BAB 3

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

1

3.0
3.1

PERNIAGAAN ANTARABANGSA
DEFINISI DAN PERANAN PERNIAGAAN ANTARA BANGSA
a. Definisi Perniagaan Antarabangsa b. Peranan Perniagaan Antarabangsa

3.2 3.3

JENIS-JENIS PERNIAGAAN ANTARABANGSA KONSEP DAN CABARAN DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA
a. Konsep Perniagaan Antarabangsa b. Cabaran Syarikat Multinasional

3.4

GALAKAN DAN SEKATAN PERDAGANGAN
a. Galakan Perdagangan Antarabangsa b. Sekatan-Sekatan Perdagangan Antarabangsa

2

3.1

a. Definisi Perniagaan Antarabangsa b. Peranan Perniagaan Antarabangsa
• • • • •

DEFINISI DAN PERANAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Tukaran Asing Pasaran Luas Guna Tenaga Pemindahan Teknologi Sumbangan Kepada Ekonomi Tempatan

3

a.

DEFINISI PAB

- Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang @ alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan yang melampaui sempadan politik sesebuah negara - Perniagaan yang melibatkan operasi menyeberangi sempadan negara dengan bermatlamatkan keuntungan. - kegiatan perniagaan di antara individu, organisasi, atau kerajaan sebuah negara dengan negara lain - urusniaga pergerakan barang, perkhidmatan hakcipta, paten, tanda perdagangan, pelaburan modal, pemindahan teknologi, kakitangan, maklumat atau data dan juga penyeliaan pekerja
4

SEBAB BERLAKUNYA PAB
perbezaan faktor pengeluaran perbezaan iklim pengkhususan yang berbeza perbezaan citarasa perbezaan tingkat teknologi peningkatan taraf hidup

5

b. PERANAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
Kadar Tukaran Asing • Mendapat banyak kadar tukaran asing seperti US$, pound, maka ekonomi negara jadi kukuh. • Kadar nilai matawang sesebuah negara yang bertukar dengan nilai matawang sebuah negara yang lain. Peningkatan masuk tukaran asing akan menambahkan pendapatan negara. Pasaran Luas • Menawarkan pasaran-pasaran baru kepada perniagaan tempatan • Meluaskan pasaran bagi produk sehingga keluar negara bagi produk yang mengalami lebihan dalam negara. Pengeluaran besar-besaran • Pelbagai aktiviti dijalankan, keuntungan bertambah • Memanjangkan jangka hayat produk Guna Tenaga • Mewujudkan peluang pekerjaan di dalam dan di luar negara • Mobiliti faktor-faktor pengeluaran • Meningkatkan taraf hidup.

6

Pemindahan teknologi • Menerima pemindahan teknologi dari luar negara, kepakaran dan kemahiran • Mengeratkan hubungan dua hala dan pelbagai hala. Sumbangan kepada ekonomi negara • Kemasukan firma luar menyebabkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan (mengurangkan kadar pengangguran), banyak kegiatan ekonomi yang baru boleh diwujudkan seterusnya meningkatkan pendapatan negara

7

3.2

JENIS-JENIS PERNIAGAAN ANTARABANGSA
Import (barangan dan perkhidmatan) Eksport (barangan dan perkhidmatan) Perlesenan Francais Usahasama Kontrak Pengeluaran Pelaburan Langsung

a. b. c. d. e. f. g.

8

a. IMPORT (BARANGAN DAN PERKHIDMATAN)
• Aktiviti pembelian barangan dan perkhidmatan dari negara luar dan dibawa masuk untuk kegunaan dalam negara oleh individu atau organisasi • Import terbahagi kepada dua : – secara langsung melalui ejen asing atau wakil penjual – tidak langsung menerusi ejen tempatan yang bertindak sebagai perantara firma dengan pelanggan Contohasing : Buah kurma diimport dari negara-negara Arab Saudi semasa bulan Ramadhan

