You are on page 1of 51

BAB 3

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

1
3.0 PERNIAGAAN ANTARABANGSA

3.1 DEFINISI DAN PERANAN PERNIAGAAN ANTARA


BANGSA
a. Definisi Perniagaan Antarabangsa
b. Peranan Perniagaan Antarabangsa

3.2 JENIS-JENIS PERNIAGAAN ANTARABANGSA

3.3 KONSEP DAN CABARAN DALAM PERNIAGAAN


ANTARABANGSA
a. Konsep Perniagaan Antarabangsa
b. Cabaran Syarikat Multinasional

3.4 GALAKAN DAN SEKATAN PERDAGANGAN


a. Galakan Perdagangan Antarabangsa
b. Sekatan-Sekatan Perdagangan Antarabangsa

2
3.1 DEFINISI DAN PERANAN
PERDAGANGAN ANTARABANGSA
a. Definisi Perniagaan Antarabangsa
b. Peranan Perniagaan Antarabangsa
• Tukaran Asing
• Pasaran Luas
• Guna Tenaga
• Pemindahan Teknologi
• Sumbangan Kepada Ekonomi Tempatan

3
a. DEFINISI PAB

- Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan


menggunakan wang @ alatan lain bagi memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa
dan tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan,
faedah dan kepuasan yang melampaui sempadan politik
sesebuah negara

- Perniagaan yang melibatkan operasi menyeberangi


sempadan negara dengan bermatlamatkan keuntungan.

- kegiatan perniagaan di antara individu, organisasi, atau


kerajaan sebuah negara dengan negara lain

- urusniaga pergerakan barang, perkhidmatan hakcipta,


paten, tanda perdagangan, pelaburan modal,
pemindahan teknologi, kakitangan, maklumat atau data
dan juga penyeliaan pekerja
4
SEBAB BERLAKUNYA PAB

- perbezaan faktor pengeluaran


- perbezaan iklim
- pengkhususan yang berbeza
- perbezaan citarasa
- perbezaan tingkat teknologi
- peningkatan taraf hidup

5
b. PERANAN PERNIAGAAN
ANTARABANGSA
Kadar Tukaran Asing
• Mendapat banyak kadar tukaran asing seperti US$, pound,
maka ekonomi negara jadi kukuh.
• Kadar nilai matawang sesebuah negara yang bertukar dengan
nilai matawang sebuah negara yang lain. Peningkatan masuk
tukaran asing akan menambahkan pendapatan negara.

Pasaran Luas
• Menawarkan pasaran-pasaran baru kepada perniagaan
tempatan
• Meluaskan pasaran bagi produk sehingga keluar negara bagi
produk yang mengalami lebihan dalam negara. Pengeluaran
besar-besaran
• Pelbagai aktiviti dijalankan, keuntungan bertambah
• Memanjangkan jangka hayat produk

Guna Tenaga
• Mewujudkan peluang pekerjaan di dalam dan di luar negara
• Mobiliti faktor-faktor pengeluaran
• Meningkatkan taraf hidup. 6
Pemindahan teknologi
• Menerima pemindahan teknologi dari luar negara,
kepakaran dan kemahiran
• Mengeratkan hubungan dua hala dan pelbagai hala.

Sumbangan kepada ekonomi negara


• Kemasukan firma luar menyebabkan peluang pekerjaan
kepada penduduk tempatan (mengurangkan kadar
pengangguran), banyak kegiatan ekonomi yang baru
boleh diwujudkan seterusnya meningkatkan
pendapatan negara

7
3.2 JENIS-JENIS PERNIAGAAN
ANTARABANGSA

a. Import (barangan dan perkhidmatan)


b. Eksport (barangan dan perkhidmatan)
c. Perlesenan
d. Francais
e. Usahasama
f. Kontrak Pengeluaran
g. Pelaburan Langsung

