You are on page 1of 29

Topik X Keselamatan didalam 3

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Bengkel/Makmal

Menjelaskan konsep keselamatan,keselamatan pekerjaan dan keselamatan industri, feadah keselamatan industri kepentingan mempelajarinya; Menerangkan perkembangan, tujuan Akta keselamatan dan kesihatan Pekerjaan, peranan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara NIOSH) dan fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; Menyatakan penalti yang dikenakan setelah Akta Keselamatan Pekerjaan dan Pekerjaan dikuatkuasakan; Menyenaraikan langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan kerja dan mematuhi Etika diri dan Etika kerja semasa melakukan kerja; Menerangkan bagaimana api terhasil,cara api merebak dan kaedah memadamkan kebakaran; Membezakan kelas-kelas kebakaran dan jenis- jenis alat memadam api; dan Menghuraikan risiko pengurusan kebakaran dan penggunan peralatan pencegahan kebakaran.

2.

3. 4.

5. 6. 7.

64 X TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

X PENGENALAN
Kita sering didedahkan dengan berbagai berita mengenai kemalangan di tempat kerja melalui pelbagai media. Kerap juga dilaporkan tentang berita kemalangan yang sama atau berulang sama ada kejadian tersebut berlaku di tempat yang sama atau di tempat lain. Keadaan ini seolah-olah memberikan gambaran bahawa kita tidak mengambilnya sebagai satu iktibar. Akibatnya kita merasakan kemalangan itu bagaikan lumrah yang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Faktor keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sebenarnya melibatkan banyak pihak seperti majikan, pekerja dan masyarakat. Selain itu agensi-agensi yang berkaitan dengannya seperti pihak bomba, hospital, polis dan lain-lain organisasi termasuk pihak berkuasa tempatan turut berfungsi secara bersepadu bagi mengawasi, mencegah dan mengambil tindakan-tindakan yang perlu dalam menangani masalah ini. Dalam konteks yang mudah, keselamatan boleh diertikan sebagai suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Jika dilihat dari konteks keselamatan kerja ia boleh didefinisikan sebagai ilmu dan penerapan teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja, proses kerja, tempat kerja dan kawasan lingkungannya. Sejajar dengan perkembangan ekonomi dan proses industrialisasi yang sedang berlaku, aspek keselamatan di tempat kerja yang standard adalah diperlukan. Oleh itu konsep keselamatan industri diperkenalkan dan didefinisikan sebagai pekerja yang bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan, kawalan kerugian akibat kemalangan serta melindungi kerugian terhadap manusia, harta dan pendapatan. Malaysia sedang mengalami pembangunan ekonomi yang pesat dan mempunyai berbagai undang-undang yang mengawal keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Secara amnya Malaysia telah menerima pakai sebahagian daripada prinsip dan sistem perundangan serta peraturan-peraturan tertentu dari negara-negara maju yang didapati sesuai dan baik untuk diamalkan di sini. Namun begitu tidak semua legislasi berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang di amalkan di Malaysia menyerupai legislasi yang di amalkan di peringkat antarabangsa.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

65

3.1
3.1.1

PERATURAN DAN ETIKA


Peraturan Umum Bengkel/Makmal

Penggunaan alatan dengan cara yang betul memandu kita kepada cara bekerja yang selamat. Sikap yang baik terhadap keselamatan menghindarkan kita, alatan, mesin dan orang lain dari kemalangan. Mengamalkan peraturan keselamatan akan membina tabiat keselamatan (safety-minded) yang baik dan menjadikan kita pengguna yang berjaya. Oleh itu ketika berada di bengkel, kita seharusnya mematuhi pertauran-peraturan berikut: (a) Pakaian perlulah kemas, tanggalkan tali leher/masukkan ke dalam baju dan lipat lengan baju jika memakai kemeja berlengan panjang. Memakai apron/baju kerja sangat digalakkan. Pelindung mata gunakan cermin keselamatan/pelindung muka apabila melakukan kerja yang boleh membahayakan mata. Pastikan pencahayaan adalah cukup untuk mengelakkan dari sakit mata. Tangan bersihkan tangan dari kotoran, geris atau minyak sebelum melakukan sesuatu kerja. Kerja yang dilakukan akan menjadi baik dan selamat, alatan dan kerja kita akan sentiasa berada dalam keadaan bersih. Menghormati orang lain sedia membantu orang lain bila diperlukan. Pastikan kerja yang kita lakukan tidak mengganggu dan membahayakan orang lain. Menegur orang lain yang melanggar peraturan keselamatan. Pemilihan alatan pilih saiz dan jenis alatan yang sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan. Pekerja yang mahir tidak akan menggunakan sesuatu alatan kecuali alatan itu tajam dan berkeadaan baik. Baiki/ganti bahagian yang rosak/patah/longgar sebelum menggunakan alatan itu. Pengendalian alatan halakan mata pemotong ke bawah jika membawa alatan tajam. Bawa beberapa alatan sahaja pada suatu masa kecuali jika alatan tersebut ditempatkan di dalam bekas khas. Jangan masukkan alatan yang tajam ke dalam poket. Alatan pengapit gunakan apit yang sesuai untuk memegang bendakerja terutamanya apabila menggunakan pahat dan mesin elektrik mudah alih. Elakkan dari menggunakan tangan anda untuk memegang objek yang anda kerjakan.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

66 X TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

(h)

Penggunaan alatan pegang alatan dengan cara yang disarankan dan halakan mata pemotong keluar dari kedudukan anda semasa menggunakan alatan tersebut. Berhati-hati apabila menggunakan tangan/jari untuk memandu pada permulaan potongan. Kelajuan kerja jangan gopoh semasa membuat kerja. Kerja yang terancang pada kelajuan yang sesuai bukan sahaja selamat tetapi akan menghasilkan kerja yang memuaskan dan bermutu. Pengurusan meja kerja letakkan bahan kerja secara tersusun di atas meja dengan alatan berada di bahagian tengah meja kerja. Jangan menindih alatan di antara satu sama lain. Jangan biarkan alatan tajam terkeluar dari tepi bahagian meja kerja. Rapatkan ragum meja jika tidak digunakan dengan pemusingnya menghala ke bawah. Pastikan laci dan pintu kabinet sentiasa tertutup. Keselamatan lantai kawasan tempat bekerja perlulah bersih dari reja bahan dan tumpahan minyak.

