You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Pada 20 Januari 1874, Perjanjian Pangkor telah ditandatangani di antara Sultan Perak dan pihak British di atas Kapal H.M.S Pluto di perairan Pulau Pangkor.Ini melambangkan permulaan proses pemerintahan British di negeri negeri Melayu. Bagi Cowan campur tangan ini penting bagi mengelak penglibatan kuasa-kuasa eropah yang lain melibatkan diri dalam politik di semenanjung Tanah Melayu yang tidak stabil. 1Campur tangan ini penting bagi mengelak penglibatan kuasa-kuasa eropah yang lain melibatkan diri dalam politik di semenanjung Tanah Melayu yang tidak stabil. Tindakan British adalah bersifat strategik iaitu British cuba mengelak daripada berkonflik dengan Siam. Akibat campur tangan tahun 1874 ini menyebabkan banyak perubahan penting yang berlaku. Cowan juga memberikan komentarnya tentang perjanjian pangkor :

SIR ANDREW CLARKE, who succeeded Sir Harry Ord as Governor of the Straits Settlements at the end of 1873, was a man of action, impatient of procedure by enquiry and report. After making some preliminary enquiries he took it upon himself to initiate a form of intervention in the affairs of some of the Malay States without first consulting the Colonial Office. In January 1874 he called a meeting of some of the Perak chiefs and of the Chinese leaders. ( C. D Cowan, 1961

http://www.questia.com/read/91879797/nineteenth-century-malaya-the-origins-of-british

2.0 PERBINCANGAN 2.1 Kedudukan Sultan Dalam konteks masyarakat Melayu tradisional, struktur politik dapat dikatakan sebagai sesuatu yang berkaitan dengan segala bentuk pemerintahan dan pentadbiran dalam masyarakat Melayu.Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Sultan, Pembesar Peringkat

Negeri.Pembesar Peringkat Daerah dan jajahan dan Penghulu Peringkat Kampung mempunyai kewibawaan dan kuasa di kawasan masing masing.

Rajah 1 : Sistem Pembesar Empat Lipatan

Selepas tahun 1874,struktur politik Melayu berubah dengan begitu ketara sehingga kuasa dan kedaulatan politik Melayu terjejas. (Sheela

Abraham.,1993.)2

Perubahan perubahan yang dibawa oleh pihak British sangat melemahkan kedudukan, kadaulatan dan kewibawaan Sultan.

Sebelum Campur tangan British, secara teorinya sultan atau raja merupakan pentadbir yang mempunyai kuasa mutlak. 3 Baginda

mempunyai kuasa dan kewibawaan untuk menjalankan pemerintahan dan pentadbiran di dalam negeri serta seluruh tanah jajahan takluknya. Sultan menjadi wakil dalam hal ehwal luar dan dalam negeri dan pentahanan,sertamenjadi lambang penyatuan dan kebesaran negeri. Sebagai tulang belakang kerajaan, Sultan bertanggungjawab dalam menyatupadukan rakyat dan memelihara keamanan serta kemakmuran negerinya. Selepas tahun 1874, iaitu selepas campur tangan British sultan dan institusi kesultanan dikekalkan walaupun British telah memperkenalkan Sistem Residen. Terdapat satu perubahan jelas pada institusi kesultanan ini selepas tahun 1874,yang menunjukkan sultan tidak langsung mengambil bahagian yang aktif dalam kerajaan sendiri. Sultan dikatakan terpisah terus daripada bidang bidang politik dan pentadbiran.ini kerana Residen lebih berkuasa daripada sultan kerana sultan terpaksa meminta nasihat residen sebelum melaksanakan sesuatu perkara. Institusi sistem beraja juga terancam akibat dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British melalui sistem ini. Sultan Melayu juga dilarang memungut cukai, British telah memperkenalkan kaedah pungutan cukai baru yang lebih sistematik. Kehilangan hak untuk mengutip cukai menyebabkan sumber pendapatan sultan terjejas. Sebagai ganti rugi kerajaan British telah memberi pencen yang nilainya lebih rendah daripada hasil pungutan cukai kepada sultan. Sultan hanya berfungsi sebagai pemimpin masyarakat Melayu tanpa kuasa eksekutif atau kuasa perundangan.Sebelum tahun

1874,sultan mempunyai fungsi politik atau pentadbiran misalnya dalam mengesahkan perlantikan dan kewibawaan Pembesar daerah.Selepas
3

Sultan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial dan memiliki segala hak istimewa yang tidak pernah dimiliki oleh orang lain.

tahun 1874, sultan tidak lagi memainkan peranan ini, malah British yang berpengaruh dalam hal ini. Fungsi fungsi kehakiman diambil alih oleh British. Sultan telah kehilangan kuasa atau menjatuhkan hukuman bunuh ke atas pesalahpesalah atas kesalahan membunuh kerana kerajaan British telah memperkenalkan undang-undang berdasarkan kehakiman British. Dalam bidang perundangan jenayah,pihak British telah memperkenalkan dan menubuhkan satu sistem kehakiman dalam mahkamah. Asas sistem ini ialah undang undang jenayah British. British hanya mengekalkan mahkamah tempatan dan undang undang peribadi. Ini bermakna Sultan dan pembesar kehilangan kuasa kehakiman tetapi Penghulu dan Kadi masih mempunyai mahkamah yang bebas tetapi bidang kuasa mereka adalah terhad. Di sini jelaslah bahawa British telah campur tangan dalam bidang kehakiman tradisi Tanah Melayu dan Shuid & Suzani Osman. ( 2004 )4 secara ringkasnya,kita dapat

gambarkan bahawa sultan menjadi seorang pemerintah boneka.( Mahdi

2.2 SISTEM RESIDEN Sebelum campur tangan British atau sebelum tahun 1874, Negeri negeri Melayu mengamalkan sistem pemerintahan beraja, iaitu raja menjadi ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahannya. Raja berkuasa penuh dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.( j.M Gullick,1983 ) Dalam institusi raja ini,tidak terdapat satu sistem percukaian, undang undang mahkamah dan tentera. Semua ini dimasukkan dalam adat tradisi tempatan. Pada tahun 1874, sistem residen diperkenalkan.
4

Mahdi Shuid & Suzani Osman. ( 2004 ). PRA U STPM Sejarah Malaysia. Pearson Malaysia. hlm 68

Sistem Residen mula - mula diperkenalkan pada tahun 1874 di negeri Perak melalui Perjanjian Pangkor. Raja Abdullah bersetujui menerima seorang residen yang akan menasihati Sultan dalam segala hal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Sistem residen ini kemudiannya di perluas di Selangor (1874), Sungai Ujong ( 1874 ),Pahang ( 1888), Negeri Sembilan ( 1895 ) dan Johor ( 1914 ).

Sistem Residen merupkan sistem pemerintahan British secara tidak langsung. Sultan akan memerintah negerinya dengan nasihat seorang pegawai dua British tugas, yang iaitu digelar Residen. Residen ini dan

mempunyai

mengekalkan

keamanan

membangunkan negeri- negeri Melayu di bawah pentadbiran mereka. Pada peringkat awal sistem Residen tidak mempunyai garis panduan yang jelas yang boleh digunakan sebagai panduan untuk

melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan itu. Kejayaan dan kegagalan Sistem Residen bergantung kepada budi bicara

Residen berkenaan dan kerjasama yang diterima oleh mereka daripada Sultan dan pembesar- pembesar negeri. Antara kesan pelaksanaan sistem residen ialah kehilangan kuasa sultan dan golongan pembesar tempatan. Pada asalnya, residen hanya

ditugaskan untuk menasihati sultan dalam urusan pentadbiran, pemulihan keamanan, memajukan ekonomi dan sistem cukai tetapi sedikit demi sedikit, residen telah mengambil alih kuasa sultan sebagai pemerintah negara. Akhirnya, sultan hanya diberi kuasa dalam adat resam dan agama. Pembesar-pembesar tempatan pula telah

