Professional Documents
Culture Documents
UNTUK GURU PELATIH
Siti Fatimah Mohd. Yassin
Halimah Harun
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak: Kajian tindakan adalah penting untuk penambahbaikan amalan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di bilik darjah. Justeru, ia merupakan salah satu kursus asas dalam program
pendidikan guru. Dengan itu, satu kajian tindakan dijalankan untuk menambahbaik strategi P&P
kursus Kajian Tindakan dalam Pendidikan untuk guru‐guru pelatih program Diploma Pendidikan
Lepasan Ijazah (DPLI). Dalam kitaran pertama, didapati guru‐guru pelatih sukar untuk
memahami kajian tindakan kerana mereka telah terbiasa dengan pendekatan kajian lain seperti
kajian tinjauan semasa belajar di peringkat sarjana muda. Untuk memahami pelaksanaannya,
pengintegrasian kurikulum dijalankan yang mana guru pelatih melaksanakan tugasan kajian
tindakan dalam kursus pengajaran makro dan mikro. Seterusnya, guru pelatih melakukan kajian
tindakan kolaboratif dengan rakan guru pelatih di sekolah yang sama semasa latihan mengajar
dengan dimudahcara oleh pensyarah penyelia. Setelah tamat latihan mengajar guru pelatih
membentangkan laporan kajian tindakan dan refleksi untuk dikongsi bersama dengan rakan‐rakan
dari pasukan lain. Didapati strategi P&P yang digunakan memberi manfaat kepada guru pelatih.
Namun, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan untuk kitaran kedua dan seterusnya.
PENGENALAN
Kajian tindakan telah dipelopori oleh Kurt Lewin pada tahun 1940an melalui teori perubahan, kajian
tindakan dan pembelajaran tindakan. Namun, Islam telah lama meminta umatnya belajar dan
melakukan kajian dengan turunnya ayat Quran mulai tahun 610 melalui surah Al ‘Alaq. Firman Allah
ayat 1‐5 bermaksud, “Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dengan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajarkan dengan perantaraan
kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahui.” Firman Allah juga dalam surah Asy‐Syam
ayat 7‐10 bermaksud, “Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya, serta mengilhamkannya
jalan yang membawa kepada kejahatan dan membawanya kepada ketakwaan; sesungguhnya
berjayalah/beruntunglah orang menjadikan dirinya – yang bersih – bertambah‐tambah bersih; dan sesungguhnya
hampalah/rugilah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya.”
Selain itu, kata pepatah Arab juga, “Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang
yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan rugilah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”.
Firman Allah dan pepatah ini mendasari kajian tindakan dari perspektif Islam. Kajian tindakan boleh
dilakukan dalam diri sendiri (muhasabah), keluarga dan masyarakat supaya penambahbaikan dilakukan
sepanjang masa.
KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan merupakan pendekatan sistematik bermula dengan membuat refleksi terhadap amalan
sedia ada, merancang tindakan, melakukan tindakan, merefleksi tindakan dan membuat
penambahbaikan. Ia boleh dilakukan dalam beberapa kitaran sehingga ia mantap atau menjadi satu
habit yang baik dan mantap. Kajian tindakan tidak lengkap jika tidak didokumentasi. Justeru, dapatan
kajian tindakan hendaklah dilaporkan dari masa ke semasa seperti dibentangkan dalam seminar atau
kolokium untuk dikongsi bersama dengan orang lain serta mendapat maklum balas (Ross‐Fisher, 2008).
Laporan boleh dibuat dalam bentuk formal seperti penulisan artikel ilmiah dalam jurnal dan juga kurang
formal seperti pembentangan persidangan atau kolokium.
Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/ 848
Ramai yang keliru dengan kajian tindakan dengan reka bentuk kajian lain. Menurut Schmuck (2008),
keliruan sering timbul dengan kajian eksperimental dan lain‐lain reka bentuk kajian. Kajian tindakan
seharusnya dilihat sebagai intervensi yang boleh dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa hingga
mantap. Manakala kajian eksperimental adalah melihat keberkesan intervensi dan tidak ada
penambahbaikan ke atasnya. Sepatutnya sebelum melakukan kajian eksperimental, sewajar kajian
tindakan dilakukan untuk mendapatkan intervensi yang mantap. Ia ada kerana kesan ketidakmantapan
kepada intervensi boleh mengakibatkan kajian eksperimental itu tidak mendapat hasil yang diharapkan.