(i)

(j)

(k)

AKTIVITI 3.1
Dapatkan gambar foto berkaitan dengan peraturan dalam bengkel dan terangkan dengan ringkas pentingnya peraturan itu dilaksanakan. Bincangkan.

3.2

PUNCA KEMALANGAN DALAM KERJAKERJA MEKANIKAL

Sepertimana yang anda ketahui kemalangan yang berlaku dalam bidang mekanikal adalah berkait rapat dengan penggunan jentera atau alat oleh pengendalinya. Punca-punca kemalangan dalam mekanikal boleh berlaku akibat daripada:(a) Kecuaian Pekerja (i) (ii) Tidak menggunakan peralatan perlindungan dengan cara yang betul. Tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.

(iii) Menggunakan peralatan/mesin dengan cara yang salah atau menyalahgunakannya untuk tujuan lain seperti bergurau senda.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

67

(iv) Tergesa-gesa melakukan kerja tanpa membaca arahan kerja dan notis amaran. (v) Keadaan rupa diri yang tidak kemas seperti berambut panjang, pakaian yang longgar, memakai barang perhiasan dan sebagainya.

(b)

Keadaan Peralatan/Perkakasan (i) (ii) Tidak membuat pemeriksaan terhadap peralatan yang hendak digunakan. Tidak melaporkan sebarang kerosakan kepada penyelia jika ada.

(iii) Sebelum menggunakan mesin pengendali mestilah seorang yang tahu dan faham cara mengguna dan memberhenti mesin dengan cara yang betul. (c) Keadaan Benda Kerja dan Kawasan Kerja (i) (ii) Tidak memastikan kemudahan keselamatan yang terdapat di sekeliling. Tidak mematuhi tanda-tanda amaran seperti tanda larangan merokok di tempat yang mudah terbakar.

(iii) Tidak menghindarkan diri daripada menggunakan perkakasan elektrik di tempat yang terdapat bahan-bahan mudah terbakar.

3.2.1

Kemalangan yang Berlaku daripada Proses Kerja Mekanikal

Antara kemalangan yang boleh berlaku ketika melakukan kerja-kerja mekanikal ialah: (a) Mengangkat Bahan Penggunaan peralatan bagi pengendalian mekanikal seperti mengangkat beban dengan menggunakan kren, alat hela (hoist) dan trak forklift hendaklah benar-benar kukuh kerana jika beban tergelincir atau jatuh kecederaan boleh berlaku. Mengguna Peralatan Tangan Peralatan tangan yang hendak digunakan perlulah sentiasa dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Penggunaannya pula hendaklah dengan kaedah yang betul bagi menjaga keselamatan diri daripada ditimpa kemalangan dan keselamatan alat daripada mengalami kerosakan. Berikut adalah di antara contoh-contoh situasi kerja yang boleh mengundang

(b)

68 X TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

bahaya kemalangan disebabkan penggunanya yang salah iaitu: (i) (ii)

oleh

peralatan

atau

perlakuan

Alat seperti kepala tukul dan aci hilang; Mata pahat tumpul dan kepalanya bercendawan;

(iii) Rahang sepana retak atau merekah; (iv) Puting kikir tidak dilindungi dengan betul; dan (v) (c) Kikir digunakan sebagai bahan pengalas.

Penggunaan Mesin dan Jentera (i) Menyelenggara mesin dalam keadaan bergerak atau tiada penghadang keselamatan. Pengendali tidak mempunyai pengetahuan yang sempurna bagaimana cara untuk mengendali bahaya yang berkaitan dengan mesin tersebut. Pengendali tidak memberhentikan operasi mesin sehingga ia dibaiki oleh orang yang berkelayakan.

(ii)

3.2.2

Langkah Keselamatan yang Boleh Diambil bagi Mencegah Kemalangan dalam Kerja-kerja Mekanikal

Berikut merupakan langkah-langkah keselamatan yang boleh anda terapkan semasa bekerja untuk mengelakkan kemalangan berlaku:(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Elakkan daripada memegang atau menyentuh bahagian mesin/benda kerja yang tajam semasa ia sedang beroperasi. Pastikan mesin mempunyai suis keselamatan saling mengunci. Pastikan mesin mempunyai sistem pembumian yang sempurna. Matikan suis kuasa sepenuhnya apabila mesin tidak digunakan atau dibersihkan. Laporkan kepada penyelia jika terdapat sebarang kerosakan pada mesin. Keadaan fius mestilah betul untuk mengelakkan beban lampau (overload) yang boleh mengakibatkan kebakaran. Pastikan bahagian-bahagian mesin yang merbahaya dipasang dengan peralatan perlindungan seperti pengadang.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

69

3.3

PUNCA KEBAKARAN

Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu bahan api untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak, udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau nyalaan. Kebakaran yang terjadi bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta benda tetapi juga kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya. Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok. Kebocoran atau mampatan gas. Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.

Sementara punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel. Lebihan beban aliran kuasa. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.

3.3.1

Faktor-faktor yang Menjadi Punca Kebakaran

Faktor-faktor penyumbang utama kepada kebakaran adalah seperti berikut: (a) Faktor Semulajadi Kejadian kebakaran kerana bencana alam seperti kemarau, letupan gunung berapi. Faktor Kemalangan Kejadian kebakaran kerana kelalaian, kecuaian atau kesilapan manusia itu sendiri. Faktor Sengaja Dibakar Kejadian kebakaran kerana perbuatan manusia sama ada sengaja dibakar atau perbuatan khianat.

