You are on page 1of 47

KAJIAN UNDANG-UNDANG

Pihak Yang Terlibat di dalam Projek Pembinaan


 Pengenalan
 Majikan
 Pihak Perunding
 Kontraktor
 Pembekal
 Pihak Berkuasa Tempatan
 Buruh
 Timbangtara

• PENGENALAN

Di dalam sesuatu projek pembangunan, terdapat pelbagai pihak yang


terlibat di dalam usaha untuk menjayakannya. Pihak-pihak yang terlibat ini
seharusnya mempunyai kepentingan hak dan tanggungjawab yang berbeza.
Di dalam bab 1 ini, kami akan menerangkan secara terperinci mengenai
kepentingan hak serta tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat di dalam
melaksanakan sesuatu projek.

Penglibatan pihak-pihak seperti perunding, kontraktor dan pembekal


dari peringkat awal projek sehingga tamat projek banyak membantu pihak
majikan di dalam usaha untuk merealisasikan impiannya. Tanpa penglibatan
pihak-pihak tersebut, projek yang diimpikan oleh majikan tidak mungkin akan
terlaksana. Oleh yang demikian, persefahaman yang tinggi adalah
merupakan aset terpenting bagi majikan dan pihak-pihak terlibat dalam
proses melaksanakan projek.

Sepertimana senario yang berlaku dewasa ini, secara keseluruhannya


kebanyakan projek pembangunan banyak bergantung kepada aset majikan
dan juga daya usaha perunding dan kontraktor di dalam menjayakan sesuatu
projek. Maka, gandingan usahama pihak-pihak terlibat bolehlah
dikembangkan sepertimana rajah 1 yang dilampirkan kemudian ini.

PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM PROJEK B.O.T

Terdapat beberapa pihak yang terlibat secara langsung di dalam projek


yang menggunakan sistem Build-Operate-Transfer sebagai sistem
pembinaan. Pihak-pihak tersebut adalah:

1. Pemaju
2. Kerajaan
3. Kontraktor
4. Pelabur
5. Syarikat kewangan
6. Pengendali/ Juruoperasi

1. Pemaju

Pihak pemaju adalah pihak yang terpenting di dalam projek B.O.T, iaitu
merupakan pihak pertama yang membuat cadangan kepada kerajaan untuk
menjalankan projek menggunakan sistem B.O.T. Pihak pemaju biasanya
adalah gabungan daripada beberapa golongan profesional seperti kontraktor,
institusi perbankan, pelabur, peguam dan rakan kongsi industri yang
mendorong kepada penubuhan sesebuah syarikat pemaju. Pihak pemaju
akan membuat kajian pasaran, kajian sistem, kesan sosial dan ekonomi,
kewangan, permasalahan undang-undang dan cukai dan lain-lain hal yang
berkaitan dengan projek yang menggunakan sistem ini.

2. Kerajaan

Kerajaan adalah pihak yang memiliki hak dan merupakan pengguna


terakhir di dalam projek yang menggunakan sistem ini. Kerajaan akan
menyerahkan hak sepenuhnya kepada pihak pemaju untuk membina dan
menjalankan projek, seterusnya mengutip hasil pendapatan daripada projek
tersebut. Apabila tamat tempoh perjanjian, projek tersebut akan diserahkan
kembali kepada pihak Kerajaan yang akan menjadi pemilik mutlak projek
tersebut.

3. Kontraktor

Kontraktor boleh menjadi sebahagian daripada pihak pemaju yang


menjalankan projek ini sekiranya diberikan kontrak pembinaan oleh syarikat
pemaju tersebut. Biasanya kontraktor akan terlibat di dalam peringkat
merekabentuk dan proses pembinaan di dalam projek tersebut.

4. Pelabur

Pelabur merupakan syarikat awam atau swasta yang berminat terhadap


konsep penyerahan hak ini serta ingin untuk turut serta melabur di dalam
syarikat pemaju tersebut. Pelabur juga boleh terdiri daripada pihak pemaju
projek tersebut sendiri, contohnya United Engineers adalah pemaju dan
pelabur bagi projek lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Pulangan yang akan
diberikan kepada pihak pelabur adalah di dalam bentuk dividen atau
sejumlah wang penghargaan.

5. Syarikat Kewangan

Oleh kerana projek yang menggunakan sistem B.O.T biasanya


memerlukan dana yang sangat besar, maka ekuiti sahaja tidak dapat
menampung projek ini dan biasanya dana daripada syarikat kewangan
komersil dan syarikat peminjaman dana diperlukan. Pulangan yang akan
diperolehi oleh pihak ini adalah berbentuk faedah. Pihak yang memberi
pinjaman (syarikat kewangan) kepada pemaju terbabit akan mengawal
sumber kewangan, kestabilan kewangan projek, menguruskan pinjaman-
pinjaman dan mengkaji bagaimanakah cara untuk mencapai keuntungan dan
mengembalikan modal yang telah dilaburkan.

6. Pengendali / Juruoperasi

Tugas pengendali atau juruoperasi ini boleh juga dijalankan oleh pihak
pemaju sendiri. Tanggungjawab pengendali ialah untuk mengumpul dan
menguruskan hasil-hasil pendapatan semasa dalam tempoh pemilikan hak
dan akan mendapat pulangan dalam bentuk kontrak untuk menguruskan
hasil/ pendapatan projek tersebut.

• MAJIKAN

PENGENALAN

Majikan merupakan satu pihak yang memulakan sesuatu projek


pembinaan dan juga merupakan orang yang bertanggungjawab untuk
membayar segala kerja yang telah disiapkan dengan sempurna. Kadangkala
majikan dikenali juga sebagai pemilik bangunan, kerajaan atau pemaju.

Majikan mungkin terdiri daripada orang biasa yang tidak tahu menahu
tentang bidang pembinaan. Maka sekumpulan pasukan diperlukan untuk
berkhidmat bagi pihak majikan. Pasukan petugas atau dikenali sebagai
kumpulan pereka bentuk ini terdiri daripada Arkitek, Jurutera, Jurukur Bahan,
Penilai, Perancang Bandar dan Wilayah, dan pakar-pakar lain yang
memindahkan kehendak dan hajat majikan ke dalam bentuk kerja pembinaan
yang dicadangkan. Mereka bekerjasama untuk mengilhamkan dan
menghasilkan rekabentuk.

Kadang-kadang majikan perlu dirujuk dan berunding bagi memutuskan


sesuatu perkara yang memenuhi dan mencapai matlamatnya. Kumpulan
perekabentuk tersebut bukan sahaja terhad untuk memberi nasihat
mengenai proses pembinaan, malah mungkin juga perlu untuk memutuskan
samada untuk meneruskan pembinaan ataupun tidak, atau memberi
cadangan yang dapat membantu dalam perlaksanaan projek.

Majikan boleh dikategorikan sebagai individu, korporat dan kerajaan.


Majikan dari pihak individu terdiri daripada orang perseorangan manakala
disektor korporat terdiri daripada syarikat atau perbadanan korporat dan
disektor kerajaan terdiri daripada kerajaan negeri dan syarikat-syarikat
dibawah kerajaan.

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

Setiap pihak yang berkontrak atau mempunyai hubungan dalam


sesebuah kontrak itu pasti mempunyai tanggungjawab masing-masing.
Tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan sebaik mungkin untuk
melancarkan lagi kerja atau apa sahaja yang diamanahkan kepadanya.
Terdapat beberapa tanggungjawab yang perlu dititik beratkan oleh pihak
majikan agar matlamatnya untuk memperolahi bangunan yang diidamkan,
dari segi mutu sebenar dan bentuk yang dikehendakinya akan tercapai :-

1. Memberi kuasa

Pihak majikan perlu memberikan kuasa atau menyerah pemilikan


sementara tapak bina kepada kontraktor untuk membina sebuah bangunan
atau projek. Yang dikehendakinya. Tanggungjawab memberi kuasa ini
merupakan satu syarat dalam kontrak binaan. Tanpa pemberian kuasa
pemilikan sementara tapak tersebut, kontraktor tidak akan dapat memasuki
tapak bina secara sah walaupun tujuannya untuk membuat kerja- kerja
pembinaan. Sekiranya kontraktor masuk ketapak tanpa kebenaran yang sah
ia boleh dianggap sebagai penceroboh.

Kegagalan memberikan pemilikan sementara tapak bina boleh dianggap


sebagai satu tindakan menamatkankan kontrak oleh majikan. Oleh kerana
ianya merupakan satu pecah syarat, kontraktor boleh memilih untuk
menamatkan kontrak dengan memberi notis kepada majikan tentang niatnya
untuk menamatkan kontrak tersebut. Ini dinyatakan dalam kes : TAN HOCK
CHAN v KHO TECK SENG (1980) 1 MLJ 308

2. Mendapatkan kelulusan undang-undang

Sebelum sesuatu projek itu dijalankan majikan perlu mendapatkan


kelulusan undang-undang yang berkaitan dengan projek pembinaan tersebut.
Contohnya mendapatkan kelulusan dari pihak yang berkuasa seperti Majlis
Pembandaran tentang perancangan projek yang bakal dilaksanakan.

3. Memberikan kerjasama

Majikan perlu memberikan kerjasama kepada kontraktor setelah kedua-


duanya bersetuju untuk menjalinkan kontrak. Ini untuk membolehkan
kontraktor melaksana dan menyiapkan kerja dalam masa yang ditentukan
dibawah kontrak yang ditandatangani.

Kes : FREEMAN v HENSLER (1900) hbc, 4th. Edition

4. Menyediakan atau membekalkan segala butir-butir berkaitan projek

Pihak majikan perlu menyediakan atau membekalkan kontraktor dengan


segala butir-butir, lukisan-lukisan atau maklumat-maklumat penting dan
arahan-arahan yang dirasakan perlu bagi memudahkan pihak kontraktor
memahami kehendak majikan. Selalunya pihak majikan memindahkan
kehendak-kehendaknya dalam bentuk lukisan yang disediakan oleh pihak
arkitek atau jurutera. Pihak-pihak tersebut dilantik oleh majikan sebagai wakil
daripadanya.
5. Sebagai Pengurus Projek

Sekiranya majikan tersebut merupakan satu pertubuhan yang besar,


biasanya ia akan melantik seorang wakil untuk menguruskan projek
berkenaan. Wakil tersebut terdiri daripada kalangan eksekutif teknikal yang
berpengalaman untuk bertindak sebagai wakil majikan. Segala urusan
pengurusan projek akan dikendalikan oleh pengurus projek tersebut.

6. Tidak menghalang kerja kontraktor

Seorang majikan sepatutnya tidak menghalang sebarang kerja yang


sedang dilaksanakan oleh kontraktor melainkan kerja-kerja tersebut tidak
mengikut kontrak atau melanggar kontrak yang telah ditandatangani.
Contohnya majikan tidak boleh memberikan sebarang arahan perubahan
sewenang-wenangnya kepada kontraktor yang dirasakan arahan tersebut
tidak termasuk dalam syarat-syarat kontrak Sekiranya majikan ingin
mengeluarkan arahan atau apa-apa yang dirasakan perlu kontraktor lakukan
di tapak, ianya terlebih dahulu berbincang dan mendapatkan persetujuan
dari arkitek kerana segala hal yang berkaitan dengan tapak bina hendaklah
dirujuk dahulu dengan arkitek yang telah dilantik sebagai wakil kepada pihak
majikan.Sekiranya untuk projek kerajaan ianya merujuk kepada Pegawai
penguasa yang dilantik sebagai wakil pihak majikan di tapak bina.

7. Waranti tersirat

Kadang-kala terdapatnya situasi yang menyebabkan majikan perlu


menanggung risiko apabila mendapati projek yang hendak dilaksanakan
mengandungi kesilapan yang tidak di duga dan memerlukan kos yang lebih
untuk melaksanakannya. Walaupun fakta atau maklumat mengenai tender
dibekalkan oleh majikan, ini tidak bermakna segala fakta yang diberikan
adalah tepat dan majikan sepatutnya menanggung risiko dan waranti yang
disiratkan.

Kes : BACAL CNN (MIDLANDS) LTD v NORTHAMTON DEVELOPMENT


CORPORATION (1975) 8 BLR 88

Huraian kes : Kontraktor mengambil tender untuk mereka dan membina


6 blok rumah, dibawah arahan untuk reka asas dalam hipotesis yang tertentu
mengikut keupayaan tanah. Hipotesis ini yang mana asasnya adalah
boreholes data didapati tidak tepat.

Penyelesian : Dalam keadaan ini sepatutnya majikan perlulah


mengambil waranti untuk keadaan tanah yang dilakukan hipotesis itu.

8. Salah nyata

Salah nyata berlaku apabila pihak majikan memberikan maklumat yang


salah atau tidak benar kepada pihak kontraktor. Apabila berlakunya
penyembunyian maklumat ini majikan boleh dipersalahkan dan
dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat masalah dalam mengendalikan
kerja tersebut.

Kes : S. PEARSON AND SON LTD v DUBLIN CORPORATION (1907) AC 351

Huraian kes: Jurutera menandakan dalam lukisannya posisi dinding


dimana Jurutera tersebut mengetahui bahawa itu adalah satu kesalahan.
Terdapat fasal yang memperuntukkan kesan kepada kontraktor yang mana
tidak semestinya bergantung kepada apa-apa gambaran yang diberi dalam
pelan, tetapi ianya mesti memuaskan dirinya seperti aras, dimensi dan kerja-
kerja perobohan. Kontraktor mendapati bahawa lukisan jurutera adalah
merupakan satu penipuan.

Keputusan : Tuntutan bagi pihak kontraktor tidak boleh melindungi


majikan kerana ianya bersabit dengan kesalahan sikap.

HAK-HAK MAJIKAN

1. Mengambil atau menolak sebarang atau mana-mana kontraktor yang


tidak mematuhi syarat-syarat berkontrak.

Majikan boleh mengambil atau menolak sebarang atau mana-mana


kontraktor yang dirasakan tidak mematuhi syarat-syarat kontrak contohnya
seorang kontraktor telah diarahkan untuk membuka kembali kerja-kerja
tertutup untuk pemeriksaan tetapi kontraktor enggan berbuat demikian. Ini
menunjukkan kontraktor telah melanggari syarat-syarat kontrak. Majikan
berhak menamatkan kerjanya dengan mengambil kontraktor lain untuk
menyelesaikan kerja tersebut dengan bayaran yang di tanggung oleh
kontraktor terdahulu.