Kajian tindakan boleh dilaksanakan dalam dua bentuk projek iaitu secara ilmiah/akademik dan secara
projek teras untuk melaporkan kepada organisasi seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1. Dalam projek
ilmiah/akademik ini, biasanya dilakukan bagi tujuan untuk menyempurnakan syarat pengijazahan sama
ada di peringkat sarjanamuda, sarjana dan doktor falsafah. Ia juga melibatkan pembentangan atau
peperiksaan lisan dan penulisan artikel ilmiah. Ia juga melibatkan proses membuat sorotan literatur yang
mendalam dan menyeluruh. Manakala, sebagai projek teras, cara yang sama masih dilakukan tetapi
laporan tidak seilmiah untuk projek akademik dan penulisan artikel ilmiah. Namun, di sekolah sewajar
projek teras boleh dilaksanakan. Kajian tindakan di sekolah juga tidaklah terlalu formal. Menurut Ross‐
Fisher (2008), pentadbir dan guru di sekolah perlu melihat kajian tindakan sebagai pendekatan yang
mesra‐pengguna dan praktikal. Ia bagi menggalakkan guru membuat penyelidikan dan seterusnya
membudayakan kajian tindakan sebagai salah satu aktiviti dalam profesion perguruan.
2 tindakan
Projek teras untuk
melaporkan hasil
1 rancang 4 refleksi 3 pemerhatian/ kepada
pemantauan sekolah/organisasi
Bab 1
Penyataan Bab 3
Masalah kumpul Projek akademik dan
Bab 2 dan Bab 4 Dapatan penulisan artikel ilmiah
Sorotan analisis Kajian
Literatur data
848
Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/ 849
Pada asasnya kajian tindakan dalam pendidikan boleh dilakukan di bilik darjah oleh individu guru. Ia
fokus kepada satu isu dalam bilik darjah. Sebagai contoh untuk mendapatkan penyelesaian berkenaan
dengan masalah pengurusan bilik darjah; penambahbaikan strategi pengajaran digunakan oleh guru dan
pembelajaran pelajar. Kajian tindakan di bilik darjah juga boleh dilakukan ke atas seorang individu
(Ross‐Fisher, 2008). Kajian tindakan kolaboratif juga boleh dilakukan di bilik darjah. Ia melibatkan lebih
daripada dua guru sama ada dalam bidang yang sama, guru‐guru dalam pelbagai subjek untuk
melakukan pengintegrasian kurikulum; dan guru‐guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti.
Fokus utama ialah kepada satu isu dalam satu bilik darjah atau satu masalah yang sama dalam bilik
darjah yang berlainan. Kajian tindakan juga boleh dilakukan di peringkat sekolah (organisasi). Ia fokus
kepada isu yang sama dalam satu sekolah. Sebagai contoh program intervensi untuk mengatasi masalah
disiplin dalam kalangan pelajar dan program suka belajar bagi pelajar yang tidak berminat untuk belajar
di sekolah. Jika sekolah melakukan kajian tindakan untuk mengatasi masalah‐masalah berkenaan,
dijangka pelajar bermasalah ingin belajar dan mereka tidak terlibat dengan gejala sosial di luar sekolah.
Seterusnya, kajian tindakan untuk peringkat daerah juga boleh dilaksanakan. Pengetua atau guru besar
boleh membincangkan isu dan masalah yang sama yang berlaku di sekolah‐sekolah dalam satu daerah.
Kajian tindakan di peringkat daerah ini memerlukan komitmen pihak pengurusan sekolah.
PERNYATAAN MASALAH
Menyedari betapa pentingnya kajian tindakan dalam pendidikan, maka ia dijadikan salah satu kursus
asas untuk program DPLI di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Berdasarkan pengalaman penulis
sebagai penyelia projek penyelidikan pelajar, latihan mengajar di sekolah dan tenaga pengajar untuk
kursus ini, serta penyelaras program DPLI didapati guru‐guru pelatih tidak dapat memahami
melaksanakan kajian tindakan. Pepatah Cina ada menyatakan, “Saya dengar … dan saya lupa; saya
lihat…dan saya ingat; saya buat…dan saya faham”. Justeru, kursus yang dilaksanakan selama 12 minggu ini
perlu dibuat penambahbaikan dari segi strategi P&P agar guru pelatih selepas mempelajari teori kajian
tindakan, maka mereka perlu melaksanakan sendiri kajian tindakan bagi mendapatkan pengalaman dan
kemahiran. Kursus ini juga perlu diselaraskan dengan Kerangka Kelayakan Malaysia ‐ KKM (Agensi
Kelayakan Malaysia 2007) yang menekan lapan domain hasil pembelajaran iaitu:
• Pengetahuan ;
• Kemahiran praktikal;
• Kemahiran dan tanggungjawab sosial;
• Nilai , sikap dan profesionalisme;
• Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan;
• Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik;
• Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; dan
• Kemahiran mengurus dan keusahawanan.