(b)

(c)

70 X TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

3.3.2

Kelas Kebakaran

Kebakaran boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada punca bahan yang menghasilkan kebakaran tersebut. Pengetahuan mengenai jenis kebakaran adalah penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang sesuai dan boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran.

3.3.3

Kebakaran yang Merebak

Api dalam sesuatu kebakaran boleh merebak melaui olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus. (a) Olakan Haba Olakan haba bermaksud pemindahan haba yang berlaku dalam benda mudah alir seperti cecair atau gas. Keadaan ini berlaku apabila cecair atau gas yang panas naik ke atas dan gas yang sejuk akan turun ke bahagian bawah secara pusingan. Sebagai contoh kebakaran yang berlaku di dalam sesebuah bangunan, akan menghasilkan gas-gas yang panas dan ia akan bergerak naik bersama-sama asap melalui bahagian lubang tangga, lubang lif dan sebagainya. Sekiranya pergerakan gas-gas panas ini terhalang, suhunya akan semakin meningkat sehingga boleh menyebabkan nyalaan ke atas bahan yang menghalang pergerakannya. Pengaliran Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir haba seperti logam, batu, simen dinding bangunan dan lantai. Dalam kebakaran yang besar bahan pengalir haba ini akan cepat menjadi panas. Jika terdapat bahan api yang bersentuhan dengannya, maka suhu kepanasan akan meningkat hingga sampai ke suhu nyalaan. Ini akan mengakibatkan bahan api yang bersentuhan itu akan terbakar dengan sendirinya. Bahangan Kebakaran juga boleh merebak melalui bahangan di mana pemindahan haba berlaku melalui gelombang cahaya. Walaupun suhu kepanasan akan berkurangan apabila sesuatu bahan itu berada pada jarak yang jauh daripada punca kebakaran namun suhu panas boleh bergerak melalui gelombang cahaya yang menembusi kaca tingkap. Apabila bahan api mendapat haba secara bahangan melalui gelombang cahaya yang menembusi kaca tingkap, suhunya akan meningkat dan jika mencapai ke suhu nyalaan, ia akan terbakar.

(b)

(c)

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

71

(d)

Terus Menerus Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.

3.3.4

Cara Memadam Kebakaran

Nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda perlu memisahkan gabungan tersebut. Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu: (a) Melaparkan Ini dilakukan dengan: (i) (ii) Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain

(iii) Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan. (b) Melemaskan Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya udara yang terhalang itu tidak dapat membantu kebakaran. Menyejukkan Kelaziman air digunakan sebagai pemadam kebakaran yang paling berkesan. Ia mampu menyekat perpindahan haba panas kepada manamana bahan bakar dengan menurunkan suhunya supaya berada di bawah tahap nyalaan. Dengan ini kebakaran bukan sahaja tidak merebak malah ia akan terus terpadam. Memutuskan Rantai Tindakbalas Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2, BCF dan serbuk kering.

(c)

(d)

3.4

PENCEGAHAN KEMALANGAN

Keselamatan ditakrifkan sebagai suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan. Ia merupakan perkara untuk mencegah daripada berlakunya kemalangan. Jika dilihat dari konteks keselamatan kerja pula ia boleh didefinisikan sebagai ilmu dan penerapan

72 X TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja, bahan kerja, proses kerja, tempat kerja dan lingkungannya (Sumamur, 1981). Oleh yang demikian latihan keselamatan adalah menjurus kepada latihan dan orientasi pekerja ke arah tingkah laku bekerja secara selamat. Ia merupakan suatu amalan untuk mencegah kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan atau keadaan yang membahayakan kepada: (a) (b) (c) Pekerja/pelajar; Kakitangan; dan Kelengkapan dan peralatan.

3.4.1

Langkah-langkah Pencegahan

Kemalangan adalah peristiwa atau keadaan yang tidak dirancang atau dijangkakan. Ia merupakan peristiwa yang berlaku secara tidak disengajakan akibat sebab-sebab yang tidak diketahui. Kemalangan berlaku kerana:(a) (b) Pekerja telah melakukan pekerjaan yang tidak selamat; dan Bekerja dalam persekitaran yang tidak selamat.

Terdapat lima langkah untuk mencegah kemalangan seperti: (i) (ii) Menghapuskan gangguan; Menggunakan alat-alat yang selamat;

(iii) Papan kenyataan yang mempunyai maklumat amaran keselamatan (iv) Melatih pekerja; dan (v) Memakai peralatan perlindungan - pakaian, kasut, topi keselamatan dan sebagainya.

3.4.2
(a)

Tindakan Pencegahan

Sistem Keselamatan Kebakaran Sistem keselamatan kebakaran merupakan langkah persediaan kepada tindakan pencegahan dan perlindungan di sesebuah bangunan. Ia juga merupakan satu strategi bertindak semasa menghadapi risiko-risiko bahaya kebakaran. Sistem ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pencegahan dan perlindungan kebakaran.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

73

(i)

Pencegahan Kebakaran Beberapa langkah telah diambil bertujuan untuk mencegah, menghadkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa semasa berlaku kebakaran. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut: x Pendidikan dan latihan   Mengadakan ceramah/pembelajaran awam tentang bahayabahaya kebakaran kepada kumpulan sasaran. Mengadakan ceramah berkenaan dengan sifat-sifat api, kejadian api, punca, tindakan yang perlu serta cara menggunakan peralatan dengan betul berdasarkan sistemsistem kebombaan. Menubuhkan pasukan bomba industri atau sukarela Menerapkan konsep pencegahan kebakaran dalam kurikulum pembelajaran sama ada di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Mengadakan latihan bersama Mork Drill di sesebuah bangunan atau tempat bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni bertindak semasa kecemasan dan mengenal pasti masalah-masalah yang wujud dalam latihan tersebut.

