You are on page 1of 79

PANDUAN MENULIS TESIS DAN SALINAN E-THESIS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Universiti Teknologi Malaysia


Skudai
Johor Darul Ta’zim
2002
v

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

KANDUNGAN v
PENDAHULUAN ix

1 SUSUNAN DAN KANDUNGAN TE SIS 1

1.1 Maksud Sebutan Tesis 1


1.2 Susunan Tesis 1
1.3 Pengesahan Status Tesis 1
1.4 Pengesahan 4
1.4.1 Pengesahan Penyelia 4
1.4.2 Pengesahan Sekolah Pengajian
Siswazah/Fakulti/Agensi Kerjasama 4
1.5 Halaman Judul 4
1.6 Pernyataan Tujuan Tesis 5
1.7 Halaman Pengakuan 5
1.8 Halaman Dedikasi (Pilihan) 5
1.9 Halaman Penghargaan (Pilihan) 6
1.10 Abstrak 6
1.11 Halaman Kandungan 6
1.12 Halaman Senarai Jadual 7
1.13 Halaman Senarai Rajah 7
1.14 Halaman Senarai
Simbol/Singkatan/Tatanama/Istilah 8
1.15 Halaman Senarai Lampiran 8
vi

1.16 Teks 9
1.16.1 Rujukan Dalam Teks 9
1.16.2 Petikan Dalam Teks 10
1.16.3 Jadual Dalam Teks 10
1.16.4 Rajah Dalam Teks 11
1.17 Rujukan 12
1.18 Lampiran 12

2 SAIZ DAN FORMAT 13


2.1 Kertas Dan Saiz 13
2.2 Jidar 13
2.3 Penomboran Halama n 13
2.4 Penomboran Bab Dan Sub-Judul Dalam Bab 14
2.5 Penaipan 15
2.6 Jarak Dan Format 15
2.7 Naskah Cetakan Komputer 16
2.8 Penghurufan Dan Lukisan 16
2.9 Had Maksimum 17
2.10 Penjilidan 17
(a) Warna Kulit Dan Tulisan 17
(b) Kulit Depan 18
(c) Tulang Belakang 18

3 FORMAT RUJUKAN 19
3.1 Am 19
3.2 Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard) 19
3.2.1 Kaedah Menulis Rujukan Dalam Teks 19
3.2.2 Panduan Menulis Senarai Rujukan Mengikut
Sistem Pengarang Dan Tahun (Sistem
Harvard) 21
3.2.3 Panduan Menulis Nama Pengarang Dalam
Senarai Rujukan 21
vii

3.2.3.1 Format menulis nama pengarang


berserta maklumat penerbitan 23
3.2.4 Format Penulisan Bahan Ruju 25
3.3 Sistem Nombor 28
3.3.1 Kaedah Menulis Rujukan Dalam Teks 28
3.3.2 Panduan Menulis Senarai Rujukan Mengikut
Sistem Nombor 29
3.4 Rujukan Dari Internet 32

4 NOTA DAN NOTA KAKI 33

4.1 Panduan Umum 33


4.2 Keseragaman Penulisan 33

5 TESIS DAN DISERTASI ELEKTRONIK (TDE) 35


5.1 Pengenalan 35
5.2 Takrifan Tesis dan Disertasi Elektronik (TDE) 36
5.3 Proses menyediakan TDE 36
5.4 Kandungan TDE 37
5.4.1 Fail Pra-capaian 37
5.4.2 Fail Teks Penuh 38
5.5 Panduan Menyediakan TDE 38

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 45

Lampiran A - Y
viii

PENDAHULUAN

Buku panduan ini adalah hasil semakan semula "PANDUAN MENULIS


TESIS UTM" yang telah diterbitkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah pada tahun
1993. Semakan semula ini telah dibuat memandangkan perubahan dan keperluan
semasa terutamanya perihal kaedah menyediakan satu persembahan penulisan ilmiah
yang baik dengan mengambilkira keperluan peraturan pengajian di UTM dan
perkembangan pesat teknologi maklumat dan komputer. Semakan telah dibuat
berdasarkan cadangan dan saranan oleh ahli Lembaga Akademik Pengajian Siswazah
(LAPS), Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti dan ahli fakulti yang terlibat
dengan pengajian siswazah (Graduate Faculty). Beberapa dokumen penting yang
berkaitan (lihat BAHAGIAN LIMA: SENARAI DOKUMEN RUJUKAN) telah
dirujuk oleh Jawatankuasa Kerja yang telah dilantik oleh Sekolah Pengajian
Siswazah semasa penyediaan awal dokumen panduan ini.
Garis panduan yang dimuatkan dalam buku ini adalah untuk kegunaan pelajar
UTM yang perlu menyediakan laporan atau penulisan ilmiah/projek kajian sebagai
memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda atau Projek Sarjana Muda
(PSM) dan pelajar program pengajian siswazah yang perlu menyediakan Laporan
Projek Sarjana atau Disertasi atau Tesis mereka. Semasa menyediakan panduan,
anggapan penulisan pelajar dibuat dalam Bahasa Melayu. Pelajar yang menulis tesis
dalam Bahasa Inggeris dinasihatkan untuk merujuk kepada dokumen bertajuk
“Guidelines and Regulations on the Submission of Thesis and Disseration” iaitu
ringkasan kepada panduan ini dalam Bahasa Inggeris. Perkataan "tesis" dalam buku
ini dimaksudkan sebagai hasil penulisan ilmiah bagi pengajian siswazah di peringkat
Sarjana dan Doktor Falsafah secara penyelidikan. Perbincangan dalam panduan ini
keseluruhannya juga menggunakan perkataan "tesis" bagi maksud penulisan ilmiah
untuk Projek Sarjana Muda, Laporan Projek Sarjana dan Disertasi Penyelidikan
bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan. Panduan ini (1998 [Edisi
Ketiga]) disahkan oleh Senat Universiti Teknologi Malaysia pada 10 Februari 1999.
ix

Edisi ini juga memuatkan panduan penyediaan salinan e-thesis. Panduan ini
telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Senat Pengajian Siswazah (Peperiksaan)
Bil. 14/2002/2003 yang bersidang pada 7 November 2002.
BAB 1

SUSUNAN DAN KANDUNGAN TESIS

1.1 Maksud Sebutan Tesis

Maksud sebutan "tesis" dalam buku ini ialah hasil pelajaran ilmiah bagi pengajian
siswazah di peringkat sarjana dan doktoral secara penyelidikan dan juga disertasi peringkat
sarjana dan doktoral secara kerja kursus dan penyelidikan.

1.2 Susunan Tesis

Tesis mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut urutan seperti Jadual
1.1.

1.3 Pengesahan Status Tesis

Pengesahan status tesis dibuat melalui borang Pengesahan Status Tesis, iaitu borang
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) (lihat contoh di LAMPIRAN A). Sekiranya pada borang
Pengesahan Status Tesis ditandakan dengan [P] pada kotak Sulit/Terhad, maka surat
2

pengesahan daripada pihak atau organisasi yang mengkelaskan maklumat dalam tesis ini
sebagai sulit/terhad hendaklah disertakan. Pengesahan ini hendaklah menyatakan:
(i) sebab tesis perlu dikelaskan sebagai Sulit/Terhad;
(ii) tempoh tesis perlu dikelaskan sebagai Sulit/Terhad.

Tempoh lazim sesuatu tesis dikelaskan sebagai sulit/terhad adalah tiga (3) tahun
tetapi tidak boleh melebihi lima (5) tahun.

Sila lihat contoh Pengesahan Status Tesis di LAMPIRAN A & B .

Sekiranya borang ini tidak disertakan atau tidak lengkap diisi, Universiti akan
menganggap tesis ini tidak sulit/terhad dan Perpustakaan juga akan menganggap pelajar
memberi kebenaran kepada Perpustakaan membuat salinan tesis sebagai bahan pertukaran
penerbitan akademik dengan universiti/institusi lain.

Jadual 1.1: Susunan dan urutan kandungan tesis

PERKARA STATUS CONTOH CATATAN


(LAMPIRAN)

Kertas Kosong - - -

1.3 Pengesahan Status wajib A tidak bernombor


Tesis

1.3 Contoh Surat wajib B wajib jika status tesis


Pengesahan Status sulit/terhad

Tesis

1.4.1 Pengesahan Penyelia wajib C1 tidak bernombor

1.4.2 Pengesahan wajib C2 tidak bernombor


SPS/Fakulti/Agensi
Kerjasama

1.5 Halaman Judul wajib D tidak bernombor tetapi


dikira sebagai (i)

1.7 Halaman Pengakuan wajib F bernombor Roman kecil


iaitu (ii)
3

PERKARA STATUS CONTOH CATATAN


(LAMPIRAN)

1.8 Halaman Dedikasi pilihan G bernombor Roman kecil

1.9 Halaman pilihan H bernombor Roman kecil


Penghargaan (jika ada)

1.10 Abstrak wajib I, J bernombor Roman kecil

1.11 Halaman Kandungan wajib K bernombor Roman kecil

1.12 Halaman Senarai wajib L bernombor Roman kecil


Jadual

1.13 Halaman Senarai wajib M bernombor Roman kecil


Rajah

1.14 Halaman Senarai wajib N bernombor Roman kecil


Simbol/Singkatan/
Tatanama/Istilah

1.15 Halaman Senarai wajib (jika ada O bernombor Roman kecil


Lampiran lampiran) (jika ada)

1.16 Teks wajib - bernombor Arab


dimulakan dengan halaman
1

1.17 Rujukan wajib - bernombor Arab


bersambungan dengan
teks

1.18 Lampiran pilihan - bernombor Arab


bersambungan dengan
teks
4

1.4 Pengesahan

1.4.1 Pengesahan Penyelia

Tesis yang hendak diserah untuk tujuan peperiksaan hendaklah mendapat


pengesahan penyelia terlebih dahulu. Sila lihat contoh di LAMPIRAN C1.

