You are on page 1of 15

PENGENALAN Kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan

dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang penyelidikan. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan atau ribuan responden (Marican, 2006). Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi. Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon. Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan. Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian. Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik mestilah sesuai dengan kesediaan responden, format instrumen yang sistematik, arahan yang jelas, surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian serta ujian rintis perlu dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006). Selain soal selidik, temu bual juga boleh digunakan dalam kajian tinjauan. Beberapa bentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu bual tidak berstruktur. Walau bagaimanapun temu bual tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian, 2000). Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan maklumat. Beberapa aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual ialah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan temu bual; ciri-ciri soalan temu bual yang baik, aras bahasa dalam temu bual, penyusunan soalan temu bual dan tempoh sesi temu bual (Chua, 2006). Kesemua aspek di atas perlu diambil perhatian ketika menyediakan item temu bual. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian. Beberapa kaedah temu bual boleh digunakan iaitu temu bual bersemuka, temu bual tidak bersemuka dan temu bual bantuan komputer. Terdapat 10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar tentang tujuan temu bual, soalan ditanya secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat, berwatak sebagai pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai, tempat yang selesa, menghormati responden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan menghargai responden.

JENIS TINJAUAN Tinjauan deskriptif Tinjauan deskriptif pada asasnya bertujuan untuk memberikan gambaran yang tepat terhadap ciri-ciri yang terdapat dalam sesuatu populasi. Penyelidik akan menjelaskan bagaimana rupa bentuk keadaan sosial yang hendak dikaji. Kebanyakan kajian kualitatif juga menggunakan pendekatan penjelasan, umpamanya kajian etnografi. Daripada tinjauan deskriptif kepada analitikal Saiz sampel yang menentukan sama ada tinjauan itu adalah analitikal atau deskriptif. Sekiranya saiz sample terlalu kecil dan penyelidikan melibatkan pelbagai pemboleh ubah selalunya kajian ini adalah secara statistik. Dalam keadaan ini tinjauan secara analitik akan memberi nilai yang kecil. Dengan itu deskriptifnya lebih banyak. Tinjauan Analitikal Seperti yang telah ditekankan, tinjauan analitik lebih menekankan teori. Tujuan utamanya ialah untuk meneroka dan mengkaji perkaitan tentang pembolehubah. Oppenheim telah membuktikan tinjauan analitik mengambil kira ciri-ciri tipikal dalam kajian eksperimen apabila ia menghubungkan pelbagai pembolehubah. Setiap penyelidikan harus boleh dibezakan antara pembolehubah bersandar, tak bersandar dan pembolehubah tidak terkawal. Pembolehubah bersandar ialah tumpuan utama dalam penyelidikan. Ia merupakan hasil yang diterima kesan daripada penyelidikan. Pembolehubah tak bersandar penyebab kepada perubahan terhadap pembolehubah bersandar yang akan dimanipulasi atau diperhatikan. Kemudian diukur dengan menggunakan tinjauan analitik. Pembolehubah tak terkawal mengandungi pembolehubah yang ralat yang boleh mempengaruhi keputusan dalam kajian. Diharapkan pembolehubah seperti ini yang mempunyai taburan secara rawak dapat menghadkan kesan yang mempengaruhi keputusan. Dengan merancang tinjauan secara teliti ia dapat membantu dalam mengawal pembolehubah yang lain.

