You are on page 1of 44

PENGURUSA

N
KEMATIAN
 Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita
harus bersedia menghadapinya kerana ia
merupakan titik permulaan kepada
penghidupan yang kekal abadi.
 Hanya mukmin yang dipanggil menghadap

Tuhannya dengan hati bersih memperolehi


kejayaan.
 Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau
dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih
martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal,
dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di
mana saja roh berada.

 Surah Al-A'raf Ayat 34

Maksud ayat 34 :
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat
ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun”
PENGURUSAN JENAZAH
 Menguruskan jenazah adalah merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam.
Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah
tanggungjawab itu.
 Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda
untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi
muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan
sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk
melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal
dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan
diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.
 Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap
ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap
sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini
adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para
pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya.
Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat
menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.
~~~~~~~ InsyaAllah ~~~~~~~
Hikmah Melawat Orang Sakit
 Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita
bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa
dan kekuatan untuk menyembuhkannya
melainkan Allah.
 Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita
menghadapi dugaan Allah.
 Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita
telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.
Doa Ketika Melawat Orang
Sakit
Apa yang perlu di lakukan
ketika menghadapi
seseorang yang dalam
 Perlu berada di sisinya.
keadaan nazak?
 Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah

Syuhadah iaitu :
“Ash-hadu allah illaha illallah”..... di telinganya dan
hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut.
Membaca Al-Quran atau Yasin.
 Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke
Qiblat dan qiam tangannya.
Sah Matinya
Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut
hendaklah dilakukan :
 Hendaklah kita ucapkan :

 Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari


duburnya.
 Rapatkan kedua belah matanya.
 Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
 Rapatkan mulutnya.
 Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
 Luruskan kakinya.
 Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
 Letakkan di tempat yang tinggi.
 Hadapkan ke Qiblat.
Perkara yang dilakukan selepas
disahkan mati
Mengurus Jenazah
 Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah,
yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang
Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi
apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan
tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau
kawasan tersebut akan berdosa.
 Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah
ialah :
3. Memandikannya.
4. Mengkafankan jenazah.
5. Solat ke atas jenazah.
6. Mengebumikannya.
Orang Yang Berhak
Menguruskan Jenazah
 Orang yang berhak dan lebih afdal untuk
menguruskan jenazah ialah dari kalangan
keluarganya atau warisnya yang terdekat
misalnya ; anaknya sendiri kalau simati
bapanya.
 Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau
pengalaman, bolehlah diminta Imam atau
Bilal di kawasan tersebut untuk
menguruskannya.
Perkara yang perlu dilakukan
oleh waris si mati
 Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang
berhubung dengan kematian.
 Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.
Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup
dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.
 Membeli keperluan untuk urusan memandi dan
mengkafankan mayat.
 Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
 Urusan menggali kubur.
 Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
 Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
 Ucapan takziah.
Sifat-sifat yang perlu ada pada
seseorang yang menguruskan
jenazah
 Sifat berani.
 Sabar.
 Amanah.
 Mempunyai kemahiran dan ilmu yang
cukup.
Persediaan dan Keperluan untuk
memandikan jenazah

 Sediakan tempat mandi.


 Sabun mandi.
 Air daun bidara.
 Air bersih.
 Sugi - 7 batang.
 Sarung tangan - 3 atau 5.
 Sedikit kapas.
 Air kapur barus.
 Baldi serta gayong.
Keperluan menguruskan jenazah

 Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa


 Gunting
 Kapas
 Cendana
 Kapur barus
 Air mawar
 Minyak wangi (Minyak Attar)
 Tikar jerami
 Bantal (dari daun pandan)
 Tempat mandi yang khas.
Hukum Mandi
 Dari Umu 'Athiah al-Ansariah r.a. katanya:

Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat kami ketika anak


perempuannya wafat lalu bersabda: "Mandikanlah dia dengan
tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu - jika kamu pandang
elok tambahan yang demikian - iaitu dengan air, dan serbuk
daun bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada kali yang
akhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku."
Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu
baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil
bersabda,"Balutlah badannya dengan kain ini."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Syarat Mandi
 Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah.
Syarat mayat dimandikan.

1. Hendaklah mayat orang Islam.

2. Cukup anggota atau sebahagian badannya.

