You are on page 1of 33

BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

1.1 Pengenalan Perniagaan


a) Definisi Perniagaan
b) Objektif Perniagaan

1.2 Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak Berkepentingan


a) Memenuhi Keperluan Masyarakat
b) Meningkatkan Peluang Pekerjaan
c) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi & Negara
d) Memenuhi Kehendak Peluang Global

1.3 Fungsi –Fungsi Perniagaan


a) Pengeluaran
b) Pemasaran
c) Kewangan
d) Sumber Manusia
1.4 Persekitaran Perniagaan
• Persekitaran Tugas
• Pihak pengurusan
• Pelaburan/Pembiaya
• Pekerja
• Pengguna
• Pembekal
• Pesaing

d) Persekitaran Umum
• Ekonomi
• Teknologi
• Budaya
• Politik & Undang-Undang
• Global
OBJEKTIF
1. Memahami definisi dan objektif
perniagaan
2. Memahami kepentingan perniagaan
kepada pihak berkepentingan
3. Memahami fungsi-fungsi perniagaan
4. Memahami persekitaran tugas dan
umum
1.0 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN
1.1 Pengenalan Perniagaan

1.1.1 Definisi Perniagaan


• Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan
menggunakan wang @ alatan lain bagi memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa
dan tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan,
faedah dan kepuasan.
• Bermula dengan aktiviti penghasilan barangan atau
perkhidmatan seterusnya diedarkan untuk memuaskan
kehendak pengguna @ pelanggan

1.1.2 Proses Perniagaan


• Peringkat yang perlu diikuti untuk menghasilkan
barangan @ perkhidmatan.
PROSES PERNIAGAAN

JUALAN
UNTUNG

FAKTOR PROSES
INPUT TAMBAH
NILAI OUTPUT
(PROSES
PENGELUARAN)
• Aktiviti utama bahan mentah ( input ), tukarkan kepada
barang siap ( proses pengeluaran ) dan menghasilkan
barang siap (output)

Proses
Input Output
Pengeluaran

Input :- Mendapatkan bahan mentah untuk menjalankan


aktiviti
pemprosesan
- Ianya terdiri daripada tanah, buruh, modal, usahawan
dan
lain-lain.
Proses Pengeluaran :- Tukar bahan mentah kepada barangan
siap
- Gabungjalinkan mesin, kemahiran
pekerja,
bahan mentah dan sbgnya.
Output :- Hasil terakhir dari aktiviti pemprosesan samaada
Jualan :- Output / produk yang telah siap akan dijual kepada
pelanggan dan pengusaha atau peniaga bagi mendapatkan
hasil dan keuntungan dari jualan produk tersebut .
Pertukaran nilai akan berlaku setelah jualan dibuat di mana
penjual memperolehi wang manakala pelanggan atau
pengusaha memperolehi produk.

Untung:- Perbezaan diantara hasil yang diperolehi dengan


perbelanjaan yang telah dikeluarkan. Keuntungan yang
diperolehi akan digunakan untuk membeli bahan mentah /
input dan juga pembayaran hal – hal yang berkaitan gaji,
utiliti , sewa dan sebagainya.
1.1.3 Barang Niaga dan Perkhidmatan

a) Barang Niaga
- Produk fizikal yang boleh disentuh, dipegang dapat
dilihat dan boleh dinikmati.
- Dihasilkan bagi bertujuan untuk dijual kepada
pelanggan
bagi memenuhi keperluan dan kehendak serta
citarasa pelanggan; contohnya bas, pakaian,
makanan, minuman.

b) Perkhidmatan
- Sesuatu produk yang tidak boleh dilihat atau disentuh
secara
fizikal tetapi boleh dirasai bila menggunakannya
- Menawarkan faedah dan kemudahan kepada
pelanggan contohnya; perkhidmatan
hospital, salun
c) Konsep Keuntungan
- Matlamat utama perniagaan
- Diperolehi setelah hasil tolak belanja
- Digunakan sebagai kayu pengukur dalam perniagaan
untuk menilai prestasi ;