1.4.2 Pengesahan Sekolah Pengajian Siswazah/Fakulti/Agensi Kerjasama

Pelajar hendaklah mendapatkan pengesahan pihak Sekolah Pengajian Siswazah


(atau Dekan Fakulti berkenaan untuk Projek Sarjana Muda) atau ketua organisasi yang
terlibat dalam kerjasama menghasilkan tesis tersebut. Sila lihat contoh di LAMPIRAN
C2 (BAHAGIAN A) .

Pelajar dikehendaki mendapatkan pengesahan Sekolah Pengajian Siswazah tentang


nama-nama panel pemeriksa tesis. Sila lihat contoh di LAMPIRAN C2.

1.5 Halaman Judul

Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut urutan berikut:
§ Judul lengkap tesis;
§ Nama penuh pelajar seperti dalam kad pengenalan atau pasport
(antarabangsa);
§ Pernyataan tujuan tesis (seperti contoh di LAMPIRAN E );
§ Nama Fakulti/Institut/Pusat tempat pelajar berdaftar;
§ Nama Universiti; dan
§ Bulan dan Tahun diserahkan (Jika keputusan peperiksaan mengkehendaki
supaya tesis dirombak dan diserah semula untuk peperiksaan kali kedua,
maka Bulan dan Tahun penyerahan yang baru hendaklah digunakan).
5

Sila lihat contoh di LAMPIRAN D .

1.6 Pernyataan Tujuan Tesis

Pernyataan tujuan tesis ditulis dalam Halaman Judul. Ia merupakan pernyataan


tentang tujuan sesuatu tesis itu disediakan. Pernyataan tujuan tesis bagi berbaga i peringkat
diberi dalam LAMPIRAN E .

1.7 Halaman Pengakuan

Halaman pengakuan mengandungi pengakuan tentang keaslian tesis. Ia hendaklah


ditandatangani oleh pelajar. Sila lihat contoh di LAMPIRAN F .

1.8 Halaman Dedikasi (Pilihan)

Pernyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu perenggan
dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar. Sila lihat contoh di
LAMPIRAN G .
6

1.9 Halaman Penghargaan (Pilihan)

Halaman ini hendaklah ditulis dalam satu halaman sahaja. Penghargaan dirakamkan
kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberikan sebarang bantuan
dalam penyediaan tesis. Sila lihat contoh di LAMPIRAN H.

1.10 Abstrak

Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan diikuti oleh
terjemahannya dalam Bahasa Inggeris di halaman yang berikutnya. Abstrak mestilah
ringkas, ditulis dalam satu paragraf serta tidak melebihi 300 perkataan dalam satu halaman
sahaja. Abstrak tidak sama dengan sinopsis atau ringkasan tesis. Abstrak boleh ditulis
satu langkau atau satu setengah langkau. Ia hendaklah menyatakan dengan ringkas bidang
kajian tesis, masalah yang hendak diselesaikan, cara penyelesaian, proses penyelidikan dan
keputusan yang diperolehi. Sila lihat contoh di LAMPIRAN I (Bahasa Melayu) dan
LAMPIRAN J (Bahasa Inggeris).

Bagi pelajaran yang dibuat dalam Bahasa Inggeris, abstrak hendaklah dalam
bahasa tersebut dan diikuti dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu.

1.11 Halaman Kandungan

Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi


senarai bahan yang terdapat dalam tesis, iaitu Bahagian, Bab dan pecahan-pecahan utama
daripada bab-bab berkenaan. Bilangan bab tidak ditetapkan, tetapi perlu mengandungi
perkara-perkara berikut:
§ Pendahuluan;
7

§ Kajian Literatur;
§ Objektif Penyelidikan;
§ Eksperimen atau pengumpulan data;
§ Dapatan dan Perbincangan; dan
§ Kesimpulan.

Tajuk-tajuk berkenaan hendaklah ditulis dengan menggunakan perkataan yang


sama seperti yang terdapat dalam tesis. Sila lihat contoh di LAMPIRAN K.

1.12 Halaman Senarai Jadual

Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam tesis. Nombor
halaman tempat jadual diletakkan hendaklah dicatatkan dalam senarai ini. Urutan nombor
jadual hendaklah dibuat mengikut bab. Sila lihat contoh di LAMPIRAN L .

1.13 Halaman Senarai Rajah

Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan peta. Seperti
senarai jadual, nombor halaman dan tempat rajah diletakkan hendaklah dicatatkan dalam
senarai rajah. Urutan nombor rajah hendaklah dibuat mengikut bab. Sila lihat contoh di

LAMPIRAN M .
8

1.14 Halaman Senarai Simbol/Singkatan/Tatanama/Istilah

Halaman ini menyenaraikan simbol atau singkatan atau tatanama atau istilah yang
terdapat dalam teks. Urutan susunan adalah seperti berikut:
Huruf Roman - ikut abjad
Huruf Greek - ikut abjad
Superskrip - ikut abjad
Subskrip - ikut abjad

Pelajar dinasihat supaya merujuk Gaya Dewan terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1995 bagi mendapatkan keterangan lanjut berkenaan ejaan dan kata singkatan.

Sila lihat contoh senarai simbol di LAMPIRAN N .

1.15 Halaman Senarai Lampiran

Pada halaman ini disenaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam tesis dengan
memberi perhatian kepada perkara berikut:
(a) Tesis tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu, data
kajian, jadual, contoh soal- selidik, peta, gambar dan sebagainya yang
terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan
secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks
bolehlah disertakan sebagai lampiran.
(b) Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan
seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan
sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuk tertentu.

Sila lihat contoh senarai lampiran di LAMPIRAN O.


9

1.16 Teks

Teks dalam tesis hendaklah mengandungi bab-bab yang diberi judul dan setiap
judul hendaklah membayangkan kandungan. Setiap bab hendaklah dimulakan pada
halaman baru. Bab boleh dipecahkan kepada bahagian yang diberi judul kecil. Judul dan
judul kecil bab mestilah dinomborkan.

Teks ditulis perenggan demi perenggan. Seberapa boleh elakkan menulis


perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya menerangkan satu isu atau perkara
dan hendaklah ada kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.

Teks, antara lain, hendaklah mengandungi:


(i) pengenalan dan latar belakang kajian atau penyelidikan;
(ii) penerangan terperinci tentang kajian atau penyelidikan yang dijalankan
termasuk teori, model, bahan dan kaedah yang digunakan;
(iii) teknik pengumpulan data dan penganalisisan data yang dikumpul. Dapatan
utama serta ulasannya; dan
(iv) rumusan atau kesimpulan dan implikasi penemuan (dapatan).

Pelajar dinasihat untuk merujuk Gaya Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,
1995 bagi memastikan pengunaan ejaan dan tatabahasa yang betul. Pelajar yang perlu
membuat transliterasi juga dinasihat merujuk Gaya Dewan tersebut di atas dan Pedoman
Transliterasi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

1.16.1 Rujukan Dalam Teks

Apabila maklumat atau idea atau nukilan diambil daripada sesuatu sumber, pelajar
hendaklah menyatakannya dalam teks. Rujukan dalam teks ini hendaklah ditulis mengikut
10

salah satu daripada kaedah yang ditetapkan dalam BAHAGIAN TIGA: PANDUAN
MENULIS RUJUKAN .

1.16.2 Petikan Dalam Teks

Petikan dalam teks hendaklah ditulis dalam perenggan yang berasingan. Petikan
yang ditulis dalam bahasa lain hendaklah menggunakan huruf condong. Contoh cara
menulis petikan diberi dalam LAMPIRAN P .

1.16.3 Jadual Dalam Teks

Jadual yang dimuatkan ke dalam teks hendaklah dinomborkan dengan angka Arab.
Setiap jadual diberi tajuk yang diletak di atas jadual tersebut pada jarak satu baris. Tajuk
hendalah diketengahkan bagi tajuk satu baris. Tajuk yang panjang hendaklah dicetak
santak ke kiri selari dengan lebar jadual dan dicetak seimbang. Nombor jadual hendaklah
dikaitkan dengan bab (Contohnya Jadual 4.3 bagi jadual yang ke-3 dalam Bab 4) (Lihat
contoh di LAMPIRAN Q ).

Jadual sebaik -baiknya diletak selepas sahaja dirujuk bua t kali pertama dalam teks.
Jika tidak, jadual hendaklah dikumpulkan pada satu tempat yang sesuai. Semua jadual
hendaklah disenaraikan dalam halaman Senarai Jadual seperti dalam LAMPIRAN L .
11

1.16.4 Rajah Dalam Teks

Bahan ilustrasi contohnya peta, carta, lukisan, graf, gambarajah dan fotograf
disebut "Rajah". Setiap rajah hendaklah jelas dan bermutu tinggi dan diberi nombor angka
Arab. Tajuk rajah diletak di bawah bahan ilustrasi tersebut pada jarak satu baris. Tajuk
hendalah diketengahkan bagi tajuk satu baris. Tajuk yang panjang hendaklah dicetak
santak ke kiri selari dengan lebar jadual dan dicetak seimbang. Nombor rajah hendaklah
dikaitkan dengan bab (Contohnya Rajah 4.3 bagi rajah ke-3 dalam Bab 4) (Lihat contoh di

LAMPIRAN R ).

Rajah sebaik-baiknya diletak selepas sahaja dirujuk buat kali pertama dalam teks.
Jika tidak rajah hendaklah dikumpulkan pada satu tempat yang sesuai. Semua rajah
hendaklah disenaraikan dalam halaman Senarai Rajah seperti dalam LAMPIRAN M .

Bahan ilustrasi dalam bentuk disket, slaid atau seumpamanya hendaklah dimuatkan
ke dalam poket yang dibuat khas dan diletak di bahagian dalam kulit belakang. Bahan
ilustrasi dalam bentuk pelan, peta, carta, graf dan sebagainya yang berukuran besar,
hendaklah dikecilkan supaya dapat dimuatkan ke dalam satu halaman. Bahan ilustrasi
tertentu hendaklah memenuhi syarat berikut:

(i) Fotograf

Fotograf yang digunakan sebagai bahan ilustrasi hendaklah dilekatkan


dalam teks dengan menggunakan perekat yang bermutu tinggi atau kaedah yang
lebih baik.

