You are on page 1of 35

PE RAN AN IB U BAPA,

GUR U, MA SYARAK AT D AN
KERAJ AA N DAL AM
PE MBAN GU NAN PEL AJ AR
MENUR UT FAL SAF AH
PE NDIDI KAN
KEB AN GSAA N
PENGENALAN
 Malaysia kini berada pada peringkat pertengahan dan sedang
memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai
Wawasan 2020.
 Fasa tersebut juga telah mengetengahkan bidang pendidikan
yang masih memerlukan penambahbaikan dan perhatian
khusus agar dapat melakukan lonjakan terakhir untuk
mencapai status negara maju yang dicita-citakan dalam
Wawasan 2020.
 Pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak
bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta
kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam
pelbagai jenis pekerjaan.
 Pelajar-pelajar ini akan dilengkapi dengan kemahiran,
komunikasi berkesan, kebolehan mengunakan ICT dengan
baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu
bertindak secara rasional; mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat; mempunyai nilai yang tinggi serta berupaya
menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.
FALSAFA H P EN DID IKA N
KEB AN GSA AN
 Falasafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dulunya disebut Falasafah
Pendidikan Negara (FPN) merupakan
dasar kepada pendidikan di Malaysia.
 Intipati utama dalam FPK ini ialah
melahirkan insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelaktual
(JERI).
“Pendidikan di Malaysia adalah satu
usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyakat dan negara”.
 Falsafah ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan di
Malaysia mempunyai matlamat untuk menggilap potensi
setiap pelajar mengikut kekuatan masing-masing.

Intelek Rohani

Seimbang

Harmonis
Ilmu Tanggungjawab dan
Insan

dan
Pengetahuan Sumbangan kepada Masyarakat
Akhlak Mulia

Jasmani Emosi
 Darisegi falsafah, maksud pendidikan
ialah satu proses memanusiakan
manusia, iaitu proses memupuk dan
meningkatkan kesedaran dalam diri
manusia (conscientization) tentang fizikal
dan metefizikal (Tuhan, manusia dan
alam).
1. War ga negara M ala ysia
yang b aik
 Percaya dan patuh kepada Tuhan.
 Berilmu pengetahuan.
 Berakhlak mulia.
 Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,
agama dan negara.
 Berbakti dan memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara.
 Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
2. Uns ur in te lek
 Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa
kepada kebenaran.
 Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif.

 Daya pemikiran yang logik dan analitis.

 Ilmu yang bermanfaat.


3. Uns ur ro han i d an em osi
 Keyakinan terhadap Tuhan.
 Kepercayaan beragama.

 Kemantapan jiwa.

 Penghayatan nilai-nilai murni dan norma


masyarakat.
 Berbudi pekerti mulia.

 Berbakti dan berkorban.


