You are on page 1of 129

PSZ 19 : 16 (Pind.

1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***


JUDUL : SISTEM PEMANTAUAN DAN PENYENGGARAAN CERUN SESI PENGAJIAN :

2005 / 2006

ABDUL AZIZ BIN MAMAT Saya (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis *( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah ) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat - syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh di buat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 4. Saya membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 5. ** Sila tandakan ( / ) SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) ( Mengandungi maklumat terhad yang telah di tentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan di jalankan ) Disahkan oleh:

TERHAD

TIDAK TERHAD

.................................................. ( TANDATANGAN PENULIS ) Alamat Tetap : 381 LRG 3 KANAN, JLN GONG PASIR, 23000 DUNGUN, TERENGGANU Tarikh : 14 NOVEMBER 2005

.. ( TANDATANGAN PENYELIA )

P M DR. KHAIRUL ANUAR BIN KASSIM Nama Penyelia Tarikh : 14 NOVEMBER 2005

CATATAN:

Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu di kelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis di maksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau di sertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.

* **

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: : : Prof. Madya. Dr. Khairul Anuar Kassim. 14 November 2005.

SISTEM PEMANTAUAN DAN PENYENGGARAAN CERUN

ABDUL AZIZ BIN MAMAT

Laporan projek ini di kemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2005

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : : Abdul Aziz Bin Mamat. 14 November 2005.

iii

Buat yang tersayang

Untuk ibu dan ayah yang di kasihi Mamat Bin Hassan Wook binti Ismail

Serta teman teman seperjuangan Kalian semua takkan ku lupakan

Iringan doa serta pengorbanan kalian semua merupakan pembakar semangat dan keyakinan buatku untuk menghadapi segala rintangan dengan penuh sabar dan tekun dalam menghadapi hari hari yang mendatang.

Terima kasih untuk segalanya.

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Syukur ke hadrat Mu Ilahi kerana dengan limpah rahmat Mu yang menemukan jalan yang Engkau kehendaki untuk orang orang yang Engkau kasihi. Maka dengan ketentuan Mu jua dapat juga hamba Mu ini berada di ambang kejayaan dan seterusnya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Tanpa berkat usaha serta kekuatan lahir dan batin yang di pinjamkan, tentulah sukar bagi saya untuk menghadapi semua ini dan seterusnya menamatkan pengajian di sini.

Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya iaitu Prof. Madya. Dr. Khairul Anuar Kassim. Beliau adalah merupakan orang yang paling penting dan beliau juga telah banyak membantu, memberi nasihat serta dorongan kepada saya dalam semua perkara yang berkaitan dengan Projek Sarjana Muda ini. Segala tunjuk ajar beliau sangatlah bermakna dalam penyediaan tesis ini. Didikan dan segala bantuannya amatlah saya hargai. Terima kasih Dr. Khairul !!!

Ucapan terima kasih juga kepada En. Abdul Fatah Bin Abu Bakar ( Pengarah Unit Pembinaan, Hartabina ) dan En. Mohd Seth Bin Mohd Said ( Clerk of Work Mutiara Rini Sdn. Bhd. ) kerana telah sudi meluangkan masa untuk membantu dengan

v memberikan maklumat maklumat dan bahan bahan yang berkaitan dengan kajian ini.

Kepada sahabat handai dan rakan rakan seperjuangan semua juga tidak di lupakan. Terima kasih kerana telah banyak membantu secara langsung dan tidak langsung dalam proses menyiapkan tesis ini. Segala sokongan moral, teguran dan bantuan semua tidak akan di lupakan sampai bila bila. Semoga semua jasa baik itu di balas dengan kebaikan dari Allah S.W.T. jua.

Akhir sekali buat ibu, ayah dan keluarga tersayang, tanpa mereka siapalah diri ini. Pengorbanan yang mereka berikan tidak terbalas rasanya. Hanya kejayaan di sini sahaja mampu membalas jasa jasa mereka semua. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

vi

ABSTRAK

Masalah kegagalan cerun sentiasa mendapat perhatian dari pelbagai pihak khasnya daripada pihak berkuasa tempatan. Kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda merupakan kesan yang mungkin berlaku daripada ketidakstabilan sesuatu cerun. Kegagalan sesuatu cerun banyak di pengaruhi oleh faktor faktor seperti keadaan geometri, geologi, kesan semulajadi dan juga persekitaran yang boleh mengurangkan kestabilan cerun terbabit. Suatu kaedah bagi memantau cerun di perlukan sebagai langkah awal bagi mengesan kebarangkalian berlakunya tanah runtuh. Daripada pemantauan yang dilakukan ini, pemulihan dan penyenggaraan cerun akan dapat dirancang terutamanya kepada cerun yang dikenal pasti berada didalam kategori yang berisiko tinggi. Perisian ( Microsoft Access 2003 ) telah digunakan bagi membina suatu pangkalan data berdasarkan Slope Priority Ranking System ( SPRS ) yang telah sedia ada dengan memperkenalkan langkah-langkah penyenggaraan yang sesuai. Ia merupakan suatu sistem yang dapat mengklasifikasikan sesuatu cerun mengikut tahaptahap risiko kegagalan yang berkemungkinan berlaku. Kajian ini melibatkan pengumpulan dan analisis data data dari sejumlah cerun di kawasan Johor bahru. Daripada maklumat ini, langkah-langkah pemulihan dan penyenggaraan akan dicadangkan untuk tindakan seterusnya. Kelebihan sistem ini ialah ia akan dapat melindungi cerun dan penyenggaraan dapat dibuat sebelum ia gagal. Sistem ini merupakan suatu kaedah yang berkesan dalam proses menyenggara cerun dan pada masa yang sama ia akan dapat memastikan cerun dalam keadaan stabil pada jangka masa yang panjang.

vii

ABSTRACT

Slope failure problem always get attention from various parties, especially from the local authorities. Risk of lost lives and damage of public properties are probability effects from the unstable slope. The factors that influence slope failure are geometry, geology, nature effects and also the surrounding which can reduce the stability of the slope. The method for assessment of slope is required as an early action to detect any possibility of landslide. From this assessment, remedial and maintenance of slope can be planned especially to slope which are detected to be in the category of high risk. Microsoft Access 2003 was used to develop a database based on the existing Slope Priority Ranking System ( SPRS ) with the introducing of suitable maintenance procedures. It is a system which classify the slope by the level of risk that has probability to collapse. The study involved of collect and analysis data from various slopes in Johor Bharu area. From this information, remedial work and maintenance of slope has been suggested. The advantages of this system is that the slopes can be protected and maintenance before it fails. It is a effective method in maintaining the slope and at the same time ensuring a stable slope for a long term.

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv vi vii viii xiv xv xviii xx

ix BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 PENGENALAN Pendahuluan Latar belakang Masalah Objektif kajian Skop Kajian Kepentingan Kajian 1 2 3 3 4

BAB 1I 2.1

KAJIAN LITERATUR

5 5 6 6 6 7 7 7 8 8 9 10 10 10 11 11 11 12 13 13 14

Pengenalan kepada tanah 2.1.1 2.1.2 2.1.4 Tanah atas Tanah bawah Tanah

2.1.3 Datar keras 2.1.5 Air tanah 2.2 Definisi kejuruteraan mengenai tanah 2.2.1 2.2.3 2.3 Tanah organik Tanah sisa 2.2.2 Tanah terangkut Jenis jenis tanah yang biasa 2.3.1 Tanah geluh 2.3.2 2.3.4 2.4 2.5 2.6 Timbusan atau tanah buatan Morain 2.3.3 Tanah liat batu tongkol Pengkelasan tanah Pengenalan bagi cerun Jenis-jenis cerun 2.6.1 2.6.2 Cerun semulajadi Cerun buatan manusia

x 2.6.2.1 Cerun potong 2.6.2.2 Cerun tambakan 2.6.2.3 Cerun empangan tanah 2.7 2.8 Fenomena kegagalan cerun Pergerakan cerun 2.8.1 2.8.2 Runtuhan ( fall ) Gelinciran ( slide ) 2.8.2.1 Gelinciran putaran 2.8.2.2 Gelinciran translasi / peralihan 2.8.3 2.8.4 2.9 2.9.1 2.9.3 2.9.4 2.9.5 2.9.6 2.9.7 Hamparan ( spread ) Pengaliran ( flow ) Graviti Keadaan air dalam tanah Geometri cerun Tanaman pada cerun Kesan alam semulajadi Sistem saliran 14 14 15 15 16 17 18 18 19 20 21 22 22 23 24 24 25 26 27 28 29 30 30 31 32 33 35

Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan cerun 2.9.2 Pengaruh jenis tanah

2.9.8 Geologi 2.9.9 Pengaruh hakisan 2.10 Kestabilan cerun 2.10.1 Kaedah penyiasatan kestabilan cerun 2.10.2 Analisis tegasan menyeluruh 2.10.2.1 Analisis melalui kaedah hirisan Swedish 2.10.3 Analisis tegasan berkesan melalui kaedah Bishop 2.10.3.1 Analisis tegasan berkesan melalui kaedah rapi

xi BAB III 3.1 3.2 3.3 3.4 METODOLOGI KAJIAN 36 36 37 38 40 41

Pendahuluan Metodologi kajian Pengenalan kepada perisian Microsoft Access 2003 Pengenalan kepada Slope Priority Ranking System ( SPRS ) 3.4.1 Prinsip asas dalam Slope Priority Ranking System ( SPRS )

BAB IV

SISTEM PENYENGGARAAN DAN KESTABILAN CERUN 42 42 43 44 45 46 48 49 50 52 54 54 55 56 56 57 58 58 59

4.1 4.2

Pendahuluan Kerja kerja perlindungan cerun 4.2.1 Kaedah tanaman litup bumi 4.2.1.1 Kaedah rumput vetiver 4.2.1.2 Kaedah fibromatting dan hydroseeding 4.2.1.3 Kaedah kepingan rumput berkelompok dan rapat 4.2.2 4.2.3 4.2.4 Kaedah pitching Kaedah penyemburan mortar dan konkrit Kaedah penghadang konkrit Sistem kawalan perparitan di permukaan cerun 4.3.1.1 Sistem parit saliran dan parit pintasan 4.3.1.2 Longkang pada teresan 4.3.1.3 Longkang bertingkat 4.3.1.4 Longkang pada bahu jalan 4.3.1.5 Saliran sump 4.3.2 Sistem saliran subpermukaan 4.3.2.1 Lubang leleh dan paip mendatar

4.3

Kawalan perparitan dan saliran 4.3.1

xii 4.4 Pembinaan tembok penahan 4.4.1 Jenis jenis tembok penahan 4.4.1.1 Tembok penahan graviti 4.4.1.2 Tembok penahan julur 4.4.1.3 Tembok cerucuk keping 4.4.1.4 Tembok gabion 4.4.2 Jenis sistem penyaliran yang lazim bagi tembok penahan 4.4.2.1 Lubang lelehan 4.4.2.2 Salir belakang 4.4.2.3 Jalur tegak bahan penuras 4.4.2.4 Selimut penyaliran tegak 4.4.2.5 Selimut penyaliran mencondong 4.4.3 Sebab sebab kegagalan yang lazim bagi struktur penahan tanah 4.4.3.1 Kegagalan keupayaan galas 4.4.3.2 Gelangsaran ke hadapan 4.4.3.3 Gelinciran tanah di sekeliling 4.4.3.4 Putaran terhadap bahagian atas 4.4.3.5 Terbalikan 4.4.3.6 Kegagalan struktur 4.5 Kesimpulan 70 70 71 71 72 73 73 73 65 65 66 67 68 69 59 60 60 61 62 64

BAB V 5.1 5.2 5.3

ANALISIS DAN KEPUTUSAN

75 75 75 80

Pengenalan Pengumpulan data dan analisis teknikal Pembangunan Slope Priority Ranking System ( SPRS )

xiii 5.4 Kajian Kes 5.4.1 5.4.2 5.5 5.5.1 5.5.2 Laluan ke kolej 16 & 17 Laluan Tun Aminah ke Gelang Patah Analisis bagi laluan ke kolej 16 & 17 Analisis bagi Laluan Tun Aminah ke Gelang Patah 83 83 85 89 89 91

Keputusan

BAB VI

KESIMPULAN

93

RUJUKAN

96

LAMPIRAN Lampiran A - C 98

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 2.1 2.2 2.3 5.1 5.2 5.3 5.4

TAJUK Pengkelasan tanah di luar makmal Jenis-jenis pergerakan cerun ( Cruden & Varnes 1996 ) Keadaan geologi dan kesan yang mungkin berlaku pada cerun ( Hunt 1984 ) Lingkungan markah dan kadar risiko yang di berikan melalui SPRS Rating Pengiraan markah risiko yang telah di tetapkan bagi cerun potong Permarkahan risiko cerun potong Ringkasan sistem permarkahan

MUKA SURAT 12 16 28 76 77 78 79

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7

TAJUK Bahagian di dalam sampel tanah yang di korek Runtuhan tanah dan batuan Gelinciran putaran ( Varnes, 1978 ) Gelinciran translasi / peralihan Kegagalan hamparan Pengaliran pada cerun ( Varnes, 1978 ) Komponen yang bertindak secara bersudut tepat g p, dengan cerun dan komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun g t.

MUKA SURAT

5 17 19 20 21 21 22 25

2.8 2.9

Aspek aspek dalam geometri cerun Penurunan kadar faktor keselamatan melawan masa penurunan hujan. Kegagalan cerun akan berlaku bila faktor keselamatan menurun melebihi 1.