Dengan itu, satu kajian tindakan dijalankan bertujuan untuk mendapatkan strategi P&P yang berkesan
untuk kursus kajian tindakan dalam pendidikan mengikut KKM. Bagaimana kursus ini membantu guru
pelatih supaya dapat memahami dan mengaplikasi pengetahuan tentang kajian tindakan dalam bilik
darjah berdasarkan KKM? Untuk menjayakan domain hasil pembelajaran KKM, strategi pembelajaran
berasaskan masalah, kolaboratif, kontekstual, eksperiensial, bermakna dan aktif boleh dilaksanakan.
Bagaimana strategi‐strategi ini digunakan dalam pengendalian kursus kajian tindakan?
Dengan itu, adalah diharap guru pelatih mendapat pengalaman dan kemahiran menjalankan kajian
tindakan dan seterusnya mereka melaksanakannya semasa menjadi guru novis. Berdasarkan sorotan
literature, banyak kajian tindakan untuk guru‐guru pelatih di luar negera dilakukan. Rock dan Levin
849
Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/ 850
(2002) melaksanakan kajian kes yang melibatkan lima guru pelatih melakukan kajian tindakan kolabaratif
bersama dengan guru pembimbing di sekolah. Dalam kajian tersebut guru pelatih dimudahcara oleh
guru pembimbing untuk mengembangkan kemahiran proses inkuiri, penyelesaian masalah, refleksi dan
kolaborasi. Chant, Heafner dan Bennett (2004) mengkaji bagaimana guru pelatih melakukan kajian
tindakan dalam tempoh latihan mengajar (program internship). Price (2005) telah melakukan kajian
untuk melihat pedagogi yang sesuai untuk mengajar guru pelatih tentang kajian tindakan. Price
berpendapat bahawa guru pelatih adalah agen perubahan semasa mereka bertugas di sekolah. Dengan
itu, guru pelatih yang mendapat kemahiran menjalankan kajian tindakan melalui kursus ini juga diharap
menjadi agen perubahan seperti yang dinyatakan oleh Price.
METODOLOGI
Bagi mencapai tujuan kajian kajian tindakan kolaboratif dilaksanakan. Kajian ini dilakukan dalam
beberapa kitaran sehingga kursus ini mantap dari segi strategi P&Pnya mengikut KKM. Kajian ini
mengikut konteks program DPLI di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Peserta kajian
adalah guru pelatih program DPLI bermula dengan kohort dua ambilan Januari 2008. Seramai 60 guru
pelatih terlibat dalam kajian ini. Penulis merupakan tenaga pengajar untuk kursus ini dan membuat
refleksi untuk menilai kekuatan dan kelemahan stategi P&P. Prosedur untuk proses kajian tindakan ini
adalah seperti berikut:
• Mengenal pasti dan merumuskan masalah dalam P&P kursus kajian tindakan berdasarkan
maklumat daripada:
a. Maklum balas guru pelatih kohort pertama ambilan Januari 2007. Dalam kursus kohort
pertama guru pelatih hanya menyediakan proposal sahaja sebagai tugasan di samping
ulasan buku.
b. Refleksi pengalaman penulis
c. Melakukan soroton literatur berkaitan kajian‐kajian yang telah dijalankan berkaitan
dengan pengajaran kursus kajian tindakan untuk guru pelatih.
• Merancang langkah‐langkah untuk penambahbaikan kursus kajian tindakan untuk pelajar
kohort kedua (ambilan 2008) mengikut KKM dengan mengaplikasikan strategi:
a. Pembelajaran berasaskan masalah
b. Pembelajaran kolaboratif
c. Pembelajaran kontekstual
d. Pembelajaran pengalaman (eksperiensial)
e. Pembelajaran aktif
f. Pembelajaran bermakna
• Merancang bagaimana penilaian hasil pembelajaran mengikut KKM
• Melaksanakan kursus seperti yang telah dirancang (2 dan 3)
• Pengumpulan dan penganalisisan data:
a. Membuat refleksi dengan segera sebaik sahaja tamat sesi perkuliahan di atas kekuatan dan
kelemahan pengendalian kursus.
b. Mendapatkan data refleksi dari guru‐guru pelatih yang terlibat serta pendapat pensyarah
penyelia dalam latihan mengajar.
c. Menganalisis laporan projek kajian tindakan guru pelatih.
d. Menganalisis data dari rakaman video persembahan pembentangan guru pelatih.
• Merancang penambahbaikan berdasarkan maklumat dalam langkah 5 untuk dilaksanakan pada
kursus kajian tindakan bagi guru pelatih kohort seterusnya (kohort ambilan 2009).
850
Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/ 851
• Ulang semula langkah 4 untuk kitaran seterusnya.
• Menyebarkan maklumat hasil kajian melalui pembentangan di seminar dari masa ke semasa
DAPATAN KAJIAN
Laporan ini mengemukakan dapatan kajian tindakan untuk kitaran pertama. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa guru‐guru pelatih mendapati kesukaran untuk memahami kajian tindakan kerana
mereka telah terbiasa dengan pendekatan kajian lain seperti kajian tinjauan dan eksperimental semasa
belajar di peringkat sarjana muda. Selain itu, guru pelatih ini juga telah terbiasa dengan mempelajari
maklumat secara kuliah dan mereka mengharapkan pensyarah memberi kuliah secara mendalam.
Walhal, guru pelatih sedang mengikuti kursus di peringkat lepasan ijazah yang sepatutnya lebih
berdikari dalam mengusahakan tanggungjawab pembelajaran. Mereka masih terikut dengan cara belajar
di peringkat sarjanamuda yang berpusatkan pensyarah dan seterusnya mengambil peperiksaan. Cara
belajar guru pelatih ini perlu diubah supaya dapat mengikis cara belajar yang bergantung kepada
pensyarah. Justeru, cara belajar guru pelatih perlu berubah selaras dengan penetapan lapan domain hasil
pembelajaran mengikut KKM (Agensi Kelayakan Malaysia 2007).
Kaedah kuliah boleh dilaksanakan mengikut domain hasil pembelajaran (i) iaitu pengetahuan dan diuji
dalam peperiksaan. Selain kaedah kuliah, guru pelatih juga diminta membuat tugasan ulasan buku dan
artikel jurnal secara berpasukan (3‐4 guru pelatih dalam satu pasukan). Strategi pembelajaran kolaboratif
dilaksanakan supaya mereka dapat bekerja secara berpasukan. Selain untuk memahami apa yang
dimaksudkan dengan kajian tindakan dan prosedur melakukannya, tugasan ini adalah untuk memupuk
budaya membaca bahan‐bahan ilmiah dalam diri guru pelatih. Tugasan ini juga membantu guru pelatih
untuk mendapat maklumat dari pelbagai sumber secara elektronik dan bukan elektronik untuk
melaksanakan kajian tindakan secara praktikal. Kelemahan pelajar juga dikesan dalam usaha pencarían,
memilih, menilai dan mempelajari maklumat dari pangkalan data penyelidikan dan juga membaca
artikel ilmiah. Kelemahan ketara ialah guru‐guru pelatih memberitahu kurang keupayaan dalam
bahasa Inggeris dan mereka sukar memahami bahan bacaan tugasan ulasan buku dan artikel ilmiah
jurnal. Mereka terpaksa menterjemah dengan menggunakan kamus Inggeris‐Melayu. Akibatnya mereka
tidak memahami apa yang dibaca dengan jelas kerana konteks terjermahan adalah berlainan. Dalam
kitaran pertama ini, latar belakang pengajian mereka di peringkat sarjanamuda tidak melibatkan banyak
membaca buku‐buku dalam bahasa Inggeris. Cara mereka belajar pula telah sebati dalam diri mereka
iaitu bergantung kepada maklumat yang dipindahkan oleh pensyarah kepada mereka seperti mana
mereka belajar di peringkat sarjanamuda. Justeru, mereka amat bergantung kepada pensyarah untuk
memahami kajian tindakan melalui kuliah. Sedangkan pensyarah mempunyai pandangan berbeza untuk
mengikis cara belajar bergantung atau berpusatkan pensyarah kepada pembelajaran berpusatkan pelajar
iaitu belajar secara kendiri dan kolaborasi untuk membina pengetahuan. Ia juga selaras dengan domain
hasil pembelajaran KKM yang ditekankan pelaksanaannya dalam semua program mulai tahun 2007.