4. Uns ur ja sma ni
 Kecergasan fizikal dan kesihatan diri.
 Dapat menggunakan anggota dan
tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan
hidup bermasyarakat.
Samb..
 Jelaslahbahawa Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berteraskan kepada
konsep kesepaduan antara jasmani,
emosi, rohani dan intelek yang
sebenarnya juga berteraskan kepada
pendidikan agama adalah memberi
fokus kepada usaha pembangunan
manusia.
PE MBA NG UNA N PELA JAR
 Konsep pembinaan insan sekaligus telah
meletakkan pendidikan Malaysia ditahap yang
istimewa kalau dibandingkan dengan sistem
pendidikan negara-negara lain.
 Potensi rohani dapat dibina secara khusus melalui
penghayatan dalam mata pelajaran agama Islam.
 Potensi emosi dapat dibina melalui pendidikan moral
dan semua mata pelajaran yang lain.
 Potensi intelek akan terbina menerusi maklumat dan
ilmu pengetahuan.
 Potensi jasmani dapat dibina melalui aktiviti-aktiviti
latihan fizikal dan ko-kurikulum.
OB JEKTIF PEM BA NGU NAN
PE LAJAR
 Bagi memastikan semua rakyat dapat membaca,
menulis dan mengira.
 Bagi melengkapkan individu dengan kemahiran
intelek dan psikologi yang perlu, berserta dengan
tabiat kerja yang betul.
 Bagi memupuk sikap yang sesuai pada pekerjaan,
hormat dan cinta sesama manusia dan
bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.
 Bagi menyuburkan warisan dan kebudayaan
kebangsaan.
 Bagi membentuk moral budi pekerti yang dapat
diterima oleh masyarakat selaras dengan
pegangan agama.
PE RAN AN IB U BAPA
 Peranan dan tanggunggjawab para ibu bapa banyak dan
berat untuk dipikul dan dilaksanakan.
 Memerlukan kesediaan dari pelbagai aspek.
 Untuk menghasilkan anak-anak yang baik akhlaknya, ibu
bapa juga seharusnya terlebih dahulu memiliki akhlak
yang baik.
 Semua ini dapat dilaksanakan melalui contoh dan
tauladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-
anak.
Jas mani
 Ibu bapa perlu mengajarnya berenang, memanah
(menembak) dan menunggang kuda sebagai asa
pembinaan jasmani.
 Diriwayatkan oleh Thabrani dengan sanad jayid bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda : “ Segala sesuatu yang tidak
berkaitan dengan zikir, maka itu adalah senda gurau
belaka, kecuali empat perkara : berjalannya seseorang
antara dua tujuan (memanah), latihan menunggang kuda,
bersenda gurau dengan isterinya dan belajar berenang.”
 Jasmani anak akan tumbuh dengan kuat, tempoh
membesar merupakan tahap terpanjang yang dialami
dalam kehidupan.
 Pertumbuhan otot dan tulang serta pertumbuhan jasmani
berkembang adalah pada tahap ini.
Emo si
 Bagi membentuk emosi yang stabil di kalangan anak-
anak, asas-asas pembinaan perasaan perlulah dititik
beratkan.
 Antara asas-asas tersebut adalah kucupan dan kasih
sayang kepada anak. Kucupan mempunyai peranan yang
sangat efektif di dalam menggerakkan perasaan dan
kejiwaan anak-anak.
 Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a
bahawa dia berkata : “ Rasulullah s.a.w mengucup Hasan
bin Ali r.a (cucu baginda), lalu A’raq bin Habis berkata :
 “ Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh anak namun
aku tidak pernah mengucup salah seorang pun daripada
mereka”. Rasulullah s.a.w kemudian bersabda: “ Siapa
yang tidak menyayangi tidak akan disayangi.”
Rohan i

 Pembinaan ibadah merupakan penyempurnaan dari


pembinaan rohani.
 Ibadah memberikan santapan kepada akidah dengan
rohnya.
 Ibadah akan dapat meredakan gelodak kejiwaan dan
mengendalikan hawa nafsu sehingga jiwanya akan lurus
melalui munajat Allah S.W.T.
 Ibadah yang paling asas yang perlu diajar oleh ibu bapa
kepada anak-anak adalah solat.
 Mengajak melakukan solat disampingnya, Ibu bapa juga
perlu menerapkan aspek pembinaan akhlak ke dalam
jiwa anak-anak.
 Menerapkan nilai dan adab pada anak2 seperti adab
bercakap dengan kedua ibu bapa, adab berjiran, adab
pergaulan dan semua adab di dalam kehidupan
seharian.
Inte le k

