You are on page 1of 23

Peraturan-Peraturan Sekolah SMK SUNGAI TAPANG

1. Kehadiran Sekolah. 1.1. Waktu persekolahan bermula pada pukul 7:00 pagi. Murid-murid dikehendaki berada dalam kelas masing-masing pada pukul 6:55 pagi. 1.2. Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95) 1.3. Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru tingkatan dan juga pada setiap waktu pengajaran oleh guru-guru subjek. 1.4. Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat ibubapa/penjaga atau Surat Akaun Doktor/pegawai kesihatan. 1.5. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti latihan jasmani atau sukan hendaklah membuktikan dengan mengemukakan Surat Akaun Doktor atau Surat Ibubapa/Penjaga. 1.6. Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri. 1.7. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua atau guru-guru yang telah diberi kuasa oleh Pengetua. 1.8. Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid-murid berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah masing-masing setelah mendapat rawatan dan menunjukkan kad/surat yang telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah. 1.9. Murid yang memerlukan rawatan perubatan harus mendapat kebenaran bertulis/surat pengesahan daripada Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa sebelum keluar dari kawasan sekolah. 1.10. Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mencatat nama dan butir-butir yang diperlukan di dalam buku pergerakan murid yang disimpan di pejabat sekolah. Sebelum keluar dari kawasan sekolah, murid hendaklah memberitahu guru tingkatannya/guru subjek. 1.11. Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya kad kebenaran keluar. 1.12. Murid-murid yang tidak mengambil matapelajaran pilihan hendaklah berada di tempat yang disediakan untuk belajar persendirian. 1.13. Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon kebenaran daripada pengetua atau mana-mana pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid hanya dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambilnya dari sekolah. 1.14. Semua murid hendaklah terlibat aktif dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan, kecuali terdapat laporan kesihatan daripada doktor yang mengesahkan dia tidak boleh terlibat. 1.15. Murid yang mendaftar untuk mana-mana kegiatan kokurikulum dan menjadi ahli kegiataan tersebut hendaklah hadir semasa aktiviti tersebut diadakan.
1

2. Pakaian Seragam. 2.1. Pakaian seragam Murid Lelaki: a. Seluar panjang/pendek warna hijau gelap. b. Baju putih lengan pendek/panjang. c. Kasut kanvas putih. (Pek. Ikt. Bil. 8/85) d. Setokin putih. (-sda-) 2.2. Pengawas: a. Pengawas lelaki memakai pakaian seragam biasa dan bertali leher. b. Pengawas perempuan memakai pakaian seragam biasa/pengawas dan bertali leher atau bertudung biru muda bagi pengawas perempuan Islam. 2.3. a. b. c. 2.4 a. b. c. d. 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 Pakaian seragam murid perempuan bukan Islam. Pinafore. Kasut putih. Setokin putih. Pakaian seragam murid-murid perempuan Islam. Baju kurung potongan tradisional, leher teluk belanga, warna putih. Memakai kain sarung. Memakai kain tudung kepala dengan syarat kain tudung itu berwarna putih, berbentuk tiga segi dua sama dan berukuran sesuai dengan murid yang memakainya. Memakai kain tudung kepala berbentuk mini telekung berwarna putih. Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama adalah diwajibkan untuk semua murid. Lencana dan nama hendaklah dipakai di sudut kiri bahagian atas dada atau di atas saku baju. Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang; warna hitam atau coklat, lebar di antara 2.5 cm/ 3 cm, kepala sama besar dengan tali pinggang, tanpa haisan. Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan alat solek dan barang-barang kemas atau perhaisan tiruan. Pakaian seragam hendaklah dipakai semasa hari persekolahan, waktu menghadiri kelas atau aktiviti sekolah atau mengikuti rombongan kecuali dibenarkan oleh Pengetua. Pakaian seragam wajib dipakai semasa peperiksaan. Murid-murid dilarang memakai selipar ke sekolah, walaupun hari hujan.

3. Pakaian Pendidikan Jasmani (Bil. 12/78) 3.1. Murid-murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai baju T sekolah/ pakaian yang sesuai yang lain daripada pakaian seragam sekolah ketika matapelajaran Pendidikan Jasmani atau menyertai kegiataan kumpulan: pakaian hendaklah sesuai bagi membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas dan selesa dan yang dapat meresap peluh. 3.2. Murid-murid perempuan dibenarkan memakai seluar panjang waktu bermain atau menjalankan Pendidikan Jasmani.

3.3. Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna gelap atau berbentuk luar biasa.

4. Potongan Rambut. (Bil. 2/76) 4.1. 4.1.1. 4.1.2. 4.1.3. 4.1.4. 4.1.5. 4.1.6. 4.2. 4.3. Murid-murid lelaki tidak boleh berambut panjang. Istilah rambut panjang adalah seperti berikut: Di belakang: rambut jatuh melebih garisan di bawah cuping telinga. Di depan: rambut menutup garisan tengah dahi. Di sebelah: rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn melebihi garisan tengah hidung. Di atas: rambut lebih daripada 6 inci panjang. Potongan rambut murid hendaklah mengikut stail yang dibenarkan dan bukan mengikut fesyen semasa. Murid-murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Murid yang mewarnakan rambut akan diarahkan mewarnakannya semula seperti warna asli. Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau jambang. Bagi murid-murid perempuan, rambut hendaklah jangan jatuh ke bahu. Tetapi jika ada murid perempuan berambut panjang mereka hendaklah mengikat rambut mereka sebagai toncang atau ekor kuda dengan reben berwarna biru, putih atau hitam.

5. Yuran Dan Harta Benda Sekolah. 5.1. 5.2. 5.3. 5.3.1. 5.3.2. 5.3.3. 5.3.4. 5.3.5. 5.3.6. 5.3.7. 5.3.8. Setiap murid wajib menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan. Hartabenda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, murid yang terlibat akan dikenakkan hukuman setimpal/membuat ganti rugi. Buku-buku teks dan Buku-buku Latihan. Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan dan dipimjamkan kepada murid-murid. Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut. Murid-murid diwajibkan membalut buku-buku tersebut. Murid-murid dilarang menconteng atau mengotorkan buku-buku teks. Muridmurid dilarang merosakkan buku itu seperti mengunting gambar-gambar atau mana-mana bahagian dalam buku tersebut. Murid-murid dilarang meninggalkan buku tersebut di dalam bilik darjah setelah tamat tempoh waktu belajar pada hari itu. Murid-murid dilarang melekatkan gambar atau poster yang tidak sesuai pada bahagian muka depan, belakang atau mana-mana bahagian pada buku teks dan buku latihan. Jika didapati murid-murid merosak, mengotor atau mengabaikan keselamatan buku tersebut maka pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti sama ada mengantinya dengan buku atau membayar harga buku tersebut. Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku teks yang telah dipinjamkan itu apabila diarahkan berbuat demikian oleh Pengetua.