27 31 32 34

2.10 2.11 2.12

Analisis tegasan seluruh Kaedah hirisan Swedish Analisis tegasan berkesan :- Daya yang bertindak ke atas hirisan tegak menerusi tembereng yang menggelangsar

xvi 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17 4.18 4.19 4.20 4.21 4.22 4.23 4.24 Rumput Vetiver yang tumbuh semulajadi Penanaman rumput vetiver secara berbaris di cerun Semburan yang menggunakan pam bagi kaedah Hydroseeding Lapisan rumput yang tumbuh subur menggunakan kaedah Hydroseeding Penanaman rumput secara berkelompok dan rapat Rubble Pitching Semburan mortar dan konkrit Rekabentuk dan cara pembinaan crib wall Penggunaan crib wall di kawasan cerun Longkang pada teresan Longkang bertingkat Tembok penahan julur Tindak balas pada tembok cerucuk keping Penggunaan tembok cerucuk keping sebagai penahan hakisan Kaedah penstabilan cerun menggunakan tembok gabion Lubang lelehan Salir belakang Jalur tegak bahan penuras Selimut penyaliran tegak Selimut penyaliran mencondong Kegagalan keupayaan galas Gelangsaran ke hadapan Gelinciran tanah sekeliling Putaran terhadap bahagian atas 64 66 67 68 69 69 70 71 72 72 63 49 50 51 53 53 56 57 62 63 48 47 46 45

xvii

5.1 5.2 5.3 5.4 5.5

Interface bagi Slope Priority Ranking System ( SPRS ) Borang bagi kemasukan data untuk dianalisis. Laporan SPRS boleh disusun dan dicetak mengikut kategori Kedudukan parsel kawasan kajian kes 2 di dalam projek pembangunan Mutiara Rini. Kegagalan yang berlaku pada cerun di kawasan kajian kes 2 88 87 82 81 81

xviii

SENARAI SINGKATAN

A.A.B gp gt BS W G c r We L1 & L2 N&T 0 n W P T b z l

Aras Air Bumi Komponen yang bertindak secara bersudut tepat dengan cerun Komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun British Standard Sudut geseran dalam Berat sektor. Kedudukan pusat graviti Kekuatan ricih maksimum Jejari arka Sudut arka Momen gangguan Sempadan tegak Magnitud Pusat putaran Jumlah Keratan Berat hirisan Daya normal seluruh yang bertindak di tapak hirisan Daya ricih yang bertindak di tapak hirisan Lebar hirisan Ketinggian hirisan Panjang BC ( di ambil sebagai garis lurus ) Sudut antara P dengan garis tegak

xix x P SPRS Jarak ufuk dari pusat hirisan ke pusat putaran, 0 Daya berkesan normal Slope Priority Ranking System

xx

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A B C

TAJUK Analisis cerun di UTM Peta kawasan kajian Borang Pemeriksaan Cerun oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia

MUKA SURAT 98 99 100

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Keadaan bentuk muka bumi yang berbukit bukau akan menghasilkan cerun cerun semulajadi. Cerun semulajadi adalah stabil dan kurang mengalami risiko kegagalan. Namun, kepesatan ekonomi negara memaksa pembinaan bangunan dan pembinaan infrastruktur seperti jalanraya kadang kala terpaksa di lakukan di kawasan yang berbukit bukau. Pembinaan yang di jalankan di kawasan yang berbukit bukau akan menghasilkan cerun cerun buatan manusia yang memerlukan pengawalan. Ini kerana keadaan semulajadinya telah terganggu oleh aktiviti aktiviti pembinaan. Masalah kegagalan cerun biasanya wujud apabila berlakunya hujan lebat yang mana ia akan mengurangkan kekuatan ricih tanah serta menambahkan tegasan dalam tanah akibat dari pembentukannya sendiri dan keadaan air dalam tanah tersebut. Faktor faktor yang mempengaruhi kegagalan cerun ini mestilah di ketahui agar masalah masalah yang berkaitan dengannya akan dapat di atasi dengan mudah.

2 Masalah kegagalan cerun ini boleh memberikan impak yang besar terhadap keselamatan nyawa dan harta benda. Ia akan dapat di atasi sekiranya terdapat suatu sistem pemantauan yang dapat membantu sebelum proses penyenggaraan di lakukan. Pemantauan yang di lakukan akan dapat memberikan maklumat awal mengenai keadaan dan tahap kestabilan sesuatu cerun tersebut. Ini sekaligus memberikan amaran awal sebelum terjadinya kejadian tanah runtuh. Cerun yang berisiko berlakunya tanah runtuh mestilah di atasi dengan kaedah kaedah pengukuhan cerun yang sesuai agar ia selamat. Kaedah pengukuhan cerun tersebut hendaklah mengambil kira aspek kos dan keberkesanannya dalam menstabilkan cerun.

1.2

Latar belakang Masalah

Kebanyakan cerun potong terjadi akibat daripada aktiviti pembinaan yang di jalankan di kawasan tersebut. Ia sebenarnya berasal daripada cerun semulajadi yang stabil. Gangguan ini mungkin telah menambahkan tegasan ricih dan mengurangkan kekuatan ricih tanah akibat perubahan pada bentuk asalnya. Selain itu, sistem penyaliran air permukaan, paras air bumi dan perlindungan pada permukaan cerun juga telah berubah. Oleh itu, cerun ini mestilah di awasi agar ia selamat daripada risiko berlakunya tanah runtuh. Terdapat pelbagai analisis kestabilan cerun yang boleh di lakukan. Tetapi keperluan suatu sistem yang mudah dan ringkas yang dapat menganggarkan tahap keselamatan pada cerun tersebut juga di perlukan. Sistem penilaian ini boleh di buat berdasarkan keadaan fizikal cerun potong itu di bina dan faktor faktor yang boleh mempengaruhinya.

3 1.3 Objektif kajian

Kajian ini di lakukan bertujuan untuk :

i)

Mengenal pasti punca punca yang boleh menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

ii )

Melakukan penambahbaikan bagi Slope Priority Ranking System (SPRS) bagi penilaian ke atas cerun berdasarkan data teknik dan garis panduan yang di guna pakai oleh JKR.

iii )

Menentukan kaedah kaedah penyenggaraan susulan yang sesuai bagi menstabilkan sesuatu cerun selepas ianya di analisis.

Di harapkan kajian ini dapat membantu pihak pihak yang berkaitan dalam menganggarkan tahap keselamatan cerun berdasarkan keadaan fizikal cerun dan faktorfaktor yang boleh mempengaruhinya.

1.4

Skop Kajian

Kajian yang di jalankan melibatkan penyiasatan dan pemantauan terhadap kawasan cerun tanah yang terdiri daripada cerun cerun potong. Cerun cerun yang terlibat akan di analisis untuk mengetahui samada ia berisiko ataupun tidak berisiko berlakunya kegagalan cerun. Keadaan di sekitar cerun dan kesan dari perubahan semulajadi yang berlaku juga akan di ambil kira. Maklumat maklumat yang di

4 perolehi akan dapat memberikan kadar risiko kemungkinan berlakunya kegagalan cerun melalui analisis menggunakan SPRS yang di guna pakai berdasarkan kadar yang telah di tentukan oleh JKR. Selain itu, maklumat ini juga boleh di gunakan untuk mencari kaedah kaedah penyelesaian yang dapat mengukuhkan lagi kestabilan cerun. Kajian yang di lakukan ini tertumpu di sekitar kawasan Johor Bharu. Walau bagaimanapun, analisis ini boleh di guna pakai di semua keadaan cerun tanah di seluruh Malaysia.

1.5

Kepentingan Kajian

Kajian kes ini melibatkan penyiasatan cerun bagi menentukan tahap keselamatan daripada faktor faktor semulajadi dan keadaan pembinaan cerun potong tersebut. Keputusan ini sangat penting dan berguna untuk memberikan gambaran dan kesan yang mungkin berlaku berdasarkan keadaan semasa dan tanda tanda hakisan yang berlaku pada permukaan cerun. Sebarang perubahan bentuk dapat menentukan tahap kestabilan sesuatu cerun itu. Maklumat yang di peroleh akan dapat membantu pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan cerun terbabit selamat dan seterusnya sekiranya perlu, membantu pihak tersebut dalam menyediakan kaedah kaedah pengukuhan cerun yang sesuai. Kaedah pengawalan kestabilan cerun boleh di kategorikan berdasarkan punca dan fungsi pengawalan, ini bagi memudahkan pemilihan kaedah pengawalan yang berkesan.

BAB 1I

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan kepada tanah

Tanah boleh di kategorikan kepada beberapa jenis bahagian iaitu tanah atas, tanah bawah, datar keras, tanah dan air tanah.

Datar keras A.A.B ( aras air bumi )

Tanah atas Tanah bawah

Tanah

Batuan dasar

Rajah 2.1 : Bahagian di dalam sampel tanah yang di korek

6 2.1.1 Tanah atas

Tanah atas adalah lapisan tanah organik. Kebiasaannya tanah ini mempunyai ketebalan melebihi 500 mm. Lapisan ini terdiri daripada humus iaitu jirim tumbuhan yang separuh terurai dan sangat organik.

2.1.2 Tanah bawah

Tanah bawah ialah bahagian kerak bumi terluluhawa yang terletak di antara tanas atas dengan tanah tak terluluhawa di bawahnya.

2.1.3 Datar keras

Datar keras berlaku apabila asid humik yang terbentuk melalui tindakan air hujan yang akan menyebabkan penguraian humus. Asid ini akan menguraikan alumina dan oksida besi ke lapisan bawah iaitu tempat di mana ia akan bertindak sebagai agen perekatan. Ini bagi membentuk suatu bahan yang keras seperti batuan. Kadangkala, datar keras ini boleh di temui di sempadan antara tanah atas dengan tanah bawah. Datar keras bersifat sangat keras. Oleh itu, sekalipun datar keras berada dalam keadaan yang basah namun ia tidak sesekali akan menjadi lembut. Ini menunjukkan bahawa datar keras mempunyai rintangan yang tinggi terhadap kaedah penggerudian yang biasa.

7 2.1.4 Tanah

Tanah adalah merupakan endapan geologi yang lembut. Ianya terletak di antara tanah bawah dan batuan dasar. Sesetengah tanah mempunyai sedikit perekatan antara butirannya. Secara kasarnya, sekiranya perekatan ini menghasilkan bahan sekeras batu maka ia di kenali sebagai batuan dan sekiranya bahan tersebut dapat di korek menggunakan tangan maka ia adalah tanah.

2.1.5

Air tanah

Air tanah adalah takungan air bawah tanah. Permukaan bagi atas air ini mungkin boleh di dapati pada sebarang kedalaman yang di kenali sebagai aras air atau aras air bumi ( A.A.B. ).

2.2

Definisi kejuruteraan mengenai tanah

Mengikut takrif kejuruteraan, tanah terhasil akibat daripada tindakan fros, suhu, graviti, angin dan hujan yang sentiasa membentuk zarah batuan yang akhirnya menjadi tanah. Terdapat tiga jenis tanah yang di klasifikasikan mengikut cara cara pembentukannya iaitu tanah organik, tanah terangkut dan tanah sisa.

8 2.2.1 Tanah organik

Tanah organik ialah tanah atas contohnya tanah gambut. Kebiasaanya, lapisan tanah pada bahagian atas aras bumi mengandungi jirim organik. Endapan gambut ( humus ) kadangkala akan di temui. Bagi menjalankan aktiviti aktiviti pembinaan, lapisan tanah yang mengandungi humus ini serta lapisan tanah atas iaitu lapisan permukaan tanah berwarna hitam yang berada 2 meter daripada permukaan tanah perlu di buang. Lapisan tanah tersebut tidak sesuai di jadikan sebagai tapak untuk pembinaan di sebabkan kekuatannya untuk menanggung beban adalah rendah. Sekiranya tidak di buang pelbagai kesulitan akan di hadapi semasa aktiviti aktiviti pembinaan sedang di jalankan.

2.2.2

Tanah terangkut

Tanah terangkut pula terdiri daripada batu kelikir, pasir, kelodak dan tanah liat. Agen agen yang mengangkut tanah tanah tersebut ialah seperti air, angin dan ais. Di Malaysia, kebanyakan tanah di angkut oleh air. Contohnya, aliran air sungai akan mengangkut tanah tersebut dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Apabila aliran air menjadi perlahan, sebahagian daripada zarah tanah yang di bawanya akan mendap. Zarah tanah yang lebih besar dan berat akan mendap terlebih dahulu, kemudian barulah di ikuti dengan zarah zarah yang lebih kecil. Jika di perhatikan di kawasan aliran sungai batu kelikir dan pasir akan berada di bahagian tepi sungai, manakala di bahagian tengah sungai di penuhi dengan kelodak dan tanah liat.

9 Di kawasan yang tidak mengalami hujan seperti di padang pasir, angin adalah merupakan agen pengangkut tanah yang utama. Angin ini akan sentiasa membentuk timbunan pasir yang berbentuk seperti permatang. Zarah pasir di dalam permatang ini berbentuk agak bulat, mempunyai saiz yang hampir sama dan boleh bergolek golek. Endapan zarah hasil daripada tiupan angin berwarna perang muda dan bersaiz seperti kelodak ini di kenali sebagai tanah loess.

Ais juga adalah merupakan agen pengangkut yang penting. Seterusnya endapan besar seperti tanah liat batu tongkol dan morain seringkali di temui.

2.2.3 Tanah sisa

Tanah sisa pula adalah merupakan tanah atas contohnya ialah tanah laterit. Tanah ini boleh di dapati di permukaan batuan yang datar kerana tindakan unsur unsur telah menghasilkan tanah yang mempunyai keupayaan yang kurang untuk bergerak. Tanah sisa ini juga terjadi apabila kadar pemecahan batuan melebihi kadar pengalihan. Laterit terbentuk daripada batu kapur yang mengalami tindakan air hujan yang menguraskan bahan batuan yang dapat larut seterusnya meninggalkan hidroksida besi dan hidroksida aluminium yang tidak larut.

10 2.3 Jenis jenis tanah yang biasa

Kebiasaannya tanah adalah merupakan campuran, contohnya kelodak berpasir, tanah liat berkelodak dan sebagainya. Antaranya ialah tanah geluh, timbusan atau tanah buatan, tanah liat batu tongkol dan morain.

2.3.1 Tanah geluh

Tanah geluh ialah endapan lembut yang mengandungi campuran pasir, kelodak dan tanah liat dalam kuantiti campuran tanah yang lebih kurang sama.

2.3.2 Timbusan atau tanah buatan

Timbusan atau tanah buatan membawa maksud tanah korekan dan semua sampah sarap yang di gunakan untuk memenuhi suatu lembah ataupun untuk tujuan menaikkan aras tanah.

11 2.3.3 Tanah liat batu tongkol

Tanah liat batu tongkol adalah merupakan tanah liat yang tidak berstrata atau tanah liat berpasir yang berasal daripada glasier. Ia mengandungi taburan batu dengan pelbagai saiz.

2.3.4

Morain

Morain pula adalah merupakan endapan batu kelikir dan pasir yang berasal daripada glasier.

2.4

Pengkelasan tanah

Pengkelasan tanah boleh di lakukan di dalam dan di luar makmal. Pengkelasan tanah di dalam makmal adalah lebih tepat berbanding pengkelasan tanah di luar makmal yang hanya di lakukan dengan mata kasar. Batu kelikir, pasir dan gambut mudah untuk di kenalpasti. Namun, kesukaran akan timbul dalam menentukan sama ada tanah adalah pasir halus ataupun kelodak kasar, atau sama ada tanah adalah kelodak halus atau tanah liat. Jadul berikut menunjukkan pengkelasan tanah di luar makmal secara umum.

12 Jadual 2.1 : Pengkelasan tanah di luar makmal

Pasir halus Setiap zarah dapat di lihat Menampakkan kekembangan Senang di hancurkan apabila kering Terasa menggerutu Tiada keplastikan

Kelodak Sesetengah zarah dapat di lihat Menampakkan kekembangan Senang di hancurkan apabila kering Terasa kasar Sedikit keplastikan

Tanah liat Zarah zarah tidak dapat di lihat Tidak menampakkan kekembangan Sukar di hancurkan apabila kering Terasa licin Keplastikan

2.5

Pengenalan bagi cerun

Setelah mengenalpasti ciri pengkelasan dan pengecaman tanah, beralih pula kepada pengenalan tentang cerun. Serba sedikit maklumat tentang tanah amatlah penting untuk di ketahui kerana tanah adalah merupakan bahan untuk membentuk cerun selain daripada batuan. Selain itu, sesetengah cerun pula melibatkan ketinggian tanah yang amat tinggi, maka sewajarnya bahagian bahagian tanah dan jenis - jenis tanah perlu di ketahui bagi membolehkan sistem pemantauan dan penyenggaraan cerun dapat di laksanakan dengan lebih berkesan.