 

Penguatkuasaan Seorang pegawai bomba diberi kuasa untuk membuat pemeriksaan seperti yang termaktub dalam Akta Bomba 341/1988 serta membuat pemantauan untuk memastikan sistem pencegahan kebakaran yang sedia ada dalam keadaan baik dan boleh digunakan bila-bila masa. Kejuruteraan Kejuruteraan adalah badan yang mengkaji dan meneliti pelanpelan bangunan dan bahan-bahan keperluan di dalam bangunan seperti sistem kebombaan. Kawalan keselamatan Untuk memastikan peralatan pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik. Penyelenggaraan peralatan supaya dalam keadaan baik

74 X TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

Good house keeping Penyusunan yang mengikut penyesuaian barang atau tempat yang dikhaskan serta tidak melindungi sistem atau jalan keluar keselamatan.

(ii)

Perlindungan Kebakaran Perlindungan ini terbahagi kepada dua iaitu perlindungan pasif dan perlindungan aktif. x Perlindungan pasif Perlindungan kebakaran pada bangunan dengan mengambil kira kelengkapan laluan kecemasan, ruang akses perkakasan dan ketahanan struktur bangunan seperti jalan keluar keselamatan, pemetakan, paras akses perkakas bomba, ruang akses menentang kebakaran, kekemasan dalam siling. Perlindungan aktif Sistem kebombaan yang dipasang pada sesebuah bangunan yang merangkumi empat cara bertindak iaitu mengesan, memberi amaran, mengawal dan memadam kebakaran sama ada secara automatik atau manual.

(b)

Latihan Keselamatan Program atau latihan yang efektif melibatkan penyertaan semua pihak dan penggunaan sumber yang sedia ada secara cekap. Oleh yang demikian orientasi keperluan latihan keselamatan mestilah menjurus kepada: (i) Mengadakan Kod Bertingkah-laku Contoh: Polisi keselamatan ialah keselamatan. Panduan pelaksanaan: x x x x Kebiasaannya merujuk kepada kepentingan sesuatu program; Merupakan tanggungjawab keselamatan. pihak pengurusan terhadap

garis

panduan

tindakan

Prosedur perlaksaan adalah secara bercetak. Falsafah polisi merangkumi arahan keselamatan dalam semua keadaan di semua aspek.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

75

Merupakan pernyataan penggunaan peralatan, sebagainya.

yang jelas tentang demonstrasi perbincangan keselamatan dan

Mengadakan langkah-langkah pencegahan kemalangan seperti laporan pemeriksaan berkala.

(ii)

Mewujudkan Arahan Keselamatan x x x x Penyediaan kepada arahan keselamatan untuk penyelenggaraan peralatan bengkel atau sebagainya. Arahan kepada kaedah-kaedah yang selamat. Penyediaan papan-papan buletin dan poster-poster keselamatan. Menyediakan peti cadangan keselamatan.

(iii) Kumpulan Sasaran untuk Latihan Keselamatan x Semua golongan pekerja adalah dalam sasaran teratas kerana mereka inilah yang terlibat secara langsung dengan pekerjaan dan sentiasa terdedah kepada risiko kemalangan. Seterusnya adalah pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terhadap soal keselamatan, latihan, peningkatan dan kesihatan pekerja atau individu-individu lain yang difikirkan sesuai. Dilaksanakan secara tegas dan penuh dengan tanggungjawab.

x (c)

Penyediaan Laporan Bertulis Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514, menetapkan majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja. Akta ini mewajibkan majikan merangka dan melaksanakan dasar am atau polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi dan perkiraan untuk menjayakan dasar tersebut. Laporan keselamatan dan pemberitahuan kemalangan mewajibkan majikan memberitahu dan melaporkan kepada pejabat keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdekat mengenai kemalangan, kejadian berbahaya dan penyakit pekerjaan yang mungkin terjadi di tempat kerja. Penyakit pekerjaan adalah sebarang penyakit atau perubahan fizikal, mental atau fungsi seseorang, akibat faktor di tempat kerja. Contohnya pekerja yang mengalami kegatalan atau kerengsaan kulit setelah terdedah kepada bahan kimia di tempat kerja, atau mengalami lelah secara tiba-tiba akibat pendedahan asap atau gas semasa bekerja.

76 X TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

Laporan kebakaran penting bagi mendapatkan perangkaan kebakaran yang tepat dan sistematik. Jabatan bomba dan penyelamat telah mengeluarkan arahan dan borang mengenai penyediaan laporan kebakaran. Format laporan kebakaran mestilah mengandungi perkaraperkara berikut: (i) (ii) Negeri dan balai yang membuat laporan; Jenis kebakaran, tarikh kejadian, masa kejadian, tempat dan jarak;

(iii) Cara panggilan samada datang terus atau menerusi talian; (iv) Bilangan anggota yang bertugas; (v) Keadaan kebakaran dan tindakan awal;

(vi) Laporan tentang kecederaan; (vii) Nilaian harta yang terlibat; dan (viii) Insurans yang berkaitan. (d) Rekod Keselamatan dan Kemalangan Tujuan menyimpan rekod: (i) (ii) Membantu untuk membuat laporan yang tepat dan lengkap; Panduan keberkesanan langkah pencegahan;

(iii) Asas penilaian keberkesanan program keselamatan; (iv) Menunjukkan kemungkinan bentuk kemalangan yang serupa; (v) Menjelaskan keadaan berbahaya dan amalan tidak selamat; dan

(vi) Menjadi sumber fakta bagi analisis yang dijalankan. Jenis-jenis rekod keselamatan: (i) (ii) Buku rekod kemalangan; Pemeriksaan keselamatan;

(iii) Mesyuarat jawankuasa keselamatan; dan (iv) Program keselamatan.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

77

3.5
3.5.1

PERSEDIAAN PERALATAN SOKONGAN


Peranti Keselamatan (Safety Devices)