5.3.9. Murid-murid yang gagal menyerahkan buku teks pada masa yang telah ditetapkan pihak sekolah berhak mengambil tindakan ke atas murid tersebut. 5.3.10. Murid-murid diwajibkan menggunakan buku-buku latihan yang dijual oleh pihak koperasi sekolah. Buku-buku latihan selain daripada itu adalah tidak dibenarkan dan boleh dirampas. 6. Tatatertib. 6.1. Dalam bilik darjah murid-murid mestilah menjaga ketenteraman semasa pengajaran/pembelajaran. 6.1.1. Murid-murid hendaklah mempunyai sikap positif semasa sesi pengajaran dan tidak membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah dalam kelas. 6.1.2. Murid-murid tidak boleh membuat bising dan menggangu orang lain sama ada semasa guru mengajar, belajar persendirian atau belajar tambahan. 6.1.3. Murid-murid dilarang berkeliaran di luar kelas semasa kelas dan semasa berlaku pertukaran subjek. 6.1.4. Murid tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di kawasan sekolah atau dalam bilik darjah. Sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah. 6.1.5. Murid yang bertukar kelas untuk ke makmal, padang permainan, perpustakaan dan lain-lain hendaklah keluar ke tempat tersebut dengan teratur mengikut barisan masing-masing. 6.1.6. Murid yang bertukar kelas atau meninggalkan kelas selepas waktu persekolahan mesti menutup semua suis lampu, kipas dan lain-lain peralatan elektrik . 6.1.7. Kebersihan dan kecerian kelas hendaklah dijaga pada setiap masa. 6.1.8. Semua murid hendaklah membawa buku teks, buku latihan dan semua kelengkapan belajar yang diperlukan ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan. 6.1.9. Setiap murid hendaklah mempunyai nota yang lengkap, kemas dan terkini. 6.1.10. Semua kerja rumah dan latihan yang diberi oleh guru mesti disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. 6.1.11. Murid dilarang mengambil bahagian dalam apa sahaja bentuk pertandingan ratu cantik, sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. 6.1.12. Semua murid hendaklah berada di luar bilik darjah pada waktu rehat (kecuali pada waktu hujan). 6.1.13. Murid dilarang pergi ke kantin/makan di kantin semasa waktu persekolahan. 6.1.14. Murid-murid akan diberi mata merit bagi setiap perbuatan yang baik dan mata demerit bagi setiap pelanggaran disiplin atau pelanggaran peraturan sekolah 6.2. Perhimpunan sekolah 6.2.1. Perhimpunan sekolah akan diadakan pada setiap hari Rabu, kecuali diberitahu ada perubahan. Kehadiran murid adalah wajib. Perhimpunan juga boleh diadakan pada bila-bila masa Pengetua rasa ia diperlukan. 6.2.2. Di hari perhimpunan murid-murid hendaklah berhimpun di tempat yang ditetapkan lebih awal daripada masa perhimpunan sebenarnya. 6.2.3. Semasa perhimpunan murid-murid tidak dibenarkan membuat bising atau menggangu majlis tersebut.

6.3. 6.4.

Kawasan larangan: Semasa waktu rehat murid-murid dilarang berada di kawasankawasan yang dilarang. Murid-murid dilarang keluar dari pagar sekolah/ ke rumah tanpa kebenaran daripada Pengetua. Murid-murid yang melanggara undang-undang negara atau melakukan perbuatan jenayah atau berbentuk jenayah akan dilaporkan ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

7. Peraturan Khusus. Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan khusus untuk: 7.1. Bilik makmal sains 7.2. Bilik SRT/SPT 7.3. Perpustakaan 7.4. Kantin. 7.5. Bilik Komputer. 7.6. Dewan makan. 7.7. Dapur sekolah. 7.8. Bilik mesyuarat. 7.9. Koperasi. 7.10. Surau 7.11. Asrama 7.12. Pejabat. 7.13. Gelanggang-gelanggang permainan. 7.14. Lain- lain peraturan khusus yang dikeluarkan oleh sekolah. 8. Amalan Ibadat.

8.1. Pentadbiran sekolah mengalakkan murid-murid melakukan amalan ibadat pada masa dan tempat yang sesuai. 8.2. Murid-murid dilarang sama sekali menghina/mencemar amalan/kesucian mana-mana agama. 9. Ujian/Peperiksaan.

9.1. Kehadiran dalam semua ujian/peperiksaan adalah wajib. 9.2. Murid-murid hendaklah menjawab semua soalan peperiksaan dengan serius dan tekun. 9.3. Murid-murid tidak dibenarkan bising, meminjam alat-alat daripada kawan atau tidur semasa peperiksaan. 9.4. Murid-murid yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk sekalipun akan dikenakan tindakan disiplin. 9.5. Murid-murid hendak menjauhkan diri daripada sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran dalam peperiksaan. 9.6. Untuk peperiksaan PMR dan SPM murid-murid hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 9.7. Memalsukan tandatangan atau markah dalam kad/Buku Kemajuan Sekolah adalah kesalahan serius.