2. Bahan dan Barang tak pasang

Segala bentuk bahan-bahan dan barang-barang yang tak pasang


ditapak bina bagi tujuan kerja tidak boleh dipindahkan melainkan atas urusan
kerja. Jika bahan dan barang tak pasang tersebut telah termasuk dalam
perakuan untuk bayaran kontraktor maka bahan-bahan dan barang-barang
itu adalah menjadi milik majikan. Oleh itu bahan-bahan dan barang-barang
tersebut perlulah dijaga oleh kontraktor dari sebarang kerosakan atau
kehilangan di tapak bina seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak PAM
Fasal 14.

Namun begitu jika seorang kontraktor telah membeli bahan atau barang
dari pihak pembekal yang mana bayarannya tidak dijelaskan sepenuhnya.
Barang atau bahan tersebut pula telah digunakan dalam kerja-kerja tapak
bina, kontraktor pula mengalami kebankrapan sebelum bayaran penuh dapat
di laksanakan. Bahan atau barang tersebut tetap menjadi hak milik majikan
dan pihak majikan juga terpaksa menjelaskan semua hutang-hutang yang
ditingalkan oleh kontaktor kepada pembekal tersebut. Ini bolehlah dirujuk
dalam ‘Retantion of Title’ atau fasal Romalpa dan dinyatakan dalam

Kes : DAWBER WILLIAMSON ROOFING LTD v HUMBERSIDE COUNTRY COUNCIL


(1979)

Fakta kes : Bahan yang dibeli dari pembekal walaupun dibayar secara
ansuran merupakan milik majikan.

Huraian kes : Majikan tidak berpuas hati dengan kualiti bahan yang
digunakan dan menyuruh kontraktor menanggalkan semula kerja tersebut.
Kontraktor menyerahkan urusan pembayaran kepada subkontraktor tetapi
tidak menjelaskan sepenuhnya.

Penyelesaian : Walaupun bahan tersebut masih tidak dibayar


sepenuhnya ianya masih milik majikan dan majikan perlu menjelaskan
kesemua baki hutang yang tinggal kepada pembekal.

3. Barang-barang antik

Majikan mempunyai hak yang mutlak terhadap segala fosil, duit syiling
dan barang berharga atau barang antik yang dijumpai di dalam tapak bina
atau semasa kerja-kerja pengorekan kawasan tapak bina seperti yang
dinyatakan dalam fasal 33 Borang Kontrak PAM.

4. Meletakkan pelatih di tapak bina

Sekiranya terdapat program latihan ditapak bina, majikan berhak


meletakkan pelatihnya bagi dalam jangka masa yang diingini. Ini adalah
merujuk didalam Fasal 16 (a) Borang Kontrak Setara JKR 203A. Kontraktor
pula perlulah menerima pelatih tersebut dan melatih mereka mengikut
kehendak dan yang diperuntukkan oleh Kerajaan.

5. Tiada sebarang tuntutan keatas majikan

Semasa penamatan subkontrak, tidak ada apa-apa tuntutan yang boleh


dibuat pada majikan oleh kontraktor atau subkontraktor.

6. Pemilikan separa bangunan yang telah siap

Majikan boleh mengambil bangunan atau bahagian yang telah siap


tanpa dirancang dengan awal seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak
PAM Fasal 16. Namun begitu kontraktor tidak bertanggungjawab (tidak boleh
dipaksa) untuk menyiapkan bahagian yang hendak diambil itu.

Walaubagaimanapun majikan boleh mengambil milikan sesuatu


bahagian atau seksyen sebelum Perakuan Siap Kerja dikeluarkan untuk
seluruh kerja yang dibuat dengan syarat mendapat persetujuan kontraktor.
Oleh itu, kontraktor mempunyai budibicara samada untuk bersetuju atau
tidak. Bahagian yang diambil milikan oleh majikan itu dipanggil sebagai "the
relevant part"

7. Penamatan pekerja

Merujuk kepada Borang Kontrak PAM Fasal 25 (2), majikan boleh


menamatkan kerja kontraktor secara automatik sekiranya berlaku perkara-
perkara:-

1. Kontraktor Bankrup.
2. Kontraktor menghadapi perintah penggulungan dengan syarikatnya.
3. Menghadapi prestasi kerja yang teruk atau telah lari dari
perancangan atau lembab.

Namun begitu, kontraktor boleh diambil bekerja semula sekiranya terdapat


perjanjian antara majikan dengan likuidator.

• PIHAK PERUNDING

Didalam sesuatu projek pembangunan penglibatan pihak perunding


adakah sangat penting untuk memastikan objektif pihak klien dapat dipenuhi
sepenuhnya. Antara perunding yang biasanya terlibat didalam sesuatu projek
pembinaan adalah seperti pihak Arkitek, Jurutera, Juruukur Bahan dan
Juruukur Tanah. Pihak perunding ini secara amnya mempunyai hak yang
sama tetapi mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Antara hak pihak
perunding terhadap majikan adalah seperti berikut:

HAK-HAK PERUNDING.

1. Mendapatkan bayaran yang daripada pihak majikan.

Oleh kerana pihak perunding ini adalah merupakan golongan profesional


maka dengan ini majikan adalah perlu untuk membayar segala khidmat
perunding dengan kadar yang telah ditetapkan. Bayaran yang ditetapkan
oleh pihak perunding ini adalah berbeza-beza antara satu sama yang lain.
Oleh itu pihak perunding dengan ini adalah berhak untuk membuat tuntutan
kepada pihak majikan jika mereka gagal untuk membuat pembayaran.

2. Menjadi wakil kepada pihak majikan.

Selain itu juga pihak perunding juga adalah mempunyai hak untuk
mewakili pihak majikan dalam membuat keputusan bagi pihak majikan.
Dengan itu pihak kontraktor dalah dengan ini perlu mematuhi arahan yang
diberikan oleh pihak perunding ini.

3. Menasihati pihak majikan secara tenikal.


Pihak perunding juga dengan ini adalah berhak untuk memberikan
nasihat sacara teknikal kepada pihak majikan. Ini adalah bertepatan dengan
objektif perlantikan pihak perunding iaitu untuk menjayakan prsjek
pembangunan ini dengan sebaiknya. Dengan memberikan khidmat nasihat
kepada pihak majikan maka dengan ini pihak majikan akan dapat gambaran
tentang projek yang akan dijalankan. Contohnya daripada melalui kajian
kemungkinan yanng telah dilakukan maka pihak Juruukur Bahan telah
memmberikan nasihatnya bahawa projek itu sangat sesuai dengan lokasi
yang dipilih keran sebab-sebab yang tertentu. Oleh itu pihak majikan akan
dapat mengetahui sedikit sebanyak gambaran tentang projek yang bakal
dibangunkan olehnya kelak.

TANGGUNGJAWAB PERUNDING.

Berikut adalah pula senarai pihak perunding yang biasanya terlibat


didalam proses pembangunan serta tanggungjawabnya:

Arkitek

Arkitek adalah merupakan profesional yang banyak memainkan peranan


terpenting didalam sesuatu projek pembinaan. Ini adalah disebabkan oleh
peranannya iaitu menyediakan rekabentuk dengan memuaskan kehendak
klien. Walaubagaimanapun, tanpa bantuan dari pihak-pihak seperti Jurutera
adalah mustahil proses rekabentuk yang dilakukan oleh pihak Arkitek ini akan
mencapai kejayaan. Oleh itu antara kepentingan dan tanggungjawab Arkitek
didalam proses pembangunan sesuatu projek adalah seperti berikut:

1. Menyediakan rekabentuk.

Pihak Arkitek adalah merupakan prosesional yang bertanggungjawab


untuk merekabentuk bangunan secara keseluruhan dengan dibantu dengan
pihak Jurutera. Diperingkat ini pihak Arkitek akan menyediakan rekabentuk
awalan, rekabentuk sekim dan rekabentuk terperinci. Disperingkat ini pihak
Arkitek adalah dengan ini bertanggungjawab untuk merekabentuk bangunan
dengan mengikut kehendak atau memuaskan hati majikan.

2. Pentadbir kontrak

Didalam kebanyakan projek-projek swasta yang menggunakan Borang


Kontrak Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) 69 Arkitek adalah merupakan ejen
kepada pihak majikan atau pentadbir kontrak didalam sesebuah projek.
Dengan itu Arkitek adalah bertanggungjawab didalam mengawasi perjalanan
projek supaya berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan yang boleh
menyebabkan kelewatan didalam proses penyiapannya. Pihak Arkitek juga
adalah bertanggungjawab untuk membuat apa-apa arahan yang perlu untuk
memastikan perjalan projek adalah teratur.

3. .Mengeluarkan arahan.
Oleh kerana Arkitek berperanan sebagai Pentadbir Kontrak bagi projek
maka maka pihak arkitek adalah berhak untuk mengeluarkan apa arahan
yang berkaitan dengan bidang kuasanya didalam kontak. Ini adalah seperti
yang dinyatakan oleh di dalam fasal 2 (2) PAM 69. Oleh itu pihak Kontraktor
juga mempunyai hak untuk mempertikaikan arahan yang dikeluarkan oleh
pihak Arkitek jika didapati bahawa arahan yang dikeluarkan itu adalah bukan
didalam bidang kuasa Arkitek seperti yang dinyatakan didalam fasal 2(2) PAM
69.

Namun begitu arahan yang diberikan oleh Arkitek ini mestilah


dikeluarkan secara bertulis kepada pihak kontraktor. Selain itu juga arahan
yang dikeluarkan itu juga mestilah dinyatakan dengan jelas. Merujuk kepada
kes Holland Hannen & Cubbit (Northen) Ltd. Vs Welsh Health Technical
Services Organitation (1981) 18 BLR 80. Didalam kes ini pihak Arkitek telah
membuat komen tentang mutu kerja, tingkap yang telah dipasang oleh pihak
sub-kontraktor. Mahkamah memutuskan bahawa tiada arahan yang
dikeluarkan oleh pihak Arkitek kepada pihak Kontraktor kerana pihak Arkitek
hanya membuat komen tentang mutu kerja pihak sub-kontraktor tanpa
menyatakan arahannya untuk mengalihkan kerja terbabit dan menggantinya
dengan bahan yang lain.

4. Menyerahkan segala lukisan dan pelan.

Didalam proses pembinaan lukisan dan pelan pembinaan adalah


merupakan perkara yang penting untuk tujuan kerja-kerja untuk melakukan
kerja-kerja pembinaan. Oleh itu pihak Arkitek juga perlulah mengeluarkan
lukisan atau pelan pembinaan kepada pihak kontaktor bagi tujuan
pembinaan. Ini adalah penting bagi memastikan bahawa projek dapat
berjalan dengan lancar. Jika pihak Arkitek gagal memberikan segala pelan ini
dalam jangka \masa yang ditetapkan maka ini berkemungkinan akan
menyebabkan kelewatan kerja kerana pihak kontraktor tidak dapat
memulakan kerja kerana kelewatan menerima lukisan dan pelan pembinaan.

5. Memastikan ketepatan kerja pemancangan.

Pihak kontraktor perlu membuat kerja-kerja pemancangan tanda dengan


pelan dan lukisan yang lengkap yang diserahkan oleh pihak Arkitek. Selain itu
juga pihak kontraktor juga perlulah menyatakan kepada kontraktor tentang
aras tanah yang dikendaki. Dengan itu adalah menjadi tanggung jawab
Arkitek untuk memastikan kerja-kerja pemancangan yang telah dilakukan
oleh pihak kontrantor adalah dilakukan dengan tepat. Ketepatan yang
dimaskudkan ialah bangunan yang dibina itu adalah seperti yang dinyatakan
ddidalam lukisan atau pelan yang diberikan seperti yang dinyatakan didalam
fasal 5 PAM 69.

6. Bahan dan mutu kerja.

Adalah menjadi tanggungjawab Arkitek untuk memastikan segala


bahan-bahan binaan dan mutu kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor
adalah mengikut apa yang telah dikemukakan oleh kontrak. Oleh itu jika
pihak kontraktor gagal untuk menepati kehendak-kehendak seperti yang
dinyatakan didalam kontrak maka pihak Arkitek adalah mempunyai hak
untuk mengeluarkan arahan untuk ujian seperti ujian tertutup keatas kerja
yang telah dilakkukan seperti mana yang dinyatakan didalam fasal 6(3) PAM
69. Ujian tertutup adalah merupakan ujian yang dilakukan keatas kerjayang
telah dilakukan oleh pihak kontraktor dimana ianya tidak dapat dilihat
dengan mata kasar. Contohnya adalah pihak Arkitek mengesyaki bahawa
pihak kontraktor telah menggunakan besi tetulang dengan saiz yang lebih
kecil, oleh itu pihak Arkitek boleh membuat ujian tertutup dengan
memecahkan bahagian tersebut untuk memeriksa saiz besi tersebut.

Pihak Arkitek dengan ini juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan


arahan untuk mengalihkan bahan-bahan dan mutu kerja yang telah didapati
tidak mengikut piawaian yang telah dinyatakan oleh kontrak. Ini adalah
seperti yang dinyatakan didalam fasal 6(4) PAM 69.

7. Pemecatan pekerja.

Pihak Arkitek juga berhak memecat pekerja yang diambil bekerja oleh
pihak kontraktor di tapak bina. Sebagai buruh yang diambil bekerja oleh
pihak kontraktor telah melakukan kesalahan jenayah dadah disekitr tapak
bina. Oleh itu pihak Arkitek dengan ini boleh memecat pekerja tersebut
dengan berpandukan kepada fasal 6 (5) PAM 69. Kemudiannya adalah
menjadi tanggungjawab pihak kontraktor untuk menggantikan pekerja itu
dengan kadar yang segera tanpa menjejaskan program kerjanya.

8. Perubahan kerja (vo).

Kebiasaannya didalam sesuatu projek, kebiasaannya terdapat


perubahan kerja samaada diminta oleh pihak klien ataupun oleh pihak
kontraktor atas alasan masing-masing. Contoh perubahan kerja didalam
projek pembinaan ini adalah seperti pihak majikan ingin mengubah jenis
kemasan lantai daripada jenis terazzo kepada jenis marmar. Di peringkat ini
juga Arkitek dan Juruukur Bahan akan menasihati pihak majikan tentang
kesan kerja perubahan yang akan dibuat oleh pihak majikan terhadap jadual
kerja ditapak bina dan dari segi kos samaada meningkat ataupun
berkurangan.

Dengan itu pihak Arkitek perlulah mengeluarkan arahan berhubung


dengan perubahan kerja yang akan dilakukan kepada pihak kontraktor seperti
yang dinyatakan dalam fasal 1 (1) PAM 69. Oleh yang demikian pihak Arkitek
juga perlulah menyediakan lukisan atau pelan yang bersangkutan dengan
kerja-kerja perubahan yang akan dibuat. Pihak kontraktor pula perlu
mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak Arkitek ini.

