You are on page 1of 11

HNG 3023- Perbandaran di Malaysia

Pengenalan Tajuk jurnal yang dikaji ialah Industri Pelancongan dan Alam Sekitar di Port Dickson: Menyorot titik keseimbangan antara penawaran dan permintaan hasil penulisan Mohd Azlan Abdullah, Noraziah Ali, Rosniza Che Rose, Mohd Fuad Mat Jali, dan Azahan Awang. Jurnal ini secara menyeluruhnya menceritakan industri pelancongan di Port Dickson dan hubungannya terhadap impak alam sekitar. Dalam penulisan jurnal ini para penulis telah mengkaji banyak aspek untuk mendapatkan hasil kajian dan pemerhatian yang diingini. Jurnal ini juga memberikan beerapa maklumat mengenai konsep pelancongan dan alam sekitar. Selain itu jurnal ini juga menyatakan sejarah perkembangan industri pelancongan di Port Dickson sejak dari zaman penjajahan British lagi. Dalam jurnal ini dinyatakan bahawa untuk membangunkan sebuah kawasan pelancongan, alam sekitar perlu mengalami perubahan yang adakalanya menjejaskan ekosistem di kawasan terlibat. Dalam jurnal ini penulis cuba meneliti kesaling hubungan industri pelancongan dan persekitaran Port Dickson. Penulis jurnal ini juga mendapati faktor fizikal iaitu pengurusan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), peniaga/ pengusaha dan pelancong sebagai pengguna bertanggung jawab ke atas kualiti pantai Port Dickson. Penulis jurnal ini cuba menjelaskan peri pentingnya pembangunan pelancongan yang dirancang dengan teliti bagi mengelakkan kemusnahan alam sekitar terutamanya di Port Dickson.Umum mengetahui bahawa industri pelancongan dapat membantu sesebuah kawasan menjana pelbagai jenis peluang ekonomi dek kedatangan pelancong. Kedatangan pelancong sudah semestinya meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan berkaitan seperti pengangkutan , penginapan, makanan, rekreasi, kemudahan tandas, kompleks perniagaan dan banyak lagi. Setelah membaca dan meneliti jurnal ini, didapati bahawa jurnal ini adalah satu luahan karya dan idea yang sangat sangat menarik dan memberi cadangan penyelesaian kepada pihak yang terlibat. Didapati juga jurnal ini memberi galakan kepada pengurusan alam sekitar yang baik dan memuji tindakan masyarakat yang prihatin terhadap penjagaan alam sekitar terutamanya pengguna dan pelancong yang berkunjung ke Port Dickson. Jurnal ini sangat menarik untuk di baca sebagai panduan kepada para penulis yang berminat dalam isu alam sekitar. Walaupun begitu penulis jurnal juga boleh menggunakan rujukan autentik seperti nota

HNG 3023- Perbandaran di Malaysia

kaki atau nota hujung untuk menjelaskan idea dan pendapat yang ingin disampaikan dalam jurnal ini, Isi-isi Penting Dalam jurnal ini penulis menceritakan tentang pembangunan industri pelancongan di Port Dickson. Sejak zaman kolonial Inggeris lagi Port Dickson yang dikenali juga sebagai Tanjung telah menjadi pelabuhan strategik, pelbagai infrastruktur seperti landasan kereta api juga telah dibina untuk mengangkut barangan keperluan import dan eksport bijih timah. Selain itu penubuhan agensi pemerintah dan pelaburan ekonomi dalam pelbagai bidang telah membantu perkembangan Port Dickson. Pertambahan penduduk juga berlaku apabila British membawa masuk etnik Cina dan India ke Tanah Melayu untuk menampung kegiatan ekonomi berkaitan bijih timah, perladangan kopi dan getah. Pembukaan loji penapis minyak oleh Syarikat Shell Petroleum and Trading pada tahun 1901 juga membantu perkembangan Port Dickson. Perkembangan ini juga menjadikan Port Dickson sebagai tempat peranginan dan istirehat pegawai dan peladang British, hal ini menjadikan Port Dickson sebagai pantai peranginan pada zaman penjajah tersebut. Penulis juga menceritakan pembangunan yang terancang di Port