9.8. Buku Rekod Kemajuan Murid harus disemak dan ditandatanggani oleh ibu bapa atau penjaga. 10. Kegiatan Kokurikulum. 10.1. Yang dimaksudkan dengan kegiatan kokurikulum adalah gerakkerja yang dijalankan oleh sekolah di luar masa belajar seperti: 10.1.1. Kegiatan sukan. 10.1.2. Kegiatan persatuan 10.1.3. Kegiatan Persatuan pakaian seragam. 10.1.4. Kegiataan keagamaan. 10.2. Murid-murid diwajibkan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu kegiatan Pasukan Pakaian Seragam. 10.3. Murid-murid yang telah mendaftarkan diri untuk mana-mana aktiviti wajib hadir untuk setiap kegiatan yang dijalankan. 10.4. Murid-murid yang tidak hadir mana-mana kegiatan kokurikulum yang dia telah mendaftar sebagai ahli akan dikenakan tindakan disiplin. 10.5. Untuk kegiatan Persatuan Pakaian Seragam, murid-murid diwajibkan memiliki pakaian seragam yang sesuai. 10.6. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam mengikut persatuan masingmasing pada setiap hari Rabu. 11. Kesalahan-Kesalahan Berat. (Bil. 9/75) 11.1. 11.2. 11.3. 11.4. 11.5. Menjadi ahli dalam pertubuhan haram. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat. Memukul guru-guru. Mengancam guru-guru atau Pengetua. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Jabatan Pendidikan. 11.6. Menulis kepada surat khabar tanpa kebenaran pihak yang berkuasa sekolah. 11.7. Sengaja merosakkan harta benda sekolah. 11.8. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid. 11.9. Mencuri 11.10. Mengancam murid-murid lain ancaman yang serius dan berbahaya. 11.11. Merokok dan mengambil dadah. 11.12. Berjudi 11.13. Meminum minuman keras atau yang memabukkan. 11.14. Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga atau empat amaran. 11.15. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru/Pengetua. 11.16. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum. 11.17. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budibicara Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat. 11.18. Membawa, menyimpan, mengedar dan bermain mercun serta bunga api.

12. Larangan-Larangan. (Education Ordinance 1957) Peraturan-Peraturan Muridan (Disiplin Sekolah) 1959) (Peraturan 4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disipilin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-guru dan muridmurid sekolah itu. Peraturan 6. Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirnya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorangpun, guru atau murid, boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu: Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar. Peraturan 7. 12.1. Murid-murid di bawah 21 tahun adalah dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik. 12.2.Berkempen untuk mendapat undi bagi pihak sebarang parti politik atau organisasi atau sebarang calon di mana-mana tempat pengundian. 12.3.Dengan hasrat menyokong atau menentang sebarang parti politik atau organisasi atau pencalonan sebarang individu atau pihak yang lain di sebarang pengundian, berpidato atau menghalang sebarang perkumpulan orang ramai yang diluluskan oleh undang-undang. 12.4.Mengedar atau menyebabkan pengedaran sebarang risalah politik atau dokumen atau propanganda bagi pihak atau menyokong sebarang parti poitik atau organisasi atau ada kaitan dengan seseorang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian. 12.5.Berterusan menganggu peraturan-peraturan sebarang kumpulan orang ramai dengan cara yang mungkin menghalang mesyuarat. 12.6.Mengambil bahagian dalam sebarang perarakan yang dikelolakan atau diadakan dengan tujuan menyokong atau menentang sebarang parti politik atau sebarang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian. Dalam pengundian bermaksud pengundian bagi ahli Dewan Undangan Negeri atau sebarang Majlis Tempatan. Peraturan 8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah: a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau kententeraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya atau dibuang sekolah; atau b. yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh dengan perintah menggantung murid itu dari hadir di sekolah selama suatu tempoh yang difikirkannya patut, atau membuang murid itu dari sekolah. Peraturan 11. Sjil berhenti sekolah murid yang dibuang di bawah peruntukan 8 & 9 hendaklah dicatatkan oleh Guru Besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan peraturan-peraturan ini. Peraturan 12. Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oelh pihak berkuasa yang membuatkannya. A. masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau B. diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran Pendaftar Besar.

12.7.Surat menyurat. 12.7.1. Murid-murid dilarang menulis kepada kedutaan atau badan yang diiktiraf sebagai blok komunis di dalam atau di luar negeri. 12.7.2. Murid-murid yang hendak menulis surat kepada badan-badan, sama ada di luar atau di dalam negeri yang bukan blok komunis hendaklah membuat demikian melalui Pengetua. 12.8.Murid-murid yang ingin menjadi ahli atau menyertai aktiviti badan luaran hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua. 12.9.Murid-murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan ratu cantik atau pertunjukan fesyen. 12.10. Murid-murid tidak dibenarkan berada/berkeliaran di kawasan-kawasan berikut tanpa kebenaran: persikatan Bilik Guru, Pejabat, Bilik Makmal Sains, Stor-Stor sekolah. 12.11. Membeli atau menganjur loteri iaitu permainan untung-untungan atau sesuatu pengagihan wang atau hadiah-hadiah dengan cara bradu nasib. (bil. 9/77) 12.12. Ragging bertopengkan suaikenal. (bil 4/78) 12.13. Lain-lain yang tidak disebut dia atas yang menjadi kesalahan dalam undangundang awam. 13. Lawatan Dan Pelawat-Pelawat. 13.1.Sesuatu lawatan keluar kawasan sekolah yang mengandungi lebih daripada lima orang dianggap sebagai satu rombongan. Semua rombongan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada pengetua. (peraturan-peraturan sekolah, lawatanlawatan 1957) 13.2.Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan murid kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua atau guru-guru yang telah dipertugaskan. 13.3.Murid-murid tidak dibenarkan membawa orang luar ke kawasan bilik darjah atau ke dalam bilik darjah. 13.4.Jika pelawat atau ibubapa/penjaga yang datang berhajat membawa keluar murid berkenaan kerana sesuatu sebab daurarat, maka kebenaran daripada Pengetua hendaklah didapati dahulu. 14. Kebersihan. 14.1.Pakaian yang bersih serta yang kemas dan kebersihan diri mencerminkan peribadi atau personaliti seseorang murid. (Pek. Ikt. Bil. 1/96, 2/96) Oleh itu murid-murid mestilah: 14.1.1. Selalu menjaga kebersihan pakaian. 14.1.2. Selalu menjaga kebersihan diri, terutamanya rambut, kuku, gigi dan keseluruhan badan. 14.2.Semua murid dikehendaki mengamalkan semangat bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik darjah, bangunan dan kawasan sekolah. (Pek. Ikt. Bil. 6/97)

15. Merokok. 15.1. Sekolah adalah kawasan larangan merokok. Semua guru, ibu bapa, pekerja, murid dan mana-mana individu yang berada atau berurusan dengan sekolah tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97) (Peraturanperaturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993) 15.2.Larangan merokok meliputi semua premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka, mahupun di bilik-bilik atau di tempat-tempat yang terselindung. (Pek. Ikt. Bil 1/83) 15.3.Murid-murid tidak dibenarkan membawa, membeli atau mengedar rokok. 15.4.Murid-murid ditegah sama sekali merokok di kawasan sekolah atau berdekatan dengan pintu/ pagar sekolah. 15.5.Murid-murid yang ditangkap 5 kali merokok akan dibuang sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97)
16.

Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. (Pek. Ikt. Bil 3/95) 16.1. Setiap murid diwajibkan menyumbang kepada Skim Takaful berjumlah RM. 1.50 setahun. 16.2.Murid-murid yang telah menyumbang kepada skim tersebut akan diberi perlindungan 24 jam sehari meliputi seluruh dunia. 16.3.Tempoh perlindungan bermula pada hari pertama persekolahan pada tempoh setahun dan tamat pada hujung tahun.

17. Usaha Menaman Semangat Patriotisme (Pek. Ikt. Bil 6/94) 17.1. Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu NegaraKu dan melafas ikrar sekolah pada tiap-tiap pagi sebelum waktu persekolahan bermula. 17.2.Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu NegaraKu semasa perhimpunan sekolah. 17.3.Murid-murid tidak dibenarkan bercakap, bermain-main atau melakukan apa sahaja apabila lagu kebangsaan atau lagu negeri dinyanyikan. 18. Tatatertib Di Luar Kawasan Sekolah. 18.1.Murid-murid dikehendaki sentiasa mengamal nilai-nilai baik dan sentiasa menjaga nama baik sekolah. 18.2.Murid tidak dibenarkan merokok di luar pagar sekolah. 18.3.Murid harus menghormati dirinya sebagai murid dan tidak membuat apa sahaja kesalahan semasa memakai pakaian seragam sekolah.

19. Peraturan Bilik Darjah. 19.1. Semua murid mesti berada dalam kelas masing-masing pada pukul 6:55 pagi waktu hari persekolahan. 19.2.Murid yang membersihkan kelas dan berkerja memungut sampah hendaklah datang ke sekolah lebih awal untuk menjalankan tugas masing-masing.

19.3.Tugas membersihkan kelas, kawasan kelas dan kawasan-kawasan yang ditetapkan adalah wajib dijalankan sebelum kelas bermula pada tiap-tiap pagi. 19.4.Ketua kelas diberi kuasa untuk mengarah murid lain menjalankan tugas mereka dan melaporkan nama mereka kepada Pengetua atau Penolong Kanan sekiranya mereka tidak berbuat demikian. 19.5.Ponteng kelas/sekolah: 19.5.1. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah/kelas tanpa kebenaran dan alasan yang munasabah dianggap ponteng. 19.5.2. Murid tidak dibenarkan ponteng kelas atau ponteng sekolah. 19.5.3. Murid yang ponteng kelas/sekolah akan dikenakan tindakan disiplin. 19.5.4. Sekiranya murid ponteng sekolah selama 3 hari berturut-turut guru tingkatan, melalui Pengetua akan menghantar surat pertama kepada ibubapanya. 19.5.5. Sekiranya murid tersebut masih ponteng selama 7 hari, maka surat kedua akan dihantar kepada ibubapanya. 19.5.6. Setelah murid yang sama ponteng selama 2 minggu berturut-turut, surat ketiga, iaitu surat tunjuk sebab kenapa dia tidak diberhentikan daripada sekolah akan dihantar kepada ibubapa. 19.5.7. Ibubapa diberi masa 14 hari untuk menjawab surat tersebut dan sekiranya gagal berbuat demikian, guru tingkatan akan membatalkan nama murid tersebut daripada buku kedatangan murid dan pihak sekolah akan mencatatkan namanya dalam pulangan bulanan sekolah. 19.5.8. Semua murid dikehendaki bangun dan memberi hormat serta salam apabila Pengetua, guru, P.Kanan dan pelawat-pelawat memasuki kelas, dan mengucapkan terima kasih apabila mereka keluar dari kelas. 19.5.9. Kebersihan dan ketenteraman kelas adalah tanggungjawab kelas itu sendiri. Sekiranya kedapatan murid tidak berkerjasama membersihkan kelas, merosakan harta benda dalam kelas atau melawan ketua/penolong ketua kelas, tindakan disiplin akan dikenakan ke atas mereka. 19.5.10. Sewaktu guru tidak ada dalam kelas, ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab untuk menjaga ketenteraman kelasnya. Sekiranya guru subjek lewat memasuki kelas, ketua kelas/penolong ketua kelas bertanggungjawab memberitahu pengetua/P. Kanan dan selepas itu mencari guru tersebut. 19.5.11. Setiap bilik darjah harus dibersihkan dan dihias supaya suasana kelas lebih ceria dan kondusif untuk proses pembelajaran. 19.5.12. Murid-murid dilarang melakukan perbuatan berikut: 19.5.12.1. Menulis di papan hitam/tulis kelas tanpa kebenaran daripada guru 19.5.12.2. Meninggalkan buku di atas meja selepas kelas. 19.5.12.3. Membuang sampah merata-rata dalam atau di luar kelas atau simpan sampah dalam laci meja. 19.5.12.4. Menggunakan meja dan kerusi guru. 19.5.12.5. Memindahkan meja dan kerusi dari kelas tanpa kebenaran Pengetua. 19.5.12.6. Menggunakan meja atau kerusi secara tidak cermat yang boleh merosakkannya. 19.5.12.7. Merosakkan Kipas, lampu dan alat-alat eletronik lain dalam kelas. 19.5.12.8. Menconteng dinding, meja, kerusi atau gambar-gambar yang dipamerkan. 19.5.12.9. Menconteng atau menanda buku teks.