Untung = jumlah hasil - jumlah kos/belanja


(Harga x Kuantiti) – ( Kos tetap + kos
berubah)

- Sumber hasil meliputi jualan, hasil sewa, faedah


simpanan,
dividen saham.
- Sumber kos/belanja meliputi belian bahan, bayaran
sewa,
eletrik, air.
Keuntungan dapat dilihat daripada pelbagai perspektif yang berbeza.
Antaranya adalah :
• Keuntungan Perniagaan : Untung = Hasil - Belanja
• Keuntungan Ekonomi : Untung = Hasil – Belanja – Kos Lepas

d) Konsep Faedah dan Kepuasan


• Faedah :
- Manfaat yang diperolehi dari pengunaan sesuatu
barangan
atau perkhidmatan.
- Pengguna akan memperolehi faedah bila membeli dan
mengguna produk atau perkhidmatan tersebut
contohnya; membeli motosikal manfaatnya ialah
memudahkan pergerakan.
• KEPUASAN: Keupayaan sesuatu barang untuk memenuhi
kehendak manusia
• ;
- Tercapai apabila prestasi barangan memenuhi atau
melebihi jangkaan /persepsi pengguna.
- Tahap kepuasan berbeza – beza di antara seorang
pengguna dengan pengguna yang lain. Contohnya;
Kereta kancil ada pelanggan rasa selesa bila
menggunakannya dan sebaliknya.
Umumnya konsep faedah dan kepuasan adalah :
- pengguna mempunyai keperluan semulajadi terhadap
keperluan harian dan kehendaknya adalah berbeza.
- kehendak pelanggan tiada had kerana perubahan
persekitaran
- pengeluar perlu memastikan dapat memenuhi keperluan
dan kehendak pengguna dengan mengeluarkan pelbagai
barangan dan perkhidmatan
1.1.5 Objektif Perniagaan
Boleh dibahagikan kepada 4 :

e) Keuntungan
DEFINISI-Perbezaan di antara perolehan dan
perbelanjaan
- Matlamat utama dalam perniagaan
- Boleh dilihat dari 2 sudut:
i. keuntungan perniagaan
ii. keuntungan ekonomi.
- keuntungan yang diinginkan adalah keuntungan

maksimum.
- Ianya penting sebagai kayu pengukur bagi
peniaga
samada untuk meneruskan perniagaan atau
tidak.
a) Kemandirian

- Usaha perniagaan untuk terus wujud dan kekal dalam


persekitaran.
- Boleh dicapai dengan memastikan pengguna sedar
kewujudan barangan dan perkhidmatan yang
ditawarkan.
- Oleh itu, peniaga akan cuba pikat pengguna melalui
pelbagai strategi pemasaran termasuk perletakan harga
dan promosi yang dijalankan dengan harapan dapat
menarik perhatian pengguna.
c) Pertumbuhan

- Usaha sesebuah perniagaan untuk


memastikan perniagaan yang diusahakan
berkembang operasinya.
- Boleh dicapai dengan meluaskan pasaran
dengan cara membina agihan intensif,
membentuk kesedaran dan minat dalam
pasaran massa
a) Tanggungjawab Sosial

- Aktiviti organisasi perniagaan untuk


mengimbangi komitmennya kepada
kumpulan dan individu – individu dalam
persekitarannya termasuklah pelanggan,
perniagaan lain, pekerja, pelabur dan
masyarakat. - Griffin
- Aktiviti organisasi yang memberi kebaikan
kepada pihak – pihak lain.
- Contoh tanggungjawab sosial kepada:
pekerja – gaji , cuti rehat, keselematan dan lain –
lain.
- pelabur – memaksimumkan pulangan
pelaburan
- perniagaan lain – penghantaran tepat.
1.2 Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak
Berkepentingan

