Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu yang penting dan keperluan

. Teknologi maklumat juga dapat membantu kita memudahkan melakukan sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21 ini dapat dilihat semakin meluas sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah kini yang menjadi tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kerajaan kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan melalui mata pelajaran yang diajar. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat maklumat dengan berkesan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudah tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan komputer. Dengan itu, penggunaan komputer dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan. Guru perlu melihat satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpa sempadan, IT, teknologi maklumat, siber, global, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagi istilah yang sekiranya gagal untuk difahami menyebabkan kita seolaholah berada di dunia lain. Selain itu, penggunaan teknologi maklumat seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam pendidikan. Menurut Ahmad Fuad (2003), menyatakan bahawa dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu juga, kejayaan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga melibatkan faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Pendekatan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar meneroka mencari maklumat. Dalam menjayakan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan gandingan semua pihak sama ada pihak sekolah mahu pun pihak masyarakat. Di sekolah, guru terutamanya perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mempelajari serta diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan teknologi maklumat secara cekap dan efektif. Kebanyakan sekolah yang mempunyai guru yang telah lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih berada di tahap „perlu belajar‟ dan „perlu bimbingan‟ untuk

. tetapi memerlukan kepada usaha yang berterusan yang penuh dengan minat. Keupayaan seseorang untuk menggabungkan teknologi maklumat dalam pengajaran bukan berlaku secara automatik. Keyakinan dan ketekunan yang tinggi membantu mempermudah proses peningkatan kemahiran teknologi maklumat. Pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi maklumat tidak menjamin pengintergrasian dalam kurikulum dan juga pengajaran.meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi maklumat. Oleh Itu. adalah penting bagi guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan teknologi maklumat dalam pengajaran.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful