You are on page 1of 2

REFLEKSI BENGKEL BINA INSAN GURU

Saya, Muhammad Syahir Bin Mohd Adnan berasa gembira kerana mendapat ilmu yang berguna sepanjang menyertai bengkel bina insan guru ini. Saya telah mendapat banyak maklumat yang berguna bukan sahaja sebagai bakal guru tetapi sebagai insan biasa yang ketandusan ilmu. Antara ilmu yang saya peroleh setelah menyertai bengkel ini ialah mengetahui peranan PPD dalam membanteras gejala dadah di sekolah. Kita sedia maklum bahawa bukan sahaja murid sekolah menengah sahaja yang terlibat sekarang ini tetapi murid-murid sekolah rendah juga terlibat. Ia pastinya merisaukan pihak sekolah dan juga ibubapa jika hal ini berlarutan. Jadi, bengkel seperti ini sangat berguna kepada saya sebagai bakal guru untuk mengetahui informasi berkaitan dadah. Setelah menyertai bengkel ini, saya telah mengetahui beberapa jenis dadah yang terdapat di Malaysia dan juga di dunia ini. Antaranya ialah ice, kokain, heroin dan sebagainya. Sebelum ini saya kurang mengetahui jenis-jenis dadah. Jadi saya berasa sangat gembira kerana telah mengetahui jenis-jenis dadah ini. Ini juga adalah kali pertama saya melihat gambar dadah-dadah ini. Selain itu, saya juga didedahkan dengan langkah-langkah yang diambil oleh pihak PPD untuk membanteras gejala dadah yang terjadi di sekolah. Antara langkah yang dibuat oleh pihak PPD ialah mengarahkan pihak sekolah menyediakan bilik khas seperti bilik PPDA untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pencegahan dadah. Pada pandangan saya, untuk membanteras gejala ini, semua pihak perlu melibatkan diri kerana agensi-agensi ini hanya melaksanakan tugas mereka sedangkan kita perlu mencari punca mengapa dan kenapa mereka terlibat dalam gejala ini. Umumnya punca-punca ini biasanya lebih terarah kepada faktor keluarga ataupon pengaruh rakan sebaya. Guru juga tidak terkecuali untuk bergerak seiiring dalam menangai masalah ini kerana peranan guru tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah sahaja tetapi proses mendidiknya adalah secara menyeluruh.

Kesimpulannya, kita perlulah menggembleng tenaga agar gejala dadah dapat dikurangkan seterusnya dihapuskan bukan sahaja di sekolah bahkan di negara ini agar negara lebih harmoni.

Disediakan oleh: Muhammad Syahir Bin Mohd Adnan

You might also like