9

b. EKSPORT (BARANGAN DAN PERKHIDMATAN)
• Aktiviti penjualan barangan dan perkhidmatan ke luar negara kepada pembeli individu atau organisasi di negara asing • Pasaran tempatan sudah tepu, barangan berlebihan dalam pasaran domestik bagi mengelakkan pembaziran dan kerugian kepada syarikat • Eksport terbahagi kepada dua : secara langsung melalui wakil penjual atau ejen asing tidak langsung menerusi ejen tempatan yang bertindak sebagai perantara firma dengan pelanggan asing Contoh : Malaysia mengeksport minyak sawit bertapis ke Amerika Syarikat

10

c. PELESENAN
• Pemberian hak dan kebenaran kepada sesebuah syarikat di negara asing untuk mengeluar atau memasar atau kedua-dua sekali sesuatu jenama produknya (pemberi lesen) di pasaran tempatan • Sesuai apabila kitaran hayat produk mencapai kematangan di pasaran tempatan • Contoh-contoh perlesenan: jenama, formula, paten, mengedar, mengeluar, trade mark, proses, hakcipta, program dan lain-lain.

d. FRANCAIS

• Pemberian satu pakej di mana francaisi dibenar mengguna tanda niaga perniagaan, perkhidmatan dan produk, prinsipprinsip pengoperasian atau pengurusan syarikat, peraturan pengurusan dan khidmat nasihat dalam segala aspek yang berkaitan dengan perjalanan syarikat daripada francaisor. Contoh : McDonald’s, KFC, IKEA, BONIA, EON
11

e. USAHASAMA
• gabungan beberapa syarikat antarabangsa menjalankan perniagaan yang bermotifkan keuntungan serta mencapai misi tertentu. • usahasama membolehkan syarikat asing mendapat pengalaman dan menembusi pasaran di negara lain dengan menggunakan kepakaran dan sumber-sumber syarikat tempatan • boleh terdiri dalam bentuk pelesenan, kontrak pengurusan, pemilikan minoriti dalam syarikat atau kontrak jangka panjang berdasarkan perjanjian tertentu Contoh : Sony Ericson, Pepsi Cola

12

f. KONTRAK PENGELUARAN
• melalui perjanjian perlesenan, pemberi lesen memberi kebenaran kepada penerima kontrak seperti paten, tanda perniagaan, teknologi, penggunaan jenama, spesifikasi kepada firma penerima kontrak untuk membuat, mengeluar/menjual produk • strategi memasuki pasaran berisiko/halangan/sekatan ketat • Kebiasaannya syarikat pemberi kontrak akan membeli semula komponen atau produk yang dikeluarkan oleh penerima kontrak • Cth, Boeing memberikan kontrak kepada syarikatsyarikat untuk membina komponen-komponen kapal terbangnya
13

g. Pelaburan langsung
• Merupakan aktiviti pelaburan dari luar negara ke dalam sesebuah negara tertentu dan membolehkan pelabur tersebut mengawal terhadap aset-aset yang dimiliki di negara berkenaan. • 2 jenis pelaburan langsung ialah; – Greenfield: • memulakan pelaburan dengan mengadakan peralatan atau kemudahan baru atau menambahkan bilangan yang sedia ada. Kaedah ini merupakan sasaran utama usaha-usaha promosi negara hos (tuan rumah yang menerima pelaburan,) untuk mewujudkan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan pengetahuan serta boleh memberikan peluang / laluan ke arah pasaran global. Biasanya ini adalah kaedah melabur di negara membangun.
14

– Mergers and Acquisitions (Penggabungan dan Pengambilalihan): • Terjadi apabila aset-aset dari negara asal dipindahkan ke negara luar. Penggabungan dengan syarikat dari negara luar berlaku apabila aset-aset dan operasi dari sesebuah negara digabungkan untuk menubuhkan satu entiti perniagaan yang baru.Pengambilalihan merentasi sempadan berlaku apabila kawalan ke atas aset dan operasi dipindahkan dari syarikat tempatan kepada syarikat dari negara luar. Biasanya ini adalah kaedah melabur di negara-negara maju.