9. Mengendalikan mesyuarat tapak bulanan.

Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang prestasi kerja


kontraktor, Arkitek akan mempengerusikan mesyuarat tapak bulanan yang
akan dihadiri oleh perunding-perunding, kontraktor utama, sub-kontraktor.
Antara perkara yang akan dibincang semasa mesyuarat tersebut adalah
seperti jumlah peratusan kerja yang telah dilakukan pada bulan tersebut,
jumlah bayaran yang diterima oleh pihak kontraktor bagi bulan tersebut.

10. Sijil perakuan siap kerja praktikal.

Apabila pada pendapat Arkitek kerja-kerja yang dilakukan oleh telah


dianggap siap, maka pihak Arkitek bertanggungjawab dalam mengeluarkan
mengeluarkan sijil perakuan siap kerja praktikal seperti yang dinyatakan
didalam fasal 15 (1) PAM 69. Setelah sijil ini dikeluarkan kepada kontraktor
maka tempoh liabiliti kecacatan kerja pun bermula selama 18 bulan dimana
jika berlaku kerosakan terhadap kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pihak
kontraktor itu maka pihak kontraktor perlu memperbaiki segala kerosakan
yang berlaku. Oleh itu setelah tamat tempoh liabiliti kecacatan kerja ini pihak
Arkitek pula akan bertanggungjawab untuk mengeluarkan Jadual kecacatan
kerja kepada pihak kontraktor supaya pihak kontraktor dapat memperbaiki
segala kecacatan atau kerosakan yang telah disenaraikan oleh piahk Arkitek.

11. Insurans

Sebelum memulakan kerja, selalunya pihak kontraktor akan mengambil


insuran untuk melindungi pihaknya serta pihak kerajaan. Oleh yang demikian
adalah tanggungjawab Arkitek untuk memastikan bahawa pihak kontraktor
telah mengambil semua insuran-insuran sebelum memulakan kerja ditapak
bina. Antara nya ialah insuran kerja dan insuran liabiliti awam. ini adalah
bertujuan untuk melindungi pihak kerajaan dan koatraktor apabila berlakunya
sesuatu perkara yang tidak diingini. Selain itu juga pihak Arkitek juga
perlulah memastikan bahawa jangka masa segala polisi insurans yang
diambil oleh pihak kontraktor itu meliputi tempoh masa pembinaan atau
yang dikehendaki oleh kontrak. Jika tempoh insuran itu telah luput tarikhnya
maka pihak Arkitek juga dengan ini perlulah memastikan pihak kontraktor
memperbaharui polisi insuran tersebut.

Jurutera.

Secara amnya di dalam sesuatu projek pembangunan jurutera juga


mempunyai peranan yang tersendiri didalam menjayakan sesuatu projek
pembinaan tersebut. Antara Jurutera yang terlibat ialah:
Jurutera Awam.
Jurutera Mekanikal.
Jurutera Elektrik.

Jurutera Awam.

Jurutera Awam juga adalah merupakan profesional yang tidak kurang


pentingnya dengan kemahiran yang dimilikinya. Oleh itu, kepakarannya
didalam bidangnya mestilah diambil kira untuk menjayakan projek
pembinaan. Jurutera Awam ini juga boleh dibahagikan kepada 3 bahagian
utama iaitu:
Jurutera Awam (struktur)
Jurutera Awam (Bekalan Air)
Jurutera Awam (Jalan)

Oleh kerana kepakaran mereka adalah berbeza antara satu sama lain
namun ianya adalah berhubung kait dengan kerja-kerja yang akan dilakukan
didalam sesuatu projek pembinaan. Antara tugas-tugas dan kepentingan
Jurutera Awam ini adalah seperti berikut:

1. Membuat penyiasatan tapak.

Kebiasaannya sebelum memulakan sesuatu proses rekabentuk


Jurutera Awam akan membuat penyiasatan tapak di tapak bina yang
dicadangkan itu. Antara aktiviti yang dijalankan semasa penyiasatan tapak
ialah mengkaji sifat-sifat tanah seperti kelembapan tanah, kekuatan tanah
dan jenis tanah. Dengan adanya proses penyiasatan tapak ini maka kaedah
pembinaan bagi projek ini dapat ditentukan. Selain itu juga dengan adanya
maklumat mengenai tapak bina berkenaan maka ianya akan membantu
Jurutera Awam dalam membuat proses rekabentuk.

2. Merekabentuk struktur bangunan.

Jurutera Awam akan membuat rekabentuk struktur bagi bangunan


yang akan dibina. Diperingkat ini Jurutera Awam perlulah memastikan yang
rekabentuk yang dibuat adalah benar-benar selamat kepada pengguna
bangunan tersebut. Rekabentuk yang digunakankan juga hendaklah ekonomi
dan mempunyai tahap keselamatan yang baik. Selain itu juga adalah menjadi
tanggungjawab pihak Jurutera Awam untuk memastikan bahawa kerja-kerja
yang dilakukan oleh pihak kontraktor adalah seperti yang telah dinyatakan
didalam lukisan kontrak. Jika Jurutera Awam mendapati pihak kontaktor gagal
untuk memlakukan kerja tersebut seperti yang dinyatakan didalam lukisan
kontrak maka pihak Arkitek berhak untuk mengeluarkan arahan untuk
melakukan ujian terhadap kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor.

3. Merekabentuk sistem bekalan air.

Selain melakukan rekabentuk bagi kerja-kerja struktur bangunan,


Jurutera Awam juga berperanan dalam merekabentuk sistem bekalan air
yang akan digunakan bagi bangunan yang akan dibina. Rekabentuk tersebut
juga mestilah bersesuaian dengan fungsi serta jumlah penghuni yang akan
mengunakan bangunan itu. Dengan itu juga Jurutera Awam perlulah
merekabentuk sistem bekalan air ini dengan mengutamakan faktor
keselesean kepada penguna bangunan tersebut.

4. Menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja perubahan.

Jika berlakunya kerja-kerja perubahan didalam kerja-kerja yang


berkaitan dengan Jurutera Awam maka pihaknya akan membuat satu
rekabentuk yang baru bagi tujuan perubahan kerja tersebut. Sebagai contoh
kebanyakan ujian beban yang dilakukan oleh pihak kontraktor kepada
cerucuk telah didapati gagal. Dengan itu pihak Jurutera Awam telah
mengambil keputusan untuk membesarkan saiz tukup curucuk (pile cap)
tersebut. Dengan itu penukaran saiz punukup cerucuk (Pile cap) tersebut
adalah dianggap sebagai perubahan kerja.

5. Mengawasi ujian yang dilakukan oleh kontraktor.

Didalam proses pembangunan projek terdapat pelbagai ujian yang perlu


dilakukan oleh pihak kontraktor tentang bahan binaan dan mutu kerja yang
dihasilkan. Oleh itu untuk mengelakkan daripada ketidak jujuran kontraktor
dalam melakukan ujian tersebut pihak Jurutera Awam akan mengawasi
segala ujian yang akan dilakukan oleh pihak kontraktor dari masa kesemasa.
Melalui cara ini ianya bukan sahaja akan memberikan keadilan kepada kedua-
dua belah bahkan akan memastikan segala keputusan ujian yang dilakukan
adalah tepat.

Jurutera Mekanikal.

Didalam proses pembinaan Jurutera Mekanikal adalah adalah


bertanggungjawab didalam kerja-kerja pakar yang dilakukan oleh pihak sub-
kontraktor dinamakan. Antara kerja-kerja pakar yang berada dibawah
pengawasan Jurutera Mekanikal adalah seperti berikut:
Pemasangan sistem pendingin hawa.
Pemasangan alat pencegah kebakaran.
Pemasangan lift.
Pemasangan eskelator.
Sistem pengudaraan bangunan.

Oleh itu tanggungjawab Jurutera Mekanikal didalam proses


pembangunan projek adalah seperti berikut:

1. Menyediakan rekabentuk.

Bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan mekanikal seperti yang


dinyatakan sebelum ini pihak Jurutera Mekanikal adalah bertanggungjawab
dalam menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja berkenaan. Selain itu juga
Jurutera Mekanikal juga perlu memastikan bahawa sistem yang dipilih adalah
bersesuaian dengan fungsi bangunan tersebut. Contohnya bagi sistem
penghawa dingin bagi kegunaan pejabat hendaklah tidak sama dengan
sistem bagi sesebuah kompleks membeli belah. Ianya juga henndaklah
sesuai dengan jumlah pengguna yang akan menggunakan bangunan.
tersebut serta memberikan keselesaan yang maksimum.

2. Menyediakan senarai kuantiti.

Setelah selesai kerja-kerja penyediaan rekabentuk maka pihak


Jurutera Mekanikal adalah dengan ini bertanggungjawab untuk menyediakan
senarai kuantiti bagi kerja-kerja pakar yang akan dilakukan oleh pihak sub-
kontraktor. Dengan ini ianya akan dapat memberikan jumlah sebenar bagi
kerja-kerja pakar yang akan dilakukan. Selain itu juga pihak Jurutera
Mekanikal juga adalah bertanggungjawab untuk menyediakan dokumen
kontrak bagi kerja-kerja yang bersangkutann dengan mekanikal.

3. Bahan dan mutu kerja.

Pihak Jurutera Mekanikal juga dengan ini juga perlulah memastikan


yang bahan dan mutu kerja bagi kerja-kerja pakar ini adalah adalah
menngikut kehendak kontrak seperti yang dinyatakan didalam fasal 6 PAM
69. Jika Jurutera Mekanikal mendapati pihak sub-kontraktor gagal untuk
berbuat demikian maka hal ini hendaklah dimaklumkan kepada Arkitek untuk
tindakan yang selanjutnnya.

4. Ujian.

Setelah pihak sub-kontraktor menyelesaikan kerja-kerjanya, maka


pihak Jurutera Mekanikal bertanggungjawab mengawasi ujian keatas kerja
yang telah dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Diperingkat ini pihak Jurutera
Mekanikal adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala ujian yang
dilakukan mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan.

Dengan ujian yang diadakan maka ianya secara langsung dapat


memastikan tahap keselamatan bagi sesuatu kerja yang telah dilakukan.
Contohnya dengan adanya kerja ujian ini maka dapatlah diketahui tahap
keselamatan bagi kegunaan lift yang telah dipasang. Ini adalah berbagi
memastikan pengguna dapat menggunakan alatan tersebut dengan selamat.

5. Penilaian kerja

Di Malaysia penilaian kerja keatas kerja-kerja Mekanikal akan


dilakukan oleh pihak Jurutera Mekanikal sendiri. Penilaian kerja ini dilakukan
adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah wang yang perlu dibayar kepada
pihak sub-kontraktor dan untuk mengetahui kemajuan kerja bagi pihak sub-
kontraktor. Setelah itu, jumlah penilaian kerja yang tersebut akan diserahkan
kepada Juruukur Bahan untuk dijumlahkan dengan kerja yang dilakukan oleh
kontraktor utama untuk mengetahui kemajuan kerja sebenar di tapak.

6. Merekabentuk perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja didalam kerja-kerja mekanikal seperti


ingin penukaran sistem yang akan digunakan kepada sesuatu sistem yang
lain, maka pihak Jurutera Mekanikal adalah dengan ini akan megeluarkan
satu rekabenntuk yang baru untuk kerja perubahan tersebut.

Selain itu juga pihak Jurutera Mekanikal juga perlulah meyerahkan


rekabentuk perubahan kerja itu didalam jangkamasa yang telah ditetapkan
supaya ianya tidak menjejaskan kerja sub-kontraktor serta mengelakkan
kelewatan kerja.
Jurutera Elektrikal.

Antara tanggungjawab pihak Jurutera Elektrik adalah seperti berikut:

1. Menyediakan rekabentuk.

Bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan elektrik seperti kerja


pemasangan pendawaian bangunan adalah menjadi tanggujawab pihak
Jurutera Elektrik untuk menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja tersebut.
Dengan kepakaran yang ada, Jurutera Elektrik akan menyediakan satu
rekabentuk yang bersesuaian dengan kegunaan bangunan seperti mana
yang dilakukan oleh pihak Jurutera Mekanikal. Contohnya bagi sistem
pendawaian elektrik bagi kegunaan pejabat semestinya berbeza dengan
sistem bagi sesebuah kompleks membeli belah serta dapat memberikan
keselesaan yang maksimum kepada penguna bangunan tersebut.

2. Menyediakan senarai kuantiti.

Selain menyediakan rekabentuk, pihak Jurutera Elektrik juga adalah


dengan ini adalah bertanggungjawab bagi penyediaan senarai kuantiti bagi
kerja-kerja pakar yang akan dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Dengan
adanya senarai kuantiti ini jumlah kos kerja-kerja pakar akan diperolehi.
Selain itu juga pihak Jurutera Elektrik juga adalah bertanggungjawab untuk
menyediakan dokumen kontrak bagi kerja-kerja yang bersangkutan dengan
elektrik.

3. Bahan dan mutu kerja.

Pihak Jurutera Elektrik juga adalah bertanggungjawab didalam


memastikan yang bahan dan mutu kerja bagi kerja-kerja pakar ini adalah
adalah mengikut kehendak kontrak seperti yang dinyatakan didalam fasal 6
PAM 69. Jika didapati pihak sub-kontraktor gagal untuk berbuat demikian
maka Jurutera Elektrik hendaklah memaklumkan kepada Arkitek untuk
tindakan yang selanjutnnya.

4. Ujian.

Setelah pihak sub-kontraktor menyelesaikan kerja-kerjanya, maka


pihak Jurutera Elektrik dengan ini akan mengawasi segala ujian keatas kerja
yang telah dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Dengan ini Jurutera Elektrik
adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala ujian yang dilakukan
mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan.

Dengan ujian yang diadakan maka ianya secara langsung dapat


memastikan tahap keselamatan bagi sesuatu kerja yang telah dilakukan.
Dengan itu pengguna dapat menggunakan kemudahan tersubut dengan
selamat dan mendapat keselesaan yang maksimum.
5. Penilaian kerja.

Di Malaysia penilaian kerja keatas kerja-kerja Elektrikal juga akan


dilakukan oleh pihak Jurutera Elektrikal sendiri. Tujuan penilaian kerja ini
dilakukan adalah untuk mengetahui jumlah wang yang perlu dibayar kepada
pihak sub-kontraktor dan untuk mengetahui kemajuan kerja bagi pihak sub-
kontraktor. Setelah itu, jumlah penilaian kerja yang tersebut akan diserahkan
kepada Juruukur Bahan untuk dijumlahkan dengan kerja yang dilakukan oleh
kontraktor utama untuk mengetahui kemajuan kerja sebenar di tapak.

