P. 1
Komunikasi Interpersonal Dan Intrapersonal

Komunikasi Interpersonal Dan Intrapersonal

|Views: 70|Likes:
Published by Albert Sia

More info:

Published by: Albert Sia on Jul 28, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/01/2013

pdf

text

original

KOMUNIKASI INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL Komunikasi adalah proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau

lebih, dengan maksud untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bagi mencari persamaan. Pertukaran idea ini boleh berlaku secara lisan atau tulisan ataupun dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada manusia. Terdapat pelbagai jenis definisi tentang komunikasi. Menurut Carl I. Hovland, komunikasi adalah proses yang memungkinkan seseorang (komunikator) menyampaikan rangsangan (biasanya lambang-lambang verbal) untuk mengubah perilaku orang lain (komunikan). Kedua, menurut Everett M. Rogers, komunikasi adalah proses dimana suatu idea dialihkan dari sumber kepada suatu penerima atau lebih, dengan maksud untuk mengubah tingkah laku mereka. Berkomunikasi merupakan salah satu bakat. Boleh dikatakan adalah tidak benar sekiranya seseorang yang fasih dan petah bercakap dianggap sebagai seorang yang mahir berkomunikasi walaupun percakapannya sering menyakitkan hati orang lain. Komunikasi boleh terjadi dalam pelbagai situasi sama ada antara dua orang atau lebih. Komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal akan dibincangkan. Komunikasi intrapersonal adalah komunikasi yang berlaku pada diri seseorang untuk menyampaikan maklumat. Komunikasi intrapersonal merupakan penglibatan internal secara aktif seseorang individu dalam pemprosesan simbolik dari pesan-pesan. Seorang individu akan menjadi pengirim dan penerima pesan serta memberi respons untuk dirinya sendiri dalam

proses internal komunikasi yang berlanjutan. Ia boleh menentukan mood dan perasaan individu dan seterusnya dijelaskan melalui perlakuan yg ditunjukkan. Menurut Capstone (2001), maklumat yang disampaikan dalam diri seseorang melalui komunikasi intrapersonal boleh menerusi dua cara iaitu secara lisan dan secara tidak lisan. Mesej bukan lisan atau juga dikenali sebagai komunikasi nonverbal ialah komunikasi yang dilakukan tanpa melibatkan pertuturan. Antara contoh-contoh komunikasi secara bukan lisan ialah ekspresi muka, nada suara, sentuhan tangan, isyarat tangan, postur seseorang berdiri dan pergerakan badan. Manakala komunikasi secara lisan terbahagi kepada tiga iaitu sintatik, semantik dan pragmatik. Sintatik komunikasi dibentuk oleh perhubungan antara perkataan, semantik ialah hubungan antara perkataan dengan objek yang diwakili oleh perkataan manakala pragmatik pula perhubungan antara perkataan dan tingkahlaku. Komunikasi intrapersonal yang dikatakan sebagai proses pengolahan maklumat meliputi empat tahap iaitu sensasi, persepsi, memori, dan berfikir. Pada saat sensasi terjadi, proses pertama komunikasi intrapersonal akan berlaku. Sensasi bererti keupayaan manusia untuk mencerap segala hal yang diinformasikan oleh pancaindera. Sensasi adalah proses menangkap stimuli. Persepsi adalah pengalaman tentang objek, peristiwa, atau hubungan-hubungan yang diperoleh dengan menyimpulkan maklumat dan mentafsirkan pesan. Memori memainkan peranan dalam penyimpanan maklumat yang dihasilkan dan pemanggilan kembali dilakukan.