Terdapat beberapa pelajar telah gagal dalam kursus ini dan diberi peluang untuk memperbaiki gred
dengan melaksanakan tugasan tambahan iaitu mencari, memilih, menilai dan mempelajari tiga jurnal
berkaitan dengan kajian tindakan secara individu. Tugasan ini meminta pelajar mendapatkan tiga jurnal
dan melakukan perbandingan cara pelaksanaan kajian tindakan yang dikemukakan dalam jurnal
berkenaan. Maklumbalas dari guru pelatih yang terlibat didapati apabila melakukan tugasan secara
individu dalam keadaan terpaksa akibat kegagalan, mereka lebih memahami apabila membuat
perbandingan prosedur kajian tindakan yang dikemukakan dalam jurnal‐jurnal berkenaan Mereka
mengakui tugasan secara berpasukan tidak berkesan dalam diri mereka, kerana sudah terbiasa dengan
tugasan secara individu di peringkat sarjanamuda dan sekolah. Melalui tugasan pencarían jurnal dalam
talian melalui pangkalan data penyelidikan, didapati guru pelatih kurang mahir strategi mencari,
851
Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/ 852
memilih, menilai dan mempelajari artikel jurnal ilmiah dalam talian. Mereka juga tidak yakin dengan
jurnal‐jurnal yang dipilih adakah sesuai untuk dijadikan tugasan. Kelemahan ketara guru pelatih adalah
dari segi kemahiran berfikir secara kritis. Justeru, untuk kitaran seterusnya, tugasan ulasan buku dan
jurnal ini perlu dilakukan oleh guru pelatih secara individu supaya mereka dapat membina pengetahuan
dari bahan‐bahan yang dibaca. Guru pelatih juga perlu diajar strategi yang betul untuk mencari, memilih,
menilai dan mempelajari maklumat. Selepas itu, mereka berkongsi pengetahuan semasa bekerja dalam
pasukan.
Pengetahuan sahaja tidak mencukupi, maka ia perlu dimanifestasikan melalui hasil pembelajaran lain.
Tanpa melakuan sendiri kajian tindakan, guru pelatih tidak mendapat pengalaman dan kemahiran
melaksanakannya. Untuk melaksanakan domain hasil pembelajaran KKM yang lain, strategi
pembelajaran berasaskan masalah, kolaboratif, kontekstual, aktif dan bermakna dilaksanakan dalam
kursus ini. Dalam kursus ini, guru pelatih perlu diberi kemahiran praktikal untuk melakukan kajian
tindakan secara kolaboratif untuk melihat sejauhmana mereka dapat mengaplikasikan teori yang
dikuliahkan dan pengetahuan yang diperoleh dari tugasan ulasan buku dan artikel jurnal. Dengan itu
pengintegrasian kurikulum dijalankan yang mana guru pelatih melaksanakan projek kajian tindakan
dalam kursus pengajaran makro dan mikro. Guru pelatih diminta bekerja secara berpasukan merancang
dan melaksanakan kajian tindakan untuk mendapat pengalaman awal dalam mempraktikan kajian
tindakan.
Projek kajian tindakan yang perlu dilaksanakan ialah sebagai guru pelatih mereka perlu mengaplikasi
strategi dan kaedah mengajar serta psikologi pendidikan yang baru dipelajari dalam kursus‐kursus
semester sebelumnya. Mereka perlu mengemukakan kertas cadangan kajian. Berdasarkan pembentangan
didapati mereka keliru antara kajian tindakan dengan kajian tinjauan dan kajian eksprimental. Masalah
ini timbul kerana guru pelatih sudah terbiasa dengan kajian tinjauan melalui soal selidik yang banyak
dilakukan semasa mereka membuat projek tahun akhir di peringkat sarjanamuda. Walaupun pensyarah
telah menjelaskan berkali‐kali tentang perbezaan antara kedua‐duanya.
