You are on page 1of 34

Oleh: Dr Izani Uzair bin Zubair Ketua Penolong Pengarah(Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Memastikan pesakit memahami Rawatan Terapi Gantian (RTG) dengan Sirap Methadone. Meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap pengambilan Sirap Methadone. Memberi maklumat berkaitan kesan sampingan yang mungkin dialami pesakit sewaktu pengambilan Sirap Methadone. Memberi maklumat kepada pesakit tentang bahaya pengambilan Sirap Methadone bersama-sama dengan ubat/ dadah lain. Memberi penerangan kepada pesakit berkaitan dos bawa balik, dos tertinggal dan dos berlebihan. Lain-lain penjagaan diri (self care) pesakit yang berkaitan.

Untuk

menghilangkan pergantungan terhadap pengambilan semula opiod yang diambil. Membantu pesakit berada dalam keadaan selesa dan bebas dari rasa gian terhadap opiod. Menyekat kesan dadah (opiod) yang diambil secara haram.

Methadone

ialah ubat yang tergolong di dalam kumpulan opioid yang digunakan sebagai terapi gantian untuk merawat ketagihan heroin dan lain-lain ketagihan opioid. Opioid dikelaskan sebagai ubat-ubat penekan (depressant drugs) kerana ia memperlahankan sistem saraf. Kesan Methadone adalah lebih lama daripada heroin (kesan heroin hanyalah selama beberapa jam sahaja).

Hanya boleh dimulakan oleh pakar psikiatri/doktor yang diberi kuasa untuk mempreskrib ubat. Pegawai Farmasi akan mendispens Sirap Methadone kepada anda berdasarkan dos yang telah dipreskrib. Apabila mula-mula berhenti heroin, anda akan berasa agak sukar untuk menyesuaikan hidup. Oleh itu, selalulah berjumpa dengan kaunselor anda untuk membantu mengatasi kesukaran ini. Kaunselor boleh membimbing anda untuk mengatasi isu-isu atau masalah yang dihadapi.

Dos Sirap Methadone yang betul: Berkesan dalam tempoh yang lebih lama di dalam badan berbanding heroin (ia hanya perlu diambil sekali sehari). Membantu anda mengatasi proses pengunduran dengan lebih selesa. Tidak dikontaminasi dengan bahan-bahan/dadah lain. Memberi kesan positif dari segi pengurangan risiko dalam membendung jangkitan HIV kerana ia tidak perlu disuntik seperti dadah heroin dan dengan ini dapat mengelakkan amalan perkongsian jarum.

Dos permulaan Sirap Methadone ialah 15-30mg/hari (tidak melebihi 40mg/hari), walaubagaimanapun dos ini adalah bergantung kepada ciri-ciri individu pesakit tersebut. Masa penstabilan dos biasanya adalah satu (1) minggu atau lebih tetapi penambahan dos biasanya diperlukan pada minggu dan bulan seterusnya. Dos pengawalan (maintenance dose) adalah 60-80mg. Kekerapan dos Sirap Methadone ialah sekali sehari dan diberi secara oral (diminum). Sebaik-baiknya Sirap Methadone perlu diambil pada waktu pagi untuk memudahkan pemantauan sekiranya berlaku kesan sampingan yang teruk. Sirap Methadone boleh diambil dengan susu sekiranya mengalami gangguan perut.

Sila berhubung dengan doktor anda jika anda tertinggal lebih daripada dua dos.

Nota Pegawai Farmasi Sekiranya seseorang pesakit tertinggal dos : Satu hari : tiada perubahan pada dos Dua hari : sekiranya tiada bukti berlaku intoksikasi,berikan dos asal Tiga hari : beri separuh dos dan bincang dengan preskriber Empat hari : rujuk pesakit kepada preskriber Hari ke lima dan seterusnya : dikira sebagai induksi baru (rujuk pesakit kepada preskriber)

Jika pesakit didapati betul-betul termuntah selepas dos diberikan, langkah penggantian dos akan diambil. Preskripsi baru perlu diperolehi untuk gantian dos. Nota Pegawai Farmasi -Sekiranya seseorang pesakit termuntah dos yang diberikan : -Kurang 15 minit dari pengambilan dos : ganti dos penuh -Antara 15 minit hingga 30 minit dari pengambilan dos : ganti 50% dos -Jika muntah selepas 30 minit pengambilan dos : Tiada gantian dos

Jangan mengambil Methadone bersama ubat-ubat berikut sebelum berbincang dengan doktor atau Pegawai Farmasi :-Alkohol

