistik yang merupakan bidang ilmu antara disiplin yang mempelajari bahasa di dalam masyarakat. iaitu kajian bahasa dalam konteks social dan kebudayaan. dan perancangan bahasa. serta proses sosial yang ada di dalam masyarakat manakala linguistik adalah ilmu bahasa atau kajian tentang bahasa. ciri-ciri dan ragam bahasa dengan situasi. Termasuk dalam hubungan yang dimaksudkan ialah kajian terhadap bahasa. serta merupakan bahagian dari masyarakat dan kebudayaan tertentu. kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 33 . Sosiologi adalah kajian yang objektif dan ilmiah mengenai manusia dalam masyarakat dan mengenai lembaga-lembaga. Rumusan sosiolinguistik menurut Appel adalah pembelajaran tentang bahasa dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan. sehingga bahasa dipandang sebagai sistem sosial dan sistem komunikasi. dan kajian-kajian yang sekategori. Pemakaian bahasa (language use) merupakan bentuk interaksi sosial yang terjadi dalam situasi konkrit. 1985:5) mengungkapkan bahawa sosiolinguistik menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakaiannya dalam masyarakat. faktor sosial dan budaya.

analisis wacana. Secara kesimpulannya. Batasan kajian ilmu sosiolinguistik adalah terhadap bahasa yang boleh digunakan dalam interaksi. Oleh itu. Kedua. kajian yang dianggap sebagai sosiolinguistik bebas. segala sesuatu yang dilakukan manusia dalam bertutur akan selalu dipengaruhi oleh situasi dan kondisi di sekitarnya. analisis perbualan. iaitu kajian yang melibatkan huraian terhadap corak sosial variasi dan perubahannya dalam skala yang besar. dapatlah dikatakan bahawa. dalam konteks perubahan sejarah. kajian variasi. geografi. Jika bahasa yang digunakan tidak boleh difahami oleh satu pihak yang dibawa berbual. huraian sosial bahasa boleh dilakukan menerusi situasi pertuturan berskala kecil. Pertama. Menurut Downes lagi. etnografi komunikasi. semiotik sosial atau linguistik kritis. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 34 . jantina. sewaktu mencari ciri-ciri bahasa (atau bahasa). ilmu sosiolinguistik adalah kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat. Penelitian melibatkan percubaan mengaitkan variasi bahasa dengan kategori sosial seperti kelas. kerana dalam kehidupan bermasyarakat manusia tidak lagi sebagai individu melainkan sebagai masyarakat sosial. Kajian berskala besar sebegini kadang-kadang disebut sosiolinguistik kolerasi. kajian yang dimaksudkan dapat dibahagikan kepada kepada dua jenis. itu adalah diluar bidang kajian sosiolinguistik tetapi termasuk dalam bidang semantik dan pragmatikyang mengkaji makna. Downes (1998) juga bersetuju dengan Wolfram dan Fasold (1974) apabilabeliau mendefinisikan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memerlukan rujukan kepada faktor sosial. dialektologi perbandaran moden atau sosiolinguistik tulen.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Dewa Putu Wijana dan Mohammad Rohmadi (1996) telah merangkum semua pendapat tentang sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memandang atau menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakai bahasa di dalam masyarakat. termasuk faktor konteks. Huraian sosial sebegini kadangkala disebut pragmatik. kehormatan dan sebagainya.

Perancangan bahasa. bunyi-bunyi perkataan. sistem panggilan dansistem gelaran dalam masyarakat Melayu. cara menyebut perkataan. pidgin. pergeseran bahasa dan peluputan bahasa. Bahasa kebangsaan. Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. variasi bahasa dan ragam bahasa. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 35 . penyusunan frasa dan ayat-ayat tertentu dan sebagainya. bahasa rasmi. dan kreol.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  BIDANG-BIDANG DALAM ILMU SOSIOLINGUISTIK Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa yang berkaitan dengan masyarakat termasuklah tentang bagaimana seseorang itu bercakap. Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian terhadap aspek atau topik-topikseperti berikut:        Kesetiaan terhadap bahasa. Bilingualisme dan multilingualisme. Kesantunan bahasa. Sosiolinguistikjuga adalah ilmu linguistik yang mengkaji sistem ganti nama. Laras bahasa.Bidang cakupan ilmu sosiolinguistik begituluas untuk dikaji.  Sikap terhadap bahasa.

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU LINGUISTIK ANTROPOLOGIKAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 36 .

