You are on page 1of 6

LAPORAN CERAMAH 2 (FASILITATOR KEPADA GURU-GURU) PROGRAM BINA INSAN GURU TAHUN 2013

NAMA PELAJAR PPG AMBILAN SEMESTER OPSYEN PERINGKAT TARIKH TEMPAT

: : : : : : :

MUSTAFABIN ALI PPG AMBILAN FEB 2012 (KOHORT 2) SEMESTER 3 PJPK KUMPULAN 2 2 15 APRIL 2013, ISNIN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LINTANG, KOTA TINGGI, JOHOR

LAPORAN REFLEKTIF: TAJUK : CERAMAH GURU DAN HUBUNGAN KOMUNITI

(A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA Pada 15 April 2013, Isnin telah diadakan satu ceramah. Ceramah tersebut dihadiri oleh guru-guru dari sekolah terbabit iaitu guru-guru dari SK Bukit Lintang dan pelajar dari kelas PJPK kumpulan 2 dalam melaksanakan Program BIG fasa yang ke-2. Ceramah ini telah dijalankan di Bilik Mesyuarat SK Bukit Lintang dan seramai 30 orang guru SK Bkt Lintang menyertainya. Begitu juga dengan 14 orang pelajar PJPK Kumpulan yang ke-2. Ceramah yang telah ditetapkan tajuknya iaitu : 1. Cabaran guru merealisasikan pendemokrasian pendidikan 2. Guru sebagai agen perubahan masyarakat 3. Hubungan sekolah dan komuniti ke arah pembangunan pendidikan Ke semua tajuk di atas adalah di bawah satu tajuk besar iaitu Guru dan Hubungan Komuniti telah dirangkumkan oleh penceramah kami iaitu Puan guru besar sendiri, Puan Samsiah bt Hussein. Ceramah ini berlangsung dari pukul 2.00 petang hingga jam 4.30 petang. Penggunaan LCD Projektor dan paparan perisian MS Power Point menjadi

sumber kepada penceramah dalam menyampaikan ceramah berkenaan .Alhamdulillah, sesi ceramah ini dapat ditamatkan dengan jayanya tepat 4.30 petang.

LAPORAN BERGAMBAR

Guru-guru SK Bukit Lintang mendengar ceramah yang diadakan di bilik mesyuarat jam 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Guru besar SK Bukit Lintang telah bekerjasama memberikan sendiri ceramah 1 iaitu Guru dan Hubungan Komuniti kepada guru-guru.

Di dalam ceramah tersebut, guru-guru telah diberi bahan cetakan dan telah samasama mendalami isu-isu yang berkaitan dengan tajuk ceramah. ISU / MASALAH

Adat bagi setiap program yang dilaksanakan, pasti terdapat sebarang masalah. Begitu juga dengan Ceramah 2 Guru bagi Program Bina Insan Guru (BIG) yang

dilaksanakan ini. Antara masalah yang timbul dalam melaksanakan bengkel ini ialah:

Sebelum Aktiviti

1. Pemilihan tempat yang sesuai Pemilihan tempat bagi mengadakan ceramah ke-2 ini menjadi masalah apabila kami terpaksa menentukan dan menetapkan serta memutuskan sekolah guru mana yang boleh memberi kerjasama sepenuhnya memandangkan pada awal tahun ini semua sekolah sibuk melaksanakan aktiviti kokurikulum seperti sukan olahraga, permainan dan sebagainya yang perlu disertai. Namun, setelah berbincang dan kebetulan pula SK Bukit Lintang akan mengadakan kursus LDP bagi guru-gurunya, maka kami mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan program BIG fasa ke-2 dengan kerjasama guru besar sekolah tersebut.

2. Pemilihan tarikh yang sesuai. Pada awalnya setelah selesai menghadiri taklimat BIG, kami berasa sangat sukar untuk melaksanakan program ceramah ini kerana masing-masing tiada idea dan maklumat bagaimana untuk menjalankan ceramah ini. Namun setelah berbincang dengan sekolah terbabit, tarikh yang telah ada telah kami manfaatkan iaitu pada 15 April 2013, Isnin yang sememangnya dalam tentatif tahunan dalam LDP sekolah tersebut.

3. Tiada peruntukan kewangan Peruntukan kewangan merupakan salah satu masalah dalam melaksanakan aktiviti ini. Justeru itu, kami sekelas telah sepakat menyumbang RM10 seorang

untuk menampung kos perbelanjaan dan jamuan bagi ceramah dan aktivitiaktiviti lain sepanjang Program Bina Insan Guru (BIG) ini.

(B) Analisis SWOT (i) KEKUATAN

1. Kehadiran penuh oleh semua peserta guru dari sekolah terbabit. 2. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan sekelas PPG PJPK kumpulan 2, Guru Besar, guru-guru Penolong Kanan, rakan-rakan guru, staf-staf sekolah SKBL. 3. Ceramah dan bengkel beserta tayangan slaid MS Power Point berjaya menarik perhatian. 4. Salinan bahan-bahan edaran berkaitan telah diberikan kepada semua guru. 5. Penceramah juga dapat menyampaikan isi ceramah dengan suara, gaya dan intonasi yang baik kepada para peserta. 6. Masa 2 jam yang diperuntukan bagi sesi ceramah amat sesuai dan mengikut perancangan. 7. Setiap masalah yang timbul dapat diatasi melalui perbincangan bersama.

(ii)

KELEMAHAN

1. Adalah lebih baik berlaku sesi interaksi dua hala seperti soal jawab penceramah dengan guru-guru. 2. Masa ceramah dijalankan pada waktu petang, iaitu selepas waktu PdP, kebanyakan guru telah letih dan kurang bersedia untuk mendengar ceramah yang begitu padat isi penyampaiannya. 3. Tajuk yang hendak diutarakan terlalu banyak.

(iii)

PELUANG infrastruktur dan penceramah yang berpengalaman akan

1. Kemudahan

menjadikan aktiviti dan program yang dijalankan lebih tersusun. 2. Kesediaan guru besar sekolah terbabit sendiri hendak menyampaikan ceramah. 3. Kerjasama daripada semua guru sekolah terbabit dan pelajar-pelajar PJPK dalam melakukan tindakan bagi menyiapkan program BIG ini.

(iv)

ANCAMAN

1. Terdapatnya guru-guru yang mempunyai tanggungjawab lain seperti menghadiri mesyuarat, bengkel dan taklimat atas arahan PPD.

(1) REFLEKSI KENDIRI (Laporan individu) (i) MANFAAT PROGRAM BIG

1. Memberi pendedahan kepada ilmu pengetahuan yang lebih luas. 2. Memberi impak yang besar terhadap tanggungjawab sebagai seorang pendidik. 3. Melatih guru menjadi seorang perancang yang baik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

(ii)

PENAMBAHBAIKAN

1. Penyampaian dalam pelaksanaan BIG didedahkan dan diterangkan dengan lebih terperinci.

Tandatangan Pelapor:

Disahkan oleh penyelia:

(MUSTAFA BIN ALI ) PELAJAR PPG-KOHORT 2 PJPK

(TANDATANGAN DAN NAMA)

You might also like