Penuhi Keperluan Meningkatkan peluang


masyarakat pekerjaan

Kepentingan Perniagaan

Memenuhi kehendak Tingkatkan Pembangunan


Peluang global Ekonomi & Negara
a) Memenuhi Keperluan Masyarakat
- Peniaga cuba untuk memenuhi keperluan dan kehendak
masyarakat dengan menyediakan pelbagai barangan
dan
perkhidmatan yang bermutu dengan harga, tempat yang
sesuai
kepada pelanggan.

h) Meningkatkan Peluang Pekerjaan


- Peluang perniagaan yang banyak akan dapat memberi
ruang
pekerjaan kepada masyarakat.
- Ditawarkan oleh usahawan tunggal, perkongsian atau
syarikat
multinasional kepada masyarakat.
- Dapat tingkatkan taraf kehidupan melalui peluang
pekerjaan
- Tingkatkan pembangunan negara melalui proses
urusniaga yang
c) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi dan Negara
- Peniaga tingkatkan prestasi dan membaiki pengendalian perniagaan
dengan melihat dari pelbagai sudut seperti :
# Menyakinkan pihak institusi kewangan.
# Dapat bekalan dari pembekal yang mudah dan
bermutu.
# Menyuarakan kepada pihak yang tertentu untuk
memperbaiki infrastruktur sesuatu tempat.
- Secara tidak langsung memberi kesan positif kepada peningkatan
keperluan masyarakat.
- Galakan peningkatan teknologi yang terlibat bagi membantu
rangsangan aktiviti-aktiviti perniagaan dan meningkatkan peluang
pekerjaan untuk meningkatkan taraf hidup.
- Hasil cukai kepada kerajaan, peningkatan eksport dan pengaliran
wang masuk.
d) Memenuhi Kehendak dan Peluang Global

- Peluang perniagaan tidak terhad dalam negera sahaja


tetapi
meliputi luar negara seperti Jepun, Australia, Brunei dll.
- Setiap negara berpeluang menikmati pelbagai produk
dari
pelbagai negara
- Perniagaan global dapat meningkatkan peluang
perniagaan.
- Pendedahan teknologi baru.
- Meningkatkan pelaburan.
- Meningkatkan taraf hidup.
- Meningkatkan ilmu perniagaan supaya mampu bersaing
dengan
syarikat-syarikat luar dan antarabangsa.
1.3 Fungsi-fungsi Perniagaan

a) Pengeluaran
- satu proses transformasi input kepada output yang lebih
bernilai.
- Dikenali sebagai pengurusan operasi.
- Melibatkan aktiviti perancangan, penyusunan, pengstafan,
pengarahan dan pengawalan dalam menguruskan operasi
pengeluaran produk.
- Pengeluar harus memastikan produk yang dikeluarkan
memenuhi
kehendak dan citarasa pengguna.
b) Pemasaran
- DEFINISI PEMASARAN: Satu sistem aktiviti
perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan
melaksanakan konsepsi, penentuan harga, promosi dan
pengedaran produk (merangkumi barangan,
perkhidmatan, organisasi ,orang, tempat dan juga idea)
untuk menggalakkan berlaku pertukaran yang dapat
memenuhi keperluan pengguna dan dapat mencapai
objektif organisasi. Persatuan Pemasaran Amerika
- Ianya merupakan satu bidang yang
berkembang pesat dan mesti
seiring dengan teknologi terkini.
- Melalui aktiviti pemasaran, produk yang
ditawarkan oleh
pengeluar kepada pengguna akan dinikmati
oleh pengguna.
c) Kewangan
- Melibatkan aktiviti menguruskan sumber dana seperti
mendapatkan
sumber dana dan perancangan kewangan yang lain.
- Jika kewangan tidak diuruskan dengan baik, matlamat
kewangan
perniagaan tidak dapat dicapai.