6. Merekabentuk perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja didalam kerja-kerja elektrik seperti ingin


penukaran sistem yang akan digunakan kepada sesuatu sistem yang lain,
maka pihak Jurutera Elektrik juga adalah dengan ini akan mengeluarkan satu
rekabenntuk yang baru bagi kerja perubahan tersebut.

Selain itu penyerahan rekabentuk perubahan kerja itu hendaklah


dilakukan didalam jangkamasa yang telah ditetapkan supaya ianya tidak
menjejaskan kerja sub-kontraktor serta mengelakkan kelewatan kerja.jika
berlaku kelewatan maka iannya akan meningkatkan kos kerana

Juruukur Bahan.

Didalam memastikan kos projek tidak melebihi budget yang ditetapkan


oleh pihak majikan, Juruukur Bahan adalah merupakan pihak yang
bertanggungjawab dalam memastikan hal ini. Pihak Juruukur Bahan akan
terlibat dari awal hinggalah keperingkat akaun muktamad. Oleh itu maklumat
dan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastukan kos
yang dianggarkan oleh pihak Juruukur Bahan ini adalah didalam lingkungan
budget yang ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumat
yang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan oleh pihak Juruukur
Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki. Oleh itu hak dan
tanggungjawab pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan
projek adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kajian kemungkinan.

Untuk menentukan bahawa projek yang dirancangkan adalah sesuai


dengan lokasinya maka dengan ini pihak Juruukur Bahan adalah
bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemingkinan untuk projek
yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan
mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada
projek yang terbabit. Contonhnya kajjian kemungkinan ini diadakan untuk
mengkaji kesesuaian untuk membina sebuah kompleks membeli belah di
Skudai. Maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan kajian kemungkinan
ini dan keputusan mengenai kajian kemungkinan ini akan dipersembahkan
kepada pihak majikan.
2. Menyediakan dokumen tender.

Untuk memilih kontrakktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu


projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara
aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan
senarai kuanntiti dimana ketepatan dalam melakukan senarai kuantiti ini
adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses
pembinaan bermula kelak. Diperingkat ini juga pihak Juruukur Bahan
bertanggungjawab untuk menjualkan dokumen kontrak serta menyatakan
tarikh tutup bagi tender yang berkenaan.

Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam


jangkawaktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu
juga pihak Juruukur Bahan hendaklah memastikan bahawa dokumen tender
yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borang-
borang yang berkaitan.

3. Analisis tender.

Setelah tender ditutup, piahk Juruukur Bahan akan membuat satu


analisis tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakkukan
adalah untuk memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk
melakukan kerja. Berkelayakan disini bermaksud mempunyai sumber
kewanag mencukupi, mempunyai prestasi yang baik dan tidak mempunyai
beban kerja yang banyak.

Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan dan Arkitek
akan mengesyorkan kepada majikkan kontraktor yang diaggap benar-benar
berkelayakan untuk melakukan kerja tersebut. Namun begitu kuasa untuk
memilih kontraktor adalah ditangan pihak majikan. Diperingkat ini Juruukur
Bahan dan Arkitek hanya bberhak untuk mengesyorkkan kepada majikan.

4. Menyediakan dokumen kontrak.

Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya


didalam tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan
dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Doke\umen
kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini
pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap
dengan segala dokumen, borang kontrak spesifikasi dan lain-lain lagi.

5. Memeriksa insurans.

Sebelum memulakan kerja piihak konttraktor hendaklah mengambil


insuran yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam fasal 19 dan 20 PAM
69. Oleh itu Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan
bahawa segala insuuran yang taelah diambil oleh pihak kontraktor tersebut
adalah sah. Dengan itu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak
syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi
yang palsu.

Selain itu juga Juruukur Bahan perlulah memastikan polisi insuran yang
diambil oleh piahk kontraktor adalah dari syarikat yang diibenarkan oleh
pihak Arkitek. Pihak Juruukur Bahan juja perlulah memastikan polisi insuran
tersebut adalah meliputi jangkawaktu yang telah ditetapkan. Juruukur Bahan
perlulah memastikan nama didalam polisi insuran tersebut adalah betul. Jika
berlaku kesilapan maka pihak kontraktor semestinya tidak akan menerima
pampasan dari pihak insuran jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Ini adalah berdasarkan kepada kes Macaura Vs Northen Insurance co


[1925AC619 dimana pihak plantif mempunyai syarikat pembalakan dan
mengambil insuran atas namanya dan bukan atas nama syarikat. Apabila
berlaku kebakaran keatas syarikatnya maka pihak plaintif telah membuat
tuntutan kepada pihak insuran. Didalam kes ini pihak mahkamah telah
menetapkan bahawa plantif tidak dapat untuk membuat tuntutan kerana
insuran yang diambil itu adalah atas namanya dan bukan atas nama
syarikatnya kerana ianya tiada kepentingan kepada syarikatnya.

6. Penilaian kerja.

Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian


kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini
diadakan ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-
kerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja penilaian kerja ini hendaklah
dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor.

Selain daripada itu, ianya juga akan dapat memberikan gambaran


tentang kemajuan kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor pada
bulan yang terbabit. Juruukur Bahan juga adalah dengan ini bertanggung
jawab untuk mengeluarkan Perakuan Interim dalam jangka waktu 14 hari
selepas penilaian kerja dilakukan. Ini seperti yang dinyatakan didalam fasal
30 PAM 69.

7. Mengira perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak


Juruukur Bahan adalah bertanghgungjawab untuk menilai semula kerja-kerja
yang terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur
Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada
ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah
seperti yang dinyatakan didalam fasal 11 PAM 69.

8. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.

Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan


akibat daripada pematuhannya kepada arahan Arkitek seperti yang
dinyatakan dalam fasal 24 PAM 69, maka adalah menjadi tanggungjawab
Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain
itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak
kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar
merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala
dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa pihak
kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan
Arkitek.

9. Lanjutan masa.

Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab


untuk menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk
meminta lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam fasal 23 PAM
69. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak kntraktor iitu adalah
munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya
kepada pihak Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan
permintaan kontraktor untuk lanjutan masa tersebut.

10. Akaun muktamad.

Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu


selepas kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak
Juruukur Bahan adalah dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun
muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah
sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya mengikut
peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun
melebihi peruntukan tersebut.

Juruukur Tanah.

Kebiasaannya peranan Juruukur Tanah didalam sesuatu projek


pembangunan ini hanyalah pada awalan projek sahaja. Walaubagaimana pun
peranan Juruukur Tanah ini juga tidak kurang pentingnya dengan perunding
yang lain. Antara tanggungjawab pihak Juruukur Tanah adalah seperti berikut:

1. Membuat penandaan sempadan.

Adalah menjadi tugas Juruukur Tanah untuk membuat penandaan


sempadan, mengukur aras tanah ditapak dan membuat kerja "setting out"
untuk menentukan kedudukan bangunan ditapak. Ini adalah penting bagi
menentukan bahawa sempadan yang dibuat dan bangunan yang akan dibina
adalah didalam kawasan pihak majikan.

Jika pihak Juruukur gagal untuk membuat demikian maka ianya akan
menimbulkan masalah kepada majikan dan juga kontraktor apabila projek
sedang berlangsung kelak.

2. Menyediakan lukisan yang berkaitan.


Di samping itu juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menyediakan
lukisan dan pelan yang berkaitan untuk kerja-kerja pemancangan yang akan
dilakukan oleh pihak kontraktor. Selain itu juga pihak Juruukur Tanah juga
perlulah menghantar pelan dan lukisan yang terbabit kepada Juruukur Bahan
untuk menetukan kos anggaran yang akan digunakan bagi kerja-kerja tanah
yang akan dilakukan.

• KONTRAKTOR

PENGENALAN

DEFINISI

Kontraktor dapat didefinisikan sebagai satu badan atau pihak yang


bertanggungjawab untuk merealitikan gambar atau lukisan yang disediakan
oleh perekabentuk kepada bentuk dan saiz sebenar yang telah ditetapkan
mengikut kontrak. Kontraktaor juga merupakan agen atau pihak utama yang
bertanggungjawab untuk melaksanakan idea yang diterjemahkan dalam
bentuk lukisan kepada bentuk dan spesifikasi sebenar sesuatu binaan.

Segala kerja pembinaan yang dijalankan adalah menjadi tanggungjawab


kontraktor dan kontraktor akan mendapat balasan atau keuntungan yang
berbentuk bayaran daripada pihak majikan atau gunawan. Bayaran yang
dikenakan ini adalah sebagai balasan terhadap perkhidmatan kontraktor dan
ia telah ditentukan dengan persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat iaitu
pihak kontraktor dan pihak gunawan.

Perjanjian akan wujud dengan syarat-syarat tertentu antara pihak


kontraktor dan gunawan serta beberapa pihak lain yang terlibat yang mana
kemudiannya perjanjian ini akan membentuk satu dokumen kontrak.
Sepanjang proses pembinaan ini dijalankan dokumen kontrak ini merupakan
asas yang menjadi rujukan kepada sebarang masalah yang timbul baik
dipihak kontraktor ataupun pihak-pihak lain yang terlibat.

JENIS-JENIS KONTRAKTOR

Secara umumnya kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama


iaitu :
Kontraktor utama (main contractor)
Domestik subkontraktor (domestic subcontractor)
Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor)

Kontraktor-kontraktor ini akan bekerjasama bagi melaksanakan projek


pembinaan supaya berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut masa
sebagaimana yang telah diperuntukan dalam dokumen kontrak untuk
pambinaan tersebut. Setiap jenis kontraktor tersebut telah diperuntukan
syarat-syarat tertentu dalam perlaksanaan kerja serta kontrak yang telah
ditandatangani. Segala peruntukan syarat-syarat ini telah jelas dinyatakan
dalam sesuatu dokumen kontrak yang terbentuk antara pihak kontraktor dan
pihak gunawan.

1. Kontraktor Utama (main contractor)

Kontraktor utama merupakan seseorang yang pakar dan


berpengetahuan dalam bidang pembinaan dan kerja-kerja kejuruteraan
awam ataupun kedua-duanya sekali. Kontraktor utama ini akan
menandatangani kontrak antara pihak kontraktor dan pihak gunawan atau
majikan. Kontraktor utama ini akan melaksanakan projek pembinaan
sehingga selesai sebagaimana yang terkandung dalam dokumen kontrak.
Kontraktor utama akan melaksanakan proses pembinaan ini samada dengan
menggunakan tenaga kerja yang dimilikinya sendiri ataupun mengambil
subkantraktor ataupun kedua-duanya sekali.

2. Domestik kontraktor (domestic contractor)

Domestik kontraktor adalah terdiri daripada berbagai jenis


kontraktor yang melakukan kerja mengikut tred-tred tertentu mengikut
kepakaran dan keupayaan masing-masing. Domestik kontraktor dapat
dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu :

i) Subkontraktor kerja dikenali sebagai subkontraktor bahan dan buruh


dan membekalkan semua bahan dan buruh yang terlibat untuk sesuatu kerja
subkontrak.

ii) Subkontraktor bahan dimana ia membekalkan bahan-bahan binaan


untuk tempoh pembinaan dijalankan. Ia biasanya akan dipilih oleh pihak
majikan dan ianya dikenali sebagai pembekal dinamakan.

iii) Subkontraktor buruh dimana kontraktor ynag membekalkan buruh


untuk melaksanakan kerja kontrak bangunan. Ianya membekalkan buruh
mahir, separa mahir dan kurang mahir.

3. Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor)

Subkontraktor dinamakan adalah merupakan subkontraktor yang


dilantik oleh pihak gunawan. Kontraktor ini menjalankan kerja-kerja
pembinaan mengikut kepakaran masing-masing. Subkontraktor dinamakan
ini biasanya melakukan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal serta
perkhidmatan bangunan seperti :

Sistem bekalan air


Sistem hawa dingin
Lif dan Eskulator
Sistem pencegah kebakaran
Sistem pemasangan elektrik
HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA DAN SUBKONTRAKTOR
Secara umumnya hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak ini akan
berlandaskan kepada kontrak yang telah dipersetujui antara kedua dua pihak.
Syarat-syarat kontrak yang terlibat ialah kontrak kerja subkontrak yang
dibuat diantara kontraktor utama dan subkontraktor disamping kontrak
utama.yang terbentuk antara kontraktor utama dan majikan.Syarat- syarat
kontrak yang terbentuk antara pihak kontraktor utama dan subkontraktor
ialah seperti subkontraktor akan melaksanakan semua kerja berdasarkan
lukisan dan spesifikasi yang telah ditetapkan, membuat semua bayaran yang
berkaitan dengan insuran dan wang tahanan, mengemukakanl mengambil
pekerja yang komprehensif dan syarat-syarat tambahan yang lain jika
terdapat peruntukan tersebut antara pihak kontraktor utama dan sub
kontraktor.

Selain dari peruntukan syarat-syarat kontrak tersebut kedua- dua pihak


juga perlu mematuhi common low dan statut (peruntukan oleh kerajaan
persekutuan, negeri, tempatan).Peruntukan dibawah commmon low ialah
seperti undang-undang tort contohnya kacau ganggu, manakala statut pula
ialah peruntukan atau akta-akta tertentu untuk sesuatu perkara contohnya
akta keselamatan sosial pekerja 1969.Dalam industri binaan jika sesuatu
projek berkenaan adalah kepunyaan kerajaan maka ianya tertakluk kepada
peruntukan common law dan statut manakala jika projek tersebut dibawah
hak milik pihak persendirian maka ianya hanya tertakluk kepada statut
sahaja. Ini telah dinyatakan dalam Borang kontrak PAM Fasal 18(1).

Hak dan tanggungjawab yang telah diperuntukan dan sepatutnya


dilaksanakan adalah tertakluk kepada syarat- syarat yang ditandatangani
atau dipersetujui oleh semua pihak.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUBKONTRAKTOR TERHADAP KONTRAKTOR


UTAMA

Dalam borang PAM Fasal yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawab
subkontraktor ialah Fasal 27(a-g). Dalam Fasal 27(a)(i-xi) ini telah
memperuntukan hak-hak dan tangungjawab bagi pihak subkontraktor.

HAK SUBKONTRAKTOR

Subkontraktor mempunyai hak tertentu apabila ia menandatangani


kontrak dengan kontraktor utama di bawah peruntukan yang dinyatakan
sebelum ini. Diantara hak yang biasa wujud didalam sesuatu kontrak ialah:

1. Mendapat kemudahan dalam melaksanakan kerja subkontrak

Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapat kemudahan


melaksanakan kerja subkontrak dari kontraktor utama. Kemudahan ini
termasuklah kemudahan peralatan dan pengurusan. Kemudahan peralatan
ialah kemudahan menggunakan kelengkapan kontraktor utama untuk
melaksanakan kerja subkontrak, manakala kemudahan pengurusan pula ialah
berbentuk kemudahan untuk mendapatkan lukisan- lukisan kerja subkontrak,
khidmat penyeliaan tapak, pejabat tapak dan sebagainya. Jika subkontrak
kerja keseluruhan digunakan maka hak untuk mendapatkan kemudahan
hanya terhad kepada penggunaan akses jalan, peranca dan bekalan elektrik
serta air. Manakala mempunyai hak yang lebih luas. Hak mendapat bahan
dan peralatan yang sesuai serta kemudahan pengurusan perlu diberi oleh
kontraktor utama.