KAEDAH PENYELIDIKAN TINJAUAN Saunders et. Al. (2000) memberi komen berkaitan reka bentuk soalan soal selidik akan bergantung kepada bagaimana ia ditadbirkan. Sama ada ia akan menjadi self-administered atau temuduga-administered. Berdasarkan kategori ini, mereka menetapkan bahawa terdapat 6 kaedah atau jenis soalan yang berbeza. Daripada semua (bersemuka) temuramah dan jenis ini, jenis soalan yang biasanya digunakan ialah postal, soalan struktur telefon., di samping itu, soalan secara online juga semakin meluas penggunaannya. Langkah pertama bagi membuat pilihan jenis soalan yang hendak digunakan bagi sebarang penyelidikan ialah bergantung kepada tinjauan dan jenis penyelidikan serta jenis soalan yang diperlukan untuk disoal bagi kajian itu. Pengumpulan data melalui soal selidik Soal selidik melalui pos Mangion (1995) mencadangkan bahawa kajian soal selidik melaui pos dipertimbangkan apabila : Sample yang dikaji hanya boleh diedarkan borang soal selidik secara pos sahaja kerana masalah geografi. Subjek kajian perlu diberi masa kerana mempunyai kepentingan dan minat yang tinggi terhadap subjek yang dikaji. Soalan ditulis dalam bentuk tertutup. Soalan berbentuk soal selidik melalui pos sesuai diaplikasikan bagi situasi di mana soalan yang tidak memerlukan jawapan yang panjang lebar dan hanya jawapan secara terus menjawab soalan. Responden juga diberikan masa untuk menjawab borang soal selidik. Responden akan memberikan jawapan yang lebih jujur berbanding teknik lain lebih-lebih lagi jika ia melibatkan isu-isu sensitif. Soalan soal selidik melalui pos dikatakan kosnya agak murah jika dibandingkan dengan saiz sampel yang serupa dengan lain-lain teknik pengumpulan. Kerlinger (1986) walaubagaimanapun, memberi amaran bahawa soalan soal selidik melalui pos mempunyai banyak kelemahan. Kadar pulangan respon bagi kaedah ini mungkin rendah dan pengkaji tidak dapat memastikan dan memeriksa agar setiap responden memulangkan semula borang soal selidik yang dihantar kepada mereka. Kerlinger memberi amaran bahawa kadar pulangan respons adalah serendah 40-50 peratus. Czaja dan Blair (1996) ada kalanya soalan aneka pilihan itu mengelirukan dan berat sebelah kerana soalan ini lebih sesuai untuk mereka yang ada pendidikan formal berbanding dengan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah. Kumpulan seperti ini lebih sesuai diuji dengan kaedah temubual dan temuduga kerana kaedah ini tidak memerlukan kemahiran membaca mereka. Kerlinger (1986) cuba membahaskan bahawa hanya kadar pulangan soalan soal selidik yang mencapai kadar 80-90 peratus sahaja yang diterima dan digelarkan sebagai berjaya. Oleh yang demikian, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mencapai tahap ini.

Penghantaran Dan Pengumpulan Soalan-Soalan Penghantaran dan pengumpulan borang soal selidik melalui pos adalah lebih mudah dilakukan menggunakan tangan kepada setiap responden dan mengutipnya kemudian. Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana penyelidik mempunyai hubungan secara terus dengan responden maka responden mumpunyai ruang masa untuk melengkapkan borang soal selidik yang diedarkan. Seperti kaedah penyelidikan yang lain, kaedah ini akan menentukan sejauh mana responden tertarik hati terhadap tinjauan tersebut. Kelemahan yang patut dipertimbangkan jika menggunakan pendekatan ini ialah masa dan usaha yang digunakan bagi proses penghantaran dan pengumpulan soalan soal selidik tersebut. Soal Selidik Melalui Elektronik(Online) Soal selidik melalui online adalah merupakan kaedah yang baru tetapi semakin popular bagi kaedah tinjauan. Terdapat dua cara kaedah soal selidik melaui online boleh dihantar sebagai dokumen dalam bentuk perisian word yang dilampirkan ke dalam emel atau melalui laman web. Melaui emel pengkaji perlu mengetahui alamat emel responden maka sampel boleh ditarget. Melalui laman web jika laman tersebut tidak dilindungi dengan kata laluan maka tiada kawalan dan kuasa terhadap mana-mana responden yang melayari laman web itu dan mengisi borang soal selidik. Ini bermakna penyelidik akan mendapat responden secara sukarela menjawab soal selidik. Manakala jika laman web tersebut mempunyai kata laluan, ini akan memberikan sekatan kepada responden dan boleh menyebabkan kadar responden berkurangan. Masalah keselamatan boleh diselesaikan jika pengkaji memfokuskan kepada satu-satu organisasi sahaja yang terlibat dalam jaringan internet dengan firewall akan menyekat kepada pelawat-pelawat luar. Tetapi penyelidik tetap menghadapi masalah mengawal responden. Secara umumnya, bolehlah dianggap tinjauan secara online cenderung mendapat tindak balas keinginan secara social (SDR) dan mungkin mendapat keputusan yang berat sebelah. Hancock dan Flower (2001) walaubagaimanapun melaporkan bahawa sementara sesetengah kajian mencadangkan tindak balas komputer adalah lebih jujur dan kurang dipengaruhi oleh keinginan sosial daripada tindak balas yang disediakan pada kertas (seperti soalan melalui pos dan temubual berstruktur). Penyelidikan mereka tidak menyokong hasil tinjauan ini. Tinjauan melaui online sepatunya menjadi pilihan kerana ia melibatkan kos yang sedikit berbanding sebab pengurangan tindak balas yang berat sebelah. Lebih-lebih lagi, untuk membina soalan online, tinjauan berdasarkan online juga boleh diperolehi melalui perbincangan dalam berkumpulan. Temu Bual Berstruktur Temu bual bersemuka berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan data yang lebih mahal kerana ia mengambil masa yang lama serta dapat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan responden. Soalan-soalan kaedah temu bual secara asasnya boleh menjadi sukar dan mengambil masa yang lama dan kos menghasilkannya. Kadar respons biasanya adalah tinggi berbanding kaedah temu bual menggunakan telefon. Terutamanya jika sepucuk surat dihantar dengan kadar segera menjelaskan tentang tujuan temubual berstruktur itu. Tindak balas yang berat sebelah juga biasanya berkurangan kerana penolak-penolak biasanya terdiri daripada responden yang lebih kurang sama. Temubual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagi soalan terbuka dan mendapatkan maklumat responden secara terperinci.

Temu bual melalui telefon tidak seperti soal selidik melalui pos, soalan berstruktur membenarkan pengguna meyelesaikan masalah sama ada jawapan yang kurang jelas ataupun kurang lengkap. Sesi temu bual akan bermula dengan maklumat faktual iaitu jantina responden, status, pendidikan, pendapatan dan lain-lain lagi. Ini biasanya ia digelarkan sebagai muka surat. Dan ia vital untuk dua sebab iaitu membenarkan kajian-kajian seterusnya akan datang hubungan di antara variables. Contohnya, pandangan dan sikap terhadap produk atau perkhidmatan latar belakang responden atau tahap pendapatan. Keduanya, ia membenarkan beberapa sebab untuk dibina bersama-sama penemuramah pada permulaan temubual. Temu bual secara individu membantu dalam mendapatkan sebab-sebab seseorang membuat sesuatu atau mempercayai sesuatu. Sememangnya terdapat perbezaan antara apa yang mereka percaya, mereka buat dan apa yang mereka fikirkan mereka buat dengan tindakan sebenar mereka semasa latihan. Terdapat juga masalah apabila responden memberikan maklumat sikap terhadap keinginan sosial yang berlebihan daripada jawapan temu bual melalui pos. Temu Bual Kumpulan Berfokus Kegunaan kumpulan berfokus ini ialah membolehkan satu sampel responden ditemu bual dan diulang temu bual maka sikap dan tindakan boleh dikaji sepanjang masa temu bual tersebut. Satu kajian longitudinal kelebihan fokus berkumpulan ini ialah ia membenarkan untuk mengeluarkan pelbagai pandangan, sementara ahli-ahi kumpulan yang lain boleh menggalakkan pandangan dari perspektif yang lain. Tambahan pula, kadangkala pandangan dari perspektif yang baru ini boleh memberikan idea-idea asas dalam sebarang tinjauan. Kumpulan berfokus kebanyakkannya digunakan dalam arena politik dan juga biasanya digunakan sebagai alat pengukur dalam kajian pasaran. Sama ada dalam perniagaan mahu pun oganisasi kaedah ini boleh digunakan untuk mengikat komitmen orang ramai, terutama pada sesetengah perkara misalnya jika terdapat unsur sinis atau permusuhan dalam tema kajian. Tinjauan Telefon Tinjauan menggunakan telefon digunakan secara meluasnya berbanding kaedah yang lain. Salah satu sebab perkembangannya ialah apabila bilangan penggunaan telefon bagi isi rumah meningkat, peningkatan ini bertambah sehingga 90 peratus dalam beberapa negara. Malahan, dengan penularan penggunaan telefon bimbit ramai isi-isi rumah sekarang menggunakan pelbagai jenis telefon. Kebanyakkan tinjauan dilakukan melalui telefon di rumah, tetapi dengan penularan penggunaan telefon bimbit dikalangan remaja, telefon bimbit juga menjadi medium perhubungan bagi tinjauan melalui telefon dalam usaha menarik minat golongan muda. Telefon bimbit kini sudah menjadi satu aksesori sosial. Kadar respons bagi tinjauan telefon secara relatifnya adalah tinggi (60-90 peratus apabila panggilan semula dibuat sekali lagi) kerana kebanyakan orang ramai suka ditemu bual melalui telefon. Berbeza dengan tinjauan melalui pos, berkemungkinan orang ramai boleh meyakinkan penyelidik kesignifikan terhadap kajian atau menjadual temu bual pada masa yang lebih sesuai. Jika responden sukar dihubungi, Czaja dan Blair (1996) mencadangkan panggilan semula sebanyak 5-9 pada hari yang berbeza dalam seminggu dan pada waktu yang berbeza.