8
a. IMPORT (BARANGAN DAN
PERKHIDMATAN)
• Aktiviti pembelian barangan dan perkhidmatan dari
negara luar dan dibawa masuk untuk kegunaan dalam
negara oleh individu atau organisasi
• Import terbahagi kepada dua :
– secara langsung melalui ejen asing atau wakil
penjual
– tidak langsung menerusi ejen tempatan yang
bertindak sebagai perantara firma dengan pelanggan
Contohasing
:
Buah kurma diimport dari negara-negara Arab Saudi
semasa bulan
Ramadhan

9
b. EKSPORT (BARANGAN DAN
PERKHIDMATAN)

• Aktiviti penjualan barangan dan perkhidmatan ke luar


negara kepada pembeli individu atau organisasi di negara
asing
• Pasaran tempatan sudah tepu, barangan berlebihan dalam
pasaran domestik bagi mengelakkan pembaziran dan
kerugian kepada syarikat
• Eksport terbahagi kepada dua :
- secara langsung melalui wakil penjual atau ejen asing
- tidak langsung menerusi ejen tempatan yang
bertindak
sebagai perantara firma dengan pelanggan asing

Contoh :
Malaysia mengeksport minyak sawit bertapis ke Amerika
Syarikat

10
c. PELESENAN
• Pemberian hak dan kebenaran kepada sesebuah syarikat
di negara asing untuk mengeluar atau memasar atau
kedua-dua sekali sesuatu jenama produknya (pemberi
lesen) di pasaran tempatan
• Sesuai apabila kitaran hayat produk mencapai kematangan
di pasaran tempatan
• Contoh-contoh perlesenan: jenama, formula, paten,
mengedar, mengeluar, trade mark, proses, hakcipta,
program dan lain-lain.
d. FRANCAIS
• Pemberian satu pakej di mana francaisi dibenar mengguna
tanda niaga perniagaan, perkhidmatan dan produk, prinsip-
prinsip pengoperasian atau pengurusan syarikat, peraturan
pengurusan dan khidmat nasihat dalam segala aspek yang
berkaitan dengan perjalanan syarikat daripada francaisor.

Contoh : McDonald’s, KFC, IKEA, BONIA, EON

11
e. USAHASAMA
• gabungan beberapa syarikat antarabangsa menjalankan
perniagaan yang bermotifkan keuntungan serta
mencapai misi tertentu.
• usahasama membolehkan syarikat asing mendapat
pengalaman dan menembusi pasaran di negara lain
dengan menggunakan kepakaran dan sumber-sumber
syarikat tempatan
• boleh terdiri dalam bentuk pelesenan, kontrak
pengurusan, pemilikan minoriti dalam syarikat atau
kontrak jangka panjang berdasarkan perjanjian tertentu

Contoh : Sony Ericson, Pepsi Cola

12
f. KONTRAK PENGELUARAN

• melalui perjanjian perlesenan, pemberi lesen memberi


kebenaran kepada penerima kontrak seperti paten,
tanda perniagaan, teknologi, penggunaan jenama,
spesifikasi kepada firma penerima kontrak untuk
membuat, mengeluar/menjual produk
• strategi memasuki pasaran berisiko/halangan/sekatan
ketat
• Kebiasaannya syarikat pemberi kontrak akan membeli
semula komponen atau produk yang dikeluarkan oleh
penerima kontrak
• Cth, Boeing memberikan kontrak kepada syarikat-
syarikat untuk membina komponen-komponen kapal
terbangnya

13
g. Pelaburan langsung
• Merupakan aktiviti pelaburan dari luar negara ke dalam
sesebuah negara tertentu dan membolehkan pelabur
tersebut mengawal terhadap aset-aset yang dimiliki di
negara berkenaan.
• 2 jenis pelaburan langsung ialah;
– Greenfield:
• memulakan pelaburan dengan mengadakan
peralatan atau kemudahan baru atau
menambahkan bilangan yang sedia ada. Kaedah
ini merupakan sasaran utama usaha-usaha
promosi negara hos (tuan rumah yang menerima
pelaburan,) untuk mewujudkan peluang
pekerjaan, pemindahan teknologi dan
pengetahuan serta boleh memberikan peluang /
laluan ke arah pasaran global. Biasanya ini adalah
kaedah melabur di negara membangun.