Mereka juga menghadapi masalah untuk mengintegrasikan ilmu‐ilmu yang telah dipelajari dalam
kursus‐kursus kaedah mengajar dan psikologi pendidikan dalam konteks pengajaran mikro dan makro
dengan kursus kajian tindakan dalam pendidikan untuk menjayakan projek kajian tindakan guru pelatih.
Fenomena ini berlaku kerana selama ini mereka telah biasa dengan kursus‐kursus yang diajar secara
terpisah‐pisah. Namun, melalui pengintegrasian kurikulum ini, guru pelatih perlu mengintegrasikan
ilmu‐ilmu yang telah dipelajari dalam satu projek.
Selain itu, kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan guru pelatih juga tidak dapat dikuasai.
Berdasar temu‐bual dengan guru pelatih, mereka menyedari akan kelemahan diri mereka yang selama
ini tidak mengendahkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam proses pembelajaran mereka.
Tabiat belajar untuk peperiksaan masih menebal dalam diri guru pelatih. Justeru, semasa pembentangan
hasil kajian mereka dalam kursus pengajaran mikro dan makro, didapati mereka jelas tidak memahami
untuk melaksanakan kajian tindakan. Mereka memberi alasan bahawa sukar untuk bekerja dalam
pasukan dan tidak wujud kesefahaman antara ahli dalam pasukan kerana selama ini mereka banyak
bekerja secara bersendiri untuk menyiapkan tugasan. Selain itu, mereka mendapati semasa sesi
pengajaran mikro dan makro, guru pelatih sendiri memainkan peranan sebagai murid sekolah.
Pengumpulan dan penganalisisan data tidak menggunakan sampel sebenar. Sedangkan pensyarah telah
menjelaskan bahawa kajian tindakan dalam kursus pengajaran mikro dan makro adalah sebagai projek
rintis dan mendapat pengalaman awal dalam melaksanakan kajian tindakan. Dengan itu, kelemahan ini
perlu diatasi dengan memberi mereka pengalaman dalam konteks sebenar. Justeru, guru pelatih perlu
852
Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/ 853
melakukan kajian tindakan di sekolah semasa latihan mengajar dengan dimudahcara oleh penyelia
masing‐masing.
Guru pelatih berkolaborasi dalam satu sekolah untuk menjalankan kajian tindakan dalam konteks
sebenar. Semasa tempoh latihan mengajar 12 minggu di sekolah, mereka perlu mengemukakan
perancangan kajian tindakan dalam tempoh empat minggu pertama di sekolah kepada pensyarah
penyelia masing‐masing. Tempoh masa ini diberi kerana mengambil kira untuk guru pelatih
membiasakan diri dengan iklim dan budaya sekolah serta murid. Seterusnya, empat minggu lagi kajian
tindakan dilaksanakan dengan pengumpalan dan penganalisisan data. Empat minggu terakhir di
sekolah, mereka menyiapkan laporan dan persediaan pembentangan dalam kolokium DPLI di fakulti.
Semasa di kolokium, mereka membentangkan hasil kajian mereka dan melaporkan dalam bentuk artikel
kertas seminar. Pembentangan di depan pensyarah penyelia dan rakan‐rakan yang lain adalah bagi
tujuan mendapat maklumbalas dan perkongsian pengalaman dan pengetahuan. Dalam kolokium ini,
setiap sesi dikendalikan oleh guru pelatih sebagai pengerusi sesi dan ia memberi pengalaman kepada
mereka dalam kemahiran komunikasi. Berdasarkan data video yang dianalisis dan perbincangan dengan
guru pelatih dan pensyarah penyelia, didapati sesi pembentangan ini amat manfaat kepada guru pelatih.
Penilaian kepada projek kajian tindakan ini dilakukan dan gabungkan dengan markah latihan mengajar
di sekolah. Namun pada kitaran berikutnya, penilaian untuk kursus ini perlu diperbaiki dengan
membina rubrik terperinci analitikal sebagai panduan kepada pelajar. Pelajar juga perlu disedarkan
tentang hasil pembelajaran mengikut KKM.
Pada kitaran pertama ini, kolokium diuruskan oleh penyelaras program tanpa penglibatan awal guru
pelatih. Namun, semasa kolokium ia dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar. Pada kitaran kedua dan
seterusnya, kolokium ini akan dilakukan sepenuhnya oleh pelajar sebagai memberi pengalaman
tambahan dalam mengorganisasi persidangan. Justeru, pembentukan jawatankuasa kolokium perlu
dilakukan di awal semester pertama untuk ambilan kohort ketiga (ambilan Januari 2009). Kaedah
penilaian untuk kursus kajian tindakan ini perlulah merangkumi semua aspek termasuk kolokium. Oleh
yang demikian, pemberian gred atau markah perlu ditangguhkan sehingga mereka selesai membentang
kajian tindakan dalam kolokium selepas tamat latihan mengajar.