Satu daripada batas tinjauan melalui telefon ialah jenis soalan yang boleh disoal. Soalan perlu pendek dan agak ringkas dan jenis pilihan jawapan mestilah pendek dan sedikit. Ayat perlu dihadkan kepada 20 patah perkataan sahaja atau kurang dan bahasa yang digunakan adalah ringkas dan boleh difahami. Jika penyelidik mempunyai responden yang tidak dapat bercakap menggunakan bahasa yang sama dengan penyelidik ataupun bahasa Inggeris maka bantuan jurubahasa perlu digunakan bagi membantu sebagai penterjemah. Mengendalikan Pendapat Seorang Pekerja Tinjauan Hasil tinjauan yang utama bagi perniagaan ialah pendapat pekerjanya yang mana boleh menyediakan dan memberikan idea yang bernas dalam bentuk pelbagai elemen bagi operasi sesebuah organisasi, termasuklah latihan bekerja, komunikasi, struktur pengurusan, kepimpinan, organisasi general dan hubungan pelanggan. Sebagai contoh, tinjauan seorang pekerja mungkin meliputi ujian terhadap sikap bagi sebarang permintaan atau untuk menjangkakan masalah sebelum berlaku, untuk memastikan apakah tindakan yang perlu diambil untuk meningkatkan moral pekerja, keyakinan dan kesetiaan. Nilai tinjauan pekerja tersebut akan menjadi lebih baik jika dapat dibandingkan dengan kepimpinan pada masa sebelum ini, (reka bentuk yang longitudinal) atau tinjauan yang dilakukan dalam organisasi yang sama atau dengan sumber yang lain sebagai penanda aras. Apapun subjek tinjauan bagi pendapat pekerja itu ia menerangkan bahawa keputusan tinjauan adalah maklum balas pekerja kebiasaannya siapa yang menyediakan maklumat melainkan kadar respons tersebut terhadap tinjauan masa depan akan menjadi rendah. Semua tinjauan mestilah dilakukan mengikut sepenuhnya perancangan yang dicadangkan, tinjauan terhadap pendapat pekerja adalah tidak diambilkira. Malahan, disebabkan mereka terlibat dalam perhubungan ramai orang dan bersama-sama organisasi. Jika politik jatuh ia bertujuan untuk mengelakkan mereka mestilah kelihatan profesional dan berkepimpinan. Perkara ini juga sangat penting dalam membantu mengembalikan kadar yang tinggi ia sangat penting jika polisi organisasi adalah untuk dipengaruhi oleh keputusannya. Kita akan melihat pada tahap tipikal melibatkan sekali tinjauan pendapat pekerja, kebanyakkan pendapat adalah yang masa satu adalah yang sepatutnya sekarang menjadi kebiasaan.

PERINGKAT TINJAUAN Langkah dalam proses tinjauan Sebelum tinjauan dilakukan, anda perlu memahami fasa dan langkah yang terlibat. Tinjauan lebih banyak hanya proses rekabentuk penyoalan dan pengumpulan data.

