P. 1
Kerja Kursus Geografi 2009 Bandar Baru Bangi bandingan Singapura

Kerja Kursus Geografi 2009 Bandar Baru Bangi bandingan Singapura

4.83

|Views: 5,942|Likes:
Published by aimnazri4379
Laporan Kerja Kursus Geografi 2009 Bandar Baru Bangi
Laporan Kerja Kursus Geografi 2009 Bandar Baru Bangi

More info:

Published by: aimnazri4379 on May 25, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/18/2011

pdf

text

original

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

KERJA KURSUS GEOGRAFI PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009

TAJUK

KAJIAN PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA DI BANDAR BARU BANGI SERTA PERBANDINGANNYA DENGAN NEGARA SINGAPURA

NAMA TINGKATAN

: MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD NAZRI : 3 CENDEKIA : 940115 -14 - 5115

NO. KAD PENGENALAN GURU PENILAI TANDATANGAN TARIKH

: PUAN ASMA BINTI MUSLIM : :

SENARAI KANDUNGAN

BIL 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

TAJUK

MUKA SURAT 1 2 3 4 9 11 29

1.0: PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK Jalan Empat iaitu Puan Hajah Norezan Binti Mohammad yang sentiasa memberi perangsang kepada kami untuk menjayakan Kerja Kursus Geografi ini. Tidak lupa juga

kepada guru Geografi saya iaitu Puan Asma Binti Muslim yang telah banyak member bimbingan serta tunjuk ajar yang amat berguna bagi saya dalam melaksanakan Kajian Geografi Tempatan di Bandar Baru Bangi ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa saya, Encik Mohd Nazri Bin Siweng dan Puan Zarina Binti Alang Osman yang sentiasa member dorongan serta bantuan baik dari segi sokongan moral mahupun kewangan. Tanpa bantuan mereka ini, saya pasti kerja kursus ini tidak mungkin dapat diselesaikan dengan sempurna.

Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada rakanrakan sekumpulan saya iaitu Saudara Muhammad Hafeez Bin Roslan, Ahmad Nafis Hisham Bin Mohammad Naim dan Yasir Bin Zainuddin, yang telah sama-sama meluangkan masa untuk menjalankan kajian serta bertukar-tukar pendapat bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih tepat.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada 25 orang penduduk di sekitar Bandar Baru Bangi yang terlibat dengan kajian saya kerana sentiasa memberi kerjasama yang amat baik serta tidak keberatan untuk memberi pendapat yang bernas melalui soal selidik yang saya laksanakan. Budi dan jasa kalian tetap di kenang dalam ingatan.

2.0: PENDAHULUAN
Kajian untuk Kerja Kursus Geografi PMR ini adalah berkaitan dengan petempatan dan perkembangannya di kawasan Bandar Baru Bangi. Kajian ini saya bandingkan dengan petempatan di sebuah negara lain yang saya pilih iaitu Singapura.

Saya memilih Bandar Baru Bangi sebagai lokasi kajian saya kerana kedudukan kawasan ini terletak berhampiran dengan rumah dan sekolah saya. Saya juga memilih kawasan ini kerana terdapat ciri-ciri petempatan yang agak menarik di Bandar Baru Bangi disebabkan kedudukannya sebagai sebuah bandar setalit yang bersifat moden dan lengkap.

Kajian ini saya jalankan selama lapan minggu bermula dari 15 Mac 2009 hingga 15 Mei 2009. Dalam tempoh ini saya telah menjalankan kajian melalui soal selidik, pemerhatian, pencarian bahan dan seterusnya menghasilkan laporan lengkap.

Singapura telah saya pilih sebagai negara yang saya bandingkan dengan kawasan kajian saya kerana negara tersebut merupakan sebuah negara kepulauan yang maju dan saiznya yang kecil. Pengurusan sistem petempatan yang dijalankan di negara ini adalah amat teratur demi mengatasi masalah penduduknya yang semakin bertambah ramai sehingga mengakibatkan kepadatan penduduk di negara ini begitu tinggi. Keistimewaan ini menjadi faktor utama negara ini saya pilih untuk perbandingan dalam kajian Kerja Kursus Geografi PMR saya. -2-

3.0: OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang saya jalankan ini merangkumi beberapa objektif seperti yang tersenarai di bawah:

i. mengenalpasti jenis-jenis dan pola petempatan di Bandar Baru Bangi dan perbandingannya dengan negara Singapura,

ii. mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di Bandar Baru Bangi dan perbandingannya dengan faktor di negara Singapura,

iii. mengenalpasti fungsi-fungsi petempatan di Bandar Baru Bangi dan perbandingannya dengan negara Singapura,

iv. mengkaji dan mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di Bandar Baru Bangi dan perbandingannya dengan masalah petempatan di negara Singapura,

v. mengkaji langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan di Bandar Baru Bangi dan perbandingannya dengan langkah yang dijalankan di Singapura, dan

vi. menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan yang dikaji iaitu di Bandar Baru Bangi. -3-

4.0: KAWASAN KAJIAN
Kawasan yang dikaji ialah Bandar Baru Bangi (Peta muka surat 7). Dari segi latar belakang kawasan, Bandar Baru Bangi merupakan kawasan bekas ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh West Country Estate. Terdapat juga beberapa kawasan kecil bekas

tinggalan lombong bijih timah seperti yang terdapat di Taman Sepakat Indah berhampiran dengan Seksyen 7. Dari segi perancangan, Bandar Baru Bangi mula dibangunkan menjadi bandar satelit kedua terbesar selepas Shah Alam bermula pada tahun 1974 dan berakhir pada tahun 2007 serta mengandungi 16 seksyen.