” Jelas dibayangkan kepada ki ta bahawa linguistik antropologi mengkaji keterjalinan hubungan di antara bahasa yang digunakan dan budaya yang diamalkan oleh penutur. 7:60). Di samping itu. dan kelainan inilah yang menjadi fokus kajian ahli-ahli linguistik antropologi. pekerjaan atau kekerabatan. ia wujud daripada sekumpulan amalan dan kepercayaan yang diwarisi melalui hubungan sosial.yang mempelajari variasi dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan pola kebudayaan dan ciri-ciri bahasa yang berhubung dengan kelompok sosial. “Bahasa tidak wujud secara terpisah daripada budaya. Antara persoalan yang sering dibahaskan oleh ahli-ahli linguistik antropologi adalah sejauh manakah struktur nahu sesuatu bahasa ditentukan oleh atau menentukan bentuk dan kandungan budaya para penuturnya. dan amalan-amalan serta kepercayaan-kepercayaan inilah yang menentukan corak kehidupan yang dijalani oleh penutur.. Harimurti (1984: 118) ketika menghuraikan ruang lingkup kajian linguistik antropologi mengatakan ia sebagai satu bidang ilmu “.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU LINGUISTIK ANTROPOLOGIKAL Matlamat utama bidang linguistik antropologi adalah untuk mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 37 .” Masyarakat yang menuturkan bahasa yang berbeza sering kali mengamalkan budaya hidup yang berbeza. agama. Suasana kehidupan dan sistem nilai yang berbeza akan menghasilkan pola pemakaian bahasa yang berbeza. Dalam lain-lain perkataan. Tentang pengaruh budaya ke atas bahasa. Sapir (1949: 209) mengatakan. ahli linguistik antropologi juga mengkaji sejauh manakah kelainan perbendaharaan kata di antara bahasa-bahasa yang berbeza mempunyai kaitan dengan kelainan budaya yang diamalkan oleh para penutur bahasa-bahasa yang berbeza itu( Encyclopaedia Britanica vol. ahli-ahli linguistik antropologi mengkaji aspekaspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 38 . dan biasanya hidup bersamasama penutur natif bahasa tersebut. dan melalui kaedah ikut serta inilah data yang asli bagi sesuatu bahasa itu dikumpul dan dicatat (Harimurti 1984: 116.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Ahli linguistik antropologi yang ingin mengkaji sesuatu bahasa yang tidak mempunyai tradisi tulisan biasanya akan ke lapangan. Crystal 1974).

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU REFLEKSI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 39 .

Tugasan ini hendaklah disampaikan dalam bentuk buku skraf. Selain itu tugasan ini juga mengharuskan pelajar menjelaskan tiga bidang ilmu linguistik iaitu psikolinguistik. Setelah sumber yang sesuai kami perolehi. saya mula mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan sebanyak mungkin. Tugasan ini merupakan salah satu kerja kursus yang diberikan kepada guru pelatih major Bahasa Melayu bagi Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah). bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh Encik Mohammad Shamsudin Bin Jamiran ini dalam masa yang ditetapkan. Saya mula melaksanakan tugasan yang seterusnya iaitu membuat analisis data terhadap segala maklumat yang saya terima. faktor luaran. Kaedah yang digunakan ialah melalui media elektronik atau internet. sosiolinguistik. huraian dan contoh INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 40 . Guru pelatih dikehendaki membuat satu buku skraf dan ‟soft-copy‟ tentang Pengantar Linguistik. Tugasan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada menghuraikan aspekaspek dalam bidang-bidang linguistik. Setelah mendengar dan memahami penerangan serta perbincangan yang diberikan. Ianya merupakan tugasan secara berpasangan. Saya mengasingkan berdasarkan kepada beberapa kategori yang tertentu iaitu berdasarkan kepada jenis. Pada peringkat seterusnya.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU REFLEKSI Alhamdulillah. Selain itu saya juga menggunakan sumber internet bagi memantapkan lagi maklumat yang telah saya perolehi. sejarah perkembangan ilmu linguistik. sifat bahasa. Saya melakukan pembacaan dan pencarian menyeluruh mengenai isu dan perkara yang berkaitan bagi menyiapkan tugasan saya. Hampir keseluruhan maklumat yang saya guna pakai adalah diperolehi daripada buku Pengantar Linguistik. peraturan paradigmatik. Saya memulakan tugasan ini dengan membuat rujukan awal bagi mencari tajuk yang sesuai bagi membuat tugasan ini. saya tidak mempunyai sebarang masalah. variasi bahasa. dan linguistik antropologikal. saya berasa sedikit keliru dan tidak memahaminya. stilistik dan bahasa Melayu saintifik. struktur linguistik.