Cerun di takrifkan sebagai lereng bukit atau tebing yang curam. Terdapat dua jenis cerun biasa yang di kenali sebagai cerun batuan dan cerun tanah. Kegagalan cerun batuan biasanya di sebabkan oleh kekar dan sesar yang berlaku pada cerun batuan tersebut. Manakala bagi cerun tanah, kegagalan berlaku di sebabkan oleh wujudnya

13 resipan dari air permukaan dan daya-daya graviti dalam tanah tersebut. Namun, dalam kajian kes ini hanya cerun tanah sahaja yang akan di beri penekanan.

2.6

Jenis-jenis cerun

Terdapat beberapa jenis cerun yang boleh di kelaskan ( Chowdhury R.N ). Jenisjenis cerun di bahagikan kepada dua iaitu cerun yang semulajadi dan cerun buatan manusia.

2.6.1

Cerun semulajadi

Cerun semulajadi ialah cerun cerun yang terdapat di kawasan berbukit - bukau dan cerun cerun ini tidak mengalami sebarang kesan gangguan daripada aktiviti pembinaan di sekitarnya. Cerun semulajadi pada kebiasaannya kukuh dan stabil. Kegagalan yang berlaku pada jenis cerun ini mungkin di sebabkan oleh proses luluhawa dan hakisan yang berpanjangan. Proses kegagalan cerun semulajadi di percepatkan lagi oleh kegiatan manusia seperti penebangan hutan dan pengorekan tanah pada cerun tersebut.

14 2.6.2 Cerun buatan manusia

Cerun buatan manusia boleh di bahagikan kepada tiga jenis berikut :

2.6.2.1 Cerun potong

Cerun potong terjadi melalui pembinaan semula cerun dari keadaan semulajadinya yang berbukit. Ia melibatkan perubahan pada keadaan geometri pada cerun tersebut. Ini dapat di lihat dengan pengubahan pada sudut, ketinggian dan pembinaan lereng pada cerun potong ini.

2.6.2.2 Cerun tambakan

Cerun tambakan terjadi dengan penambakan tanah dari kawasan lain bagi tujuan pembinaan dan sebagainya. Tanah akan di tambak pada kawasan yang akan di bina cerun. Kemudian tanah tersebut akan di padatkan sejauh 0.6 meter di kawasan di hadapan cerun. Seterusnya, barulah cerun di potong mengikut kecondongan yang di kehendaki seperti di dalam plan.

15 2.6.2.3 Cerun empangan tanah

Cerun empangan tanah terjadi apabila tanah di gunakan dan di timbunkan menjadi empangan tanah untuk di jadikan penahan seperti kawasan takungan air.

2.7

Fenomena kegagalan cerun

Kegagalan cerun merupakan suatu kejadian semulajadi yang boleh berlaku di mana saja kawasan yang berbukit. Ia lebih di kenali sebagai kejadian tanah runtuh. Fenomena ini sangat berbahaya dan boleh memberikan kesan kepada alam sekitar dan keselamatan nyawa dan harta benda. Kejadian ini biasanya berlaku di kawasan cerun yang curam dan tidak mempunyai sistem penyaliran yang baik.

Kemungkinan untuk berlaku kejadian tanah runtuh ini tinggi apabila berlakunya hujan yang lebat dan berterusan. Air permukaan akan bertindak menghakis permukaan cerun. Manakala resapan yang berlaku akan melembutkan struktur tanah yang keras. Selain itu tekanan pada tanah juga seperti tekanan air, beban binaan, dan lalulintas juga boleh menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Kegagalan cerun boleh di kategorikan berdasarkan kepada jenis jenis pergerakannya. Terdapat beberapa jenis pergerakan cerun yang telah di kenalpasti.

16 2.8 Pergerakan cerun

Kegagalan cerun di klasifikasikan berdasarkan jenis jenis pergerakannya. Ia boleh di kategorikan dalam beberapa jenis seperti runtuhan, gelinciran, hamparan, dan pengaliran. Pergerakan cerun ini banyak di pengaruhi oleh keadaan geometri dan geologi pada cerun tersebut.

Jadual 2.2 : Jenis-jenis pergerakan cerun ( Cruden & Varnes 1996 )

Jenis Runtuhan

Gelinciran

Klasifikasi bagi kegagalan cerun Bentuk Definisi Runtuhan bebas Pergerakan satu ataupun banyak batuan di mana ia runtuh dalam sebarang bahagian cerun. Roboh Keterbalikan blok batuan pada paksi yang terletak di bawah pusat graviti. Putaran Pergerakan yang agak perlahan pada blok campuran tanah batuan yang di kenali sebagai kegagalan permukaan bentuk. Planar Pergerakan perlahan seterusnya cepat pada blok batuan ataupun tanah yang di kenali sebagai kegagalan permukaan planar Geluncuran blok Pasak Penyerebakan secara lateral Gelongsoran debris Satu blok bergerak di sepanjang permukaan planar Blok bergerak di sepanjang silangan permukaan Beberapa blok bergerak secara berasingan dengan penganjakan yang berbeza Campuran tanah batu bergerak di sepanjang permukaan batu planar Pergerakan cepat seterusnya lebih cepat jisim batu ataupun tanah batu debris di mana pembentukan struktur asal tidak wujud di sepanjang permukaan Tanah ataupun tanah batu debris bergerak seperti aliran, selalunya pada jarak yang jauh daripada zon kegagalan yang di sebabkan oleh tekanan liang Pergerakan cerun yang lambat oleh tanah ataupun campuran tanah batu

Robohan Bahan berbutir halus Rayapan

Batu atau debris

Debris Pasir Kelodak Lumpur Tanah

17 Solifluction Pergerakan bagi cerun dengan kadar yang sederhana kepada perlahan di dalam iklim Aratic kepada sub Aratic di sepanjang jangkamasa pencairan di permukaan Membabitkan gabungan di atas, selalunya berlaku dengan berubah dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain di sepanjang kegagalan.

Komplek

2.8.1 Runtuhan ( fall )

Kegagalan di sebabkan oleh runtuhan kebiasaannya terjadi pada bahagian atas permukaan cerun yang sangat curam. Ia terjadi dengan pantas kerana jisim tanah yang terpisah akan jatuh terus ke bawah kerana tarikan graviti bumi. Kesan gegaran daripada aktiviti kuari yang menggunakan bahan letupan juga boleh mengakibatkan kejadian seperti ini berlaku.

Rajah 2.2 : Runtuhan tanah dan batuan

18 2.8.2 Gelinciran ( slide )

Gelinciran berlaku apabila wujud suatu satah pemisahan di antara stratum tanah di bawah dengan jisim tanah di atas satah tersebut. Satah tersebut merupakan zon berlakunya gelinciran dan ia mempunyai kekuatan ricih maksima menyebabkan berlakunya anjakan yang ketara. Terdapat dua jenis gelinciran iaitu :

2.8.2.1 Gelinciran putaran

Gelinciran putaran berlaku pada tanah yang homogenus dan berjelekit. Permukaan kegagalan membentuk suatu lengkung dengan stratum yang gagal dan menyusut sehingga kawasan kaki cerun. Pergerakan ini boleh terjadi dalam tanah liat yang lembut ataupun tegar. Gelinciran berbentuk lengkuk bulat biasanya berlaku dalam tanah yang homogenus dan lengkuk yang tidak bulat pada tanah tidak homogenus.

19

Rajah 2.3 : Gelinciran putaran ( Varnes, 1978 )

2.8.2.2 Gelinciran translasi / peralihan

Gelinciran translasi / peralihan biasanya berlaku pada cerun yang mempunyai pelbagai lapisan dan melandai hingga kebawah. Satah gelinciran ini di pengaruhi oleh stratum dasar yang lebih kuat berbanding dengan lapisan di atasnya. Perbezaan ini menyebabkan kurangnya daya lekatan di antara struktur lapisan tersebut. Kedalaman kegagalan gelinciran ini lebih cetek berbanding dengan gelinciran putaran. Selain itu, keratan rentasnya juga berbentuk terusan. Gelinciran ini melibatkan kawasan kegagalan yang lebih besar. Ini kerana satah gelincirannya yang memanjang dalam jarak tertentu.

20

Rajah 2.4 : Gelinciran translasi / peralihan

2.8.3 Hamparan ( spread )

Hamparan merupakan pergerakan yang lateral pada semua arah dalam suatu jisim tanah yang telah retak seperti gelinciran translasi melibatkan timbunan satah atau zon yang terlalu lemah dan bergerak dengan daya tarikan graviti. Contoh yang mengakibatkan berlakunya hamparan ialah kesan gegaran dari gempa bumi.

21

Rajah 2.5 : Kegagalan hamparan

2.8.4

Pengaliran ( flow )

Pengaliran ( flow ) terjadi daripada pergerakan yang sangat perlahan dan tibatiba menjadi pantas. Ini berlaku di sebabkan oleh aliran lumpur atau salji yang cair. Mekanisme seperti ini biasanya dapat di lihat di kawasan seperti empangan atau takungan di atas cerun yang pecah. Ia juga boleh berlaku ketika hujan yang turun dengan sangat lebat di kawasan cerun yang berisiko.

Rajah 2.6 : Pengaliran pada cerun ( Varnes, 1978 )

22 2.9 Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan cerun

Antara faktor faktor yang mempengaruhi kestabilan cerun ialah seperti graviti, pengaruh jenis tanah, keadaan air dalam tanah, geometri cerun, tanaman pada cerun, kesan alam semulajadi, sistem saliran, geologi dan pengaruh hakisan.

2.9.1

Graviti

Graviti adalah daya yang bertindak di mana saja di atas permukaan bumi. Daya tarikannya bertindak ke arah tengah bumi. Pada permukaan yang rata daya graviti bertindak ke bawah. Oleh sebab itu, sesuatu bahan yang berada pada permukaan yang rata tidak akan bergerak di sebabkan oleh daya tarikan graviti. Pada permukaan yang bercerun, daya graviti boleh di selesaikan menggunakan dua komponen iaitu komponen yang bertindak secara bersudut tepat dengan cerun dan komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun.

Rajah 2.7 : Komponen yang bertindak secara bersudut tepat g p, dengan cerun dan komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun g t.

23 Komponen yang bertindak secara bersudut tepat dengan cerun, g p, membantu untuk memegang objek pada permukaan cerun. Manakala, komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun, g t, menyebabkan daya geseran berlaku pada cerun yang menarik objek ke arah bawah cerun. Pada cerun yang curam, daya geseran atau komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun, g t, akan meningkat dan komponen yang bertindak secara bersudut tepat dengan cerun, g p, akan berkurang. Peningkatan nilai g t ini seterusnya menyebabkan berlakunya pergerakan pada cerun.

2.9.2

Pengaruh jenis tanah

Ciri bahan utama yang akan menentukan jenis tanah ialah agihan ( penggredan ) saiz zarah dan keplastikan. Ciri-ciri agihan saiz zarah dan keplastikan boleh di tentukan samada dengan melakukan ujian makmal atau melalui pemerhatian insani yang mudah. Ciri-ciri sekunder bahan adalah seperti warna tanah dan bentuk, tekstur dan kandungan zarah. Perbezaan di antara perihalan dan pengelasan tanah amat penting untuk di ketahui. Perihalan tanah termasuklah perincian tentang ciri-ciri bahan dan jisim, oleh itu adalah agak mustahil untuk dua tanah mempunyai perihalan yang serupa. Satu panduan yang terperinci tentang perihalan tanah di berikan di dalam BS 5930 ( 1.3 ). Mengikut piawaian ini jenis tanah yang asas ialah batu tongkol, batu bundar, kelikir, pasir, kelodak dan tanah liat. Kesemuanya jenis tanah ini di takrif berpandukan julat saiz zarah masing-masing.

24 2.9.3 Keadaan air dalam tanah

Kesemua tanah ialah bahan boleh telap, dengan air bebas mengalir melalui liang-liang yang bersambung di antara zarah zarah pepejal. Tekanan air liang di ukur relatif kepada tekanan atmosfera dan aras yang mempunyai tekanan atmosfera ( iaitu sifar ) yang di takrif sebagai aras air bumi atau permukaan air bumi. Tanah yang berada di bawah aras air bumi di anggap tepu sepenuhnya walaupun kadangkala darjah ketepuannya kurang sedikit daripada 100 % kerana terdapat udara yang terperangkap. Pengukuran tekanan air liang dan paras air bumi perlu. Ini kerana peningkatan paras air bumi dan seterusnya pertambahan tekanan air liang menyebabkan pertambahan tegasan ricih dalam tanah. Ini boleh melemahkan daya ikatan pada struktur tanah.

2.9.4

Geometri cerun

Geometri cerun melibatkan keadaan rupabentuk cerun tersebut. Ia merangkumi ketinggian cerun, ketinggian lereng, lebar setiap lereng dan juga bilangan lereng yang terdapat pada cerun tersebut. Setiap aspek geometri cerun ini akan mempengaruhi kestabilan cerun tersebut. Selain itu, sudut cerun juga mestilah di ketahui. Cerun yang curam amat berisiko untuk mengalami kegagalan.

25

Puncak cerun Tinggi lereng tinggi cerun Lebar lereng

Sudut cerun

Rajah 2.8 : Aspek aspek dalam geometri cerun

2.9.5 Tanaman pada cerun

Tanaman pada cerun merupakan suatu lapisan penahan yang dapat mengawal hakisan pada permukaan cerun dan mengukuhkan struktur tanah pada cerun. Ia bertindak dengan mengikat zarah-zarah tanah dengan mewujudkan struktur perlekatan di antara sistem akar tumbuhan dengan partikel partikel tanah. Akar tumbuhan tersebut akan tumbuh jauh ke dalam tanah dan bertindak seperti penahan yang menahan tanah pada cerun daripada mengelongsor. Selain itu, tanaman litup bumi seperti rumput dan pokok-pokok kekacang dapat menyerap momentum jatuhan air hujan daripada jatuh terus ke permukaan tanah. Ia juga dapat mengawal kuantiti dan aliran air permukaan kerana aliran tersebut di serap oleh tanaman yang terdapat pada cerun. Kesan daripada hakisan juga dapat di kurangkan. Berbagai bagai jenis rumput yang di gunakan sebagai tanaman litup bumi. Antaranya seperti rumput jenis Vertiveria Zizanoides, Axonopus Compressus dan sebagainya.

26 2.9.6 Kesan alam semulajadi

Kesan daripada kitaran alam semulajadi mempunyai hubungkait dengan ketidakstabilan pada cerun. Perubahan cuaca panas dan hujan sentiasa berlaku di negara kita. Keadaan cuaca yang panas dan kering yang berterusan boleh menyebabkan berlakunya keretakan pada permukaan. Permukaan tanah dan batuan yang retak dan merekah ini memudahkan agen pengluluhawaan dan hakisan bertindak dengan memasuki rekahan yang terbentuk.

Kadar curahan hujan tahunan adalah merupakan kriteria yang penting dan perlu di ambil kira dalam menyediakan cerun yang stabil di sesuatu kawasan. Setiap kawasan mempunyai taburan keamatan hujan yang berbeza. Sesetengah tengah kawasan mengalami taburan hujan yang kecil tetapi berlaku dalam tempoh yang lama dan ada juga yang mengalami taburan hujan yang banyak tetapi berlaku dalam tempoh yang singkat. Taburan keamatan hujan yang besar lebih memberikan kesan terhadap cerun berbanding di kawasan yang mengalami keamatan hujan yang kecil. Ini kerana ketepuan air dalam tanah bertambah dengan pertambahan peresapan air hujan yang pesat. Fenomena ini merupakan salah satu faktor kepada kegagalan cerun. Jika gempa bumi melanda cerun semasa hujan turun, faktor keselamatannya akan lebih berkurang dan cerun akan lebih tidak stabil.

Gegaran tanah yang kuat akan meningkatkan tegasan ricih dalam tanah. Kesan daripada frekuensi dan magnitud gempa bumi boleh mengatasi daya lekatan pada tanah dan struktur penahannya. Pergerakan zarah tanah akan cenderung untuk bergerak ke bawah. Pada umumnya negara Malaysia bebas dan selamat daripada kawasan lingkaran gunung berapi pasifik. Oleh itu, ia tidak menjadi faktor yang serius dalam penilaian tahap keselamatan cerun di negara kita.

27

Rajah 2.9 : Penurunan kadar faktor keselamatan melawan masa penurunan hujan. Kegagalan cerun akan berlaku bila faktor keselamatan menurun melebihi 1.

2.9.7

Sistem saliran

Sistem saliran yang terdapat pada cerun merupakan suatu aspek yang penting dan perlu di berikan perhatian dalam menilai tahap kestabilan dan keselamatan sesuatu cerun. Sistem saliran yang baik dapat menyalirkan air permukaan dan subpermukaan tanah dengan baik. Ianya amat penting semasa musim hujan ataupun di kawasan yang mempunyai jumlah taburan curahan hujan yang tinggi. Kesan daripada aliran air permukaan boleh mewujudkan hakisan pada cerun dengan membawa tanah pada permukaan cerun mengelongsor ke bawah. Sebahagian daripada air permukaan itu tadi akan meresap ke dalam tanah. Ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan aras air bumi. Kesan peningkatan air bumi dan seterusnya pertambahan tekanan air liang menyebabkan pertambahan tegasan ricih dalam tanah. Ini boleh melemahkan daya ikatan pada struktur tanah di lereng lereng cerun. Oleh itu, kesan daripada sistem saliran yang buruk pada cerun boleh menyumbang kepada ketidakstabilan cerun.

28 2.9.8 Geologi

Keadaan geologi sesuatu cerun akan memberikan ciri-ciri utama yang menjadikan cerun tersebut. Ia bermula daripada asal usul bahan-bahan yang membentuk cerun tersebut sama ada batuan ataupun tanah. Batuan dan tanah ini juga terbahagi kepada jenis jenisnya yang tersendiri. Komposisi setiap mineral seperti tanah dan batuan pada cerun dan komposisi tekturnya serta struktur dapat di ketahui. Lapisan lapisan tanah yang terdapat pada cerun serta formasi pada setiap lapisan yang berselang seli akan di ambil kira. Proses luluhawa yang berlaku juga merupakan sebahagian daripada faktor yang boleh mempengaruhi kestabilan cerun. Proses luluhawa biasanya memakan masa yang lama dan ia mendorong kepada perubahan rintangan ricih pada batuan. Jadual 2.3 : Keadaan geologi dan kesan yang mungkin berlaku pada cerun (Hunt 1984)

Keadaan geologi dan bentuk bentuk tipikal bagi kegagalan cerun Keadaan geologi Bentuk pergerakan tipikal Jisim batu umum Runtuhan dan robohan daripada kegagalan penyokong Kegagalan pasak pada penyambung di sepanjang penyambungan, ricih dan lenturan Geluncuran blok di sepanjang penyambung dan ricih Gelongsoran planar di sepanjang penyambung dan ricih Kegagalan multi planar di sepanjang set penyambungan Aliran batu kering Batuan metamorphic Batuan mendapan Lapisan mendatar Lapisan cerun Batu marine, batu tanah liat Tanah baki Mendapan tebal Gelongsoran di sepanjang lapisan yang nipis Darjah cuaca mempunyai kesan yang kuat Putaran atau pasak umum melalui penyambung dan di sepanjang lapisan yang rata Planar di sepanjang lapisan penyambungan, geluncuran blok pada lapisan pemisahan penyambungan Putaran, pasak umum atau pergerakan progresif menerusi penyambung dan di sepanjang lipatan Bergantung kepada ketebalan stratum Pergerakan progresif putaran

29 Mendapan nipis pada batu Tanah alluvial Kepaduan Jelekitan Susun lapis Mendapan aeolian Pasir dan lapisan Loess Mendapan glasier Till Susun lapis longgokan Lacustrine Marine Gelongsoran debris, planar, runtuhan debris atau aliran Bergantung pada jenis dan struktur tanah Larian dan aliran Putaran dan pasak planar Putaran, atau pasak, merebak secara lateral dalam tanah berbutir halus Perubahan Larian dan aliran Aliran geluncuran blok di sepanjang gempa bumi Perubahan Putaran Putaran Putaran menjadi progresif Putaran menjadi progresif, putaran merebak secara lateral, aliran

2.9.9

Pengaruh hakisan

Hakisan juga akan memberikan kesan pada kestabilan cerun. Hakisan yang berlaku boleh menyebabkan berlakunya perubahan pada permukaan cerun. Agen agen hakisan yang bertindak ialah seperti air larian permukaan, arus sungai, ombak, glasier dan juga pergerakan cerun itu sendiri. Agen hakisan seperti air larian permukaan bertindak dengan menghakis permukaaan cerun dengan membawa bersama aliran lumpur dan tanah. Ia akan menjadi lebih teruk dan berbahaya sekiranya aliran ini terjadi dalam kuantiti yang besar dan deras. Sebahagian daripada air larian permukaan ini akan meresap ke dalam struktur tanah dan melemahkan daya lekatan antara partikel - partikel tanah tersebut. Kesannya, pengaliran lumpur dan tanah akan menjadi lebih banyak. Ini terjadi kerana pengaliran lumpur dan tanah tersebut akan menghakis dan membawa sekali tanah yang terurai. Terdapat beberapa bentuk hakisan seperti sheet, rill, gully,

30 mass dan fretting. Hakisan pada cerun dapat di kurangkan sekiranya cerun tersebut mempunyai sistem saliran yang baik dan juga di tutupi dengan tanaman litup bumi seperti pokok dan rumput yang dapat menahan hakisan daripada terjadi.

2.10

Kestabilan cerun

2.10.1 Kaedah penyiasatan kestabilan cerun

Kaedah penyiasatan kestabilan cerun adalah berdasarkan kepada tiga perkara utama, iaitu :

i) ii ) iii )

Mengandaikan permukaan gelinciran dan pusat ia berputar. Mengkaji keseimbangan daya yang bertindak ke atas permukaan itu. Mengulangi proses sehingga permukaan gelinciran yang terburuk di perolehi.

31 2.10.2 Analisis tegasan menyeluruh

Analisis ini biasanya di namakan analisis = 0. Analisis ini di lakukan bertujuan untuk memberikan kestabilan sesuatu benteng sebaik sahaja ia siap di bina. Di andaikan bahawa tanah di dalam benteng tersebut tidak sempat untuk menyalir dan parameter kekuatan yang di gunakan adalah mewakili kekuatan tak bersalir bagi tanah itu. Parameter kekuatan itu di perolehi sama ada dari ujian mampatan tak terkurung ataupun daripada ujian tiga paksi tak bersalir tanpa ukuran tekanan liang.

Rajah 2.10 : Analisis tegasan seluruh Pertimbangkan suatu sektor tanah yang di potong oleh arka AB dengan jejari r. Di andaikan : W G = = Berat sektor. Kedudukan pusat graviti

Oleh kerana = 0, maka kekuatan ricih maksimum = c. Dengan mengambil kira momen sekitar 0, pusat putaran :

32 W.e Maka, F = momen rintangan / momen gangguan = cr2 / We = c.1.r. = c.r.r = cr2 untuk keseimbangan

2.10.2.1 Analisis melalui kaedah hirisan Swedish

Analisis tegasan berseluruh boleh di ubah suaikan untuk meliputi kes di mana bagi tanah tepu separa, sampel kekuatan tak bersalir tidak selari dengan paksi tegasan normal dan tanah mempunyai nilai dan c. Ini dapat di lakukan dengan membuat andaian bahawa kaedah bulatan gelinciran serta membahagikan sektor kepada beberapa hirisan tegak dengan bilangan yang bersesuaian.

Rajah 2.11 : Kaedah hirisan Swedish

33 Dengan mengandaikan bahawa tindak balas sisi ke atas dua sempadan tegak bagi L1 dan L2 adalah sama, maka beratnya di lukis pada bahagian pangkal hirisan. Seterusnya, dengan menyempurnakan daya segitiga magnitud N dan T dapat di tentukan. Dengan mengambil momen sekitar pusat putaran, 0 : Momen gangguan Momen rintangan Maka, F = ( cr + N tan ) / T = rT = r ( cr + N tan )

2.10.3 Analisis tegasan berkesan melalui kaedah Bishop

Dengan mengandaikan bahawa Ln dan Ln + 1 bersamaan dengan tindak balas sisi yang masing masing bertindak ke atas keratan n dan keratan n + 1 dan daya yang bertindak ke atas hirisan sebagai : W P T b z l x = = = = = = = = Berat hirisan Daya normal seluruh yang bertindak di tapak hirisan Daya ricih yang bertindak di tapak hirisan Lebar hirisan Ketinggian hirisan Panjang BC ( di ambil sebagai garis lurus ) Sudut antara P dengan garis tegak Jarak ufuk dari pusat hirisan ke pusat putaran, 0

34

Rajah 2.12 : Analisis tegasan berkesan :- Daya yang bertindak ke atas hirisan tegak menerusi tembereng yang menggelangsar Dalam sebutan tegasan berkesan, kekuatan ricih yang di gunakan ialah : = [ c + ( n u ) tan ] / F

Tegasan normal seluruh yang bertindak di tapak hirisan, n = ( P / l ) iaitu : = ( 1 / F ) { c + [ ( P / l ) u ] tan }

Daya ricih yang bertindak di tapak hirisan, T = l Untuk keseimbangan, momen gangguan = momen rintangan Maka, F = [ 1 / W sin ] [ cl + W ( kos ru sek ) tan ]

35 Ini di kenali sebagai kaedah lazim iaitu penentuan F secara tepat apabila terdapat bulatan gelinciran yang secukupnya, dengan itu nilai yang paling genting dapat di tentukan.

2.10.3.1 Analisis tegasan berkesan melalui kaedah rapi

Formula yang terhasil dari analisis mengikut kaedah lazim berkemungkinan menimbulkan ralat bagi nilai F sehingga 15 %. Walau bagaimanapun, ralat ini masih berada dalam julat yang selamat. Ini kerana ia masih memberikan nilai yang lebih rendah daripada yang sepatutnya.

Di dalam pembinaan benteng dan empangan tanah yang baru, ralat ini mungkin akan menyebabkan perbelanjaan yang tinggi. Perkara ini akan lebih ketara dengan bulatan gelinciran yang dalam, apabila perubahan di seluruh panjang gelinciran adalah besar. Menerusi persamaan : F = ( R / Wx ) [ cl + ( P ul ) tan ]

Andaikan daya berkesan normal, ( P ul ) = P Menghuraikan daya pada arah tegak : Maka, F = ( 1 / W sin ) { [ cb + W ( 1 ru ) tan ] [ sek / ( 1 + ( tan tan / F ) ) ] }

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pendahuluan

Metodologi kajian merupakan susunan cara kerja dalam mencapai matlamat di dalam sesuatu kajian. Pelbagai kaedah boleh di gunakan contohnya, ia boleh di lakukan menerusi pengumpulan maklumat melalui pembacaan bahan seperti buku, journal, hasil kajian yang lepas, laporan dan keratan akhbar. Selain itu, maklumat maklumat juga boleh di perolehi dengan melakukan temuramah, soal selidik dan pemerhatian serta tinjauan di kawasan kajian. Metodologi kajian bermula dari permulaan pembinaan hipotesis sehinggalah matlamat kajian tersebut di capai.

37 3.2 Metodologi kajian

Kaedah pendekatan pertama yang di lakukan untuk mencapai objektif kajian ialah melalui pengumpulan data data yang berkaitan dengan faktor-faktor yang boleh mendorong kepada kegagalan cerun. Kesemua data data ini akan di gunapakai semasa pemantauan cerun di lakukan. Proses pengumpulan data ini melibatkan pembacaan dari rujukan-rujukan seperti buku yang berkaitan, jurnal, artikel, laporan akhbar, kajian kajian yang lepas dan sumber sumber dari Internet. Kesemua data data yang berkaitan akan di gunakan di dalam suatu sistem yang di panggil Slope Priority Ranking System ( SPRS ) . SPRS ini akan melibatkan pemberian markah kepada setiap maklumat mengikut tahap sesuatu ciri yang terdapat pada cerun.

Selain daripada itu, pemerhatian dan tinjauan juga di lakukan di tapak kajian bagi mengenalpasti kriteria kriteria yang mempunyai persamaan yang boleh di kaitkan di antara satu sama lain. Kriteria ini adalah merupakan ciri ciri yang terdapat pada cerun yang mana ciri ciri tersebut boleh mempengaruhi cerun terbabit. Pengumpulan kriteria ini seterusnya akan di tentukan dengan pemberian markah mengikut tahap tahap setiap kriteria tersebut.

Penentuan kriteria dan klasifikasi setiap kriteria di lakukan merujuk kepada kajian kajian yang lepas. Markah yang di berikan akan di bahagikan kepada tiga tahap bagi setiap kriteria. Tahap yang pertama di berikan kepada kriteria kriteria yang mempunyai kesan yang tidak serius terhadap kestabilan cerun. Tahap yang kedua merupakan kriteria yang memberikan kesan sederhana serius terhadap cerun. Tahap ketiga merupakan tahap yang serius bagi setiap kriteria yang mana ia mendorong kepada kejadian kegagalan cerun dengan pertambahan faktor faktor yang boleh menggagalkan cerun.

38 Seterusnya, setiap kriteria yang telah di klasifikasikan itu akan di bangunkan dengan menggunakan Microsoft Access 2003. Pembangunan sistem pemantauan mengunakan Microsoft Access 2003 ini di lakukan kerana ia dapat di jadikan sebagai pangkalan data. Sistem yang telah siap akan dapat membantu dalam memantau tahap kestabilan cerun tersebut mengikut rating atau keutamaannya.

Sistem ini akan di analisis dengan membuat perbandingan dengan cerun di kawasan kajian. Setiap kriteria dan maklumat yang terdapat pada cerun di kawasan kajian akan di masukkan ke dalam sistem ini bagi menilai kestabilannya. Seterusnya ia akan dapat memberikan rating bagi setiap cerun dan ini akan mengambarkan tindakan yang perlu di lakukan pada cerun tersebut.

3.3

Pengenalan kepada perisian Microsoft Access 2003

Sistem pemantauan cerun yang akan di bangunkan adalah dengan mengunakan perisian Microsoft Access 2003. Microsoft Access 2003 ini merupakan versi yang ke lapan dan terbaru dalam perisian Access. Perisian ini di gunakan sebagai suatu sistem pengurusan pangkalan data yang popular dan boleh di gunakan pada sebarang keperluan pengurusan maklumat. Ia di gunakan daripada susunan alamat yang ringkas sehinggalah kepada sistem pengurusan yang sukar.

Pangkalan data di gunakan secara meluas bagi menyimpan data dan maklumat. Ia boleh di bangunkan mengikut kehendak dan keperluan tersendiri. Perkara yang paling utama ialah ia senang di gunakan, fleksibel dan mesra pengguna. Penggunaannya boleh melibatkan pengiraan, simpanan data serta cetakan dan seterusnya dapat

39 memudahkan pencarian semula dengan membenarkan pengasingan di lakukan mengikut jenis atau kehendak pengguna.

Ciri asas bagi pangkalan data ialah ia dapat menyediakan penggabungan simpanan kesemua data tentang sesuatu topik. Siri bagi Word document, lembaran Excel, teks fail, meseg email dan nota boleh di gabungkan ke dalam satu pangkalan data. Pangkalan data bukan sahaja boleh menyimpan data sebaliknya mempunyai lebih banyak kelebihan yang lain. Antara kelebihan Microsoft Access ialah :-

i) ii ) iii ) iv )

Menyediakan muka depan bagi memasukkan data dengan mudah Mencari data data yang berkaitan dengan cepat Menggambarkan data sebagai graf, carta dan laman web Menyediakan laporan yang mudah di fahami dan di cetak ataupun di paparkan di skrin

v)

Menghantar maklumat kepada Microsoft Word atau Microsoft Excel

Selain itu, masalah asas bagi Microsoft Excel ialah perisian ini tidak mempunyai kemudahan untuk menyemak data. Sekiranya berlaku kesilapan dalam penaipan, Microsoft Excel tidak dapat memaklumkan seterusnya data yang di kehendaki tidak dapat di cari. Namun, segala permasalahan ini akan dapat di atasi melalui penggunaan Microsoft Access. Antara keistimewaan Microsoft Access ialah :-

i)

Access akan menyimpan setiap maklumat data ke dalam satu tempat sahaja. Kesilapan dalam penaipan tidak akan berlaku kerana penaipan tidak di lakukan secara berterusan.

ii )

Access boleh mengemukakan beberapa data bagi menyesuaikan dengan bentuk tertentu. Sebagai contoh, hanya tarikh yang sah sahaja boleh di

40 masukkan mengikut susunan tarikh. Prinsip yang sama di aplikasikan untuk setiap hari.

iii )

Access dengan mudah dapat mengesan suatu set data bagi mengenalpasti setiap perubahan nilai

iv )

Access dapat membantu untuk menghasilkan user friendly data entry interface yang di kenali sebagai form di dalam Access. Selain daripada menaip nama pelanggan, nama juga boleh di pilih daripada senarai nama pada skrin.

3.4

Pengenalan kepada Slope Priority Ranking System ( SPRS )

Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ialah merupakan suatu sistem yang di bangunkan bagi mengenalpasti cerun cerun yang perlu di beri keutamaan untuk di baikpulih dengan segera bagi menjaga keselamatan pengguna yang menggunakan jalanraya sebagai laluan untuk ke destinasi destinasi yang di ingini. Selain itu, SPRS ini juga dapat membantu kerja kerja penyenggaraan cerun. Ini dapat di lakukan dengan memantau kelemahan kelemahan yang wujud serta faktor faktor yang menyumbang kepada fenomena kegagalan sesuatu cerun.

41 3.4.1 Prinsip asas dalam Slope Priority Ranking System ( SPRS )

Antara prinsip dan konsep asas dalam Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ialah :

i)

Penilaian akan di buat berdasarkan Borang Pemeriksaan Cerun [ JKR ( CKC-UKC 1 / 2005 ) ] yang telah di isi berpandukan nota dan garis panduan pemeriksaan cerun JKR.

ii )

Pemarkahan akan di berikan kepada setiap butir atau maklumat mengikut tahap sesuatu ciri cerun tersebut.

iii )

Jumlah markah yang terkumpul akan memberikan keputusan keutamaan cerun untuk tindakan yang selanjutnya.

iv )

Nilai keutamaan yang di perolehi akan dapat membantu JKR dalam pengurusan cerun cerun.

BAB IV

SISTEM PENYENGGARAAN DAN KESTABILAN CERUN

Setelah analisis sesuatu cerun di lakukan, keadaan cerun tersebut akan dapat di kenalpasti sama ada berisiko ataupun tidak berisiko berlakunya kegagalan cerun. Sekiranya cerun terbabit berisiko, maka tindakan drastik perlu di buat bagi mengenalpasti sistem penyenggaraan dan kestabilan cerun yang sesuai di laksanakan, dengan mengambil kira aspek kos dan keberkesanannya dalam menstabilkan cerun.

4.1

Pendahuluan

Penyenggaraan cerun yang di lakukan dengan baik akan dapat memastikan cerun dalam keadaan selamat dan mengurangkan risiko kejadian tanah runtuh. Ini semua perlu di lakukan pada setiap cerun yang boleh memberikan kesan kepada keselamatan nyawa dan harta benda. Pemeriksaan pada cerun mestilah di lakukan sekurang kurangnya sekali setahun. Bagi cerun cerun yang kritikal hendaklah di

43 periksa dengan lebih kerap dalam masa setahun. Pemeriksaan ini akan dapat memberikan maklumat untuk menentukan jenis penyenggaraan yang sesuai.

Kaedah penyenggaraan dan penstabilan cerun yang sesuai di tentukan berdasarkan ciri-ciri setempat yang terdapat pada sesuatu cerun tersebut. Antaranya seperti keadaan geometri, geologi dan kegagalan yang berlaku. Kebiasaannya, sistem penyenggaraan dan penstabilan cerun boleh di bahagikan kepada empat elemen utama iaitu :

i. ii. iii. iv.

Kerja perlindungan cerun Kerja perparitan dan saliran Pembinaan tembok penahan Kerja kerja pengukuhan cerun

Setiap kaedah kerja tersebut mempunyai fungsi fungsinya yang tertentu dalam membantu menstabilkan cerun. Kaedah penyenggaraan yang ekonomi dan bersesuaian akan dapat di tentukan jika fungsi kerja di fahami.

4.2

Kerja kerja perlindungan cerun

Kerja kerja perlindungan cerun merupakan proses melindungi permukaan cerun daripada agen-agen hakisan dan luluhawa. Kerja kerja perlindungan ini akan dapat mengurangkan kesan hakisan, penyerapan air larian permukaan dan proses luluhawa yang boleh mengganggu kestabilan cerun. Permukaan cerun yang terdedah akan di lindungi dengan menggunakan beberapa kaedah mengikut kesesuaian. Antara

44 kaedah kaedah yang terdapat dalam kerja kerja perlindungan cerun ialah seperti kawalan hakisan menggunakan tanaman litup bumi, kaedah penyemburan mortar dan konkrit, kaedah pitching dan krib.

4.2.1

Kaedah tanaman litup bumi

Penggunaan kaedah tanaman litup bumi akan dapat mewujudkan suatu sistem kawalan hakisan pada permukaan cerun. Penggunaan kaedah ini di gunakan secara meluas dan kerap. Penggunaan rumput sebagai tanaman litup bumi dapat mengurangkan kesan momentum jatuhan air hujan pada permukaaan tanah. Selain itu, air hujan akan tersekat pada rumput dan ia bertindak mengurangkan kuantiti dan kelajuan air larian permukaan.

Struktur akar pada rumput-rumput tersebut mewujudkan satu struktur pelekatan di antara partikel tanah dan sistem akar tersebut. Permukaan cerun yang di litupi sepenuhnya dengan rumput akan lebih stabil kerana akarnya mencengkam tanah pada cerun dan menggelakkannya daripada menggelongsor. Antara kaedah penanaman tumbuhan litup bumi ini ialah seperti penggunaan rumput vetiver, kaedah fibromatting dan hidroseeding dan penanaman kepingan rumput berkelompok dan rapat.

45 4.2.1.1 Kaedah rumput vetiver

Rumput vetiver adalah merupakan sejenis rumput yang mempunyai sistem akar yang panjang dan tumbuh jauh ke dalam tanah. Rumput ini tumbuh subur sehingga boleh mencapai ketinggian 1 m tinggi. Akarnya yang panjang kuat mencengkam partikel tanah dan ianya selalu di gunakan sebagai kawalan perlindungan cerun dan juga hakisan pada tebing sungai. Antara jenis rumput yang biasa di tanam ialah dari jenis Vertiveria Zizanoides. Ia tumbuh dengan menggunakan tunas dan cepat membesar. Pertumbuhan dengan kadar yang cepat ini menyebabkan ia memerlukan pemotongan yang berjadual. Ini kerana rumput yang tumbuh terlalu panjang akan menyukarkan proses proses pemerhatian dan penyenggaraan cerun.

Rajah 4.1 : Rumput Vetiver yang tumbuh semulajadi

46

Rajah 4.2 : Penanaman rumput vetiver secara berbaris di cerun

4.2.1.2 Kaedah fibromatting dan hydroseeding

Sabut atau serat kelapa dan jut di gunakan sebagai hamparan sebelum benih rumput di semburkan pada permukaan cerun. Hamparan ini di kenali sebagai fibromat yang dapat membantu mencegah hakisan dan mempercepatkan pertumbuhan benih rumput. Fibromat dapat menghalang benih rumput di hanyutkan oleh air larian permukaan. Ia juga memberikan kelembapan pada biji benih rumput untuk tumbuh dan mencengkam dengan kuat.

Hydroseeding pula merupakan proses percampuran benih rumput, baja, pulpa ( daripada kertas atau kayu ) dan air. Kebiasaanya ia di lakukan dengan menggunakan pam dan percampuran biji benih rumput tersebut di semburkan pada lapisan fibromat yang telah di hamparkan pada permukaan cerun. Kaedah fibromatting dan hydroseeding

47 adalah merupakan kaedah yang paling sesuai bagi cerun potong yang memerlukan kadar penutupan permukaan dengan kadar segera. Penyediaan longkang sementara pada bahagian atas dan teres di perlukan bagi mengurangkan air larian permukaan yang boleh mengganggu pertumbuhan dan mengurangkan benih rumput tersebut dari di hanyutkan ketika hujan. Kaedah ini dapat di lakukan pada kawasan cerun yang luas dengan kos yang rendah.

Rajah 4.3 : Semburan yang menggunakan pam bagi kaedah Hydroseeding

48

Rajah 4.4 : Lapisan rumput yang tumbuh subur menggunakan kaedah Hydroseeding

4.2.1.3 Kaedah kepingan rumput berkelompok dan rapat

Kaedah menggunakan kepingan rumput berkelompok adalah merupakan suatu teknik menanam rumput dengan segera pada kawasan cerun. Ia di lakukan dengan menanam rumput secara berkelompok dengan kepingan rumput yang bersaiz lebih kurang 150 mm diameter dan di tanam dengan jarak 100 mm di antara satu sama lain. Bekalan air di sediakan dengan secukupnya bagi membolehkan ia terus hidup dan subur.

Kaedah penanaman rumput secara rapat juga sama seperti penanaman secara berkelompok tetapi ianya di tanam dengan lebih rapat di antara kelompok kelompok rumput tersebut. Ianya akan lebih kelihatan rapat dan hampir menutupi keseluruhan permukaan cerun. Kedua-dua kaedah penanaman rumput ini sesuai dan berkesan

49 sebagai kawalan pada permukaan cerun yang mengalami kesan hakisan yang teruk. Selain itu, kaedah ini juga sesuai bagi cerun yang mempunyai gradien yang rendah. Antara jenis rumput yang biasa digunakan ialah jenis Axonopus Compressus. Kaedah ini walau bagaimanapun hanya sesuai bagi kawasan yang kecil sahaja.

Rajah 4.5 : Penanaman rumput secara berkelompok dan rapat

4.2.2

Kaedah pitching

Kaedah pitching adalah merupakan kaedah yang menggunakan cantuman daripada blok-blok batuan atau konkrit dan bahan pengikat. Ianya akan dapat menghalang cerun daripada mengalami hakisan, gelinciran, luluhawa dan kegagalan kecil dengan menutup permukaan cerun dengan batuan, blok konkrit atau konkrit pasang siap. Kaedah perlindungan cerun ini mempunyai kos yang tinggi dan memerlukan peralatan atau penskalaan semula ke atas permukaan cerun.

50

Rajah 4.6 : Rubble Pitching

4.2.3

Kaedah penyemburan mortar dan konkrit

Penggunaan mortar dan konkrit sebagai pelindung kepada permukaan cerun akan dapat menutup ruang ruang rongga pada yang tanah yang longgar seperti tanah pasir. Selain itu, penggunaan perlindungan ini akan dapat menghalang air permukaan dari meresap ke dalam tanah yang seterusnya boleh melemahkan struktur tanah di kawasan cerun tersebut. Ia amat berkesan mencegah hakisan yang di sebabkan oleh air larian permukaan yang mempunyai halaju yang tinggi. Penyemburan konkrit lebih meluas berbanding mortar kerana ia lebih cepat dan ekonomi serta jangka hayat ketahanan yang lama berbanding penggunaan mortar. Walaubagaimanapun kaedah ini

51 tidak di galakkan untuk cerun yang mempunyai tanah atau batuan dengan kadar penyerapan air yang tinggi.

Kaedah ini adalah sesuai pada cerun yang mengalami kegagalan yang sederhana untuk menutup permukaan cerun tersebut dengan mortar atau konkrit. Kaedah penyemburan mortar atau konkrit ini tidak memerlukan proses perataan atau penskalaan terhadap permukaan cerun. Sebaliknya, penggunaan kaedah ini memerlukan penyediaan lubang leleh dan saliran mendatar yang mencukupi. Ini bagi membolehkan pengaliran air bumi dan mengelakkan peningkatan tekanan air liang. Air bumi yang tidak dapat di salir keluar dengan baik menyebabkan ia terkumpul di belakang lapisan mortar atau konkrit, seterusnya menyebabkan tekanan air liang bertambah dan boleh mengakibatkan kegagalan pada struktur cerun tersebut.

Rajah 4.7 : Semburan mortar dan konkrit

52 4.2.4 Kaedah penghadang konkrit

Penghadang konkrit merupakan hasil cantuman unit unit kayu, besi atau konkrit pra tuang yang di susun dan di isikan pada bahagian dalamnya dengan tanah peroi atau batu kelikir bagi memudahkan pengaliran air hujan. Proses kerja membinanya juga adalah mudah dan cepat. Bagi tujuan pemasangan yang bercirikan alam sekitar, ruang di antara penghadang konkrit boleh di timbus dengan tanah dan di tanam dengan rumput. Kaedah perlindungan cerun ini akan dapat menanggung jisim tanah di tepi bukit, tebing pembinaan jalan raya dan lain-lain. Bagi pembinaan struktur penghadang konkrit ini, had ketinggian yang di benarkan ialah tidak melebihi 6.3 meter.

Pembinaan penghadang konkrit ini akan dapat menghalang kegagalan yang besar pada cerun. Bagi tembok penghadang konkrit semburan pula, ia di bina dengan memasang jaring dawai di sepanjang permukaan cerun yang tidak rata dan kemudian satu bar terkukuh ( reinforcement bar ) di letakkan dan konkrit akan di tuang pada bar tersebut. Proses penyemburan konkrit boleh di lakukan dengan menggunakan pam. Ia lebih menjimatkan masa dan mudah kerana ia tidak memerlukan kerja-kerja perataan pada permukaan cerun.

53

Rajah 4.8 : Rekabentuk dan cara pembinaan crib wall

Rajah 4.9 : Penggunaan crib wall di kawasan cerun

54 4.3 Kawalan perparitan dan saliran

Masalah pengaliran air pada cerun merupakan suatu perkara yang perlu di berikan perhatian. Ini kerana tindak balas daripada air akan dapat melemahkan struktur tanah pada cerun. Tindak balas daripada air ini boleh di pecahkan kepada dua bahagian iaitu pada permukaan dan subpermukaan cerun. Pengaliran air yang laju pada permukaan cerun boleh menyebabkan hakisan yang teruk dan ianya boleh menyebabkan kegagalan pada cerun jika kadar penyerapan air yang melampau masuk ke dalam tanah. Kawalan pengaliran air menggunakan sistem perparitan dan saliran akan menyediakan suatu kemudahan secara kekal atau sementara bagi tujuan pengaliran air permukaan dan air bumi yang terkumpul di bawah permukaan cerun. Sistem ini perlu di reka bentuk bagi mewujudkan keadaan cerun yang stabil.

4.3.1

Sistem kawalan perparitan di permukaan cerun

Air permukaan mestilah di alirkan dengan baik melalui sistem perparitan permukaan yang sempurna. Dengan adanya sistem perparitan ini, ia akan dapat mengalirkan air permukaan terus ke sistem perparitan utama untuk di alirkan ke tempat lain. Ini dapat mengelakkan air permukaan daripada mengalir ke kawasan cerun yang tidak stabil ataupun masuk ke dalam struktur tanah cerun yang boleh menyebabkan kegagalan. Oleh itu, air larian permukaan ini mestilah di kawal dengan baik dan sempurna supaya ia tidak mempengaruhi kestabilan sesuatu cerun tersebut. Antara kaedah yang biasa di praktikkan untuk mengawal air permukaan pada cerun ialah :

55 i. ii. Membina suatu aras pembentukan terhadap permukaan cerun. Meminimakan pemusnahan tumbuhan pada kawasan cerun atau menanam semula rumput litup bumi. iii. Membina longkang, pembentung atau saluran untuk melencongkan aliran air ke kawasan yang tidak bermasalah. iv. Menutup permukaan cerun dengan konkrit, slush grout, asfal atau plastik bagi mengelakkan penyerapan air yang melampau pada cerun.

4.3.1.1 Sistem parit saliran dan parit pintasan

Rekabentuk parit saliran boleh di bina sama ada secara kekal ataupun sementara. Ukuran kedalaman dan kelebarannya mestilah bergantung kepada keadaan tapak cerun tersebut. Ia akan berfungsi sebagai laluan utama untuk mengalirkan air permukaan ke kawasan cerun yang tidak bermasalah. Pembinaan parit pintasan pula bertindak memintas air larian permukaan dan di alirkan ke parit saliran. Rekabentuk parit saliran ini juga boleh di guna bagi mengalirkan air yang berkelodak ke perangkap kelodak. Bagi tujuan ini, ia tidak memerlukan rekabentuk yang terperinci. Namun ia juga boleh menyebabkan masalah sekiranya aliran dalam parit saliran tersekat kerana kehadiran kelodak yang tinggi kesan daripada hujan yang lebat.

56 4.3.1.2 Longkang pada teresan

Longkang pada teresan adalah merupakan suatu pembinaan parit saliran konkrit yang di bina secara mendatar di atas setiap teresan pada suatu kawasan cerun. Longkang pada teresan ini akan bertindak mengalirkan aliran air yang terkumpul dari permukaan cerun kepada longkang bertingkat dan seterusnya di bawa kepada longkang utama di bahagian bawah cerun. Tujuan utama pembinaan ini ialah untuk membahagikan aliran air kepada unit-unit yang kecil dan mempercepatkan alirannya.

Rajah 4.10 : Longkang pada teresan

4.3.1.3 Longkang bertingkat

Longkang bertingkat ialah longkang yang di bina secara menegak dan bertingkat pada kawasan cerun yang berteres. Ia di gunakan bagi mengalirkan air permukaan daripada parit teres atau berm. Rekabentuknya yang bertingkat tingkat akan dapat

57 memperlahankan halaju aliran air yang di bawa ke bahagian bawah cerun yang curam. Pembinaan longkang bertingkat ini di akukan mengikut kontur secara bertingkat tingkat.

Rajah 4.11 : Longkang bertingkat

4.3.1.4 Longkang pada bahu jalan

Longkang pada bahu jalan di bina bagi menerima jumlah aliran air daripada longkang bertingkat pada cerun dan juga air larian permukaan daripada jalanraya. Ianya akan bertindak menyalirkan sejumlah kuantiti air tersebut ke bahagian sump dan seterusnya ke longkang utama.

58 4.3.1.5 Saliran sump

Sump adalah merupakan suatu struktur yang menerima keseluruhan aliran air daripada longkang teresan, longkang bertingkat dan longkang pada bahu jalan. Ia akan bertindak mengumpul dan juga menapis aliran air sebelum di salirkan ke longkang utama. Pemeriksaan yang berjadual di perlukan bagi memastikan sump tersebut tidak tersumbat dengan kelodak, rumput rumpai dan sampah sarap. Ini penting agar aliran air ke longkang utama tidak terganggu. Selain itu, melalui pemeriksaan ini juga dapat memastikan strukturnya tidak mengalami keretakan ataupun pecah. Jika ini berlaku ia boleh menyebabkan pengumpulan air pada bahagian kaki cerun dan seterusnya boleh mengurangkan kestabilan tanah di kaki cerun.

4.3.2

Sistem saliran subpermukaan

Salah satu faktor yang menyebabkan kegagalan cerun berlaku ialah kerana kegagalan menyediakan sistem saliran subpermukaan dengan sempurna. Di bahagian subpermukaan cerun akan wujudnya suatu aras air bumi yang boleh di pengaruhi jika berlakunya hujan lebat. Kadar penyerapan yang tinggi sewaktu hujan menyebabkan aras air bumi ini akan meningkat dan jika tidak di kawal ia seterusnya akan menambahkan tekanan air liang di bawah permukaan cerun. Peningkatan tekanan air liang boleh mengurangkan tegasan berkesan ( effective stress ) di dalam struktur tanah dan seterusnya menyebabkan kegagalan. Maka sistem saliran subpermukaan merupakan kaedah yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. Antara kaedah pembinaan yang di gunakan untuk saliran subpermukaan termasuklah telaga pam, saluran panjang, saluran batang dan parit. Selain itu, kaedah lain yang biasa di gunakan ialah dengan menyediakan lubang leleh ( weep holes ) dan juga paip mendatar.

59 4.3.2.1 Lubang leleh dan paip mendatar

Penyediaan lubang leleh dan paip mendatar dapat menurunkan aras air bumi dan tekanan air liang dengan baik. Kaedah ini adalah merupakan kaedah yang paling ekonomi dan berkesan bagi kawasan cerun yang luas dan kecil. Pemasangan lubang leleh biasanya condong 5 ke atas daripada satah mendatar.

4.4

Pembinaan tembok penahan

Penggunaan tembok penahan sebagai salah satu kaedah penstabilan cerun di gunakan secara meluas di negara kita. Ia kerana ketahanannya yang dapat mengekang kegagalan yang besar daripada berlaku. Tembok penahan banyak di gunakan di dalam pembinaan di sekitar lebuhraya, jambatan, sistem perparitan, empangan dan juga berhampiran kawasan pembangunan. Pembinaannya boleh di jadikan sebagai kaedah kawalan kestabilan cerun yang sementara dan juga kekal.

Terdapat beberapa jenis tembok penahan yang biasa di gunakan, antaranya ialah tembok penahan graviti, tembok penahan julur, tembok cerucuk keping, tembok gabion dan sistem tanah bertetulang. Penggunaan setiap kaedah ini akan di terangkan seperti di bawah.

60 4.4.1 Jenis jenis tembok penahan

4.4.1.1 Tembok penahan graviti

Tembok penahan graviti ialah tembok yang menggunakan beban sendirinya dan di bantu rintangan pasif yang terhasil di hadapannya untuk menstabilkan cerun. Tembok jenis ini tidak ekonomi kerana bahan tembok atau konkrit yang di gunakan hanya untuk beban matinya sahaja. Secara keseluruhannya, tembok penahan mestilah memenuhi dua keadaan asas iaitu tekanan dasar pada hilir tembok mestilah tidak melebihi tekanan galas yang di benarkan bagi tanah dan faktor keselamatan terhadap gelangsar di antara dasar dengan tanah bawah mestilah cukup, iaitu biasanya di tetapkan sekurangkurangnya 1.5.

Rekabentuk tembok penahan graviti mestilah di hadkan ketinggiannya iaitu 2 meter bagi tembok tegak dan kurang daripada 3 meter bagi tembok yang di bina dalam keadaan condong. Selain itu, penyediaan sistem saliran bagi menyalirkan air di belakang tembok ini juga di perlukan. Ini bagi menggelakkan kegagalan pada tembok berlaku. Beberapa bentuk tapis dari bahan telap air yang kasar di perlukan di belakang tembok penahan untuk menghalang peningkatan tekanan air liang. Air yang mengalir akan melalui lubang leleh ( weep holes ) yang di sediakan pada tembok penahan.

61 4.4.1.2 Tembok penahan julur

Tembok penahan julur ialah tembok yang menggunakan beban sendirinya dan juga beban dari tanah yang di kambus balik untuk terus stabil. Ia di bina daripada konkrit bertetulang dan berbentuk julur di bahagian bawahnya bagi menerima tekanan daripada berat tanah. Rekabentuk ini lebih ekonomi berbanding dengan tembok penahan graviti kerana saiznya yang kecil dan penggunaan bahan konkrit yang kurang. Tembok penahan julur di bina bagi cerun yang lebih daripada 1 meter dan ketinggian bagi tembok penahan ini boleh mencapai hingga 6 meter atau lebih jika ia menggunakan penegang atau sagang ( counterfort ).

Sebelum tembok penahan julur di bina, satu lapisan konkrit yang di kenali sebagai lean concrete akan di letakkan sebagai tapak bagi struktur berkenaan. Gred konkrit yang di gunakan adalah gred 15 dan tebal lean concrete adalah sebanyak 50 mm. Fungsi lean concrete ialah untuk memberikan satu aras yang rata untuk struktur konkrit, membolehkan beban teragih secara sekata ke atas tanah, mengelakkan air daripada tanah naik ke bahagian struktur konkrit dan mengelakkan daripada air simen menyerap masuk ke dalam tanah semasa kerja kerja konkrit untuk struktur tersebut sedang di jalankan.

Weepholes juga hendaklah di bina bagi tembok penahan ini. Weepholes memainkan peranan yang amat penting dalam menyalirkan air keluar daripada tanah. Sekiranya air tersebut tidak di keluarkan, berkemungkinan besar tembok penahan tersebut akan tumbang. Ini kerana air yang menakung di belakang tembok akan membuatkan tanah menjadi tidak stabil seterusnya menjadikan struktur tembok penahan juga tidak stabil.

62

Rajah 4.12 : Tembok penahan julur

4.4.1.3 Tembok cerucuk keping

Tembok jenis ini di gunakan hanya apabila tinggi tanah yang di tahan kecil secara relatifnya. Di dalam keadaan tanah pasir dan kelikir, tembok jenis ini mungkin di gunakan sebagai struktur tetap, tetapi secara amnya ia di gunakan sebagai sokong sementara. Strukturnya yang terdiri daripada barisan cerucuk yang saling mengunci antara satu sama lain membentuk satu tembok yang saling berterusan. Bahan yang di gunakan sebagai tembok boleh terdiri daripada kayu, konkrit dan juga kepingan keluli. Kestabilan tembok cerucuk keping ini secara keseluruhannya di sebabkan oleh rintangan pasif yang terhasil di bawah permukaan tanah yang lebih rendah.

63 Penggunaan cerucuk konkrit banyak di gunakan sebagai struktur kekal seperti tebing perparitan dan juga struktur yang berkaitan dengan air. Manakala penggunaan cerucuk dari kepingan keluli lebih bersifat struktur sementara.

Rajah 4.13 : Tindak balas pada tembok cerucuk keping

Rajah 4.14 : Penggunaan tembok cerucuk keping sebagai penahan hakisan

64 4.4.1.4 Tembok gabion

Tembok gabion ialah binaan yang terdiri daripada dawai besi dan batuan yang di susun di dalamnya. Ia di rekabentuk seperti sebuah kotak segiempat sama dan di susun secara bertingkat tingkat di kaki cerun. Saiz yang biasa di gunakan ialah 1 meter x 1 meter x 1 meter. Kaedah penahan cerun ini sangat mudah di bina dan ianya hanya memerlukan kos yang rendah. Namun, ia memerlukan kerja kerja perataan dan penskalaan semula ke atas permukaan cerun. Pembinaan tembok gabion ini tidak memerlukan lubang leleh kerana ruang ruang di antara batuan sudah mencukupi bagi menyalir keluar air liang yang berada di belakang tembok.

Rajah 4.15 : Kaedah penstabilan cerun menggunakan tembok gabion

65 4.4.2 Jenis sistem penyaliran yang lazim bagi tembok penahan

Secara umumnya, sesebuah tembok penahan di rekabentuk untuk menanggung hanya tekanan sisi yang di kenakan oleh tanah yang di topangnya. Kemungkinan aras air bumi terjadi di dalam bahan di belakang tembok mestilah di teliti dalam merekabentuk struktur tersebut. Dari sinilah, sistem penyaliran yang sesuai akan di pilih.Terdapat lima jenis sistem penyaliran yang lazim bagi tembok penahan iaitu lubang lelehan, salir belakang, jalur tegak bahan penuras, selimut penyaliran tegak dan selimut penyaliran mencondong.

4.4.2.1 Lubang lelehan

Bagi timbusan yang berbutir, penyaliran yang di perlukan hanyalah dengan menyediakan beberapa lubang lelehan yang menembusi tembok. Ianya berjarak lebih kurang 3 m dari pusat ke pusat pada arah ufuk dan tegak. Garis pusat lubang lelehan boleh berbeza beza iaitu antara 75 mm hingga 150 mm. Batu kelikir di letakkan di dalam timbusan di sebelah belakang tiap tiap lubang lelehan bagi mengelakkan lubang lelehan daripada tersumbat.

66

Timbusan berbutir Rongga batu kelikir

Rajah 4.16 : Lubang lelehan

4.4.2.2 Salir belakang

Alternatif lain bagi penyaliran timbusan berbutir adalah dengan menyediakan salir belakang. Ia terdiri daripada sebuah parit belakang yang membujur selanjar. Ianya di letakkan di bahagian bawah tembok serta mengandungi paip dengan sendi yang terbuka. Bahagian di sekelilingnya di padatkan dengan batu kelikir ataupun bahan penuras yang lain.