Dickson bermula dengan penubuhan Majlis Daerah Port Dickson (MDPD) sejak 1979 dan kemudiannya dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) pada tahun 2001. Misi MPPD membangunkan Port Dickson sebagai destinasi percutian berkonsepkan mesra pelancong dengan produk kegiatan pelancongan dan aktiviti riadah tepi pantai, menyediakan kemudahan asas dan awam serta memperindahkan persisiran pantai. Seterusnya pembangunan kawasan tempatan diasaskan kepada konsep menghargai aset semula jadi dan suasana kediaman berkualiti (MPPD, 2002). Aspirasi ini selaras dengan tunjang pelancongan lestari yang menekankan kelestarian ekonomi, kelestarian ekologi, kelestarian budaya dan kelestarian komuniti (McKercher, 2003). Blok perancangan RTPD terbahagi kepada koridor pelancongan (zon 1: Bandar Port Dickson ke Tg. Agas), koridor industri utama (zon 2: di sepanjang lebuhraya Seremban-Port Dickson) dan kawasan pendalaman (zon 3: kawasan pertanian). Semua rancangan pembangunan yang dilakasanakan bertujuan memperkukuhkan tarikan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan. Penulis juga menyatakan Pencapaian Bandar Port Dickson sebagai destinasi popular boleh dilihat daripada senario berikut:

HNG 3023- Perbandaran di Malaysia

Jumlah pelancong sebanyak 20 ribu hingga 30 ribu pelancong pada hujung minggi dan angka ini mencapai 80 ribu pada cuti umum. Bagi tahun 200, lebih satu juta pelancong menginap di pelbagai hotel Port Dickson. Antara tahun 2000-2015, MPPD menganggarkan jumlah pelancong bertambah sebanyak 10 peratus setahun. Pelbagai aktiviti untuk pelancong disediakan yang diselaraskan di bawah perancangan MPPD. Antaranya ialah sukan air, perahu layar, jet ski, berkayak dan sebagainya. Pentas terbuka, taman permainan kanak-kanak dan Pusat Penerangan Pelancongan yang dikenali sebagai 'Dataran Seri Kemang adalah daya tarikan kepada pelbagai lapisan pelancong, Acara keramaian, aktiviti rekreasi dan hiburan seperti Pesta Port Dickson yang dijaya secara berjadual menjadikan Teluk Kemang sesak dengan pengunjung. Kemudahan sokongan untuk keperluan pelancong termaksuklah kemudahan penginapan oleh lebih 46 buah hotel dan resort untuk pelancong yang mahu bermalam, sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik ke Port Dickson dari pelabagi arah, perkhidmatan pengangkutan awam, perkemahan dan sebagainya. Tarikan lain: tempat-tempat bersejarah di lokasi sekitar Port Dickson seperti Muzium Lukut, Tanjung Tuan dan Hutan Lipur Pasir Panjang, Jeti Pulau Burung untuk kaki pancing dan sebagainya.

Selain itu penulis menerangkan ciri dan pola pelancong yang mengunjungi Port Dickson, penulis mendapat maklumat dengan menemubual 195 orang pelancong yang berada di Pantai Teluk Kemang, Pantai Saujana, dan Pantai Tanjung Biru sebagai responden. Antara perkara yang difokuskan dalam temubual tersebut ialah latar belakang, cara kedatangan, sebab melancong, aktiviti semasa melancong yang kesemuanya mempunyai kaitan dengan isu-isu alam sekitar di pesisiran pantai Port Dickson. Kajian lapangan juga dilakukan oleh penulis untuk mengetahui status kewujudan kemudahan awam di kawasan pantai terlibat. Dalam jurnal ini juga diketahui bahawa matlamat utama pelancong ke Port Dickson ialah menikmati alam sekitar yang menyenangkan, harmoni dan melapangkan dada. Selain itu pelancong juga ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga semasa melancong ke Port Dickson. Dalam jurnal ini juga menyatakan majoriti pelancong datang dengan menggunakan kenderaan persendirian kerana mereka datang sama ada secara berkeluarga, bersama pasangan atau rakan sebaya. Manakala rombongan pelancong pula datang secaraa berkumpulan dan diselenggarakan oleh ketua
3

HNG 3023- Perbandaran di Malaysia

rombongan atau penganjur. Berdasarkan dapatan temu bual penulis jurnal inimeyatakan bahawa kebanyakan responden menghabiskan masa 4jam dan kurang untuk tempoh berada dipantai Port Dickson. Kelengkapan dan aktiviti pelancongan juga di sentuh oleh penulis jurnal ini, dinyatakan bahwa pelancong yang mengunjungi pantai Port Dickson membawa barang kelengkapan untuk kegunaan mereka semasa berada di pantai. Antaranya ialah makanan, kelengkapan mandi, dan tikar untuk duduk adalah perkara utama yang dibawa bersama pelancong. Selain itu terdapat pelancong yang memilih untuk menggunakan kemudahan yang sedia ada yang disediakan oleh MPPD. Pelancong remaja dan rakan sebaya lebih menitik beratkan aktiviti sepanjang berada di pantai seperti berkhemah dan memasak hasil tangkapan dari laut seterusnya berkelah di sepanjang pantai. Hal ini telah menyebabkan sisa dan sampah seperti plastik dan sis bungkusan terhasil setelah para pelancong tersebut berkelah dan melakukan aktiviti. Terdapat juga pelancong yang membawa pulang sampah sarap mereka, hal ini adalah satu amalan yang perlu disuburkan dalam kalangan masyarakat. Para penulis juga telah membuat pemerhatian di lapangan dan mendapati banyak tong sampah yang tidak penuh tetapi sampah pula berselerak di sekelilingnya, hal ini membuktikan bahawa tong sampah tidak digunakan dengan cara yang betul. Pelancong yang meninggalkan sampah sarap mereka di tempat mereka duduk sementara yang lain membuang sampah mereka dalam semak dan belukar. Tindakan tida bertanggung jawab ini telah menyumbang kepada kerosakan dan pencemaran di pantai Port Dickson. Para penulis jurnal ini juga meninjau pendapat untuk mengetahui persepsi pelancongan tentang alam sekitar. Persepsi responden terhadap beberapa perkara yang berkaitan dengan kualiti pantai adalah seperti kemudahan pengunjung, tong sampah, aktivit rekreasi dan lot meletakkan kereta yang disediakan adalah memuaskan, manakala bagi tempat duduk dan premis perniagaan adalah sederhana memuaskan. Terdapat sekumpulan responden menyatakan tidak memuaskan bagi kemudahan tandas, surau dan taman kanak-kanak kerana terdapat kemudahan tersebut rosak, lapuk, tidak dibaiki, persekitaran yang tidak selesa dan sebagainya. Melalui penulisan ini juga dapat diketahui aspek kebersihan pantai dan persekitaran. Kumpulan terbesar responden yang ditemubual menganggap air laut dan kesegaran udara pada tahap memuaskan, manakala responden lain menyatakan sederhana menunjukkan keadaan longkang dan longgokan sampah yang dirasakan mencemarkan air dan udara. Tandas / surau, gerai makanan dan penjual makanan dianggap 'sederhana bersih' oleh kumpulan terbesar responden. Persepsi ini menunjukkan
4