15

3.3

KONSEP DAN CABARAN DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA

a. Konsep Perniagaan Antarabangsa • Globalisasi • Pasaran Menimbul (Emerging Market) • Nasionalisasi • Lokalisasi • Glokalisasi

16

i. GLOBALISASI • Ialah inisiatif perniagaan yang berdasarkan kepercayaan bahawa dunia sekarang semakin bergerak ke arah menjadi satu pasaran yang homogen atau pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia di samping membangunkan standard produk dan pemasaran • Pengurangan bermakna dalam sempadan domestik, penambahan pertukaran dalam perniagaan, pengembangan teknologi maklumat, aliran kewangan merentasi sempadan dan pemindahan budaya
17

• pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia di samping membangunkan standard produk dan pemasaran • Ekonomi global yang kompetitif tanpa sempadan. • Sempadan dihapuskan dengan sistem telekomunikasi dan pengangkutan. • Barangan pengguna bersifat universal dari segi nilai dan permintaan. • Pengguna tidak memilih negara pengeluar tetapi mementingkan kualiti, harga, reka bentuk, nilai dan cita rasa.

18

ii. PASARAN MENIMBUL (EMERGING MARKET)
• sebuah negara yang berusaha untuk berubah dan memperbaiki sektor ekonominya dengan tujuan mempertingkatkan prestasi seimbang dengan negaranegara yang lebih maju di dunia melalui pembukaan pasarannya kepada pelabur antarabangsa. • bank dunia klasifikasikan ekonomi yang keluaran negara kasar per kapita $9,656 & ke atas sebagai negara berpendapatan tinggi • Contoh negara pasaran menimbul sehingga 2004, terdapat 43 buah negara seperti Vietnam, China, India, Argentina, Mexico dan lain-lain. • pasaran menimbul tidak semestinya miskin @ kecil • pasaran menimbul adalah penerima pelbagai program sokongan kewangan antarabangsa untuk tingkatkan taraf ekonomi contoh: Bantuan dari IMF • pasaran menimbul juga telah membentuk kumpulan niaga sesama mereka contoh: Mercosur (the southern cone common market) 19

iii. NASIONALISASI
• merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil alih pemilikan sesebuah firma asing & menjadikan firma tersebut sebagai milik negara • jenis nasionalisasi termasuklah:  expropriation • pampasan diberi  confiscation • tidak ada pampasan

iv. LOKALISASI
• • satu bentuk strategi yang biasa digunakan oleh syarikat multinasional untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang sesuai dengan negara tempatan mengambil kira soal-soal tempatan seperti kebudayaan , citarasa, bahasa, penggunaan modal, bahan mentah dan tanggapan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan. Contoh Mc Donald tidak menawarkan Beef Burger di India.

20

v. GLOKALISASI
• Merujuk kepada penciptaan atau pengedaran produk untuk pasaran global tetapi disesuaikan untuk menepati undang-undang atau budaya setempat pasaran yang dimasuki. • Gabungan daripada globalisasi dan lokalisasi. • Mengeluarkan dan mengedarkan produk global dan disesuaikan untuk pasaran tempatan mengikut undang dan budaya sesebuah negara. Contohnya Pizza Hut menyediakan pizza perisa mengikut selera tempatan. • Menggunakan teknologi komunikasi elektronik seperti internet untuk menyediakan perkhidmatan tempatan yang berbentuk global.

21

a. Cabaran Syarikat Multinasional • Struktur dan Kawalan • Politik dan Undang-Undang • Ekonomi • Sosiobudaya dan Pengurusan Rentas Budaya • Perubahan Teknologi • Pasaran Kewangan

22

SYARIKAT MULTINASIONAL (SMN)
• Organisasi yang melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan di peringkat antarabangsa dengan tahap penglibatan yang tinggi. • Merupakan syarikat yang bersaiz besar, beroperasi di banyak negara, di mana syarikat bukan sahaja menjual produk mereka di pasaran luar tetapi juga mengeluar, menjalankan penyelidikan, melatih pekerja tempatan serta membangunkan produk baru di pasaran yang mereka masuki. • Mempunyai sumber kewangan dan tenaga manusia yang besar, dapat mengawal seluruh aktiviti syarikat di seluruh dunia. Contoh : Coca Cola, Tesco, Sony, Nestle, Hyundai