67

Timbusan berbutir Bahan penuras Paip sambungan terbuka

Rajah 4.17 : Salir belakang

4.4.2.3 Jalur tegak bahan penuras

Seandainya bahan timbusan adalah berupa butiran tetapi ia bercampur dengan lebih daripada 5 % zarah pasir halus, kelodak ataupun tanah liat, maka bahan tersebut ialah bahan separa telap. Bagi timbusan separuh telap ini, penyediaan lubang lelehan sahaja tidak mencukupi untuk penyaliran. Ini kerana lubang lelehan berkemungkinan besar akan tersumbat. Penyaliran tambahan di perlukan bagi mengatasi masalah ini. Penyaliran tambahan tersebut ialah dengan menempatkan bahan penuras yang berbentuk jalur menegak berukuran kira kira 0.33 x 0.33 m2 dalam keratan lintang. Ia di letakkan di tengah tengah antara lubang lelehan. Kemudian, ia akan di salurkan ke bawah iaitu ke jalur membujur selanjar yang di bentuk daripada bahan penuras yang sama dan dengan keratan lintang yang sama juga.

68

Rajah 4.18 : Jalur tegak bahan penuras

4.4.2.4 Selimut penyaliran tegak

Bagi timbusan bertanah liat pula, parit penghalang dengan bahan penuras yang sesuai di perlukan dengan ukuran tebalnya kira kira 0.33 m. Penghalang penyaliran secara tegak terbukti sesuai jika permukaan tanah yang tertahan dapat di lindungi dengan satu bentuk tutupan tak boleh telap.

69

Rajah 4.19 : Selimut penyaliran tegak

4.4.2.5 Selimut penyaliran mencondong

Apabila hujan lebat, tekanan resipan yang tinggi akan terhasil. Dalam keadaan ini, penghalang penuras mencondong sesuai di praktikkan bagi mengurangkan tekanan resipan tersebut.

Rajah 4.20 : Selimut penyaliran mencondong

70 4.4.3 Sebab sebab kegagalan yang lazim bagi struktur penahan tanah

Kebiasannya, kegagalan bagi struktur penahan tanah adalah di sebabkan oleh kegagalan keupayaan galas, gelangsaran ke hadapan, gelinciran tanah di sekeliling, putaran terhadap bahagian atas, terbalikan dan kegagalan struktur.

4.4.3.1 Kegagalan keupayaan galas

Momen terbalikan dari tujah tanah akan menyebabkan tekanan galas yang tinggi pada tapak luar tembok. Nilai ini mestilah di kawal supaya berada dalam had yang selamat. Kebiasaannya, hendaklah tidak melebihi satu pertiga daripada keupayaan galas muktamad yang menyangka.

Rajah 4.21 : Kegagalan keupayaan galas

71 4.4.3.2 Gelangsaran ke hadapan

Gelangsaran ke hadapan berlaku di sebabkan oleh kurangnya rintangan pasif di hadapan tembok ataupun kekurangan geseran tapak. Kebiasaannya, tanah ini terdedah kepada unsur dan kesan luluhawa serta kesan daripada perubahan iklim yang mungkin berlanjutan ke bawah sehingga kira kira satu meter. Kewujudan akar dan humus menjadikan tanah begitu lembut sehingga menyebabkan tembok gagal sebelum rintangan pasif dapat di hasilkan.

Rajah 4.22 : Gelangsaran ke hadapan

4.4.3.3 Gelinciran tanah di sekeliling

Kesan ini boleh berlaku dalam tanah jelekit. Seterusnya, ia boleh di analisa sebagai menganalisis masalah kestabilan cerun.

72

Rajah 4.23 : Gelinciran tanah sekeliling

4.4.3.4 Putaran terhadap bahagian atas

Kebanyakkannya, kegagalan jenis ini terjadi ke atas tembok cerucuk keping. Ini berlaku di sebabkan oleh kekurangan penyangga di hadapan tembok. Walau bagaimanapun, kegagalan ini juga mungkin boleh berlaku ke atas sebarang jenis tembok yang di tahan di bahagian atas iaitu seperti tembok landas jambatan.

Rajah 4.24 : Putaran terhadap bahagian atas

73 4.4.3.5 Terbalikan

Tujah paduan hendaklah bertindak di dalam lingkungan tapak bagi memastikan sesebuah tembok dalam keadaan yang stabil. Kebanyakan rekabentuk tembok akan di reka agar tujah berada dalam lingkungan satu pertiga tengah tapak.

4.4.3.6 Kegagalan struktur

Kegagalan struktur oleh berlaku di sebabkan oleh kesilapan dalam mereka bentuk, kemerosotan bahan, hasil kerja yang tidak berkualiti dan lain lain lagi.

4.5

Kesimpulan

Kesimpulannya, penyenggaraan yang baik mestilah dapat menggelakkan masalah ketidakstabilan cerun dengan menggunakan pilihan kaedah yang paling berkesan dan efektif bagi sesuatu keadaan cerun. Ia melibatkan pertimbangan dari segi kos dan jangka hayat atau ketahanan bagi setiap rekabentuk. Apa yang cuba di tekankan di sini ialah memahami penggunaan kaedah yang sesuai mengikut keadaan dan punca punca kegagalan yang berlaku serta ciri ciri bagi setiap aspek kaedah pengawalan yang akan di gunakan.

74 Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Contohnya perbandingan penggunaan tembok penahan graviti dan tembok gabion sebagai sistem kawalan cerun. Penggunaan tembok penahan graviti akan melibatkan kos yang tinggi dan memerlukan masa namun ia berkesan menghalang kegagalan yang besar daripada berlaku. Berbeza pula dengan pembinaan tembok gabion yang cepat dan murah tetapi kurang berkesan jika berlaku kegagalan yang besar dan keadaan tanah yang tidak stabil. Maka tidak rugi jika penyenggaraan yang bakal di lakukan menggunakan kaedah penstabilan yang mahal sedikit untuk jangka hayat yang panjang dan berkesan.

BAB V

ANALISIS DAN KEPUTUSAN

5.1

Pengenalan

Melalui bab ini akan di bincangkan mengenai pengumpulan data dan kaedah yang di gunakan untuk menganalisis data yang di perolehi ke dalam pangkalan data untuk mengenalpasti cerun yang mempunyai risiko yang tertinggi. Daripada hasil yang di perolehi, ia akan dapat memberikan keutamaan penyenggaraan kepada cerun cerun yang berisiko terlebih dahulu. Selain daripada itu, tindakan susulan dan penyenggaraan yang sesuai juga dapat di lihat daripada laporan yang terhasil.

5.2

Pengumpulan data dan analisis teknikal

Pendekatan pelaksanaan SPRS ini telah di gunakan oleh JKR dalam usaha menjaga kestabilan cerun di sepanjang masa serta menyenaraikan cerun cerun yang

76 berisiko untuk di lakukan pemulihan dan penyenggaraan. Terdapat data teknik serta jadual yang telah di keluarkan oleh JKR dan ianya telah menjadi sumber rujukan di dalam kajian ini. Ia melibatkan pengiraan markah risiko yang telah di tetapkan untuk cerun cerun potongan dan tambakan. Namun dalam kajian ini hanya melibatkan analisis terhadap cerun tanah yang di potong sahaja. JKR telah mengklasifikasikan cerun kepada lima jenis rating yang telah di tentukan bagi menunjukkan tahap keseriusan pada kestabilan cerun yang terlibat. Pembahagian kadar kadar risiko tersebut adalah seperti yang tertera di dalam Jadual 5.1 di bawah.

Jadual 5.1 : Lingkungan markah dan kadar risiko yang di berikan melalui SPRS Rating Cerun Potong Markah Risiko Kadar Risiko

76 192 56 75 36 55 16 35 0 15

Tertinggi Tinggi Sederhana Rendah Terendah

77 Data data yang akan mempengaruhi cerun di berikan markah risiko mengikut tahap masing masing. Pengiraan markah risiko yang telah di tetapkan ini adalah seperti berikut :

Jadual 5.2 : Pengiraan markah risiko yang telah di tetapkan bagi cerun potong Penyumbang-penyumbang risiko ( Hazard ) 0 1 2 Markah

i. Ketinggian cerun ii. Sudut cerun iii. Perlindungan permukaan cerun iv. Saliran permukaan v. Laluan air semulajadi vi. Resapan vii. Air bertakung viii. Hakisan ix. x. xi. Kegagalan cerun Pembangunan atas cerun Jenis tanah

< 12m < 45


0

12m 24m 45 - 63 < 20%


0 0

> 24m > 630 -

> 20%

Baik Tiada Tiada Tiada Sedikit Tiada Tiada Pasir / kerikil i

Tersumbat Ada Sederhana Kelodak ii, iii

Perlu dibaiki Ada Ada Kritikal Ada Ada Tanah liat iv, v, vi

xii. Gred luluhawa

78 Jadual 5.3 : Permarkahan risiko cerun potong Akibat kesan ( Consequence ) 0 Markah 1 2

i. Bahaya kepada penghuni bangunan ii. Bahaya kepada pengguna kenderaan iii. Jalan keluar alternatif iv. By pass possible v. Sudut

Tiada

Ada

< 200 AADT

200 1000 AADT > 1000AADT

Ada Ada < 190

Tiada Tiada 190 - 270

>270

79 Jadual 5.4 : Ringkasan sistem permarkahan Cerun Potongan Ciri-ciri Markah

i. ii. iii. iv. v. vi.

Ketinggian cerun Sudut cerun Perlindungan permukaan cerun Saliran permukaan Laluan air semulajadi Resapan

2 2 1 2 2 2 1 2 2 2 2 2 24

vii. Air bertakung viii. Hakisan ix. x. xi. Kegagalan cerun Pembangunan atas cerun Jenis tanah

xii. Gred luluhawa Jumlah markah hazard

i. Bahaya kepada penghuni bangunan ii. Bahaya kepada pengguna kenderaan iii. Jalan keluar alternatif iv. By pass possible v. Sudut Jumlah markah consequence

2 2 1 1 2 8

Risiko = Hazard x Consequence Risiko maksimum = Hazard maksimum x Consequence maksimum = 24 x 8 = 192

80 Segala jadual pemarkahan ini akan di majukan dengan membangunkannya dalam applikasi Microsoft Access 2003. Akhirnya, segala data data dan sistem yang telah di bangunkan ini akan di gunakan di kawasan kajian bagi membandingkan kesan dan tahap keselamatan cerun serta langkah penyenggaraan yang di perlukan.

5.3

Pembangunan Slope Priority Ranking System ( SPRS )

Slope Priority Ranking System ( SPRS ) merupakan suatu pangkalan data yang di bina bagi memudahkan data di simpan dan di proses. Perkara yang paling penting ialah keberkesanannya dalam memberikan output serta kemudahan bagi pengguna menggunakanya. Pembangunan SPRS ini di mulakan dengan interface yang menarik dan senang di fahami. Pengguna boleh samada melihat sahaja data data lepas atau memasukkan data yang baru. Data baru di masukkan ke dalam borang atau form yang utama. Setelah keseluruhan data di masukkan, barulah analisis boleh di lakukan bagi mendapatkan kadar risiko bagi setiap cerun. Maklumat yang di perolehi boleh di cetak sebagai laporan dan seterusnya langkah kangkah yang perlu di ambil boleh di buat berdasarkan laporan tersebut.

81

Rajah 5.1 : Interface bagi Slope Priority Ranking System ( SPRS )

82

Rajah 5.2 : Borang bagi kemasukan data untuk di analisis.

Rajah 5.3 : Laporan SPRS boleh di susun dan di cetak mengikut kategori

83 5.4 Kajian Kes

Kajian kes yang tepat adalah bagi mengukuhkan kajian dengan memilih cerun yang masih belum gagal sepenuhnya maka ia akan dapat memberikan ranking atau peringkat berdasarkan kadar risiko kegagalan yang di hadapi setiap cerun. Di bawah adalah merupakan kajian kes tentang cerun yang telah sedia ada mengalami kegagalan.

5.4.1

Laluan ke kolej 16 & 17

Laluan ini di bina bagi menghubungkan Taman Sri Pulai dengan kawasan kampus dengan melalui 3 buah kolej kediaman iaitu kolej 16 & 17, kolej 14 & 15 sehingga ke kolej 12 & 13. Proses pembinaan laluan ini melibatkan kerja tanah seperti pemotongan dan penambakan kerana terdapat banyak cerun di sepanjang laluan ini. Namun sejak dari tempoh pembinaan sehingga sekarang, kejadian kegagalan cerun di sepanjang laluan ini telah terjadi sebanyak 3 kali bermula dari tahun 2002 sehingga 2005. Menurut rekod yang telah di perolehi, kejadian pada 11 September 2003 merupakan kejadian kedua yang berlaku selepas hujan lebat yang turun menyebabkan kejadian cerun runtuh di 3 kawasan di sepanjang laluan ini. Cerun runtuh ini berlaku di kawasan simpang Taman Sri Pulai, pondok jaga dan di jalan masuk utama.

Setelah kejadian tersebut berlaku, satu taklimat dan perbincangan bersama telah diadakan pada 20 Oktober 2003 di antara UTM dan Syarikat Pelangi Teguh Sdn. Bhd selaku Project Management Consultant (PMC). Perbincangan tersebut diadakan bagi mencari jalan penyelesaian untuk proses rekabentuk semula cerun, kriteria rekabentuk,

84 cadangan kerja kerja baikpulih serta mengenalpasti faktor faktor yang telah mengakibat kejadian cerun runtuh itu berlaku.

Antara pihak pihak lain yang juga terlibat ialah Syarikat J.K Bersatu Sdn. Bhd. selaku jurutera perunding dan proses pembinaan dan pemulihan di laksanakan oleh kontraktor dari PCB TM Usahasama Sdn.Bhd. Projek bagi pemulihan dan pembinaan semula cerun ini telah menelan belanja sebanyak RM 1.08 juta. Kerja kerja baik pulih ini di mulakan pada 25 September 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 10 Mei 2004. Proses baik pulih ini melibatkan pemasangan paip mendatar dan pembinaan sistem perparitan pada cerun. Selain itu, pencegahan hakisan seperti lapisan plastik sebagai penahan sementara dan proses turfing juga telah di lakukan.

Menurut pemerhatian dan penyiasatan tapak yang di buat, lokasi cerun runtuh ini berada di kawasan cerun yang beralun yang mempunyai batuan granit pada keadaan tanah yang semulajadi. Batuan granit tersebut berada 17m ke bawah dari permukaan cerun. Bagi penyiasatan tapak yang lebih lengkap 2 ujian lubang jara (borehole test) telah di lakukan pada Mac 2003. Lubang ujian yang pertama di lakukan di kaki cerun dan lubang ujian yang kedua di buat 8m ke atas dari kaki cerun. 6 sampel tanah telah di ambil dari kedalaman 2m sehingga 7m. Melalui ujian terkukuh tak tersalir ( Consolidated Isotropic Undrained ) di dapati nilai C dari 2 hingga 10 kN/m manakala nilai dari 26 hingga 36. Bagi memantau aras air bumi pada cerun tersebut, dua Piezometer telah di pasang di kedua dua lubang ujian. Pemantauan yang di lakukan dari 15 Mac hingga 12 April mendapati aras air bumi hanya berada 0.5m dari permukaan pada kaki cerun dan pada kedalaman 6m di pertengahan cerun.