Contoh komunikasi intrapersonal ialah reaksi muka seseorang terhadap tingkahlaku orang lain. Berfikir juga merupakan salah satu komunikasi intrapersonal yang berkomunikasi dengan diri sendirinya. Kita sering bermonolog dengan diri kita untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat. Latihan bersedia untuk menyampaikan ucapan merupakan salah satu komunikasi intrapersonal. Tambahan pula, komunikasi intrapersonal yang kita sering lakukan dalam kehidupan seharian termasuklah merenung, bersyukur, berdoa, kelakuan meninjau perbuatan kita, berimaginasi secara kreatif. Komunikasi bentuk ini membolehkan kita lebih memahami peribadi diri sendiri. Dalam buku “Messages: Building Interpersonal Communication Skills”definisi komunikasi interpersonal ialah komunikasi yang berlaku antara individu yang memiliki keterikatan atau hubungan. Secara pendek, komunikasi interpersonal ialah proses interaksi yang melibatkan dua orang sama ada dalam bentuk bersemuka atau dalam bentuk meditasi. Menurut Capstone (2001) wujudnya empat perspektif dalam komunikasi interpersonal iaitu komunikasi hubungan, komunikasi kontek, komunikasi kuantitatif dan komunikasi strategi. Dalam komunikasi hubungan, penyampai dan penerima maklumat bekerjasama serentak dalam membentuk kefahaman komunikasi. Manakala dalam komunikasi kontek perhubungan yang berlaku antara dua orang berlaku dalam situasi yang tertentu. Kewujudan perhubungan yang akrab dalam proses komunikasi dalam komunikasi kuantitatif .Komunikasi strategi pula komunikasi wujud dalam proses untuk mencapai objektif interpersonal.

Komunikasi interpersonal dibahagikan kepada dua jenis iaitu secara lisan (verbal) dan secara bukan lisan( non-verbal). Komunikasi verbal berlaku secara langsung antara dua orang, melibatkan penggunaan bahasa dan merupakan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan dihantar daripada seorang individu kepada seorang. Komunikasi bukan verbal terdiri daripada tingkah laku yang bukan lisan dan tidak bertulis. Ia terdiri daripada gerakan anggota badan, mimik muka, gerak isyarat dan komunikasi yang dibuat tanpa suara. Terdapat beberapa komponen utama dalam komunikasi interpersonal untuk memastikan keberkesanan komunikasi. Yang pertama ialah penyampai, individu yang menunjukkan kelakuan berkomunikasi dan pihak menyampaikan idea serta maklumat kepada orang lain. Kedua, penerima, individu yang memahami dan menerima maklumat yang disampaikan oleh penyampai. Ketiga, maklumat iaitu isi,fakta,idea dan maksud yang disampaikan oleh satu pihak kepada pihak yang lain. Keempat, maklum balas, perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesaj sebagai tindak balas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej dalam bentuk lisan, tulisan dan tindakan. Kelima, saluran iaitu media atau jambatan antara penyampai maklumat dan penerima mesej. Saluran paling asas ialah melalui penglihatan dan pendengaran. Selain itu, media elektronik dan bahan cetakan merupakan salah satu media. Keenam, konteks merujuk kepada situasi penyampai mesej dari pemberi dan mesej kepada penerima mesej (contoh: masa, persekitaran fizikal, jumlah peserta dan sebagainya).

Dengan merujuk buku Komunikasi Antarpribadi (Liliweri, 1997),ciri-ciri komunikasi interpersonal adalah apa yang dinyatakan seperti bersifat spontan, tidak mempunyai tujuan yang telah ditetapkan terlebih dahulu , berlaku antara peserta yang identitasnya kurang jelas secara kebetulan, mengakibatkan dampak yang disengaja dan tidak disengaja , melibatkan berbalas-balasan, proses melibatkan sekurang-kurangnya dua orang , wujudnya keterpengaruhan, harus membuahkan hasil dan menggunakan simbol-simbol yang bermakna. Terdapat beberapa prinsip komunikasi interpersonal. Pertama, komunikasi interpersonal adalah sebuah paket dari tanda. Yang kedua, komunikasi interpersonal melibatkan isi dan pesan yang berhubungan. Ketiga, komunikasi interpersonal adalah sebuah proses penyesuaian. Ini bermakna komunikasi interpersonal dapat mengambilalih sistem komunikasi yang dilakukan oleh masyarakat luas yang berasal dari latar belakang yang sama. Ia dapat membantu manusia untuk menyesuaikan pesan. Keempat, komunikasi interpersonal memiliki makna ganda. Mesej yang berbentuk ini dapat diintepretasikan lebih daripada satu makna. Di samping itu, komunikasi interpersonal tidak dapat dielakkan, tidak dapat diubah,dan tidak dapat diulang. Bersikap cermat dan berfikir dengan teliti sebelum menyatakan sesuatu. Hal ini disebabkan sesekali perkataan atau ayat telah dikatakan,maka ia tidak boleh ditarik balik. Akhir sekali, komunikasi interpersonal memiliki tujuan. Antaranya seperti berkongsi pengalaman, memberi nasihat ,arahan dan sebagainya.