(ii) Keratan Akhbar dan Sebagainya

Lampirkan salinan yang jelas dan bermutu tinggi sahaja.


12

(iii) Peta dan Fotograf Udara

Peta dan fotograf udara yang hendak dimuatkan ke dalam tesis perlu
mendapat kebenaran bertulis Ketua Pengarah Pemetaan Negara. Permohonan
hendaklah dibuat menggunakan borang PPN 14 yang boleh didapati daripada
Perpustakaan. Lihat contoh di LAMPIRAN S .

Dengan adanya teknologi komputer terkini, bahan ilustrasi seberapa boleh


hendaklah dirakam menggunakan pengimbas (scanner) dan dicetak menggunakan
pencetak warna bermutu tinggi.

1.17 Rujukan

Rujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan tesis. Pelajar


diingatkan supaya menyenaraikan bahan yang dirujuk dalam halaman rujukan selepas teks.
Senarai ini disusun mengikut satu daripada kaedah yang diberi dalam BAHAGIAN
TIGA: PANDUAN MENULIS RUJUKAN.

1.18 Lampiran

Lampiran membolehkan pelajar memuatkan bahan yang dapat memberi


penerangan tambahan kepada teks dengan tidak mengganggu tumpuan pembaca. Bahan-
bahan ini termasuk jadual, carta, atur cara perisian dan lain-lain.

Semua lampiran hendaklah disenaraikan dalam halaman Senarai Lampiran seperti


pada LAMPIRAN O .
BAB 2

SAIZ DAN FORMAT

2.1 Kertas dan Saiz

Gunakan kertas simili 80 gram berwarna putih dan bermutu tinggi dan bersaiz A4
(210 mm × 297 mm).

2.2 Jidar

Pada amnya jidar adalah sama bagi setiap halaman, iaitu 4 cm di sebelah kiri (untuk
memudahkan penjilidan) dan 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah.

2.3 Penomboran Halaman

Nomborkan halaman mengikut urutan seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1.1.
Nombor halaman hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kanan, 1.25 cm dari tepi atas dan
2.5 cm dari tepi sebelah kanan digit terakhir nombor berkenaan. Penomboran halaman
hendaklah memenuhi syarat berikut:
14

(i) Bahagian permulaan tesis, bermula dari halaman judul, hendaklah dinombor
dengan angka kecil Roman (i, ii, iii, dsn); bahagian teks dan selepasnya
hendaklah menggunakan angka Arab (1, 2, 3, dsn).
(ii) Halaman pertama tesis ialah halaman judul, dianggap sebagai halaman "i"
tetapi tidak ditaip.
(iii) Halaman pertama bahagian teks dianggap sebagai halaman "1" tetapi
nombornya tidak ditaip. Begitu juga bagi halaman pertama setiap
permulaan Bahagian atau Bab, tidak ditulis nombor halamannya tetapi
diambilkira bagi menomborkan halaman berikutnya.
(iv) Jika tesis terdiri daripada beberapa bahagian, halaman pemisah bahagian
boleh dimasukkan tetapi tidak dinomborkan dan tidak dikira dalam
penomboran halaman.

2.4 Penomboran Bab dan Sub-Judul Dalam Bab

Bab dan sub-judul dalam bab perlu dinomborkan. Bab dinomborkan


menggunakan angka Arab iaitu BAB 1, BAB 2, BAB 3, dsn dan sub-judul dalam bab
menggunakan angka Arab. Struktur penomboran sub-judul dalam bab tidak diensot tetapi
disusun mengikut urutan tahap sub-judul dan tidak melebihi empat tahap seperti berikut:
BAB 2 Tahap pertama (Judul Bab)
2.1 Tahap kedua (sub-judul);
2.1.1 Tahap ketiga (sub-sub-judul);
2.1.1.1 Tahap keempat (sub-sub-sub-judul)

Jika Judul Bab atau sub-judul pada mana-mana tahap tersebut di atas melebihi satu
baris, maka langkaunya adalah sama dengan langkau dalam teks.

Sub-judul seterusnya boleh diberi nombor dengan huruf abjad. Contoh halaman
dalam Bab ditunjukkan dalam LAMPIRAN T dan LAMPIRAN U .
15

Sekiranya tesis mempunyai beberapa bahagian, gunakan perkataan dengan huruf


besar iaitu BAHAGIAN SATU, BAHAGIAN DUA, BAHAGIAN TIGA dan seterusnya
untuk memisahkan masing-masing bahagian tersebut.

2.5 Penaipan

Penaipan tesis hendaklah menggunakan komputer dan ditaip dengan huruf biasa
(tidak dibenarkan huruf yang berbunga-bunga). Pelajar dinasihatkan supaya menggunakan
satu jenis huruf yang tetap dan “standard” sahaja pada keseluruhan tesis (kecuali yang
melibatkan penggunaan bahasa asing ditaip menggunakan huruf condong). Saiz (tinggi)
huruf yang digunakan dalam teks tidak kurang daripada 0.2 cm bagi huruf besar dan 0.15
cm bagi huruf kecil. Jika anda menggunakan perisian Words 6.0 atau versi yang lebih
terkini, sila gunakan jenis huruf (font) "Times New Roman", bersaiz 12 atau lebih besar.
Jarak di antara baris dalam teks ialah satu setengah langkau (1.5 spacing). Teks dalam
tesis hendaklah ditaip pada sebelah halaman sahaja.

Judul bab hendaklah ditaip dengan huruf besar dan diletak di tengah-tengah antara
jidar kiri dengan kanan. Setiap bab hendaklah dimulakan di atas halaman yang baru. Bab
dan bahagian dalam bab hendaklah diberi judul. Judul boleh ditaip dengan huruf tebal dan
tidak perlu digariskan. Huruf pertama setiap perkataan dalam sub-judul hendaklah huruf
besar. Lihat contoh dalam LAMPIRAN T dan LAMPIRAN U.

2.6 Jarak dan Format

Pelajar dinasihatkan supaya mematuhi panduan berikut dalam menentukan jarak


dalam teks:
(i) Jarak di antara jidar atas dengan nombor bab ialah 2.5 cm;
16

(ii) Jarak di antara nombor bab dengan judul bab, dan di antara judul bab
dengan baris pertama teks ialah empat (4) baris;
(iii) Jarak di antara sub -judul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah
empat (4) baris;
(iv) Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah dua
(2) baris;
(v) Jarak di antara perenggan ialah dua (2) baris;
(vi) Mulakan sub-judul berserta nombornya dari jidar kiri;
(vii) Mulakan baris pertama perenggan dengan ensotan (indent) sebesar 1.27
cm (atau 0.5 inci) dari jidar kiri;
(viii) Jangan mulakan baris pertama perenggan baru di sebelah bawah halaman;
(ix) Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah dua
(2) baris.
(x) Jarak antara nokhtah (.) dengan huruf pertama ayat berikutnya (dalam
paragraf yang sama) ialah dua (2) huruf.
(xi) Jarak selepas koma (,) ialah satu (1) huruf.

Sila lihat LAMPIRAN T dan U.

2.7 Naskah Cetakan Komputer

Pelajar hendaklah menaip tesis dengan menggunakan komputer kerana cara ini
membolehkan pembetulan dibuat dengan cepat dan mudah. Cetakan tesis hendaklah
dibuat menggunakan mesin cetak "laser" atau kualiti cetakan yang setaraf.
2.8 Penghurufan dan Lukisan

Penghurufan dan lukisan hendaklah jelas dan boleh dibuat salinan dengan
memuaskan tanpa kehilangan sebarang maklumat.
17

2.9 Had Maksimum

Had panjang laporan projek/disertasi/tesis adalah seperti berikut:


Laporan Projek Sarjana Muda : tidak melebihi 100 halaman
Laporan Projek Sarjana/Disertasi/Tesis : tidak melebihi 150 halaman
Tesis Doktor Falsafah : tidak melebihi 250 halaman

Had maksimum ini tidak termasuk lampiran, jadual, gambar rajah dan lain-lain
ilustrasi. Pelajar yang tesisnya akan melebihi had ini, hendaklah memohon kelulusan bertulis
daripada Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (atau Dekan Fakulti berkenaan bagi Projek
Sarjana Muda) melalui Penyelia masing-masing.

2.10 Penjilidan

Semua tesis hendaklah dijilid dengan sempurna. Tesis boleh dijilid sementara
(spiral binding) bagi tujuan peperiksaan. Selepas peperiksaan dan peperiksaan lisan atau
pembentangan serta pembetulan (jika berkenaan), tesis hendaklah dijilid kekal berkulit
keras.

(a) Warna Kulit dan Tulisan

Tesis yang hendak diserahkan kepada Universiti hendaklah yang telah dijilid kekal
(penuh) dengan kulit jenis "buckram" dan bertulisan emas dengan saiz minimum 18 poin.
Warna kulit (kod warna) tesis telah ditetapkan seperti berikut:
18

(i) IJAZAH DOKTOR FALSAFAH : Merah Pulasan (567)

(ii) IJAZAH SARJANA : Coklat Tua (537)

(iii) PROJEK SARJANA MUDA:

a. Fakulti Alam Bina : Ungu (551)


b. Fakulti Kejuruteraan Awam : Hijau Lumut (557)
c. Fakulti Kejuruteraan dan Sains : Biru Muda (548)
Geoinformasi
d. Fakulti Kejuruteraan Elektrik : Kuning Pinang Masak (520)
e. Fakulti Kejuruteraan Kimia dan : Hitam (585)
Kejuruteraan Sumber Asli
f. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal : Merah (530)
g. Fakulti Pendidikan : Biru Langit (562)
h. Fakulti Pengurusan dan Pembangunan : Biru Baru (550)
Sumber Manusia
i. Fakulti Sains : Hijau Muda (531)
j. Fakulti Sains Komputer dan Sistem : Merah Tua (532)
Maklumat

(b) Kulit Depan

Pada kulit depan hendaklah ditulis tajuk tesis, nama pelajar dan Universiti
Teknologi Malaysia dengan huruf besar seperti contoh di LAMPIRAN V.