kehilangan kuasa mengutip cukai dan mereka hanya diberi jawatan dalam peringkat bawahan pentadbiran British. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam golongan pembesar tempatan dan golongan raja terhadap penjajah British yang mencapai
5

kemuncaknya apabila residen Perak iaitu JWW Birch dibunuh di Pasir Salak.5 Kesan seterusnya ialah ketidakseragaman pentadbiran yang wujud antara negeri-negeri melayu yang melaksanakan sistem residen. Antara masalah yang muncul akibat keadaan ini ialah pembangunan negeri-negeri melayu yang tidak seimbang. Akibat ketiadaan garis panduan yang jelas untuk diikuti oleh residen demi menjalankan tugasnya, mereka terpaksa bertugas mengikut budi bicara sendiri. Dengan ini, setiap negeri melayu di bawah sistem residen telah dikembangkan menurut cara yang berbeza dan terdapat negeir-negeri yang menikmati perkembangan ekonomi yang pesat seperti negeri Sembilan dan Selangor serta negeri seperti Pahang yang sentiasa dilanda masalah kewangan. Pembangunan yang tidak seimbang juga membawa kepada masalah keseragaman infrasturktur seperti

landasan kereta api yang berbeza-beza serta jalan raya yang tidak dihubungkan antara negeri. Ketidakseragaman pentadbran ini juga membawa kepada perbezaan undang-undang antara negeri. Di Perak, residen pertama, iaitu JWW Birch telah mencampuri adat resam melayu dengan mengharamkan penghambaan. Walaupun tindakan beliau tidak diikuti oleh negeri-negeri melayu lain, penentangan yang dicetuskan di negeri Perak akan merebak ke negeri-negeri lain. Pada peringkat asal, kuasa memungut cukai terletak dibawa pembesar melayu. Namun, setelah kedatangan sistem residen, maka kuasa memungut cukai telah dirampas daripada pembesar Melayu.Ini kerana residen dikehendaki mewujudkan satu sistem pungutan cukai yang cekap dengan menyusun semula sistem pungutan cukai dan hasil dalam negeri Hasil cukai dipungut oleh pegawai Kerajaan Inggeris yang dilantik da akan diserahkan kepada Bendahari Negeri negeri Selat dan digunakan untuk kemajuan negeri tersebut.
5

Birch ditentang oleh orang Melayu Perak yang diakhiri dengan pembunuhannya di Pasir Salak pada tahun 1875.

Amalan hamba abdi pun telah dihapuskan oleh seorang residen di negeri Perak dan tindakan ini ditentang hebat oleh pembesarpembesar tempatan. Residen juga campur tangan dalam sistem kehakiman dengan memiliki kuasa untuk melantik majistret. Dengan ini, sistem kehakiman tradisional yan terdiri daripada golongan pembesar dan ketua kampung sebagai hakim telah terjejas. Kedatangan sistem residen telah mencemari adat resam tempatan dengan pengaruh barat dan unsur-unsur residen-residen yang berbeza.

Perlaksanaan sistem residen di negeri Perak mendatangkan pelbagai kesan yang baik dan buruk terhadap tanah melayu. Namun begitu, pelbagai kelemahan dalam sistem ini telah menyebabkan pihak British memperkenalkan system pentadbiran baru bagi memperbaiki kelemahan sistem residen dengan pengenalan kepada

pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.

2.3 KEDUDUKAN PEMBESAR

Sebelum

campur

tangan

British,

pembesar

pembesar

merupakan golongan kedua terpenting dalam struktur politik Melayu. Tugas pembesar ialah mentadbir negeri dan daerah yang dibawah naungan mereka dan berkuasa penuh di kawasan tersebut. Mereka memegang jawatan ini seumur hidup dan akan diwarisi oleh anak mereka setelah mereka meninggal dunia.6Mereka membicarakan kes kes jenayah kecuali kesalahan hukuman mati kerana hukuman mati hanya diarahkan oleh Sultan sahaja.Para pembesar

bertanggungjawab menyediakan pertahanan dan bekalan tentera.

