You are on page 1of 60

College of Nursing and Allied Health

MPW1153 PENDIDIKAN MORAL


Disediakan oleh: Encik Roslan bin Sahari (BA Hons. Edu. (IT), UNIMAS) roslansahari@yahoo.com 013-8178484 / 016-5897613

BAB 1 : DEFINISI MORAL , ETIKA, NILAI, AKHLAK, ADAB, UNDANG-UNDANG & KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MORAL, ETIKA, NILAI, AKHLAK, ADAB & UNDANG-UNDANG?

1.1 MORAL

Definisi dan Konsep Moral


Menurut

Kamus Dewan (1986), moral merujuk kepada ajaran atau pegangan berkenaan baik buruk sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajipan dan lain-lain), sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak.

samb
Moral berasal dari bahasa Latin moralitas

yang bererti cara, perwatakan dan tingkah laku yang diterima. Moral ialah ajaran-ajaran kumpulan, peraturan dan ketetapan, sama ada lisan atau bertulis tentang bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar ia menjadi manusia yang baik dan sempurna.

samb
Konsep moral pula membawa

pengertian kesedaran tentang ajaran atau pegangan berkenaan dengan baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat.

samb
Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai

murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.

Konsep

moral ini merujuk kepada kawalan tingkah laku yang berlandaskan standard-standard yang dihayati serta diamalkan oleh seseorang individu. Seseorang dikatakan memiliki tingkah laku yang bermoral jika tingkah laku tersebut berdasarkan prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan yang diterima. Ammoral pula bermaksud perkara yang tidak baik atau manusia melakukan perkara yang tidak mempunyai moral

Contohnya, sepasang suami isteri menemui

seorang bayi di tepi sebuah balai raya ketika pulang ke kampung orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk membawa bayi comel itu balik ke rumah dan membelanya tanpa mengikut peraturan undang-undang. Akhirnya setelah berbincang mereka akur bahawa undang-undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang ditentukan.

Contoh kedua, Nora terjumpa dompet kawannya yang tercicir. Dia mengutipnya tanpa pengetahuan sesiapa. Nora boleh menyimpan dompet itu jika dia mahu. Nora seorang budak yang jujur dan ikhlas. Dia segera memulangkan dompet tersebut. Nora ialah seorang budak yang bermoral. Dia tidak teragakagak untuk berbuat demikian kerana kejujuran merupakan sebahagian daripada akhlaknya. Tiada guna dia mengambil dompet kepunyaan orang lain kerana hatinya akan menjadi gelisah. Gerak hatinya tidak merestui perlakuan tersebut. Hatinya lapang apabila dia memulangkan dompet tersebut kerana dapat membantu meringankan bebanan orang lain.

PENGERTIAN KONSEP KEMORALAN


Kemoralan

ialah satu instrumen masyarakat secara keseluruhan untuk memimpin individu dan kumpulan kecil dalam kehidupan mereka. Ia juga memerlukan individu atau kumpulan kecil mengikutnya. Kemoralan ialah satu institusi sosial yang juga membantu dalam bimbingan kendiri atau penentuan kendiri secara rasional di kalangan ahli masyarakat.

Rumusan
Moral ada isi atau kandungannya.

Moral terdiri daripada peraturan

komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling.

Rumusan
Sifat

peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik.

Rumusan
Oleh itu insan bermoral ialah insan

yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

samb
Aspek kemoralan dapat

dibahagikan kepada tiga: i. Konsep Etika, ii. Konsep Nilai, ii. Pengertian moral itu sendiri.

Tutorial 1.1

1.2 ETIKA

Definisi dan Konsep Etika


Perkataan etika berasal dari perkataan Inggeris

ethics. Ethics pula berasal dari perkataan Greek ethos bermaksud watak atau budaya Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciriciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .

Contoh: Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

Tutorial 1.2

1.3 NILAI

Konsep dan Definisi Nilai


Raths, Harmin dan Simon(1980)

mendefinisi nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. William A. Scott(1965) menyamakan nilai dengan moral unggul. Beliau mentakrifkan nilai sebagai satu konsep individu tentang perhubungan yang unggul dan digunakan untuk menilai suatu kebaikan atau keburukan.

samb
Nilai merupakan standard dan prinsip

kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda. Nilai juga merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda, situasi dan manusia. Dengan ini, nilai jelas dilihat sebagai suatu kualiti, motif atau piawai norma yang ada dalam pertalian antara benda, fikiran dan pemilikan.

Secara amnya, nilai bertindak sebagai

ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Nilai juga berfungsi sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah, diubah atau dipertahankan. Ia merupakan panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan dan menghadkan perlakuan seseorang.

1.4 AKHLAK

Definisi dan Konsep Akhlak


Menurut

Kamus Dewan, akhlak bermaksud budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat. Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang.

samb
Dari segi istilah ; segala tingkah laku

perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan,apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang setelah tingkah laku diamalkan sekian lama dan diterima masyarakat sebagai sebahagian dari cara hidup.

Prof. Dr. Ahmad Amin dalam bukunya Al-

Akhlaq merumuskan pengertian akhlak sebagai : Akhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat

samb
Akhlak

merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya.

Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu

dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.

samb
Islam telah menetapkan hukuman

haram dan berdosa besar terhadap peminum arak dan penjudi. Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya.

Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi: i. memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani ii. punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah iii. memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara iv. memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas v. dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyaraka

samb
Dalam masyarakat Barat pula, minum arak

dalam majlis bukanlah suatu perbuatan yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-kanak tetapi baik pada setengah orang dewasa. Bagaimanapun, seseorang yang minum arak sepatutnya tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan mabuk, sudah tentu boleh mengakibatkan kemalangan.

Rumusan...
Akhlak

adalah sains yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan serta cara untuk mempraktikkan kebaikan dan menolak keburukan. Akhlak juga berkait rapat dengan kejiwaan. Oleh itu ada yang mentafsirkan akhlak sebagai ilmu yang menyarankan cara-cara membersihkan jiwa dengan tumpuan kepada apakah itu kebaikan dan keburukan; apakah kriteria yang dapat menilai sesuatu itu sebagai baik dan buruk; dan apakah motif dan nilai di sebalik sesuatu perlakuan tersebut.

Apakah akhlak yang perlu dimiliki?


bla blabla

Faktor-faktor Pembentukan Akhlak Mulia:


1. Agama
2. Diri Sendiri 3. Keluarga 4. Pendidikan 5. Persekitaran
Apa semua tu

Renungi kata-kata hikmah berikut..


Laughing at our mistakes can lengthen our own life. Laughing at someone else's can shorten it. Tuhan menciptakan kita 2 biji mata untuk melihat, 2 belah tangan untuk memegang, 2 belah kaki untuk berjalan tetapi Tuhan hanya mencipta sekeping hati kerana Tuhan mengamanahkan kepada kita untuk mencari akhlak mulia.

Syabas ! Anda sudah selesai menghayati tentang empat konsep asas moral...

1.5 ADAB

Definisi dan Konsep Adab


Adab adalah satu istilah bahasa Arab yang

bermaksud adat kebiasaan. Kata ini menunjuk pada suatu kebiasaan, etiket, pola tingkah laku yang dianggap sebagai model. Dengan kata lain, adab ialah sesuatu perkara yang baik atau perlakuan yang baik dilakukan oleh seseorang

samb
Pengertian adab secara lebih bermakna dijelaskan sebagai: "Disipilin tubuh jasmani, minda dan roh; disiplin yang meletakkan keupayaan dan potensi fizikal, intelektual dan kerohanian pada kedudukan yang sebenarnya berdasarkan darjat dan tahap-tahapnya yang sewajarnya."

samb
Adab menggambarkan sifat-sifat adil,

kebijaksanaan dan hikmah. Sekaligus, adab menjadikan manusia sentiasa mengutamakan keadilan yang dicetuskan melalui hikmah dan kebijaksanaan. Ia melibatkan pengakuan dan amalan yang terpamer secara langsung.

Contoh-contoh Adab
Adab bercakap Adap makan Adap menghadiri majlis

Adab bergaul

dan banyak lagi.

1.6 UNDANG-UNDANG

Definisi Undang-undang
Peraturan yang digubal oleh pihak

berkuasa untuk mengatur kehidupan manusia supaya kehidupan manusia menjadi aman dan damai. Dikuatkuasakan oleh mahkamah dan merupakan peraturan minimum untuk mengawal jenayah.

Perbezaan Antara Moral Dan Undang-undang


MORAL UNDANG-UNDANG

1. Moral merupakan perkara yang dikaji dan diselidiki oleh etika 2. Amalan praktikal dan yang dilaksanakan oleh manusia

Undang-undang dikuatkuasakan oleh mahkamah. Undang-undang dipatuhi oleh manusia dan tidak semestinya mematuhi etika.

Perbezaan Antara Moral Dan Undang-undang


MORAL UNDANG-UNDANG

Contoh: 1. Manusia harus bersikap sopan santun dan berhemah tinggi terhadap orang lain dalam pergaulan sehariannya.
2. Menghormati ibubapa yang telah bersusah payah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang Berlaku jujur kepada rakan dan tidak sesekali mengkhianati sesama rakan.

Contoh: 1. Tidak melanggar lampu merah serta mematuhi segala peraturan dan isyarat jalan raya.
2. Membunuh dan merogol adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Mengedar dadah adalah jenayah berat dan boleh dihukum gantung sampai mati.

3.

3.

Kepentingan Dan Penekanan


Pembentukan Masyarakat Malaysia Yang Bermoral
i. ii.

Wawasan 2020 - dasar pembangunan negara dan masyarakat. meningkatkan sahsiah untuk kecemerlangan pelajar yang berilmu, berkualiti dan berbudi.

samb
iii.

iv.

Masyarakat bermoral lebih berdisiplin,bertanggungjawab, berhemah tinggi, dan berbudi pekerti yang mulia. Mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan tahap etika yang tinggi.

samb
v. Menyedari peranan agama dan akhlak

dalam membentuk serta mengembangkan etika nilai hidup murni. vi. Bersosialisasi, berbudi pekerti dan beradab sopan di kalangan masyarakat majmuk.

You might also like