14
– Mergers and Acquisitions (Penggabungan dan
Pengambilalihan):
• Terjadi apabila aset-aset dari negara asal
dipindahkan ke negara luar. Penggabungan
dengan syarikat dari negara luar berlaku apabila
aset-aset dan operasi dari sesebuah negara
digabungkan untuk menubuhkan satu entiti
perniagaan yang baru.Pengambilalihan merentasi
sempadan berlaku apabila kawalan ke atas aset
dan operasi dipindahkan dari syarikat tempatan
kepada syarikat dari negara luar. Biasanya ini
adalah kaedah melabur di negara-negara maju.

15
3.3 KONSEP DAN CABARAN DALAM
PERNIAGAAN ANTARABANGSA

a. Konsep Perniagaan Antarabangsa


• Globalisasi
• Pasaran Menimbul (Emerging Market)
• Nasionalisasi
• Lokalisasi
• Glokalisasi

16
i. GLOBALISASI

• Ialah inisiatif perniagaan yang berdasarkan


kepercayaan bahawa dunia sekarang semakin
bergerak ke arah menjadi satu pasaran yang
homogen atau pembentukan operasi syarikat
di serata tempat di dunia di samping
membangunkan standard produk dan
pemasaran
• Pengurangan bermakna dalam sempadan
domestik, penambahan pertukaran dalam
perniagaan, pengembangan teknologi
maklumat, aliran kewangan merentasi
sempadan dan pemindahan budaya
17
• pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia
di samping membangunkan standard produk dan
pemasaran
• Ekonomi global yang kompetitif tanpa sempadan.
• Sempadan dihapuskan dengan sistem telekomunikasi
dan pengangkutan.
• Barangan pengguna bersifat universal dari segi nilai dan
permintaan.
• Pengguna tidak memilih negara pengeluar tetapi
mementingkan kualiti, harga, reka bentuk, nilai dan cita
rasa.

18
ii. PASARAN MENIMBUL (EMERGING MARKET)

• sebuah negara yang berusaha untuk berubah dan


memperbaiki sektor ekonominya dengan tujuan
mempertingkatkan prestasi seimbang dengan negara-
negara yang lebih maju di dunia melalui pembukaan
pasarannya kepada pelabur antarabangsa.
• bank dunia klasifikasikan ekonomi yang keluaran negara
kasar per kapita $9,656 & ke atas sebagai negara
berpendapatan tinggi
• Contoh negara pasaran menimbul sehingga 2004,
terdapat 43 buah negara seperti Vietnam, China, India,
Argentina, Mexico dan lain-lain.
• pasaran menimbul tidak semestinya miskin @ kecil
• pasaran menimbul adalah penerima pelbagai program
sokongan kewangan antarabangsa untuk tingkatkan taraf
ekonomi contoh: Bantuan dari IMF
• pasaran menimbul juga telah membentuk kumpulan
niaga sesama mereka contoh: Mercosur (the southern
cone common market) 19
iii. NASIONALISASI
• merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan
mengambil alih pemilikan sesebuah firma asing &
menjadikan firma tersebut sebagai milik negara
• jenis nasionalisasi termasuklah:
 expropriation
• pampasan diberi
 confiscation
• tidak ada pampasan

iv. LOKALISASI
• satu bentuk strategi yang biasa digunakan oleh syarikat
multinasional untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang sesuai dengan negara tempatan
• mengambil kira soal-soal tempatan seperti kebudayaan
, citarasa, bahasa, penggunaan modal, bahan mentah
dan tanggapan sesuatu barangan atau perkhidmatan
yang dipasarkan. Contoh Mc Donald tidak menawarkan
Beef Burger di India.
20
v. GLOKALISASI