3. Berumur enam bulan atau kurang, tetapi telah


lengkap anggotanya.

4. Mayat itu bukan mati syahid.


Tempat Mandi

 Dibuat tempat yang tertutup.


 Letak mayat di atas tempat yang tinggi sedikit.
 Aurat mayat wajib ditutup dengan kain supaya tidak kelihatan
warna kulit.
 Disunatkan menutup mukanya, (juga ketika dibawa ke tempat
mandi), di letakkan terlentang di atas papan mandi dan
menghadap arah kiblat.
 Membakar sedikit bau-bauan seperti gaharu atau kemenyan.
 Dilarang orang yang tidak berkenaan dengan urusan mandi
mengintai-intai ketika mayat dimandikan
Tertib Mandi Jenazah samb..

 Sebaliknya jika melihat sesuatu yang baik hendaklah mereka


ceritakan pada orang lain.
 Tempat mandi hendaklah terlindung dari pandangan ramai.
Hanya tukang mandi dan penolong-penolongnya saja yang boleh
hadir.
 Jangan mengangkat suara riuh.
 Jangan mengunyah makanan atau merokok.
 Wajib memakai sarung tangan sewaktu menyuci kemaluan atau
mengurus mayat pengidap Aids
Tertib Mandi Jenazah
 Menjirus dan menggosok jenazah dengan tertib dan lemah
lembut, jangan gopoh dan kasar.

 Semasa memandikan mayat hendaklah menutup badannya


supaya auratnya terlindung.

 Mayat lelaki dimandikan oleh orang lelaki, mayat perempuan,


kanak-kanak baru lahir dimandikan oleh orang perempuan.

 Orang yang memandikan mayat dan penolongnya hendaklah


orang yang amanah - supaya mereka dapat menjalankan tugas
dengan sempurna dan dapat menyimpan rahsia keaiban yang
ada pada mayat.
Cara Memandikan Jenazah
 Menurut satu riwayat, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mandikanlah dia (beberapa kali) asalkan ganjil bilangan: tiga


atau lima atau tujuh, dan mulakanlah dengan bahagian kanan
badannya dan anggota-anggota wudhu".

(Ummu Athiah) berkata: "Sesudah itu kami pun jalinkan


rambutnya: tiga tocang, lalu kami hulurkan ke sebelah
belakangnya".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Cara Memandikan Jenazah

Langkah Ketiga:

Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi


hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang
hidunganya, lubang telinga dan celah-celah
kukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna
(meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu baru
dimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujung
kaki - meliputi seluruh tubuhnya.
Cara Memandikan Jenazah

Langkah Pertama:

Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala


kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat
pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut
terlebih dahulu - kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar,
supaya tidak lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan.

Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan


condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan
lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan
(dengan meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya supaya
kepalanya tegak), dan urut perutnya perlahan-lahan dengan
tangan kiri. Siram air banyak-banyak untuk membersihkan
benda-benda yang keluar.
Cara Memandikan Jenazah
 Langkah Kedua:

Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda


yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula
mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh
orang yang memandikannya dengan membersihkan
kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan
sarung tangan).
Cara Memandikan Jenazah
Langkah Keempat:

Mandi dengan air sabun

i. Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.


ii. Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak,
tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah
kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.
iii. Basuh sebelah kiri (lambung kiri) hingga ke hujung kaki kiri 3
kali.
iv. Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung
kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan,
rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki
kanannya 3 kali.
v. Mengiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kiri
belakang hingga ke kaki kiri 3 kali .
Mandi dengan air sabun seperti di atas tadi memadai satu kali sahaja.
Cara Memandikan Jenazah

Langkah Kelima:

Mandi dengan air bersih (mutlak)


Mandi dengan air bersih ini dilakukan seperti cara
mandi dengan sabun, tujuannya untuk
membersihkan segala air sabun tadi.
Cara Memandikan Jenazah
Langkah Keenam:

Setelah bersih, diwudhukan dengan niat,

" Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah"


Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi perempuan:
"Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"
Cara Memandikan Jenazah
Langkah Ketujuh:

Mandi air bercampur kapur barus


Air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak
mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan:

" Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala"


Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi perempuan:
"Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"
Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air
bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus
lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras.
Semasa menjirus, sunat membaca:

"Ghufranak rabbana rahman wailakal masir"


Cara Memandikan Jenazah

Langkah Kelapan:

Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima


kali iaitu :
. Satu kali mandi dengan air sabun.
. Satu kali mandi dengan air bersih.
. Tiga kali mandi dengan air kapur barus.
Langkah Kesembilan:

. Mayat lelaki yang panjang janggutnya, sunat disisir ia


dengan sikat jarang. Jika bulu janggut atau rambut
kepalanya gugur semasa mandi, hendaklah dipungut
untuk dimasukkan ke dalam kapan semasa mayat
dikafankan.
. Mayat perempuan pula hendaklah dihuraikan
rambutnya supaya air membasahi keseluruhannya.
Rambut yang gugur hendaklah dipungut untuk
dimasukkan ke dalam kafan. Menurut riwayat di atas,
dijalinkan rambutnya menjadi tiga tocang, lalu
dihulurkan ke sebelah belakangnya.