Subkontraktor mempunyai hak yang sama dikalngan mereka. Jika


berlaku ketidakadilan sehingga mengganggu perjlanan kerja subkontrak
mereka boleh mengadu kepada kontraktor utama untuk kemudahan yang
lebuh baik. Walau bagaimanapun subkontraktor tidak dapat mengambil
tindakan dari segi kontrak kerana tiada peruntukan yang khusus. Ia hanya
berlandaskan kepada perikemanusiaan dan amalan yang biasa di jalankan
oleh ahli ikhtisas.

2. Mendapatkan bayaran

Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran bagi


kerja subkontrak yang telah dilaksanakan. Bayaran tersebut adalah
merangkumi :

1. Bayaran interim
2. Bayaran tambahan didalam perubahan kerja subkontrak
3. Bayaran kerugian yang disebabkan oleh tindakan kontraktor utama

Kelulusan pembayaran ini akan tertakluk kepada kerja subkontrak


yang dilaksanakan. Jika tidak memenuhi syarat kontrak maka subkontrak
tidak layak menerima bayaran. Hak yang terlibat berkenaan dengan bayaran
ini ialah:

1. Jumlah yang sewajarnya


2. Tempoh sesuatu pembayaran
3. Kaedah bayaran oleh kontraktor utama

Faktor-faktor ini perlu diambil dan dipertimbangkan oleh kontraktor


dengan adil. Mengikut amalan biasa bayaran akan dibuat apabila
subkontraktor menghantar satu tuntutan balik.

Hak subkontraktor untuk mendapatkan bayaran ini telah dinyatakan


dengan jelas dalam Borang PAM Fasal 27(a)(vii), (b), (c).

Kes-kes yang menjadi rujukan berkenaan dengan fasal 27 (c) ialah:

1. Gilbert- Ash (Northern) Ltd V Modern Engineering (Bristol) Ltd [1973]


3 All ER 195
2. Morttam Consultant Ltd V Bernard Sunley & Sons Ltd [1975]
3. LIR 197
3. Menagguhkan perlaksanaan kerja subkontrak

Subkontraktor juga mempunyai hak untuk menagguhkan kerja


subkontrak yang tidak mengikut kontrak asal. Diantara sebab-sebabnya ialah
kegagalan kontraktor utama membayar kerja subkontrak bagi subkontraktor
yang terlibat.Walaupun dalam PAM Fasal 27 (c) telah dinyatakan bahawa jika
kontraktor utama gagal membuat pembayaran terus kepada subkontraktor,
arkitak akan membuat pembayaran terus, tetapi ini mungkin akan
mendatangkan masalah kepada subkontraktor seperti masalah kewangan.

Oleh sebab itu subkontraktor yang terlibat berhak untuk


menangguhkan kerja buat sementara waktu sehingga selesai masalah yang
dihadapi, mengikut persetujuan pihak yang majikan serta pihak-pihak lain
yang bertanggungjawab keatas projek pembinaan yang dijalankan.

4. Mendapatkan Lanjutan Masa

Lanjutan masa juga boleh diperolehi oleh subkontraktor jika ia


berpunca dari sebab-sebab yang munasabah contohnya kejadian bencana
alam seperti banjir atau hujan yang tidak berhenti yang menyebabkan kerja-
kerja pembinaan tidak boleh dijalankan. Selain dari itu lanjutan masa juga
boleh diberi kepada subkontraktor yang mana kesilapan atau masalah yang
menyebabkan kelewatan itu berpunca daripada kontraktor utama contohnya
tiada bekalan bahan binaan yang mencukupi dari pembekal bahan binaan
yang telah diberi tugas untuk membekalkan bahan-bahan binaan tempatan.
Pada kebiasaannya lanjutan masa ini diperolehi jika berlaku perkara yang
tidak dapat dielakkan seperti yang terdapat dalam peruntukan kontrak utama
sebagaimana yang telah dinyatakan diatas.

Dalam Borang PAM peruntukan berkenaan dengan lanjutan masa yang


menjadi hak kepada subkontraktor telah dinyatakan dengan jelas dalam Fasal
27 (a)(v dan vi) dan (d)(i) manakala fasal 27 (d)(ii) pula memperuntukan
apabila timbulnya masalah dari pihak subkontraktor setelah mendapatkan
lanjutan masa.

Kes yang berkaitan dengan lanjutan masa ini ialah kes Percy Bilton
Ltd V Greater London Council (1982) 20 BLR 1

TANGGUNGJAWAB SUBKONTRAKTOR

Subkontraktor bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja subkontrak


yang telah diberi sepertimana yang telah dijanjikan dalam peruntukan syarat-
syarat kontrak antara pihak kontraktor utama dan pihak subkontraktor.
Dalam PAM Fasal (1) telah diperuntukan tanggungjawab kontraktor dimana
kontraktor itu perlu menyiapkan kerja dengan sempurna sehingga
memuaskan hati pihak majikan. Tetapi bagi pihak subkontraktor pula mereka
harus menyiapkan kerja dengan sempurna sehingga memuaskan hati pihak
kontraktor utama sebagaimana yang telah diperuntukan dalam Fasal 27
(a)(iii) yang mana pihak kontraktor utama harus dipertanggungjawabkan jika
kerja yang dilakukan oleh subkontraktor tidak memuaskan hati pihak
majikan. Oleh sebab itu tanggungjawab subkontraktor adalah besar dalam
menjaga kepentingan kontraktor utama. Antara beberapa tanggungjawab
subkontraktor yang biasa wujud dalam subkontrak ialah :

1. Pematuhan kepada nilai kuantiti

Kuantiti kerja subkontrak dan bahan yang digunakan perlu mengikut


penentuan yang telah ditetapkan dalam dokumen kontrak yang telah ditanda
tangani oleh subkontraktor. Ini kerana untuk menjamin kualiti binaan yang
dibuat adalah terjamin dan selamat digunakan dengan baik dan sempurna
mengikut tempoh yang ditetapkan.Dalam PAM Fasal 6 (1), (2), dan (3) telah
diperuntukan dengan jelas bahawa pematuhan kepada mutu kerja dan nilai
adalah amat penting Oleh yang demikian menjadi satu kewajipan kepada
subkontraktor mendapat bahan dan melaksanakan kerja subkontrak dengan
baik.

2. Menjaga kepentinan awam

Subkontraktor perlu sentiasa memastikan kepentingan awam tidak


terjejas akibat dari kerja subkontrak yang dilaksanakannya dan ini secara tak
langsung ia akan menjaga kepentingan kontraktor utama. Kepentingan ini
merangkumi kerosakan harta benda, keselamatan, keselesaan dan
seumpamanya. Dalam hal ini subkontraktor perlu menginsurankan kerja yang
akan dibuat kemudian pula perlu mengemukakan polisi insuran terhadap
kontraktor utama sebagai syarat terdahulu sebelum memulakan kerja. Ini
telah dinyatakan dengan jelas dalam PAMFasal (18) dan (19) serta Fasal 27
(a)(iv), yang mana menyatakan bahawa kontraktor perlu mengambil insuran
sebelum memulakan sesuatu kerja pembinaan. Dalam PAM Fasal 20 juga
telah memperuntukan bahawa kontraktor perlu mengambil insuran kerja
sebelum memulakan kerja pembinaan. Peruntukan dan syarat undang-
undang yang berkaitan kepentingan awam perlu dipatuhi untuk menjamin
keselamatan serta kepentingan pihak awam.

3. Menjaga Kebersihan Tapak Bina

Bahan buangan atau lebihan dari sesuatu kerja subkontrak yang


dijalankan perlu dibersihkan semula oleh subkontraktor. Subkontraktor perlu
memastikan hal ini dilakukan diakhir kerja subkontrak tanpa menjejaskan
harta pihak lain ditapak bina.

Jika tidak dilaksanakan kontraktor utama layak mengambil orang lain


untuk melakukan obligasi itu dan potongan pembayaran akan dibuat
mengikut perbelanjaan yang ditanggung. Walau bagaimanapun
subkontraktor tidak boleh dibebankan oleh pembersihan tapak akibat dari
kerja pihak lain, contohnya subkontraktor lain.
HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA TERHADAP
SUBKONTRAKTOR

HAK KONTRAKTOR UTAMA

1. Memeriksa kerja subkontrak

Kontraktor utama mempunyai hak untuk memeriksa kerja


subkontrak yang telah dilaksanakan oleh subkontraktor. Pemeriksaan boleh
dibuat pada bila-bila masa diperlukan samada diminta oleh gunawan atau
tidak. Walau bagaimanapun hak ini adalah tertakluk kepada kerja subkontrak
yang telah dilaksanakan sahaja. Pemeriksaan ini tidak boleh dibuat keatas
kelengkapan yang digunakan. Walaupun demikian kontraktor utama boleh
menasihati bagi penggunaan peralatan yang sesuai demi kepentingan kerja
subkonrak berkenaan.Sekiranya pihak subkontraktor gagal melaksanakan
kerja dengan baik maka pihak kontraktor utama perlu bertanggungjawab jika
pihak majikan tidak puas hati. Ini juga telah dinyatakan dengan jelas dalam
PAM Fasal 27(a)(iii). Oleh sebab itu kontraktor utama berhak sepenuhnya
untuk memeriksa kerja yang dilakukan oleh pihak subkontraktor dibawah
pengawasannya.untuk memuaskan hati pihak majikan.

2. Menolak kerja subkontrak

Kerja subkontrak yang tidak memenuhi mutu yang telah ditetapkan


dari segi bahan yang digunakan, penyempurnaan terhadap penyiapannya
boleh ditolak oleh kontraktor utama. Kontraktor utama berhak membuat
penolakan kerana kontraktor utama yang akan bertanggunjawab keatas kerja
yang dilakukan oleh subkontraktor. Penolakan ini boleh didalam bentuk
keseluruhan atau sebahagian daripada kerja subkontrak yang berkenaan.
Penolakan oleh kontraktor utama ini akan menyebabkan samada
subkontraktor akan membuat semula kerja yang tidak memuaskan hati
kontraktor tersebut atau subkontraktor akan dikategorikan tidak dapat
menyiapkan kerja dengan sempurna dan PAM fasal 27 (a)(vi) akan
berkuatkuasa.

3. .Menolak bayaran

Menolak bayaran ini bermaksud menolak mana-mana wang


subkontraktor yang perlu dibayar oleh pihak majikan kepadanya. Penolakan
ini dibuat adalah dengan beberapa sebab seperti subkontraktor enggan
memperbaharui insuran atau enggan menjelaskan apa-apa bayaran yang
dikenakan keatasnya yang mana ianya berkaitan dengan kontraktor utama
atau pihak majikan.Pada kebiasaannya hak menolak bayaran sebahagian
daripada bayaran kemajuan yang berupa wang tahanan boleh dilakukan.
Kaedah penolakan ini sebenarnya dikenali sebagai set-off. Ini telah
dinyatakan didalam PAM Fasal (20) serta Fasal (19) dan(20) yang mana ianya
menyentuh tentang pembaharuan insurans yang mana kaedah set-off
digunakan. Walaupun demikian penolakan wang tahanan tidak boleh
melebihi nilai peratusan yang diperuntukan dalam kontrak utama. Kontraktor
utama juga berhak menolak sesuatu bayaran jika subkontraktor gagal
memenuhi obligasinya, samada dilakukan sendiri atau oleh kotraktor utama
atau pihak lain yangg diambil oleh kontraktor utama.

4. Mengambil subkontraktor lain

Hak mengambil subkontraktor lain untuk menyelesaikan kerja yang


tertanggung oleh sesuatu subkontraktor boleh digunakan oleh kontraktor
utama. Segala bayaran yang berkaitan boleh dipotong dari bayaran yang
sepatutnya dibayar kepada subkontraktor yang pertama. Walaupun demikian
ia perlulah menyatakan bahawa subkontraktor telah berlaku cuai sehingga
menjejaskan kepentingan kontraktor utama dari pandangan gunawan serta
pihak berkuasa yang lain.

Selain dari itu, pihak kontraktor tama juga boleh mengambil


subkontraktor lain jika subkontraktor yang ada tidak mempunyai kepakaran
didalam sesuatu projek yang terdapat pelbagi jenis elemen yang memerlukan
kepakaran yang khusus.

5. Menamatkan kontrak

Penamatan kontrak boleh dibuat oleh kontraktor utama jika kontraktor


gagal menjalankan obligasi yang sepatutnya. Penamatan ini tertakluk kepada
oblogasi yang besar mengikut syarat subkontrak sahaja tetapi tidak meliputi
yang kecil contohnya tidak mengikut arahan dari segi kualiti bahan dan
mengikut masa yang ditetapkan.

TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA

1. Menyelaras Subkontraktor

Kontraktor utama mempunyai tanggungjawab untuk menyelaras


semua subkontraktor dibawahnya. Langkah ini perlu dilakukan untuk
memastikan perjalanan kerja subkontrak memenuhi kehendak kontrak utama
dan subkontrak.

2. Menyediakan kelengkapan kerja

Kelengkapan kerja perlu disediakan oleh kontraktor utama kepada


subkontraktor terutamanya subkontraktor kerja. Kelengkapan yang
disediakan mestilah mencukupi dan sesuai dengan kerja dan produktif. Selain
dari itu kontraktor utama juga perlu menghubungkan subkontraktor
dibawahnya dengan pihak perunding. Hal ini perlu dilakukan untuk
memudahkan pemeriksaan dan pengiktirafan kerja subkontrak yang talah
dilaksanakan.

3. Menyelesaikan Masalah subkontraktor

Kontraktor utama perlu menyelesaikan sebarang kerimitan yang


timbul dikalangan subkontraktor. Kontraktor utama perlu menasihati dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi jika ianya berpunca daripada
tindakannya.ianya akan menjamin kelancaran kerja dan tingkat kualiti akhir.

4. Mengawasi Kerja subkontrak

Kontraktor utama juga perlu dari masa kesemasa mengawasi kerja


subkontrak yang dilaksanakan oleh subkontrak yang dilaksanakan oleh
subkontraktor. Sehubungan dengan itu kontraktor utama perlu menyediakan
wakil ditapak untuk memudahkan subkonraktor mendapatkan maklumat
yang sepatutnya.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR TERHADAP PIHAK LAIN

1. Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap pekerjanya.