• Merujuk kepada penciptaan atau pengedaran produk


untuk pasaran global tetapi disesuaikan untuk menepati
undang-undang atau budaya setempat pasaran yang
dimasuki.
• Gabungan daripada globalisasi dan lokalisasi.
• Mengeluarkan dan mengedarkan produk global dan
disesuaikan untuk pasaran tempatan mengikut undang
dan budaya sesebuah negara. Contohnya Pizza Hut
menyediakan pizza perisa mengikut selera tempatan.
• Menggunakan teknologi komunikasi elektronik seperti
internet untuk menyediakan perkhidmatan tempatan
yang berbentuk global.

21
a. Cabaran Syarikat Multinasional
• Struktur dan Kawalan
• Politik dan Undang-Undang
• Ekonomi
• Sosiobudaya dan Pengurusan
Rentas Budaya
• Perubahan Teknologi
• Pasaran Kewangan

22
SYARIKAT MULTINASIONAL (SMN)

• Organisasi yang melibatkan diri dalam aktiviti


perniagaan di peringkat antarabangsa dengan tahap
penglibatan yang tinggi.

• Merupakan syarikat yang bersaiz besar, beroperasi di


banyak negara, di mana syarikat bukan sahaja menjual
produk mereka di pasaran luar tetapi juga mengeluar,
menjalankan penyelidikan, melatih pekerja tempatan
serta membangunkan produk baru di pasaran yang
mereka masuki.

• Mempunyai sumber kewangan dan tenaga manusia


yang besar, dapat mengawal seluruh aktiviti syarikat di
seluruh dunia.

Contoh : Coca Cola, Tesco, Sony, Nestle, Hyundai

23
b. CABARAN SYARIKAT MULTINASIONAL
i. STRUKTUR DAN KAWALAN
– Struktur: Merujuk kepada struktur organisasi yang akan
diubahsuai mengikut cara sesebuah organisasi itu beroperasi di
tempat yang berbeza
– Kawalan: cara kawalan yang asas mewujudkan objektif kawalan,
mengadakan piawai pengukuran dan penilaian mengikut
keperluan setempat termasuk sosiobudaya, keadaan ekonomi,
politik dan undang-undang dsb.
– harus membuat perubahan mengikut keadaan semasa sesuatu
negara supaya operasi dapat berjalan dengan lancar.
– antara masalah yang mementingkan penstrukturan:
• konflik antara bahagian-bahagian berkenaan bidang kuasa
• kegagalan operasi asing dari segi perancangan & jangkaan
• kurang kawalan kewangan ke atas operasi luar negara
• pertindanan tugas di kalangan kaki tangan
• kemudahan pengeluaran tidak dioptimumkan
• pertindihan tugas antara pejabat jualan dengan jurujual di
sesuatu kawasan
• pertambahan dalam bilangan pengedar
• rungutan pelanggan ke atas perkhidmatan operasi di luar
negara

24
- Pemilihan struktur organisasi yang sesuai
adalah penting kerana ianya merupakan satu
bentuk mekanisma kawalan yang utama.
- Kepentingan aktiviti kawalan :
• Menjamin operasi berjalan dengan lancar
• Mengelakkan kerugian dan mengukur
kejayaan sesuatu perancangan.