Persoalan kajian

Tetapkan maklumat yang diperlukan

Ulasan data yang ada dalam topik

Penetapan pendekatan dan sample terhadap tindakan analisis

Selidik sumber

Tetapkan contoh

Pilih kaedah kajian

Pemilihan dan susunan Peringkat 1

Bentuk penyoalan

Pilih proses kaedah mengumpul data

Pra kajian . Peringkat 2 Peringkat 3 Perubahan persoalan dan susunan

Aturkan temubual Peringkat 4

Tinjauan utama

Hantar surat keterangan

Peringkat 5 Sunting, pengekodan dan penjadualan

Analisis

Tulis laporan penyelidikan

Peringkat 1: Meninjau rekabentuk dan persiapan rancangan Dalam strategi penyelidikan, langkah pertama yang terlibat ialah spesifikasi soalan penyelidikan utama tinjauan yang perlukan butir-butir. Satu soalan penyelidikan mungkin berfokuskan kepada pendapat atau tingkahlaku seseorang, kumpulan organisasi, rangkaian dan perniagaan. Menulis persoalan penyelidikan untuk tinjauan penting bagi membuktikan rangka penyelidikan sebagai rujukan. Peringkat 2 : Ujian awalan(pra-ujian) Melibatkan aktiviti ujian dan memplot elemen seperti kerangka sampel, (sasaran populasi), soalan tinjauan dan koleksi data. Beberapa maklumat perlu diuji terlebih dahulu sebelum menentukan kebolehpercayaan sesuatu kajian. Jika kaedah temubual digunakan, pengkaji perlu melalui latihan dan taklimat untuk memastikan latihan itu berjaya atau tidak. Hanya apabila instrumen kajian siap disediakan ia akan di pra-uji dalam satu kumpulan. Peringkat 3 : Reka bentuk tinjauan terakhir dan perancangan Hasil daripada ujian awalan tadi akan memberikan maklumat kepada kita tentang perubahan yang perlu dilakukan berdasarkan kepada pelbagai bentuk elemen. Mengenalpasti masalah dengan sampel yang mewakili kerangka kajian. Pengkaji perlu mempertimbangkan kesan terhadap kebolehpercayaan hasil kajian. Peringkat 4 : Pengumpulan data Peringkat ini merangkumi sebahagian daripada proses pengumpulan data dan peruses pengekodan, pada peringkat ini aktiviti yang terpenting ialah mengawal jumlah temu bual yang lengkap serta bilangan responden yang tidak memberikan respon. Kemudinnya, ia akan diletakkan di dalam kategori yang lebih spesifik. Setiap satu kategori mepunyai implikasi yang berbeza kepada penyelidikan : Bukan kenalan (cuba hubungi semula) Menolak (cuba mencari sebab menolak) Tidak layak () Jika temubual menjadi kaedah utama dalam penyelidikan, pencapaian penemubual perlu diperiksa agar kadar kejayaan dalam mendapatkan kerjasama dan kualiti makumat dalam temuramah. Peringkat 5 : Pengekodan data, analisis dan laporan. Pada peringkat mengekod nombor-nombor akan mewakili setiap respons yang diperoleh daripada soal selidik. Setiap satu maklumat responden akan dimasukkan ke dalam rekod maklumat termasuklah kesemua responden yang menjawab soalan soal selidik. Setiap responden akan diberikan jumlah dan nombor identiti yang unik. Sebelum data boleh dianalisis data-data tersebut perlu dibersihkan dahulu. Bermakna setiap proses pengiraan markah perlu dilakukan dengan hati-hati dan perlu diperiksa dengan tepat dan teliti.

MATLAMAT KEGUNAAN PENYELIDIKAN TINJAUAN Penyelidikan tinjauan digunakan dalam merencana tiga matlamat yang paling penting iaitu deskriptif, penjelasan dan penerokaan. a. Deskriptif Penyelidikan tinjauan kerap digunakan bagi memperolehi maklumat deskriptif berkenaan sesuatu populasi, iaitu bagi mengetahui taburan pembolehubah yang diminati. Sebagai contoh, bergantung kepada soalan kajian, sekiranya populasi yang diminati adalah guru sekolah, maklumat deskriptif yang boleh dipungut termasuk kelulusan akedemik, jantina, pengalaman mengajar, tempat bertugas (bandar atau luar bandar, jenis sekolah), mata pelajaran yang diajar, tahap yang diajar (rendah atau menengah), jawatan yang dijawat, agama, bangsa, kepuasan kerja mereka dan sebagainya. Sekiranya penyelidikan tinjauan digunakan untuk tujuan ini, ia dipanggil penyelidikan tinjauan deskriptif atau penyelidikan deskriptif (Gay & Airasian, 2003 ; Krathwohl, 1998 ; Rosier, 1997). b. Penjelasan (Explanatory) Penjelasan adalah bergantung kepada persoalan kajian. Sebagai contoh, populasi yang diminati adalah guru sekolah dan hubungan yang ingin disiasat adalah antara pembolehubah pengalaman mengajar dan juga kepuasan guru bekerja. Jika terdapat hubungan yang kuat, pengalaman mengajar dapat digunakan bagi membuat ramalan berkenaan kepuasan kerja seseorang guru. Dalam erti kata lain, penyelidik boleh menggunakan pengalaman mengajat bagi menjelaskan kepuasan kerja guru. Ini tidak bermaksud bilangan tahun mengajar menjadi penyebab kepada kepuasan kerja guru. Sekiranya penyelidikan tinjauan digunakan untuk tujuan ini, ia dipanggil penyelidikan tinjauan korelasi atau penyelidikan korelasi (Rosier, 1997; Shaughnessy, Zechmeister, & Zechmeister, 2003). Creswell (2005) menjelaskan penyelidikan korelasi bergantung kepada ciri-ciri seperti penyelidik mengkorelasikan dua atau lebih pembolehubah; penyelidik memungut data pada suatu masa tertentu; penyelidik menganalisis semua peserta kajian sebagai satu kumpulan tunggal; penyelidik memungut sekurang-kurangnya dua skor, setiap skor untuk satu pembolehubah, daripada setiap peserta kajian dalam kumpulan. c. Penerokaan (Explotory) Penyelidikan tinjauan boleh digunakan bagi mengenalpasti masalah yang memerlukan penyelidikan lanjut. Selepas dikenal pasti, masalah-masalah itu dapat didefinasikan dengan lebih baik supaya siasatan yang lebih sistematik dapat dijalankan. Siasatan itu tidak semestinya menggunakan penyelidikan tinjauan lagi. Digunakan dalam konteks ini, matlamat penyelidikan tinjauan adalah penerokaan.