http://sejarahstpmkertas2.blogspot.com/2009/04/contoh-soalan-dan-jawapan-sejarah.html

Pembesar juga bertugas memungut cukai .Kadar cukai ditentukan oleh Pembesar Daerah tersebut dan jumlah hasil yang kutip akan mewakili kekuatan,status dan kekayaan mereka. Sebahagian daripada cukainya akan disembahkan kepada Sultan sebagai ufti atau tanda taat setia. Selepas tahun 1874, kedudukan dan kewibawaan Pembesar semakin lemah. Residen telah mengambil kuasa dan hak memungut cukai. Pungutan cukai telah diambil oleh pegawai British. Apabila hak memungut cukai dilarang ini menyebabkan sumber pendapatan utama pembesar telah terjejas. Ia hanya digantikan dengan elaun dan pencen yang nilainya sangat rendah.

Pembesar juga tidak boleh menyimpan hamba atau menjalankan sistem kerah seperti sebelum tahun 1874. Sistem Kerah masih kekal tetapi dihadkan kepada kerja kerja kerajaan sahaja. Pembesar tidak lagi berhak menggunakan sistem kerah ini untuk kerja kerja persendirian ataupun untuk Sultan.Pembesar juga tidak lagi berkuasa penuh di negeri / daerahnya sendiri. Fungsi ini diambil oleh Pegawai Daerah British. Pembesar tiada kawalan terhadap jawatan Penghulu. Sebelum tahun 1874, ( LPembesar memainkan peranan penting dan berpengaruh dalam pemilihan dan perlantikan Sultan. Selepas tahun 1874, kepentingan politik British mula menguasai sistem pengganti raja.Pihak British telah pun campur tangan dalam sistem tersebut di negeri Perak. Sultan Abdullah dilantik oleh pihak British dan bukannya pembesar pembesar Melayu Perak. British menggunakan kuasa dan pengaruh mereka untuk meletakkan seseorang calon di atas takhta ataupun boleh menyingkirkan calon yang dianggap kurang sesuai untuk menjadi Sultan.

2.4 PENUBUHAN MAJLIS MESYUARAT NEGERI ( MMN).

British menubuhkan MMN bagi memperoleh kerjasama Sultan dan Pembesar Melayu. MMN dibentuk untuk membolehkan para pegawai British berunding dengan para pembesar tempatan tentang segala hal yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat Melayu. MMN mula mula memaikan peranan sebagai badan penasihat sahaja. Kemudian, peranan MMN meliput hanya menjadi penasihat sultan sahaja tetapi peranannya telah bertambah seperti menggubal dan menyusun undang-undang, menjadi Mahkamah Rayuan tertinggi kerana setiap hukuman mati mesti mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Negeri dan menguruskan perkara-perkara yang berkaitan penggubalan undangundang, menjadi mahkamah rayuan yang tertinggi dan badan kerajaan utama yang menguruskan perkara seperti pencukaian, pencen, dan perlantikan ketua tempatan, pagawai kerajaan dan kadi. Ahli MMN terdiri daripada 10 orang. Residen berkuasa menamakan ahli-ahli MMN kemudiannya diluluskan oleh gabenor dan dilantik secara rasmi ooleh sultan untuk seumur hidup. MMN akan bersidang sebanyak tujuh kali seminggu. Meskipun terdapat Majlis Mesyuarat Negeri, tetapi ianya tidak berkuasa menyekat kehendak dan kuasa Residen. Sebaliknya MMN hanya berfungsi sebagai pendengar dan menerima maklumat daripada Inggeris sahaja.Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak, Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan pembesar Melayu terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa
9

mutlak.MMN tidak ada kuasa perundangan yang luas. Sultan tidak berkuasa penuh dalam MMN. Sultan hanya berkuasa dalam hukum syariah dan perlantikan pegawai pegawai agama. Seterusnya, didapati bahawa adanya Residen yang telah melampaui batas seperti di Perak dan desakan bagi mengawal kuasa residen yang kian bertambah. Gabenor Negeri negeri selat berada di Singapura dan tidak berupaya mengawal residen kerana terlalu jauh. MMN juga tidak mempunyai kuasa untuk mengawal kuasa residen. Dengan ini, Frank Swettanham telah mencadangkan supaya jawatan Residen Jeneral diwujudkan supaya dapat mengawal dan menyeleraskan tugas residen residen British.