25
– Pendekatan kawalan yang diamalkan boleh diperolehi
dengan:
• Centralization ( pemusatan kuasa )
- aktiviti dikawal selia oleh ibu pejabat (menegak)
– Lambat, tak serasi dengan budaya negara lain

• Decentralization ( pemencaran )
- anak syarikat bebas bertindak mengikut
kesesuaian
persekitaran (mendatar)
– Sukar dikawal

26
ii. POLITIK DAN UNDANG-UNDANG

• berlaku semasa campurtangan oleh kerajaan tuan


rumah untuk jaga kepentingan negara
• polisi & undang-undang bercanggah dengan negara asal
• untuk mengawal persaingan dengan syarikat domestik
negara asal
• paksaan untuk menjayakan program tempatan
• syarat yang dikenakan untuk menggunakan bahan
mentah tempatan
• penyekatan aliran keluar keuntungan dari operasi
(sebahagian % disyaratkan dilabur semula)
• peraturan perdagangan yang ketat (tarif & bukan tarif
disebabkan prosedur)
• dasar keutamaan oleh kerajaan tempatan
• cukai korporat yang tinggi

27
iii. EKONOMI

• persaingan dengan syarikat tempatan oleh syarikat


multinasional boleh menjejaskan ekonomi tempatan;
maka sekatan dibuat
• kawalan ke atas import; duti import yang tinggi
• boleh jejaskan imbangan perdagangan tempatan; jadi
sekatan dalam aktiviti pelaburan langsung
• kes bagi SMN untuk keluar dari sesuatu negara kerana
nilai pelaburan yang banyak
• kemerosotan ekonomi (kawalan aliran keluar matawang)

28
iv. SOSIOBUDAYA DAN PENGURUSAN
RENTAS BUDAYA

• Sosiobudaya: kombinasi lebih daripada dua budaya yang


berlainan
• Pengurusan rentas budaya: merujuk kepada aspek-aspek
perbezaan dalam budaya dan kerumitan dalam pengurusan
yang disebabkan oleh latarbelakang budaya yang berlainan
• kesukaran dalam mengadaptasikan sesuatu budaya yang
bukan menjadi kebiasaan diri
• konflik antara budaya SMN dengan pekerja tempatan
• masalah komunikasi
• penjejasan identiti negara (penjajahan budaya)

29
v. PERUBAHAN TEKNOLOGI
• pengimportan teknologi memakan belanja yang banyak
(dari negara asal)
• hak cipta (teknologi ditiru)
• masalah dalam mengikuti perubahan semasa (teknologi
maklumat)

vi. PASARAN KEWANGAN


• Pasaran kewangan dapat mempengaruhi kadar tukaran
mata wang
• Kadar tukaran mata wang – kadar yang digunakan
untuk menukarkan mata wang sesebuah negara ke
dalam mata wang negara lain
• Kadar tukaran mata wang boleh memberi kesan
kepada permintaan barangan dan perkhidmatan
sesebuah negara
• Campurtangan kerajaan sesebuah negara dlm
menetapkan nilai mata wang negaranya, cth: Malaysia 30
3.4 GALAKAN DAN SEKATAN
PERDAGANGAN

a) Galakan Perdagangan Antarabangsa


- pemasaran antarabangsa
- blok dan organisasi PAB
- kemudahan PAB
- dagangan balas
- lain-lain galakan kerajaan
g) Sekatan- sekatan Perdagangan Antarabangsa
- tarif
- bukan tarif

31
a. GALAKAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
i. Pemasaran Antarabangsa
• Pemasaran ialah proses perancangan dan
perlaksanaan konsep, perletakan harga, promosi dan
pengedaran produk untuk mewujudkan pertukaran
yang boleh memuaskan individu dan organisasi yang
melampaui sempadan politik sesebuah negara.
• Pemasaran antarabangsa ialah aktiviti-aktiviti
pemasaran yang dijalankan di peringkat
antarabangsa.
• Menjalankan pemasaran peringkat antarabangsa
adalah lebih rumit kerana wujud perbezaan dari
aspek :
• Ekonomi
• Politik dan Undang-Undang
• Budaya dan adat resam
• Agama

32
MATRADE

– The Malaysia External Trade Development Corporation


@ Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar
Malaysia.
– Ditubuhkan pada tahun I Mac 1993 di bawah
Kementerian Perindustrian dan Perdagangan
Antarabangsa.
– Merupakan satu agensi promosi perdagangan luar
negara.