Secara keseluruhannya, guru pelatih berpendapat kursus kajian tindakan ini sungguh mencabar
keupayaan mereka. Tugasan yang diberi dianggap sebagai bebanan. Namun, di pihak pensyarah pula,
memang kursus ini mencabar untuk dikendalikan kerana ingin memastikan guru pelatih mendapat
pengalaman melakukan kajian tindakan semasa dalam tempoh latihan keguruan lagi. Cabaran yang
dihadapi dari aspek merubah cara belajar guru pelatih dan memberikan pengalaman melakukan kajian
tindakan. Namun, hasil pembelajaran mengikut KKM membantu pensyarah untuk melakukan
perubahan dalam strategi P&P kursus ini. Projek kajian tindakan yang diberikan juga sesuai dengan
tahap pengajian di peringkat pengajian DPLI. Walau bagaimanapun, guru pelatih menyedari bahawa jika
tidak melakukan sendiri kajian tindakan, pastikan mereka tidak mendapat pengalaman.
KESIMPULAN
Dari pengalaman pada kitaran pertama ini, jelaslah guru pelatih perlu disedarkan akan hasil
pembelajaran mengikut KKM supaya mereka lebih serius mempelajari kursus kajian tindakan dalam
pendidikan dan juga kursus‐kursus yang lain berpusatkan pelajar. Hakikat bahawa mereka telah sebati
dengan cara belajar yang lama sebelum KKM diperkenalkan perlu diterima oleh pensyarah‐pensyarah.
Bagi merubah tabiat belajar untuk peperiksaan semata‐mata dan bergantung kepada nota pensyarah, ia
memerlukan tindakan drastik dan strategik. Jika tidak, guru pelatih akan terbawa‐bawa dengan cara
853
Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/ 854
belajar untuk peperiksaan semasa mereka menjalani latihan mengajar dan menjadi guru novis.
Sedangkan ilmu keguruan yang dipelajari perlu digunakan di bilik darjah. Di sekolah pula, sepatutnya
pembelajaran berpusatkan murid dilaksanakan seperti yang digariskan dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah dan Sekolah Bestari.
Pada kitaran seterusnya untuk kohort kedua guru pelatih diharap strategi P&P ini dapat dilaksanakan
dengan lebih baik. Satu kajian mendalam ke atas beberapa guru pelatih seperti yang dilakukan oleh
Rock dan Levin (2002) serta Price (2005) boleh dijalankan untuk memahami dengan lebih mendalam
bagaimana guru pelatih membina pengetahuan tentang pelaksanaan kajian tindakan dan apakah kesan
pada diri mereka semasa melakukan projek kajian tindakan. Selain itu, satu kajian susulan boleh
dilaksanakan untuk mengenalpasti adakah guru‐guru pelatih yang telah melakukan kajian tindakan ini
mengamalkannya semasa mereka menjadi guru novis.
RUJUKAN
Agensi Kelayakan Malaysia. (2007). Kerangka Kelayakan Malaysia. [atas talian].
http://www.lan.gov.my/kerangka_FA.pdf [2009, Februari 16]
Chant, R. H, Heafner, T. L. & Bennett, K.R. (2004). Connecting Personal Theorizing and Action Research in Preservice
Teacher Development. Teacher Eucation Quaterly. Summer 31(3). 25‐42.
Price, J. N. (2005). Preservice Teachers Becoming Agents of Change Pedagogical Implications for Action Research.
Journal of Teacher Education, 56(1), 57‐72
Rock, T. C & Levin, B.B. (2002). Collaborative Action Research Projects: Enhancing Preservice Teacher Development
in Professional Development Schools. Teacher Eucation Quaterly. Winter 29(1). 7‐21.
Ross‐Fisher, R. (2008). Action Research to Improve Teaching and learning. Kappa Delta Pi Record. 44(4). 160‐164
Schmuck, R. A. (2008). Practical Action Research: A Collection of Articles. Thousand Oak, CA: Corwin Press.
854