namun ia bukanlah sebab bagi saya untuk menyerah kalah dan berputus asa. saya telah melaksanakan jadual perancangan yang teliti dan menggunakan segala sumber yang ada dengan semaksimum yang mungkin. Maka dengan itu berakhirlah segala tugasan yang saya usahakan selama hampir satu bulan ini. Pertamanya dari segi masa.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU perkataan. Ia adalah bertujuan bagi memastikan segala tugasan ini dihantar dan disiapkan tanpa sebarang kesalahan. Dalam melaksanakannya terdapat beberapa kesukaran yang terpaksa saya hadapi. Saya berasa puas hati dengan segala hasil kerja yang telah saya hasilkan. maka saya mula melaksanakan tugasan buku skraf ini. Bermula daripada mendapatkan maklumat berkaitan fonetik dan fonologi hingga memindahkan rakaman ke dalam bentuk transripsi fonetik. Jutaan terima kasih terhadap apa yang telah diberikan. Setelah semua maklumat dimasukkan dan diedit sepenuhnya. Setelah segala komen dan pandangan yang kami terima. Setelah semua maklumat siap sedia. saya telah membuat sedikit penambahbaikan ke atas hasil kerja saya. Setelah semua maklumat yang telah siap dianalisis. saya melakukan sekali lagi semakan buat kali yang kedua. Saya mempunyai masa yang agak suntuk iaitu selama kira-kira sebulan sahaja bagi menyiapkan segala tugasan ini. Walaupun keadaan ini berlaku. Saya telah menyerahkan segala maklumat awal yang perolehi ini bagi disemak oleh pensyarah. Oleh yang demikian saya terpaksa menggunakan masa yang ada bagi dimanfaatkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Masalah yang kedua yang terpaksa saya hadapi ialah kesukaran perlaksanaan iaitu kesalahan dan kesilapan samada kecil dan besar dalam membuat buku skraf ini. Saya telah meminta beberapa orang pelajar bagi melakukan penyemakan bagi kali ini. ( SITI NURULHASIKIN BINTI HANAFI ) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 41 . Saya tetap berusaha. saya mula melakukan penyemakan awal buat kali pertama. Bagi mengatasi masalah yang saya hadapi ini. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan tugasan saya ini. Pada masa yang sama pelbagai aktiviti dan program lain yang dirancang dan perlu dilaksanakan.

Bagi saya soalan ini agak susah kerana bagi nota linguistik antropologikal ianya sangat terhad manakala . Bagi saya kehendak soalan ini lebih memerlukan pembacaan dan pemahaman tentang sejarah ilmu lingustik dan bidang-bidang linguistik yang merujukkan kepada nota yang lengkap manakala pensyarah sebagai kawalan jawapan. Selain itu. soalan ini juga memerlukan saya membaca dan memahami keseluruhan susur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik ini untuk memudahkan saya membuat perbandingan yang tepat antara zaman-zaman yang dipilih. saya berharap tugasan ini memberi manfaat yang berpanjangan dan berguna kepada saya dan dapat aplikasikan ketika menyusun tesis mahupun ketika mengajar nanti seperti memiliki pengetahuan yang lengkap berkaitan psikolingustik dan sosiolingustik. Tugasan ini menghendaki saya mengkaji perkembangan ilmu linguistic serta membandingbezakan antara zaman yang dikehendaki. Akhirnya. Antara objektif tidak langsung kerja kursus ini ialah untuk melihat sejauh mana hubungan guru pelatih dengan pensyarah penasihat.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU REFLEKSI Assalamualaikum. ( TENGKU FEZZYAZLI BIN TENGKU AB. wang dan tenaga walaupun melakukan tugasan ini secara “In-door”. yang baik akan jadikan kekuatan yang buruk saya jadikan perbandingan. Sekian sahaja daripada saya. GHANI) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 42 . Melalui kerja kursus ini. Hal ini terbukti apabila tidak ramai yang berjumpa pensyarah penasihat dengan pelbagai-bagai alasan. bersyukur kehadrat Ilahi kerana kehendaknya saya telah pun menyiapkan tugasan Pengantar Linguistik Bahasa Melayu ini dengan jayanya. Secara jujurnya tugasan ini memerlukan pengorbanan masa. saya juga dapat mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan lain melalui perkongsian ilmu dan bertukar pendapat supaya kertas cadangan saya dapat diaplikasikan sebaik mungkin.

com/ http://ms.org/wiki/bahasa_Melayu INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 43 . (2005).  LAMAN WEB http://www.PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU BIBLIOGRAFI  BUKU  Abdullah Hassan.wikipedia.pdf. (2005). http://www.com.blogspot.Rencana Linguistik.  Abdullah Hassan.my/knet/ebook/preview/previu%20Pengantar%20Linguistik %20Am%20v3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.tulisanmakyun.karyanet.

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU LAMPIRAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | BMM 3107 44 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful