You are on page 1of 3

CIRI-CIRI BATANG CUISENAIRE Batang Cuisenaire terdiri daripada 10 jenis batang segiempat tepat yang berbeza mengikut panjang

dan warnanya. Barang bekas yang akan digunakan adalah kardus bekas. Kardus ini akan digunakan untuk membuat batang Cuisenaire. Batang Cuisenaire terdiri daripada 10 jenis warna yang berbeza iaitu putih, merah, hijau muda, ungu, kuning, hijau tua, hitam, coklat, biru dan akhirnya oren seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1 : 10 jenis warna batang Cuisenaire Batang yang paling pendek ialah batang yang berwarna putih iaitu panjangnya 1 sentimeter(cm) manakala batang yang paling panjang ialah batang yang berwarna oren iaitu panjangnya 10 sentimeter. Apabila batang-batang tersebut disusun mengikut panjangnya ia akan membentuk seperti staircase seperti dalam Rajah 2.

Rajah 2 : Saiz dan susunan batang Cuisenaire Setiap batang mempunyai saiz yang berbeza dengan hanya 1 sentimeter mengikut urutan warna. Ukuran bagi setiap batang Cuisenaire adalah seperti berikut : Ukuran1x1x1 cm : putih Ukuran 1x1x2 cm : merah Ukuran 1x1x3 cm : hijau muda Ukuran 1x1x4 cm : ungu Ukuran 1x1x5 cm : kuning Ukuran 1x1x6 cm : hijau tua Ukuran 1x1x7cm : hitam Ukuran 1x1x8 cm : coklat Ukuran 1x1x9 cm : biru Ukuran 1x1x10 cm : orange

Satu set mengandungi 74 batang dan setiap warna diagihkan mengikut bilangan seperti berikut : Oren/Orange = 4 batang Biru/Blue = 4 batang Coklat/Brown = 4 batang

Hitam/Black = 4 batang Hijau tua/Dark green = 4 batang Kuning/Yellow = 4 batang Ungu/Purple = 6 batang Hijau muda/Light green = 10 batang Merah/Red = 12 batang Putih/White = 22 batang

You might also like