PERBINCANGAN PENYELIDIKAN TINJAUAN Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006). Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi. Berikut disenaraikan ciri-ciri kajian tinjauan iaitu kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah, kutipan data yang cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat dan dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi kajian (Chua, 2006). Terdapat beberapa cara pemilihan sampel dalam kajian tinjauan iaitu melalui pensampelan rawak mudah (simple random sampling), pensampelan berstrata (stratified sampling), pensampelan sistematik (systematic sampling) dan pensampelan kelompok (cluster sampling). Walau bagaimanapun pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian, 2000). Penyelidikan tinjauan mempunyai sejarah yang lama (Babbie, 1990, Jackson, 2002) dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti politik, perniagaan, sosiologi dan juga pendidikan. Contohnya, seorang ahli politik mungkin mengupah orang lain menjalankan tinjauan bagi menilai peluangnya memenangi pilihan raya atau sebuah firma mungkin menjalankan tinjauan bagi menaksir penerimaan produknya di kalangan pengguna. Kerajaan di seluruh dunia juga menggunakan penyelidikan tinjauan untuk pelbagai tujuan seperti menggubal dasar, menaksir impak dasar, menaksir reaksi rakyat pada sesuatu projek dan sebagainya. Satu sebab kepopularan penyelidikan tinjauan adalah kos menjalankannya adalah rendah secara perbandingan dan pelbagai maklumat dapat dipungut daripada ramai individu dengan agak pantas. Menurut Sapsford (1999), tinjauan ialah huraian terperinci dalam bentuk kuantiti berkenaan suatu populasi (contohnya, 85 peratus guru tidak bersetuju murid dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah). Penyelidikan tinjauan bertujuan memperoleh maklumat sebegini. Ia tergolong bawah penyelidikan kuantitatif berbentuk bukan eksperimen dan popular di kalangan penyelidik. Ini bermakna tiada pembolehubah dimanipulasikan. Pembolehubah yang disiasat ialah pembolehubah yang sedia ada dalam persekitaran semula jadi. Penyelidikan tinjauan melibatkan pungutan data secara sistematik, sama ada melalui soal selidik yang dilengkapkan oleh responden secara kumpulan, soal selidik yang diposkan kepada responden, atau soal selidik yang dibaca oleh penemu bual kepada responden secara terus atau melalui telefon. Bagi memperoleh sesuatu maklumat berkenaan populasi, ramai orang (yang dipanggil responden) disampel berkenaan perkara yang sama. Oleh itu, standardization penting dalam penyelidikan tinjauan. Maklumat yang diminati boleh berbentuk pengetahuan, kepercayaan, sikap, pandangan, ciri, tingkah laku lampau dan terkini, 10