2.5 CORAK PENTADBIRAN DAERAH DAN MUKIM

Sistem politik masyarakat Melayu tradisional dibahagikan kepada negeri,daerah dan kampung.Setiap negeri dibahagikan kepada beberapa daerah yang ditadbir oleh seorang pegawai British. Pegawai British ini digelar Pemungut dan Majistret ( kemudian Pegawai Daerah). Tugas beliau adalah untuk memungut hasil dan mentadbir keadilan selai mengawasi kerja ketu- ketua jabatan di peringkat daerah. Setiap daerah dibahagikan kepada mukim.Mukim boleh dikatankan Unit politik paling kecil. Tugas mentadbir dan mengawal unit politik terkecil ini diserahkan kepada penghulu. Seseorang penghulu adalah di bawah kawalan seorang pembesar daerah dan bukannya di bawah sultan.Ketua kampung yang membantu penghulu untuk melaksanakan tugasnya di kampung.

Dalam kalangan orang cina, terdapat seorang Kapitan Cina yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan. Pelantikan penghulu diluluskan oleh pembesar daerah. Sultan hanya mengesahkan pelantikan tersebut melalui pemberian surat tauliah cop mohor.ini bermakna bahawa seseorang penghulu
10

bertanggungjawab

kepada

pembesar

daerah.

Menurut

adat,

seseorang penghulu dipilih berdasarkan keturunan. Sebelum kedatangan British, penghulu memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya sebagai orang perantaraan antara pembesar daerah penduduk di kampungnya. Seseorang penghulu memainkan pelbagai peranan. Beliau menjaga keamanan kampung dan mesti menyelesaikan sebarang pergaduhan dan perselisihan yang berlaku antara anak buahnya. Dari segi keamanan kampung, penghulu berkuasa menangkap sesiapa yang melanggar peraturan dan mengacau kampung. Penghulu juga berkuasa ke atas pungutan cukai dan hasil- hasil di kampung. Penghulu mempunyai hubungan yang rapat dengan orang kampung di bawah jagaanya.Beliaulah yang menyediakan tenaga tentera semasa peperangan. Beliau juga menyediakan buruh kampung di bawah sistem kerah dan memastikan bahawa orang kampung taat setia kepada sultan. Selepas campur tangan British, institusi penghulu masih

dikekalkan. Ini terletak atas kesedaran British bahawa pengaruh penghulu dalam pentadbiran kerajaan adalah sangat penting demi mencapai Penghlulah perubahan.7(Mahdi yang sangat Shuid & Suzani Osman.,2004) daripada

rapat

dengan

kebanyakan

masyarakat melayu. Di bawah British, penghlu adalah agen atau wakil kerajaan atau wakil kerajaan yang merupakan orang perantara antara kerajaan British dengan orang ramai. Institusi penghulu telah berubah dari segi kawalannya. Sebelum kedatangan British, institusi ini dikawal oleh Pembesar daerah. Selepas Kedatangan British, institusi ini dikawal oleh pegawai daerah British. Penghulu lebih merupakan seorang

Penghulu adalah ahli kerajaan yang bergaji dan hak serta tanggungjawabnya tertakluk dibawah undangundang negeri. Sumber kuasa penghulu adalah dari pentadbiran British dan bukan lagi pembesar daerah.