Kawasan ini secara umumnya merupakan kawasan tanah pamah yang rendah, dengan purata ketinggian 48 meter dari aras laut. Beberapa kawasan di bahagian selatan mempunyai muka bumi yang agak beralun. Di bahagian utara Bandar Baru Bangi terutamanya kawasan yang berhampiran dengan Seksyen 4, Seksyen 7 dan Seksyen 8 mempunyai muka bumi yang rata dan luas serta disaliri oleh sebatang sungai iaitu Sungai Semenyeh.

Lokasi Bandar Baru Bangi terletak di Daerah Hulu Langat iaitu di Mukim Kajang serta di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (Peta muka surat 5). Kawasan ini di kelilingi oleh Sungai Ramal di utara, Bangi Lama di selatan, Semenyeh di timur dan Putrajaya di sebelah barat. Bandar paling hampir ialah Kajang di timur laut yang terletak 6 kilometer dari Bandar Baru Bangi serta Putrajaya yang terletak 15 kilometer dari kawasan ini. Kawasan ini juga boleh dihubungkan dengan banda raya Kuala Lumpur di sebelah utara, melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan perkhidmatan komuter KTM Bandar Baru Bangi – Kuala Lumpur, sejauh lebih kurang 45 -4kilometer.

PETA MUKIM-MUKIM DI DAERAH HULU LANGAT

U

HULU LANGAT

AMPANG

HULU SEMENYIH CHERAS

KAJANG SEMENYIH

BERANANG

PETUNJUK : Kawasan Kajian ( BandarBaru Bangi ) Sempadan mukim

PETA SINGAPURA

-5-

U

PETUNJUK : Sempadan negara Pelabuhan Lautan Jalan kereta api Jalan raya Ibu negara

Kawasan kajian ini di bandingkan dengan Negara singapura yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia (Peta muka surat 6). -6-

5.0: KAEDAH KAJIAN
Bagi mendapatkan maklumat untuk menghasilkan Kerja Kursus Geografi PMR ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah yang sesuai dengan kajian saya. Berikut ialah kaedahkaedah yang saya gunakan:

i. Kaedah pemerhatian: Kaedah ini saya jalankan dengan melihat sendiri jenis dan pola petempatan di Bandar Baru Bangi. Saya juga mengunakan kaedah ini untuk melihat sendiri masalah petempatan yang dihadapi di kawasan yang saya kaji.

ii. Kaedah temu bual: Kaedah ini saya jalankan dengan menemubual empat orang responden yang tinggal di kawasan Bandar Baru Bangi. Responden tersebut Encik Zainuddin Bin Azmi, Encik Mohammad Naim Bin Ridzuan, Puan Hamimah Binti Ahmad dan Puan Fatimah Binti Said. Aspek yang ditanya adalah tentang masalah di kawasan tempat kediaman.

iii. Kaedah soal selidik: Saya dan rakan kumpulan saya telah menyoal selidik seramai 20 orang responden iaitu penduduk di Bandar Baru Bangi

dengan menggunakan borang soal selidik. (Lampiran X) Antara maklumat yang saya soal termasuklah jenis rumah, masalah -8perumahan yang dihadapi dan cadangan langkah untuk menyelesaikan masalah perumahan di kawasan mereka. iv. Kaedah rujukan: Bagi kaedah ini, saya mendapatkan maklumat daripada beberapa buah buku teks Geografi Tingkatan 2 yang berkaitan dengan petempatan penduduk di Malaysia dan Singapura. Saya juga merujuk pada internet untuk mendapatkan bahan-bahan seperti peta Daerah Sepang, peta Bandar Baru bangi dan juga Peta Singapura. Pada masa yang sama, saya juga menggunakan kaedah rujukan internet bagi mendapatkan maklumat mengenai petempatan penduduk di Singapura.

-9-

6.0: DAPATAN KAJIAN
6.1:Jenis dan pola petempatan di Bandar Baru Bangi dibandingkan dengan negara Singapura:
Melalui kajian yang dijalankan, jenis petempatan yang terdapat di Bandar Baru Bangi ialah jenis petempatan bandar. Jenis petempatan ini sesuai dengan fungsi Bandar Baru Bangi sebagai sebuah bandar satelit. Terdapat pelbagai jenis rumah di kawasan petempatan ini. Jenis-jenis rumah ini dapat dilihat melalui jadual di bawah:

Jenis rumah Jumlah / Unit Peratus (%) Rumah Banglo 3 15 Rumah Berkembar 2 10 Rumah Teres Dua Tingkat 6 30 Rumah Teres Satu Tingkat 4 20 Rumah Pangsa / Apartmen 4 20 Lain-lain 1 5 Jadual : Jenis rumah yang terdapat di Bandar Baru Bangi.
Sumber : Kajian tapak/ Lapangan (Bandar Baru Bangi)

- 10 Berdasarkan jadual di sebelah, terdapat 5 jenis rumah di Bandar Baru Bangi iaitu rumah banglo, berkembar, teres dua tingkat, teres setingkat dan rumah pangsa atau apartmen. Terdapat juga jenis rumah kayu atau rumah kampung tetapi jumlahnya adalah agak terhad seperti di Seksyen 8 berhampiran dengan Kampung Sungai Ramal Dalam. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui graf palang di sebelah (Muka surat 12).

Dari segi pola petempatannya pula, terdapat beberapa pola petempatan di kawasan Bandar Baru Bangi. Pola petempatan berpusat merupakan pola petempatan yang paling utama. Pola petempatan jenis ini didapati hampir di kesemua kawasan termasuklah di kawasan perumahan Seksyen 4, Seksyen 7, Seksyen 3, Seksyen 8 dan lain-lain. Ciri pola petempatan di kawasan ini ialah kedudukan rumahnya adalah rapat-rapat di antara satu dengan yang lain. Rumah yang dibina juga adalah terdiri daripada bangunan bersifat kekal dan diperbuat daripada batu. Kemudahan asas dan kemudahan awam juga lengkap seperti jalan raya, klinik dan universiti, sesuai dengan fungsi kawasan ini sebagai pusat petempatan, pendidikan dan perindustrian.

Pola petempatan yang kedua ialah pola petempatan berjajar. Tumpuan pola petempatan jenis ini adalah di sepenjang laluan komuter KTM iaitu di sekitar Jalan Reko menuju ke Seksyen 5. Ciri pola petempatan di kawasan ini ialah sebahagian daripada rumah yang dibina adalah daripada kayu atau papan dan bersifat sementara. Namun begitu, jenis pola petempatan ini semakin berkurangan di kawasan Bandar Baru Bangi.

Jenis pola petempatan di Bandar Baru Bangi yang terakhir ialah pola petempatan berselerak. Pola petempatan jenis ini dapat di lihat di Seksyen 8 iaitu berhampiran dengan Kampung Sungai - 11 Merab dan Seksyen 12 berhampiran dengan Kampung Sungai Kertas. Kawasan ini ialah kawasan kampung tradisional yang masih kekal di Bandar Baru Bangi. Antara ciri pola petempatan di kawasan ini ialah kedudukan antara rumah yang dibina agak jauh serta dibina dengan menggunakan kayu tetapi bersifat kekal.

Di Singapura pula, jenis petempatan yang terdapat di negara ini ialah jenis petempatan bandar. Umumnya, petempatan luar bandar seperti di Kampung Melayu Geylang dan Kampung Melayu Bedok pada satu masa dahulu telah bertukar menjadi petempatan bandar sepenuhnya pada akhir tahun 1995 disebabkan oleh dasar kerajaan bagi menampung masalah kekurangan rumah akibat pertambahan penduduk.

Pola petempatan di Singapura terbahagi kepada 2 jenis. Jenis pula pertama ialah pola petempatan berpusat, dengan kedudukan rumah yang dibina terlalu rapat. Sebahagian besar rumah adalah jenis rumah pangsa seperti di Jurong, Changi, Ang Mo Kio dan sebagainya.

Pola petempatan yang kedua ialah pola petempatan berjajar. Pola jenis ini banyak didapati di sepanjang jalan raya di singapura. Kebanyakan bangunan yang dibina adalah berfungsi sebagai bangunan perniagaan. Antara kawasan yang mempunyai pola petempatan jenis ini adalah di sepanjang jalan dari Tanglin Road ke Seranggon dan dari Ang Mo Kio ke Toa Payoh.

Melalui kajian ini, saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang menetap di Bandar Baru Bangi yang memiliki petempatan yang bersih dan - dilengkapi dengan pelbagai - 13 kemudahan untuk kegunaan penduduk. Kemudahan di Bandar Baru Bangi yang disediakan oleh kerajaan adalah setanding dengan kemudahan di negara lain seperti di Singapura. Kajian ini juga turut dapat menanamkan rasa cinta akan tempat dan negara di mana saya dibesarkan serta mendapat pendidikan yang sempurna.

6.2:Faktor yang mempengaruhi petempatan di Bandar Baru Bangi dibandingkan dengan - 14 Singapura:
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Bandar Baru Bangi menjadi tumpuan petempatan. Di antara factor tersebut termasuklah:

i. Bentuk muka bumi:

Bentuk muka bumi di Bandar Baru Bangi adalah merupakan kawasan tanah pamah yang rata dan luas. Ketinggian kawasan ini secara purata adalah rendah iaitu 48 meter dari aras laut menyebabkan ia sesuai sebagai kawasan petempatan penduduk. Keadaan bentuk muka bumi yang rata dan luas ini sesuai untuk pembinaan bangunan atau rumah bagi tujuan petempatan. Kawasan ini juga disaliri oleh sebatang sungai iaitu Sungai Semenyih menyebabkan ia sesuai sebagai kawasan petempatan.

ii. Dasar kerajaan: Dasar kerajaan atau governan turut mempengaruhi kawasan ini sebagai tumpuan pusat petempatan. Dasar kerajaan menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar satelit yang kedua terbesar selepas Shah Alam bagi mengatasi kesesakan di Bandar utama iaitu Kuala Lumpur, telah menyebabkan banyak rumah dibina mulai tahun 1972 hingga 2007. Proses pembangunannya dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Seksyen 1 hingga Seksyen 16, yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah, sederhana dan tinggi. Perancangan bandar satelit ini juga menyediakan aktiviti komersil, perindustrian, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan secara bersepadu dan mampu menampung kediaman 60,000 orang penduduk. Berkonsepkan “bandar dalam taman”, Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada masa itu, telah mengubah perspektif masyarakat, dan ekonomi di - 15 Bandar Baru Bangi daripada ekonomi pertanian kepada kepada ekonomi bersifat perkhidmatan dan perindustrian. Migrasi dari luar juga banyak berlaku di kawasan ini sehingga ia menjadi sebuah pusat petempatan.

iii. Kegiatan ekonomi: Dari segi kegiatan ekonomi pula, Bandar Baru Bangi menjadi pusat petempatan kerana terdapat pelbagai jenis ekonomi seperti

perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan. Hal ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sehingga kawasan ini menjadi tumpuan petempatan. Di antara kawasan yang industri perkilangan adalah seperti di Zon Kawasan Perindustrian di Seksyen 16 serta menempatkan kilang seperti Sony, Hitachi, Upha, Sapura, Onkyo, Denso dan sebagainya. Selain itu, Bandar Baru Bangi juga menjadi pusat perkhidmatan daerah dengan pembinaan Pejabat Daerah Hulu Langat di Seksyen 16, pembinaan Universiti Kebangsaan Malaysia serta pusat pengangkutan awam iaitu Perhentian Bas Jalan Reko di Seksyen 5. Pada masa yang sama, pusat perniagaan seperti kedai dua tingkat juga banyak terdapat di kawasan ini iaitu di Seksyen 1, Seksyen 4, Seksyen 7 dan seksyen 8. Kegiatan ekonominya yang berbagai-bagai jenis ini telah menyebabkan migrasi masuk ke Bandar Baru Bangi sehingga kawasan ini menjadi tumpuan petempatan.