persepsi keberkesanan sesuatu program dan sebagainya. Maklumat yang diberitahu responden adalah pembolehubah. Penyelidikan tinjauan mengukur (mengkuantitikan) semua pembolehubah ini. Berbilang pembolehubah boleh diukur dan berbilang hipotesis boleh diuji melalui tinjauan. Penyelidikan tinjauan bergantung pada responden membuat laporan kendiri berkenaan pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, sikap, pandangan dan tingkah laku mereka. Dengan itu, kesahan dapatan penyelidikan tinjauan antara lain bergantung pada kejujuran mereka. Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon. Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan. Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian. Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik mestilah sesuai dengan kesediaan responden, format instrumen yang sistematik, arahan yang jelas, surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian serta ujian rintis perlu dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006). Selain soal selidik, temu bual juga boleh digunakan dalam kajian tinjauan. Beberapa bentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, temu bual tidak berstruktur. Walau bagaimanapun temu bual tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian, 2000). Panduan membentuk item-item soal selidik ialah penggunaan bahasa yang mudah, selaras dengan responden, elakkan soalan yang sukar, soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden, elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang, elakkan soalan yang kabur, elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat, elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif (Merican, 2006). Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman (Gay & Airasian, 2000). Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan maklumat. Beberapa aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual ialah menentukan jenis temu bual dalam kajian iaitu rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan temu bual, ciri-ciri soalan temu bual yang baik, aras bahasa dalam temu bual, penyusunan soalan temu bual dan tempoh sesi temu bual (Chua, 2006). Kesemua aspek di atas perlu diambil perhatian ketika menyediakan item temu bual. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian. Beberapa kaedah temu bual boleh digunakan iaitu temu bual bersemuka, temu bual tidak bersemuka dan temu bual bantuan komputer. Terdapat 10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar tentang tujuan temu bual, soalan ditanya secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat, berwatak sebagai pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai, tempat yang selesa, menghormati responden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan menghargai responden. Kekuatan penggunaan kaedah tinjauan dapat ditunjukkan seperti cara yang sering digunakan bagi memperoleh maklumat masa lampau subjek salah satu daripada beberapa 11

teknik yang ada bagi mendapatkan maklumat berkaitan kepercayaan, sikap dan motivasi dapat digunakan ke atas populasi manusia normal kecuali pada kanak-kanak, kaedah yang efisien bagi mengutip data dalam jumlah yang banyak pada kos yang rendah dalam tempoh yang singkat tinjauan yang berstruktur dan bersesuaian dengan analisis stastik. Penyelidikan yang menggunakan strategi penyelidikan tinjauan (survey) lebih sesuai sekiranya kajian itu untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang populasi melalui sample atau tinjauan yang melibatkan elemen yang tidak banyak. Sampel yang dikumpul perlu mempunyai kriteria atau sifat populasi tersebut. Perkara ini perlu agar maklumat yang dikumpul melalui sampelan yang kecil itu dapat memberi pernyataan dan gambaran umum tentang populasi secara keseluruhan. Strategi tinjauan menekankan data yang lengkap, tuntas dan meliputi tajuk penyelidikan yang diputuskan. Walaubagaimanapun, semasa mengumpul data, kawalan tidak dapat dilakukan kecuali selepas data dikumpul iaitu melalui strategi statistik. Seterusnya, strategi penyelidikan tinjauan sesuai untuk mendapatkan gambaran deskriptif atau menentukan perkaitan sebab-akibat dan bagi kajian untuk meneroka. Ini sesuai untuk membuat keumuman tentang populasi tertentu menurut kriteria keumuman. Namun, strategi penyelidikan tinjauan didapati lemah daripada segi kriteria kawalan dan sifat semula jadi, walaupun sesuai bagi penyelidikan bersifat deskriptif, penerokaan dan sebab-akibat. Penyelidikan tinjauan mempunyai beberapa had yang harus disedari oleh penyelidik yang menggunakannya. Antara had-had itu adalah penyelidikan tinjauan dapat menentukan sama ada terdapat hubungan antara dua pembolehubah tetapi tidak dapat menentukan sebabakibat. Contohnya, katakan suatu tinjauan mendapati terdapat korelasi yang signifikan antara kekerapan pelajar berkelahi dengan tempoh masa mereka bermain permainan video (video games). Namun bukti ini tidak semestinya bermakna bermain permainan video menyebabkan tingkah laku agresif di kalangan pelajar kerana penjelasan berikut juga munasabah, iaitu pelajar yang agresif lebih berkemungkinan menggunakan masa lapang mereka untuk bermain permainan video. Selain itu, penyelidikan tinjauan bergantung pada data laporan kendiri (self-report), iaitu penyelidikan tinjauan bergantung pada kejujuran dan ketepatan responden melaporkan sikap, pandangan, kepercayaan, pengetahuan dan pengalaman mereka yang diminati penyelidik. Hal ini tidak semestinya berlaku kerana responden boleh memberikan jawapan yang tidak tepat, sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja (contohnya, mereka lupa, keliru dan sebagainya). Penyelidikan tinjauan juga terdedahkan kepada bias. Contohnya, oleh kerana responden tahu sebab mereka dikaji ataupun mempunyai sedikit idea mengenainya, mereka mungkin mengubah jawapan mereka, sama ada disedari ataupun tidak disedari, bagi membuat penyelidik mendapat gambaran yang baik dan positif berkenaan mereka. Contohnya, mereka mungkin memberikan jawapan yang mencerminkan mereka sebagai individu yang adil, munasabah, bertimbang rasa, penyayang, rajin, berdedikasi dan sebagainya. Fenomena ini dinamakan social desirability.