10

19.5.12.10. Melawan percakapan, arahan atau ingkar guru. 19.6. Murid hendaklah sentiasa menyalin dan mengemaskini nota serta membuat latihan, kerja rumah dan kerja kursus yang diberi oleh guru. 20. Biasiswa. 20.1.Biasiswa adalah kurnian wang oleh kerajaan atau agensi-agensi atas sokongan pihak sekolah. Oleh itu sekolah berhak mencadangkan perlanjutan atau menamatkannya. 20.2.Sebarang hutang sekolah hendaklah dijelaskan oleh pemegang biasiswa melalui potongan biasiswa. 20.3.Biasiswa murid akan ditahan atau diberhentikan terus apabila murid tersebut: 20.3.1. Melakukan kesalahan jenayah yang berat seperti yang ditakrifkan oleh sekolah. 20.3.2. Tidak memperbaiki prestasi akademiknya yang merosot. 20.3.3. Sentiasa melanggar disiplin sekolah dan tidak menunjukkan perubahan positif setelah diberi nasihat dan amaran. 20.4.Murid tidak dibenarkan mengeluarkan wang melebihi daripada jumlah yang telah ditetapkan. 20.5.Pengeluaran wang biasiswa adalah khas untuk membeli keperluan sekolah. Sebarang pengeluaran wang biasiswa untuk tujuan lain adalah tidak dibenarkan. 20.6.Buku-buku biasiswa hendaklah disimpan seperti yang diarahkan oleh guru biasiswa. 21. Gantung Sekolah. 21.1. Murid-murid yang telah digantung sekolah tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah atau menghadiri mana-mana kelas. 21.2.Mana-mana murid yang berada di kawasan tersebut dianggap telah mencerobohi kawasan tersebut dan tindakan disiplin akan dikenakan ke atasnya. 22. Minum Dan Membawa Minuman Keras. 22.1. Murid tidak boleh memiliki, membawa atau minum minuman keras di kawasan sekolah. 22.2. Murid tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah dalam keadaan mabuk/khayal. 23. Hubungan Lekaki Dan Perempuan. 23.1.Murid-murid dilarang keras mengadakan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan keraguan di dalam atau di luar sekolah. 23.2.Murid-murid dilarang menulis surat cinta kepada rakan lain. 23.3.Murid-murid tidak dibenarkan melepak di kawasan-kawasan taman, bilik darjah dan kawasan-kawasan lain di sekolah. 24. Penglibatan/Mengambil Bahagian Dalam Sukan Anjuran Pihak Luar. 24.1.Murid-murid yang mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak luar tanpa kebenaran daripada Pengetua, menanggung semua risiko yang bakal dihadapi. 24.2.Murid tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti secara berkumpulan di kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada Pengetua.

11

25. Lembaga Pengawas. 25.1.Lembaga pengwas diwujudkan untuk membantu sekolah menyelia dan menjaga disiplin murid. 25.2.Pengawas-pengawas hendaklah menjalankan tugas mereka seperti mana yang telah diarahkan. 25.3.Pengawas-pengawas hendaklah memakai lencana pengawas dan pakaian pengawas seperti mana yang telah ditetapkan. 25.4.Menjalankan tugas-tugas yang diberi dari semasa ke semasa. 25.5.Pengawas mesti berdisiplin baik pada setiap masa. 26. Surau Dan Sembayang. 26.1.Surau dibuka pada setiap waktu sembayang. 26.2.Murid tidak dibenarkan tidur di surau kecuali dengan kebenaran. 26.3.Semua murid wajib mematuhi peraturan surau sama ada dari segi ibadat, keselamatan, kebersihan, kebajikan dan aktiviti yang dicadangkan oelh sekolah. 26.4.Semua murid bertanggungjawab terhadap kebersihan, keselamatan dan ketenteraman surau. 27. Larangan-Larangan 27.1.Seluar ketat, berconteng, koyak, berkaki besar dan baju-T yang kotor dan mempunyai tulisan yang tidak senonoh tidak dibenarkan dipakai di sekolah. 27.2.Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran atau berkeliaran di koridor apabila loceng pertukaran masa berbunyi. 27.3.Murid ditegah berkeliaran di koridor/luar apabila loceng mula persekolaan telah dibunyikan. 27.4. Relajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kecuali dengan kebenaran. 27.5.Murid tidak dibenarkan membawa atau menggunakan telefon bimbit dalam bilik darjah. Murid yang membawa telefon bimbit ke sekolah mesti menyimpankannya dengan pengetua atau penolong kanan pada masa persekolahan dan hanya boleh ambilnya apabila masa persekolahan tamat. 27.6.Murid tidak dibenarkan memakai topi dalam bilik darjah. 27.7.Murid dilarang mengondolkan rambut mereka atau memakai fesyen rambut yang tidak dibenarkan di sekolah. 27.8.Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. 27.9.Murid dilarang berludah sesuka hati di merata-rata tempat kerana amalan ini adalah tidak sihat. 27.10. Murid perempuan tidak dibenarkan menggunakan alat-alat solek dan barangbarang kemas. 27.11. Murid tidak dibenarkan membawa dan menggunakan pemadam cecair/liquid paper di sekolah. 27.12. Murid tidak dibenarkan memandu dengan laju dan cara yang berbahaya di kawasan sekolah.

12

27.13. Murid tidak dibenarkan membunyikan hon atau membunyikan motosikal atau kenderaan dengan kuat dalam kawasan sekolah. 27.14. Murid dilarang menjerik sesuka hati, atau memanggil secara tidak sopan nama-nama guru atau pekerja sekolah. 27.15. Relajar dilarang bergaduh/bertumbuk di kawasan sekolah dan di kawasan luar berdekatan dengan sekolah. 27.16. Murid dilarang menyebar khabar angin/berita yang boleh menyebabkan pergaduhan. 27.17. Murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan pengetua, penolong kananpenolong kanan, penyelia petang dan guru-guru. 27.18. Murid dilarang melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang negara. 27.19. Murid-murid dari sekolah lain dilarang memasuki dan berada di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran.

Jenis-Jenis Salahlaku Dan Tindakan-Tindakan Yang Boleh Dikenakan (Mata Demerit Juga Akan Diberi Berpandukan Kepada Sistem Merit-Demerit) Bil 1. Tema Tingkahlaku jenayah Kesalahan/ perlakuan Salahguna dadah Pekililing rujukan Pek. Iktisas Bil. 7/75 Tindakan sekolah 1. Melaporkan kepada Pengarah Pendidikan. 2. Menghubungi pegawai kebajikan masyarakat. 3. Merujuk kepada doktor melalui pegawai kebajikan masyarakat untuk pengesanan. 4. Rawatan doktor. 5. Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. Tindakan Pengetua. 1. Nasihat/amaran Surat panggilan kepada ibubapa. 2. Melaporkan kepada polis 3. Pengakuan bertulis murid dan ibubapa. 4. Gantung sekolah 1. Rujuk kepada Pendaftar SekolahSekolah (Pengarah Pendidikan) 2. Melaporkan kepada polis 3. Memanggil ibubapa Murid boleh digantung persekolahan atau dibuang sekolah.

2.