Peranti keselamatan merupakan peralatan yang digunakan untuk melindungi pekerja daripada mengalami kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan dan juga kematian. Terdapat beberapa peranti keselamatan di dalam sistem pendawaian elektrik, antaranya ialah: (a) Fius Sejenis alat yang diguna sebagai pelindung arus lebih. Ia melindungi litar pendawaian dan pengguna daripada mendapat renjatan elektrik apabila pemasangan alat-alat elektrik mengalami litar bocor ke bumi. Amnya fius adalah seutas dawai kuprum atau dawai aloi timah plumbum yang akan lebur apabila ia membawa arus yang melebihi had keupayaannya. Fius tidak segera lebur apabila arus yang berlebihan melaluinya tetapi ia mengambil masa tertentu. Ini menjadikan fius tidak begitu efisen dan sesuai untuk melindungi peralatan yang peka terhadap arus yang berlebihan. Pemutus Litar Pemutus litar adalah merupakan alat yang akan memutuskan litar dengan sendiri (automatik) apabila berlaku lebihan arus dan boleh dihidupkan semula dengan menolak tangkai suis. Pemutus litar biasanya dikadarkan dari 15 A hingga 200 A untuk pelindung arus lebih di rumah kediaman atau di kilang perusahaan. Ianya diperbuat daripada gelung elektromagnet yang disambung secara siri dengan litar. Terdapat beberapa jenis pemutus litar antaranya ialah jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan udara, jenis vakum dan jenis miniatur. Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELCB) Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) digunakan apabila pembumian yang baik tidak diperolehi kerana impedan terlalu tinggi sehingga tidak mampu memutuskan dawai filemen fius atau pemutus yang lain. Ianya beroperasi pada voltan yang sama atau melebihi 50 V di antara bumi dengan sebarang logam. Terdapat beberapa jenis pemutus litar bocor ke bumi iaitu: (i) (ii) ELCB Kendalian voltan satu elektrod; ELCB kendalian voltan dua elektrod;

(b)

(c)

(iii) ELCB kendalian arus baki; (iv) ELCB arus imbang;

78 X TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

(v)

ELCB menggunakan geganti; dan

(vi) ELCB bagi motor yang menggunakan pemula punat tekan. (d) Pemencil Merupakan alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan kepada pengguna dengan membukakan sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak jika salah satu kutub bekalan tidak ke bumi. Ianya dipasang pada permulaan litar pendawaian bagi setiap pemasangan. Pemencil diadakan bertujuan untuk mengasingkan litar dan seterusnya melindungi pengguna daripada renjatan elektrik yang berterusan. Pengubah Pengasing (Isolated Transformer) Merupakan peralatan yang digunakan untuk memberikan pengasingan elektrik antara litar utama dan litar sekunder. Bilangan lilitan belitan sekunder adalah sama dengan lilitan belitan utama dan voltan sekunder dengan voltan utama adalah sama.

(e)

3.5.2

Peralatan Pencegahan Kebakaran

Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik di bangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran. Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau premis yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis: x Perlindungan Aktif Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik. Perlindungan Pasif Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung atau menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

79

(a)

Jenis Perlindungan Aktif (i) Alat pecah kaca Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon di mana kaca tersebut dipecahkan. Alat pengesan haba Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau suhu tertentu pada peringkat awal kebakaran

(ii)

(iii) Alat pengesan asap Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu. (iv) Sistem pemasangan sprinkler Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang bertekanan khusus kepada zon/kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara automatik. (v) Sistem pemasangan pancur (riser) Terdapat dua jenis pancur iaitu Pancur basah dan Pancur kering.

(vi) Sistem pili bomba (hyderant) Terdapat 3 jenis hydran, iaitu hydran gedung, hydran halaman dan hydran kota. Hydran gedung ditempatkan dalam gedung, hydran halaman ditempatkan di halaman manakala hydran kota biasanya ditempatkan pada beberapa titik yang memungkinkan Unit Pemadam Kebakaran suatu kota mengambil cadangan air. (vii) Sistem salur Bantu mula (hosereel) (viii) Sistem gas CO2 (ix) Sistem pemasangan tetap buih (foam)

80 X TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

(b)

Jenis Perlindungan Pasif (i) (ii) Tangga terlindung; Koridor terlindung;

(iii) Pintu rintangan api; (iv) Ruang akses menentang kebakaran; dan (v) Lif Bomba.

3.5.3

Alat Pemadam Api

Ramai orang biasa melihat alat pemadam api tetapi tidak semua yang mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini merupakan satu alat pencegahan kebakaran mudah alih yang penting. Setiap alat pemadam api ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. (a) Kategori Alat Pemadam Api Terdapat beberapa kategori alat pemadam api yang digunakan dan diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Di antara alat pemadam api yang selalu digunakan untuk membantu pemadaman di peringkat awal ialah (Rujuk Jadual 3.1):
Jadual 3.1: Kategori Alat Pemadam Api serta Ciri-ciri dan Kegunaannya Jenis Pemadam Api Jenis yang mengeluarkan air iaitu soda acid dan Water CO2 Jenis yang mengeluarkan buih x x x x x x x Jenis yang mengeluarkan debu kering (Jenis ABC) x x x Jenis yang mengeluarkan gas x x x x Ciri dan Kegunaan Tabungnya berwarna krim Memadam kebakaran minyak Kebakaran bahan alkohol (Pola) Tabungnya berwarna krim Memadam kebakaran minyak Kebakaran bahan alkohol (Pola) Debu kering mengandungi bahan sodium bikarbonat. Terbukti selamat. Untuk Kelas A,B, C. Tabungnya berwarna biru. Mengandungi gas karbon dioksida Agen pemadam yang bersih. Tidak merosakkan komponen elektrik Tabungnya berwarna hitam.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

81

(b)

Cara Mengguna Alat Pemadam Api Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah berdasarkan singkatan perkataan PASS dan cara menghalakan alat pemadaman adalah berdasarkan P A S S Pull Aim Squeeze Sweep : : : : Tarik pin di atas alat pemadam api Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan) Pusing atau tekan pemegang Halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter sehingga api padam.

Pancutan hendaklah dilakukan mengikut arah angin.

3.6

PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas adalah bantuan segera yang diberikan kepada orang yang cedera sebelum golongan profesional seperti doktor atau jururawat mengambil alih. Memberi pertolongan cemas yang sempurna memerlukan beberapa kemahiran asas, pengetahuan, latihan dan kepakaran. Anda sebagai pengguna bengkel Kemahiran Hidup di sekolah sekurang-kurangnya tahu asas-asas yang perlu dilakukan apabila berlaku kemalangan di bengkel sekolah.

3.6.1

Peti Pertolongan Cemas

Di mana-mana tempat kerja, perkara paling asas apabila memperkatakan tentang isu keselamatan ialah sebuah peti pertolongan cemas yang lengkap (Rajah 3.1). Setiap bengkel atau makmal patut memilikinya. Peti ini seharusnya lengkap dan diletakkan di tempat yang strategik supaya senang diambil oleh sesiapa yang memerlukannya. Seseorang perlu ditugaskan untuk menjaganya dan menambah barang yang telah habis digunakan. Barang-barang yang sepatutnya terdapat di dalam peti pertolongan cemas ialah: x x x x x x Iodin. Antibiotik.

Adhesive plastic bandages. Knuckle. Triangular sling/bandage. Conforming gauze roll bandages.

82 X TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

x x x x x x

Aspirin tablets. First aid tape roll. Burn relief packs. Alcohol cleansing.
Antiseptik. Gunting.

Rajah 3.1: Peti pertolongan cemas

3.6.2

Tanggungjawab Anda Ketika Kecemasan

Proses pertolongan cemas sering bermula sebelum sebarang perhubungan terus berlaku antara orang perseorangan dengan mangsa kecederaan. Cara anda mendekati sesuatu peristiwa dan langkah-langkah segera yang anda ambil untuk keselamatan dan meminta bantuan boleh menyumbangkan kepada keselamatan mangsa kecederaan. (a) Menilai Situasi Kecemasan (i) (ii) Nilaikan dengan pantas dan tenang peristiwa yang berlaku. Lihat dan awasi bahaya lain terhadap diri anda dan mangsa kecederaan.

(iii) Tanya diri anda soalan-soalan berikut: x x x x Adakah terdapat sebarang bahaya yang berterusan? Adakah nyawa seseorang di dalam bahaya? Adakah orang ramai boleh memberi bantuan? Adakah saya memerlukan bantuan pakar?

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

83

(b)

Pastikan Kawasan Kecemasan Selamat Keadaan yang menyebabkan kemalangan mungkin masih terdedah kepada bahaya yang berterusan. Anda mestilah meletakkan keselamatan diri anda di tempat yang pertama. Anda tidak boleh membantu orang lain jika anda sendiri menjadi mangsa kecederaan. Lazimnya langkah yang mudah dalam sebarang kecemasan, misalnya menutup suis elektrik, sudah cukup memastikan kawasan itu selamat. Kadangkala prosedur yang rumit diperlukan. Anda hendaklah berwaspada dan jangan biarkan diri anda dan mangsa kecederaan berada dalam risiko dengan bertindak di luar kemampuan anda. Jika anda tidak dapat menyingkirkan bahaya yang mengancam nyawa, anda hendaklah cuba menjauhkan bahaya itu. Cuba hindarkan bahaya daripada mangsa kecederaan. Sebagai satu tindakan terakhir, pindahkan mangsa kecederaan daripada bahaya. Dalam situasi tertentu, anda perlu mendapatkan peralatan dan bantuan pakar.

(c)

Memberi Bantuan Kecemasan Sebaik sahaja bantuan kecemasan boleh diberikan, nilai setiap kecederaan melalui kaedah pemulihan pernafasan ABC. Keputusan anda akan menghasilkan tindakan dan dalam keadaan kecemasan tindakan anda perlu cepat dan tepat. Oleh itu sekiranya anda bersendirian, tentukan bila bantuan diperlukan dan ke tahap mana bantuan tersebut diperlukan. Fikirkan juga siapa yang boleh memberi bantuan, di mana bantuan boleh didapati dan bagaimana mendapatkan bantuan tersebut. Sementara itu pastikan dengan pantas samada mangsa: (i) (ii) Sedar sepenuhnya; Tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas;

(iii) Tidak bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi; dan (iv) Tidak mempunyai denyutan nadi. Perkara-perkara yang boleh berlaku ketika kecemasan ialah: (a) Kesukaran Bernafas Gangguan kepada proses pernafasan normal mungkin mendatangkan bahaya dan boleh mengakibatkan lemas. Lemas terjadi apabila udara tidak dapat memasuki paru-paru akibat terdapatnya benda asing di tekak atau hidung atau disebabkan udara dipenuhi oleh gas atau asap.

84 X TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

Di dalam makmal, punca kesukaran bernafas paling utama ialah akibat sedutan asap sama ada daripada asap gas atau wap toksik. Asap atau gasgas dalam ruang yang tertutup boleh melemaskan penyelamat. Oleh itu adalah sangat mustahak untuk meneliti situasi tersebut sebelum cuba memasukinya. Sentiasa gunakan peralatan perlindungan sebelum cuba menyelamatkan mangsa yang lemas akibat asap atau wap. (b) Luka dan Lebam Luka atau luka terbuka ialah satu keadaan apabila kulit terbuka atau terkoyak dan berlaku kehilangan darah dan bendalir lain melaluinya (Rajah 3.2). Luka juga terdedah kepada kemasukan kuman ke dalam badan. Luka tertutup ialah satu keadaan apabila darah terbebas daripada sistem peredarannya tetapi bukan daripada badan keadaan ini juga dikenali sebagai pendarahan dalaman. Dalam kes bagi mana-mana kecederaan, kebersihan mesti dijaga terutamanya bagi kecederaan yang melibatkan luka terbuka kerana ia lebih cenderung untuk dimasuki kuman ke dalam badan yang boleh mengakibatkan jangkitan yang serius kelak. Oleh itu anda perlu berhati-hati terhadap sebarang jangkitan yang mungkin dihidapi oleh mangsa kerana darah daripada luka yang terbuka mungkin mengandungi kuman. Lebam terjadi apabila badan terkena hentakan daripada objek yang tumpul. Kapilari-kapilari darah pecah dan memasuki tisu-tisu, memberikan kesan biru kehitaman pada permukaan kulit. Di dalam makmal, luka biasanya disebabkan oleh objek-objek tajam seperti pecahan kaca daripada peralatan kaca makmal terutamanya semasa mencuci.