Komunikasi interpersonal diperlukan untuk memenuhi keperluan sosial, psikologi dan emosi. Berkomuikasi sesama lain membolehkan manusia memahami kejadian dan peristiwa yang berlaku di sekeliling. Justeru itu, alam sekeliling dan kehidupan akan difahami oleh mereka dengan lebih jelas. Di samping itu, hubungan boleh dijalin antara mereka yang berkomunikasi. Perhubungan yang rapat dianggap penting untuk manusia. Hal ini demikian adalah disebabkan hubungan sebegini akan mengurangkan rasa kesunyian dan kesepian seseorang individu serta berperasaan dihargai, diperlukan dan dihormati oleh orang lain. Mereka akan lebih menikmati kehidupan sekiranya berkemampuan untuk berkongsi keseronokan dan rasa kesengsaraan dengan orang lain melalui komunikasi interpersonal. Selain itu, komunikasi interpersonal juga bermatlamat untuk mempengaruhi dan membantu individu lain. Sebagai contoh, seorang guru berkomunikasi dengan seorang pelajar untuk memberi nasihat dan mengubah fikiran serta tingkah laku. Fungsi komunikasi yang seterusnya ialah perkongsian pengalaman dan pengetahuan. Gangguan komunikasi interpersonal ialah faktor-faktor yang merosakkan maklumat yang disampaikan oleh penyampai kepada penerima dalam proses berkomunikasi. Gangguan teknikal iaitu sebab-sebab yang menyebabkan pendengar salah faham ataupun tidak faham terhadap apa yang disampaikan oleh penyampai. Misalnya, percakapan penyampai yang tergagap, bunyi bising yang menjejaskan pendengaran. Gangguan makna atau gangguan sematik yang melibatkan salah pengertian maklumat dan kendala bahasa.Umpamanya, ’selalu’ mempunyai makna yang berlainan ketika dinyatakan oleh orang Kedah dan

orang Johor. Gangguan fizikal pula merangkumi persekitaran berkomunikasi yang tidak kondusif dan kehadiran orang lain. Yang ketiga, gangguan fisiologi yang disebabkan oleh cacat pendengaran atau penglihatan, pengucapan yang kurang jelas. Manakala gangguan psikologi meliputi gagasan yang terduga, fikiran yang melayang dan keadaan tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya. Seseorang yang berhasrat untuk memiliki kemahiran komunikasi interpersonal yang berkesan dengan orang lain haruslah mengambil berat tentang faktor-faktor yang dinyatakan seterusnya. Pertama, pendekatan hendaklah dibuat terhadap penerima mesej. Bersifat penyayang dan ramah mesra ketika berkomunikasi dengan seseorang. Sikap ini akan lebih mudah mendekati dan menyenangkan penerima mesej. Senyuman manis diberi pada masa yang sesuai turut akan menyelesakan penerima mesei dan mewujudkan suasana yang selesa. Di samping itu, sikap saling menghormati dan bekerjasama adalah diperlukan supaya memastikan proses komunikasi berjalan dengan lancar. Faktor kedua ialah wujudnya kepecayaan antara sesama lain. Kepercayaan merupakan kunci utama untuk mencapai komunikasi yang berkesan. Sikap prasangka mestilah dihindari antara mereka yang sedang berkomunikasi. Sebaliknya, mereka haruslah mengamalkan sikap jujur dan terus-terang dalam perbualan. Seterusnya, bersifat keterbukaan dan suportif ialah salah satu faktor yang mewujudkan komunikasi yang berkesan. Seseorang yang bersifat terbuka akan menilai mesej yang peroleh dengan logik dan objektif serta bersedia untuk menerima sesuatu perubahan yang baru jika mendapati pesan adalah berbeza dengan kepercayaannya.