23

b. CABARAN SYARIKAT MULTINASIONAL
i. STRUKTUR DAN KAWALAN – Struktur: Merujuk kepada struktur organisasi yang akan diubahsuai mengikut cara sesebuah organisasi itu beroperasi di tempat yang berbeza – Kawalan: cara kawalan yang asas mewujudkan objektif kawalan, mengadakan piawai pengukuran dan penilaian mengikut keperluan setempat termasuk sosiobudaya, keadaan ekonomi, politik dan undang-undang dsb. – harus membuat perubahan mengikut keadaan semasa sesuatu negara supaya operasi dapat berjalan dengan lancar. – antara masalah yang mementingkan penstrukturan: • konflik antara bahagian-bahagian berkenaan bidang kuasa • kegagalan operasi asing dari segi perancangan & jangkaan • kurang kawalan kewangan ke atas operasi luar negara • pertindanan tugas di kalangan kaki tangan • kemudahan pengeluaran tidak dioptimumkan • pertindihan tugas antara pejabat jualan dengan jurujual di sesuatu kawasan • pertambahan dalam bilangan pengedar • rungutan pelanggan ke atas perkhidmatan operasi di luar negara

24

- Pemilihan struktur organisasi yang sesuai adalah penting kerana ianya merupakan satu bentuk mekanisma kawalan yang utama. - Kepentingan aktiviti kawalan : • Menjamin operasi berjalan dengan lancar • Mengelakkan kerugian dan mengukur kejayaan sesuatu perancangan.

25

– Pendekatan kawalan yang diamalkan boleh diperolehi dengan: • Centralization ( pemusatan kuasa ) - aktiviti dikawal selia oleh ibu pejabat (menegak) – Lambat, tak serasi dengan budaya negara lain • Decentralization ( pemencaran ) - anak syarikat bebas bertindak mengikut kesesuaian persekitaran (mendatar) – Sukar dikawal

26

ii. POLITIK DAN UNDANG-UNDANG
• berlaku semasa campurtangan oleh kerajaan tuan rumah untuk jaga kepentingan negara • polisi & undang-undang bercanggah dengan negara asal • untuk mengawal persaingan dengan syarikat domestik negara asal • paksaan untuk menjayakan program tempatan • syarat yang dikenakan untuk menggunakan bahan mentah tempatan • penyekatan aliran keluar keuntungan dari operasi (sebahagian % disyaratkan dilabur semula) • peraturan perdagangan yang ketat (tarif & bukan tarif disebabkan prosedur) • dasar keutamaan oleh kerajaan tempatan • cukai korporat yang tinggi

27

iii. EKONOMI
• persaingan dengan syarikat tempatan oleh syarikat multinasional boleh menjejaskan ekonomi tempatan; maka sekatan dibuat • kawalan ke atas import; duti import yang tinggi • boleh jejaskan imbangan perdagangan tempatan; jadi sekatan dalam aktiviti pelaburan langsung • kes bagi SMN untuk keluar dari sesuatu negara kerana nilai pelaburan yang banyak • kemerosotan ekonomi (kawalan aliran keluar matawang)

28

iv. SOSIOBUDAYA DAN PENGURUSAN RENTAS BUDAYA
• Sosiobudaya: kombinasi lebih daripada dua budaya yang berlainan • Pengurusan rentas budaya: merujuk kepada aspek-aspek perbezaan dalam budaya dan kerumitan dalam pengurusan yang disebabkan oleh latarbelakang budaya yang berlainan • kesukaran dalam mengadaptasikan sesuatu budaya yang bukan menjadi kebiasaan diri • konflik antara budaya SMN dengan pekerja tempatan • masalah komunikasi • penjejasan identiti negara (penjajahan budaya)

29

v. PERUBAHAN TEKNOLOGI
• pengimportan teknologi memakan belanja yang banyak (dari negara asal) • hak cipta (teknologi ditiru) • masalah dalam mengikuti perubahan semasa (teknologi maklumat)

vi. PASARAN KEWANGAN
• • Pasaran kewangan dapat mempengaruhi kadar tukaran mata wang Kadar tukaran mata wang – kadar yang digunakan untuk menukarkan mata wang sesebuah negara ke dalam mata wang negara lain Kadar tukaran mata wang boleh memberi kesan kepada permintaan barangan dan perkhidmatan sesebuah negara Campurtangan kerajaan sesebuah negara dlm menetapkan nilai mata wang negaranya, cth: Malaysia