(c) Tulang Belakang

Pada tulang belakang tesis hendaklah ditulis nama pelajar, nama ringkas ijazah
dalam Bahasa Melayu, tahun tesis ditulis dan UTM seperti contoh di LAMPIRAN W .
BAB 3

FORMAT RUJUKAN

3.1 Am

Rujukan yang dinukil dalam teks, sama ada sumber rujukan itu telah diterbitkan
atau tidak, hendaklah direkodkan. Nukilan dalam teks hendaklah dihubungkan dengan
senarai rujukan mengikut salah satu sistem yang ditetapkan. Dua sistem penulisan rujukan
yang lazim digunakan ialah (i) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard), dan (ii)
Sistem Nombor.

3.2 Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)

3.2.1 Kaedah Menulis Rujukan Dalam Teks

Apabila menggunakan sistem ini, rujukan dalam teks hendaklah ditulis


menggunakan nama utama pengarang sahaja (tanpa nama ringkasannya) seperti berikut:
(a) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang
yang dirujuk. Contoh:
20

“Menurut Paredis (1993), sebilangan besar masalah utama penjadualan


dalam pelbagai bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke
dalam kelas masalah pengoptimuman kekangan.”

(b) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama
dan tahun dalam kurungan. Contoh:

“Oleh itu, penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi


masalah pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang
popular dewasa ini (Paredis, 1993).”

(c) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang,
tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contoh:

“Penjadualan senggaraan telah lama dikaji, contohnya dalam penghasilan


kuasa oleh Kralj dan Petrovic (1995) . . . .”

Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et al. selepas nama pengarang
pertama. Contoh:

“Safaai Deris et al. (1997), menggunakan pendekatan tersebut ke atas


jadual waktu Universiti.”

(d) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenalpasti dua atau lebih penerbitan
oleh pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:

“Contoh perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraan kekangan


ialah ILOG Solver oleh Puget dan Albert (1994a).”

“Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan


kepintaran buatan (Puget dan Albert, 1994b).”
21

(e) Rujuk silang (cross reference) tidak dibenarkan dalam penulisan tesis.
Pelajar hendaklah merujuk kepada sumber bahan rujukan yang asal.

3.2.2 Panduan Menulis Senarai Rujukan Mengikut Sistem Pengarang dan Tahun
(Sistem Harvard)

Semua bahan yang dirujuk dalam tesis hendaklah disenarai dalam Senarai Rujukan
yang diletak di bahagian akhir teks.

Susunan rujukan dalam senarai rujukan hendaklah mengikut abjad. Bagi pengarang
yang sama yang mempunyai dua penerbitan atau lebih, nyatakan secara kronologi, misalnya
penerbitan 1964 oleh Scholfield didahulukan sebelum penerbitannya pada 1967.

3.2.3 Panduan Menulis Nama Pengarang Dalam Senarai Rujukan

Walaupun pada umumnya nama pengarang ditulis mengikut sistem nama keluarga
diikuti oleh singkatan nama lain, bagi sistem nama yang tidak mempunyai nama keluarga
boleh ditulis mengikut kelaziman kelompok berkenaan.

(i) Nama Barat

Tuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh singkatan nama lain.

Contoh:
nama : John Neville Pavlovic
ditulis : Pavlovic, J. N.
22

(ii) Nama Melayu

Gunakan nama pengarangnya.

Contoh:
nama : Mohd Noor Abdullah
ditulis : Mohd Noor Abdullah

(iii) Nama Arab atau Berunsur Arab

Gunakan nama keluarganya atau nama pengarang jika tiada nama keluarganya.

Contoh (guna nama keluarga):


nama : Syed Muhammad Naquib Al-Attas
ditulis : Al-Attas, Syed Muhammad Naquib

Contoh (tiada nama keluarga):


nama : Malik ibn Anas
ditulis : Malik ibn Anas

(iv) Nama China

Mulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cina terletak di
hadapan.

Contoh:
nama : Tan Beng Keat
ditulis : Tan, Beng Keat

Nama keluarga dipisahkan dari nama lain dengan koma.


23

(v) Nama India

(a) Gunakan nama pengarangnya.

Contoh:
nama : Srinivasan Venkataraman
ditulis : Srinivasan Venkataraman

(b) Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan.

Contoh:
nama : S. N. Gupta
ditulis : Gupta, S. N.

(vi) Nama Punjabi

Gunakan nama penulisnya.

Contoh:
nama : Pretam Singh
ditulis : Pretam Singh

3.2.3.1 Format menulis nama pengarang berserta maklumat penerbitan

(i) Pengarang Perseorangan dan Kumpulan

Contoh untuk satu pengarang:


Veres, S. M. (1990). Structure Selection of Stochastic Dynamic Systems. New

York: Gordon and Breach Science Publishers.


24

Contoh untuk dua atau lebih pengarang:


Puget, J. F. and Albert, P. (1994a). SOLVER: Constraints – Objects
Descriptions. Technical Report. ILOG S. A.

Pergantis, S. A., Cullen, W. R., Chow, D. T. and Elgendor, G. K. (1997). Liquid


Chromatography and Mass Spectrometry for the Speciation of Arsenic Animal
Feed Additives. Journal of Chromatography A. 764. 211- 222.

(ii) Penyunting/Penyusun

Contoh:
Martin, A. M. ed. (1991). Peat as an Agent in Biological Degradation of
Waste. London: Elsevier. 314–362.

Lees, R. H. and Thomas T. R. eds. (1974). Chemical Nomenclature Usage.


Chischester: Ellis Horwood.

(iii) Penulis/Penyunting Korporat

Contoh:
Engineers Joint Council (1969). Thesaurus of Engineering and Scientific Terms.
New York: Engineers Joint Council.

American Chemical Society ed. (1978). Handbook for Authors of American


Chemical Society Publications. Washington, D. C.: American Chemical
Society.
25

3.2.4 Format Penulisan Bahan Rujukan

Dalam penulisan tesis, pelajar akan merujuk berbagai jenis bahan sumber. Contoh
berikut adalah sebagai panduan untuk menulis bahan rujukan mengikut jenisnya ke dalam
senarai rujukan.

(i) Buku

Nama penulis (Tahun). Judul Buku. Edisi. Tempat terbit: Penerbit. hlm.

Contoh:
Theusen, G. J. and Fabrycky, W. J. (1984). Engineering Economy. 6th ed.
Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall. 150–178.

(ii) Artikel dalam buku

Nama pengarang artikel (Tahun). Judul Artikel. Dlm. Nama pengarang buku. Judul
Buku. Tempat terbit: Penerbit. hlm.

Contoh:
Sukiman Sarmani (1987). Pencemaran Radioaktif. Dlm. Ahmad Badri Mohamad.
Perspektif Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71 - 87.

(iii) Artikel dalam jurnal

Nama penulis (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor):hlm.

Contoh:
Billings. S. A. (1980). Identification of Nonlinear Systems: A survey. Proc. Instn

Electr. Engrs, Part D. 127(6): 272-284.


26

(iv) Artikel daripada persidangan

Nama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Tajuk Persidangan. Tarikh Persidangan.


Tempat diterbit: Nama Penerbit. hlm.

Contoh:
Sheta, A. F. and De Jong, K.(1996). Parameter Estimation of Nonlinear Systems
in Noisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966
IEEE International Symposium on Intelligent Control. September 15-18.
Dearborn, Michigan: IEEE, 360-365.

(v) Tesis

Nama Penulis (Tahun). Judul. Nama Institusi: Tesis.

Contoh:
Ahmad Zaki Abu Bakar (1989). Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk
Pemahaman Komputer. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Doktor
Falsafah.

(vi) Perundangan

Nama negara (Tahun). Judul Perundangan. : Nombor perundangan.

Contoh:
Malaysia (1983). Perintah Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah. :
P.U.(A)41 1983.

(vii) Piawai

Nama institusi (Tahun). Judul Piawai. Tempat terbit, Nombor piawai.


27

Contoh:
British Standards Institution (1987). Tongued and Grooved Software Flooring.
London, BS 1297.

(viii) Paten

Nama pemunya (Tahun). Judul Paten. (Nombor paten).

Contoh:
Lindgren, E. A. (1960). Screen Room Air Inlet and Wave Guard. (U.S. Patent
2, 925, 457).

(ix) Katalog dagang

Nama pengeluar (Tahun). Judul. Tempat terbit: Nota.

Contoh:
Howick Partitioning Ltd. (1984). Howick: Partitioning in Business. Redhill
(U.K.): Trade Brochure.

(x) Lukisan Terukur dan Teknik

Nama pengeluar (Tahun). Judul. Tempat terbit: Nota.

Contoh:
Zairul Azidin Badri (1980). Rumah Kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung,
Kampung Gajah, Perak. UTM: Lukisan Terukur.

Salim Man (1989). Pengisi Sekam ke Dalam Kontena Penyimpan: Pandangan


Isometrik. UTM: Lukisan Teknik.
28

(xi) Bahan Sumber Yang Tidak Diterbitkan

Tuliskan mengikut format sama seperti di atas, tetapi ditulis Tidak diterbitkan
diakhirnya.

Contoh Senarai Rujukan mengikut Sistem Pengarang dan Tahun diberi dalam
LAMPIRAN X .

3.3 Sistem Nombor

3.3.1 Kaedah Menulis Rujukan Dalam Teks

Jika menggunakan Sistem Nombor, setiap satu rujukan yang digunakan diberi
nombor mengikut angka Arab. Bagi penulisan dalam teks, gunakan salah satu kaedah
berikut:

(i) Jika nama penulis disebut dalam ayat, masukkan nombor rujukan dengan
tanda kurung sama ada ( ), [ ] atau superskrip selepas penyebutan nama
penulis yang dirujuk, contohnya:

“Menurut Paredis (1) sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam pelbagai
bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalah
pengoptimuman kekangan.”

ATAU

“Menurut Paredis [1] sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam pelbagai
bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalah
pengoptimuman kekangan.”
29

ATAU

“Menurut Paredis1 sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam pelbagai


bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalah
pengoptimuman kekangan.”

Bagaimanapun, nombor tidak semestinya ditulis selepas nama penulis, ada kalanya
nombor rujukan ditulis selepas akhir ayat.

(ii) Sekiranya tidak memerlukan nama pengarang dalam ayat, tuliskan nombor
rujukan sahaja. Contoh:

“Oleh itu penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalah
pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini (1).”

ATAU

“Oleh itu penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalah
pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini [1].”

ATAU

“Oleh itu penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalah
pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini1 .”

3.3.2 Panduan Menulis Se narai Rujukan Mengikut Sistem Nombor

Dalam senarai rujukan, susunkan rujukan mengikut nombor rujukan secara


berurutan seperti yang disebut dalam teks.
30

(i) Buku

Nama penulis. Judul Buku. Edisi (bukan pertama). Tempat terbit: Penerbit. hlm;
Tahun

Contoh:
Theusen, G. J. and Fabrycky, W. J. Engineering Economy. 6th. edition..
Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall. 150–178; 1984

(ii) Artikel dalam buku

Nama pengarang artikel. Judul Artikel. dlm. Nama pengarang buku. Judul Buku.
Tempat terbit: Penerbit. hlm.; Tahun

Contoh:
Sukiman Sarmani. Pencemaran Radioaktif. Dlm.: Ahmad Badri Mohamad.
Perspektif Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71 – 87; 1987

(iii) Artikel dalam jurnal

Nama penulis. Judul Artikel. Judul Jurnal. Tahun; Jilid (nombor): hlm.

Contoh:
Billings. S. A. Identification of Nonlinear Systems: A Survey. Proc. Instn Electr.

Engrs, Part D, 1980, 127(6): 272-284.

(v) Artikel daripada persidangan

Nama penulis. Judul Artikel. Tajuk Persidangan.; Tarikh Persidangan: Tempat


diterbit: Nama Penerbit, Tahun. hlm.
31

Contoh:
Sheta, A. F. and De Jong, K. Parameter Estimation of Nonlinear Systems in Noisy

Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966 IEEE

International Symposium on Intelligent Control. September 15-18,

1996. Dearborn, Michigan: IEEE, 1996. 360-365.

(v) Tesis

Nama Penulis. Judul. Tesis . Nama Institusi; Tahun

Contoh:
Ahmad Zaki Abu Bakar. Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk
Pemahaman Komputer. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Teknologi
Malaysia; 1989

(vi) Piawai

Nama institusi. Judul Piawai. Tempat terbit, Nombor piawai. Tahun

Contoh:
British Standards Institution. Tongued And Grooved Software Flooring.
London, BS 1297. 1987

(vii) Paten

Nama pemunya. Judul Paten. Nombor paten. Tahun.

Contoh:
Lindgren, E. A. Screen Room Air Inlet and Wave Guard. U.S. Patent 2, 925,
457. 1960.
32

(viii) Katalog dagang

Nama pengeluar. Judul. Tempat terbit: Nota. Tahun

Contoh:
Howick Partitioning Ltd. Howick: Partitioning in Business. Redhill (U.K.): Trade
brochure. 1984.

(ix) Lukisan Terukur dan Teknik

Nama pengeluar. Judul. Tempat terbit: Nota. Tahun

Contoh:
Zairul Azidin Badri. Rumah Kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung, Kampung
Gajah, Perak. UTM: Lukisan Terukur. 1980.

Salim Man. Pengisi Sekam ke Dalam Kontena Penyimpan: Pandangan


Isometrik. UTM: Lukisan Teknik. 1989.

Contoh senarai rujukan menggunakan Sistem Nombor adalah seperti dalam LAMPIRAN
Y.

3.4 Rujukan Dari Internet

Walaupun internet menyediakan sumber rujukan yang amat luas, namun maklumat
dalam internet biasanya tidak kekal dan sentiasa mengalami pembaharuan dari semasa ke
semasa. Keadaan ini menjadikannya sumber rujukan yang tidak “reliable” untuk jangka
panjang. Oleh itu internet hendaklah dijadikan sebagai alat bagi mendapatkan sumber asal
sesuatu rujukan.
BAB 4

NOTA DAN NOTA KAKI

4.1 Panduan Umum

Nota ialah maklumat tambahan yang dimuatkan dalam sebuah penulisan. Nota
seperti nota kaki, nota akhir dan sebagainya, pada sesuatu halaman tertentu tidak
dibenarkan bagi penulisan tesis dalam bidang Sains dan Teknologi.

Walau bagaimanapun penggunaan nota kaki yang terhad dibenarkan bagi penulisan
tesis dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Nota kaki diletakkan di bahagian
bawah sesuatu halaman. Ia digunakan untuk menerangkan atau memberi maklumat
tambahan mengenai perkara yang terdapat dalam kandungan teks pada halaman
berkenaan. Nota kaki dicatatkan mengikut angka Arab dan menurut urutan iaitu 1, 2, 3
dan sebagainya.

4.2 Keseragaman Penulisan

Cara penulisan nota kaki berbeza dengan penulisan rujukan dalam aspek
penyebutan nama penulis dan penggunaan jenis tanda bacaan. Dalam nota kaki, nama
penulis ditulis menurut sebutan dan susunan semula jadi nama berkenaan. Tanda bacaan
34

koma atau tanda kurung digunakan untuk memisahkan nama penulis, judul artikel dan
maklumat penerbitannya. Dalam penulisan rujukan, tanda noktah digunakan bagi tujuan ini.
Saiz taip huruf nota kaki adalah dua (2) poin lebih kecil daripada saiz font teks. Perbezaan
antara nota kaki dengan rujukan dapat dilihat daripada format berikut:

Cara Menulis Nota Kaki:

10 Nama penulis, “Tajuk Artikel.” maklumat penerbitan, tahun, muka surat.

Contoh:

10 Mary Duncan Carter, Wallace John Bonk, dan Rose Mary Magrill,
“Building Library Collections.” Edisi keempat (Metuchen, N. J.:
Scarecrow Press, 1974), m.s. 61 - 66.

Cara Menulis Senarai Rujukan:

Nama penulis (tahun). “Tajuk Artikel.” maklumat penerbitan. muka surat.

Contoh:

Carter, M. D., Bonk, W. J. dan Magrill, R. M. (1974). “Building Library


Collections.” Edisi keempat. Metuchan, N. J.: Scarecrow Press. hlm. 61 - 66.

(ii) Sekiranya penulis perlu menggunakan nota kaki, maka penulisannya hendaklah
seragam dan standard.
BAB 5

TESIS DAN DISERTASI ELEKTRONIK (TDE)

5.1 Pengenalan

Mesyuarat Senat Universiti Teknologi Malaysia Bil.01/2002/03 bertarikh 12 Jun


2002 telah membuat keputusan supaya pelajar pengajian siswazah menghantar salinan
Tesis, Disertasi, Lapuran Projek Sarjana yang telah diluluskan, berbentuk digital di
samping salinan berjilid. Pelajar perlu menghantar 3 naskah tesis berjilid serta 2 keping
CD yang mengandungi tesis digital.

Tujuan utama perlaksanaan tesis digital ialah menyediakan kemudahan capaian


tesis pelajar UTM melalui jaringan web. Ini adalah selaras dengan perkembangan
teknologi digital dan UTM tidak mahu ketinggalan untuk menjadi peneraju utama.
Perlaksanaan tesis digital ini diharap akan menyerlahkan lagi UTM sebagai sebuah
institusi pengajian tinggi yang ulung dalam bidang penyelidikan dan pengajian siswazah.

Oleh itu semua bentuk Tesis, Disertasi dan Lapuran Projek Sarjana perlu dihantar
dalam bentuk digital di samping salinan tesis berjilid.

Panduan ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Senat Pengajian Siswazah
(Peperiksaan) Bil. 14/2002/2003 yang bersidang pada 7 November 2002.
36

5.2 Takrifan Tesis dan Disertasi Elektronik (TDE)

Tesis dan Disertasi Elektronik atau TDE ialah dokumen yang menukilkan hasil
penyelidikan atau kesarjanaan seseorang graduan. Dokumen ini disediakan dalam bentuk
yang boleh dicapai melalui internet dari mana-mana tempat dalam dunia. TDE adalah
serupa dengan dokumen kertas asal yang telah melalui panel pemeriksa dan diluluskan
oleh Senat Universiti.

5.3 Proses menyediakan TDE

Tesis yang telah melalui proses peperiksaan dan diperakukan oleh Jawatankuasa
Tetap Senat Pengajian Siswazah (Peperiksaan) (JTSPS(Pep)) dan disahkan oleh Senat
perlu disalin ke bentuk digital dan serahkan kepada SPS. Pihak SPS akan menyerahkan
tesis berjilid dan digital kepada Perpustakaan Universiti untuk tujuan arkib dan capaian.
Carta alir proses penyediaan TDE ditunjukkan dalam Rajah 5.1.

Penyelidikan Tesis atau Disertasi atau Peperiksaan dan


PhD/MSc Lapuran Projek Sarjana pembetulan

Tukar ke PDF Perakuan JTSPS(Pep)


SPS Disahkan oleh penyelia dan Senat
dan SPS

Pengguna
PSZ

Rajah 1: Proses penyediaan TDE


37

5.4 Kandungan TDE

TDE terdiri daripada 2 fail iaitu fail pra-capaian dan fail teks penuh.