Rajah 3.2: Luka

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

85

(i)

Rawatan bagi Luka-luka yang Kecil x x x x Cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air panas. Jika luka tersebut kotor, bersih dengan menggunakan air yang mengalir. Keringkan perlahan-lahan dengan menggunakan tisu atau tuala yang steril. Tutup sementara luka dengan menggunakan pembalut kasa yang steril. Bersihkan kulit disekeliling luka dengan sabun dan air (atau pencuci yang dapat menanggalkan gris). Buang pad kapas daripada luka dan gunakan pad kapas yang baru setiap kali mengesat luka. Lap luka sehingga kering dan kemudian balut dengan pembalut berperekat atau plaster.

(ii)

Rawatan bagi Luka yang Besar (Pendarahan yang Teruk) x Tanggalkan atau gunting pakaian untuk mendedahkan luka. Perhatikan jika terdapat objek-objek tajam seperti kaca yang mungkin akan mencederakan anda. Beri tuaman atau tekanan terus ke atas luka dengan tapak tangan. Jika boleh lakukan dengan pembalut yang bersih. Angkat dan ampu anggota yang tercedera pada aras atas jantung mangsa itu. Pegang anggota itu perlahan-lahan jika anggota itu mengalami keretakan. Baringkan mangsa itu. Keadaan ini akan mengurangkan pengaliran darah ke bahagian yang tercedera dan mengurangkan renjatan. Biarkan sebarang pad asal pada tempatnya, kemudian gunakan satu balutan steril. Balut luka dengan sempurna tetapi janganlah terlalu ketat. Jika pendarahan tembus menerusi balutan, buatlah selapis lagi. Jika terdapat objek lain yang tertonjol keluar, letakkan pad pada mana-mana bahagian objek itu sehingga kedudukannya cukup tinggi untuk dibalut tanpa menekan objek itu. Sokong atau ampu dengan teguh bahagian anggota yang tercedera seperti yang dilakukan pada tulang yang patah.

x x

86 X TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

(c)

Terbakar dan Melecur Luka dari terbakar (selaran) adalah akibat daripada haba yang kering daripada kebakaran atau bahan mengakis. Melecur adalah disebabkan oleh haba yang basah seperti wap atau cecair panas (Rajah 3.3). Selaran juga boleh disebabkan oleh sejuk yang keterlaluan seperti menyentuh wap-wap beku seperti nitrogen cecair dan karbon dioksida pepejal (ais kering). Objektif utama apabila merawat kesan selaran atau melecur ialah untuk menghalang renjatan, mengelakkan jangkitan dan melegakan kesakitan. Renjatan ialah kekurangan isipadu edaran darah yang kritikal di mana jumlah yang tinggal tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan tisu badan. Pesakit akan kelihatan pucat dan kulitnya sejuk dan melekit. Pesakit mungkin berasa cepat loya dan muntah dengan denyutan nadi menjadi cepat tetapi lemah.

Rajah 3.3: Melecur

(i)

Apa yang Perlu Dilakukan x Hentikan/kurangkan kesan terbakar dengan penyejukan pantas untuk menghalang kerosakan yang lebih teruk kepada tisu-tisu. Kurangkan bengkak dan ringankan kesakitan dengan menyiram air sejuk. Dalam kes yang melibatkan terbakar akibat bahan kimia, kepantasan adalah sangat penting. Curahkan air sejuk dengan banyak kepada bahagian yang terlibat. Untuk kesan selaran di tangan, cuci di bawah aliran airpaip, untuk terbakar di bahagian badan yang lain gunakan pancuran air kecemasan dan untuk mata, gunakan tempat mencuci mata yang terdapat di bengkel. Lindungi bahagian yang terbakar. Kulit terbakar yang terdedah sangat mudah dijangkiti kuman. Lindungi bahagian yang terlibat sebaik-baiknya dengan sterile burn sheet. Jika tiada, kain yang bersih dan tidak berbulu juga boleh digunakan.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

87

Dapatkan bantuan perubatan yang sepatutnya secepat mungkin kecuali terbakar di permukaan yang sangat kecil.

(ii)

Apa yang Perlu Dielakkan x x x x Jangan sentuh bahagian yang cedera. Jangan pecahkan apa-apa kesan melecur yang menggelembung. Jangan sapu losen, salap atau bahan lemak ke tempat yang cedera. Selaran akibat bahan kimia merebak lebih perlahan tetapi prinsip pertolongan cemas adalah sama seperti terbakar akibat haba. Selaran akibat bahan kimia selalunya disebabkan oleh tumpahan asid dan alkali yang tidak terkawal terutama sekali ketika pemindahan dan penuangan bahan-bahan kimia ini. Tahap selaran bergantung kepada lebar dan dalamnya bahagian yang terbakar serta bahagian tubuh badan yang terlibat dan umur mangsa yang terlibat. Lebar bahagian yang terbakar adalah lebih penting daripada dalamnya kesan terbakar. Terbakar sebanyak 5% daripada bahagian badan adalah serius; 15% boleh dianggap sangat merbahaya dan boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan yang serius. Dalamnya kesan selaran dikategorikan kepada selaran di permukaan dan selaran dalaman. Selaran di permukaan melibatkan lapisan luar kulit; ia selalunya akan pulih lebih cepat walaupun agak sakit. Selaran dalaman melibatkan lapisan bawah kulit dan boleh merosakkan lemak dan otot di bawah kulit. Dalam kes yang serius, tulang juga boleh rosak. Selaran dalaman pulih sangat perlahan dan boleh mengakibatkan parut yang serius. Luka terbakar di muka dan tangan lebih serius daripada bahagian lain badan kerana ia melibatkan penampilan dan fungsi. Kanakkanak dan orang tua akan mendapat kesan yang teruk akibat kesan kebakaran yang serius kerana faktor umur mereka yang menyebabkan kurang ketahanan diri (dari jangkitan) dan mudah terdedah kepada risiko kekurangan air.