 Ibu bapa adalah individu2 yang paling hampir dengan anak2


sebelum anak-anak itu melangkah ke alam persekolahan.
 Rasulullah s.a.w sendiri meletakkan tanggungjawab pendidikan
anak-anak di atas bahu kedua orang tua. Kedua2nya yang
memberikan pengaruh yang kuat kpd anak.
 Ibu bapa juga wajib memberikan pendidikan untuk meneguhkan
akidah anak-anak.
 Mengajar anak-anak mengenal Allah melalui persekitaran, alam
semulajadi dan setiap kejadian ciptaan Allah.
 Menyediakan pelajaran dan pendidikan yang sempurna kepada
anak-anak. Pendidikan ini haruslah diberikan sejak awal usia.
 Ibu bapa juga bertanggungjawab untuk membetulkan kesalahan
atau kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
PE RAN AN G UR U
 Guru mempunyai pengaruh yang besar terhadap
keberkesanan sesuatu pendidikan.
 Keperibadian dan amalan pengajian guru mempunyai
boleh mempengaruhi minda dan jiwa pelajar.
 Pelajar akan mudah terpengaruh dengan sikap dan
penampilan guru berbanding dengan orang lain.
 Guru juga memainkan peranan penting dalam usaha untuk
memperkembangkan potensi pelajar secara bersepadu
bagi mewujudkan insan yang seimbang daripada segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
 Keempat-empat unsur ini boleh diterapkan melalui proses
pembelajaran dan pengajaran semasa di sekolah.
Jas mani
 Guru adalah tenaga penggerak yang berperanan
membangunkan jasmani pelajarnya.
 Bersukan dan melakukan aktiviti fizikal dapat menyihatkan
badan dan meningkatkan staminanya,
 Dapat melahirkan pelajar yang produktif dan
cergas dalam bidang akademik.
 Pendekatan yang boleh diguna pakai oleh guru-guru,
antaranya ialah :
 Pendedahan :kepentingan pendidikan jasmani kepada
pelajar-pelajarnya.
 Dorongan : mendorong dan menjadi penasihat para pelajar
untuk melakukan aktiviti sukan.
 Organisasi : pendedahan kepada pelajar untuk mengurus
kegiatan sukan.
Emo si
 Kekuatan-kekuatan yang perlu ada pada seorang
guru ialah kebolehan untuk mengurus dan
menangani emosi negatif.
 Seorang guru yang ceria, penyayang dan riang akan
menghasilkan pelajar yang ceria, penyayang, riang
dan sebaliknya.
 Tahap EQ guru akan menentukan tahap pencapaian
EQ dalam kalangan pelajar melalui pengwujudan
suasana bilik darjah yang menyokong
perkembangan emosi secara sihat.
Rohan i
Beberapa peranan yang harus dimainkan
oleh guru dalam usaha membentuk unsur
kerohanian dalam jiwa setiap pelajarnya.
Antaranya :
 Menanamkan asas keagamaan yang kukuh di kalangan anak
didik.
 Menanam minat beragama, kasih dan sensitif kepada agama.
 Membasmi kejahilan beragama berasaskan Pendidikan
Islam.
 Melahirkan jaitul Qur’an di kalangan murid.
 Membenteras kemungkaran dan kesesatan di kalangan murid
dengan cara yang terbaik.
 Membentuk iklim sekolah dengan nilai-nilai Islam atau “iklim
dini”.
Inte le k
 Tugas guru bukan sahaja mengajar, tetapi juga mendidik,
membentuk sikap, nilai dan akhlak manusia, contoh ikutan
dan pandangan baru yang boleh membawa kepada
perubahan dan kemajuan.
 Guru juga perlu bertindak sebagai pemberi galakan dan
bimbingan kepada pelajarnya untuk mencapai kemajuan.
 Guru juga harus lebih banyak memberi pendedahan dan
penekanan mengenai pelbagai aspek pemikiran agar
pelajar-pelajar ini dapat berfikir dengan lebih kreatif dan
kritis.
 Untuk merealisasikan kaedah ini,guru perlu sentiasa
memikirkan cara-cara memperbaiki dan memajukan diri
untuk menjadi pendidik yang berkesan
PERANAN MASYARKAT

 Masyarakat memainkan peranan yang penting


dalam pembangunan pelajar. Ini kerana pelajar
juga merupakan anggota masyarakat.
Runtuhnya pembangunan pelajar sesebuah
negara itu bermakna masyarakatnya juga
runtuh. Sebelum kita melihat keruntuhan para
pelajar kita wajiblah bagi masyarakat bertindak
untuk membangunkan muda-mudi masa kini
yang seimbang dari segi rohani, jasmani,
emosi dan intelek berdasarkan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Jasmani