30

3.4 GALAKAN DAN SEKATAN PERDAGANGAN
a) Galakan Perdagangan Antarabangsa - pemasaran antarabangsa - blok dan organisasi PAB - kemudahan PAB - dagangan balas - lain-lain galakan kerajaan g) Sekatan- sekatan Perdagangan Antarabangsa - tarif - bukan tarif

31

a. GALAKAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
i. Pemasaran Antarabangsa • Pemasaran ialah proses perancangan dan perlaksanaan konsep, perletakan harga, promosi dan pengedaran produk untuk mewujudkan pertukaran yang boleh memuaskan individu dan organisasi yang melampaui sempadan politik sesebuah negara. • Pemasaran antarabangsa ialah aktiviti-aktiviti pemasaran yang dijalankan di peringkat antarabangsa. • Menjalankan pemasaran peringkat antarabangsa adalah lebih rumit kerana wujud perbezaan dari aspek : • Ekonomi • Politik dan Undang-Undang • Budaya dan adat resam • Agama

32

MATRADE

– The Malaysia External Trade Development Corporation @ Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia. – Ditubuhkan pada tahun I Mac 1993 di bawah Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa. – Merupakan satu agensi promosi perdagangan luar negara.

33

Peranan MATRADE

• • • • • • •

Memperkenalkan, mewujudkan dan membangunkan perdagangan luar negara dengan penekanan kepada eksport barangan siap dan separuh siap Merangka dan melaksanakan strategi pemasaran Menyediakan sistem maklumat pasaran yang menyeluruh Memastikan keupayaan bersaing di peringkat antarabangsa bagi keluaran Malaysia Menasihati kerajaan kepada perkara yang berkaitan dan bertindak sebagai agen kepada kerajaan, individu atau organisasi berkaitan perdagangan luar negara. Membangunkan, mempromosikan dan memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan perdagangan. Mewakili Malaysia dalam forum antarabangsa berkaitan dengan perdagangan.

34

ii. Blok Perdagangan Antarabangsa – WTO (World Trade Organization) • Sebelum ini dikenali sebagai GATT (General Agreement on Tariffs and Trade) • Objektif penubuhan ialah untuk meliberalisasikan perdagangan dengan menghapuskan tarif, subsidi, kuota import dan lain-lain halangan perdagangan. • Ditubuhkan pada 1947 dengan anggota seramai 19 buah negara dan meningkat menjadi lebih 140 negara (2006). • Pengurangan tarif dilakukan dengan berperingkatperingkat menerusi pusingan rundingan bermula pada 1986 hingga 1993 • Setiap pusingan akan membincangkan pengurangan tarif.
35

- AFTA (ASEAN Free Trade Area/Kawasan Perdagangan Bebas) • Keputusan penubuhan sewaktu Sidang Kemuncak Ke 4 ASEAN pada 1992. • Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN pada September 1994 bersetuju pelaksanaan sepenuhnya pada 2008 dipercepatkan kepada 2003 secara berperingkat-peringkat. • Tujuan penubuhan • Meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN dengan melaksanakan pasaran bebas • Pasaran bebas - ini bermaksud barangan ASEAN boleh menembusi pasaran negara anggota tanpa sebarang tarif @ tarif yang minimum iaitu 0 hingga 5% • Meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang berdaya saing dan memenuhi pasaran global
36

- NAFTA (North America Free Trade Agreement Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara) • Pada 1988 perjanjian perdagangan bebas antara AS dan Kanada di tandatangani dan mula beroperasi pada 1 Jan 1989 • Dianggotai Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico • Tujuan: • Hapuskan halangan tarif dikalangan negara anggota menjelang 1989 • Pada 1991 A.S. Kanada dan Mexico mengadakan rundingan untuk tubuhkan NAFTA • 1 Jan 1994 NAFTA dikuatkuasakan