iv. Darjah ketersampaian: Bandar Baru Bangi juga mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Kawasan ini boleh dihubungkan dengan kawasan lain melalui jalan raya dan jalan kereta api. Sistem pengangkutan yang cekap menyebabkan perhubungan amat mudah. Putrajaya umpamanya boleh dihubungkan dengan Bandar Baru Bangi melalui Lebuh Raya Silk. Kuala Lumpur pula dihubungkan dengan Bandar Baru Bangi melalui Komuter KTM serta Lebuh Raya Utara - 17 Selatan (PLUS). Hal ini menyebabkan kadar mobiliti yang tinggi sehingga mengakibatkan Bandar Baru Bangi menjadi tumpuan petempatan. Di Singapura pula, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di negara tersebut. Antaranya ialah: i. Dasar kerajaan Singapura:

Memandangkan keluasan Singapura yang kecil, jumlah tanah di negara itu adalah amat terhad. Harga tanah dan kos untuk menyewa tanah juga tinggi. Bagi mengurangkan masalah, kerajaan mengadakan dasar perumahan berpusat atau sentralise dengan mempelbanyakkan rumah jenis apartmen atau rumah pangsa. Penduduk dari pelbagai kawasan di sekitar Singapura ditempatkan di kawasan perumahan tersebut melalui Perbadanan Perumahan Singapura (Singapore Housing Board). Tujuannya adalah bagi membolehkan kawasan tanah yang lain dapat dimajukan sebagai kawasan perindustrian serta mengatasi masalah jumlah penduduknya yang semakin tinggi. Hal ini mewujudkan pola petempatan berpusat di kebanyakan kawasan di negara ini.

ii. Darjah ketersampaian: Sistem pengangkutan di Singapura yang maju menyebabkan kadar ketersampaian yang tinggi di negara ini. Hal ini mempengaruhi petempatan di Singapura kerana semua kawasan di Singapura dapat dihubungi dengan mudah. Antara sistem pengangkutan yang terdapat di Singapura ialah sistem pengangkutan jalan raya termasuklah seperti Lebuh Raya dari Woodlands ke Jurong. Terdapat juga sistem jalan kereta api (lanjutan jalan kereta api KTM dari Johor Bahru) dari Woodlands ke Tanjung Pagar yang menjadi salah satu pengangkutan utama di Singapura. Selain itu sistem LRT dan monorel di18negara ini juga amat maju menyebabkan mobiliti penduduknya tinggi di antara bandarbandar utama di Singapura serta ke semua kawasan petempatan yang dibangunkan melalui dasar kerajaan Singapura.

iii. Kegiatan ekonomi: Kegiatan ekonomi Singapura yang tertumpu pada bidang perindustrian, perkhidmatan dan perdagangan turut mempengaruhi bentuk petempatan di negara tersebut. Kawasan perindustrian seperti di Tanjung Pagar, Jurong serta Ang Mo Kio menjadi tumpuan penduduk dan mengakibatkan pola petempatan berpusat. Pusat-pusat perdagangan enterpot seperti di Pelabuhan Singapura, Kallang dan sebagainya turut menarik penduduk ke kawasan itu sehingga menyebabkan kawasan tersebut menjadi kawasan petempatan utama.

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, saya amat bersyukur kerana negara kita dikurniakan tanah yang luas untuk kemudahan petempatan kepada semua masyarakat. Saya juga berasa insaf dan sedar, betapa perlunya kita menyayangi negara kita serta menghormati pemimpin yang sentiasa berusaha bagi menyediakan kemudahan yang mencukupi di setiap kawasan petempatan yang kita duduki termasuklah di kawasan Bandar Baru Bangi.

6.3:Fungsi petempatan di Bandar dibandingkan dengan Singapura:

- 19 -

Baru

Bangi

Petempatan bandar di kawasan ini dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi utama. Di antara fungsi tersebut termasuklah:

i. Fungsi sebagai pusat pentadbiran daerah: Bandar Baru Bangi telah menjadi pusat pentadbiran daerah bagi semua kawasan kampung dan bandar-bandar kecil di Mukim Kajang. Hal ini dapat dilihat dengan wujudnya Majlis Daerah Hulu Langat yang ditempatkan di Seksyen 16. Majlis Daerah Hulu Langat menjalankan fungsi mengutip cukai tanah dan hal-hal lain yang bersangkutan dengan pentadbiran di sekitar kawasan Hulu Langat. Antara kawasan yang ditadbir melalui Majlis Daerah ini termasuklah kawasan Bangi Lama, Semenyih, Beranang, Bukit Mahkota dan sebagainya. Di sini juga terletaknya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu di Seksyen 8. Perbadanan ini menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran perumahan, perparitan, susun atur bandar dan sebagainya bagi seluruh Daerah Hulu Langat.

ii. Fungsi perindustrian: Satu lagi fungsi kawasan petempatan di Bandar Baru bangi adalah sebagai kawasan perindustrian. Hal ini terbukti dengan wujudnya Zon Kawasan Perindustrian yang terletak di Seksyen 16. Antara syarikat yang mendirikan kilang di kawasan perindustrian ini ialah Sony, Hitachi, Upha, Sapura, Onkyo, Denso dan sebagainya. Satu lagi kawasan perindustrian yang baru dimajukan ialah Kawasan Perindustrian Selaman. Pembinaan kawasan industri ini telah menarik penduduk dari kawasan lain untuk berhijrah ke Bandar Baru 20 - Bangi dan meningkatkan jumlah penduduk di kawasan ini. Akibatnya saiz kawasan petempatan di kawasan ini semakin berkembang.