Mengedar dadah

3.

Mencuri

Pek. Iktisas Bil. 9/75

13

Tindakan Pengetua 1. Memulangkan balik barang yang dicuri atau mengikut nilai. 2. Meminta maaf pada empunya barang dengan disaksi oleh Pengetua. 3. Amaran 4. Hukuman rotan 5. Pengakuan bertulis murid dan ibubapa untuk berkelakuan baik. 6. Memanggil ibubapa 4. Memeras ugut Pek. Iktisas Bil. 9/75 1. Memulang balik barang diambil/nilainya. 2. Diberi amaran keras akhir. 3. Hukuman rotan/gantung sekolah 4. Akaun bertulis ibubapa dan murid. 5. Memanggil ibubapa 6. Hukuman kerja amal Jika melibatkan senjata. 7. Penggantungan sekolah 8. Laporan kepada polis. 5. Berjudi -sda1. 2. 3. 4. Nasihat amaran keras Hukuman rotan. Pengakuan bertulis murid dan ibubapa. 5. Kerja amal 6. Digantung persekolahan 7. Laporan kepada polis 1. Hukuman rotan 2. Dipaksa berdamai dan meminta maaf. 3. Digantung persekolahan. 4. Kerja amal 5. Memanggil ibubapa 6. Pengakuan bertulis 1. Senjata dirampas 2. Memanggil ibubapa 3. Hukuman rotan. 4. Digantung persekolahan. 5. Amaran dan dilaporkan kepada polis. 1. Membayar ganti rugi. 2. Hukuman rotan

6.

Memukul, bergaduh dan mencedera

-sda-

7.

Membawa senjata dan berniat jahat

-sda-

8.

Merosak harta benda

-sda-

14

3. Panggil ibubapa 5. Digantung persekolahan. 6. Pengakuan bertulis. 9. Ahli kumpulan haram Fitnah 10. Tingkahlaku lucah Membaca, menunjuk dan menyebar bahan-bahan dan gambar lucah. Mengintai murid-murid perempuan Menulis surat cinta Bercumbu/berdu a-duan dan bercinta dalam kawasan sekolah Ditangkap kerana berkhalwat dan didenda di mahkamah Menggunakan kata-kata lucah Menulis dan melukis katakata lucah Meraba dan/ memeluk murid perempuan -sda-sda-sdaRujuk kepada Pek. Iktisas 9/75 - ibubapa dihubungi - kaunseling - amaran/ digantung sekolah 1. Dirampas dan disimpan dengan berlakri sebagai bukti. 2. Rotan dan rujuk kepada guru kaunseling 3. Kerja amal

11.

-sda-

1. 2.

Rotan dan rujuk kepada guru kaunseling Kerja amal

12. 13.

-sda-sda-

14.

-sda-

1. Amaran dan nasihat 2. Rujuk kepada guru bimbingan 3. Kerja amal 1. Amaran dan nasihat 2. Gantung persekolahan 3. Panggil ibubapa 4. Buang sekolah Rujuk kepada Pengarah Pendidikan. -panggil ibubapa 1. 2. 3. 1. 2. 3. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 3. Hukuman rotan Kerja amal Rujuk kepada guru kaunseling. hukuman rotan kerja amal rujuk kepada guru kaunseling Rotan Kerja amal Rujuk kepada guru kaunseling Panggil ibubapa Gantung persekolahan Laporan kepada polis Rotan Kerja amal Rujuk kepada guru kaunseling

15. 16. 17.

-sda-sda-sda-

18.

Menganggu murid perempuan

-sda-

15

19.

20.

Tingkahlaku anti sosial

Pelacuran/Zina/ hamil/homo/ lesbian/kahwin/ nikah gantung Sengaja mengotori sekolah atau kelas Sengaja menganggu ketenteraman sekolah/kelas Bergaduh dengan murid lain

1.Panggil ibubapa 2.Rujuk kepada Pendidikan Pek. Iktisas Bil. 9/75 School (Gen. Reg. 1951 Pek. Iktisas Bil. 9/75 1. 2. 3. 4. 5. 1. 2. 3. 1. 2. 3. 4. -sda5. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 3. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 1. 2. 3. 4. 1. 2. 3. 4. 5. 1. 2. 3. 4. Kelas tahanan Hukuman rotan Bayar gantirugi Kerja amal

Pengarah

21.

Hukuman rotan Kerja amal Rujuk kepada guru kaunseling Panggil ibubapa Rotan Nasihat dan amaran Diarah berdamai dan minta maaf Digantung sekolah Hukuman rotan Rujuk kepada guru kaunseling Amaran dan nasihat Kerja amal Panggil ibu bapa Digantung sekolah kelas tahanan hukuman rotan bayar ganti rugi diberi nasihat rotan kerja amal Panggil ibu bapa Digantung sekolah dilapor kepada polis nasihat membersihkan kelas nasihat rotan amaran Digantung sekolah amaran nasihat kerja amal hukuman rotan Panggil ibu bapa nasihat/amaran hukuman rotan kerja amal digantung sekolah

22.

23.

Berkelakuan biadab dan angkuh

24. 25.

Conteng menconteng Benci dan tidak menghormati peraturan sekolah dan undang-undang negara Makan dalam kelas Tidak menghormati NegaraKu, lagu Negeri Ponteng perhimpunan/ majlis rasmi Sengaja membuat sesuatu yang boleh memalukan

Pek. Ikt. 9/75 -sda

26. 27.

-sda-sda-

28.

-sda-

29.

-sda-

16

30.

Tingkahlaku tidak jujur

31.

KP(BS)8458/1 1. Surat pemberitahuan kepada 2/(17) ibubapa, amaran, rotan, nasihat Borang OM 2. Panggil ibu bapa. 9.2.77 3. Kerja amal 4. digantung sekolah 5. Jika murid ponteng sekolah 31 hari berturut-turut, Sijil Berhenti Sekolah akan dikeluarkan 6. Jika murid ponteng sekolah 60 hari secara selang seli, Sijil Berhenti Sekolah akan dikeluarkan Ponteng kelas -sda1. nasihat (meninggalkan 2. kerja amal satu sesi 3. hukuman rotan penggajaran dan 4. digantung sekolah tidak kembali) 5. panggil ibubapa 6. Keluar dari kelas tanpa kebenaran daripada guru Meniru dalam peperiksaan -sda1. 2. 3. 4. 1. 2. 3. 4. 5. 1. 2. 3. 4. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 1. 2. 3. diberi amaran kerja amal kaunseling hukuman rotan markah peperiksaan dibatalkan nasihat kerja amal hukuman rotan memaklumkan kepada ibu bapa nasihat rujuk kepada guru kaunseling amaran keras hukuman rotan untuk kesalahan seterusnya memohon maaf nasihat hukuman rotan amaran kerja amal kaunseling panggil ibu bapa amaran hukuman rotan kaunseling

sekolah PONTENG SEKOLAH (termasuk murid yang berada di sekolah tetapi tidak melapor kepada guru tingkatan dan masuk ke kelas)

32.