37

• EC (European Community/Kesatuan Eropah)
– Awalnya dikenali European Economic Community (EEC) dalam perjanjian Rome. – Pada 1967 dikenali sebagai EC hasil gabungan antara European Coal and Steel Community (ECSC), European Atomic Energy Community (EURATOM) dan EEC – Pada I Jan 1994 menerusi Perjanjian Maastricht EC telah ditukar namanya kepada European Union (EU) – Dianggotai oleh Belgium, Perancis, Italy, Luxemburg, Belanda, German, Denmark, Ireland, UK, Greek, Sepanyol dan Portugal. – Menerusi perjanjian ini 4 elemen yang digariskan ialah: a. Mewujudkan satu matawang tunggal b. Polisi pertahanan dan hal ehwal negara yang seragam c. Satu kerakyatan d. Parlimen EU yang berkuasa

38

• APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation/Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik) – Ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia. – Negara anggota: ASEAN, A.S., Kanada, Mexico, Chile, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong dan Papua New Guinea. – Tujuan penubuhan : Memajukan perdagangan bebas, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik dan mengeratkan kerjasama ekonomi antara negara anggota.

39

• ASEAN (Association of Southeast Asia Nation) Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan anggota terdiri daripada negara-negara ASEAN. Dianggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, laos, Myanmar, Vietnam dan Kemboja Tujuan Penubuhan: – Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kemajuan sosial dan perkembangan budaya di rantau Asia Tenggara – Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik – Menyediakan bantuan antara satu sama lain – Meningkatkan taraf hidup penduduk negara anggota melalui kerjasama dalam pertanian, perusahaan dan perdagangan. – Mengadakan hubungan yang erat dan menguntungkan dengan persatuan antarabangsa dan serantau. – Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, budaya teknikal, saintifik dan pentadbiran. – Menggembleng tenaga untuk memanfaatkan bidang industri dan pertanian serantau dan memperluaskan 40 aktiviti perdagangan.

iii. Kemudahan PAB
b) ZON PERDAGANGAN BEBAS
– Dibentuk untuk memudahkan urusan perniagaan antarabangsa dengan menyediakan kemudahan dan pelbagai insentif.

Contoh di Malaysia: AFTA: Membentuk kawasan perdagangan bebas utk pemprosesan pertanian dan barangan pertanian seperti pengurangan tariff dari 0 hingga 5% cth: AFTA

41

MSC (Multimedia Super Corridor/Koridor Raya Multimedia) Merupakan satu tempat di mana syarikat-syarikat di seluruh dunia berkumpul untuk menguji teknologiteknologi mereka dan menyediakan diri untuk menghadapi cabaran masa depan. – Merupakan satu strategi untuk mencapai wawasan 2020 – Bertujuan untuk menggalakkan inovasi dan rekacipta teknologi moden dan mempercepatkan pemindahan teknologi. – Meliputi kawasan seluas 50 kilometer panjang dan 15 kilometer lebar bermula dari KLCC hingga KLIA. – Mengandungi 2 buah bandar pintar (Smart City) iaitu  Putrajaya yang akan menjadi pusat pentadbiran baru.  Cyberjaya yang akan menempatkan industri multimedia, pusat penyelidikan dan pembangunan, 42 Universiti Multimedia dan ibu pejabat syarikat-

-

- Fungsi MSC: - Menarik syarikat bertaraf dunia dan berasaskan teknologi ke Malaysia dan seterusnya membangunkan industri tempatan - Menawarkan persekitaran yang produktif dan baik supaya rangkaian nilai multimedia berbentuk barangan dan perkhidmatan dapat dikeluarkan dan disalurkan ke selruh dunia - Membentuk sebuah kawasan yang cemerlang dengan keupayaan spesifik multimedia, teknologi, infrastruktur, pembentukan undang-undang, polisi dan sistem bagi mencapai kelebihan bersaing. - Tempat untuk mereka cipta baru dengan menjalankan penyelidikan dalam bidang teknologi multimedia. - Membawa seluruh masyarakat ke era teknologi maklumat - Membentuk dunia era baru dengan kemudahan rumah bestari, bandar bestari, sekolah bestari, kad bestari dan rakan kongsi bestari.
43

i. –

Dagangan Balas Urusniaga tukar barang dimana pengeksport menerima keseluruhan atau sebahagian pertukaran dalam bentuk barangan yang dikeluarkan oleh pengimport Contoh: Perdagangan antara Malaysia dan India dimana Malaysia mengeksport minyak kelapa sawit ke India sementara India membayar dalam bentuk wang dan tekstil

