You are on page 1of 10

Garis Panduan Tugas Jawatankuasa Kelab Sukan dan Permainan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Menentukan objektif sukan tercapai Merancang aktiviti sukan sekolah jangka pendek/panjang Mengenalpasti T.O.V dan merancang aktiviti sukan. Merancang aktiviti peningkatan dan penglibatan pelajar dalam sukan Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelincinan, dan kelancaran pelaksanaan. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya.

Garis Panduan Tugas Setiausaha Sukan


1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah/Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang. 2. Menyediakan takwin dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSZON/MSSD 3. Membantu Pengetua/Guru Besar dan GPK Kokurikulum menetapkan guru rumah sukan serta membahagikan tugas sukan kepada guru dalam olahraga dan permainan 4. Menentukan gelanggang dan padang permainan adalah mengikut ukuran betul. 5. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan 6. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan olahraga tahunan sekolah/ Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan sekolah yang lain. 7. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan 8. Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah 9. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sekolah 10. Mengatur pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu. 11. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan 12. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan 13. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan. 14. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod 15. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong kanan HEM untuk kepentingan sukan sekolah 16. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah 17. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan sukan dan permainan

Garis Panduan Tugas Guru Permainan Sekolah


1. Memajukan kemahiran pelajar dalam permainan di bawah jagaanya dengancara

melatih mereka mengikut jadual yang telah di tetapkan atau masa-masalain dengan persetujuan Setiausaha Sukan dan mengatur seberapa banyakpermainan atau perlawanan persahabatan dengan pasukan lain atau sekolah- sekolah berdekatan. 2. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum melalui Setiausaha Sukan. i Peraturan/Perlembagaan ii Senarai AJK iii Rancangan/Kegiatan setahun iv Anggaran perbelanjaan/penyata kewangan 3. Mengurus dan melatih Pasukan Sekolah mengikut kumpulan untuk pertandingan MSSZON dan MSSD. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam permainan. Menguruskan pengangkutan dengan bantuan Setiausaha Sukan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar dan mengurus surat kebenaran ibubapa. Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar dalam satu-satu perlawanan. Bertanggungjawab atas kehadiran pemain pada masa latihan dan perlawanan. Kehadiran pelajar mesti ditandatangani didalam kad/buku rekod kehadiran selepas tamat perjumpaan.

4.

5.

6. 7. 8.

9.

Bertanggungjawab serta mengagihkan alat-alat dan pakaian pemain dan memungut balik disimpan tempat yang selamat. Menyimpan rekod perlawanan yang disertai pada semua peringkat dengan mencatat butir-butir, tarikh, pasukan lawan, tempat berlawan dan keputusan. Menjaga kebajikan pemain-pemain seperti keselamatan, minuman, kecederaan dan sebagainya. Memastikan pasukan sekolah memiliki semangat kesukanan yang tinggi di samping menjunjung undang-undang dan disipilin sekolah. Menentukan peralatan atau gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan. Menilai prestasi pasukannya dalam permainan. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa

10.

11.

12.

13.

14. 15.

MAJLIS SUKAN SEKOLAH


Pengerusi Pengetua Naib Pengerusi Penolong Kanan HEM Setiausaha Setiausaha Sukan Penolong Setiausaha Penolong Setiausaha Sukan Ahli Guru-guru Ketua Rumah Sukan Guru-guru Permainan Guru-guru Penyelia Rumah Sukan Tugas: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menentukan objektif sukan sekolah tercapai Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang/pendek Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan Menambahkan kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalam/luaran 7. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan

SETIAUSAHA SUKAN
Tugas: 1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah/Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang. 2. Menyediakan takwin dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSZON/MSSD 3. Membantu Pengetua/Guru Besar dan GPK Kokurikulum menetapkan guru rumah sukan serta membahagikan tugas sukan kepada guru dalam olahraga dan permainan 4. Menentukan gelanggang dan padang permainan adalah mengikut ukuran betul. 5. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan 6. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan olahraga tahunan sekolah/ Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan sekolah yang lain. 7. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan 8. Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah 9. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sekolah 10. Mengatur pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu. 11. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan 12. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan 13. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan. 14. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod 15. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong kanan HEM untuk kepentingan sukan sekolah 16. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah 17. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan sukan dan permainan

KETUA RUMAH SUKAN


Tugas: 1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar) 2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan 3. Membuat jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan 4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan 5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah 6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha sukan/Penolong Kanan HEM 7. Memastikan laporan aktivitiRumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod 8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah

GURU RUMAH SUKAN


Tugas: 1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan 2. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan Rumah Sukan.Kedatangan dicatatkan dalam Buku Kehadiran 3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara Rumah Sukan 4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah 5. Merekodkan kedatangan pelajar dan menandatangani Buku Laporan Gerakerja Kokurikulum pelajar serta mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir 6. Sentiasa mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan dijalankan 7. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar 8. Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan 9. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod 10. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan pada akhir tahun untuk edaran, rujukan dan rekod 11. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah 12. Memastikan rancangan tahunan persatuan/kelab/unit beruniform dijalankan seperti yang dijadualkan

GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM


Tugas: 1. 2. 3. 4. Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah Memastikan adanya peraturan/perlembagaan Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatatkan dalam perlembagaan 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya kepada penyelaras untuk simpanan dan rekod 6. Memastikan aktiviti tahunan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan 7. Merancang strategi untuk peningkatan persatuan/kelab/unit beruniform cara yang sesuai 8. Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan 9. Mengurus kewangan ,harta benda dan peralatan persatuan/kelab/ unit beruniform 10. Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan 11. Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM tentang perkembangan persatuan/kelab 12. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Sukan, Hari Guru dan lain-lain 13. Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah 14. Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya 15. Memastikan tidak ada unsur susersif tersebar di kalangan ahli 16. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada panel hakim Hari Sukan Hari Guru 17. Merekodkan kedatangan pelajar dan menandatangani buku laporan gerakerja kokurikulum pelajar serta mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir 18. Memastikan: - perlembagaan kelab/persatuan/unit beruniform - rancangan aktiviti tahunan - laporan kegiatan disediakan untuk: * fail kelab/persatuan/unit beruniform * dihantar kepada penyelaras kelab/persatuan/unit beruniform

PERATURAN-PERATURAN MENYERTAI GERAK KERJA KOKURIKULUM AM UNTUK PELAJAR


1. Pelajar-pelajar dikehendaki memakai baju kegiatan sekolah atau baju seragam sekolah 2. Pelajar-pelajar dikehendaki mematuhi segala undang-undang kelab/persatuan/unit beruniform yang telah dikandung dalam perlembagaan kelab/persatuan/unit beruniform dan segala peraturan sekolah 3. Kehadiran pelajar-pelajar dalam kegiatan kokurikulum mesti mencapai 70% sebelum diikhtirafkan sebagai ahli kelab/persatuan atau dipilih untuk mewakili sekolah 4. Segala aktiviti kokurikulum luar masa ditetapkan dalam jadual waktu kegiatan kokurikulum atau melibatkan orang luar atau diluar kawasan sekolah mesti mendapatkan kebenaran Pengetua melalui Guru Penasihat 5. Tiap-tiap pelajar WAJIB menyertai Persatuan Pakaian Seragam (surat Kementerian Pendidikan KP(BS) 8586/090/jld/(12) adalah dirujuk)dan aktiviti kelab/persatuan dan sukan.(Rujuk Maklumat aktiviti-aktiviti kokurikulum untuk tahun 2001) 6. Setiap pelajar mesti mempunyai Buku Gerakerja Kokurikulum Sekolah di mana semua aktiviti direkodkan.Buku tersebut perlu dibawa setiap kali ada perjumpaan untuk ditandatangani oleh Guru Penasihat.Buku ini dirujukkan supaya kehadiran dan penyataan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dinilaikan semasa guru tingkatan menyediakan surat akaun dan Sijil Berhenti Sekolah .

You might also like