Hak-hak kontraktor terhadap pekerjanya adalah kontraktor berhak


untuk mengambil pekerja yang komprehensif dan dapat melakukan kerja
dengan baik. Jika terdapat pekerja yang tidak memuaskan hati kontraktor
atau yang menimbulkan masalah maka kontraktor berhak untuk memecat
pekerja tersebut tetapi mengikut persetujuan pihak majikan terlebih dahilu.
Dalam PAM fasal (19) dan (20) telah dinyatakan mengenai peruntukan-
peruntukan mengenai perkara ini.

Kontraktor juga mesti bertanggungjawab sepenuhnya keatas


kebajikan pekerjanya yang mana kontraktor perlu menginsurankan
pekerjanya serta membayar caruman wang PERKESO. Selain dari itu
kontraktor juga perlu memastikan bahawa pekerja yang diambil bekerja
adalah dapat melaksanakan kerja dengan baik dan berkesan supaya kerja
yang dilaksanakan dapat memuaskan hati pihak majikan.

Hak-hak dan tanggungjawab ini amat penting kerana untuk


menjamin kedua-dua pihak dapat bekerjasama dan mendapat keuntungan
atau balasan masing-masing yang setimpal deangan apa yang diberikan.
Apabila kedua-dua pihak berpuas hati maka segala kerja dapat dilaksanakan
dengan sempurna.

2. Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap majikan

Dalam melaksanakan sesuatu kontrak hak dan tanggungjawab


pihak-pihak utama sering dipertikaikan dan masalah inilah yang seringkali
timbul. Walau bagiamanapun kedua-dua pihak yang telibat ini mempunyai
hak dan tanggungjawab yang sama rata. Dalam memperkatakan hak dan
tanggungjawab kontraktor dan majikan ini kedua-dua pihak mempunyai
peranan dan hak yang sama pentingnya.

Hak kontraktor ke atas majikan adalah mendapatkan bayaran atau


balasan daripada kerja majikan yang telah dilaksanakan. Selain dari itu
kontraktor juga berhak untuk mendapatkan insuran kontraktor boleh
mendapatkan insuran kerja dari pihak majikan sekiranya mengikut PAM Fasal
(20)(b)dan (c) yang mana memperuntukan bahawa kontraktor berhak
mendapatkan insuran kerja yang diperuntukan kepadanya sekiranya pihak
majikan menggunakan Fasal (20)(b) dan (c).

Tanggungjawab kontraktor terhadap majikan pula ialah


melaksanakan kerja yang diberikan dengan baik sehinga memuaskan hati
majikan Ini tertakluk kepada PAM Fasal (1)(i) dan (ii). Selain dari itu pihak
kontraktor juga perlu menginsurankan segala kerja majikan yang akan
dilaksanakan. Ini tertakluk kepada Fasal (20)(a) yang mana pihak majikan
tidak mengambil sebarang insuran kerja. Oleh sebab itu adalah menjadi
tanggungjawab kontraktor untuk mengambil insuran tersebut.

Selain dari itu pihak kontraktor juga mempunyai tanggungjawab dan


hak untuk menyiasat dan meneliti segala maklumat yang diberikan sebelum
memasuki tender yang ditawarkan oleh majikan. Ini adalah untuk tidak
menimbulkan segala masalah yang tidak dapat dielakkan keatas
tanggungjawab masing-masing setelah perlaksanaan pembinaan ini
dijalankan.

3. Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap kumpulan


perekabentuk.

Kumpulan perekabentuk adalah terdiri daripada Arkitek, Jurutera,


Juruukur Bahan dan beberapa ahli profesional yang lain. Mereka adalah pihak
yang bertanggungjawab yang mana menterjemahkan idea yang disampaikan
oleh pihak majikan atau gunawan kedalam bentuk lukisan kerja. Kemudian
melalui lukisan-lukisan ini maka kontraktor akan membina dan menyiapkan
kerja tersebut manjadi sebuah bangunan atau binaan lain. Pihak kumpulan
perekabentuk ini juga akan berurusan dengan kumpulan pereka bentuk
secara tidak angsun dan ini menyebabkan mereka juga tidak lepas daripada
hak dan tanggungjawab masing-masing.

Kontraktor mempunyai hak untuk mendapatkan lukisan-lukisan yang


jelas dan baik daripada pihak pereka bentuk ini. Selain dari itu pihak pereka
bentuk juga perlu memastikan lukisan kontrak adalah tidak bercanggah
dengan dokumen kontrak. Walaupun percanggahan antara dokumen kontrak
dengan lukisan ini ,jika berlaku tidak menyebabkan mana-mana pihak
dipersalahkan kecuali majikan tetapi menjadi tangunggjawab bersama untuk
memastikan agar ianya tidak berlaku.

Dalam PAM Fasal (1)(2) menyatakan dengan jelas bahawa


menjaditanggungjawab kontraktro untuk memberitahu jiak terjumpa, tetapi
bukan menjadi tanggungjawab kontraktor untuk menyemak kesilapan
tersebut. Masalah ini boleh dirujuk kepada kes London Borough of Merton V
Stanley Huge Leach Ltd (1985) 32 BLR 51.

Hak dan tanggungjawab ini amat penting supaya tiada kerumitan


yang akan berlaku dan wujudnya kerjasama antara kedua-dua pihak ini.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR TERHADAP INSTITUSI KEWANGAN

Hak kontraktor keatas institusi kewangan adalah sangat penting yang


mana ianya merupakan satu hak yang diperolehi oleh kontraktor tetapi
dibuat dalam konsep serah hak. Konsep serah hak adalah satu konsep
dimana hak pihak tertentu diserahkan kepada satu pihak lain untuk
menguruskannya. Jadi bagi pihak kontraktor hak atau balasan yang diperolehi
daripada majikan telah diserah hakkan kepada pihak institusi kewangan
berupa modal duluan untuk melaksanakan kerja majikan. Dalam PAM Fasal
(17)(1) dan (2) telah diperuntukan berkenaan sub sewa atau serah hak ini.

Setelah mendapat hak tersebut maka kontraktor perlu


bertanggungjawab untuk menjalankan kerja dengan baik dan memuaskan
hati pihak kontraktor. Kontraktor juga perlu berurusan dengan pihak institusi
kewangan secara baik dan perlu mendapatkan satu jaminan bank atau
insurans. Jika seseorang kontraktor tidak banyak menimbulkan masalah
dengan pihak bank maka ini akan menyenangkan lagi pihak bank dan juga
pihak kontraktor turutamanya untuk berurusan degannya seterusnya kerana
pihak institusi kewangan telah memberi kepercayaan kepada pihak
kontraktor.

• PEMBEKAL

Pembekal (supplier) merupakan salah satu pihak yang terpenting di dalam


industri binaan. Pembekal berperanan untuk membekalkan bahan-bahan
binaan dan juga peralatan untuk bagi pembinaan di tapak bina. Secara
amnya, pembekal boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

1. Pembekal (Domestic Supplier)

Pembekal jenis ini merupakan pembekal biasa yang membekalkan


bahan binaan ke tapak bina. Di peringkat ini, kontraktor utama bebas
memilih pembekal mereka bagi membekalkan bahan binaan seperti simen,
blok bata, kayu dan sebagainya. Ini bergantung kepada kelebihan-kelebihan
yang ada pada pembekal tersebut. Contohnya pembekal tersebut dapat
memberikan jumlah kredit yang besar kepada kontraktor utama ataupun
dapat menawarkan pilihan bahan binaan dan peralatan yang pelbagai untuk
kegunaan kontraktor utama.

2. Pembekal Dinamakan (Nominated Supplier)


Pembekal dinamakan ini merupakan pembekal yang telah dicalonkan
untuk dipilih oleh kontraktor utama. Pembekal dinamakan ialah individu atau
perniagaan perkongsian, firma atau syarikat yang tendernya hanyalah untuk
membekal dan menyerahhantar bahan-bahan atau peralatan yang telah
disetujuterima semasa berurusan dengan pihak kontraktor.

3. Pengilang

Pengilang merupakan pengeluar untuk sesuatu bahan binaan. Selalunya


bahan-bahan tersebut dikeluarkan atau dihasilkan dalam jumlah yang
banyak. Dalam sesetengah kes, ada pengilang yang memasarkan sendiri
hasil pengeluaran mereka tetapi ada juga yang terpaksa melalui pengedar.

4. Pengimport

Pengimport pula merupakan pengimport bahan-bahan binaan dan


peralatan dari luar negara yang tiada di dalam pasaran tempatan.

5. Pengedar

Pengedar pula merupakan orang atau pihak yang bertanggungjawab


untuk mengedar bahan-bahan dan peralatan binaan. Pengedar merupakan
orang tengah di antara pengilang atau pengimport dengan pembeli.

KEPENTINGAN HAK PEMBEKAL

Hak ini merupakan perkara yang seharusnya diperolehi oleh pihak


pembekal. Antara hak-hak serta kepentingan tersebut adalah seperti mana
berikut:

1. Mendapatkan Kontrak Membekal

Pembekal dinamakan berhak untuk mendapatkan kerja atau kontrak


membekal setelah pihak klien telah menamakan pembekal tersebut. Kerja
membekal ini adalah seperti mana yang telah diperuntukan dalam Wang Kos
Prima atau Wang Peruntukan Sementara. Dengan kata lain kontraktor utama
terpaksa membuat subkontrak dengan pembekal dinamakan yang telah
dipilih oleh pihak klien.

Walau bagaimanapun ini terpulang sekiranya kontraktor utama ada


bantahan terhadap pemilihan pembekal yang telah dibuat oleh pihak klien
atau pihak pembekal sendiri enggan mengikat kontrak dengan kontraktor
utama tersebut atas sebab-sebab tertentu.

2. Membuat Bantahan Terhadap Penamaan


Pembekal berhak untuk membuat sebarang bantahan terhadap pihak
klien semasa penamaan atau pemilihannya bagi kontrak membekal bahan-
bahan binaan. Pembekal boleh menolak kontrak tersebut sekiranya pihak
beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara seperti yang telah
disenaraikan dalam borang kontrak setara PAM/ ISM dibawah fasal 28 (b).

3. Mendapatkan Bayaran

Hak Pembekal yang seterusnya adalah berhak mendapat bayaran


daripada kontraktor utama ke atas barangan yang telah diserah hantar ke
tapak bina. Kontraktor perlu membayar kepada pembekal dalam tempoh
masa 30 hari setelah barang-barang dihantar ke tapak bina seperti yang
dijelaskan di bawah fasal 28 (c) borang kontrak setara PAM/ ISM.

4. Pertikaian Bayaran

Pembekal mempunyai hak untuk mempertikaikan sebarang keputusan


sekiranya tidak berpuas hati dengan bayaran yang telah diperakui oleh pihak
Arkitek. Contohnya pertikaian boleh dibuat oleh pembekal seandainya pihak
kontraktor tidak menjelaskan bayaran kepadanya dalam masa yang telah
ditetapkan.

5. Bon Perlaksanaan

Pembekal berhak untuk mendapatkan kembali baki bon perlaksanaan


iaitu setelah ditolak dengan semua potongan. Ini adalah kerana kontraktor
tidak berhak ke atas bon tersebut dan seharusnya diserahkan kepada pihak
pembekal.

TANGGUNGJAWAB PEMBEKAL

Tanggungjawab pembekal sama ada kepada pihak klien atau atau pihak
kontraktor adalah amat penting. Ini adalah untuk memastikan supaya semua
kerja yang dirancang berjalan dengan lancar dan tidak terganggu oleh
sebarang kegagalan. Antara lain tanggungjawab pembekal adalah:

1. Pelaksanaan Subkontrak

Pembekal hendaklah melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja


pembekalan dan serah hantar bahan atau peralatan kepada pihak kontraktor.
Ini bagi membolehkan pihak kontraktor melaksanakan obligasi-obligasinya di
bawah kontrak utama. Sebarang kegagalan pihak pembekal untuk
menjalankan tugasnya boleh menyebabkan pihak Arkitek melantik pembekal
lain bagi meneruskan kerja-kerja subkontrak tersebut. Kes rujukan adalah:

TA Bickerton & Son Ltd v North-West Metropolitan Regional Hospital


Board
Dalam kes ini, TA Birckerton merupakan pembekal (pertama) untuk
subkontrak membekal bahan-bahan binaan. Tetapi plantif telah gagal untuk
melaksanakan tugasnya dalam pembekalan tersebut sebelum kerja
pembekalan tersebut siap. Oleh sebab itu, pihak Akitek telah melantik
Pembekal yang baru untuk kerja pembekalan tersebut.

2. Pastikan Keselamatan Barang

Menjadi tanggungjawab pembekal untuk memastikan barang-barang


dan bahan yang diserah hantar ke tapak bina berada dalam keadaan selamat
dan tidak rosak. Sebarang kerosakan yang berlaku dalam proses
penghantaran bahan-bahan tersebut ke tapak bina adalah di bawah
tanggungan pihak pembekal.

3. Bon Perlaksanaan

Sebelum memulakan kerja-kerja membekal, Pembekal hendaklah


memberi deposit kepada pihak kontraktor berbentuk bon perlaksanaan. Ini
adalah sebagai jaminan dari pihak pembekal untuk melaksanakan kontraknya
dan jika berlaku sebarang kemungkiran, pihak kontraktor boleh mencairkan
bon tersebut.

4. Penggantian atau Pembaikan

Menjadi tanggungjawab Pembekal untuk mengganti dan membaiki apa-


apa bahan dan peralatan yang telah dibekalkannya setelah diberitahu secara
bertulis oleh pihak kontraktor. Kerosakan tersebut termasuklah samada rosak,
cacat atau rendah mutunya. Semua perbelanjaan untuk menggantikan
barang-barang tersebut hendaklah ditanggung keseluruhannya oleh pihak
pembekal. Perkara ini boleh dirujuk di bawah fasal 28 (b)(ii) PAM/ ISM.

5. Serahhak

Pembekal tidak boleh menyerahhak dan memindah milik subkontrak ini


atau kepentingannya kepada orang lain melainkan sudah mendapat
persetujuan bertulis dari pihak kontraktor dan Arkitek.

PEMBEKAL BAHAN-BAHAN BINAAN DAN LOJI.

(Materials and equipment supplier.)

Pembekal bahan-bahan binaan dan/atau loji adalah pihak yang


membekalkan bahan-bahan binaan dan/atau loji kepada pihak kontraktor
bagi membolehkan kontraktor menjalankan Kerja dan seterusnya
menyiapkan Kerja.