d) Sumber Manusia
- Menguruskan sumber manusia (pekerja) organisasi bagi
menggerak
jentera operasi pengeluaran, pemasaran dan kewangan.
- Contoh aktiviti pengurusan sumber manusia termasuklah
pengurusan pampasan, latihan dan pemilihan pekerja.
1.4 Persekitaran Perniagaan – Elemen – elemen yang
mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan.
Secara umumnya persekitaran perniagaan boleh
dibahagikan kepada 2 :

a) Persekitaran Tugas – Elemen yang memberi kesan secara


langsung dan di dalam kawalan perniagaan.

# Pihak Pengurusan
- Terdiri daripada individu yang menggunakan kepakaran, kemahiran
dan kecekapan dalam pengurusan syarikat.
- Tugas pihak pengurusan mengintegrasikan kesemua fungsi – fungsi
pengurusan yang berbeza dalam organisasi ke arah pencapaian
matlamat organisasi yang telah ditetapkan.
- Perniagaan akan menjadi lebih baik dan berpotensi jika pihak
pengurusan membuat strategi pengurusan yang cekap.
- Kegagalan pihak pengurusan menjalankan tanggungjawab dengan
berkesan mengakibatkan matlamat organisasi tidak tercapai.
# Pelabur/ Pembiaya

- Pembiaya: pihak yang memberikan pinjaman dan


mengharapkan pulangan dalam bentuk faedah seperti pihak
bank dan institusi kewangan lain.
- Pelabur: Pihak yang melaburkan modal kepada syarikat dan
mengharapkan pulangan dalam bentuk dividen seperti
pemegang saham.
- Perniagaan akan dapat diperluaskan hasil sumbangan
modal pelabur.
- Kedudukan kewangan syarikat yang kukuh memberi
keyakinan
kepada pelabur untuk melambuat pelaburan ke dalam
syarikat.
- pelabur tidak perlu terlibat secara langsung dalam
menjalankan aktiviti perniagaan tetapi berhak untuk
mendapatkan keuntungan dan boleh mempengaruhi
keputusan syarikat bagi perniagaan.
# Pekerja

- Individu yang menyumbangkan kemahiran untuk melaksanakan

aktiviti syarikat dan mendapat upah sebagai ganjaran.


- Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh mahir dan tidak
mahir.
- Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan mencapai
matlamat yang ditetapkan.
- Gelagat pekerja mempengaruhi kejayaan dan kegagalan
syarikat
serta menggambarkan imej sesebuah perniagaan.
- Pekerja yang berkemahiran, berpengetahuan dapat
menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan.
# Pengguna

- Pengguna adalah individu yang menggunakan sesuatu


produk
- Golongan fokus utama perniagaan
- Keputusan pembelian pelanggan mempengaruhi kejayaan
&
kegagalan sesebuah perniagaan.
- Perubahan citarasa pengguna mempengaruhi jenis
keluaran, harga
dan kualiti keluaran.
- Citarasa pengguna yang berbeza menyebabkan mereka
membuat
keputusan untuk mereka membeli pelbagai barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan dipasaran.
- Perubahan citarasa juga menggalakan inovasi perniagaan.
# Pembekal

- Pembekal ialah pihak yang membekalkan bahan/produk yang


diperlukan oleh perniagaan lain. Ini termasuklah bekalan bahan
mentah atau barang siap.
- Pembekal dan peniaga merupakan kumpulan yang saling
memerlukan bagi melicinkan operasi perniagaan.
- Bahan mentah, barang separuh siap dan peralatan yang
dibekalkan
berterusan memastikan kelancaran proses pengeluaran dan
penjualan.
- Sekiranya bekalan yang dibekalkan adalah berkualiti, imej
perniagaan akan akan meningkat dengan produk berkualiti di
pasaran.
# Pesaing

- Beberapa firma yang berlainan dalam industri yang sama


mengeluarkan produk yang sama atau hampir sama.
- Tindakan atau strategi pesaing boleh mempengaruhi harga
dan kualiti produk yang dihasilkan.
- Memerlukan perniagaan melakukan inovasi untuk
mengatasi
persaingan.
- Strategi dan perancangan yang dibentuk untuk mengatasi
persaingan membolehkan perniagaan lebih menjadi
kompetitif.
b) Persekitaran Umum – Elemen persekitaran yang berada di
luar kawalan organisasi yang boleh mempengaruhi
perniagaan secara tidak langsung.