5.4.1 Fail Pra-capaian

Pra-capaian ialah satu fail yang mengandungi maklumat ringkas berkenaan


penulis, panel pemeriksa dan kandungan ringkas tesis. Dengan membaca fail pra-capaian
pengguna dapat menilai samada tesis tersebut relevan dengan kajian yang beliau lakukan.
Jika pengguna ingin mencapai keseluruhan teks tesis beliau perlulah berhubung dengan
pihak perpustakaan. Kandungan fail pra-capaian terdiri daripada item berikut yang
disusun mengikut tertib seperti dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1 Kandungan fail pra-capaian


Halaman Kandungan
i. Tajuk penuh Tesis atau Disertasi atau Lapuran Projek Sarjana
Nama penulis
Nama Ijazah
Fakulti
Tarikh Penghantaran
ii. Pengesahan Pemeriksa
Nama Panel Pemeriksa
Tarikh Peperiksaan
iii. Borang Pengesahan Status Tesis PSZ 19:16
iv. Pengesahan Pelajar
v. Pengesahan Penyelia
vi. Penghargaan
vii. Abstrak/Abstract
viii. Jadual kandungan
ix. Sepuluh halaman pertama Bab 1
38

Semua maklumat ini perlu disimpan dalam satu fail sahaja.

5.4.2 Fail Teks Penuh

Fail Teks Penuh terdiri daripada semua kandungan tesis yang telah diluluskan
oleh Senat Universiti Teknologi Malaysia. Ini termasuklah semua halaman awalan,
halaman kandungan utama tesis serta semua lampiran sepertimana yang telah
dikemukakan kepada Panel Pemeriksa dan diluluskan oleh Senat Universiti. Format
penulisan hendaklah dikekalkan sama seperti naskah asal mengikut manual Panduan
Menulis Tesis, Universiti Teknologi Malaysia, 2001. Semua kandungan ini disimpan
dalam satu fail sahaja.

5.5 Panduan Menyediakan TDE

Panduan berikut perlulah diikuti

i. Versi elektronik yang dihasilkan mestilah sama dengan versi terakhir tesis
berjilid yang telah diluluskan oleh Senat Universiti.

ii. Tukarkan tesis ke format PDF. Gunakan PDFMaker Adobe Acrobat versi
terkini. Document security TIDAK disetkan. Ini akan dilakukan oleh PSZ.

iii. Semua halaman yang terdapat tandatangan pelajar dan penyelia perlu diimbas.

iv. Jika status tesis SULIT atau TERHAD, versi elektronik masih perlu dihantar
tetapi borang pengistiharan perlu dipenuhi.
39

v. Setiap tesis terdiri daripada dua fail. Fail pertama bertujuan untuk pra-capaian
yang boleh dicapai oleh umum. Fail kedua terdiri daripada semua halaman
teks tesis yang telah diluluskan oleh Senat Universiti. Namakan fail sebagai

<nama>xxxxxxxxpttssc.pdf

Penerangan kod
<nama> ialah nama penuh pelajar tanpa nama bapa

xxxxxxxx ialah nombor matriks pelajar

p ialah universiti yang menerbitkan tesis.


D –utm
L – luar utm

tt ialah tahun terbit

ss ialah staus tesis


SU – sulit
TH – terhad
TT – tidak terhad

c ialah kategori capaian


P – pra-capaian
T – teks penuh

Contoh 1:
Wan Ahmad Nazri bin Wan Abdullah, pelajar sarjana di FKM, UTM, graduan
tahun 2002 dan tesis beliau terhad, maka nama fail ialah
wanahmadnazrimm100123d02thp.pdf (fail pra-capaian)
wanahmadnazrimm100123d02tht.pdf (fail teks penuh)
40

Contoh 2:
Wong Ah Seng, staff utm yang menuntut di universiti selain dari UTM. Tesis
Ph.D. graduan tahun 2002 dan tesis beliau tidak terhad, maka nama fail ialah
wongahsengxxxxxxxxl02ttp.pdf (fail pra-capaian)
wongahsengxxxxxxxxl02ttt.pdf (fail teks penuh)

xxxxxxxx ialah nombor matriks mengikut format peperti dalam Jadual 5.2.

Jadual 5.2 Nombor Matriks Staff yang menuntut diluar dari UTM

Kategori Kod Fakulti Jenis Nombo


Kursus pangajian r
pekerja

M – sarjana
P- doctor A – FKA 1 – kerja
falsafah B – FAB kursus
L – diploma C – FSKSM 2 – Kerja
lanjutan D – PPD kursus dan
E – FKE penyelidikan
F – UTM – KTU 3-
G – FKSG penyelidikan
H – FPPSM
K – FKKKSA
M – FKM
N – UTM- ALM
P – FP
S – FS
Z – UTM- (ATMA)
41

Jika beliau staff Fakulti Pendidikan dan nombor pekerja ialah 7878, maka
nombor matriks xxxxxxxx ialah

pp37878

Kaedah menamakan fail secara terperinci boleh dilihat dalam Bahagian 5.6.

vi. Jika status tesis SULIT atau TERHAD, fail *p.pdf. (fail pra-capaian) hanya
mengandungi maklumat yang boleh disebarkan sahaja. Fail *t.pdf (fail teks
penuh) masih perlu disediakan tetapi hanya untuk simpanan universiti.

vii. TDE perlulah dihantar dalam bentuk CD. CD yang digunakan mestilah jenis
yang bermutu tinggi. Kesahihan menukar fail ke bentuk PDF dengan
mengikuti panduan penyediaan ini perlulah disahkan oleh penyelia sebelum
disemak oleh SPS.

viii. Dua keping CD berserta 3 naskah tesis berjilid dan borang pengesahan perlu
dihantar ke SPS. Contoh borang pengesahan dalam LAMPIRAN Z.

5.6 Kaedah menamakan fail

Contoh pemberian nama fail kepada TDE yang dihasilkan di UTM adalah seperti
berikut.
42

Contoh 1

Nama Pelajar Nombor Matriks Pelajar Penerbit Tahun Status Kategori


(tidak temasuk (Kod) Terbit Tesis Capaian
nama bapa) (2 digit) (Kod) (Kod)

Jenis
Ahmad Bin Kategori Kod Tahun pangajian Angka Tesis 2002 Sulit (SU) Pra-
Abdullah Kursus Fakulti Daftar Giliran Dalam (D) (02) Terhad(TH) capaian
Tidak (P)
Terhad (TT) Teks
penuh(T)
AHMAD M C 99 1 023 D 02 TH P

Fail untuk tesis yang diterbitkan di UTM dinamakan seperti berikut:


1. AHMADMC991023D02THP.pdf (Preview)
2. AHMADMC991023D02THT.pdf (Teks Penuh)

Contoh 2

Nama Pelajar Nombor Matriks Pelajar Penerbit Tahun Status Kategori


(tidak temasuk (Kod) Terbit Tesis Capaian
nama bapa) (2 digit) (Kod) (Kod)

Jenis
Meor Abdul Aziz Kategori Kod Tahun pangajian Angka Tesis 2002 Sulit (SU) Pra-
bin Meor Ahmad Kursus Fakulti Daftar Giliran Dalam (D) (02) Terhad capaian
(TH) (P)
Tidak Teks
Terhad (TT) penuh(T)
MEORABDULA P M 98 3 023 D 02 TT P
ZIZ

Fail untuk tesis yang diterbitkan di UTM dinamakan seperti berikut:


1. MEORABDULAZIZPM983023D02TTP.pdf (Pra-capaian)
2. MEORABDULAZIZPM983023D02TTT.pdf (Teks Penuh)
43

Contoh pemberian nama fail kepada TDE yang dihasilkan oleh staf UTM yang belajar di
luar daripada UTM. adalah seperti berikut.

Nama Pelajar Penerbit Tahun Status Tesis Katego


(Nama Ringkasan) Nombor Matriks Pelajar (Kod) Terbit (Kod) ri
(2 digit) Capaia
n (Kod)

Norfaezah Binti Kategori Kod Jenis Angka Tesis Luar 2001 Sulit (SU) Pra-
Ishak (Norfaezah) Kursus Fakulti Pengajia Giliran (L) (01) Terhad (TH) capaian
n Tidak Terhad (P)
(TT) Tekspe
nuh (T)
NORFAEZAH P E 3 7171 D 01 SU P

Fail untuk tesis yang dihasilkan oleh staf UTM yang lulus dari universiti selain UTM dan
dikemukakan kepada PSZ dinamakan seperti berikut:
1. NORFAEZAHPE37171D01SUP.pdf (Preview)
2. NORFAEZAHPE37171D01SUT.pdf (Teks Penuh)

Penerangan kod pada nombor matriks/pengenalan pelajar

Kod Kategori Kursus


M - Master
P - PhD
L - Diploma Lanjutan

Kod Fakulti/Bidang
A – Fakulti Kejuruteraan Awam
B – Fakulti Alam Bina
C – Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat
44

D – Program Pengajian Diploma


E – Fakulti Kejuruteraan Elektrik
F – UTM – Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia
G – Fakulti Kejuruteraan & Sains Geoinformasi
H – Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia
K – Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Sumber Asli
L – UTM-Tentera Laut Diraja Malaysia
M – Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
N – UTM- Akademik Laut Malaysia
P – Fakulti Pendidikan
S – Fakulti Sains
Z – UTM- Akademi Tentera Malaysia (ATMA)

Jenis Pengajian
1 – Kerja Kursus
2 – Kerja Kursus & Penyelidikan
3 – Penyelidikan
45

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

American Psychological Association (1983). Publication Manual of the American

Psychological Association. 3rd edition. West Consine, USA: George Banta Comp.

British Standard Institution (1990). British Standard Recommendations for the


Presentation of Theses and Dissertation. London: BS4821.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1990).: Gaya Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Modern Language Association (1977). MLA Handbook for Writers of Research Papers,
Theses and Dissertations. New York: Modern Language Association.

Turabian K. L. (1973). A Manual for Writers of Term Papers, Theses and

Dissertations. 4th edition. Chicago: University of Chicago Press.

Universiti Kebangsaan Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis. Pusat Pengajian


Siswazah.

Universiti Teknologi Malaysia (1989). Panduan Penulisan Tesis Untuk Pelajar UTM.
Perpustakaan Sultanah Zanariah.