KOMUNIKASI INTRAPERSONAL DAN INTERPERSONAL DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH SEORANG PENDIDIK DALAM PENGAJARAN Komunikasi kedua-dua jenis ini memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan komunikasi berjalan dengan lancar, hubungan guru dengan pelajar-pelajar haruslah dieratkan. Guru perlulah bersifat penyayang dan ramah mesra. Air muka yang seri ditunjukkan oleh guru supaya menggalakkan penyertaan pelajar-pelajar dalam pembelajaran. Sebaliknya, memek muka guru yang serius atau kelihatan marah akan menakutkan muridmurid untuk menyoal dan memberi jawapan. Dalam keadaan ini, komunikasi telah terhalang. Mengkritik dan berprasangka terhadap pelajar adalah tidak digalakkan dilakukan oleh seorang guru. Kritikan atau ejekan akan mengakibatkan pelajarpelajar mendiamkan diri. Pelajar-pelajar yang telah dilabelkan sebagai ’si malas’ atau ’kaki ponteng’ tidak akan menunjukkan minat terhadap pelajaran lagi. Perbuatan yang memalukan pelajar-pelajar adalah tidak sesuai untuk membimbing mereka. Sebagai seorang guru yang baik, sikap keterbukaan hendaklah kerap diamalkan olehnya. Cadangan dan pendapat murid-murid perlulah diterima dengan hati terbuka. Gaya kepimpinan autokratik dielakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Misalnya, arahan diberi kepada murid-murid mestilah dipatuhi tanpa bertolak-ansur. Pandangan boleh dikemukakan oleh

murid-murid kepada guru sekiranya mereka tidak berkemampuan melakukan arahan itu. Guru berperanan untuk membuka minda murid-muridnya agar mereka dapat berkomunikasi dengan lebih senang. Komunikasi dua hala diamalkan dalam bilik darjah untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi efektif ketika wujudnya penglibatan murid-murid. Sesi soal jawab dan perbincangan akan disediakan dalam kelas supaya memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengemukakan pendapat dan soalan mereka. Gunakan teknik penyoalan yang dapat menarik perhatian murid-murid. Semasa menyoal, struktur ayat hendaklah tidak mengelirukan dan kehendak soalan adalah jelas. Seseorang pendidik haruslah berkemampuan mendengar dengan teliti dan sering peka kepada perasaan pelajar-pelajar. Tingkah laku pelajar-pelajar tanpa lisan perlulah diperhatikan. Senyuman dan anggukan kepala dianggap sebagai maklum balas positif manakala ekspresi muka yang menunjukkan bosan sebagai maklum balas negatif. Sebagai penyampai ilmu pengetahuan, pendidik sering kali dikehendaki berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan murid-muridnya. Pendidik yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan ialah pendidik yang mampu bertutur dan menulis dengan jelas dan tepat. Justeru itu, suara yang kuat dan lantang perlu digunakan untuk menerangkan sesuatu konsep. Perkataan yang mudah difahami, sebutan dan tatabahasa yang betul digunakan dalam penerangan supaya tidak mewujudkan kebingungan dan keraguan murid-murid.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi tanpa lisan juga sering digunakan oleh pendidik. Pendidik menggunakan gerak isyarat positif seperti menggangguk kepala dan bersenyum apabila pelajar memberi jawapan yang memadai. Gerak isyarat negatif umpama menggelengkan kepala dan menuding jari kepada murid-murid diberi jika pendidik tidak berpuas hati terhadap keadaan dalam kelas. Selain itu, pendidik meletakkan jari di bibirnya apabila dia ingin murid-muridnya berdiam. Isyarat sebegini akan disampaikan kepada murid-murid walaupun tanpa melibatkan pertuturan. Seterusnya, guru hendaklah bersedia dan merancang strategi yang paling baik untuk menyampaikan mesej-mesej kepada murid-muidnya. Dalam erti lain, teknik yang paling baik untuk mewujudkan komunikasi berkesan perlulah difikirkan. Kekurangan persediaan akan mengakibatkan kekeliruan semasa guru menyampaikan pengajarannya. Di samping itu, aktiviti pembelajaran yang kurang menarik minat pelajar-pelajar akan menimbulkan kebosanan dan kebisingan mereka. Komunikasi berkesan tidak akan berlaku akibat halangan-halangan komunikasi. Komunikasi intrapersonal turut membantu seseorang pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Refleksi atau penilaian dibuat setelah pengajaran untuk mengetahui keberkesanannya. Hal ini boleh diperhatikan dengan melalui ekspresi muka dan gerakan murid-murid. Kalau maklum balas mereka yang menunjukkan bosan dan kurang minat, maka pendidik adalah diperlukan untuk mengubah strategi pengajaran untuk mewujudkan komunikasi yang lebih berkesan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->