# Ekonomi

- Merujuk kepada keadaan dan jenis sistem ekonomi di mana


perniagaan beroperasi
- Persekitaran ekonomi yang baik akan menentukan operasi,
prestasi
dan dasar perniagaan.
- Keadaan ekonomi yang baik meningkatkan aktiviti
perniagaan dan
menjamin peluang perniagaan.
- Pendapatan penduduk yang meningkat menjamin
peningkatan jualan
dan keuntungan perniagaan.
# Budaya

- Merujuk kepada satu set nilai norma yang dipegang dan


diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat
- Setiap individu mempunyai corak kehidupan budaya yang
berbeza
dari segi agama, adat resam dan cara hidup.
- Perubahan citarasa masyarakat memaksa perniagaan
menyesuaikan barangan dan perkhidmatan mengikut
kehendak
mereka.
- Perubahan populasi penduduk memaksa peniaga
mengeluarkan
barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak
majoriti
masyarakat.
# Teknologi

- Suatu penemuan sains yang diperolehi untuk membantu


kehidupan
manusia
- Perkembangan teknologi memberi kesan dalam perniagaan
yang
menggunakan mesin bermutu lebih produktif daripada
syarikat yang
menggunakan mesin biasa.
- Penciptaan peralatan baru seperti robot mempercepatkan
proses
pengeluaran dan meningkatkan produktiviti.
- Pengeluaran dapat ditingkatkan dan operasi berjalan
dengan lancar.
- Penggunaan internet meningkatkan daya saing perniagaan
kerana
penyampaian maklumat menjadi lebih cepat.
# Politik dan Undang- undang

- Politik: Sistem pemerintahan yang menjadi amalan sesebuah


negara
- Undang-undang: Peraturan yang dikuatkuasakan oleh sesebuah
negara
- Bagi sesuatu tempat mempunyai dasar dan politik yang berbeza.
- Peniaga haruslah peka dengan situasi politik supaya
perancangan
masa depan dapat dirancang dengan baik.
- Sokongan kerajaan seperti memberi bantuan subsidi membantu
mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan daya saing
perniagaan.
- Kestabilan politik menjamin suasana yang baik untuk perniagaan
terus berkembang maju.
- Undang-undang dan peraturan sesebuah negara seperti Malaysia

menetapkan Akta Jualan Langsung 1993, Akta Barangan Kawalan,


Akta Kontrak dan sebagainya.
# Global

- Perniagaan yang bergerak ke arah pembentukan operasi di


serata tempat di dunia di samping membangunkan
standard produk dan pemasaran
- Peniaga menjalankan perniagaan diluar dari negara
tempatan.
- Mereka mampu bersaing dalam peringkat antarabangsa.
- Dasar buka pintu yang diamalkan oleh sesebuah negara
memboleh perniaga menjalankan perniagaan diperingkat
yang lebih jauh.
- Melalui perniagaan global membolehkan peniaga sentiasa
mementingkan kualiti dan menjaga imej syarikat serta
negara.
- Melalui perniagaan ini juga pihak peniaga terdedah kepada
selok belok perniagaan dari luar dan aspek-aspek yang
positif boleh digunakan oleh peniaga dalam syarikat
mereka supaya sistem pengurusan syarikat menjadi lebih
cekap dan berpotensi pada masa depan.

You might also like