44

v. Lain – lain Galakan Kerajaan
• GALAKAN CUKAI – Contoh: elaun cukai pelaburan – Insentif ini menyediakan elaun pelaburan sehingga 60% daripada perbelanjaan modal selama 5 tahun • PENGECUALIAN CUKAI – Kelonggaran untuk tidak membayar cukai seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa – Contoh: pengecualian cukai terhadap pendapatan dari royalti. • PEMBIAYAAN EKSPORT – Contoh: Skim pembiayaan semula kredit eksport – Skim ini memberi kemudahan kepada pengeksport untuk mendapatkan dana segera bagi mengeksport produk yang dijual secara kredit
45

• TARAF PERINTIS – Pengecualian cukai selama lima tahun akan diberi kepada syarikat yang berjaya mendapat status perintis • SUBSIDI – Sejumlah bayaran yang dibayar oleh kerajaan terus kepada pengeluar untuk mengurangkan bebanan kerugian daripada penjualan produk di peringkat antarabangsa – Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih murah atau lebih menguntungkan syarikat berkenaan

46

• KEMPEN BELILAH BARANGAN MALAYSIA – Kempen yang diusahakan oleh pihak kerajaan bagi menggalakkan pembelian dan penggunaan barangan buatan Malaysia di negara luar – Tujuan kempen untuk  membangun dan mengembangkan sektor perindustrian dan perkilangan serta keupayaan mengeksport lebih banyak barang-barang keluaran dalam negara ke pasaran luar

47

• SKIM JAMINAN EKSPORT – Skim yang ditawarkan oleh kerajaan untuk meningkatkan pengeksportan dan membantu firma bersaing secara efektif di peringkat antarabangsa – Potongan berganda terhadap perbelanjaan promosi eksport bertujuan menggalakkan para pelabur mempromosi produk Malaysia di pasaran antarabangsa

48

b.

SEKATAN-SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

• Tarif
Cukai – Bayaran wajib yang dikenakan oleh kerajaan ke atas individu atau syarikat – Berperanan untuk mengagihkan semula pendapatan dan kekayaan negara Levi – Satu bentuk cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan atau organisasi – Cth levi ialah membawa masuk pekerja asing ke dalam negara

49

Bukan Tarif
• KUOTA – Had yang dikenakan terhadap jumlah unit atau nilai sesuatu barangan yang boleh dikeluarkan atau digunakan atau diimport – Kuota import - sekatan yang menghadkan kuantiti sesuatu barangan yang diimport – Tujuan dikenakan ialah untuk mengurangkan saingan terhadap barangan tempatan • EMBARGO – Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau mengeksport sesuatu barangan atau perkhidmatan dari/ke sesebuah negara – Contoh: Malaysia dengan Israel.

50

• SUBSIDI – Bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada individu, unit pengeluaran atau pengeksport samada dalam bentuk bayaran langsung seperti geran atau pinjaman, atau langkah-langkah yang memberikan kesan yang sama seperti bayaran langsung. – Langkah-langkah termasuklah jaminan terhadap harga dan pasaran, khidmat atau kemudahan bantuan dan pemotongan atau pengecualian cukai. – Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih murah dari barangan luar atau lebih menguntungkan syarikat berkenaan • PIAWAIAN – Satu standard kualiti yang dikenakan ke atas produk yang ingin dipasarkan di peringkat antarabangsa. – Jika piawaian yang tinggi dikenakan ke atas produk menjadi penghalang kepada kemasukan produk luar yang tidak mencapai piawaian – (contoh dalam industri makanan, kosmetik, elektronik dsbgnya.)

51

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful