You are on page 1of 3

Polisi KPM

PERANAN IBUBAPA Mengikut Cross, Traub, Shelton et.al 2004 dalam melaksanakan program inklusif yang berkesan,ibubapa perlu : Sentiasa berfikiran positif Menjalin hubungan yang erat dengan guru Mengenalpasti program intervensi yang bersesuaian Menjalin hubungan sesame ibubapa murid khas yang lain Berkolaborasi bersama guru khas, guru aliran perdana, pentadbir sekolah dan pihak luar. Menghadiri kursus dan latihan keibubapaan mendapatkan khidmat sokonganIbubapa perlu menjalinkan hubungan yang mantap dengan guru untuk melaksanakan intervensiyang berkesan bagi mengenalpasti keperluan pelajar dan pengubahsuaian yang berkesan.(Cross,Tranb & Shelton et.al 2004) Sebagai pihak yang paling rapat dengan murid pendidikan khas,ibubapa adalah sumber maklumat yang paling penting bagi guru bagi melaksanakan sesuatu program yang berkesan bagi murid inklusif Menurut Vito L & Valerie Valenti 2010 sebagai salah satu pihak yang bertanggungjawabdengan pendidikan anak mereka, ibubapa juga perlu diinklusifkan di mana mereka perlu terlibatdengan latihan pembangunan staff. Ini adalah relevan kerana sesuatu program inklusif sukar untuk berjaya kerana kekurangan sokongan dan penglibatan dari ibubapa. Jika ibubapa turutterlibat secara tidak langsung dengan program inklusif, maka pelajar dengan sendirinya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran inklusif

PERANAN GURU Peranan guru sebenarnya telah berubah secara dramatic sejak beberapa dekad ini, iaitu berubahdaripada individu yang menyampaikkan ilmu dengan pengajaran secara terus kepada fasilitator dan konsultan (Nancy Disa Turner, 2008). Ini adalah benar kerana sekarang guru bukan sahajasebagai penyampai maklumat namun melangkaui perhubungan yang lebih rumit dan mendalam.Guru menjadi bahan rujukan kepada beberapa aspek dalam kehidupan tidak kira dalam aspek pendidikan mahupun rohani.Selepas keluarga, guru merupakan salah satu pihak yang paling berpengaruh dalam pendidikan murid pendidikkan khas. Mereka berperanan sebagai sumber sokongan yang berterusan kepada ibubapa( Eitan, Rachel & Zohar 2009). Ini adalah kerana sokongan dan perhatian yang guru berikan kepada murid pendidikan khas ini membuka mata ibubapa tentangkepentingan pendidikan inklusif dan memberi sokongan moral kepada mereka.Dalam
melaksanakan pendidikan inklusif yang berkesan guru pendidikan khasmemainkan peranan penting kerana mereka perlu mempunyai pengetahuan unik sebagai amalanyang terbaik bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan konsultasi bersama guru aliran perdana (Lim Kilanowski et.al 2010). Pengetahuan dan pengalaman mereka berinteraksi dan berhubung dengan murid pendidikan khas memberikan mereka kelebihan dalam menjalinkanhubungan dengan guru aliran perdana. Mereka perlu selalu berbincang dan mendapatkan idea bagi mencari jalan penyelesaian tentang beberapa konflik pendidikan inklusif di dalam kelasaliran perdana.Pembelajaran kooperatif

merupakan kaedah pembelajaran yang sinonim dengan pendidikan ink;usif. Ini disokong dengan dapatan yang dikaji oleh Lim Kilanowski et.al 2010yang menyatakan pembelajaran kooperatif merupakan model bagi amalan dalam inklusif yang paling berguna. Dalam pembelajaran kooperatif guru pendidikan khas dan guru aliran perdanaakan berkerjasama di dalam pengajaran dan pembelajaran namun mengikut gaya masing- masingdalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran.Menurut Frederickson et. al 2004 mendapati adalah satu kebiasaan dalam memaparkandefinisi kejayaan inklusif di kalangan guru melibatkan proses inkusif.

Guru mula beberapa bentuk sokongan dan program peningkatan kemahiran bagi masyarakat. Ini adalah penting bagimemastikan semua pihak yang berkenaan memndapat latihan dan pendedahan yang berterusanmengenai program inklusif yang berkesan. Guru juga memainkan peranan yang sangat pentingdalam kejayaan program inklusif (Burrack, Root et.al 1997) yang turut menyatakan ianya ada perkaitan program latihan perguruan yang mereka hadiri sebelum mula mengajar. Komitmenguru dan sekolah dalam menjayakan program inklusif adalah salah satu perkara yang paling penting dalam merealisasikannya. Ini disokong oleh Avramidis et.al 2000 yang menyatakan gurudengan sikap positif adalah disebabkan ilmu pendidikan inklusif dan pendidikan khas yangmereka perolehi semasa program latihan penguruan.Selain itu para guru juga perlu dibina secara professional dan bersedia secara psikologi,social dan sikap supaya dapat menghadapi situasi yang memerlukan mereka menyokong pendidikan inklusif dengan apa cara sekalipun (Mittler, 2000) Ini adalah penting kerana banyak karenah dalam pendidikan inklusif yang perlu mereka hadapi sepanjang karier mereka sebagaiguru inklusif. Karenah birokrasi sekolah, karenah rakan sekerja, karenah murid aliran perdana,karenah murid masalah pembelajaran dan karenah ibubapa adalah perkara yang sering terjadidalam karier sebagai guru. Senario Isu dan Cabaran Pendidikan Inklusif Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan arus perdana merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Namun terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam melaksanakan pendidikan Inklusif secara sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan Alozzine, 1982). Selain itu juga kajian Mohd Najib, 2006 yang meninjau pendapat guru Pendidikan Khas berkaitan pendidikan Inklusif mendapati cabaran dan isu yang dihadapi sering dihadapi termasuklah: a. Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam kelas inklusif. b. Penyelarasan pengajaran: Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran

daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa dengan kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid. c. Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program khas pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran. d. Beban tugas : Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan lain-lain apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia memberi gambaran yang negatif kepada guru lain sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak bekerjasama. e. Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid Pendidikan Khas yang jauh terasing, atau ditempat yang tidak selesa seperti dibawah tangga, dekat dengan kantin, dan bilik yang terlalu kecil. Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak mencukupi. f. Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu mereka diberikan tugas lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain. g. Hubungan dengan ibubapa yang mempunyai anak istimewa: Ibubapa kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh, tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa dengan guru. Hal ini adalah disebabkan ibubapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka.

You might also like