Terdapat beberapa bahagian pembekal bahan-bahan binaan dan/atau loji:


Pembekal dinamakan (Nominated suppliers)
Pengilang bahan-bahan binaan (Manufacturers of construction
materials)
Pengilang loji (Manufacturers of construction equipment)
Pengimport bahan-bahan binaan (Importers of construction materials)
Pengimport loji (Importers of construction equipment)
Pengedar bahan-bahan binaan (Distributors of construction materials)
Pengedar loji (Distributors of construction equipment)

1. Pembekal dinamakan (Nominated suppliers).

Pembekal dinamakan adalah pembekal bahan-bahan binaan dan/atau


loji bagi sesuatu projek yang dicadangkan atau dinamakan oleh majikan atau
akitek (menurut Borang Kontrak Setara PAM/ISM 69), tetapi hubungan
kontrak adalah diantara kontraktor dan pembekal dinamakan sahaja dan
tidak secara langsung dengan majikan.

Pembayaran pembekal dinamakan diperuntukkan didalam Wang Kos


Prima (Prime Cost Sum) atau wang diperuntukkan melalui Wang Peruntukan
Sementara (Provisional Sum)

2. Pengilang bahan-bahan binaan (Manufacturers of construction materials)

Pengilang bahan-bahan binaan adalah pihak yang membuat bahan-


bahan binaan dan mempunyai kilang untuk membuat bahan-bahan binaan.
Ada pengilang yang memasarkan bahan-bahan binaan keluarannya sendiri
dan ada yang memasarkannya melalui pengedar bahan-bahan binaan.

3. Pengilang loji (Manufacturers of construction equipment).

Pengilang loji adalah pihak yang membuat loji-loji untuk kegunaan


industri pembinaan. Walau bagaimanapun, banyak loji-loji yang digunakan
untuk pembinaan di negara kita diimport daripada negara luar seperti Jepun,
Taiwan dan negara Barat seperti Jerman dan Amerika.

4. Pengimpot bahan-bahan binaan (Importers of construction materials).

Pengimpot bahan-bahan binaan adalah pihak yang mengimport bahan-


bahan binaan dari luar negara, samada bahan-bahan binaan itu ada
dipasaran tempatan ataupun tidak. Kadangkala, ada majikan yang mahu
menggunakan bahan-bahan binaan daripada luar negara walaupun ada
bahan-bahan binaan penggantu buatan tempatan. Ada juga majikan yang
menggunakan bahan-bahan binaan luar yang diimport kerana memang
bahan-bahan binaan itu tiada dipasaran tempatan atau tidak dibuat didalam
negara.

5. Pengimpot loji (Importers of construction equipment).

Pengimpot loji adalah pihak yang mengimport loji untuk kegunaan


pembinaan daripada luar nagara. Kebanyakan loji-loji yang diimport tiada
dipasaran tempatan manakala loji-loji yang diimport biasanya adalah model
tterkini sertacanggih yang hanya didapati dari pasaran luar.

6. Pengedar bahan-bahan binaan (Distributors of construction materials)

Pengedar bahan-bahan binaan adalah pihak yang mengedarkan bahan-


bahan binaan. Biasanya, pengedar akan membekalkan, samada bahan-bahan
binaan tempatan ataupun dari luar negara, dan mengedarkannya kepada
kontraktor. Kontraktor mempunyai pilihan yang luas jika berurusan dengan
pengedar tetapi harga bahan-bahan binaan yang ditawarkan adalah lebih
tinggi sedikit kerana pengedar mengambil keuntungan daripada harga asal
yang ditawarkan oleh pengilang bahan-bahan binaan.

7. Pengedar loji (Distributors of construction equipment)

Pengedar loji adalah sama dengan pengedar bahan-bahan binaan cuma


pengedar loji mengedarkan loji-loji kepada kontraktor disamping menawarkan
pilihan yang perbagai kepada kontraktor.

8. Tanggungjawab Pembekal Dan Peranannya

Adalah menjadi tanggungjawab yang besar bagi pembekal untuk


menghantar bahan-bahan binaan dan/atau loji ke tapak bina pada masa yang
telah dipersetujui antara pihak pembekal dan kontraktor. Kelewatan
menghantar bahan-bahan binaan dan/atau loji akan menjejaskan kelancaran
Kerja secara langsung.

Pembekal juga mestilah jujur dalam menjalankan tugasnya dan


penipuan tidak sepatutnya berlaku, seperti bahan-bahan yang tidak elok dari
segi mutu dan piawaiannya.

Pembekal mestilah menuntukkan pengesahan-pengesahan yang perlu


bagi bahan-bahan binaan yang tertentu, seperti pengesahan SIRIM bagi pintu
rintangan api, sampel-sampel yang telah disahkan dan diuji seperti ujian kiub
yang disahkan oleh jurutera yang bertauliah bagi penghantaran simen siap
bancuh ke tapak.

Pembekal mestilah bertanggungjawab keatas kerosakan bahan-bahan


binaan dan/atau loji yang dibekalkan kepada kontraktor jika kerosakan yang
berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian yang dilakukan oleh pembekal
sendiri atau wakil-wakil pembekal.

KEPENTINGAN PEMBEKAL

Pembekal mempunyai peranan yang penting didalam industri binaan.


Adalah penting bagi pihak pembekal untuk menghantar semua bahan-bahan
binaan dan/atau loji ke tapak bina mengikut masa yang ditetapkan.
Kelewatan pembekal berbuat demikian akan menyebabkan kerja tergendala
secara langsung.

Pembekal juga biasanya menyediakan kemudahan


pengangkutan/penghantaran bahan-bahan binaan dan/atau loji ke tapak bina.
Adalah sangat penting bagi kontraktor untuk membuat penyusunan tapak
dengan cara yang paling efisyen dan teratur bagi mengelakkan kesulitan
yang bakal timbul, hasil daripada kaedah penyusunan tapak yang lemah,
iaitu menyukarkan pembekal untuk membawa masuk bahan-bahan binaan
dan logi yang kadangkala mempunyai saiz yang sangat besar.

'Retention Of Title Clause', Satu Tinjauan.

Didalam Borang Kontrak Setara PAM/ISM 69 fasal 14 menyatakan


bahawa apabila bahan-bahan dan barang tak pasang (bahan-bahan binaan)
telah dibayar didalam 'Interim Certificate', bahan dan barang tak pasang itu
akan menjadi milik majikan.

Fasal diatas bertentangan dengan fasal-fasal didalam Sales of Goods


Act, Malay States Ordinance

Fasal 25 (1) Sales of Goods Act, Malay States Ordinance menyatakan


mengenai 'Preservation of Right' yang bererti milikan barangan yang dihantar
kepada pembeli (dalam konteks pembinaan kontraktor) oleh pembekal tidak
berpindah milik sehinggalah segala syarat-syarat yang dipersetujui didalam
kontrak antara pembeli (kontraktor) dan pembekal dipenuhi.

Apabila kontraktor membeli bahan-bahan binaan daripada pembekal,


pembekal biasanya meletakkan 'Retention Of Title Clause'.untuk melindungi
haknya. Fasal 19 (1) Sales of Goods Act, Malay States Ordinance pula
menyatakan bahawa milikan barangan berpindah pada masa/ketika pihak
yang berkontrak mahu ia berpindah. Contoh 'Retention Of Title Clause' ialah
'milikan barang yang dihantar tidak berpindah kepada pembeli sehinggalah
pembeli menjelaskan semua bayaran.

Kes yang berkenaan adalah kes Dawber Williamson Roofing Ltd. V


Humberside Country Council (1979) 14 BLR 70. Dawber Williamson Roofing
Ltd.membekalkan 'roofing slates' kepada kontraktor utama yang
kemudiannya menjadi muflis. Majikan menyatakan bahawa 'roofing slates' itu
adalah miliknya kerana sudah menjelaskan pembayarannya didalam bayaran
'Interim Certificate' kepada kontraktor, tetapi kontraktor tidak membayar
kepada pembekal, iaitu Dawber Williamson Roofing Ltd.

Mahkamah menyatakan bahawa 'roofing slates' itu adalah milik Dawber


Williamson Roofing Ltd kerana 'Retention Of Title Clause' yang dinyatakan
didalam kontrak antara kontraktor dan Dawber Williamson Roofing Ltd dan
milikan barangan berpindah hanya jika kontraktor mempunyai milikan yang
penuh diatas barangan tersebut.
Langkah keselamatan yang perlu diambil ialah dengan memastikan
segala syarat-syarat kontrak antara pembekal dan kontraktor dipenuhi jika
kontrak antara pembekal dan kontraktor mempunyai 'Retention Of Title
Clause' dan kontraktor membeli bahan-bahan itu secara kredit.

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Bagi sesebuah projek yang hendak dilaksanakan, adalah perlu untuk


melibatkan pihak-pihak tertentu di dalam menjayakannya. Pihak-pihak
tersebut seharusnya berganding nahu untuk memastikan bahawa projek
tersebut berjalan mengikut apa yang telah dirancangkan sejak pelan kasar
dahulu.

Di dalam konteks peranan pihak berkuasa untuk sesebuah projek, ia


terbahagi kepada beberapa sektor atau jabatan di mana kebiasaannya pihak
berkuasa tempatan akan memegang dan memainkan peranan yang
terpenting di dalam memastikan piawaian projek mengikut apa yang
sepatutnya.

Tujuan sebenarnya adalah untuk memastikan bahawa projek adalah


mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan selamat sama ada semasa
projek berjalan serta untuk didiami. Secara kasarnya, tugas pihak-pihak
berkuasa adalah lebih kepada;

a ) meluluskan permohonan untuk mendirikan bangunan

b ) meluluskan pelan bangunan terbabit

c ) mengeluarkan Perakuan Kelayakan Menduduki ( CFO )

Kebiasaannya, pihak-pihak yang terlibat (selain pihak berkuasa


tempatan) untuk meluluskan dan menyokong perakuan berkenaan adalah
sepertimana berikut;

1. Jabatan Bomba

· memastikan adanya perkakas yang perlu ada seperti pili bomba, sistem
semburan automatik dan laluan kecemasan.

2. Jabatan Bekalan Air

· memastikan sistem bekalan air, tangki air dan rezab laluan paip air
adalah mengikut piawaian.

3. Jabatan Kerja Raya

· binaan struktur hendaklah mengikut syarat kelulusan.


· pelan susunatur projek adalah bersesuaian

· memastikan rezab tangki air, penyediaan parit yang cukup besar


berfungsi dengan baik.

4. Jabatan Parit dan Saliran

· memastikan sistem paip dan saliran adalah mengikut pelan yang telah
diluluskan.

5. Tenaga Nasional Berhad

· memeriksa kesempurnaan sistem bekalan tenaga ke bangunan.

6. Jabatan Kesihatan

· sistem kawalan kesihatan memenuhi keperluan Jabatan Kesihatan


sebelum perakuan yang berkenaan dikeluarkan.

Mengikut apa yang acapkali dipraktikkan di dalam industri binaan,


peranan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Bomba adalah amat
diberatkan walau pun jabatan-jabatan yang lain juga mempunyai agendanya
yang tersendiri bagi memastikan keperluan projek adalah mengikut piawaian.
Oleh yang demikian, untuk bahagian peranan pihak-pihak berkuasa, peranan
pihak berkuasa tempatan dan pihak bomba akan ditikberatkan dan diberikan
penumpuan.

PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Di dalam konteks ini, kebiasaannya pihak yang berkaitan adalah


merupakan salah satu nadi kerajaan di dalam melancarkan urusan tidak kira
samada ia melibatkan hal-hal hartanah, pembinaan dan sebagainya. Walau
bagaimana pun, untuk kesesuaian topik perbincangan, perbincangan
mengenai peranan di dalam konteks pembinaan akan dibincangkan dengan
lebih mendalam.

Terdapat pelbagai bidang tugas yang menjadi tanggungjawab pihak


berkuasa tempatan di dalam memastikan prosedur kontrak adalah mengikut
piawaian yang telah ditetapkan. Di antara bidang tugas tersebut adalah :

1. Meluluskan pelan

· pelan-pelan yang sudah disiapkan oleh pihak arkitek hendaklah


didepositkan di pejabat pihak berkuasa dengan yuran tertentu.

· tujuan bangunan itu didirikan hendaklah dinyatakan sekali.


· pelan-pelan tersebut hendaklah mengandungi ;

a ) pelan tapak ( tapak lot, jalan masuk ke tapak, skel, aras tanah dsbg.
)

b ) pelan lantai ( dimensi berangka, garisan saliran )

c ) muka keratan ( aras tanah, aras jalan, tinggi tingkat, saiz )

d ) tampak hadapan, belakang dan sisi

2. Kuasa Untuk Menolak Pelan Struktur

· pihak berkuasa tempatan boleh memeriksa mana-mana pelan struktur


dan boleh menolak mana-mana pelan yang tidak mengikut piawaian yang
tercatat di dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam.

· pihak berkuasa tempatan juga boleh mengarahkan pihak yang


berkenaan untuk mengemukakan pelan yang baru berkenaan dengan
bahagian yang ditolak tadi.

3. Mengeluarkan permit sementara

· tempoh yang terhad diberikan oleh pihak berkuasa tempatan untuk


mendirikan bangunan sementara seperti;

a ) bangsal pertunjukan

b ) tempat sembahyang

c ) mendirikan peranca, pelantar kerja

d ) mendirikan papan dinding

· pihak yang hendak melaksanakan projek perlu mengemukakan pelan-pelan


untuk mendapatkan permit sementara ini.

4. Perakuan Kelayakan Menduduki (CF)

· kontraktor akan mengawasi proses pembinaan dan perlu memastikan


bahawa projek tersebut adalah mengikut syarat-syarat dan spesifikasi yang
telah ditetapkan.

· semua perkhidmatan yang perlu hendaklah disiapkan terlebih dahulu


seperti;

a ) jalan masuk

b ) tempat letak kereta


c ) parit dan saliran

d ) air dan elektrik

e ) lif bomba

f ) pili bomba

g ) sistem pembentungan

h ) pembuangan sampah

· pihak berkuasa tempatan boleh memeriksa kerja-kerja bangunan pada


mana-mana peringkat dan boleh mengarahkan kontraktor untuk
membetulkan mana-mana bahagian kerja yang tidak mengikut syarat-syarat
yang ditetapkan.

5. Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara (CF)

· perakuan ini diberikan dengan syarat bahawa;

a ) semua perkhidmatan yang perlu telah disediakan atau disiapkan

b ) bangunan tersebut tidak akan mendatangkan kemudaratan dari


segi kesihatan dan keselamatan.