33
Peranan MATRADE

• Memperkenalkan, mewujudkan dan membangunkan


perdagangan luar negara dengan penekanan kepada
eksport barangan siap dan separuh siap
• Merangka dan melaksanakan strategi pemasaran
• Menyediakan sistem maklumat pasaran yang
menyeluruh
• Memastikan keupayaan bersaing di peringkat
antarabangsa bagi keluaran Malaysia
• Menasihati kerajaan kepada perkara yang berkaitan
dan bertindak sebagai agen kepada kerajaan, individu
atau organisasi berkaitan perdagangan luar negara.
• Membangunkan, mempromosikan dan memberikan
khidmat nasihat berkaitan dengan perdagangan.
• Mewakili Malaysia dalam forum antarabangsa
berkaitan dengan perdagangan.

34
ii. Blok Perdagangan Antarabangsa

– WTO (World Trade Organization)


• Sebelum ini dikenali sebagai GATT (General
Agreement on Tariffs and Trade)
• Objektif penubuhan ialah untuk meliberalisasikan
perdagangan dengan menghapuskan tarif, subsidi,
kuota import dan lain-lain halangan perdagangan.
• Ditubuhkan pada 1947 dengan anggota seramai 19
buah negara dan meningkat menjadi lebih 140
negara (2006).
• Pengurangan tarif dilakukan dengan berperingkat-
peringkat menerusi pusingan rundingan bermula
pada 1986 hingga 1993
• Setiap pusingan akan membincangkan
pengurangan tarif.

35
- AFTA (ASEAN Free Trade Area/Kawasan Perdagangan
Bebas)

• Keputusan penubuhan sewaktu Sidang Kemuncak Ke 4


ASEAN pada 1992.
• Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN pada
September 1994 bersetuju pelaksanaan sepenuhnya
pada 2008 dipercepatkan kepada 2003 secara
berperingkat-peringkat.

• Tujuan penubuhan
• Meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN dengan
melaksanakan pasaran bebas
• Pasaran bebas - ini bermaksud barangan ASEAN
boleh menembusi pasaran negara anggota tanpa
sebarang tarif @ tarif yang minimum iaitu 0 hingga
5%
• Meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan
pengeluaran yang berdaya saing dan memenuhi
pasaran global
36
- NAFTA (North America Free Trade
Agreement Perjanjian Perdagangan
Bebas Amerika Utara)

• Pada 1988 perjanjian perdagangan bebas


antara AS dan Kanada di tandatangani dan
mula beroperasi pada 1 Jan 1989
• Dianggotai Amerika Syarikat, Kanada dan
Mexico
• Tujuan:
• Hapuskan halangan tarif dikalangan
negara anggota menjelang 1989
• Pada 1991 A.S. Kanada dan Mexico
mengadakan rundingan untuk tubuhkan
NAFTA
• 1 Jan 1994 NAFTA dikuatkuasakan 37
• EC (European Community/Kesatuan
Eropah)
– Awalnya dikenali European Economic Community
(EEC) dalam perjanjian Rome.
– Pada 1967 dikenali sebagai EC hasil gabungan
antara European Coal and Steel Community (ECSC),
European Atomic Energy Community (EURATOM)
dan EEC
– Pada I Jan 1994 menerusi Perjanjian Maastricht EC
telah ditukar namanya kepada European Union (EU)
– Dianggotai oleh Belgium, Perancis, Italy,
Luxemburg, Belanda, German, Denmark, Ireland,
UK, Greek, Sepanyol dan Portugal.
– Menerusi perjanjian ini 4 elemen yang digariskan
ialah:
a. Mewujudkan satu matawang tunggal
b. Polisi pertahanan dan hal ehwal negara yang
seragam
c. Satu kerakyatan 38
d. Parlimen EU yang berkuasa
• APEC (Asia-Pacific Economic
Cooperation/Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik)

– Ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia.