Universiti Teknologi Malaysia (1993). Peraturan Pengajian Siswazah. Pusat Pengajian


Siswazah.
LAMPIRAN A
Contoh borang pengesahan status tesis
LAMPIRAN B
Contoh surat pengesahan status tesis

UTM.01.04/12.16/1/0731 (43) 30 Jun 1998

Pustakawan
Perpustakaan Sultanah Zanariah
UTM, Skudai
Johor

Saudara,

PENGKELASAN TESIS SEBAGAI SULIT/TERHAD


- TESIS SARJANA SAINS (FIZIK) : ABD. KHAMIM BIN ISMAIL
TAJUK: “THE DESIGN AND DEVELOPMENT OF A VOLTAMMETRIC SYSTEM”

Sukacita dimaklumkan bahawa tesis yang tersebut di atas bertajuk "The Design and
Development of a Voltammetric System" mohon dikelaskan sebagai terhad untuk
tempoh tiga (3) tahun dari tarikh surat ini memandangkan ia mempunyai nilai dan
potensi untuk dikomersialkan di masa hadapan.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLA H"

Yang benar,

PROF. MADYA DR. RAHM ALAN BIN AHAMAD


Timbalan Dekan
Pusat Pengajian Siswazah
(: 07-5502472 / 2471
Fax: 07-5569511
(Penyelia Bersama)

s.k. - Penyelia Utama:


Prof. Madya Dr. Ahmad Radzi bin Mat Isa
Jabatan Fizik
Fakulti Sains
LAMPIRAN C1
Contoh pengesahan penyelia

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah
……………………..”.

Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia I : ....................................................
Tarikh : ....................................................

Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia II : ....................................................
Tarikh : ....................................................

Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia III : ....................................................
Tarikh : ....................................................

* Potong yang tidak berkenaan.


LAMPIRAN C2
Contoh pengesahan Sekolah Pengajian Siswazah/Fakulti/Agensi Kerjasama

BAHAGIAN A – Pengesahan Kerjasama*

Adalah disahkan bahawa projek penyelidikan tesis ini telah dilaksanakan melalui
kerjasama antara _______________________ dengan _______________________

Disahkan oleh:
Tandatangan : Tarikh :
Nama :
Jawatan :
(Cop rasmi)

* Jika penyediaan tesis/projek melibatkan kerjasama.

BAHAGIAN B – Untuk Kegunaan Pejabat Sekolah Pengajian Siswazah

Tesis ini telah diperiksa dan diakui oleh:

Nama dan Alamat Pemeriksa Luar :

Nama dan Alamat Pemeriksa Dalam :

Nama Penyelia Lain (jika ada) :

Disahkan oleh Penolong Pendaftar di SPS:


Tandatangan : Tarikh :
Nama :
2.5 cm
LAMPIRAN D
Contoh halaman judul

2.5 cm

TINDAK BALAS FOTOKIMIA ASID NUKLEIK DAN KANDUNGAN YANG


BERHUBUNGAN DENGAN FOTOBIOLOGI

ABDUL RAHIM BIN AHMAD

X 2.5 cm
4 cm

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi


syarat penganugerahan ijazah Sarjana Sains
(Lihat LAMPIRAN E)

Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER, 1985

2.5 cm

2.5 cm
LAMPIRAN E
Contoh pernyataan tujuan tesis

1. Laporan Projek Sarjana Muda

Laporan projek ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda................

2. Laporan Projek Sarjana (Secara Kerja Kursus)

Laporan projek ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana................

3. Disertasi Sarjana (Secara Kerja Kursus dan Penyelidikan)

Disertasi ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana................

4. Tesis Sarjana (Secara Penyelidikan)

Tesis ini dikemukakan


sebagai memenuhi syarat penganugerahan
ijazah Sarjana................

5. Tesis Doktor Falsafah

Tesis ini dikemukakan


sebagai memenuhi syarat penganugerahan
ijazah Doktor Falsafah
LAMPIRAN F
Contoh halaman pengakuan

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ....................................................
Nama Penulis : ....................................................
Tarikh : ....................................................
LAMPIRAN G
Contoh halaman dedikasi

Untuk ayah dan ibu tersayang


2.5 cm
LAMPIRAN H
Contoh halaman penghargaan

2.5 cm

PENGHARGAAN

4 baris

1.27 cm (0.5 inci)


Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Prof.
Madya Dr. Fauzi bin Abdul Samad atas bimbingan dan dorongan yang diberi
sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Kerjasama daripada pihak Jabatan Bekalan Air Selangor, melalui cawangan


Daerah Gombak amatlah dihargai.

4 cm 2.5 cm
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN I
Contoh abstrak dalam Bahasa Melayu

2.5 cm

ABSTRAK

4 baris

1.27 cm (0.5 inci)

Penggunaan pengairan menitis sejak dua dekad yang lalu telah menarik minat
para penyelidik dan petani terutamanya dengan lebih banyak kawasan yang kering
dibuka untuk pertanian tetapi menghadapi masalah kekurangan air. Namun, cuma
sedikit ciri-ciri aliran yang diketahui daripada beberapa kajian yang dilakukan.
Kajian tesis ini tertumpu kepada penganalisaan ciri hidraulik aliran dan nyahcas di
sepanjang garisan pengairan. Kaedah berangka digunakan untuk menganalisis
alirannya. Pekali keseragaman merupakan parameter utama untuk mengawal 2.5 cm
4 cm
keberkesanan penggunaanya kerana ia mempengaruhi keseragaman nyahcas yang
disebabkan oleh perubahan tekanan di sepanjang garis aliran. Penggunaan pemancar
jenis orifis bukan sahaja menjadi keadah pengairan ini lebih ekonomik tetapi juga
telah memudahkan proses penggunaanya. Lengkungan reka bentuk disediakan bagi
mendapatkan aliran yang diperlukan untuk setiap tanaman yang berlainan.

2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN J
Contoh abstrak dalam Bahasa Inggeris

2.5 cm

ABSTRACT

4 baris

1.27 cm (0.5 inci)

The application of drip irrigation has generated much interest among


researchers and farmers for the past two decades as more arid lands are being
cultivated but facing a water shortage. However, little is known of its flow
characteristic as only few studies have been carried out. This study is mainly
concerned on the hydraulic characteristic analysis of the flow and discharge along
the irrigation lines. Numerical procedure is presented in analysing the flow.
Uniformity coefficient is the main parameter governing the effective use of drip 2.5 cm
4 cm
irrigation as it influences the uniformity of emitter discharge due to variant of
pressure along the line. The use of emitter orifice type has not only made the
irrigation method more attractive economically but has simplified the application of
irrigation process. Design curves are presented to help in determining the required
flow for each different crops respectively.

2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN K
Contoh halaman kandungan

2.5 cm

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

KANDUNGAN v
PENDAHULUAN ix

1 SUSUNAN DAN KANDUNGAN TESIS 1


1.1 Maksud Sebutan Tesis 1
4 cm 1.2 Susunan Tesis 1 2.5 cm

1.3 Pengesahan Status Tesis 1


1.4 Pengesa han 3
1.4.1 Pengesahan Penyelia 4

4 NOTA DAN NOTA KAKI 33


4.1 Panduan Umum 33
4.2 Keseragaman Penulisan 33

RUJUKAN 35
Lampiran A - Y 37 - 62

2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN L
Contoh halaman senarai jadual

2.5 cm

SENARAI JADUAL

4 baris

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Analisis bagi kedudukan o dan w 15


4.1 Perhubungan antara halaju, jejari dan daya empar 1.5 cm 19
4.2 Perubahan ketinggian aliran yang mengalir melalui Kosongkan

ruang ini
sistem paip secara graviti berbanding dengan
perubahan Nombor Reynold 37 2.5 cm
4 cm
5.1 Perhubungan antara anjakan dan pusingan
pengawal imbang 45
5.2 Perhubungan antara pusingan dan voltan 48
5.3 Perhubungan antara pusingan dan arus 50
5.4 Perhubungan antara anjakan sarung dengan bukaan
injap 52
5.5 Perhubungan antara bukan injap dengan kadar alir 54
5.6 Nilai pekali kesusutan injap pada bukaan sudut yang
berbeza 57
5.7 Perhubungan antara kadar alir dengan voltan yang
dihasilkan 60

2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN M
Contoh halaman senarai rajah

2.5 cm

SENARAI RAJAH

4 baris

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Cara-cara pengawalan ke atas sistem pengaliran 1


1.2 Sistem pengawalan aliran menggunakan pengawal 1.5 cm
imbang Kosongkan 6
4.1 Rajah bongkah kawalan aliran (litar tutup) ruang ini 7
4.2 Pengawal imbang reka bentuk 12 2.5 cm
4 cm
4.3 Analisis daya 13
5.1 Analisis kestabilan 17
5.2 Keadaan pengawal imbang 18
5.3 Analisis daya 22
5.4 Mekanisma penggera injap 27
5.5 Teorem Bernoulli 29
5.6 Sistem Paip 36
5.7 Litar asas untuk menguatkan arus ulang alik dan
menukarkan kepada arus terus 43
5.8 Arus terus sebelum melalui perintang 43
5.9 Arus terus setelah melalui perintang 44

2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN N
Contoh halaman senarai simbol/singkatan/tatanama/istilah

2.5 cm

SENARAI SIMBOL

4 baris

D, d - Garis pusat
e - Dimensi kekusutan
f - Kekusutan turus bagi paip
F - Daya
g - Graviti = 9.81 m/s
H - Jumlah kesusutan turus

4 cm
I - Momen inertia 2.5 cm
k - Angkali kekusutan
l - Panjang
m - Jisim
M - Jisim sarung
N - Halaju pusingan
P - Tekanan
Q - Kadar alir
r - Jejari
T - Daya kilas
Re - Nombor Reynold
V - Halaju
w - Halaju sudut
x - Anjakan
z - Ketinggian
θ - Sudut

2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN O
Contoh halaman senarai lampiran