-Ubat ubat antiepileptik -Cimetidine -Ciprofloxacin -Efavirenz -Fluoxetine -Fluvoxamine -Nicotine -Rifampicin -Tricyclic Antidepressants -Pengasid urin contohnya Vitamin C -Pengalkali urin contohnya sodium bicarbonate -Zidovudine

Jangan mengambil ubat- ubat atas kaunter (OTC) untuk rawatan batuk, selesema atau tahan sakit sepanjang rawatan Sirap Methadone sebelum berbincang dengan doktor anda. Ini kerana ubat ubat tersebut mungkin mengandungi alkohol atau bahan narkotik yang boleh membahayakan keadaan anda. Methadone dimetabolismekan di hati (hepatic metabolism) oleh sistem sitokrom P450 melalui N-demethylation dan cyclisation. Kepentingan sistem enzim ini menjadikan proses metabolik Methadone terdedah kepada interaksi dengan dadah lain sama ada mempercepat atau menghalang metabolisme Methadone. Autoinduksi juga menyebabkan penurunan kepekatan Methadone dalam plasma.

Terlebih

dos (overdose) boleh berlaku apabila lebih daripada satu dadah (atau pengambilan kombinasi dadah) diambil secara berlebihan di dalam badan. -Ia boleh terjadi sekiranya diambil dengan ubat tertentu ataupun paling berisiko sekiranya anda mengambil dadah lain.

Pengambilan

dos yang berlebihan adalah merbahaya dan boleh membawa maut. Terlebih dos juga boleh terjadi akibat pengambilan Sirap Methadone bersama alkohol atau ubat penenang (tranquilizers). Oleh itu, beritahu doktor atau Pegawai Farmasi anda jika anda mengambil alkohol atau ubat penenang (tranquilizers) sepanjang rawatan dengan Sirap Methadone.

Simptom-simptom terlebih dos ialah: -pengecilan anak mata (pinpoint pupils) -rasa loya -pening -peluh berlebihan -rasa mengantuk (nodding off ) -pertuturan yang kurang jelas (slurred speech) -gaya jalan yang tidak seimbang (unsteady gait), berdengkur -tekanan darah rendah -nadi perlahan (bradycardia) -pernafasan singkat (hypoventilation) -mulut berbuih buih -koma

Jenis-jenis Bahan/ Dadah terlibat : Dadah depresi (mengurangkan aktiviti sistem saraf) Heroin Morphine Methadone Ubat tidur Benzodiazepine e.g diazepam, alkohol Dadah depresi bertindak dengan mengurangkan aktiviti sistem saraf ke paras bahaya dan ini boleh menyebabkan pesakit berhenti bernafas.

Dadah perangsang (mempercepat sistem saraf) Amphetamine Ecstasy Caffeine Nicotine Dadah perangsang pula bertindak dengan mempercepatkan aktiviti badan dan boleh menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan darah, peningkatan kadar jantung dan peningkatan suhu badan.
-

Risiko
Dos

dos berlebihan

berlebihan (overdose) boleh berlaku dengan mudah sama ada bagi penagih berpengalaman ataupun penagih baru. Di dalam kebanyakan kes kematian akibat dos berlebihan dengan dadah seperti heroin, pada masa yang sama terdapat juga dadahdadah lain dalam aliran darah si mati. Sebagaimana heroin boleh menyebabkan kematian, begitu juga dengan campuran dadah-dadah lain (cocktail) yang lebih merbahaya kerana kesan dos berlebihannya tidak dapat dijangka.

Nota Pegawai Farmasi Terdapat tiga jenis keadaan dos berlebihan Methadone: i. Dos berlebihan bagi mereka yang tidak pernah mengambil Methadone. Isu yang utama di sini ialah kerana tempoh tindakan Methadone adalah panjang. Dos 30mg dan ke bawah didapati selamat untuk orang dewasa, tetapi kajian menunjukkan dos melebihi 30mg jika diberi kepada mereka yang tidak pernah mengambil Methadone boleh menyebabkan kematian dalam masa 24 jam akibat depresi pernafasan dan kongesi pulmonari.

ii.

Dos berlebihan di kalangan mereka yang baru memulakan rawatan dengan Methadone. Pesakit baru yang dimulakan dengan Methadone tidak boleh diberi dos Methadone melebihi 30mg sehari selama 3 hari. iii. Dos berlebihan di kalangan mereka yang telah stabil dengan Methadone.

Rawatan

Dos Berlebihan Opioid*

Nota

Pegawai Farmasi

Sekiranya

seseorang itu mengalami dos berlebihan dengan heroin, Methadone ataupun lain-lain opioid, IV Naloxone 0.42mg selang 2-3 minit diberi bergantung kepada keperluan pesakit.

Maklumat

Tambahan kepada Pesakit/

Penjaga Sekiranya anda telah mengambil terlebih dos atau mengesyaki telah berlaku dos berlebihan : -Cuba bertenang -Buat panggilan kecemasan untuk mendapatkan khidmat ambulans -Beritahu kepada perkhidmatan ambulans di mana kedudukan pesakit

Beritahu

operator ambulan keadaan pesakit e.g adakah masih bernafas, denyutan nadi masih ada atau tidak. Beritahu operator bahawa dos berlebihan telah berlaku. Beritahu operator sekiranya anda tahu jenis dadah yang telah diambil dan kuantiti jika diketahui. Tunggu bersama pesakit sehingga ambulans tiba.

Sekiranya anda khuatir pesakit mungkin telah mengalami dos berlebihan dan anda rasa tidak perlu memanggil ambulans dahulu, awasi pesakit dengan teliti dan periksa pesakit selang beberapa minit. Hubungi ambulans sekiranya tiada perubahan keadaan pesakit. Perkara-perkara yang TIDAK BOLEH anda lakukan sekiranya pesakit mengalami terlebih dos ialah: memaksa pesakit muntah menyuruh pesakit mandi air sejuk (cold shower ) menyuntik air garam ke salur darah pesakit

Tiga

atau lebih kesan berikut, akan berlaku dalam masa beberapa minit atau hari selepas pemberhentian atau pengurangan dos/penggunaan opioid yang telah diambil selama beberapa minggu atau lebih. Sekiranya seseorang itu mengalami dos berlebihan dengan heroin, Methadone ataupun lain-lain opioid, IV Naloxone 0.42mg selang 2-3 minit diberi bergantung kepada keperluan pesakit.

Antara

simptom-simptom pengunduran: -Disforia -Rasa loya dan muntah -Rasa sakit badan (muscle aches)* -Hingus meleleh dan pengeluaran air mata -Pembesaran anak mata (Pupillary dilatation) -Cirit birit -Menguap berlebihan -Demam -Tidak dapat tidur (insomnia)*

Sirap

Methadone yang dibawa balik perlu disimpan: -Di tempat selamat (dalam kabinet atau laci yang dikunci) dan jauh daripada kanak-kanak. -Pada suhu bilik (tempat yang kering dan tidak panas) dan tidak di dalam peti sejuk.

Sekiranya

anda terlupa untuk mengambil dos sirap Methadone anda, ambil dos tersebut secepat mungkin sebaik sahaja anda teringat. Sekiranya waktu untuk mengambil dos tersebut telah hampir dengan waktu untuk dos seterusnya, abaikan dos yang tertinggal tersebut dan ambil dos seterusnya seperti biasa. Jangan gandakan dos anda.

Pengambilan ubat di rumah hanya dibenarkan: -Selepas 6 minggu klien stabil mengikuti program RTG. -Penilaian yang teliti mengenai kestabilan dan tidak disalahguna. -Kesesuaian penilaian untuk pengambilan ubat di rumah mestilah direkod dengan jelas di dalam nota klinikal termasuk: -Petunjuk Kestabilan pesakit yang terperinci. -Tiada sebarang kontraindikasi terhadap rawatan. -Maklumat penggunaan ubat-ubat psikoaktif yang lain.

Bagi

dos bawa balik : -Dos < 25 mg cairkan hingga 50 ml, -Dos > 25 mg cairkan hingga 100 ml. Sediakan label yang lengkap dan tampal pada botol yang mengandungi dos bawa balik.

Semasa
Sirap

Hamil Dan Menyusu:

Methadone selamat digunakan semasa hamil kerana ia tidak menyebabkan kecacatan fetus, kelahiran pra-matang, berat kelahiran yang rendah dan tiada kesan advers kepada bayi.

Sirap

Methadone juga selamat digunakan oleh ibu yang menyusukan anak. Walaubagaimanapun, ia tidak selamat untuk wanita yang positif HIV.

Jangan

berikan Sirap Methadone kepada orang lain kerana ianya amat berbahaya dan boleh menyebabkan kesan berlebihan dadah berlaku secara tidak sengaja. Jangan menyuntik Sirap Methadone kerana ianya boleh menyebabkan komplikasi yang membahayakan.

Sila

berjumpa dengan doktor gigi anda sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun untuk membuat pemeriksaan gigi. Minum sekurang-kurangnya 2 liter gelas air sehari (lebih kurang 8 gelas). Banyakkan senaman. Makan makanan seimbang. Jaga kebersihan diri Banyakkan aktiviti keagamaan untuk mencari ketenangan diri.

TERIMA

KASIH

You might also like