88 X TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

Rajah 3.4: Peti pertolongan cemas khas untuk rawatan terbakar

(d)

Kecederaan Elektrik Pengaliran arus elektrik ke dalam anggota badan mungkin menyebabkan mangsa pengsan, serta jantung dan nafas terhenti. Arus elektrik menyebabkan luka terbakar atau selaran pada anggota badan dikedua-dua tempat di mana ia memasuki badan dan meninggalkan badan untuk dibumikan. Arus ulang alik juga menyebabkan kekejangan otot yang pada lazimnya menghalang mangsa daripada melepaskan kabel elektrik. Jangan dekati mangsa sehingga anda diberitahu bahawa bekalan kuasa telah diputuskan. Jauhkan diri anda sekurang-kurangnya 18 meter dan pastikan orang ramai berada jauh dari mangsa. (i) Tindakan yang Perlu Diambil x x x Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera. Mungkin mangsa tidak sedarkan diri, periksa pernafasan dan nadi mangsa. Lakukan pemulihan pernafasan, jika perlu. Rawat sebarang luka terbakar dan lain-lain kecederaan yang berkaitan. Ambil langkah-langkah untuk mengurangkan kejutan.

x x

Faktor keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melibatkan majikan, pekerja dan masyarakat. Peraturan keselamatan seperti pakaian, pelindung mata, tangan, menghormati orang lain, pemilihan alatan, pengendalian alatan, alatan pengapit, penggunaan alatan dan kelajuan kerja perlu diamalkan untuk keselamatan bersama.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

89

x x x x

Kemalangan dapat dielak sekiranya tiada kecuaian pekerja, pemeriksaan peralatan/perkakasan serta kawasan kerja yang sentiasa diselia. Kebakaran dapat dielak dan boleh dihalang dari merebak dengan menggunakan cara-cara tertentu. Pengetahuan mencegah kemalangan amat perlu melalui tindakan segera yang perlu diambil, latihan kod bertingkah-laku dan penyediaan laporan. Peranti keselamatan perlu dipastikan sentiasa disemak dan mudah dicapai sekiranya berlaku kemalangan.

Akta Keselamatan Alat Pemadam Api

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)

Kod Bertingkah-laku Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Peranti Keselamatan Kecederaan Pertolongan Cemas

Jawab soalan-soalan yang berikut: 1. 2. Senaraikan tiga punca kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal. Nyatakan tiga punca kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal yang disebabkan oleh kecuaian pekerja. Berikan tiga faktor kemalangan yang berlaku akibat poses kerja mekanikal. Nyatakan tiga langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mencegah kemalangan mekanikal daripada berlaku. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik ialah perlindungan ________________________.

3. 4.

5.

90 X TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

6.

Satu tindakan awal yang diambil bagi mengelakkan kebakaran atau mengawal kebakaran yang baru bermula daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi dikenali sebagai pencegahan __________________. Beroperasi secara automatik dan akan aktifkan sistem amaran kebakaran apabila kesan sejumlah ___________________ yang berkepul naik memenuhi ruang bilik atau persekitaran. Tangga terlindung, koridor terlindung, pintu rintangan api, ruang akses menentang kebakaran dan lif bomba adalah untuk perlindungan ______________________.

7.

8.

Jawab soalan-soalan yang berikut: 1. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan latihan keselamatan? ___________________ peristiwa atau keadaan yang tidak dirancang atau dijangkakan. Senaraikan lima langkah mencegah kemalangan. Nyatakan lima faedah daripada latihan keselamatan. Senaraikan tiga keperluan latihan keselamatan.

3. 4. 5.

Jawab soalan-soalan yang berikut: 1. Nyatakan kaedah atau cara untuk mengelak daripada berlakunya kemalangan yang berkaitan dengan elektrik.

TOPIK 3 KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

91

2.

Padankan dengan jawapan yang betul. Pemutus litar bocor ke bumi; Pemutus litar Beroperasi pada voltan melebihi 40 V di antara bumi dengan sebarang logam.; Alat yang memutuskan litar dengan sendiri apabila berlaku lebihan arus dan boleh dihidupkan semula dengan menolak tangkai suis.; Ia melindungi litar pendawaian dan pengguna daripada mendapat renjatan elektrik apabila pemasangan alat-alat elektrik mengalami litar bocor ke bumi.;

Fius;

3.

Tentukan samada setiap penyataan berikut benar atau salah. (a) Pemeriksaan atau penyelenggaraan peralatan elektrik perlulah dilakukan secara berkala dan dilakukan oleh mereka yang mahir. ( ) Peralatan elektrik yang tidak dibumikan dengan sempurna masih selamat digunakan jika selalu dibuat pemantauan dan penyelenggaraan. ( ) Keselamatan alat dan perkakasan serta keselamatan bengel merangkumi persekitarannya menyumbang kepada pencegahan kemalangan yang berkaitan dengan elektrik. ( ) Kawasan persekitaran kerja yang lembap dan berair serta penggunaan peralatan elektrik di dalamnya boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan seperti renjatan elektrik. ( )

(b)

(c)

(d)

You might also like