6. Kuasa Melanjutkan Tempoh

· apabila pihak berkuasa tempatan mendapati bahawa adalah wajar untuknya


melanjutkan tempoh apabila mendapati bangunan dikelaskan sebagai
berbahaya serta mempunyai risiko khas.

· pihak kontraktor boleh merayu secara bertulis kepada Menteri atau pihak
berkuasa negeri di dalam tempoh 30 hari.

JABATAN BOMBA

Jabatan Bomba adalah merupakan salah satu dari pihak-pihak berkuasa


yang mempunyai kuasa di dalam menentukan bahagian atau kerja-kerja
bangunan adalah mengikut piawaian. Di antara bidang tugas Jabatan Bomba
adalah sepertimana berikut ;

1. Memberikan Kelulusan

· pemasangan dan perkakas tentang kebakaran hendaklah terlebih


dahulu diuji dan kemudiannya diluluskan jika menepati syarat yang
ditetapkan.
· pelan lukisan dan kiraan bagi pemasangan tetap hendaklah
dikemukakan kepada pihak Jabatan Bomba sebelum kontraktor memulakan
kerja.

· tiap-tiap pelan bagi pemasangan semburan automatik hendaklah


dikemukakan sebagaimana Jadual Kesepuluh mengenai kehendak-kehendak
sistem pemadaman api, penggera kebakaran dan pencahayaan kecemasan.

2. Perakuan Apabila Siap

· perakuan ini akan diberikan apabila pemasangan tetap telah disiapkan dan
ujian terakhir telah dilakukan merujuk kepada Borang B.

3. Sistem Kuasa kecemasan

· kontraktor hendaklah menyediakan sistem berkenaan untuk pembekalan


cahaya dan kuasa secara automatik apabila keroasakan atau kecelakaan
kepada sistem berlaku.

· sistem ini hendaklah merangkumi ;

a ) sistem kawalan asap

b ) pencahayaan

c ) sistem penggera kebakaran

d ) pam bomba

e ) sistem siaraya

f ) lif bomba

• BURUH

PENGENALAN

Buruh juga merupakan salah satu sumber terpenting yang terlibat


dalam sesuatu proses pembinaan. Ini kerana tenaga buruh diperlukan untuk
menjalankan kerja-kerja di tapak bina seperti yang diarahkan oleh pihak
kontraktor berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui.

Kontraktor bertanggungjawab penuh ke atas semua buruh yang di ambil


bekerja di bawahnya. Perkara pertama yang perlu dipatuhinya sebelum
memulakan kerja-kerja di tapak bina adalah mendaftarkan pengambilan
pekerja termasuklah butir-butir mengenai buruh-buruh dibawah
tanggungannya kepada Jabatan Buruh Negeri.
Selain itu juga, kontraktor bertanggungjawab memastikan buruh-buruh
upahannya supaya mematuhi semua syarat-syarat atau undang-undang yang
telah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam Ordinan Kerja 1955, Akta
Kerja (Sekatan) 1968, Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951, Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 dan sebagainya yang bersangkutan
dengannya. Sebarang keingkaran akan menyebabkan pekerja tersebut boleh
di buang kerja. Pegawai penguasa atau pihak arkitek adalah berhak dan
mempunyai kuasa untuk mengarahkan pihak kontraktor agar memecat
mana-mana pekerja yang diambil oleh pihak kontraktor atas alasan yang
munasabah.

Pekerja-pekerja atau buruh di bawah kontraktor adalah berhak diberi


cuti mengikut hari-hari yang telah ditetapkan, contohnya hari rehat
mingguan, hari cuti am dan sebagainya. Buruh-buruh tersebut juga berhak
untuk tidak bekerja pada waktu malam iaitu di antara pukul enam petang
sehingga pukul enam pagi esoknya kecuali mendapat arahan daripada pihak
yang berkuasa untuk mengeluarkan arahan tersebut. Selain itu, ia berhak
menerima bayaran pada masa-masa tertentu dari pihak kontraktor
berdasarkan kepada kerja-kerja yang telah dilaksanakannya.

Terdapat banyak peruntukan yang berkaitan di dalam Borang Kontrak


Setara PAM/ ISM yang membicarakan tentang kepentingan hak dan
tanggungjawab pekerja atau buruh yang diambil bekerja olek pihak
kontraktor. Walaubagaimana pun, ia tidaklah menerangkannya secara
terperinci, cuma melalui hak dan tanggungjawab kontraktor yang mengambil
pekerja atau buruh tersebut.

Secara amnya, buruh boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama


iaitu:

1. buruh mahir
2. buruh separa mahir
3. buruh tidak mahir

1. Buruh mahir

Merupakan buruh yang mempunyai kemahiran dan kepakaran tertentu


dalam sesuatu kerja, contohnya kerja kayu, kerja besi, kerja konkrit dan
sebagainya. Selalunya, upah yang diterima adalah lebih mahal berbanding
dengan upah yang diterima oleh buruh-buruh yang lain.

2. Buruh separa mahir

Adalah buruh yang juga mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam


sesuatu kerja tertentu, tetapi kepakarannya tidak melebihi atau tidak dapat
menandingi kepakaran yang dimiliki oleh buruh mahir. Dengan kata lain,
kedudukan buruh separa mahir terletak di antara buruh mahir dan buruh
tidak mahir.

3. Buruh Tidak Mahir.


Peringkat kemahiran atau kepakaran terendah berbanding dengan
buruh-buruh di peringkat lain. Selalunya, buruh di peringkat ini adalah dari
kalangan mereka yang baru mula bekerja dan yang masih kurang
pengalaman bekerja di tapak bina. Kerja-kerja yang biasa dilakukan adalah
yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, contohnya kerja mengikat
bata, kerja-kerja penggalian dan sebagainya. Upah yang diterima juga adalah
lebih murah berbanding dengan buruh-buruh di peringkat lain.

Sebagai buruh yang diambil bekerja oleh pihak kontraktor untuk


menjalankan kerja-kerja binaan di tapak bina, mereka mempunyai
kepentingan hak tertentu dan tanggungjawab tersendiri yang patut mereka
tunaikan.

KEPENTINGAN HAK BURUH

1. Mendapatkan Kerja Daripada Kontraktor.

Pekerja atau buruh yang berkelayakan berhak mendapat kerja daripada


kontraktor berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak
kontraktor.

2. Di daftarkan ke Jabatan Buruh.

Buruh-buruh yang telah di ambil bekerja oleh pihak kontraktor


hendaklah di daftarkan terlebih dahulu oleh pihak kontraktor sebelum
memulakan sebarang kerja di tapak bina.

3. Dibuat Caruman Daripada Potongan Gaji.

Setiap pekerja atau buruh warganegara Malaysia yang di ambil bekerja


secara tetap layak dibuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja oleh
pihak kontraktor. Setiap kali pembayaran dibuat kepada pihak buruh,
sejumlah wang akan dipotong berdasarkan peratus yang telah ditetapkan
daripada jumlah gaji keseluruhan buruh tersebut.

4. Mendapat Bayaran Upah.

Berdasarkan progres kerja yang telah dijalankan oleh buruh-buruh di


tapak bina, mereka berhak mendapat bayaran upah daripada pihak
kontraktor berdasarkan kerja-kerja yang telah dilakukan di tapak bina.
Selalunya, pihak kontraktor akan membuat bayaran kepada buruh-buruh
upahannya sebulan sekali selepas pihak klien membuat bayaran interim
kepada pihak kontraktor.

5. Mendapat Cuti Kerja.


Pekerja-pekerja atau buruh di bawah kontraktor adalah berhak diberi
cuti mengikut hari-hari yang telah ditetapkan, contohnya hari rehat
mingguan, hari cuti am dan sebagainya. Buruh-buruh tersebut juga berhak
untuk tidak bekerja pada waktu malam iaitu di antara pukul enam petang
sehingga pukul enam pagi esoknya kecuali mendapat arahan daripada pihak
yang berkuasa dalam mengeluarkan arahan tersebut.

6. Mendapat Pampasan.

Sekiranya berlaku kematian atau sebarang kecelakaan ke atas diri buruh


tersebut dalam masa beliau sedang bekerja di tapak bina, beliau atau ahli
keluarganya berhak mendapat pampasan daripada pihak Skim Keselamatan
Sosial (PERKESO).

TANGGUNGJAWAB BURUH

1. Mematuhi Arahan Kontraktor.

Buruh-buruh yang telah berjaya diambil bekerja hendaklah mematuhi segala


arahan-arahan yang diberikan oleh pihak kontraktor. Sekiranya mereka
engkar atau tidak patuh kepada arahan tersebut, boleh menyebabkan
mereka kehilangan kerja di tapak bina tersebut.

2. Mematuhi Undang-Undang Dan Syarat.

Selain itu, buruh-buruh tersebut bertanggungjawab untuk mematuhi semua


syarat-syarat atau undang-undang yang telah ditetapkan seperti yang
terdapat di dalam Ordinan Kerja 1955, Akta Kerja (Sekatan) 1968, Ordinan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951, Akta Perhubungan Perusahaan 1967
dan sebagainya yang bersangkutan dengannya

3. Menyiapkan Kerja.

Buruh-buruh tersebut juga bertanggungjawab untuk menyiapkan apa-apa


kerja sekalipun yang telah diarahkan oleh pihak kontraktor untuk
disiapkannya, selagi kontraknya dengan pihak kontraktor masih ada.

4. Menjaga Keselamatan Diri.

Dalam masa menjalankan kerja-kerja ditapak bina, pekerja atau buruh


hendaklah memastikan bahawa keselamatan diri diutamakan. Ini
memandangkan keadaan ditapak bina yang agak merbahaya dan ada
sesetengah kerja-kerja yang dilakukan oleh buruh mempunyai risiko yang
tinggi.

• TIMBANGTARA
Sekiranya berlaku sebarang pertikaian antara dua pihak iaitu pihak
kontraktor dan pihak Arkitek yang mewakili klien, perkara tersebut haruslah
di rujuk kepada pihak ketiga, iaitu timbangtara. Timbangtara merupakan satu
pihak yang dilantik oleh badan khas dalam industri binaan bagi
menyelesaikan sebarang masalah yang timbul akibat daripada
pertelingkahan atau perselisihan daripada pihak kontraktor dan Arkitek.

Timbangtara membuat keputusan berdasarkan kepada fakta-fakta kes


tersebut dan keadaan semasa. Semua keputusan yang dibuat oleh
timbangtara adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Ini kerana
untuk menjadi seorang timbangtara, seseorang itu perlu mengambil ujian
khas bagi melayakkannya dilantik sebagai seorang timbangtara. Timbangtara
adalah lebih arif dalam selok-belok industri binaan berbanding dengan hakim-
hakim biasa yang mengendalikan kes-kes di mahkamah. Selalunya, sesi
perbicaraan dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh pihak-pihak
yang terlibat sahaja. Keadaan ini akan lebih memberikan keselesaan kepada
pihak-pihak terbabit kerana bebas daripada gangguan pihak-pihak luar.

Sekiranya kedua-dua pihak yang bertelingkah telah melantik


timbangtara bagi pihak masing-masing, maka akan wujud wasit iaitu orang
yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan di antara dua orang
timbangtara tersebut.

Seorang timbangtara mempunyai kepentingan hak dan tanggungjawab


yang tersendiri dalam menjalankan tugasnya. Di antara kepentingan hak dan
tanggungjawab yang harus dipatuhinya adalah seperti berikut:

KEPENTINGAN HAK

1. Mengetahui Masalah Dengan Terperinci

Setiap timbangtara yang dilantik adalah bertujuan untuk mengeluarkan


atau membuat sesuatu keputusan bagi satu-satu pertelingkahan yang
berlaku. Untuk membuat sesuatu keputusan, timbangtara perlulah meneliti
terlebih dahulu fakta kes berkenaan dengan terperinci. Ini adalah bagi
mengelakkan keputusan yang dibuat oleh timbangtara bukan hanya dibuat
secara sesuka hati atau sambil lewa sahaja. Oleh itu kedua-dua pihak harus
memberikan keterangan yang benar dan tepat sehingga menyebabkan
pertelingkahan tersebut berlaku bagi memudahkan timbangtara membuat
keputusan. Timbangtara juga berhak untuk mengkaji dan menyemak mana-
mana perakuan, pendapat, keputusan, permintaan atau notis yang berkaitan.
Kes rujukan bagi penyataan ini adalah Northen Regional Heath Authority v
Derek Crouch Construction Ltd. (1986) 26 BLR 1 dan Central Provident Fund
Board v Ho Bock Kee (1981) 17 BLR 21.

2. Membuat Keputusan Yang Adil


Setelah meneliti fakta kes dan mengambil kira keadaan-keadaan
tertentu, timbangtara tersebut berhak untuk memutuskan apa-apa keputusan
sekalipun yang dianggap baginya patut atau adil bagi menyelesaikan
pertelingkahan atau perselisihan tersebut. Keputusan yang dibuat adalah
bergantung kepada budibicara timbangtara tersebut tanpa dipengaruhi oleh
mana-mana pihak.

3. Mendapatkan Bayaran (Award)

Sebagai balasan di atas segala khidmat yang diberikan oleh timbangtara


kepada pihak-pihak yang bertelingkah, beliau berhak mendapat bayaran atau
award yang setimpal di atas perkidmatan yang telah beliau berikan.

4. Menetapkan Harga

Timbangtara mempunyai hak untuk menetapkan harga yang dikenakan


kepada pihak yang melantiknya bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Selalunya caj yang dikenakan mengambil kira faktor masa, tenaga dan kos
yang telah dihabiskan dalam masa membuat perbicaraan terhadap kes
tersebut. Sebarang jumlah harga yang telah ditetapkan oleh timbangtara
adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

TANGGUNGJAWAB TIMBANGTARA

1. Berlaku Adil

Sebelum membuat sebarang keputusan bagi menyelesaikan sesuatu


masalah, timbangtara perlulah mengkaji dan menyemak segala perkara yang
berkaitan agar mendapat gambaran sebenar perkara yang berlaku sehingga
membawa kepada pertelingkahan atau perselisihan. Ini penting bagi
membantu timbangtara membuat keputusan dengan adil dan saksama.

2. Membuat Keputusan

Timbangtara adalah bertanggungjawab untuk membuat atau


mengeluarkan sebarang keputusan berdasarkan pengalaman atau mengikut
budibicaranya bagi menyelesaikan sesuatu kes yang membawa kepada
pertelingkahan atau perselisihan di antara dua pihak iaitu pihak kontraktor
dan Arkitek. Disebabkan timbangtara mempunyai kuasa untuk menetapkan
atau membuat sebarang keputusan, maka pihak-pihak yang bertelingkah
tersebut perlulah akur dan patuh di atas segala keputusan muktamad yang
dibuat dan dikeluarkan oleh timbangtara.

You might also like