– Negara anggota: ASEAN, A.S., Kanada, Mexico,
Chile, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan,
China, Taiwan, Hong Kong dan Papua New Guinea.
– Tujuan penubuhan : Memajukan perdagangan
bebas, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di
rantau Asia Pasifik dan mengeratkan kerjasama
ekonomi antara negara anggota.

39
• ASEAN (Association of Southeast Asia Nation)
Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan anggota
terdiri daripada negara-negara ASEAN.
Dianggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand,
Indonesia, Filipina, laos, Myanmar, Vietnam dan Kemboja
Tujuan Penubuhan:
– Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kemajuan
sosial dan perkembangan budaya di rantau Asia
Tenggara
– Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik
– Menyediakan bantuan antara satu sama lain
– Meningkatkan taraf hidup penduduk negara anggota
melalui kerjasama dalam pertanian, perusahaan dan
perdagangan.
– Mengadakan hubungan yang erat dan menguntungkan
dengan persatuan antarabangsa dan serantau.
– Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi,
sosial, budaya teknikal, saintifik dan pentadbiran.
– Menggembleng tenaga untuk memanfaatkan bidang
industri dan pertanian serantau dan memperluaskan
40
aktiviti perdagangan.
iii. Kemudahan PAB

b) ZON PERDAGANGAN BEBAS


– Dibentuk untuk memudahkan urusan perniagaan
antarabangsa dengan menyediakan kemudahan
dan pelbagai insentif.

Contoh di Malaysia:
- AFTA: Membentuk kawasan perdagangan bebas
utk pemprosesan pertanian dan barangan
pertanian seperti pengurangan tariff dari 0
hingga 5% cth: AFTA

41
• MSC (Multimedia Super Corridor/Koridor Raya
Multimedia)

- Merupakan satu tempat di mana syarikat-syarikat di


seluruh dunia berkumpul untuk menguji teknologi-
teknologi mereka dan menyediakan diri untuk
menghadapi cabaran masa depan.
– Merupakan satu strategi untuk mencapai wawasan
2020
– Bertujuan untuk menggalakkan inovasi dan rekacipta
teknologi moden dan mempercepatkan pemindahan
teknologi.
– Meliputi kawasan seluas 50 kilometer panjang dan 15
kilometer lebar bermula dari KLCC hingga KLIA.
– Mengandungi 2 buah bandar pintar (Smart City) iaitu
 Putrajaya yang akan menjadi pusat pentadbiran
baru.
 Cyberjaya yang akan menempatkan industri
multimedia, pusat penyelidikan dan pembangunan,
42
Universiti Multimedia dan ibu pejabat syarikat-
- Fungsi MSC:

- Menarik syarikat bertaraf dunia dan berasaskan


teknologi ke Malaysia dan seterusnya
membangunkan industri tempatan
- Menawarkan persekitaran yang produktif dan baik
supaya rangkaian nilai multimedia berbentuk
barangan dan perkhidmatan dapat dikeluarkan dan
disalurkan ke selruh dunia
- Membentuk sebuah kawasan yang cemerlang
dengan keupayaan spesifik multimedia, teknologi,
infrastruktur, pembentukan undang-undang, polisi
dan sistem bagi mencapai kelebihan bersaing.
- Tempat untuk mereka cipta baru dengan
menjalankan penyelidikan dalam bidang teknologi
multimedia.
- Membawa seluruh masyarakat ke era teknologi
maklumat
- Membentuk dunia era baru dengan kemudahan
rumah bestari, bandar bestari, sekolah bestari, kad
bestari dan rakan kongsi bestari.