12

Apabila dilaksanakan dengan baik, penyelidikan tinjauan berupaya mewakili dengan tepat sesuatu pandangan populasi individu yang dikaji. Namun ini tidak bermakna pandangan itu betul. Oleh itu, walaupun data penyelidikan tinjauan dapat membantu dalam membuat keputusan dan menggubal dasar awam, pertimbangan dan penganalisisan pakar masih diperlukan. Ringkasnya data itu tidak boleh mengambil alih tempat pertimbangan dan penganalisisan pakar. Di samping itu, menjalankan penyelidikan tinjauan yang baik adalah tugas besar. Ia memerlukan perancangan yang rapi dan memakan masa berbulan-bulan bagi merancang dan melaksanakannya. Contohnya, menggubal soal selidik yang baik memakan masa dan usaha. Begitu juga dengan menganalisis dan menginterpretasikan data.

13

PENUTUP Kesimpulannya, kajian tinjauan atau penyelidikan tinjauan adalah kaedah kajian yang paling popular digunakan dalam kalangan penyelidik. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan temu bual. Kelebihannya adalah mudah, cepat dan menyeluruh tetapi ia mempunyai kelemahan juga iaitu hanya mendapatkan maklumat berkenaan pandangan atau pendapat sahaja. Salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi. Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon. Selain itu, terdapat 10 ciri asas untuk menjadi penemu bual yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar tentang tujuan temu bual, soalan ditanya secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan jelas dan tepat, berwatak sebagai pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai, tempat yang selesa, menghormati responden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan menghargai responden. Terdapat dua jenis tinjauan iaitu tinjauan deskriptif dan tinjauan analitikal. Tinjauan deskriptif pada asasnya bertujuan untuk memberikan gambaran yang tepat terhadap ciri-ciri yang terdapat dalam sesuatu populasi manakala tinjauan desktiptif lebih menekankan teori. Tujuan utamanya ialah untuk meneroka dan mengkaji perkaitan tentang pembolehubah. Selain itu juga, terdapat lima peringkat tinjauan iaitu meninjau reka bentuk dan persiapan rancangan, ujian awalan, reka bentuk tinjauan terakhir dan perancangan, pengumpulan data dan pengekodan. Bagi kegunaan penyelidikan tinjauan pula mempunyai tiga kegunaan iaitu deskriptif, penjelasan dan penerokaan.

14

BIBLIOGRAFI Arabi Idid (1993), Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Aziz Yahya & et.al (2006), Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis & Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Lim Chong Hin, 2007. PENYELIDIKAN PENDIDIKAN: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Nadirah & et.al. Tinjaun Deskriptif dan Analitikal [On-line ] Diperoleh Julai, 30 .2010 dari World Wide Web: http://webcache.googleusercontent.com/search? q=cache:5BzP5URhwOoJ:images.miskphy.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/ StfOUAoKCCYAAEfN7i01/TERJEMAHAN%2520BAB%25205.doc%3Fnmid %3D290452343+kaedah+penyelidikan+tinjauan&cd=8&hl=en&ct=clnk&gl=my Penyelidikan Tindakan: Proses Penyelidikan Tindakan [On-line ] Diperoleh Julai, 30 .2010 dari World Wide Web: http://www.teachersrock.net/AR3.htm Sulaiman Masri (2005), Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan: Esei, Proposal & Tesis. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

15

You might also like