iii. Fungsi sebagai pusat pendidikan: Sebagai sebuah bandar satelit, kerajaan telah merancang kawasan ini sebagai kawasan yang berfungsi sebagai pusat pendidikan. Sebagai contohnya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dibina di kawasan ini iaitu di Bandar Baru Bangi. Selain UKM, banyak pusat latihan turut dibina iaitu Malaysian France Institute, German Malaysian Institute, Institut Kemahiran Mara, NIOSH, ILKAP dan sebagainya. Beberapa buah sekolah menengah juga terdapat di kawasan ini seperti SMK Bandar Baru Bangi di Seksyen 3, SMK Jalan Empat dan lain-lain. Pembinaan pusat pendidikan ini turut meningkatkan migrasi luar ke Bandar Baru Bangi.

Di Singapura pula, fungsi petempatannya adalah hampir sama dengan kawasan yang dikaji. Antara fungsi petempatan di Negara Singapura ialah:

i. Fungsi sebagai pusat perindustrian: Fungsi sebagai kawasan perindustrian dapat dilihat melalui pembinaan banyak kilang di kawasan bandar utama Singapura. Antaranya adalah seperti di Ang Mo Kio, Woodlands dan Jurong. Penubuhan kawasan industri ini telah menggalakkan mobiliti penduduk Singapura ke kawasan tersebut dan meningkatkan permintaan terhadap perumahan yang dibina oleh kerajaan.

- 21 ii. Fungsi sebagai pusat perdagangan. Petempatan di Singapura juga berkait rapat dengan fungsinya sebagai pusat perdagangan terutamanya perdagangan

enterpot. Di antara kawasan yang terlibat termasuklah kawasan berhampiran pelabuhan Singapura, Jurung, Changi dan Pelabuhan Kapple. Hal ini juga telah mengembangkan permintaan terhadap petempatan di Singapura.

iii. Fungsi sebagai pusat pelancongan. Pelancongan menjadi sumber ekonomi kedua penting di Singapura. Fungsi pelancongan ini dapat dilihat melalui pembinaan pelbagai kemudahan pelancongan seperti di Orchird Road, Tempenis Road, Bandaraya Singapura dan sebagainya.

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur dan berbangga kerana kemajuan yang telah dicapai di negara kita setanding dengan pencapaian negara lain termasuk Singapura. Saya juga akan setia kepada negara dan menyayangi negara saya serta kawasan tempat tinggal saya di Bandar Baru Bangi dan berikrar untuk menyumbang bakti serta tenaga demi memajukan lagi kawasan ini pada masa hadapan.

- 22 -

6.4:Masalah petempatan di Bandar Baru Bangi dibandingkan dengan Singapura:

Memandangkan Bandar Baru Bangi menjadi sebuah Bandar satelit dan merupakan pusat petempatan utama, terdapat beberapa masalah petempatan yang dihadapi di kawasan ini. Antara masalah tersebut termasuklah:

i. Masalah kesesakan lalu lintas: Kesesakan lalu lintas di Bandar Baru Bangi biasanya berlaku pada waktu-waktu puncak iaitu pada waktu pagi (7.00 pagi hingga 8.30 pagi) dan petang (5.50 petang hingga 7.00 petang). Hal ini berlaku apabila orang ramai menggunakan kenderaan persendirian terutamanya kereta untuk ke tempat kerja pada waktu yang sama. Kawasan yang kerap mengalami kesesakan ialah di sekitar jalan raya di Seksyen 7 dan Seksyen 8 menuju ke Lebuh Raya Silk dan jalan raya di Seksyen 5 menuju ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

ii. Masalah pencemaran alam sekitar: Masalah pencemaran alam sekitar di kawasan ini juga agak serius akibat asap yang dikeluarkan oleh kenderaan yang semakin bertambah jumlahnya, juga asap daripada kilang-kilang yang dibina di Zon Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi. Hal ini mengakibatkan berlakunya pencemaran udara dan keadaan udara yang tercemar ini boleh mengakibatkan pelbagai kesan negatif kepada kesihatan penduduk di Kawasan Bandar Baru Bangi. Pembinaan kawasan perumahan dan kawasan perniagaan juga mengakibatkan kadar hakisan tanah semakin meningkat. Tanah yang dihakis akan disalurkan ke sungai iaitu Sungai Semenyih menyebabkan sungai tersebut menjadi cetek dan - 23 keruh. Ini ditambah pula dengan sikap pemilik kilang dan kedai yang membuang sisa buangan dan sisa toksik ke dalam sungai

yang sama. Akibatnya hidupan akuatik di sungai itu semakin pupus. Pada masa yang sama, jumlah rumah yang semakin banyak mengakibatkan sisa buangan daripada rumah-rumah tersebut serta sisa kumbahan dan pembentungan di salurkan ke kawasan sungai berkenaan. Hal ini menjejaskan sumber air bersih di kawasan Bandar Baru Bangi dan kawasan lain di sekitarnya.