2.5 cm

SENARAI LAMPIRAN

4 baris

LAMPIRAN TAJUK HALAM AN

A Contoh borang pengesahan status tesis [PSZ 19:16


(Pind. 1/97) 1.5 cm 37
B Contoh surat pengesahan status tesis Kosongkan 38
ruang ini
C1 Contoh pengesahan penyelia 39
C2 Contoh pengesahan Pusat Pengajian 2.5 cm
4 cm
Siswazah/Fakulti/Agensi Kerjasama 40
D Contoh halaman judul 41
E Contoh pernyataan tujuan tesis 42
F Contoh halaman pengakuan 43
G Contoh halaman dedikasi 44
H Contoh halaman penghargaan 45
I Contoh abstrak dalam Bahasa Melayu 46
J Contoh abstrak dalam Bahasa Inggeris 47
K Contoh halaman kandungan 48
L Contoh halaman senarai jadual 49
M Contoh halaman senarai rajah 50
N Contoh halaman senarai
simbol/singkatan/tatanama/istilah 51
O Contoh halaman senarai lampiran 52
P Contoh petikan dalam teks 53
Q Contoh jadual dalam teks 54
R Contoh halaman ilustrasi atau rajah 55
S Contoh borang permohonan kebenaran mencetak
fotograf udara/peta siri Malaysia 56

2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN P
Contoh petikan dalam teks

Model Kos Membina (Constructive Cost Model) atau singkatannya


COCOMO menyediakan model empirik bagi menganggar kos perisian.
Bagaimanapun, Boehm [81] sendiri telah memberi pandangan beliau tentang
COCOMO:

Today, a software cost estimation model is doing well if it can


estimate software development costs within 20% of actual costs, 70%
of the time, and on its own turf (that is within the class of projects to
which it has been calibrated)…….. That is not as precise as we might
like, but it is accurate enough to provide a good deal of help in
software engineering economic analysis and decision making. 2.5 cm
4 cm

Nota:
[81] ialah sumber rujukan.

2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN Q
Contoh jadual dalam teks
Jadual 4.3 : Perbandingan keputusan antara makmal dan simulasi komputer

Ujikaji Makmal Simulasi Komputer


Nisbah Jarak
Secara Purata Secara Purata

0.125 0.25 0.137

0.250 0.46 0.560

0.375 0.63 0.738

0.500 0.75 0.861

0.625 0.83 0.939

0.750 0.88 0.981

0.875 0.93 0.997

4 cm 2.5 cm
1.000 1.00 1.000

2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN R
Contoh halaman ilustrasi atau rajah

35

Kelajuan
30 Kecekapan
Saiz (000's)

25

20

4 cm 2.5 cm
Nilai (unit)

15

10

0
Model 1 Model 2 Model 3 Model 4 Model 5
1 baris
Rajah 4.3 Perbandingan keputusan beberapa model dalam aspek kelajuan,
kecekapan dan saiz

2.5 cm
LAMPIRAN S
Contoh borang permohonan kebenaran mencetak fotograf udara/peta siri
Malaysia
Borang PPN 114
PENGARAH PEMETAAN NEGARA MALAYSIA
Jalan Gurney, 50578 Kuala Lumpur
SEMENANJUNG MALAYSIA

PERMOHONAN KEBENARAN MENCETAK


*GAMBAR FOTO UDARA/PETA-PETA MALAYSIA
APPLICATION FOR PERMISSION TO REPRODUCE
*AIR PHOTO/MAPS OF MALAYSIA

(Diisi dalam dua salinan)


To be completed in duplicate
1. Pemohon: (nama & alamat) Rujukan Pemohon:
Applicant: (name & address) Applicant’s reference:
___________________________________ ____________________________________
___________________________________
___________________________________
___________________________________
No. Kad Pengenalan: Tarikh:
Identity Card No.: Date:
____________________________ ____________________________________

2. Tajuk Penerbitan & Pengarang:


Title of Publication & Author:
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

3. Tujuan Penerbitan:
Purpose of Publication:
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

4. Banyak naskah yang akan dicetak: Harga senaskah (jika dijual):


Number of copies to be print: Price per copy (if for sale):
___________________________________ ___________________________________
___________________________________ ___________________________________
___________________________________ ___________________________________
___________________________________ ___________________________________

5. Foto Udara/Peta-peta & Ukuran: (sila sertakan salinan foto sebenar yang akan dicetak
Air photo/maps & size: (please enclose photo of actual map to be printed)
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
2.5 cm
LAMPIRAN T
Contoh halaman penomboran bab dan sub-judul dalam bab

2.5 cm

BAB 2

4 baris

X X
JUDUL BAB

4 baris

1.27 cm (0.5 inci)


Teks bab bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip
menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing).

4 cm 2.5 cm
4 baris

2.1 Sub-Judul
2 baris

Teks bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip
menggunakan jarak langkau 1.5.

4 baris

2.1.1 Sub-sub Judul


2 baris

Teks bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip
menggunakan jarak langkau 1.5.

2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN U
Contoh halaman sambungan muka surat
Teks dari halaman sebelum ini disambung di sini.

4 baris

2.5 Sub-Judul
2 baris
Teks di bawah bermula di sini .....
dan disambung di sini.

4 baris

2.5.1 Sub-sub Judul


2 baris

2.5.1.1 Sub-sub-sub Judul


4 cm 2.5 cm
2 baris
Teks bermula di sini .....
dan disambung di sini.

2.5 cm
2.5 cm
LAMPIRAN V
Contoh catatan pada kulit depan tesis

2.5 cm

TINDAK BALAS FOTOKIMIA ASID NUKLEIK DAN KANDUNGAN YANG


BERHUBUNGAN DENGAN FOTOBIOLOGI

4 cm 2.5 cm

ABDUL RAHIM BIN AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2.5 cm

2.5 cm
LAMPIRAN W
Contoh catatan pada tulang belakang tesis

5 cm 5 cm

5 cm 5 cm

Lebar < 2.5 cm Lebar > 2.5 cm


LAMPIRAN X
Contoh senarai rujukan mengikut sistem pengarang dan tahun

Ahmad Zaki Abu Bakar (1989). Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk
Pemahaman Komputer. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Doktor Falsafah.
American Chemical Society ed. (1978). Handbook for Authors of American
Chemical Society Publications. Washington, D. C.: American Chemical Society.
Billings. S. A. (1980). Identification of Nonlinear Systems: A survey. Proc. Instn

Electr. Engrs, Part D. 127(6): 272-284.

Engineers Joint Council (1969). Thesaurus of Engineering and Scientific Terms .


New York: Engineers Joint Council.
Martin, A. M. ed. (1991). Peat as an Agent in Biological Degradation of Waste.
London: Elsevier. 314–362.
Puget, J. F. and Albert, P. (1994a). SOLVER: Constraints – Objects Descriptions.
Technical Report. ILOG S. A.
Puget, J. F. and Albert, P. (1994b). A C++ Implementation of CLP. Technical
Report. ILOG S. A.
Sheta, A. F. and De Jong, K.(1996). Parameter Estimation of Nonlinear Systems in
Noisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966 IEEE
International Symposium on Intelligent Control. September 15-18. Dearborn,
Michigan: IEEE, 360-365.
Sukiman Sarmani (1987). Pencemaran Radioaktif. Dlm. Ahmad Badri Mohamad.
Perspektif Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71-87.
Theusen, G. J. and Fabrycky, W. J. (1984). Engineering Economy. 6th edition.
Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall. 150–178.
Veres, S. M. (1990). Structure Selection of Stochastic Dynamic Systems. New York:

Gordon and Breach Science Publishers.

Nota: Disusun mengikut abjad nama penulis.


LAMPIRAN Y
Contoh senarai rujukan (mengikut sistem nombor)

1. Theusen, G. J. and Fabrycky, W. J. Engineering Economy. 6th edition.


Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall. 150–178; 1984
2. Sukiman Sarmani. Pencemaran Radioaktif. Dlm.: Ahmad Badri Mohamad.
Perspektif Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71–87; 1987
3. Billings. S. A. Identification of Nonlinear Systems: A Survey. Proc. Instn

Electr. Engrs, Part D, 1980, 127(6): 272-284.

4. Sheta, A. F. and De Jong, K. Parameter Estimation of Nonlinear Systems in

Noisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966

IEEE International Symposium on Intelligent Control. September 15-18,

1996. Dearborn, Michigan: IEEE, 1996. 360-365.

5. Ahmad Zaki Abu Bakar. Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk


Pemahaman Komputer. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Teknologi
Malaysia; 1989
6. British Standards Institution. Tongued and Grooved Software Flooring.
London, BS 1297. 1987
7. Lindgren, E. A. Screen Room Air Inlet and Wave Guard. U.S. Patent 2, 925,
457. 1960.
8. Howick Partitioning Ltd. Howick: Partitioning in Business. Redhill (U.K.):
Trade brochure. 1984.
9. Sheta, A. F. and De Jong, K. Parameter Estimation of Nonlinear Systems in
Noisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966
IEEE International Symposium on Intelligent Control. September 15-18.
Dearborn, Michigan: IEEE. 1996. 360-365.
LAMPIRAN Z
Contoh borang pengesahan penyediaan salinan e-thesis
UTM(PS)-1/02
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Teknologi Malaysia

PENGESAHAN PENYEDIAAN SALINAN E-THESIS

Judul tesis : ____________________________________________________________

____________________________________________________________
____________________________________________________________

Ijazah: _____________________________________
Fakulti: _____________________________________
Sesi Pengajian: _____________________________________

Saya ________________________________________________________________________
(HURUF BESAR)
mengaku telah menyediakan salinan e-thesis sama seperti tesis asal yang telah diluluskan oleh panel
pemeriksa dan mengikut panduan penyedian Tesis dan Disertasi Elektronik (TDE), Sekolah Pengajian
Siswazah, Universiti Teknologi Malaysia, November 2002.

_______________________ ___________________________________
(Tandatangan pelajar) (Tandatangan penyelia sebagai saksi)

Alamat tetap: Nama penyelia:____________________


_________________________ Fakulti:__________________________

_________________________
_________________________

Nota: Borang ini yang telah dilengkapi hendaklah dikemukakan kepada SPS bersama penyerahan
CD.

You might also like