 Mengatur aktiviti sukan rekreasi dalam bentuk


pertandingan atau persembahan.
 Mengadakan minggu pendidikan jasmani dan
sukan.
 Mengadakan aktiviti mingguan yang
mencergaskan minda dan fizikal seperti senam
robik setiap hari Ahad khusus untuk penduduk
setempat termasuk pelajar.
Emosi
 Tanggapan dan persepsi masyarakat yang
memandang negatif terhadap golongan remaja perlu
dikikis dan dibuang agar golongan ini dapat
memperbaiki kesilapan diri mereka dan kembali
semula ke pangkuan masyarakat.
 Mengambil berat akan masalah yang dihadapi oleh
individu tersebut. Hal ini tidak langsung dapat
mengawal emosi pelajar dan dia merasakan bahawa
ada orang yang prihatin terhadap dirinya.
 Mengadakan seminar kepada pelajar-peljar
bagaimana untuk menangani masalah yang
berkaitan dengan emosi.
Rohani
 Masyarakat Islam itu sendiri perlulah
mempersiapkan diri dengan ilmu dan akhlak yang
mulia. Jika diri setiap individu telah dipenuhi dengan
akhlak yang baik maka secara totalnya perhubungan
sesama manusia akan menjadi baik.
 Secara automatik setiap umat Islam akan tahu
tanggungjawab mereka kepada ibu-bapa, saudara-
maranya, jiran tetangganya dan lain-lain lagi.
 Seterusnya akan membentuk sikap suka menolong
orang, cinta kepada Allah, cinta kepada kebaikan
dan benci kepada kejahatan. Seandainya
perkembangan akhlak telah baik maka perhubungan
persaudaraan juga menjadi baik. Maka keadaan
sesebuah negara akan juga menjadi baik dan
sempurna.
Intelek
 Menyumbangkan idea dan kepakaran
mereka untuk membentuk pembangunan
selain dari ilmu untuk tatapan golongan
lain bagi memandu ke arah kehidupan
yang sempurna di dunia dan juga di
akhirat.
PERANAN KERAJAAN

 Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada


ibu bapa dan pelajar.
 Seperti meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah,
aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan.
 Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu
pengetahuan pelajar.
 Seperti Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM
supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi
(higher order thinking skills)
 Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan.
 Seperti Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai
jenis kemahiran hard and soft skills
Samb..
 Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya
lebih holistik.
 Memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian
 Memantapkan program kokurikulum dan sukan
 Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih
lengkap di sekolah, pusat kokurikulum, kolej matrikulasi
dan IPG
 Memperkukuh disiplin pelajar
 Menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala
Disiplin Murid dan Sekretariat Tetap menangani gejala
salah laku murid
Samb..
 Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah
disiplin
 Mempelbagaikan saluran aduan terus
 Memantapkan kurikulum
 Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral, serta Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
 Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi
 Pelaksanaan aktiviti dengan pelbagai agensi
 Menyediakan peruntukan yang besar untuk bidang
pendidikan dalam bajet tahunan 31 Bilion untuk 2009
Samb..
 Meningkatkan jumlah institut pengajian tinggi
awam (IPTA) kepada 17 buah
 Meningkatkan pengambilan pelajar jurusan
sains di IPTA
 Memastikan sekolah di bandar atau luar
bandar mempunyai makmal komputer
sebagai persediaan awal
 Menyediakan kemudahan pendidikan agama
untuk membentuk masyarakat yang
bertanggungjawab kepada agama, bangsa
dan negara
Samb..
 Pendidikan prasekolah Kementerian Pendidikan
yang diperkenalkan
 Sekolah bestari juga diwujudkan dengan
pengajaran dan pembelajaran dilakukan menerusi
bantuan teknologi komputer
 Memperkenalkan pengajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris di sekolah mulai tahun
2002
 Memperuntukkan lebih RM773 juta setiap tahun
untuk belanja mengurus bagi meningkatkan lagi
kualiti guru di seluruh negara
KESIMPULAN
 Sesungguhnya anak bangsa atau pelajar
kita merupakan generasi pemimpin
Negara pada masa akan datang.
Bagaimanakah corak dan cara
pemerintahannya, adalah bergantung
pada peranan kita semua dalam
menentukannya.
SITI NA ZI RAH BINTI A B. W AH AB
(P48718)
SITI ZU BA IDA H BI NTI INGSA
(P48581)
SU RY AT EE BI NTI ABD RA SH ID
(P48696)
SEKIAN,
DI SEDI AKAN OLEHTERIMA
: KASIH.
NUR AI NI BINTI AB DU L RASH ID
(P48576)
SI TI NAZ IRA H B INTI AB. WA HA B
(P48718)
SI TI ZU BAI DAH BINT I ING SA
(P48581)
SU RYA TEE BINT I AB D RAS HI D
(P48696)

You might also like