HNG 3023- Perbandaran di Malaysia

keadaan gerai-gerai makan dan pelayan yang bertugas sekadar boleh tahan. Tindakan memberi mereka latihan dan kesedaran perlu diambil oleh MPPD dan Jabatan Kesihatan supaya tempat duduk pelanggan, lantai gerai, dapur dan diri mereka yang bertugas berkeadaan bersih, bebas lalat dan teratur sepanjang masa. Keadaan longkang dilabelkan 'tidak memuaskan' oleh 58.0 peratus responden. Persepsi ini diasaskan kepada keadaan longkang yang pecah dengan air kotor yang disalirkan ke laut. Air berwarna hitam dan bau busuk dari longkang tidak menyenangkan pelancong yang berada berdekatan. Persepsi responden terhadap landskap persisiran pantai yang dihiasi dengan tanaman bungabungaan tidaklah begitu memberangsangkan kerana golongan terbesar responden mengkategorikan tidak memuaskan tentang seni hias taman pantai Port Dickson. Dalam jurnal ini juga penulis mengetengahkan isu-isu berkaitan alam sekitar iaitu pembangunan industri pelancongan oleh pihak MPPD dan swasta telah mengubah sebahagian landskap pantai yang memutih kepada tapak kompleks hotel dan resort pelancongan. Hotel dan resort dibina terlalu hampir dengan pantai untuk menarik pelancong menginap di situ. Keadaan semula jadi pantai terpaksa dikorbankan demi mendapat keuntungan ekonomi. Penyaluran sisa buangan ke dalam laut juga telah berlaku dengan mudah sekali. Menurut penulis jurnal ini pembangunan pelancongan ini memberi kesan secara langsung dan tidak langsung keatas pesisiran pantai Port Dickson. Kemerosotan kualiti air pantai rekreasi dikesan berpunca daripada aktiviti pembangunan tanah dan pembandaran (Kadaruddin Ayub, 1998). Pembangunan dan pembandaran Port Dickson menghasilkan sisa pepejal dan cecair yang perlu diselenggarakan hal ini disebabkan oleh penyaliran dan penyaluran sisa dari longkang terus ke pesisir pantai seperti Teluk Kemang dan Pantai Saujana. Bahan pencemar yang masuk kedalam laut berpotensi mengancam kesihatan pelancong. Pihak MPPD juga sedang membina paip yang membawa sisa buangan bandar ini ke tengah laut untuk mengelakkan pencemaran di pesisir pantai, penulis jurnal ini telah mencadangkan agar sisa-sisa buangan ini dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke tengah laut. Penulis juga menyatakan sektor perlancongan di Port Dickson sukar untuk mempertahan kan kemurnian semulajadinya apabila pembangunan sektor itu digandingkan dengan pembangunan bandar. Kedatangan pelancong juga tidak dapat dikawal agar tidak melebihi had optimum untuk mengelakkan tekanan kepada alam sekitar. Sama seperti mana-mana ruang yang digunakan secara berlebihan akan menyebabkan daya tampung kawasan yang rendah dan seterusnya menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar (Butler 1999,
5

HNG 3023- Perbandaran di Malaysia

Jamaluddin Jahi 2009). Pantai Teluk Kemang adalah contoh pantai di Port Dickson yang ramai pengunjungnya dan ketika cuti umum jumlah pelancong akan meningkat seterusnya berlaku pelancongan secara berlebihan. Kesannya ialah kesesakan manusia dan kenderaan, sampah sarap yang bertaburan, tandas dan kawasan sekeliling yang kotor. Port Dickson sudah tiada pilihan untuk memyalurkan sisa buangan melainkan ke laut. Penulis jurnal ini juga turut mencadangkan bahawa pelancongan berasaskan alam semulajadi harus dipisahkan daripada petempatan bandar. Penulis juga mengetengahkan isu pentadbiran dan penguatkuasaan oleh MPPD terhadap peniaga bergerak yang berniaga di pesisir pantai adalah sangat lemah kerana peniaga ini berniaga terlalu hampir dengan pantai (20-30 meter dari pantai) sedangkan had yang dibenarkan ialah tidak kurang 50meter dari pantai. Peniaga ini berniaga tanpa ada pemantauan dan penguatkuasaan daripada pihak MPPD. Risikonya ialah sampah sarap yang dibuang oleh pengunjung atau pembeli yang tidak peka dengan kebersihan alam sekitar. Dalam kajian penulis jurnal ini terdapat juga peniaga yang degil walaupun dihalau oleh MPPD semasa operasi, mereka tetap berniaga apabila tiada operasi MPPD. Isu seterusnya ialah longgokan kayu dan sampah sarap yang dihanyutkan oleh ombak (Nor Aziah Othman 2003) terutamanya pada monsun, hal ini perlu diambil perhatian oleh pihak MPPD. Selain itu isu kawasan pantai sempadan MPPD dan Majlis Daerah Alor Gajah, berdekatan pantai Tanjung Biru dan Tanjung Tuan. Kawasan sempadan seperti ini sering terabai kerana tidak ada persefahaman antara kedua-dua PBT. Akibatnya timbunan longgokan sedemikian bertambah dari masa ke semasa dan terbiar begitu lama. Kajian penulis jurnal ini mendapati ada pihak bukan pekerja PBT mengambil tindakan membakar sahaja longgokan tersebut. Penulis jurnal juga mencadangkan perlu ada

persefahaman dan kerjasama antara kedua-kedua PBT dalam menangani isu alam sekitar yang tidak mengenal sempadan. Perlantikan syarikat swasta untuk menguruskan sisa pepejal Negeri Sembilan dan Melaka diharapkan dapat menangani isu ini dengan lebih berkesan. Sikap pelancong yang tidak bertanggunjawab keatas alam sekitar juga dikemukakan oleh penulis jurnal ini. Golongan ini tidak mencintai dan menghargai alam sekitar. Menurut Sulong dan Kadir (2001), sikap pelancong yang bertangggungjawab dan bersifat aktivis alam sekitar sahaja ya boleh menjamin pelancongan mapan. Masyarakat awam juga perlu didedahkan kepada pendidikan alam sekitar supaya mempunyai kesedaran dan bertindak menjaga alam sekitar (Mohmadisa Hashim & Mohd Suhaily Yusri Che Ngah, 2005), selain perlunya tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan (Butler, 1999; Jamaludin Jahi, 2009). Pegusaha
6

HNG 3023- Perbandaran di Malaysia

hotel, peniaga perlu mempunyai tanggungjawab sosial untuk menjaga kebersihan pantai-pantai yang terdapat di Port Dickson.

Kekuatan Jurnal ini meransang pembaca dengan idea pembangunan bandar pelancongan dan masalah yang timbul akibat perancangan dan pengurusan yang kurang baik. Hujah dan fakta yang digunakan oleh penulis adalah kuat dan benar kerana mereka telah turun menemubual dan membuat pemerhatian di lokasi yang dikaji. Dalam jurnal ini penulis jurnal ini cuba menghuraikan sejarah perkembangan Port Dickson kepada golongan pembaca bagi membantu pembaca menggambarkan situasi sebenar. Selain itu penulis jurnal juga menerangkan faktor-faktor mengapa Port Dickson menjadi bandar pelancongan. Penulis juga mencari asas asas kepada kedatangan pelancong dengan menemubual responden terlibat untuk mendapat fakta primer yang sebenar. Penulis juga cuba mencari sebabsebab berlakunya pencemaran alam sekitar di pantai-pantai sekitar Port Dickson dengan cara temubual dan pemerhatian yang disokong oleh pendapat dan teori berkaitan alam sekitar. Penulis jurnal ini juga cuba mencadangkan beberapa langkah yang logik untuk mengatasi masalah pencemaran pesisir pantai sekitar Port Dickson. Segala data dan hasil kajian diolah dan dipersembahkan dengan baik dalam subtopik dan jadual dalam keadaan yang teratur. Dengan itu para pembaca jurnal lebih mudah untuk memahami idea, dapat menganalisis faktor dan kesan berlakunya pencemaran di kawasan pelancongan bandar Port Dickson. Kelemahan Jurnal ini sesuai untuk dibaca dan dikaji oleh peminat dan aktivis alam sekitar kerana ianya memerlukan pemahaman yang mendalam apabila dibaca. Pembacaan berulangkali perlu dibuat bagi mengkaji dan memahami idea yang cuba disampaikan oleh penulis. Jurnal ini juga sangat sesuai dibaca oleh perancang bandar, pemaju dan pihak berkuasa berkaitan agar pembangunan pelancongan berasaskan alam sekitar dapat dilestarikan.

HNG 3023- Perbandaran di Malaysia

Kepentingan penemuan yang berkaitan dengan Pembandaran Kepentingan penemuan dalam jurnal yang telah dikaji ialah setiap pembangunan bandar memerlukan perancangan yang teliti bagi mengelakkan kemusnahan alam sekitar dan menyusahkan manusia. Selain itu dalam jurnal ini menunjukkan sikap manusia yang suka merosakkan harta benda dan alam sekitar perlu dihakis bagi mewujudkan bandar yang selamat dan bersih. Seterusnya sebelum pembangunan fizikal sesuatu kawasan bandar pelancongan masyarakat sekitarnya perlu dididik terlebih dahulu untuk menjadi masyarakat mencintai kebersihan. Permintaan dan penawaran suatu kawasan pelancongan itu perlulah dalam keadaan yang seimbang agar semua pihak mendapat manfaat.

Cadangan Setelah meneliti jurnal ini didapati terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk menjadikan pembangunan bandar menjadi lebih mesra alam khususnya di bandar pelancongan Port Dickson iaitu dengan penguatkuasaan undang-undang untuk mengelakkan berlakunya kerosakan alam sekitar. Setiap pengunjung, peniaga, dan pengusaha pelancongan yang melanggar peraturan perlu dihukum sama ada dengan denda, penjara, ataupun di tarik balik lesen perniagaan. Pihak berkuasa seperti MPPD juga perlu mencari jalan untuk mengelakkan sisa buangan dilepaskan ke dalam laut. Sebaiknya pihak MPPD menyediakan loji rawatan untuk segala sisa buangan pepejal dan cecair dari bandar pelancongan Port Dickson. Sisa buangan tersebut perlu diolah menjadi bahan yang berguna dan tidak berbahaya kepada alam sekitar demi mengatasi masalah pencemaran. MPPD juga boleh bekerjasama dengan syarikat korporat yang mempunyai kepakaran dalam melupuskan sisa buangan secara mesra alam. Dengan kerjasama seperti ini dapat menjadikan bandar Port Dickson sebagai lokasi pelancongan yang bersih lagi selamat. Perancangan masa depan pembangunan bandar Port Dickson pada masa akan datang wajib mengambilkira faktor alam sekitar. Faktor alam sekitar yang bersih dan selamat akan menjadi satu aset yang menarik kedatangan pelancong ke Port Dickson sebagai lokasi pilihan yang seterusnya akan meningkatkan sosioekonomi masyarakat terlibat. Konsep pelancongan bersih dan selamat akan menguntungkan pelbagai pihak dalam jangka masa panjang. Seterusnya peranan pengunjung dan pelancong dalam memelihara kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah dimerata-rata tempat. Pengunjung dan pelancong juga
8

HNG 3023- Perbandaran di Malaysia

perlu mempunyai kesedaran, kecintaan dan penghargaan yang tinggi terhadap alam sekitar yang tidak ternilai harganya. Pengunjung dan pelancong juga perlu menjaga kemudahan awam yang disediakan seperti tandas, kompleks perniagaan, surau, tong sampah dan sebagainya agar segala kemudahan ini dapat digunakan dangan baik dan tahan lama.

Kesimpulan Pembangunan pelancongan alam sekitar perlu melalui proses pernacangan dan pelaksanaan yang teliti dan teratur demi menjaga kelestarian alam sekitar di samping menjana peluang ekonomi kepada masyarakat sekitar. Industri pelancongan yang berasaskan alam sekitar seperti di Port Dickson ini mempunyai potesi yang sangat besar untuk dimajukan kerana pusat pelancongan berasaskan alam sekitar ini semakin merosot bilangannya dek kerana pencemaran yang melanda lokasi terlibat akibat kegiatan manusia yang rakus mengejar ekonomi.

HNG 3023- Perbandaran di Malaysia

Rujukan Butler Richard W (1999) Sustainable tourism: A state-of-the-art review.Tourism Geographies. An International Journal of Tourism Space, Place and Environment 1 (1), 7-25. Goh Hong Ching, Mariney Mohd Yusoff (2010) Sustaining tourism development in protected areas. A case of Kinabalu Park. International Journal of Trade, Economics and Finance 1 (2), 179-183. Fatimah Hassan, Fauziah Che Leh (2010) Pembangunan lestari di Felda Gugusan Trolak: Satu analisis. Habibah Ahmad (2002) Peranan percutian famili ke arah pembentukan keluarga bahagia. Prosiding SKIM 8 'Pembangunan Manusia di Indonesia dan Malaysia'. 8-10 Oktober. UKM, Bangi. Jamaluddin Md Jahi (1999) Pembangunan dan persekitaran: Di mana keseimbangannya? In: Katiman et al. (eds) Prosidang Seminar Kebangsaan Alam, Manusia dan Pembangunan di Malaysia. 19 Jun. Anjuran Persatuan Geografi Malaysia dan Jabatan Geografi, UKM, Bangi. Jamaluddin Md Jahi (2009) Pembangunan pelancongan dan impaknya terhadap persekitaran fizikal pinggir pantai. Malaysian Journal of Environmental Management 10 (2), 71-88. Kadaruddin Ayub (1998) Impak pembangunan di zon pinggir pantai terhadap kualiti air pantai rekreasi. In: Halim Ali et al. (eds) Prosiding Seminar Kebangsaan Perancangan dan Penggunaan dalam Era Globalisasi', pp. 337-350. 8-9 Jun. Anjuran Fakulti Sains Pembangunan,UKM, Bangi. McKercher B (2003) Sustainable tourism development Guiding principles for planning and management. Paper presented at The National Seminar on Sustainable Development. Bishek, Kyrgystan. 5-9 November. Mohmadisa Hashim, Mohd Suhaily Yusri Che Ngah (2005) Pembangunan dan alam sekitar di Malaysia.. Penerbit Universiti Sultan Idris, Tanjong Malim. MPPD (2002) Port Dickson - Perbandaran pelancongan terunggul di Malaysia. Keluaran Khas Sambutan Perayaan Pengisytiharaan Majlis Perbandaran Port Dickson 02-02-02. Nor Aziah Othman (2003) Timbunan sampah cemar keindahan pantai. Berita Harian. 12 Jun. Redzuan Othman, Norlida Hanim Mohd. Salleh (2010) Hubungan pembangunan industri

10

HNG 3023- Perbandaran di Malaysia

pelancongan dan pertumbuhan ekonomi di beberapa Negara ASEAN utama. IJMS 17 (1), 171-188. Sulong Mohamad, Kadir Arifin (2001) Responsible tourism and enviromental behaviour of the local tourist at Port Dickson. In: Jamaluddin Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor (eds) Proceedings of National Seminar on Enviromental management 2001: Current Development and Future Planning. pp. 295-301.

11

You might also like