11

pegawai yang dibayar gaji dan akan diberi pencen. Kini,penghulu lebih merupakan seorang pegawai yang berpendidikan. Sebelum kedatangan British, penghulu menerima pendapatannya daripada beberapa sumber. Antaranya ialah orang kampung akan membayar sebahagian hasil mereka kepada penghulu.Selain itu, pendapatan penghulu juga datang daripada cukai perdagangan. Selepas kedatanga British, penghulu dilantik dilantik oleh pegawai daerah British. Sebelum itu, seorang penghulu dilantik oleh pembesar daerah dan disahkan jawatan oleh Sultan. Sultan akan memberi surat tauliah bercap mohor kepada penghulu tersebut. 8( Muhd. Yusof Ibrahim.,1997 ) Ini bermakna penghulu mempunyai kuasa terhadap anak buahnya di kampung. Beliau berkuasa ke atas sistem perundangan di kampung, adat istiadat dan agama. Setelah campur tangan British, segala hal yang berkaiatan dengan institusi penghulu adalah di bawah jagaan residen dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Hal hal ini adalah seperti pencalonan, pelantikan, pemecatan, penetapan kuasa, penetapan tugasdan tanggungjawab penghulu. Penghulu bertindak sebagai agen kerajaan British menjalankan tugas seperti melaksanakan segala undang- undang kerajaan di kawasan jagaanya dan memungut cukai bagi pihak kerajaan.Beliau juga dibenarkan menyimpan 10% daripada cukai tersebut untuk kegunaan sendiri. Penghulu masih menjaga keamanan dan

menyelesaikan sebarang pertikaian orang kampungnya. Penghulu juga berhak menjadi hakim bagi kes- kes jenayah yang kecil. Penghulu juga melaksanakan tugas memberi tanah kepada pemohon. Dapat disimpulkan bahawa banyak perubahan yang berlaku pada institusi penghulu sebaik sahaja British campur tangan dalam hal ehwal Negeri negeri melayu. Tugas dan tanggugjawab penghulu
8

Perlantikan penghulu dicalonkan oleh pembesar daerah dan biasanya mereka ini akan menerima surat tauliah daripada Sultan

12

tertakluk kepada perudangan negeri dan tidak lagi berkait rapat dengan adat istiadat dan agama orang kampung.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sememangnya kepada

struktur

masyarakat daripada

Melayu

sebelum tahun

1874

sistematik; yang

golongan memerintah Setiap golongan

sehinggalah struktur

golongan

diperintah.

dalam

masyarakat Melayu mempunyai tugas dan peranan masing-masing.Namun, setelah campur tangan British dalam sistem politik negeri-negeri Melayu, struktur masyarakat Melayu telah mengalami perubahan yang ketara. Hal ini kerana peranan golongan pembesar dan hamba telah mula dihapuskan oleh penjajah British.Jelaslah bahawa terdapat banyak perubahan dalam sistem politik Melayu tradisional selepas tahun 1874, iaitu selepas campur tangan British. Perubahan perubahan yang dibawa oleh pihak British melalui Sistem Residen sangat melemahkan kedudukan,kedaulatan dan kewibawaan Sultan dan Pembesar Daerah khasnya. Antara tahun- tahun 1874 hingga 1896, kuasa Raja- raja Melayu semakin hilang nilai-nilai tradisi serta adat masyarakat peribumi tergugat.. Semasa sistem residen, Raja raja Melayu kehilangan kuasa kepada Residen. Semasa pembentukan Negeri negeri Melayu bersekutu pula, terdapat pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral. Ini akhirnya membawa kepada rasa tidak puas hati dan penentangan tehadap pihak british.

13

4.0 BIBLIOGRAFI Sumber Buku Mahdi Shuid & Suzani Osman. ( 2004 ). PRA U STPM Sejarah Malaysia. Pearson Malaysia. Muhd. Yusof Ibrahim.( 1997 ) Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Sheela Abraham.,1993. Sejarah Perkembangan Negara,Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. C.D Cowan., 1961. Nineteenth-Century Malaya: The Origins of British Political Control, New York : Oxford University Press

Sumber Internet http://sejarahstpmkertas2.blogspot.com/2009/04/contoh-soalan-dan-jawapansejarah.html http://www.questia.com/read/91879797/nineteenth-century-malaya-the-origins-ofbritish

14

You might also like