Di Singapura pula, masalah petempatan yang dihadapi oleh penduduk juga adalah lebih kurang sama. Berikut adalah beberapa jenis masalah petempatan di negara itu:

i. Masalah kekurangan tempat tinggal: Jumlah penduduknya yang ramai dengan kepadatan penduduk yang tinggi telah menyebabkan masalah kekurangan tempat tinggal. Oleh sebab keluasan negara tersebut kecil, nilai tanah amat tinggi dan kerajaan menetapkan rumah yang dibina hanya dalam bentuk rumah pangsa atau apartmen. Pembinaan rumah jenis lain tidak terdapat di Singapura kerana faktor di atas. Masalah kekurangan tempat tinggal juga menyebabkan harga rumah terlalu tinggi dan setiap keluarga hanya dibenarkan memiliki sebuah rumah.

ii. Masalah kesesakan: Akibat pembinaan kawasan perumahan yang terlalu padat, masalah kesesakan penduduk di sesuatu kawasan turut berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas pada waktu puncak iaitu semasa penduduk keluar dan balik bekerja terutamanya pada waktu pagi dan petang. Antara kawasan yang kerap mengalami kesesakan24 lalulintas adalah seperti di Seranggon Road, Toa Payoh Road dan di Bedok.

iii. Masalah pencemaran alam sekitar: Pertambahan kawasan perumahan dan perindustrian di Singapura juga turut mengakibatkan berlakunya pencemaran udara. Hal ini berlaku kerana asap daripada kilang berhampiran dan kenderaan yang banyak digunakan oleh penduduk mengakibatkan pencemaran udara. Bahan buangan dan kumbahan dari kawasan perumahan penduduk juga turut mencemarkan sungai seperti Sungai Selatar. Hal ini menyebabkan sumber air bersih terhad malah hidupan akuatik seperti ikan turut pupus. Pencemaran air di kawasan perumahan menyebabkan kos penyelidikan dan merawat sumber air menjadi tinggi.

Secara umumnya, melalui penyelidikan ini saya sedar betapa perlunya saya sebagai penduduk di Bandar Baru Bangi mencintai alam sekitar di kawasan ini agar kita dapat hidup dalam persekitaran yang selesa. Semangat kerjasama dan sikap bertanggungjawab perlu ada dalam diri saya sebagai penduduk di kawasan ini agar pencemaran air dan udara, dapat dikurangkan demi kesejahteraan hidup dan kesihatan kita bersama.

- 25 6.5:Langkah mengurangkan masalah petempatan di Bandar Baru Bangi dibandingkan dengan Singapura:

Bagi mengatasi masalah petempatan di kawasan Bandar Baru Bangi, beberapa langkah yang telah dan sedang dilaksanakan. Di antara langkah tersebut termasuklah:

i. Melebarkan jalan raya: Bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya terutamanya pada waktu puncak, kerajaan dengan kerjasama pihak PKNS telah melebarkan saiz jalan raya di kawasan ini. Tujuannya adalah bagi melancarkan perjalanan pengguna jalan raya di kawasan terbabit. Pada masa yang sama, PKNS merancang pembinaan jalan raya sehala di hampir semua kawasan bagi mengatasi kesesakan tersebut di samping membina sistem lampu isyarat dan bulatan di kawasan persimpangan jalan. Langkah melebarkan jalan raya ini dapat dilihat di sepanjang jalan di Seksyen 4 menuju ke Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga dari Seksyen 7 menuju ke Lebuh Raya Silk.

ii. Menyediakan tapak pelupusan sampah: Memandangkan jumlah penduduk yang semakin padat, masalah sampah-sarap amat membimbangkan di kawasan perumahan. Kerajaan dan PKNS berusaha mengadakan system kutipan sampah yang dijalankan oleh Alam Flora. Sampah ini kemudiannya dihantar ke pusat pelupusan sampah yang terletak di Borga, Hulu Langat, yang dilengkapi dengan sistem pembakaran incenerator. Langkah ini juga dapat mengurangkan pencemaran air di kawasan Bandar Baru Bangi. - 26 iii. Menambah kemudahan infrastruktur: Antara masalah infrastruktur yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Bandar Baru Bangi ialah kemudahan bekalan air yang kurang memuaskan. Justeru, Perbadanan Bekalan Air Selangor melalui Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah

melaksanakan penggantian paip-paip air lama kepada paip air baru dengan saiz yang lebih besar. Dengan penambahbaikan ini, penduduk di kawasan Bandar Baru Bangi akan dapat menikmati kemudahan bekalan air bersih yang lebih sempurna menjelang tahun 2010.

Di Singapura pula, kerajaan negara tersebut turut mengadakan beberapa langkah untuk mengatasi masalah perumahan di negara itu. Antara langkah tersebut termasuklah:

i. Menaiktaraf sistem jalan raya: Kesesakan di kawasan perumahan di negara tersebut merupakan masalah utama yang di negara tersebut. Justeru kerajaan Singapura telah mengadakan langkah menaik taraf sistem jalan raya di negara tersebut. Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah dengan melaksanakan sistem jalan sehala. Pada masa yang sama, kerajaan Singapura turut memperkenalkan sistem persimpangan bertingkat dan jalan raya dua tingkat bagi melancarkan perjalanan kenderaan. Sistem jalan raya bertingkat (2 tingkat) banyak di dapati di kawasan Orchird Road dan juga di sekitar Ang Mo Kio. Penggunaan sistem jalan raya bertingkat ini dapat mengurangkan penggunaan lampu isyarat dan mengurangkan kesakan di kawasan persimpangan jalan.

- 27 ii. Menyediakan pusat pelupusan sampah: Memandangkan jumlah penduduk yang padat di kawasan perumahan, masalah sampah sarap dapat di atasi dengan system kutipan sampah yang cukup berkesan. Sampah sarap yang dikutip

akan diproses melalui dua kaedah. Kaedah pertama ialah melalui pembakaran dengan menggunakan incinerator seperti di Beduk Interchange. Kaedah yang kedua adalah dengan mengitar semula bahan-bahan buangan yang boleh diguna semula seperti kertas, plastik, kaca dan sebagainya. Pusat kitar semula bahan buangan ini banyak didapati di Bukit Timah dan Woodlands. Bagi mengatasi masalah kekurangan air di kawasan perumahan pula, selain mengimport air mentah dari Malaysia, kerajaan negara tersebut menjalankan proses rawatan air dari saluran buangan sistem kumbahan di negara itu. Kajian yang dijalankan membolehkan Singapura menghasilkan air bersih melalui proses rawatan yang dipanggil sebagai NEWater.

Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah perumahan di Bandar Baru Bangi, setiap pihak perlu bersikap jujur dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi demi memastikan usaha ke arah meningkatkan taraf kehidupan masyarakat tercapai. Pada masa yang sama, saya berasa sikap menghargai kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan perlu ada dalam diri saya dan semua penduduk di kawasan Bandar Baru Bangi. Saya juga merasakan perlunya saya menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan kualiti kehidupan penduduk di kawasan ini.

7.0: RUMUSAN- 28 Melalui kajian yang dilaksanakan ini, kesimpulan yang dapat diambil ialah jenis petempatan di Bandar Baru Bangi adalah jenis petempatan Bandar tetapi masih mengekalkan ciri tradisional,

berbanding dengan petempatan di Singapura iaitu dari jenis petempatan Bandar yang bersifat metropolitan. Walaupun keduadua tempat memiliki petempatan jenis berpusat, jenis rumah di Bandar Baru Bangi lebih kepelbagaiannya iaitu dari jenis bangle, berkembar, teres dan sebagainya sedangkan jenis rumah di Singapura hanya terhad kepada rumah jenis apartmen atau rumah pangsa.

Dari segi fungsi petempatan pula, kedua-dua kawasan petempatan mempunyai fungsi yang hamper sama iaitu dari segi perindustrian dan pentadbiran. Bezanya fungsi perindustrian di Singapura lebih berskala besar berbanding di Bandar Baru Bangi yang kebanyakannya dari jenis industry kecil dan sederhana.

Masalah perumahan yang dihadapi di kedua-dua kawasan juga hampir sama terutamanya masalah dari segi kesesakan jalan raya, pencemaran alam sekitar dan kekurangan kemudahan infrastruktur. Pada masa yang sama, terdapat langkah yang dijalankan untuk mengatasi masalah perumahan di kedua-dua kawasan termasuk menambahbaikkan sistem jalan raya, menguruskan sisa buangan dengan baik dan menambahkan kemudahan infrastruktur di kawasan perumahan.

Pada pandangan saya, pelaksanaan usaha bagi mengatasi masalah perumahan ini memerlukan kerjasama daripada semua - 29 pihak sama ada kerajaan, agensi kerajaan mahupun penduduk di kawasan yang terbabit. Melalui kajian Kerja Kursus Geografi ini, saya sedar betapa perlunya amalan mencintai alam sekitar, menghargai kebersihan persekitaran, menghargai nyawa makhluk lain, jujur, bekerjasama, bertanggungjawab dan sebagainya. Pada masa yang sama, kajian ini menimbulkan kesedaran kepada saya betapa perlunya kita menghargai usaha yang telah dilaksanakan

oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf kehidupan penduduk di Bandar Baru Bangi khasnya dan di seluruh negara amnya.

Sebagai generasi muda yang bakal memimpin negara menggantikan pemimpin yang ada pada hari ini, saya sedar betapa perlunya kita mengiktiraf dan menghargai pengorbanan, usaha dan tindakan yang telah dilakukan oleh pemimpin negara serta pihak kerajaan amnya kerana telah berusaha untuk meningkatkan keselesaan dan taraf hidup penduduk di kawasan Bandar Baru Bangi.

- 30 -

8.0: LAMPIRAN

Lampiran 1: Surat pengenalan diri pelajar 32 Lampiran 2: Surat makluman kepada ibu bapa/ penjaga33 Lampiran 3: Borang soal selidik34 Lampiran 4: Peta Bandar Baru Bangi35 Lampiran 5: Peta Singapura 36 Lampiran 6: Gambar-gambar foto3738 Lampiran 7: Pelbagai bahan internet394041

9.0: RUJUKAN
1.

- 31 -

Chong Mui Sen, Dr Azizan bin Hj. Abu Samah, Geografi Tingkatan Dua, 2002, Kuala Lumpur, Sasbadi Sendirian Berhad.

2. Atlas Progresif Baru KBSM, 1991, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti.

3.

Sumber internet: i. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Baru_Bangi

ii.

http://maps.google.com/maps?hl=en&q=Bandar+Baru +Bangi&rlz

iii.

http://www.selangor.gov.my/hululangat/main.php? content=sections&SectionID=6

iv.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Daerah_Hulu_Langat

4.

Orang sumber: i. Zainuddin Bin Azmi, 48 tahun, No 7, jalan,mmmmm ii. Puan Hamimah Binti Ahmad, 57 tahun, iii. Mohammad Naim Bin Ridzuan, 45 tahun,

- 42 LAMPIRAN 6 GAMBAR BANGI. BERKAITAN PETEMPATAN DI BANDAR BARU

Gambar 1: Kawasan perumahan mewah di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Gambar 2: Kawasan rumah teres di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Gambar 3: Kawasan perumahan teres di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Gambar 4: Kawasan perumahan pangsa di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

- 37 -

Gambar 5: Bangunan PKNS di Seksyen 8, Kebangsaan Bandar Baru Bangi.

Gambar 6: Bangunan Malaysia, Bangi. Universiti

Gambar 7: Zon Perindustrian Bandar Baru Bangi di Seksyen 16.

Gambar 8: Pusat Kesihatan Bandar baru Bangi, Di Seksyen 3.