Walaupun keputusan dari ujian menunjukkan persamaan dengan keadaan semasa rekabentuk, namun cerun masih lagi mengalami kegagalan. Ini membuktikan aras air bumi sebenar semasa kegagalan adalah lebih tinggi dan kekuatan tanah di

85 anggarkan lebih rendah jika di bandingkan dengan keputusan dari ujian yang telah di buat. Faktor utama yang menyebabkan kegagalan cerun ini ialah kerana aras air bumi yang tinggi di belakang cerun telah melemahkan struktur tanah pada cerun. Kegagalan pada sistem perparitan untuk berfungsi dengan lebih baik meningkatkan lagi risiko kegagalan semasa keadaan hujan yang lebat.

5.4.2

Laluan Tun Aminah ke Gelang Patah

Kajian kes yang kedua ini merupakan lokasi cerun yang berada di laluan Tun Aminah - Mutiara Rini - Gelang Patah. Ia bersebelahan dengan simpang ke Taman Orkid dan simpang ke Bandar Selesa Jaya. Keseluruhan laluan ini masih di dalam proses menaik taraf kerana ia merupakan salah satu pembinaan infrastruktur yang mesti di buat oleh pemaju kerana ia telah di tetapkan oleh JKR akibat daripada kesan peningkatan penduduk yang akan bertambah di kawasan Mutiara Rini. Maka cerun ini juga telah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab pemaju iaitu Mutiara Rini Sdn. Bhd.

Mutiara Rini Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat dengan kumpulan Boustead Holding Berhad dan merupakan ahli LTAT Group of Companies. Mutiara Rini Sdn. Bhd. merupakan pemaju kepada RM 2 bilion bandar kecil bersepadu yang di kenali sebagai Mutiara Rini dengan kawasan pembangunan seluas 1,438 ekar terletak di KM 15 Jalan Johor Bahru Gelang Patah. Keseluruhan pembangunan mengambil masa sehingga 15 tahun untuk siap sepenuhnya.

86 Di sebelah Utara Mutiara Rini terdapat sebatang jalan yang menghubungkan Mutiara Rini dengan Taman Universiti dan seterusnya ke Jalan Johor Bahru / Pontian di mana terletaknya Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ), Taman Sri Pulai dan Bandar Baru Kangkar Pulai.

Di sebelah Selatan dan Timur Mutiara Rini terletak pusat pusat pembangunan yang telah sedia ada seperti pusat bandar Skudai, Taman Nesa, Taman Skudai Bahru, Taman Ungku Tun Aminah, Taman Selesa Jaya, Taman Damai Jaya, Taman Tan Sri Yaakob, Taman Perling dan Bukit Indah.

Di sebelah Barat Mutiara Rini pula adalah merupakan bandar Gelang Patah dan pembangunan mega Nusa Jaya yang hanya terletak lebih kurang 7 kilometer dari Mutiara Rini. Manakala, Link Kedua ke Singapura hanya terletak lebih kurang 20 kilometer ke selatan Mutiara Rini. Sebatang jalan penghubung baru di antara Mutiara Rini dengan Lebuhraya Link Kedua berdekatan dengan Pekan Lima Kedai sedang di rancang dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Kementerian Pertahanan.

Setelah siap sepenuhnya, Mutiara Rini akan mempunyai lebih daripada 11,000 unit rumah kediaman, bangunan perniagaan dan kawasan perniagaan di bantu dengan kemudahan sosial dan rekreasi yang komprehensif. Ketika itu anggaran penduduk adalah berjumlah 70,000 orang. Konsep pembangunan untuk keseluruhan kawasan ialah mencapai kehidupan moden dengan persekitaran yang mesra alam. Lokasi projek pembangunan Mutiara Rini terdiri daripada 6 parsel. Parsel 1, Parsel 2, Parsel 3 dan Parsel 4 sedang giat di jalankan pembinaannya manakala Parsel 4 dan Parsel 5 belum di bangunkan lagi. Kawasan kajian bagi cerun ini terletak di parsel 4 dan termasuk dalam Projek Menaiktaraf Sebahagian Jalan Gelang Patah.

87

Rajah 5.4 : Kedudukan parsel kawasan kajian kes 2 di dalam projek pembangunan Mutiara Rini.

Kegagalan pada cerun ini telah di kesan pada bulan November 2004 dan ia semakin merebak akibat daripada keadaan hujan yang sentiasa turun dan lebat. Akhirnya satu proses perataan semula telah di buat pada 20 Januari sehingga 26 Januari 2005 oleh syarikat kontraktor C.K Chai Construction Sdn. Bhd. Ia melibatkan kerja kerja pembersihan permukaan cerun, perataan dan penskalaan semula cerun tersebut. Antara faktor faktor utama yang menyebabkan kegagalan cerun tersebut berlaku ialah kerana ketiadaan parit pintasan ( berm drain ) pada cerun. Resapan dari air larian permukaan menyebabkan struktur tanah menjadi lemah dan sekaligus telah meningkatkan aras air bumi di belakang cerun.

Walaupun proses perataan semula telah di lakukan, namun langkah langkah pencegahan masih tidak di buat. Tiada proses penanaman semula rumput dan tiada sistem perparitan yang lebih baik di buat. Ini menyebabkan ia telah runtuh lagi sekali dan masih kekal tanpa proses pemulihan hingga sekarang. Daripada sumber maklumat

88 yang di perolehi dari pemaju Mutiara Rini Sdn. Bhd., cerun tersebut akan di bina dengan lebih baik dengan langkah langkah pencegahan yang sesuai seperti pembinaan tembok gabion pada masa akan datang. Ia akan di lakukan sebelum Projek Menaik taraf Jalan Gelang Patah tersebut siap sepenuhnya dan di serahkan kepada JKR daerah Johor Bharu.

Rajah 5.5 : Kegagalan yang berlaku pada cerun di kawasan kajian kes 2

89 5.5 Keputusan

Pemerhatian yang di buat pada cerun di kawasan kajian kes ini telah di rekodkan dan ianya di masukkan ke dalam SPRS bagi mendapatkan kadar risiko yang sebenar berbanding dengan keadaan yang berlaku. Berikut adalah keputusan yang telah di perolehi.

5.5.1 Analisis bagi laluan ke kolej 16 & 17

90

Rajah di atas menunjukkan data data bagi cerun di laluan kolej 16 & 17 UTM, Skudai yang telah di masukkan ke dalam SPRS. Berdasarkan analisis yang terhasil, di dapati nilai maksimum bagi hazard ialah 17 dan nilai maksimum bagi consequence ialah 4. Maka skor risiko maksimum bagi cerun ini ialah 68. Dengan merujuk kepada Jadual 5.1, cerun ini berada dalam kadar risiko yang tinggi untuk berlaku kegagalan kerana skor berada di antara 56 hingga 75.

91 5.5.2 Analisis bagi Laluan Tun Aminah ke Gelang Patah

92

Rajah di atas menunjukkan data data bagi cerun di laluan Tun Aminah ke Gelang Patah yang telah di masukkan ke dalam SPRS. Berdasarkan analisis yang terhasil, di dapati nilai maksimum bagi hazard ialah 17 dan nilai maksimum bagi consequence ialah 4. Maka skor risiko maksimum bagi cerun ini ialah 68. Dengan merujuk kepada Jadual 5.1, cerun ini berada dalam kadar risiko yang tinggi untuk berlaku kegagalan kerana skor berada di antara 56 hingga 75.

BAB VI

KESIMPULAN

6.1

Kesimpulan

Pembinaan yang di jalankan di kawasan yang berbukit bukau kebiasaannya akan menggunakan konsep pemotongan dan penambakan tanah untuk menghasilkan aras platform yang di kehendaki seperti di dalam pelan bagi tujuan pembinaan bangunan. Melalui aktiviti pemotongan dan penambakan tanah inilah yang akan menghasilkan cerun potong dan cerun tambakan.

Sebelum sesuatu fasa pembinaan di jalankan, kesemua pelan bagi projek pembinaan terbabit akan di sediakan termasuklah pelan bagi rekabentuk kerja tanah. Kesemua spesifikasi setiap cerun yang akan di hasilkan di kawasan tapak akan di nyatakan dengan jelas berserta dengan sistem penyenggaraan bagi mengukuhkan cerun cerun terbabit. Sewajarnya, pihak pihak yang menguruskan setiap perjalanan operasi pembinaan hendaklah memastikan bahawa cerun yang di hasilkan di kawasan tapak pembinaan adalah stabil dan kukuh. Ini bagi mengelakkan berlakunya kegagalan cerun pada masa akan datang seterusnya mendatangkan musibah kepada orang awam.

94 Menyedari bahawa kegagalan cerun adalah merupakan suatu perkara yang serius maka suatu sistem pemantauan cerun di perlukan untuk mengenalpasti cerun cerun yang berisiko. SPRS adalah merupakan salah satu jalan penyelesaian untuk mengenal pasti cerun cerun yang berisiko berlakunya kegagalan cerun atau lebih di kenali sebagai kejadian tanah runtuh. Selain itu, sistem ini di bangunkan lagi dengan memperkenalkan langkah langkah penyenggaraan yang sesuai berdasarkan kadar bahaya dan risiko yang terhasil.

Setelah kesemua maklumat dan data mengenai cerun di suatu kawasan kajian di masukkan ke dalam sistem ini, kadar risiko bagi cerun terbabit akan dapat di ketahui sama ada mempunyai kadar risiko yang tertinggi, tinggi, sederhana, rendah atau terendah. Suatu keputusan akan dapat di hasilkan dengan cara membuat perbandingan antara kadar risiko yang terhasil melalui sistem ini dengan keadaan sebenar cerun terbabit di kawasan kajian. Sekiranya tidak ada percanggahan dalam menilai keadaan cerun terbabit iaitu sebagai contoh, seandainya kadar risiko yang di perolehi adalah tertinggi dan sememangnya ada berlaku kegagalan yang teruk pada cerun di kawasan kajian maka, terbukti bahawa sistem ini boleh di guna pakai di semua keadaan cerun tanah di seluruh Malaysia.

Setelah pemantauan cerun di lakukan maka tindakan yang berikutnya adalah untuk menentukan kaedah kaedah penyenggaraan susulan yang sesuai bagi menstabilkan sesuatu cerun yang berisiko. Selain daripada sistem penyenggaraan yang biasa di praktikkan salah satu aspek penting lain yang harus di ambil kira adalah mengenai sistem saliran yang terdapat pada cerun terbabit. Parit dan pembentung hendaklah sentiasa di periksa agar tiada berlakunya sekatan penyaliran dan penyerapan air ke dalam tanah akibat daripada kebocoran parit. Parit mendatar dan parit sub tanah juga perlu di sediakan sekiranya terdapat petunjuk bahawa kemungkinan wujudnya aras air bumi yang tinggi di kawasan cerun berkenaan.

95 Melalui sistem ini, penambahbaikan bagi Slope Priority Ranking System ( SPRS ) yang telah sedia ada dengan memperkenalkan langkah langkah penyenggaraan yang sesuai berdasarkan kadar bahaya dan risiko yang terhasil, telah berjaya di hasilkan. Penambahbaikan ini dengan melibatkan jangkaan yang bakal berlaku dan cadangan bagi proses yang seterusnya. Jangkaan dan cadangan yang akan terhasil ini merujuk kepada setiap kriteria bagi cerun yang telah di masukkan oleh pengguna. Ia sekaligus membantu memberikan gambaran bagaimana penyelesaian yang perlu di lakukan sekiranya cerun tersebut mempunyai kadar risiko yang tinggi dan tidak stabil.

Walaupun kajian ini telah berjaya untuk mencapai matlamatnya, namun mutu kajian ini masih boleh di pertingkatkan lagi pada masa akan datang. Antara perkara perkara yang perlu di pertingkatkan bagi menghasilkan keputusan yang lebih tepat dan jitu ialah :

i) ii ) iii )

Ketepatan bagi setiap jangkaan yang bakal berlaku. Cadangan kaedah penyenggaraan yang terbaru dan bersesuaian. Cadangan kaedah pengukuhan cerun yang boleh melibatkan nilai ekonomi dan estetika.

iv )

Penambahan kriteria kriteria pada cerun seperti kadar kelembapan, kadar hujan, tekanan air liang dan juga tegasan ricih pada tanah cerun.

Di harapkan kajian ini dapat di jadikan panduan kepada pihak pihak yang terlibat dalam aktiviti aktiviti pemantauan dan penyenggaraan cerun. Semoga, selepas ini lebih banyak penyelidikan akan di buat mengenai Slope Priority Ranking System ( SPRS ) seterusnya membuktikan bahawa sistem ini dapat menjamin keputusan yang sangat tepat dalam proses penilaian keadaan cerun. Sekian.

96

RUJUKAN

1.

Anthony Young, ( 1972 ), Slopes, Longman Inc. New york.

2.

Norio Yagi, Takua Yamagami and Jing Cai Jiang ; ( 1999 ), Slope Stability Engineering, A.A. Balkema, Rotterdam.

3.

Prof. Mario PANIZZA, ( 1996 ), Environmental geomorphology , Elsevier Science B.V.

4.

Prof. Robin Fell and Mr. Garry R Mostyn, ( 1994 ), Slope Stability and Landslides , EEM Advancement Centre Pte.Ltd.

5.

R.F Craig, terjemahan Aminaton Marto, Fatimah Mohd Noor dan Fauziah Kasim; ( 1993 ), Mekanik tanah , Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

6.

Kaare Senneset, ( 1996 ), Landslides Glissements deterrain , A.A. Balkema, Rotterdam.

7.

Cheng Liu, Jack B. Evett; ( 2000 ), Soil Properties : Testing, Measurement, and Evaluation , Prentice Hall, Inc.

8.

Soong Ngin Kwi, G. Haridas, Yeoh Choon Seng, Tan Peng Hua; ( 1980 ), Soil Erosion And Conservation In Peninsular Malaysia , Rubber Research Institute Of Malaysia.

97 9. G. N. Smith, penterjemah Abdul Rahman Mahamood; ( 1990 ), Unsur Mekanik Tanah untuk Jurutera Awam dan Jurutera Lombong , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

10.

Robin Fell, Peter Finlay & Garry Mostyn; ( 1996 ), Framework for Assessing the Probability of Sliding of Cut Slopes; School of Civil Engineering, UNSW, Sydney, N.S.W., Australia.

11.

E.C. Leong, B.K. Low & H. Rahardjo; ( 1996 ), Suction Profiles and Stability of Residual Soil Slopes; NTU PWD Geotechnical Research Centre, Nanyang Technological University, Singapore.

12.

Fei Cai & Keizo Ugai; ( 2004 ), Numerical Analysis of Rainfall Effects on Slope Stability; International Journal of Geomechanics.

13.

Chowdhury R.N. (1978), Slope Analysis. Elsevier Scientific Publishing Company, Amsterdam, Oxford, New York.

14.

Bromhead, E.N. (1986). The Stability Of Slope. Great Britain: Survey University Press.

98

LAMPIRAN A : ANALISIS CERUN DI UTM

98

99

LAMPIRAN B : PETA KAWASAN KAJIAN

PETA B1 : Pelan bagi proses penyenggaraan pada cerun runtuh yang berlaku di laluan kolej 13 - kolej 17 utm 99

100 LAMPIRAN C : BORANG PEMERIKSAAN CERUN OLEH JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

101

102

103

104

105

106

107

You might also like