33.

-sda-

34.

Membohong

-sda-

35.

Tingkahlaku Berkelakuan dan tidak sopan berbahasa kasar, memaki dan mencarut guru/murid Tidak menghormati/ memcabar arahan pengawas Tidak berpakaian kemas (tidak

Per. Ikt. Bil 9/75

36.

-sda-

37.

Tingkahlaku tabiat (Habitual)

Pek. Ikt. Bil. 3/71,2/72, 4/76.

1. teguran/amaran 2. hukuman rotan 3. kerja amal


17

38.

masuk baju ke seluar, tidak pakai kasut, tidak menggunakan tanda nama, memakai subang, gelang, rantai) Berambut panjang Tidak menepati masa

4. panggil ibu bapa

39.

40.

Tidak membawa buku teks/buku latihan dan lainlain keperluan muridan Tidak menyiapkan kerja kursus, latihan dan kerja rumah/tugasan Membuat bising dalam kelas Buang sampah merata-rata

41.

1. diberi amaran 2. rambut dipotong 3. hukuman rotan 4. digantung sekolah Pek. Ikt. Bil 1. amaran dan nasihat 9/75, school 2. kaunseling (general) 3. hukuman rotan regulation, 4. kerja amal 1951 5. digantung sekolah panggil ibu bapa Peraturan Am 1. diberi nasihat/amaran sekolah 1951 2. kaunseling 3. hukuman rotan 4. kerja amal 5. panggil ibu bapa 6. digantung sekolah -sda1. amaran/nasihat 2. kaunseling 3. hukuman rotan 4. kerja amal 5. panggil ibu bapa 6. digantung sekolah 1. 2. 3. Peraturan am 1. sek. 1951 2. Pek. Ikt. Bil 3. 9/75 4. 5. Peraturan Am 1. sekolah 1951 2. 3. -sda1. 2. Pek. Ikt. Bil 9/75 diberi amaran kaunseling hukuman rotan diberi amaran/nasihat kaunseling diarah membersihkan kawasan kerja amal hukuman rotan diberi nasihat ibubapa dihubungi sijil-sijil ditahan Membayar nilai buku tersebut Tidak layak diberi buku teks pada tahun seterusnya

Pek. Ikt. Bil 2/76

42. 43.

44. 45.

Enggan bayar yuran sekolah Tidak memulangkan/ hilang buku teks Merokok

46.

Pek. Ikt.Bil 1. hukuman rotan 6A/75, 4/1997 2. nasihat/kaunseling 3. digantung sekolah


18

47.

48.

Membawa barang yang dilarang ke sekolah (rujuk kepada peraturan sekolah kad Merit Demerit Kod D5) Membawa/berm ain mercun di kawasan sekolah

4. panggil ibu bapa 5. buang sekolah selepas 5 kali ditangkap 1. dirampas dan dituntut balik oleh ibu/bapa. 2. dirampas dan disimpan dan diberi balik pada hujung tahun. 3. Dirampas dan dimusnahkan.

1. 2. 3. 4. 5.

hukuman rotan kaunseling digantung sekolah panggil ibu bapa laporan kepada polis

Jenis-Jenis Salahlaku
Kod D1.1 D1.2 D1.3 D1.4 D1.5 D1.6 D1.7 D1.8 D1.9 D1.10 D1.11 D1.12 D1.13 D1.14 D1.15 D1.16 D1.17 D1.18 D1.19 D1.20 D1.21 D1.22 D1.23 Salahlaku Jenayah - D1 Berjudi Mencuri, memecah masuk kawasan larangan sekolah. Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pentadbir, murid, kakitangan sekolah, guru Melawan/mengancam/mencederakan pengawas memeras ugut membuli menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap menyalahgunakan dadah membawa senjata merbahaya mencabul kehormatan mengancam/memukul/mencederkan murid lain menceroboh bilik kelas, bilik khas/kedai kantin/koperasi/pejabat sekolah. mengedar dadah menunjukan perasaan/berpiket/menganggu ketenteraman sekolah bertaruh secara besar-besaran membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah membakar memusnah/merosakkan dokumen rasmi bergaduh membawa/bermain mercun di sekolah minum minuman keras menghidu gam membawa bahan-bahan yang menghayalkan.

19

Tingkahlaku Lucah/Tidak Senonoh D2 D2.1 D2.2 D2.3 D2.4 D2.5 D2.6 D2.7 Bercumbu-cumbuan Berkhalwat Berdua-duan dalam kelas Membawa bahan lucah ke sekolah. Mengintai murid perempuan/menyentuh murid perempuan dengan niat serong Menggunakan kata-kata dan perkataan lucah Melukis gambar-gambar/ menulis kata-kata lucah

Tingkah Laku Kekemasan Diri D3.1 D3.2 D3.3 D3.4 D3.5 D3.6 D3.7 D3.8 D3.9 D3.10 D3.11 D3.12 D3.13 D3.14 Berambut panjang untuk lelaki/feysen rambut keterlaluan/ bertentangan dengan peraturan sekolah. Berkuku panjang Bermisai dan berjanggut Memakai pakaian seragam yang tidak mengikut peraturan sekolah/ tiada lencana Skirt sekolah atas paras lutut. Baju kurung tidak dikancing. Seluar sekolah berfesyen. Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai. Memakai selipar (tanpa kebenaran pihak sekolah) Memakai pakaian luar sekolah Memakai pakaian berwarna di dalam pakaian seragam sekolah Tidak memakai baju sukan semasa waktu PJ Tidak memasukkan kemeja ke dalam baju sekolah (seluar) `Tuck-In Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai

Memakai Barang Perhiasan/Menghiaskan Diri. D4.1 D4.2 D4.3 D4.4 D4.5 D4.6 D4.7 D4.8 Memakai barang kemas ke sekolah Memakai lebih daripada sepasang subang Lelaki memakai subang. Mewarnakan kuku Mewarnakan rambut Membotakkan kepala Mencabut bulu kening Bersolek

Membawa Barang-Barang Yang Tidak Dibenarkan D5.1 D5.2 Membawa semua jenis alatan tajam Pemotong kuku

20

D5.3 D5.4 D5.5 D5.6 D5.7 D5.8 D5.9 D5.10 D5.11 D5.12 D5.13

Membawa Radio/Walkman Gambar-gambar tidak sopan. Membawa liquid paper/marker pen Membawa/pakai pakaian luar sekolah Cermin mata hitam/teropong Kosmetik/cermin/minyak wangi Majalah hiburan/komik Pita video DVD/VCD/CD/kaset. Kad poker/barang untuk berjudi. Tanda-tanda/lencana/label berunsur politik Membawa telefon bimbit ke sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.