- 38 LAMPIRAN 7 SUMBER RUJUKAN INTERNET

Sumber internet 1: (http://ms.wikipedia.org/wiki/Daerah_Hulu_Langat)

- 39 Sumber internet 2: (http://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Baru_Bangi)
Bandar Baru Bangi Bandar Baru Bangi berasal daripada sebuah ladang kelapa sawit (West Country Estate) yang berkeluasan 5,118 ekar dan mula dibangunkan pada tahun 1974 setelah proses pengambilan tanah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 1972-1978. Proses pengambilannya dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan seksyen 1 yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah, sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Kerja-kerja membangunkan kawasan ini berakhir pada 2007, dengan pembinaan 11,040 unit kediaman, 308 unit kedai, 43 unit kilang dan sebuah kompleks pejabat.[1] Perancangan bandar satelit ini yang juga merupakan bandar kedua terbesar selepas Shah Alam, adalah berdasarkan perancangan bersepadu yang dijangka mampu meneruskan pembangunan yang

bukan sahaja dapat menampung kediaman 60,000 orang penduduk, tetapi juga menyediakan aktiviti komersil, perindustrian, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan. Ini adalah sesuai dengan saranan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada masa itu, untuk mengubah perspektif masyarakat, dan ekonomi Malaysia daripada Pertanian kepada Industri. Dengan itu, Ladang-ladang kelapa sawit dalam daerah Hulu Langat ini dipilih sebagai kawasan penempatan baru.

Berkonsepkan Bandar Taman, kawasan lapang seluas 82 ekar dilengkapi dengan sistem dua lengkongan jalan besar dan lorong-lorong jalan kaki dan berbasikal yang menyambungkan aktiviti-aktiviti di antara satu sektor dengan yang lain. Bandar Baru Bangi telah dibahagikan kepada 16 Seksyen.Sebuah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia telah dirancang pembinaannya untuk membentuk suatu institusi yang mendokong cita-cita dan aspirasi masyarakat Melayu, dan mengukuhkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Universiti ini mempunyai misi untuk menghasilkan graduan-graduan bertaraf dunia daripada pendidikan berteraskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar selain menjadi pemangkin kepada pembangunan setempat - Bandar Baru Bangi.

bandar Baru Bangi terletak di dalam daerah Hulu Langat dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Bandar Baru Bangi terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Kajang dan 6 kilometer dari Bangi Lama. Sebenarnya istilah Bangi Lama tidak wujud secara rasmi, ia cuma untuk membezakan kedua-duanya. Asal nama Versi 1 : 'Wangi' disebut 'Bangi' jika ibu bapa merujuk bau anak kecil mereka yang baru mandi. Versi 2 : Nama Bangi berkaitan dengan bau iaitu 'Wangi' dalam telor Jawa. Bukit UKM pada peringkat awal penerokaannya ialah sebuah hutan tebal yang diduduki orang halus. Pada waktu senja, bau wangi akan mencucuk hidung dan semua wanita dan kanak-kanak akan masuk ke rumah kerana orang halus hadir berhampiran mereka. Ada yang percaya makhluk-makhluk ini telahpun dipindahkan ke kawasan lain oleh seorang pengamal perubatan islam di situ. Versi 3: Asal perkataan Bangi ialah 'bangor' yang bermaksud bau busuk melantung dari ikan-ikan keli kering yang dijemur di tepian sawah padi. Sebelum Sungai Semenyih diluruskan sekitar tahun 1965, kawasan Bangi Lama pernah ditanam sikit-sikit dengan padi sawah. Bangi Bandar Ilmu Pada 22 Jun 2008, Bangi Bandar Ilmu telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang sedang memulakan Program Jejak Ilmuwan di negeri Selangor pada masa itu.[2] Kawasan perindustrian Sebagai sebuah bandar terancang yang dibina pada tahun 1970-an, bandar ini dilengkapi dengan zon perumahan, zon perniagaan, zon rekreasi dan zon perindustrian. Zon perindustrian ini dinamakan Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi. Banyak kilang didirikan di sini kerana premium tanah yang - canggih. Antara kilang yang ada di sini ialah : rendah dan dilengkapi dengan infrastruktur yang 40 -

1. Sony 2. Hitachi 3. Upha 4. Sapura 5. Datapos 6. Onkyo 7. Denso 8. Permanis(Pepsi) 9. Sadoshima 10. Ryoka

11. Okumura 12. Taisho (Livita)
Sebuah kawasan perindustrian baru juga dibina iaitu Kawasan Perindustrian Selaman. Rekreasi Tasik Taman Tasik Cempaka baru sahaja dibangunkan atas permintaan penduduk Bandar Baru Bangi dan sekitarnya. Sebuah sungai kecil telah disekat aliran airnya menjadi sebuah tasik dikorek, didalamkan dan ditanam dengan pokok-pokok hiasan. Institusi pendidikan Selain UKM, ada pelbagai lagi institusi pendidikan di sini, antaranya ialah : 1. 2. Kolej Polytech Mara Bangi [kptm] Institut Perguruan Islam

3. Institut Latihan Maybank 4. Institut Latihan Bank Bumiputera- Commerce 5. Universiti Tenaga Nasional 6. Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC)/IKRAM 7. Lembaga Perlesenan Sawit Malaysia (MPOB) 8. Akademi Percukaian Malaysia - LHDNM
9. MEA Technology Centre Sekolah Persendirian di Bangi

• • • • • • • • • •

SRI Ayesha SRI ABIM TANARATA INTERNATIONAL SCHOOL

Sekolah di Bangi Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bangi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yoke Min Sekolah Kebangsaan Jalan Empat Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Sekolah Kebangsaan Jalan Enam Sekolah Kebangsaan Bangi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan lain-lain.

- 41 -

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

KERJA KURSUS GEOGRAFI PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009

TAJUK

KAJIAN PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA DI BANDAR BARU BANGI SERTA PERBANDINGANNYA DENGAN NEGARA SINGAPURA

NAMA TINGKATAN

: MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD NAZRI : 3 CENDIKIA :

NO. KAD PENGENALAN GURU PENILAI TANDATANGAN : :

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->