Cara Memandikan Jenazah

Langkah Kesepuluh:

Perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur


sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian
membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti
membersihkan badannya.
Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu
memandikan mayat dengan air yang dicampurkan
sedikit kapur barus.
Mengkafankan jenazah

Pertama :

Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan


dibentangkan dengan disusun, kain yang paling
lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain
tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong
yang atas melebar dan yang bawah mengecil,
setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau
minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.
Mengkafankan Jenazah
Kedua :
Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas
yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.

Ketiga :
Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-
wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup
antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya
Mengkafankan Jenazah

Keempat :
Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati
kemudian baringkan di atas kain kafan yang
sudah dibentangkan.

Kelima :
Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang
telah disediakan pada bahagian-bahagian
yang telah disebutkan di atas.
Mengkafankan Jenazah
Keenam :

Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan


dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling
bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah
disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.

Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di


sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan
warisnya melihat atau menciumnya.

Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat


dengan menggunakan minyak wangi.Setelah siap diikat
renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.
Solat Jenazah
1. Cara mengerjakan Solat Jenazah

Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke


atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.
Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah
dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.
Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah,
diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya
yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat
tempatnya itu luas dan bersih.
Solat Jenazah
1. Rukun Solat Jenazah

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang


lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan
berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan
sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun
rukunnya ada empat :
i. Niat mendirikan solat jenazah yang
dimaksudkan
ii. Berdiri bagi yang berkuasa.
iii. Bertakbir empat kali.
iv. Salam
Solat Jenazah

 Lafaz niat solat jenazah :


a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan


empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"
b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan


empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"
Solat Jenazah

c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan


empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"
d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi
Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini


dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"
Solat Jenazah

e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini


dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana
Allah Taala"
f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi
Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini


dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah
Taala"
Solat Jenazah
Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.
Takbir yang pertama :
Membaca lafaz Allahu Akbaru (Allah Maha Besar).
 Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah Takbir
yang kedua.
 Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan
dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :

 "Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan
atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada
Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad
s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati
Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".
Solat Jenazah
Takbir yang kedua.
Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan
dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :

"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas
keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim
dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas
keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas
keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan
Maha Mulia".
Solat Jenazah
Takbir yang ketiga :
Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk
memohonkan ampun pada si mati :

"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta
ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan
luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju
dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih
yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik
dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan
gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah)
dia dari seksa kubur dan seksa neraka."
Solat Jenazah
Takbir yang ke empat.
Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa
seperti di bawah ini :

"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan
janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan
ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah
mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah
(dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya
Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang."

Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke


kanan dan ke kiri.

You might also like