Tingkah Laku Tidak Mementingkan Masa. D6.1 D6.2 D6.3 D6.4 D6.5 D6.6 D6.7 D6.8 D6.9 D6.10 D6.11 D6.12 D6.13 D6.14 D6.15 Berkeliaran/merayau di kawasan sekolah semasa waktu pengajaran Datang lewat ke sekolah Ponteng perhimpunan Lewat ke perhimpunan dan majlis yang diwajibkan sekolah. Makan di kantin di luar waktu rehat. Lewat masuk ke kelas. Keluar-masuk kelas semasa sesi P & P berjalan. Bermain dalam bilik darjah atau kaki lima Keluar kelas tanpa kebenaran. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. Berada di kawasan larangan tanpa kebenaran. Masuk ke kawasan sekolah pada hujung minggu/cuti sekolah tanpa kebenaran. Berada dalam tandas lebih 10 minit semasa P & P. Berada di kantin di luar kawasan sekolah waktu persekolahan. Tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dalam jadual bertugas

Tingkahlaku Kurang Sopan Dan Biadab D7.1 D7.2 D7.3 D7.4 D7.5 D7.6 D7.7 D7.8 Berkelakuan kasar terhadap guru. Berkelakuan kasar terhadap pengawas. Berkelakuan kasar terhadap rakan Memasuki kawasan larangan/kebun/kuarters pekerja sekolah dan lainlain. Berbahasa kesat/kasar. Mengedar/menyimpan rokok. Menghisap rokok Menganggu proses pengajaran pembelajaran

21

D7.9 D7.10 D7.11 D7.12 D7.13 D7.14 D7.15 D7.16 D7.17 D7.18 D7.19 D7.20 D7.21

Tidak menghormati/ membantah arahan guru. Tidak menghormati/ membantah arahan pengawas. Simpan/edar minuman keras/ sebarang minuman yang memabukkan. Membunyikan kereta kuat-kuat di kawasan sekolah. Tidak menghormati lagu kebangsaan/negeri. Menyimpan pemetik api/ mancis. Melanggar peraturan lalu lintas. Meletakkan kenderaan di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran. Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkankan nama baik sekolah. Tidak mematuhi peraturan persatuan dan kelab di sekolah Membuat bising dalam kelas ketika guru tidak ada Mengejek seseorang dengan menyebut nama bapa atau emak dengan tujuan menghina Menggunakan/menjawab telefon dalam kelas semasa guru mengajar

Tingkahlaku Memusnah D8.1 D8.2 D8.3 D8.4 D8.5 D8.6 D8.7 D8.8 D8.9 D8.10 D8.11 Merosak harta benda sekolah Merosak harta benda Pengetua dan guru-guru Merosakkan harta benda kantin/kedai koperasi/ stor SPBT Membazir air dan eletrik Menyalahgunakan peralatan eletrik Mengotorkan bangunan/kawasan sekolah. Mengotorkan kelas. Conteng dinding/papan notis/papan hitam/sudut mata muridan. Menconteng buku teks/buku latihan. Conteng /tulis perkataan gambar lucah/kesat di atas buku teks/buku latihan/ buku rekod akademik. Merosak harta murid lain.

Tingkahlaku Tidak Jujur/Menipu. D9.1 D9.2 D9.3 D9.4 D9.5 D9.6 D9.7 D9.8 D9.9 D9.10 Menghasut rakan untuk bergaduh. Menyebarkan maklumat/ berita yang boleh menyebabkan pergaduhan. Menjalankan urusniaga yang tidak dibenarkan. Tidak memberi surat dari sekolah kepada ibu bapa. Tidak membawa ibu bapa jumpa pihak sekolah seperti yang diarah Penipuan melibatkan wang Menipu melibatkan kepercayaan/pecah amanah. Memalsukan keterangan/ rekod rasmi. Tidak memberi salam/ tidak berdiri semasa guru masuk/ keluar kelas Semua tingkahlaku yang dianggap serius oleh sekolah.

Tingkah Laku Melanggar Peraturan Peperiksaan

22

D10.1 D10.2 D10.3 D10.4 D10.5 D10.6 D10.7

Bercakap semasa peperiksaan Membawa telefon bimbit ke bilis peperiksaan. Keluar awal dari bilik peperiksaan tanpa kebenaran Mencoteng kertas soalan/jawapan peperiksaan Menulis/mencoteng percatan/ gambar lucah/ kesat di atas yertas soalan/ jawapan peperiksaan/ kad laboran. Meniru semasa ujian/ peperiksaan Lambat masuk ke kelas semasa peperiksaan.

Tingkalaku Ponteng. D11.1 D11.2 D11.3 D11.4 D11.5 D11.6 D11.7 D11.8 Ponteng kelas (Termasuk kelas di luar sidang). Ponteng sekolah Ponteng perhimpunan/majlis sekolah Ponteng aktiviti kokurikulum Ponteng Ujian bulanan Ponteng peperiksaan Ponteng kelas tambahan Ponteng kerja pembersihan

Tingkahlaku Memcemar Alam Sekitar D12.1 D12.2 D12.3 D12.4 Membuang sampah merata-rata. Tidak kerja membersih kelas dan kawasan sekolah. Tidak mematuhi peraturan pihak kecerian sekolah. Membuang air besar dan kencing dan berkencing di kawasan yang tidak ditetapkan oleh pihak sekolah. D12.5 Lain-lain perkara yang ditentukan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.

23

You might also like