43
i. Dagangan Balas

– Urusniaga tukar barang dimana pengeksport


menerima keseluruhan atau sebahagian
pertukaran dalam bentuk barangan yang
dikeluarkan oleh pengimport
– Contoh: Perdagangan antara Malaysia dan India
dimana Malaysia mengeksport minyak kelapa
sawit ke India sementara India membayar dalam
bentuk wang dan tekstil

44
v. Lain – lain Galakan Kerajaan

• GALAKAN CUKAI
– Contoh: elaun cukai pelaburan
– Insentif ini menyediakan elaun pelaburan sehingga
60% daripada perbelanjaan modal selama 5 tahun
• PENGECUALIAN CUKAI
– Kelonggaran untuk tidak membayar cukai seperti
yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
– Contoh: pengecualian cukai terhadap pendapatan dari
royalti.
• PEMBIAYAAN EKSPORT
– Contoh: Skim pembiayaan semula kredit eksport
– Skim ini memberi kemudahan kepada pengeksport
untuk mendapatkan dana segera bagi mengeksport
produk yang dijual secara kredit
45
• TARAF PERINTIS
– Pengecualian cukai selama lima tahun akan diberi
kepada syarikat yang berjaya mendapat status
perintis

• SUBSIDI
– Sejumlah bayaran yang dibayar oleh kerajaan terus
kepada pengeluar untuk mengurangkan bebanan
kerugian daripada penjualan produk di peringkat
antarabangsa
– Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga
lebih murah atau lebih menguntungkan syarikat
berkenaan

46
• KEMPEN BELILAH BARANGAN MALAYSIA
– Kempen yang diusahakan oleh pihak kerajaan bagi
menggalakkan pembelian dan penggunaan barangan
buatan Malaysia di negara luar
– Tujuan kempen untuk
 membangun dan mengembangkan sektor
perindustrian dan perkilangan serta keupayaan
mengeksport lebih banyak barang-barang
keluaran dalam negara ke pasaran luar

47
• SKIM JAMINAN EKSPORT
– Skim yang ditawarkan oleh kerajaan untuk
meningkatkan pengeksportan dan membantu firma
bersaing secara efektif di peringkat antarabangsa
– Potongan berganda terhadap perbelanjaan promosi
eksport bertujuan menggalakkan para pelabur
mempromosi produk Malaysia di pasaran
antarabangsa

48
b. SEKATAN-SEKATAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA

• Tarif

Cukai
– Bayaran wajib yang dikenakan oleh kerajaan ke
atas individu atau syarikat
– Berperanan untuk mengagihkan semula
pendapatan dan kekayaan negara
Levi
– Satu bentuk cukai yang perlu dibayar kepada
kerajaan atau organisasi
– Cth levi ialah membawa masuk pekerja asing ke
dalam negara

49
Bukan Tarif

• KUOTA
– Had yang dikenakan terhadap jumlah unit atau nilai
sesuatu barangan yang boleh dikeluarkan atau
digunakan atau diimport
– Kuota import - sekatan yang menghadkan kuantiti
sesuatu barangan yang diimport
– Tujuan dikenakan ialah untuk mengurangkan
saingan terhadap barangan tempatan

• EMBARGO
– Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport
atau mengeksport sesuatu barangan atau
perkhidmatan dari/ke sesebuah negara
– Contoh: Malaysia dengan Israel.

50
• SUBSIDI
– Bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada
individu, unit pengeluaran atau pengeksport samada
dalam bentuk bayaran langsung seperti geran atau
pinjaman, atau langkah-langkah yang memberikan
kesan yang sama seperti bayaran langsung.
– Langkah-langkah termasuklah jaminan terhadap
harga dan pasaran, khidmat atau kemudahan
bantuan dan pemotongan atau pengecualian cukai.
– Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga
lebih murah dari barangan luar atau lebih
menguntungkan syarikat berkenaan

• PIAWAIAN
– Satu standard kualiti yang dikenakan ke atas produk
yang ingin dipasarkan di peringkat antarabangsa.
– Jika piawaian yang tinggi dikenakan ke atas produk
menjadi penghalang kepada kemasukan produk luar
yang tidak mencapai piawaian
– (contoh dalam industri makanan, kosmetik,
elektronik dsbgnya.) 51

You might also like